Pencarian

Prince Charming 2

Prince Charming Karya Ratu Bulan Bagian 2


DARI jauh Nurul asyik melihat Fiq yang berada di tengah-tengah padang, berlatih bermain bola bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain. Hari ini merupakan hari
terakhir mereka berlatih memandangkan lusa mereka ada perlawanan persahabatan bersama pasukan Sekolah Haji Mansur atau Sekolah Semarak.
Semua kelihatan bersungguh-sungguh berlatih berbanding beberapa hari yang lepas. Yang tidak datang atau yang jarang datang berlatih beberapa hari lepas turut datang berlatih terutama sekali Nazrul.
Entah kenapa Rezza dan yang lain tidak beberapa kisah sangat dengan ketidakhadiran Nazrul. Bila ditanya semuanya memberi jawapan yang sama.
"Nazrul memang macam tu, dia pergi bertapa dulu dan sehari sebelum perlawanan barulah dia datang latihan. Jangan risaulah," kata Fiq.
"Kalau dia datang pun sama juga. Nanti dia bertapa kat tengah gawang juga," kata Najmi pula.
"Lebih baik jangan pedulikan dia, nanti parah masa perlawanan tu. Orang suruh tangkap bola, dia suruh bola masuk gawang," kata Farizat pula sambil menggeleng apabila teringatkan perlawanan yang dulu.
Bila ditanya pada Rezza, pasti Rezza akan menjawab begini, Anggap sajalah dia tu hero. Bukan ke hero selalu menyusahkan keadaan.
Pendek kata mereka semua memang tidak kisah dengan ketidakhadiran Nazrul. Kalau mereka tidak kisah, buat apa dia hendak memeningkan kepala memikirkan Nazrul yang tidak hadir latihan. Daripada dia fikirkan masalah Nazrul, lebih baik dia fikirkan masalahnya dengan Hayrul yang asyik termenung sehingga berapa kali kepalanya terkena bola. Macam-macam kerenah mereka semua. Semuanya hendak dijaga. Macam bud
ak-budak lima tahun yang perlukan asuhan seseorang.
Tidak lama selepas itu, wisel ditiup oleh Cikgu Majid. Dia mengarah semuanya berkumpul di hadapannya.
Nurul hanya duduk dipohon angsana. Malas dia hendak bergerak ke sana. Nanti bermacam-macam bau yang ada. Kalah bau minyak wangi cap kapak. Keharumannya memang memikat hidung sehinggakan bulu hidung ni pun boleh layu dengan bau peluh mereka.
Dari situ dia dapat dengar pesanan terakhir Cikgu Majid sebelum perlawanan lusa. Esok, mereka semua dibenarkan merehatkan badan dan tenangkan minda. Selepas saja Cikgu Majid bercakap dengan mereka semua, cepat-cepat dia mengambil pewangi miliknya badannya dan disemburkan ke udara sebelum mereka semua menghampirinya, memandangkan beg-beg mereka berada di sekitarnya.
"Amboi, perli nampak," ujar Zaki apabila berbau sesuatu yang wangi.
"Aku risaukan pokok angsana ni hampir layu menyedut udara yang tercemar. Lagi satu, dah berapa kali aku cakap, jangan bukak baju depan aku!" ujar Nurul sambil matanya menjeling tajam ke arah Zul Hilmi yang baru hendak membuka baju.
"Buka seluar boleh tak"" tanya Ridzwan pula.
"Hah, beranilah buka kalau kau orang nak rasa cirit-birit masa perlawanan nanti."
"Kenapalah kau cari pengurus yang kejam macam ni"" tanya Ridzwan kepada Rezza dan Fiq yang menghampiri mereka setelah berbual sesuatu dengan Cikgu Majid. Belum sempat Rezza membuka mulut, Ridzwan sudah mencapai beg galasnya meminta diri untuk pulang.
"Nurul, Cikgu Majid nak jumpa," beritahu Rezza.
"Hah, pergi cepat!" gertak Najmi sedikit bergurau.
"Tahulah!" Tanpa membuang masa Nurul segera bangun dan mengorak langkah ke arah Cikgu Majid yang sedang bercakap sesuatu dengan Nazrul. Mungkin ada perkara yang Cikgu Majid yang tidak puas hati dengan Nazrul. Mungkin pasal Nazrul tidak menghadiri latihan untuk beberapa hari ini" Tapi rasanya dia tiada mengadu pada Cikgu Majid.
"Not sure... It's difficult to say... But I think is 50-50," kata Nazrul kepada Cikgu Majid seperti membincangkan sesuatu yang serius.
"50-50" Kenapa""
"Okay, it's look stupid but sometime stupid look smart. I already told them about this. Dan terpulanglah pada diri masing-masing untuk terimanya atau tidak. Kalau kita tak buat sesuatu untuk perlawanan lusa, kita akan kalah," ujar Nazrul tegas memberi pendapatnya dengan jujur.
Cikgu Majid kemudiannya mengangguk sambil berfikir.
Nurul yang berdiri antara Cikgu Majid dan Nazrul, tidak faham apa yang mereka berdua bincangkan. Akan kalah" Belum perlawanan lagi, Nazrul dah kata akan kalah. Memang betul-betul tiada semangat langsung! Mananya tidak kalah kalau orang terpenting dalam pasukan tidak munculkan diri masa latihan. Buat letih memikir saja.
"Jadi, kamu ada cadangan""
"Esok mereka akan adakan pelawanan persahabatan dengan Sekolah Haji Harun. Ini peluang terakhir kita."
"Haji Harun" Nama pengetua lagi ke"" tanya Cikgu Majid sambil menggeleng. Nazrul hanya tersengih.
"Okey, kalau kamu fikir kita akan kalah, fikirkan sesuatu. Nurul, saya nak kamu bantul Nazrul."
"Apa"!" tanya Nurul sedikit terkejut. "Saya tak perlukan bantuan," balas Nazrul.
"Dan saya tak mahu bantu Nazrul. Banyak lagi kerja yang perlu saya buat. Tentang jersi, tentang bas, tentang makan minum mereka di sana, tentang surat pelepasan kelas dan tentang."
"Surat cinta." Nazrul mencelah.
Nurul menghadiahkan serangan pandangan tajamnya. Nazrul buat bodoh saja.
"Rezza boleh bantu saya, lagipun Nurul tidak tahu pasal bola sepak. Dunianya hanyalah surat cinta," ujar Nazrul dengan selamba.
Mata Nurul masih tepat memandang Nazrul yang berlagak seperti orang tidak bersalah. Hatinya sudah membara, manakala darahnya hampir menggelegak. Tunggu gunung berapi meletup saja.
"Sebab Nurul tak tahu pasal bola sepaklah saya suruh dia pergi dengan kamu. Saya nak kamu ajar dia tentang bola sepak. Saya tak mahu seorang pengurus yang tidak tahu apa-apa tentang bola sepak," ujar Cikgu Majid tegas.
"Tapi." "Keputusan saya muktamat. Esok kamu berdua akan pergi sana dan fikirkan apakah strategi terbaik untuk pasukan sekolah kita," ujar Cikgu Majid lagi sebelum berlalu dari situ.
"Ah, menyesalnya aku cak
ap kita akan kalah," keluh Nazrul sambil melihat kelibat Cikgu Majid meninggalkan padang sekolah. Tiba-tiba Nazrul terasa udara panas
di sekitarnya. Dengan perlahan dia berpaling memandang Nurul yang bagaikan singa betina yang sudah sepuluh hari tidak makan sebab sakit gigi. "Apa"" tanya Nazrul sedikit pelik.
"Macam mana kau tahu pasal surat cinta tu"" tanya Nurul garang.
"Err." Nazrul kelihatan kehilangan kata-kata. Dia menggaru-garu leher mencari mencari idea untuk melepaskan diri. Entah macam manalah dia boleh terlepas cakap pasal surat cinta" Patutlah sejak dari tadi Nurul asyik memandangnya macam hendak makan saja.
"Rupa-rupanya kaulah yang dajalkan aku letak surat tu dalam lokar Hayrul!"
"Err. Alamak, baru aku teringat. kucing aku belum makan lagi." Tanpa membuang masa Nazrul membuka langkah seribu untuk menyelamatkan diri daripada dibaham oleh singa kelaparan itu. "Rezza! Bawa balik beg aku!"
"Nazrul! Jangan nak lari!" Dengan seribu langkah juga Nurul yang berpakaian sukan mengejar Nazrul yang sudah jauh melarikan diri dulu.
"Kenapa tu"" tanya Najmi kehairanan apabila melihat Nazrul lintang pukang melarikan diri dan Nurul mengejarnya dari belakang. "Ada pengambaran filem Hindustan
ke"" "Tu macam pengambaran filem kungfu saja," ujar Rezza sekadar menggeleng. Nasib kaulah Nazrul. Siapa suruh bermain dengan api. Kan dah kena.
Rezza kemudiannya menghampiri Fiq yang sedang membelek telefon bimbitnya. Satu senyuman gembira singgah di bibir Fiq tidak lama selepas itu. Pantas dia berlalu bangun dan mencapai beg galasnya.
"Aku balik dulu," ujar Fiq sebelum sempat Rezza bertanyakan sesuatu.
"Ni lagi sorang..." Najmi hanya sekadar menggeleng.
"Hei, ada sesiapa nampak Hayrul tak"" tanya Rezza kepada mereka yang lain. Masing-masing menggeleng.
"Risaulah aku tengok Hayrul sejak terima surat cinta tu. Terus macam orang sakit mental pun ada."
NURUL tercungup-cungap kepenatan setelah hampir sepuluh kali dia mengelilingi sekolah mengejar Nazrul. Laju juga Nazrul berlari walaupun dia selalu tidak menghadiri sesi latihan setiap petang. Matanya liar memandang sekeliling mencari kelibat Nazrul yang sudah hilang daripada pandangannya.
"Tak apa, esok masih ada. Taulah apa aku nak buat dengan kau," kata Nurul dengan nafas tersekat-sekat.
"Eh, Fiq." Satu senyuman manis singgah di bibir Nurul apabila dia terpandang Fiq yang berlari anak menuju ke pintu pagar. Baru saja dia hendak memanggil Fiq, pandangannya dihalang oleh satu tubuh sasa seseorang. Pantas dia mendongak memandang.
"Ah, Hayrul. Kenapalah masa macam ni kau suka muncul"" Terus ditolak Hayrul ke tepi untuk melihat kelibat Fiq yang kelihatan tersenyum gembira.
"Aku nak surat cinta hari tu," ujar Hayrul setelah mengumpul semua tenaganya untuk memintanya daripada Nurul.
"Hah"!" "Najmi cakap kau yang ambil surat cinta tu." "Err. aku dah buang," jawab Nurul selamba.
"Apa"" "Kau pekak ke" Aku dah buang." Mata Nurul masih lagi memandang Fiq. "Bukan ke kau alergi dengan surat cinta. Kalau kau dapat, gerenti kau pengsan lagi. Apalah, dengan surat cinta pun boleh pengsan."
"Aku tak pengsanlah. Cuma tertidur saja," balas Hayrul.
"Tidurlah sangat." perli Nurul sambil menjeling tajam. Kemudian dia terpandang Fiq menghampiri seorang gadis manis yang kelihatan menunggu seseorang di hadapan pintu pagar sejak dari tadi. Tersentap hatinya melihat kemesraan mereka berdua terutama sekali mereka berdua berlalu pergi dengan berpegangan tangan.
Pelbagai persoalan muncul di fikiran Nurul. Siapakah gadis yang bersama dengan Fiq tadi" Lagak gaya bukan pelajar sekolah sebab gadis itu nampak matang daripada gaya pemakaiannya. Kakak" Sepupu" Atau. kekasih" Kalau kekasih, adakah dia langsung tiada peluang untuk memiliki hati Fiq"
"Wei, aku nak surat cinta tulah," kata Hayrul lagi.
"Kan aku dah kata aku dah buang surat tu."
"Aku tak kira aku nak jugak!"
"Macam budak-budak." Nurul berlalu pergi tanpa mempedulikan Hayrul. "Hei, aku nak surat cinta akulah!"
"Kawan, sejak bila kau minat baca surat cinta ni"" sapa Nazrul tiba-tiba.
"Dan, sejak bila pula kau suka masuk campur hal orang lain ni"" kata Hayrul
pula. "S ejak tidur aku sering diganggu," jawab Nazrul menggeleng lemah.
9 NURUL sekali lagi menguap malas. Mengantuk sehinggakan hendak membuka mata pun tidak terdaya. Semuanya gara-gara tidak dapat tidur kerana asyik memikirkan hubungan Fiq dengan gadis yang dilihatnya semalam. Penat juga otaknya berfikir, hatinya pula bermain dengan kata-kata sehinggakan dia berasa lemah. Apatah lagi sejak pasukan bola sepak sekolah akan menghadapi perlawanan persahabatan dengan Sekolah Haji Mansur.
Haji Mansur" Kemudian dia tersenyum menggeleng. Lucu. Sejak Nazrul memanggil nama sekolah itu Sekolah Haji Mansur, semua dah gelarkan Sekolah Haji Mansur. Tiada lagi SMK Semarak.
Nazrul! Hatinya memberontak. Rasa mengantuk tadi hilang begitu saja apabila nama Nazrul menjelma di fikirannya. Perasaan geram dan marah membuak-buak dalam dirinya. Mana tidaknya, Nazrul hampir memalukannya dengan meletak surat cinta dalam lokar Hayrul. Nasib baiklah Hayrul alergi dengan surat cinta, kalau tidak manalah dia hendak letak mukanya itu. Pasti kecoh satu sekolah.
Kaki kanannya melangkah masuk ke dalam bilik Kelab Bola Sepak. Pintu bilik sudah terbuka luas. Sejak dia menjadi pengurus, pintu bilik memang sentiasa akan dibuka kecuali kalau ada mesyuarat atau sewaktu latihan di padang.
Kebiasaanya pagi-pagi lagi dia akan singgah sebentar ke bilik itu untuk mengambil barang-barang sekolah yang diletakkan di situ seperti buku teks dan alatan tulis yang lain. Jadi, tidak beratlah beg sekolahnya ketika datang dan balik sekolah.
Kelihatan Farizat dan Ridzwan sedang menyiapkan kerja sekolah. Itulah rutin harian mereka yang pasti akan menyiapkan kerja latihan yang diberi oleh guru mereka pagi-pagi lagi. Itu pun copy daripada pelajar lain.
"Kenapa tu"" tanya Nurul menghampiri Ridzwan dan Farizat yang asyik menyalin jawapan Matematik.
Mereka kemudiannya berpaling memandang Hayrul yang dari tadi asyik berdoa di hadapan lokarnya.
"Doa tolak bala kut," jawab Ridzwan yang tidak mengendahkan Hayrul.
"Kesian anak si Bala tu, tak pasal-pasal kena tolak," ujar Nurul sambil menggeleng-geleng kepala. Sengaja dia meninggikan suaranya tadi, namun tiada sebarang reaksi daripada Hayrul.
Hayrul masih lagi berkumat-kamit membaca sesuatu sambil menadah tangan.
"Wei, aku dengar kau kena keluar dengan Nazrul untuk bincang pasal strategi tu." Farizat mula bertanya.
"Mana ada keluar. Cuma bincang saja."
"Semalam kita orang pergi rumah Rezza, Nazrul cakap dia nak pergi Sekolah Haji Harun tu petang ni. Kau pun kena ikut sekali," beritahu Farizat. "Hah! Kenapa aku tak tahu pun""
"Sebab... Nazrul. Tiada siapa dapat agak apa yang dia akan buat selepas ni. Jadi, bersedialah apa-apa yang akan berlaku petang nanti."
"Dia tu memang macam tu. Kalau pasal bola sepak, langsung tak peduli dengan orang sekeliling."
Sementara itu, Hayrul di hadapan pintu lokar yang tertutup rapat sedang mengaminkan doa. Kedua-dua tapak tangannya menyentuh muka. Dengan penuh kesabaran, pintu lokarnya dibuka secara perlahan-lahan.
Matanya terbeliak. Tidak percaya! Terus dia mencari di ruang-ruang di dalam lokarnya itu. Tiada! Di cari di dalam laci. Tiada juga! Argh!!! Dia terus menapak menghampiri mereka bertiga.
"Nurul, mana surat cinta aku"" tanyanya.
"Hah!" "Surat cinta aku mana, pekak!"
Mata Nurul terkebil-kebil dengan sapaan Hayrul yang inginkan surat cinta. Entah apa pula yang tidak kena dengan Hayrul ini. Kalau dulu masa terima surat cinta, terus pengsan. Tapi sekarang, terkejar-kejar surat cinta.
"Manalah aku tahu." Acuh tak acuh Nurul menjawabnya. Mampus kalau Hayrul dapat tahu hal yang sebenarnya.
"Bukan ke kau yang ambil surat cinta tu""
"Memanglah aku yang ambil, tapi aku dah buang. Yang kau macam cacing kepanasan cari surat cinta ni kenapa""
"Aku tak kira, aku nak surat cinta tu jugak!"
"Kejap lagi aku tuliskan surat cinta untuk kau dan kau bacalah ya." Nurul tersenyum menyindir. Tak faham bahasa betullah mamat sekor ni!
"Hah, kalau macam tu mesti kau tahu siapa yang tulis surat cinta untuk aku, kan" Mesti kau ada bacakan" Jadi, aku nak kau suruh minah tu tulis balik surat cinta tu. Aku nak surat tu ada kat dalam l
okar aku selepas perlawanan!" kata Hayrul sebelum mencapai beg sekolahnya dan berlalu pergi.
Mereka bertiga masing-masing berpandangan. Kemudian ketiga-tiganya ketawa. Ada ke patut suruh orang tulis balik surat cinta" Manusia macam itu pun wujud ke"
"PETANG ni, pukul 2.00 petang, tunggu aku kat bus stop depan sekolah." Nazrul tiba-tiba mencelah apabila Nurul dia sedang berbual dengan Sofea dan kawan-kawannya yang lain di kantin sekolah.
Belum sempat Nurul berkata apa-apa, Nazrul telah pun mengangkat kaki berlalu pergi membuatkan dia terpinga-pinga.
"Dating"" tanya Sofea.
"Hah" Takkanlah." jawab Nurul selamba.
"Tapi cara dia ajak kau macam nak pergi dating saja," celah Noni yang bertocang dua. Entah kenapa tiba-tiba dia mahu berehat bersama-sama dengan Nurul dan Sofea pada hari ini.
"Dating apanya. Aku kena fikirkan strategi untuk perlawanan esok. Cikgu Majid yang suruh."
"Tapi, takkanlah nak berbincang kat taman bunga, kan. Kat sekolah kita pun ada tempat untuk berbincang."
"Taman bunga apa! Mulalah nak buat spekulasi yang tak berasas. Nazrul tak cakap pun nak jumpa aku di taman bunga. Mungkin kita orang akan pergi ke Sekolah Haji Harun."
"Hah! Sekolah mana tu""
"Entah. Aku pun tak tahu sekolah apa, tapi yang aku tahu pengetua sekolah tu bernama Haji Harun. Kenapa aku rasa macam kenal saja nama pengetua tu""
TEPAT jam 2.00 petang Nurul sudah tercegat di bus stop depan sekolah seperti yang dipinta Nazrul semasa waktu rehat tadi. Sekali-sekala dia merenung jam di tangannya. Namun, kelibat Nazrul langsung tidak kelihatan lagi.
Janji jam 2.00 petang, tapi sekarang sudah lebih lima minit. Walaupun lima minit, tapi ia berharga. Sudahlah malam tadi dia tidak dapat tidur dengan nyenyak gara-gara asyik memikirkan hubungan Fiq dengan gadis misteri yang setia menunggu di pintu pagar sekolah semalam. Kalau itu teman wanita Fiq.
"Hoi, mak cik!"
Tersentap jantung Nurul dengan sapaan Nazrul yang entah bila berdiri di sebelahnya.
"Hidup lagi rupanya, aku ingat dah mati," ujar Nazrul selamba.
Nurul memandang tajam ke arah Nazrul di hadapannya. Ini macam hendak suruh dia mulakan perang dunia ketiga saja. Sudahlah dia bengang sangat semalam apabila dapat tahu Nazrul adalah dalang segala dalang dengan meletakkan surat cinta dalam lokar Hayrul. Tak pasal-pasal Hayrul pengsan satu hari dan esoknya angau mencari surat cinta. Awal pagi lagi Hayrul sudah mencarinya untuk menuntut surat cinta yang diterima.
Bukan itu saja, masa rehat tadi pun Hayrul ada menemuinya dan bertanyakan surat cinta sehinggakan dia sudah tidak tahan dengan perangai Hayrul yang semakin hari semakin tak normal.
"Kau ingat aku ni pengeluar terbesar surat cinta ke" Senang-senang minta surat cinta daripada aku. Kau nak surat cinta sangat, kan" Apa kata kau tampal memo, Aku sedia terima kehadiran surat cinta daripada anda semua tidak kira lelaki atau perempuan kat papan kenyataan sebelah Carta Prince Charming tu. Kat situ memang ramai pelajar suka berkumpul." Tak faham bahasa betul Hayrul tu!
Tapi, kalau dibandingkan Hayrul dengan si Putera Katak ini, dia lebih rela melayan kerenah Hayrul. Walaupun Hayrul menjengkelkan, tapi sekurang-kurangnya Hayrul bukannya seperti Nazrul yang suka serang dari belakang. Memang betul pun orang kata, orang pendiam ni adalah orang yang paling bahaya sekali.
"Wei, kenapa kau pakai baju sekolah"" tanya Nazrul sambil melihat Nurul atas bawah seperti tidak pernah melihat Nurul berpakaian baju sekolah.
"Habis tu, aku kena pakai baju apa" Baju renang"" sindir Nurul.
"Kalau kau pakai baju renang pun aku tak ada selera langsung," jawab Nazrul selamba sambil mengatur langkah.
Patut ke aku baling fail ni kat kepala dia" Bentak Nurul sendiri.
Nurul memegang erat fail kuning yang menjadi teman setianya setelah dilantik menjadi pengurus bola sepak. Nafasnya turun naik. Entah kenapa dia geram sangat bila berhadapan dengan Nazrul. Setiap apa yang Nazrul kata mesti menyakitkan hati.
Tak ada selera langsung" Huh, lelaki kurang normal saja yang cakap macam tu. Nazrul memang kurang normal. Memang patut pun tiada seorang perempuan pun yang mengaku menyukai Nazrul,
omel Nurul dalam senyap. Tapi, memang betul ke aku ni tak ada daya tarikan langsung" Hati Nurul tertanya-tanya sendiri sambil matanya meliar memandang dirinya sendiri.
Mungkin sebab tu aku kena reject dulu.
"Hoi, mak cik, tak payahlah nak pandang-pandang badan sendiri. Memang tak menarik pun," jerit Nazrul yang sudah beberapa kaki di hadapan.
"Okey, mungkin aku patut humban dia ke dalam loji najis." Nurul mendengus
marah. "KITA nak ke mana ni"" tanya Nurul setelah otaknya penat berfikir ke mana Nazrul hendak membawanya.
Sudahlah berjalan kaki di bawah matahari yang panas terik seperti tiada arah tujuan. Lagi satu yang paling dia tidak puas hati, sampai sekarang dia tidak tahu di mana letaknya sekolah Haji Harun.
Bila ditanya pengetua Haji Harun itu pengetua sekolah mana" Jawapan Nazrul senang saja, Sekolah menengahlah, takkan sekolah rendah pulak. Sejak itu malas Nurul hendak bertanya soalan pada Nazrul lagi. Daripada dia tanya soalan pada Nazrul, lebih baik dia tanya soalan dengan pokok-pokok di sekelilingnya. Sudah semestinya tidak menyakitkan hati.
Sekali lagi Nazrul senyap walaupun dia sudah berkali-kali bertanya soalan yang sama. Bila dia mendongak memandang Nazrul di sebelahnya, betapa panasnya hatinya apabila melihat kedua-dua telinga Nazrul di sumbat oleh earphone. Patutlah sepanjang dia berjalan seiringan dengan Nazrul, dia terdengar muzik rancak. Ingatkan muzik itu datang dari kereta-kereta yang lalu-lalang.
"Huh!" Nurul mendengus marah.
Tanpa mempedulikan Nazrul yang melayan muzik yang bergendang di telinganya, Nurul membuka payung yang sentiasa dibawanya ke mana sahaja kerana tidak tahan dengan cuaca yang terlampau panas. Nanti tak pasal-pasal kulitnya hitam. Sudahlah kulitnya jenis yang suka merajuk bila berjemur di bawah cahaya matahari.
"Kenapa nak pakai payung pulak"" celah Nazrul setelah beberapa kali wajahnya tercucuk bucu payung Nurul. "Kan matahari tu baik untuk kulit."
"Lantak akulah. Kulit aku bukannya kulit kau," balas Nurul selamba.
Memang dia sudah agak, apa yang dia buat mesti ada saja yang tidak kena. Sekarang hendak pakai payung pun salah.
"Memanglah kulit kau, tapi bucu payung ni dah berapa kali tercucuk muka aku. Nasib baik muka, kalau tercucuk mata aku, buta mata aku, siapa nak jawab kat mama
aku"" "Hah, nak mengadu kat mama kau, mengadulah. Anak mama!" Nurul menjelir lidah. Puas hatinya. Dengan Nazrul memang tidak boleh diberi muka. Kalau tidak, memang sakit hati saja melayan. Macam manalah semua ahli rasmi boleh tahan dengan perangai Nazrul yang tidak normal itu. Mungkin lebih baik dia biarkan Nazrul tidur sepanjang masa. Aman dunia!
"Bak sinilah aku pegang." Payung tersebut dirampas Nazrul dari tangan Nurul. "Sudahlah pendek, pegang payung pun tak reti."
"Payung aku suka hati akulah nak pegang macam mana." Payung merah tadi dirampas Nurul kembali.
"Masalahnya, payung kau ni bahaya sangat. Sampai nak tercucuk mata aku." Nazrul merampas kembali payung di tangan Nurul. "Sepatutnya biar orang yang lagi tinggi daripada kau pegang payung ni. Kalau tak, satu-satu kawan kau akan jadi orang kurang upaya."
"Lantaklah! Yang penting, itu payung aku, lagipun tak ada undang-undang di Malaysia ini melarang orang yang pendek macam aku pegang payung."
Nurul cuba merampas dari tangan Nazrul, tapi Nazrul sudah bersedia dengan menggenggam erat batang payung daripada dirampas oleh Nurul.
"Dengar cakap aku sajalah. Biar aku pegang. Apa salahnya mengalah sekali." Nazrul sekadar menggeleng apabila Nurul masih lagi cuba menarik payung dari tangannya. Nampaknya gadis itu tetap tidak mahu mengaku kalah.
"Jangan harap!" tegas Nurul dengan nafas turun naik. Barangkali bengang dengan situasi tersebut.
Nazrul pelik betul dengan perempuan seperti Nurul, hendak tolong sikit pun meradang sampai hendak bom satu dunia lagaknya.
Nurul kemudiannya meletak fail di tempat perjalanan kaki dan tanpa membuang masa dia menggunakan kedua-dua belah tangannya untuk menarik payungnya dari tangan Nazrul. Ternyata tenaga lelaki lebih kuat daripada tenaga perempuannya tapi itu tidak bermakna dia akan mengaku kalah. Apatah lagi pada lela
ki yang tidak normal seperti Nazrul itu.
"Lepaskanlah!" marah Nurul.
"Mengalah sajalah," balas Nazrul pula tetap tidak mahu mengaku kalah.
"Jangan harap!" Dengan sepenuh tenaga Nurul menarik kuat batang payung.
Prak! Akhirnya Nurul dapat payung dan Nazrul pula dapat batang payung. Kedua-duanya dapat bahagian masing-masing. Dengan kata lain, payung Nurul terpatah dua.
"Kan senang, masing-masing tak payah pegang payung," jawab Nazrul selamba sambil membuang batang payung di tangannya ke tepi jalan tanpa mempedulikan perasaan Nurul yang bercampur baur itu. Dia meneruskan langkahnya.
"Mungkin aku patut cincang dagingnya lumat-lumat selepas ni." Nurul mendengus marah. Payung di tangannya dibuang ke tepi. Sakit hati saja kalau dia masih memegangnya.
NURUL mendongak memandang papan tanda di hadapannya. Dikelip-kelip matanya berkali-kali. Barangkali tersalah lihat. Kemudian, selepas tidak puas hati dia menggosok-gosok kedua-dua matanya pula untuk memastikan sesuatu. Bila dibuka matanya semula, perkataan Butik Sukan jelas terpampang di hadapan matanya. Betul matanya tak silap. Ini
bukannya sekolah, tapi sebuah butik yang menjual pakaian sukan khas untuk orang
perempuan. "Err... apa yang kita buat kat sini sebenarnya"" tanya Nurul pelik. Kemudian memandang Nazrul yang masih tenang di sebelahnya. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang tidak baik akan berlaku terhadap dirinya. Benarlah kata Ridzwan, tiada siapa yang dapat agak apa yang difikirkan oleh Nazrul dan bersedia sajalah kalau ada apa-apa yang berlaku nanti.
"Tukar baju," jawab Nazrul pendek.
"Hah"" "Tukar bajulah, pekak."
"Aku tak pekak. Aku dengar kau kata tukar baju, tapi kenapa pula nak tukar baju"" Sekali lagi darah Nurul seakan mahu menyirap naik. Marahnya tadi pun masih belum berkurangan lagi dan kini Nazrul paksa dia tukar baju.
"Takkanlah aku nak bawa kau pergi tengok perlawanan bola sepak dengan pakai baju sekolah kita. Dah tentulah orang lain dapat syak yang kita sebenarnya sedang mengintip perlawanan tu," jawab Nazrul tenang.
Nurul mengerut dahi. Patutlah dia pelik melihat Nazrul hanya berbaju-T dan berseluar jean saja sejak muncul di bus stop tadi.
"Yang kau tak bagi tahu awal-awal kenapa""
"Dah tahu nak mengintip, gunalah otak sikit."
"Manalah aku tahu aku kena jadi pengintip hari ni. Kalau aku tahu pun, gerenti aku tak nak ikut. Aku nak balik!"
Belum sempat Nurul mengorak langkah pergi, Nazrul pantas menangkap tangan Nurul dan ditariknya masuk ke dalam butik tersebut. "Aku nak baliklah!" tengking Nurul marah.
Memang dia pantang betul kalau ada orang memaksanya buat sesuatu kerja yang dia sendiri tidak suka. Apa yang dia paling marah adalah apabila tangannya disentuh seseorang yang bukan muhrim.
"Lepaslah tangan aku ni..." Nurul meronta, cuba melepaskan tangannya daripada genggaman Nazrul.
"Kalau aku lepaskan, gerenti kau lari," jawab Nazrul selamba sambil membelek-belek baju sukan di dalam kedai itu. "Kau suka warna apa"" "Lepaskan tangan aku." "Kau suka warna apa"" tanya Nazrul lagi. "Lepaskan tangan aku dulu!"
"Kau suka warna apa"" tanya Nazrul lagi sambil terus menyelak sehelai demi sehelai baju yang tersangkut.
"Lepaskan tangan aku dulu dan aku akan jawab soalan kau tu."
"Jawab dulu dan lepas tu baru aku lepaskan tangan kau." Nazrul masih lagi tidak mahu mengalah.
"Okey, aku suka warna pink.' Akhirnya Nurul terpaksa mengalah. "Jadi, lepaskan tangan aku sekarang."
"Okey." Tangan Nurul dilepaskan dan serentak dengan itu Nazrul menghulurkan baju sukan berwarna biru kepada Nurul.
Nurul terpinga-pinga. Rasanya dia baru saja kata dia suka warna pink dan bukannya warna biru tapi sekarang, Nazrul memberinya baju warna biru, kepadanya. Adakah Nazrul ini buta warna"
"Err. ini warna biru," kata Nurul.
"Aku tahu." "Tadi aku cakap aku suka warna pink."
"Tapi, aku suka warna biru," jawab Nazrul pendek.
Terkebil-kebil mata Nurul mendengar jawapan selamba daripada Nazrul. Tadi beria-ia tanya dia suka warna apa setelah diberitahu, Nazrul memberinya baju warna biru dengan alasan dia suka warna biru. Normal atau tidak normal sebenarnya Nazrul ini"
"Kan aku cakap aku suka warna p
ink." Sekali lagi pertengkaran berlaku.
"Kan aku cakap, aku suka warna biru," balas Nazrul yang seperti biasa tidak mahu mengaku kalah.
"Lantaklah kau suka warna biru ke, warna hijau ke, tapi sekarang ni aku suka warna pink. Kenapa pula aku perlu pakai warna baju yang kau suka""
"Sebab aku suka warna biru," jawab Nazrul dengan jawapan yang sama.
"Ah! Lantaklah! Kau pakailah baju biru ni, aku nak balik!"
Baju-T yang diberi oleh Nazrul tadi diletak di tempatnya semula sebelum dia melangkah jauh daripada Nazrul. Mungkin sampai setakat ini sajalah dia 'dating' dengan Nazrul yang dianggap orang yang paling tidak normal di dunia.
Tiba-tiba... Crekk... Bunyi baju koyak!
Dengan perlahan Nurul berpaling memandang tangannya yang cuba ditarik oleh Nazrul, tapi malangnya, Nazrul tersilap tarik. Lengan baju kurung sekolahnya ditarik
Nazrul sehingga terkoyak di bahagian bahu. Kalau terkoyak sedikit tu boleh lagi dia terima, tapi masalahnya lengan bajunya sudah terlerai dari baju sekolahnya.
"Err." Nazrul tiba-tiba kaget. Matanya terkebil-kebil memandang helaian lengan baju Nurul yang sudah tercerai dari baju dan berada di dalam genggaman tangannya. Dia kemudiannya memandang wajah Nurul yang kelihatan merah. Sama ada menahan malu atau menahan marah, dia sendiri tidak pasti. Rasanya dia tiada masa untuk meneka jawapan antara dua itu.
"Nazrul!" Jeritan Nurul kedengaran tidak lama selepas itu sehingga boleh menggegarkan kedai butik itu.
Sah! Nurul sedang marah! NURUL yang lengkap berbaju-T biru dan berseluar sukan yang juga berwarna biru, sekali lagi mendengus marah. Masuk kali ini, sepanjang dia berjalan menuju ke Sekolah Haji Harun, dia asyik mendengus tidak puas hati. Tangannya memeluk tubuh. Mukanya masam mencuka, manakala matanya asyik memandang tajam ke arah Nazrul yang dua langkah maju di depan. Paling sakit hatinya apabila mendengar siulan Nazrul yang berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku tadi.
Mungkin lepas ni aku patut bagi anjing ratah tulangnya, desis hati Nurul yang hampir rentung dibuat Nazrul hari ini. Lepas satu-satu yang berlaku. Kalau macam inilah selalu, pasti dia akan kena heart attack atau hatinya rosak kerana Nazrul.
"Dah sampai," ujar Nazrul yang berhenti secara tiba-tiba di hadapan sebuah pagar sekolah.
Nurul di belakang turut berhenti berjalan. Dia sendiri tidak menyedari ke mana kakinya melangkah. Mana tidaknya, sejak keluar dari butik sukan tadi, hatinya panas membara bila teringatkan peristiwa yang memalukan tadi. Bila hatinya dah panas, seluruh tubuhnya panas sehingga tubuhnya tidak dapat menumpukan perhatian dan mungkin sebab itulah kakinya hanya mengekori langkah Nazrul. Kalaulah Nazrul tu pembunuh bersiri, mungkin sudah lama dia termasuk perangkap Nazrul tanpa disedari.
Nurul memandang sekeliling. Pelik. Entah kenapa dia rasa dia macam pernah jejak saja ke sekolah itu. Persekitaran dan reka bentuk bangunan sekolah seperti pernah dilihatnya sebelum ini. Malah, bukan saja lihat, tapi dia rasa macam pernah bersekolah di sekolah itu saja.
"Takkanlah." Terus dia berpatah balik melihat nama sekolah yang terlekat kemas di atas dinding batu bersebelahan pagar sekolah. SEK. MEN. KEB. SETIAWASIH.
Setiawasih! Bukan ke ini sekolahnya dahulu sebelum dia berpindah rumah pada tahun lepas" Dan, Haji Harun tu. pengetua sekolahnya dulu!
Serentak itu, Nurul menepuk dahinya. Ini sekolah lamanya! Kenapa aku boleh tak perasan ni"
10 NURUL memandang sekeliling kawasan SMK Setiawasih. Kagum. Tidak sangka baru dua tahun dia meninggalkan sekolah tersebut, banyak perubahan ketara yang dapat dilihatnya. Antaranya, semua bangunan sekolah sudah dicat warna biru cair berbanding warna putih dahulu. Itu pun seingat dia, warna bangunan seakan pudar, malah ada yang ditumbuhi lumut.
Jika dahulu, Taman Botani yang terletak bersebelahan dengan pintu pagar dipenuhi dengan rumput-rumput panjang. Tapi, kini sudah dihiasi dengan pelbagai jenis bunga-bunga dan di tengahnya terdapat tiga buah pondok yang lengkap dengan kerusi meja. Terdapat beberapa orang pelajar sedang berbual sambil mengulang kaji pelajaran di bawah pondok tersebut.
Sedang as yik dia memerhati keadaan sekeliling yang sudah berubah, baru dia perasan, Nazrul yang datang bersama dengannya tadi sudah menghilangkan diri tanpa dikesan. Sedar-sedar saja, dia kini berdiri seorang diri di situ. Malas dia hendak mencari lelaki itu. Buat sakit hati adalah. Hari ni saja, sudah berapa kali Nazrul membuatnya bengang tahap gaban. Agaknya kalaulah Gaban masih wujud lagi sampai hari ni, Gaban pun takut dengannya.
Begitu lama rasanya dia tidak menjejak kaki ke situ. Walaupun tempat tinggalnya tidak jauh dari sekolah lamanya itu, tapi dia jarang ke situ disebabkan tiada apa-apa yang menarik. Kawan-kawan" Huh, di sini dia langsung tidak kenal siapa kawannya. Tapi, yang paling ramai adalah musuh yang dengki dengan kewujudannya.
Nak kata dia cantik" Tak juga. Wajahnya biasa saja. Tidak putih, tidaklah hitam sangat, ada kedua-dua mata, satu hidung dan satu mulut. Semuanya lengkap. Lagipun di sekolahnya itu terdapat ramai pelajar perempuan yang cantik-cantik belaka. Malah, ada lelaki yang sanggup bergaduh dengan lelaki lain untuk dapatkan perempuan yang mereka idam-idamkan.
Diana. Nama pelajar yang popular di kalangan pelajar lelaki. Orangnya memang cantik, malah pandai bergaya walaupun dia datang daripada keluarga yang sederhana. Tidak kaya dan tidak miskin. Cita-cita Diana hanyalah satu, iaitu berkahwin dengan lelaki kaya. Dan, lelaki yang kaya yang menjadi mangsa buruan Diana adalah Hazwan.
Hazwan. Entah bagaimana keadaan lelaki yang dia pernah puja dahulu. Adakah dia masih bersama dengan perempuan dua alam seperti Diana itu" Adakah Hazwan pernah cuba untuk mencarinya memandangkan dia telah berpindah sekolah dengan tergesa-gesa tanpa sempat memberitahu guru-gurunya.
Dulu selepas sahaja berpindah di rumah barunya, dia asyik berangan bahawa Hazwan akan datang mencarinya semula, tapi betul kata orang, angan-angan cinta hanya tinggal angan-angan. Ia tidak akan jadi nyata.
"Hisy, apa aku asyik fikir ni..." Lama dia mengelamun. Sedar-sedar saja dia sudah berada di kaki lima yang menempatkan beberapa papan kenyataan yang telah dibahagikan dengan ruangan-ruangan khas. Cuma bezanya, sekolah itu tiada ruangan khas untuk Carta Prince Charming seperti di sekolahnya.
Jam di tangan dipandangnya. Beberapa minit lagi jam 3.00 petang. Beberapa minit lagi juga perlawanan persahabatan antara Sekolah Haji Harun dengan Sekolah Haji Mansur akan bermula.
Baru sahaja dia hendak melangkah pergi ke padang, telefon bimbitnya berbunyi. Panggilan daripada nombor yang tidak dikenali. Tanpa berfikir panjang, dia terus menjawab panggilan tersebut.
"Hoi, mak cik!" sapa suara di hujung talian.
Nazrul! jerit hati Nurul. Siapa yang tidak kenal dengan suara dan gaya pertuturan yang sentiasa menyakitkan hati itu. Meskipun dalam telefon, tapi Nurul masih lagi boleh mengecam suara Nazrul.
"Mak cik, cepatlah. Perlawanan dah nak mula ni."
"Aku nak pergilah ni. Lagi satu, aku bukan mak cik kau!"
"Cepatlah! Membebel aje."
"Aku nak pergilah ni. Tapi, macam mana kau tahu nombor handset aku ni"" tanya Nurul pelik. Setahunya dia belum lagi memberi nombor telefonnya kepada mana-mana ahli rasmi bola sepak lagi.
"Yalah... Agaknya pergi cari pakwe," balas Nazrul.
"Banyaklah kau punya pakwe!" Terus Nurul memcepatkan langkah. Selagi dia tidak sampai di sana, selagi itulah hatinya panas. Kalaulah dia boleh bertukar jadi Ultraman, sudah lama dia fire Nazrul tanpa belas kasihan.
"Habis tu kenapa tak sampai lagi""
"Aku tengah jalan nak pergi sanalah ni!" marah Nurul sehinggakan dia hampir terlanggar seseorang. Mujur dia sempat mengelak.
"Sorry," kata pelajar lelaki yang hampir dilanggar Nurul tadi.
Langkah Nurul yang terus mara tanpa meminta maaf tadi terhenti sebaik sahaja mendengar suara pelajar lelaki itu. Rasanya suara tadi seperti pernah dia dengari sebelum ini. Dia segera memalingkan kepalanya, melihat gerangan orangnya dan tiba-tiba tubuhnya jadi kaget.
Hazwan! jerit Nurul dalam hati apabila memandang lelaki yang hampir berlanggar dengannya tadi.
Hazwan turut memandang Nurul. Lama. Barangkali cuba mengingati gadis yang berdiri di hadapannya itu. Mungkin ingat dan
mungkin tidak ingat. "Kau ni mengurat pakwe ke"" Suara Nazrul jelas kedengaran daripada telefon bimbitnya. Terus membuatkan Nurul tersedar daripada lamunannya.
"Yalah! Aku on day way sekarang ni." Terus Nurul berlalu mengangkat kaki tanpa mempedulikan Hazwan. Entah lelaki itu kenal dia lagi atau tidak, dia tidak tahu. Tapi, buat masa sekarang, serang Nazrul lagi penting!
Mujurlah dia mempunya ingatan yang bagus tentang kedudukan padang sekolah lamanya itu. Tidaklah dia terkial-kial mencari jalan hendak ke sana. Dari jauh, dia sudah dapat mengesan kedudukan Nazrul. Pantas kakinya mengorak langkah mendekati Nazrul.
"Mana kau dapat nombor telefon aku"" Terus Nurul serang sebaik sahaja dia merapati Nazrul yang sedang mencatat sesuatu di buku nota. Namun, hatinya sempat pula berterima kasih kepada Nazrul yang memilih untuk duduk di bawah pokok angsana dan bebas dari matahari terik. Kalau ada payung, dia tak kisah sangat kalau disuruh duduk di tengah panas. Payung... Ah! Sakitkan hati saja!


Prince Charming Karya Ratu Bulan di http://cerita-silat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

"Bukan ke kau tulis dalam surat tu," jawab Nazrul selamba.
"Surat" Surat apa"" tanya Nurul lagi.
Seingat Nurul, dia tidak pernah tulis surat... Surat" Dengan pantas Nurul memandang Nazrul yang masih bersikap selamba. "Maksud kau surat... " Tanpa memandang Nurul, Nazrul mengangguk. "Kau baca surat tu""
"Mak cik, boleh tak diam sikit"" tegur Nazrul sambil menjeling tajam. Kemudian, dia menyambung menulis sesuatu di buku notanya.
Nurul terus menarik muka masam. Sakit hati betul bercakap dengan Nazrul ni. Memang lelaki yang langsung tiada perasaan.
Sebentar kemudian Nurul dikejutkan dengan sorakan meriah sekumpulan pelajar perempuan yang baru sahaja turun dari bas sekolah yang sudah lama diparkir di depan pintu pagar padang sekolah itu. Beberapa orang lelaki yang lengkap berpakaian sukan berjersi merah putih turun dari bas tersebut. Saat itulah para penonton yang kebanyakannya terdiri daripada kaum perempuan menjerit bagaikan disampuk hantu
apabila pasukan Haji Mansur turun padang. Belum pernah lagi dia melihat situasi begitu apabila perlawanan bola sepak berlangsung.
Kalau orang ramai datang dengan berpakaian sukan pasukan kegilaan masing-masing, mungkin dia tidak hairan sangat. Tapi, kebanyakan mereka yang datang pada hari ini terdiri daripada anak-anak gadis yang berpakaian seksi dengan berbedak macam opera Cina. Memakai gincu merah membara seperti sedang bertanding dengan Pak Cik McDonald's, gincu siapa yang paling cantik dan paling merah.
Hampir terkena culture shock dengan mereka semua itu. Nurul tahu, pelajar lelaki SMK Semarak memang hot sehinggakan ada yang sanggup mati demi memiliki hati mereka. Kacak bukan alasan utama mereka hot, tapi disebabkan semua orang tahu semua pelajar yang belajar di sekolah itu datang daripada keluarga yang ternama dan berada. Siapa yang tidak cair bila melihat kemewahan mereka.
Ditambah lagi kalau lelaki itu kacak. Huh, ada yang menggelupur bila bertentang mata. Nasib baiklah dia bukan tergolong dalam jenis perempuan yang mudah cair dengan kekacakan atau kekayaan seseorang.
Sorakan mereka jelas kedengaran. Mujurlah Nazrul mengambil tempat jauh dari khemah penonton. Kalau tidak, mungkin selepas pertandingan ini, dia akan jadi pekak selama-lamanya. Terima kasih kepada Nazrul!
"Apa yang kau tahu pasal bola sepak"" tanya Nazrul tiba-tiba. Dia masih lagi menulis sesuatu di buku notanya.
"Bola sepaklah. Pengadil bagi bola, lepas tu, dua pasukan akan berebut bola tu. Emm... macam bodoh pun ada, kan" Hanya sebiji bola dia orang berebut..."
Perlahan-lahan Nazrul memandang Nurul yang acuh tak acuh menjawab soalannya. Disangkakan Nurul sudah faham dengan sukan, itu tapi nampak gayanya kerjanya akan bertambah.
"Kenapa" Salah ke""
Nazrul melepaskan keluhan berat. Ini masalah berat ni. Seorang pengurus Kelab Bola Sepak langsung tidak tahu apa itu bola sepak. Dia berhenti menulis. Buku nota kembali ditutup dan diletak ke tepi. Kemudian, memandang Nurul di sebelahnya.
Nurul berasa gugup. Ini kali pertama dia bertentangan mata dengan Nazrul dan ini juga pertama kali dia dapat melihat wajah Nazrul secara dekat. Baru dia pe
rasan, rupanya Nazrul memiliki anak mata berwarna coklat.
"Apa tujuan kau apply jadi pengurus"" tanya Nazrul.
"Hah"" "Kau pekak ke" Apa tujuan kau apply jadi pengurus""
Nurul terdiam. Sejujurnya dia pun tidak tahu kenapa dia jadi pengurus Kelab Bola Sepak. Sofea yang mendaftarkan namanya untuk temu duga pengurus Kelab Bola Sepak. Walaupun dia tidak suka, tapi dia pergi juga dan akhirnya terpilih. Dia boleh letak jawatan, tapi entah kenapa dia masih lagi meneruskan jawatan pengurus itu. Adakah dia berharap dapat berjumpa dengan orang yang menyelamatkannya tempoh hari"
"Atau kau ada agenda lain""
Nurul berpaling memandang Nazrul.
"Memang ada agenda lain" Kalau kau fikir dengan masuk ke kelab kami kau boleh cari calon suami, lupakan sajalah."
"Kau ingat aku ni terdesak sangat ke nak kahwin sekarang"" kata Nurul dengan nada yang tinggi. Menyirap darahnya bila mendengar Nazrul menuduhnya sedemikian rupa. Tak sangka, orang yang suka buat hal sendiri seperti Nazrul boleh berkata begitu. Walaupun selama ini Hayrul sering mempertikaikan kewujudannya sebagai pengurus kelab, tapi dia tidak pernah rasa tersentap dengan kata-kata Hayrul.
"Habis tu kenapa kau apply jadi pengurus""
Nurul hanya senyap. Wajarkah dia memberitahu hal yang sebenarnya" Apa yang terjadi pada dirinya tempoh hari dan menyebabkan dia hampir kehilangan nyawa, tapi mujurlah ada seseorang yang baik hati menyelamatkannya. Dan, orang itu memakai jaket rasmi Kelab Bola Sepak.
"Tak apa. aku pun tak berminat nak tahu."
Nurul kembali melemparkan pandangan ke arah padang. Walaupun dia berasa lega, Nazrul menamatkan perbualan itu, tapi dia masih lagi berasa tidak sedap hati. Dia cuba buang perasaan itu jauh-jauh buat seketika dengan mengalih pandangan ke arah padang.
Hazwan tak main" Hati Nurul bertanya apabila matanya langsung tidak melihat kelibat Hazwan yang sepatutnya beraksi di padang.
Dua pasukan yang akan bertanding telah beratur berhadapan dengan pasukan lawan. SMK Haji Harun yang berjersi hijau, manakala SMK Haji Mansur berjersi merah putih. Rasanya ini pertama kali dia menonton perlawanan bola sepak selain menontonnya di televisyen.
Dari jauh dia melihat pengadil yang memakai baju dan seluar hitam memberi sedikit penerangan sebelum sekeping duit siling dilambungkan. Setahunya, duit siling itu
adalah penentu di mana gawang gol dan pasukan manakah yang mendapat bola di awal perlawanan. Ia lebih kurang macam bola jaring juga.
"Berapa pemain dalam bola sepak"" tanya Nazrul bersuara.
"Sebelas orang. Sepuluh orang pemain dan seorang penjaga gol. Tapi, untuk melayakkan sesebuah pasukan tu ke sesebuah perlawanan, mereka kena ada 15 nama pemain," terang Nurul.
Nazrul hanya mengangguk. "Fiq yang ajar""
"Dia tak ajar, tapi dia bagi buku catatan dia untuk tambahkan pengetahuan tentang sukan ni," kata Nurul selamba.
Wisel dibunyikan tidak lama selepas itu, menandakan perlawanan telah pun bermula. Sebaik sahaja permain mula menggelecek bola, satu sorakan kuat bergema dengan pekikan suara gadis-gadis sorak di bawah khemah.
Pelik betul dengan mereka semua yang terjerit-jerit itu. Kalau kipas angin susah mati sekalipun janganlah membazir suara terpekik-pekik macam langsuir kehilangan langsir rumah. Satu keluhan berat kedengaran daripada Nurul. Bosan. Macam manalah lelaki boleh minat sangat dengan perlawanan bola sepak. Sekali-sekala dia akan menjeling Nazrul yang memerhati perlawanan tersebut tanpa berkelip.
Ini pertama kali juga dia melihat Nazrul sedar. Selalunya bila dia bertemu dengan Nazrul, pasti lelaki itu sedang tidur. Tidur pula macam tak ingat dunia. Siap berdengkur lagi. Tapi, bila orang ajak pergi makan, terus tersedar. Lagi-lagi kalau Rezza yang mengajak.
"Kau tulis apa tu"" tanya Nurul hairan. Pelik betul dengan Nazrul ni, takkanlah mengarang karangan untuk kerja sekolah bahasa Melayu.
"Formasi dia oranglah."
"Formasi""
"Teknik atau kedudukan pemain di padang," jawab Nazrul.
Nurul berkerut dahi. Tidak faham apa yang diberitahu Nurul tadi.
"Okey, kalau nak menang sesuatu perlawanan, kita tak boleh bergantung pada tenaga saja. Ya, orang nampak memang kita kejar bola,
sepak bola ke sana ke mari, tapi sebenarnya ada teknik yang terselindung di dalam perlawanan tu. Macam pasukan SMK Haji Mansur, dia orang menggunakan formasi 4-4-2."
"Nombor apa tu" Nombor ekor ke""
"Banyaklah kau punya nombor ekor."
"Teka pun salah ke""
"Memanglah tak salah, tapi kau tanya soalan yang tak logik. Kau ingat ni judi
ke"" "Tapi ada jugak orang main judi bola."
"Memanglah tapi 4-4-2 tu bukannya judi! Tu formasi atau teknik perlawanan semasa di padang. Tulah, lain kali masa aku terangkan jangan nak menyampuk. Dahlah Cikgu Majid tu dah serahkan kau pada aku, kalau kau tak tahu apa-apa pasal semua ni, aku juga yang kena tau!"
Nurul berkerut dahi. Cikgu Majid serahkan dia pada Nazrul" Untuk apa" Untuk jaganya atau jaga Nazrul yang asyik tidur sepanjang masa" Sesedap hati saja Cikgu Majid nak serahkannya pada orang lain. Ingat dia tidak reti jaga diri sendiri ke"
"4-4-2 mewakili pemain di padang. Nombor di hadapan adalah jumlah pemain pertahanan. Nombor tengah adalah jumlah permain tengah atau tengah kiri. Dan nombor
terakhir adalah bilangan penyerang yang digunakan di padang. Selain 4-4-2 ada banyak lagi teknik lain. Selalunya teknik ni tidak akan kekal hingga akhir perlawan. Ia akan berubah mengikut strategi lawan dan selalunya pengurus atau jurulatih yang akan memberi arahan teknik apakah yang akan digunakan semasa di padang nanti. Faham"" terang Nazrul.
"Err. sikit-sikit."
"Balik ni buat research pasal bola sepak. Aku rasa kat Internet berlambak pasal teknik bola sepak. Kau bacalah kalau kau tak faham. Tapi, aku mintak sangat kau baca sebab kami perlukan pengurus yang arif dengan bola sepak dan bukannya arif dengan menulis surat cinta."
Nurul menjeling tajam. Ada juga yang hendak kena hentak dengan failnya pula nanti. Tak habis-habis nak memerlinya dengan surat cinta.
"Tahulah." Nurul kembali memandang pertandingan yang sedang berlangsung di tengah padang. "Kenapa kita perlu jadi pengintip" Aku tengok perlawanan ni macam perlawanan biasa saja."
"Kau tengok memang biasa, tapi lihatlah nanti. Sekolah Haji Mansur akan menjaringkan gol."
Tidak lama selepas Nazrul berkata, kedengaran para penyokong SMK Haji Mansur bersorak kemenangan apabila salah seorang penyerang mereka menjaringkan gol pertama pada minit ke 15 perlawanan.
"Kau ni ahli nujum ke"" Nurul bertanya seakan tidak percaya.
"Itu dinamakan analisis dalam perlawanan. Kau ingat main bola ni, hanya main kat tengah padang ke" Kalau dia orang pakai strategi, kita kena balas balik dengan analisis. Cari kelemahan dia orang, cari ruang kosong dan yang paling penting hapuskan strategi dia orang tu. Itulah sebabnya kita perlu jadi pengintip hari ni," terang Nazrul.
"Hah" Macam tu ke" Aku ingatkan main redah aje. Tapi, macam mana kau tahu""
"Sebab aku daripada keturunan ahli nujum."
Serentak itu Nurul menarik muka. Bila masa dia mula serius, Nazrul pula buat lawak haiwan.
"Tugas kau, cuba perhatikan pemain nombor sembilan dan sepuluh tu. Tengok saja pergerakan dia orang dan guna otak untuk fikir," ujar Nazrul sebelum menutup buku notanya dan disimpan ke dalam beg sekolahnya. "Aku nak pergi tandas kejap. Kau jangan menggatal nak mengurat lelaki lain. Ingat tugas kau."
"Tahulah! Kau pula jangan nak tidur dalam tandas tu."
"Kalau aku nak tidur, aku takkan pilih tandaslah untuk landing. Tahulah aku cari tempat yang strategik sikit nak landing," balas Nazrul pula.
"Jangan lama-lama! Tu mesti sah nak tidurlah tu," ujar Nurul separuh menjerit.
Nazrul buat pekak saja. Langkah kaki diatur laju. Sebaik sahaja dia melepasi pintu pagar sekolah tersebut, dia segera mengeluarkan telefon bimbit dari kocek seluarnya. Butang telefon bimbit ditekan-tekan mencari nama Rezza. Tanpa membuang masa, dia terus menelefon Rezza, kawan karibnya itu.
"Rezza, tolong aku..." ujarnya sebaik sahaja panggilan disambut oleh Rezza.
11 WISEL penamat telah dibunyikan oleh pengadil lima belas minit yang lalu. Kedua-dua pasukan telah pun bersalaman di akhir perlawanan. Ada juga para penonton yang sudah beredar dari padang. Penyokong-penyokong sekolah Haji Mansur masih kelihatan yang bersorak gembira ata
s kemenangan bergaya dua gol berbalas kosong ke atas SMK Haji Harun.
Nurul memandang jam tangannya. Tepat jam 5.00 petang. Tapi, bayang Nazrul masih lagi tidak kelihatan. Dia mendengus marah. Memang sah Nazrul sedang tidur di mana-mana sekarang ini.
"Tak guna punya Nazrul!" Pantas Nurul bangun dari duduknya.
Telefon bimbitnya dikeluarkan dan dia cuba menelefon Nazrul. Tapi, hampa.
"Oh, tutup telefon ya... Tak apa, aku akan cari kau sampai ke lubang cacing! Tak pasal-pasal lubang cacing kena ceroboh," kata Nurul yang sempat lagi berlawak.
Nurul mendengus marah. Kali ini dia buntu. Entah ke mana Nazrul pergi. Rasanya dia sudah meronda satu sekolah, tapi kelibat Nazrul langsung tidak kelihatan. Kalaulah dia lelaki, memang dia sudah meredah masuk ke dalam tandas lelaki mencari Nazrul. Nazrul tu bukannya boleh dipercayai sangat. Asal tempat baik, terus landing tanpa ingat dunia.
"Nurul Izzati, right"" tanya seseorang.
Nurul pantas berpaling. Dia terkejut apabila melihat Hazwan yang entah bila menghampirinya. Mungkin sebab dia tengah sibuk cuba menghubungi Nazrul sehingga tidak sedar ada sepasang mata asyik memerhati gelagatnya sejak dari tadi.
"Awak kenal saya lagi"" tanya Hazwan sambil mengukir senyuman kacak.
Nurul mengangguk perlahan. Mana mungkin dia hendak buat-buat tidak kenal dengan lelaki yang pernah mencuri hatinya dulu. Sampai bila-bila pun dia akan kenal lelaki itu.
"Dah lama saya cuba cari awak, tapi awak dah berpindah ke tempat lain."
"Oh, sebab rumah sewa saya dulu nak diubah suai, kami terpaksa berpindah ke tempat lain. Kebetulan pula, ayah kena bertukar kerja, jadi saya terpaksa berpindah, tapi tak jauh sangat dari sini," jawab Nurul ikhlas dalam gugup.
"Oh." Hazwan mengangguk faham. "Jadi, awak buat apa di sini""
"Err..." Lidah Nurul kelu. Bukannya dia gagap bila berhadapan dengan lelaki yang pernah mencuri hatinya dulu, tapi dia tidak tahu hendak bagi jawapan apa. Jadi
pengintip untuk pasukan bola sepak sekolahnya" Rasanya dia pula yang akan diketawakan nanti.
"Kenapa ni"" sapa seseorang yang menghampiri mereka dari belakang.
Nurul pantas berpaling apabila terdengar satu suara yang amat dikenalinya.
"Fiq." Nurul seakan terkejut apabila melihat Fiq turut berada di situ. "Macam mana kau ada kat sini"" tanyanya pelik.
"Nazrul ada emergency call daripada famili dia. Jadi, dia minta aku datang sini," jawab Fiq memberitahu hal sebenar. "Sorry, jalan jammed tadi. Bertembung dengan orang balik kerja."
"Kenapa dengan Nazrul"" tanya Nurul seakan terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Fiq tadi. Tadi memang teruk dia menyumpah-nyumpah Nazrul sehingga penat mulutnya bercakap seorang diri. Disangkanya Nazrul sedang nyenyak tidur di mana-mana, tapi mendengar Fiq cakap tadi, dia berasa bersalah pula. Tapi, silap Nazrul juga sebab tidak beritahunya terlebih dahulu.
Fiq sekadar mengangkat bahu. Tanda tidak tahu apa-apa.
Entah kenapa hati Nurul tetap rasa tidak selesa. Nazrul balik tanpa beritahunya. Tapi, bila difikirkan kembali, kenapa Nazrul hendak beritahunya" "Jom aku hantar kau balik," ajak Fiq.
"Err. okey." Nurul serta-merta mengangguk. Dia kemudiannya memandang Hazwan yang masih berdiri di hadapan mereka. "Sorry, Hazwan, saya terpaksa balik dulu. Kalau ada masa kita berbual lagi," ujarnya sedikit gagap. Mana tidaknya, seorang adalah lelaki yang diminatinya dulu dan seorang lagi adalah lelaki yang diminatinya
sekarang. Apabila kedua-duanya berada di hadapan mata, lidahnya menjadi kelu. Tanpa membuang masa Nurul berlalu pergi seiringan dengan Fiq.
Hazwan masih lagi memandang Nurul dari jauh sehinggalah kelibat Nurul tidak kelihatan lagi.
Sepanjang perjalanan ke pintu pagar sekolah Haji Harun itu, Nurul hanya senyap. Begitu juga dengan Fiq yang asyik bermain mesej. Mungkin dengan perempuan yang dilihatnya semalam, desis hatinya.
"Nazrul bagi mesej, dia minta maaf sebab tinggalkan kau seorang diri kat sini. Dia pesan lagi, aku hanya boleh hantar kau balik selepas ajak kau makan."
"Hah!" Terkejut Nurul apabila Fiq mengajaknya makan berdua.
"Jadi, aku hanya akan pulang selepas aku belanja kau makan," ujar Fiq lagi.
Gil a punya Nazrul. Dia tak ada pun, boleh pulak nak kenakan aku! desis hati Nurul yang kian membara. Namun sempat lagi dia tersenyum mengangguk setuju dengan perlawaan Fiq. Makan berdua-duaan dengan Fiq! Yahoo!!! sorak hatinya.
NAZRUL menguap malas sambil membetulkan otot-ototnya untuk menuruni anak tangga rumah teres dua tingkat itu. Dia memandang jam pada dinding yang sudah menunjukkan ke angka 12.00 tengah malam. Tapi, dia merasa pelik kerana melihat Rezza yang sedang menonton televisyen di ruang tamu rumahnya.
"Wei, kau tak balik lagi ke"" tanya Nazrul.
"Malas," jawab Rezza selamba.
"Kau tak takut mak kau risau ke" Tahulah kau tu anak teruna, tapi janganlah sampai tak nak balik rumah. Nanti tak pasal-pasal aku kena dakwa sebab kidnap kau."
"Yang kau ni nak risau kenapa" Bukan ke rumah aku dekat sebelah rumah kau ni. Kalau mak aku panggil balik dah lama mak aku jerit."
Serentak dengan itu Nazrul menepuk dahinya. Dia kemudiannya menggeleng kepala. Bagaimana pulak dia boleh lupa yang rumah Rezza dengan rumahnya bersebelahan saja. Lagi satu, Rezza memang selalu melepak hingga tengah malam di rumahnya dan kadang-kadang tidak balik rumah langsung.
"Sorry, aku lupa," ujar Nazrul tersengih-sengih sebelum berlalu ke dapur mengambil dua gelas kosong bersama dengan sebotol air sejuk yang baru diambil dari peti ais. Dia kemudiannya duduk di sebelah Rezza.
"Dah okey"" tanya Rezza.
"Agaknya," jawab Nazrul selamba sambil menuang air sejuk di dalam cawan sebelum meneguknya sedikit. Matanya meliar menonton televisyen di hadapannya.
"Apa kata kalau kau beritahu Nurul hal yang sebenar," cadang Rezza yang dari tadi asyik memandang Nazrul di sebelahnya.
"Beritahu apa"" tanya Nazrul pelik.
"Nurul dah jadi pengurus kelab dan dia berhak tahu benda ni."
"Benda apa"" tanya Nazrul lagi. Sekali lagi dia berkerut dahi.
Rezza mengeluh lemah. Entah Nazrul sengaja atau tidak, dia tidak perduli. "Okey, kalau kau tak nak cakap pasal tu, cakap sajalah pada dia yang kau selamatkan dia dulu."
Hampir tersembur air yang Nazrul teguk tadi dari mulutnya. Nasib baiklah dia cepat-cepat menelan. Kemudian dia mengurut dadanya yang terasa sakit. Mana tidaknya, Rezza tiba-tiba bercakap pasal benda itu lagi.
"Gila! Kalau aku yang selamatkan dia pun memang aku tak nak cakap dengan mak cik tu. Sekarang ini, yang selamatkan dia, bukannya aku. Kau ni nak aku jadi penipu
ke"" "Tapi, hakikatnya kau yang selamatkan dia."
"Hakikat yang sebenar bukan aku yang selamatkan mak cik tulah! Dahlah, malas aku nak cakap pasal ni."
"Tapi, kau kena cakap juga dengan dia."
"Nak cakap apa" Aku malaslah nak panjangkan cerita ni. Biar habis kat situ dahlah. Lantaklah dia nak cari siapa yang selamatkan dia ke" Siapa Prince Charming dia ke" Yang penting benda ni tak ada kena-mengena dengan aku. Finish!" tegas Nazrul.
Rezza hanya menggeleng. Itulah Nazrul yang tidak suka mengambil tahu hal orang lain dan tidak suka orang lain masuk campur dalam hal hidupnya.
"Terpulang pada kaulah. Aku rasa, Nurul selaku pengurus kelab, dia perlu tahu tentang apa yang berlaku tengah hari tadi."
"Alah, dia tu mana kisah sangat dengan semua tu. Aku suruh dia perhatikan pemain nombor sembilan dan sepuluh, agaknya dia perhatikan muka pemain nombor sembilan dan sepuluh tu. Hancur! Perlawanan esok aku nak kau jaga-jaga dengan kedua-dua pemain tu. Dia orang tu pandai sangat buat strategi gila. Serang lutut pemain supaya pemain rasa sakit bila beraksi di padang. Idea yang lapuk dan gila."
"Sebenarnya, untuk pengetahuan kau, perlawanan antara kita dengan sekolah Haji Mansur tu telah dibatalkan," ujar Rezza tiba-tiba.
"Hah! Dibatalkan, kenapa""
"Mereka tarik diri daripada join perlawanan persahabatan ni sebab SPM dah nak dekat tapi aku rasa bukan sebab SPM." "Habis tu sebab apa""
"Aku dengar dua anggota pasukan tu ditahan polis petang tadi sebab positif dadah masa dia orang tengah berpesta kat sebuah restoran eksklusif. Ada yang tengah mabuk pun ada. Baru tadi Cikgu Majid call aku cakap pasal ni. Pihak pengurusan memang memandang serius tentang perkara ni. Jadi, demi menjaga nama baik dia orang, dia orang tarik diri da
n sekolah Haji Harun secara automatik menang dalam pertandingan petang
tadi." "Gila! Kalau nak berpesta pun tunggulah cukup umur dulu. Sia-sia saja kerja aku pergi mengintip dia orang siang tadi. Lebih baik aku duduk rumah dan tidur. Ada jugak faedahnya."
"Kau ni asyik tidur aje. Cubalah fikir benda lain selain tidur."
"Habis tu dah nasib aku asyik kena tidur setengah hari nak buat macam mana""
"Kau tak nak pergi berubat ke"" tanya Rezza.
"Kau ni pun satu, kalau aku bagi tahu penyakit tidur aku ni kat doktor pun doktor gelak sampai terkeluar anak tekak dia. Kalau pergi bomoh pula, nanti macam-macam bunga dia suruh aku cari untuk mandi air bunga. Dahlah aku ni buta bunga, yang aku tahu bunga tahi ayam saja."
Rezza sedikit ketawa. Walaupun dia rasa sakit hati bila bercakap dengan Nazrul yang asyik jawab yang bukan-bukan, namun jawapan yang bukan-bukan Nazrul itulah yang membuatkannya tersenyum.
"Mama aku dah balik"" tanya Nazrul mengubah topik setelah menyedari rancangan televisyen tidak menarik minatnya.
"Bukan ke mama kau out-station seminggu kat Langkawi." "Ya ke" Kenapa aku tak tahu"" "Bukan kau tak tahu, tapi kau tak ingat." "Hah!" Muka Nazrul nampak blur. Rezza hanya sekadar menggeleng.
DARI tadi Nurul asyik tersengih-sengih mengenangkan peristiwa petang tadi. Dia dan Fiq makan berdua-duaan di sebuah kedai makan yang tidak jauh dari sekolah Haji Harun. Walaupun bukan sebuah restoran mewah, tapi dia terasa seperti makan di hotel taraf lima bintang. Lama mereka berbual. Dari situ, dia mengenali Fiq dengan lebih dekat lagi.
Fiq banyak juga bercerita. Cerita tentang keluarganya, tentang masa silamnya tentang kucing kesayangannya, tentang bola sepak dan bagaimana dia boleh mencintai sukan itu sejak berkawan dengan Rezza dan Nazrul.
"MULA-MULA aku tak minat dengan sukan yang mengeluarkan peluh, tapi sejak berkawan dengan Rezza dan Nazrul yang agresif masa tu, aku suka dengan bola sepak. Tapi masa tu famili aku memang tentang hebat dengan minat aku, tapi nasib baiklah ada Kak Liya. Dia yang berbincang dengan famili aku dan mujurlah Kak Liya ni baik dengan keluarga aku. Jadi, sejak tu aku boleh main bola dengan senang hati," terang Fiq.
"Kak Liya tu." "Oh, dia satu-satunya kawan perempuan yang rapat dengan aku sejak kecil lagi. Dia juga yang menjaga aku sejak kecil. Sekali pandang, orang nampak kita orang macam pasangan kekasih, tapi sebenarnya hubungan kami hanyalah setakat hubungan adik dengan kakak sahaja. Lagipun Kak Liya sudah ada boyfriend."
Penerangan Fiq membuatkan Nurul menarik nafas lega. Bersorak riang hatinya.
"Kau pula" Kau minat dengan bola sepak"" tanya Fiq hampir menggoncangkan jantung Nurul dengan soalan maut.
"Err..." Terus kelu lidahnya hendak berkata-kata.
"Banyak yang aku dengar pasal kau. Ramai juga yang tanya kenapa kami pilih kau sebagai pengurus kelab."
"Mesti bukan cerita yang baik, bukan"" teka Nurul. Dia menghela nafas lemah. Tahu sangat apa yang difikir oleh Fiq sekarang itu.
Memang tidak boleh dinafikan, di sekolah, ramai yang dengki dengannya sebab dapat menjadi pengurus Kelab Bola Sepak yang diidam-idamkan semua peminat-peminat ahli bola sepak. Mereka semua itu semuanya peminat-peminat ahli rasmi sebab itulah tidak puas hati kalau ada orang lain yang terpilih sebagai pengurus pasukan, apatah lagi yang terpilih itu adalah seorang perempuan yang langsung tidak minat dengan bola sepak.
"Kami sebenarnya tak kisah sangat tujuan kau jadi pengurus, asalkan kau tahu jaga privasi kami selaku ahli rasmi, itu sudah memadai. Kami tak perlukan peminat sebagai pengurus sebab kalau seorang peminat jadi pengurus, mesti hancur privasi kami. Itu yang kami pentingkan."
"Jangan risau, rahsia kau orang semua di tangan aku, lagipun apa yang best sangat dedahkan rahsia kau orang." Fiq hanya tersenyum. Nurul turut tersenyum sama.
12 SEMINGGU berlalu dengan sempurna. Tugas Nurul sebagai pengurus Kelab Bola Sepak berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit masalah. Tapi, dia dapat menyelesaikan dengan segera. Hubungannya dengan Fiq agak rapat memandangkan Fiq juga merupakan orang terpenting dalam kelab tersebut.
Kadang kala, dia dengan Fiq akan duduk bersama selepas sesi persekolahan dan berbincang perkara-perkara berkenaan dengan bola sepak. Banyak yang dia dapat belajar melalui Fiq. Daripada peraturan-peraturan permainan sehinggalah jenis-jenis bola sepak yang ada di dunia ini.
Kadangkala keakrabannya dengan Fiq dicemburi oleh ramai pelajar perempuan yang juga peminat kipas angin susah mati Fiq. Orangnya bukan saja kacak, malah
cemerlang dari segi akademik dan sukan. Aset yang paling diminati oleh kebanyakan peminatnya adalah Fiq berasal daripada keluarga berada.
Mungkin ada sesetengah peminat yang terkejar-kejar jejaka idaman itu disebabkan statusnya dan mungkin ada juga yang tidak pandang harta benda. Ada juga yang mengaku jatuh hati dengan Fiq kerana sikap Fiq yang peramah dengan semua orang tidak kiralah lelaki atau perempuan, mak cik atau pak cik, India atau Cina, semuanya dia berkawan baik. Kalau tidak, tidak mungkin ada mak cik kantin yang berharap dapat menjadikan Fiq menantunya.
Namun, Fiq langsung tidak menunjukkan minat untuk menjadikan peminat-peminatnya sebagai kekasih hatinya. Ada juga dia bertanya soalan itu memandangkan Fiq langsung tiada kekasih sedangkan orang sepertinya boleh memiliki hati perempuan dengan hanya memetik jari saja. Tapi, soalannya pasti akan berbalas dengan soalan juga. Nurul masih ingat lagi perbualannya dengan Fiq satu ketika dahulu.
"KALAU aku minta kau jadi girlfriend aku, apa yang kau akan fikir""
"Hah"" tanya Nurul kurang faham dengan soalan Fiq tadi.
"Kalau aku minta kau jadi girlfriend aku, apa yang kau fikir"" ulang Fiq lagi.
Nurul terdiam. Entah soalan apa pula yang ditanya oleh Fiq tadi. Pelik semacam. Apa yang aku fikir kalau dia lamar aku jadi girlfriend dia" Bahagia" tanya Nurul kepada hatinya sendiri. Ternyata hatinya juga tidak boleh menjawab soalan itu. Soalan Fiq walaupun nampak mudah, tapi entah kenapa dia amat sukar hendak menjawabnya.
Tapi, kalau Fiq tiba-tiba melamarnya jadi teman wanita lelaki itu, agak pelik juga. Sebabnya, Fiq melayannya sama seperti Fiq melayan orang lain. Langsung tidak nampak
perbezaan layanan Fiq terhadapnya begitu istimewa. Ia seperti dia sedang bertepuk sebelah tangan.
"Mesti kau fikir aku sengaja nak permainkan kau. Cinta boleh jadi milik sesiapa sahaja. Tapi, persoalannya siapa yang paling layak memiliki cinta kita" Memang tak dinafikan aku ramai peminat, tapi bagi aku untuk cari seseorang yang kita betul-betul minat bukan masanya lagi."
"Oh, kau nak tumpukan perhatian pada pelajaran"" balas Nurul.
Dia sudah banyak dipengaruhi dengan drama-drama di televisyen dan cerita-cerita novel yang dibacanya selama ini. Kalau budak yang masih sekolah sepertinya ingin menjauhi daripada bercinta, hanya itu sahaja jawapan mereka dan ini adalah kenyataan.
Begitu juga dengan realiti hidupnya, kawan-kawannya yang pernah bersumpah tidak akan jatuh cinta kepada mana-mana lelaki pada usia yang muda ini dengan alasan ingin menumpukan perhatian, tapi dalam diam menyimpan hasrat untuk memiliki teman lelaki yang tidak pernah kunjung tiba. Orang Melayu memang suka berkias-kias.
"Itu alasan lapuk," jawab Fiq selamba. Dia ketawa menggeleng. Baginya ingin menumpukan perhatian dalam pelajaran adalah alasan lapuk yang tidak berguna langsung. Sekarang ini juga, ramai yang bercinta, tapi boleh menumpukan perhatian dalam pelajaran. Bercinta pada zaman persekolahan memang tidak salah, tapi seseorang itu mesti pandai menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dalam sesuatu hubungan.
"Habis tu""
"Maksud aku. lelaki mempunyai masa depan mereka sendiri. Orang perempuan takkan faham apa yang lelaki sedang fikirkan. Setiap lelaki mempunyai pendapat mereka sendiri terhadap cinta. Aku tak nak jalankan sesebuah hubungan dengan fikir perkataan
couple. Lelaki dengan perempuan sekarang ni bercouple hanya untuk seronok . Mereka tak fikir jauh. Aku tak suka macam tu. Aku nak sesebuah hubungan yang kekal dan sebab itulah aku tak suka jalinkan hubungan dengan sesiapa buat masa sekarang ni," terang Fiq panjang lebar.
Nurul mengangguk faham. Memang benar, pelajar yang masih sekolah pada zaman sekarang
ini terlampau taksub untuk memiliki seseorang kekasih atau couple. Ada yang sanggup bergaduh dan putus kawan hanya sebab mahu pertahankan cinta monyet yang belum tentu betulnya. Bercinta masa zaman sekolah memang banyak risikonya, terutama sekali dalam pelajaran.
Pelajaran akan terganggu kalau kita terlampau mengagungkan cinta atau lebih memikirkan cinta. Selain itu, mereka mungkin tidak akan mencapai kegembiraan zaman sekolah sebenarnya. Walaupun tiada teman lelaki atau teman wanita masa sekolah, kita sebenarnya boleh mencari kegembiraan yang tidak mungkin diputar kembali sebab cinta bukanlah sesuatu yang penting dalam kehidupan ini. Ada banyak lagi yang perlu dipentingkan.
Memang ada juga pelajar yang couple sejak dari zaman sekolah berkahwin apabila sudah melangkah ke alam dewasa, tapi tidak ramai. Tidak ramai yang bernasib baik sebab nasib manusia dalam dunia ini tidak sama. Ada yang bernasib baik dan ada yang bernasib malang. Begitu juga dengan cinta.
"Tapi, bila aku bertemu dengan seseorang itu, aku dah mula berfikir masa depan." Akhirnya Fiq berkata tersenyum memandang buku nota di hadapannya.
"Siapa"" Fiq hanya tersenyum. "NURUL..." Lamunan Nurul hilang sekelip mata apabila Hayrul menyapanya. Fiq yang duduk tidak jauh daripadanya direnung sejenak sebelum kembali menalakan wajah ke arah Hayrul. Nurul geram. Pantang betul dia hendak bersenang-lenang, mesti ada saja yang datang mengacau. Hayrul ini tidak lain dan tidak bukan mesti hendak bertanya tentang surat cintanya yang tidak pernah wujud di muka bumi ini.
"Hah, sebelum kau tanya apa-apa, aku nak cakap, aku tak terima surat cinta untuk kau," ujar Nurul terlebih dulu yang sudah tahu sangat perangai Hayrul kalau berjumpa dengannya.
"Macam mana boleh tak ada pulak"" tanya Hayrul hampa. Hampir sebulan dia mengharap akan dapat surat cinta daripada peminat-peminat misterinya. "Manalah aku tahu."
"Sebab aku dengar kau dapat banyak surat cinta untuk Kelab Bola Sepak, takkan satu pun tak ada untuk aku"" "Tak ada," tegas Nurul.
"Kenapa pulak tak ada"" tanya Hayrul tidak puas hati.
"Dah tak ada nak buat macam mana lagi. Mungkin semua orang tahu yang kau alergi dengan surat cinta sebab itulah tiada seorang pun yang berani nak bagi. Atau kau memang tiada peminat," kata Nurul dengan selamba. Memang itu perangainya yang tidak suka menjaga hati orang. Baginya menjaga hati orang begitu susah dan dia bagaikan terhukum kalau tidak bercakap sesuatu apa yang benar.
"Tolong sikit. Aku ada peminat, tapi mereka tu yang tak berani nak luahkan perasaan dia orang pada aku," ujar Hayrul dengan lagaknya.
"Yalah tu..." Malas Nurul hendak melayan Hayrul.
"Dengar cerita Nazrul dapat surat cinta juga." Fiq membuka cerita.
Serentak dengan itu Hayrul berpaling memandang Fiq di sebelahnya. Bagaikan tidak percaya apa yang didengarinya tadi.
"Emm. aku pun tak percaya, tapi memang sampul surat tu tertulis nama Nazrul." Nurul mengiakannya. Dia juga terkejut melihat nama Nazrul tertulis pada sampul surat yang diterimanya semalam. Rasanya ini kali pertama dia mendapat surat cinta untuk Nazrul. Rupanya Nazrul ada peminat walaupun lelaki itu suka tidur 24 jam.
"Macam mana Nazrul yang kaki tidur tu boleh dapat surat cinta, tapi aku tak dapat surat cinta"" tanya Hayrul tidak puas hati lagi. Setahunya, selain kaki tidur, Nazrul tidak berminat menonjolkan diri dengan orang ramai. Di kelab mereka, Nazrul tidaklah begitu menyerlah di kalangan pelajar perempuan walaupun dia juga merupakan ahli terpenting dalam Kelab Bola Sepak
"Manalah aku tahu. Kau tanyalah Nazrul tu sendiri. Aku pun pelik jugak. Orang macam dia pun ada peminat ke"" Nurul bertanya semula. Dia masih lagi tidak dapat menerima kenyataan apabila terpandang nama Nazrul pada sekeping sampul surat berwarna pink yang dijumpai di dalam laci meja tulisnya pagi tadi.
"Tak ada apa yang peliknya, Nazrul jenis yang low profile. Walaupun dia selalu tidur, tapi imejnya bersih. Mungkin sebab itulah dalam diam ada orang yang meminatinya," balas Fiq memberi pandangan. Tapi, setahunya Nazrul memang tidak suka menjadi perhatian orang terutama sekali dengan perempu
an. "Tapi, Nazrul memang tak layak terima surat cinta!" balas Nurul yang entah kenapa tidak berpuas hati sejak semalam.
"Hah, dia memang tak layak terima surat cinta! Mesti Nazrul tu pergi jumpa bomoh buat mandi bunga. Baru-baru ni aku dengar bunga-bunga kat taman pertanian sekolah kita tu habis dikebas orang. Entah-entah Nazrul yang mencuri bunga tu untuk mandi bunga," ujar Hayrul lagi.
"Canggih betul idea kau." Nurul menjeling tajam. Kalau Hayrul dah melalut macam-macam yang difikirnya. "Sekarang ni tak payah mandi bunga pun. Kau pakai minyak wangi gerenti ada perempuan yang tersangkut."
"Hah" Betul ke"" tanya Hayrul seakan tidak percaya. "Kalau macam tu, aku pergi beli minyak wangi."
"Selama ni kau tak pakai minyak wangi ke""
"Pakai." "Habis tu""
"Aku pakai minyak wangi kakak aku. Pagi tadi bila aku nak pakai, dah habis."
"Patutlah tak ada perempuan yang sangkut dekat kau. Kau tahu tak, kalau kau pakai minyak wangi perempuan, ramai lelaki yang akan jatuh hati pada kau tau," sindir Nurul. Entah dari manalah idea itu datang dia sendiri tidak tahu. Tapi, pelik juga kalau lelaki pakai minyak wangi perempuan.
"Yalah tu. Pandai saja kau nak buat cerita. Apa salahnya pakai minyak wangi perempuan. Minyak wangi jugak tu!" balas Hayrul tidak mahu mengaku kalah.
REZZA melangkah masuk ke dalam bilik dan Kelab Bola Sepak mendapati Nazrul tengah tidur dengan nyenyak berbantalkan lengan. Rezza sekadar menggeleng. Dengan perlahan dia menghampiri rakannya itu. Sehelai kertas berwarna pink ditarik dari tangan Nazrul secara perlahan-lahan supaya tidak mengejutkan kawan karibnya itu.
Tersenyum Rezza ketika membaca surat cinta seseorang yang dituju khas kepada Nazrul. Tidak lama selepas itu Nazrul kelihatan mula sedar dari tidurnya. Matanya memandang redup wajah Rezza di hadapannya. Kemudian pandangannya dialih pada surat cinta di tangan Rezza.
"First time dapat surat cinta," kata Rezza perlahan.
"Tapi, semuanya tidak bermakna langsung," jawab Nazrul. Dari pandangan matanya terpancar satu emosi yang berbelah bagi.
"Tak salah kalau jatuh cinta pada seseorang."
Surat di tangan Rezza di ambil Nazrul. Direnung dalam surat di tanganya itu. Ayat-ayat indah dibacanya untuk kali entah ke berapa. Dia sendiri tidak pasti. Kemudian kertas itu direnyokkan sebelum menjadi penghuni tong sampah.
"Surat tu memang layak berada di dalam tu," ujar Nazrul lagi.
"Kau tak perlu benci surat cinta," ujar Rezza pula.
"Aku tak benci dengan surat macam tu, tapi aku takut ada seseorang yang bencikannya. Kalau tak benci pun, dia akan berasa serba salah." "Aku rasa kalau keadaan ini berterusan."
"Benda ni akan berakhir. Aku janji!" Pintas Nazrul kemudian tersenyum pahit.
NURUL memeriksa jadual latihan sebelum mencatatkannya ke dalam diari hariannya. Sejak kejadian terlupa aktiviti-aktiviti Kelab Bola Sepak dulu, dia mengambil langkah berhati-hati membuat kerja.
Sebuah diari harian miliknya diwujudkan, itu pun atas nasihat Fiq. Fiq siap mengajaknya keluar semata-mata mahu membeli diari harian untuknya. Sejak hari itu dia tidak pernah berenggang dengan diarinya itu. Meninggalkan diari ibaratkan meninggalkan Fiq dari hatinya.
Sekali-sekala dia menjeling memandang Nazrul yang dari tadi asyik tidur dengan nyenyak. Tapi, kali ini Nazrul tidak berdengkur seperti selalu. Tahulah dia buat kalau Nazrul berdengkur dengan kuat. Akan diletaknya pembesar suara supaya satu sekolah boleh dengar dengkuran Nazrul.
Tiba-tiba telefon bimbitnya yang diberi mod senyap bergegar dari kocek bajunya. Segera dia mengambil dan direnung skrin telefon bimbitnya. Dari nombor yang tidak dikenali. Nurul pelik. Dia memandang Nazrul yang masih tidur. Yang pastinya bukan Nazrul yang telefon. Tanpa menghiraukan siapa yang menelefonnya, Nurul segera menjawab panggilan tersebut. "Helo," jawabnya lembut.
"Helo, Nurul," jawab satu suara di hujung talian.
Hampir tersentak jantung Nurul apabila mendengar suara daripada seorang lelaki yang tidak asing lagi daripada hidupnya. Dia pasti. Dia pasti sangat-sangat. Suara itu tidak akan dilupanya sampai bila-bila.
"Saya Hazwan," kata suara itu lagi memperkenalkan dir
i. Hazwan takut Nurul tidak dapat mengecam suaranya.
"Oh, Hazwan, saya ingatkan mamat manalah yang telefon tadi." Nurul cuba bersikap tenang. Memang itulah situasinya bila bercakap dengan Hazwan. Berbeza jika dibandingkan caranya bercakap dengan lelaki lain. Secara automatik terus menjadi sopan dan bertatabahasa.
"Nurul, maaflah sebab mengganggu."
"Err... tak ada apa. Awak tak mengganggu saya, tapi macam mana awak dapat nombor telefon saya"" Serta-merta Nurul teringatkan peristiwa Nazrul yang mendapat nombor telefon bimbitnya dari surat cintanya yang ingin diberi kepada Fiq, tapi diperdajalkan Nazrul yang meletaknya di dalam lokar Hayrul. Mungkinkah Hazwan turut membaca surat cintanya itu dan sebab itulah Hazwan mendapat nombor telefonnya"
"Daripada seseorang yang baik hati," jawab Hazwan.
Nurul mengeluh lega. Mujurlah sangkaannya meleset. Mana mungkin Hazwan mendapat nombor telefonnya dari surat cinta yang ingin diberikan kepada Fiq. Tapi, Hazwan sebut daripada seseorang yang baik hati. Ini bermakna orang yang beri nombor telefonnya adalah seseorang yang baik hati. Oh, ini bukan baik hati, tapi ini busuk hati. Sesedap rasa saja nak bagi nombor telefon aku pada orang yang tidak dikenali. Orang macam tu memang patut dibom! Apa yang aku merepek ni" desis hatinya.
"Siapa"" "Saya rasa lebih baik kita jangan cerita pasal tu. Saya yang paksa dia beri nombor telefon awak. Sejak kita berjumpa tempoh hari, saya asyik teringatkan awak."
Okey, Hazwan ni dah angau ke" Teringatkan aku" Habis Diana tu dia dah campak
mana" "Tapi, kenapa"" tanya Nurul.
"Boleh tak kalau kita berjumpa"" "Jumpa""
"Sekarang. Saya ada di hadapan pintu pagar sekolah awak."
"Hah!" "Please." rayu Hazwan.
Nurul seakan tidak boleh lari dari pelawaan Hazwan. Bagaikan dikawal, terus dia bersetuju untuk bertemu dengan Hazwan. Entah apa yang Hazwan mahu sehingga sanggup mendapatkan nombor telefonnya dan menemuinya.
Selepas panggilan ditamatkan, segera Nurul menyiapkan sisa-sisa jadual yang belum dicatit lagi ke dalam diarinya. Setelah siap, dia mula mengemas barang-barangnya sebelum berlalu keluar dari bilik tersebut.
Selepas pintu bilik ditutup rapat, Nazrul yang sedang tidur tadi membuka kelopak matanya dengan perlahan-lahan. Pandangannya redup. Sayu.


Prince Charming Karya Ratu Bulan di http://cerita-silat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

"ADA apa awak tiba-tiba cari saya"" tanya Nurul kepada Hazwan setelah mereka berdua bersetuju untuk berbual di sebuah kedai makan yang berdekatan dengan sekolah.
"Saya memang nak cari awak selama ni, tapi saya hilang sumber. Semua tak tahu awak pindah ke mana dan tak sangka pula saya jumpa awak di sekolah tempoh hari," terang Hazwan dengan tenang. "Saya dapat tahu awak bersekolah di sini sebab lelaki yang bersama awak tu memang saya kenal."
"Maksud awak Fiq""
Hazwan hanya mengangguk. "Tapi, bukan dia yang bagi nombor telefon awak. Lagipun saya hanya kenal dia pada nama, sebab dia merupakan anak kepada kawan ayah saya. Tak tahulah kalau dia kenal saya atau tak."
"Oh. Tapi, sebab apa awak nak jumpa saya""
"Saya nak minta maaf atas apa yang berlaku selama ni. Apa yang Diana dah buat pada awak. Saya minta maaf. Saya tak tahu macam mana surat cinta yang awak bagi tu boleh jatuh ke tangan Diana. Sumpah saya cakap, mana-mana surat cinta yang saya terima, saya simpan dengan cermat sebab saya takut jadi macam tu. Tapi entah bagaimana surat cinta awak boleh berada di tangan Diana," terang Hazwan.
Serta-merta Nurul terbayang peristiwa hitam yang memalukan dirinya apabila surat cinta yang diberikannya kepada Hazwan dulu jatuh ke tangan Diana dan kesempatan ini dibuat oleh Diana dengan menampal surat cintanya itu di setiap papan kenyataan sehinggakan dia dikenakan hukuman tatatertib kerana dituduh menampal benda yang tidak berfaedah, padahal bukan dia yang menampalnya.
Dia malu dan pada masa yang sama dia sakit hati dengan Diana. Dia tahu, Diana menyukai Hazwan, tapi dia tidak pernah mengacau Diana dan Diana juga tiada hak menghalang perasaannya terhadap Hazwan. Tapi, apa yang Diana buat terhadapnya membuatkan dirinya memberontak sehingga kini.
Dahulu, dia yang ramai kawan terus menyembunyikan diri daripada berkawan dengan orang l
ain. Dia yang dahulunya seorang yang berhati lembut, terus bertukar menjadi orang yang keras hati. Lagipun orang yang berhati lembut ini memang selalu dibuli. Sebab itulah terbentuk perwatakannya yang keras kepala. Dengan ini saja orang lain akan gerun memandangnya dan sekali gus menjauhkan diri daripadanya.
"Saya dah lupakan tentang tu. Lagipun memang patut pun dia marah sebab kacau hak dia," balas Nurul, tapi dalam hatinya hendak saja dia kata, Saya rasa kalau saya jumpa dia, memang saya tampar dia seratus kali tanpa henti!
"Saya bukan hak dia." Hazwan tersenyum.
Sungguh kacak! Benar! bisik Nurul sendiri.
"Diana memang macam tu. Dia fikir dia boleh memiliki semua apa yang dia mahu, tapi dia silap. Dalam soal cinta, dia kalah. Actually, kami tak pernah ada apa-apa hubungan dan dengan kata lain saya bukan boyfriend Diana. Tapi, demi menjaga hati Diana yang sedikit terperasan, saya terpaksa mendiamkan diri. Diana tahu pasal ni cuma dia masih tak dapat terima kenyataan.
"Selepas kejadian surat cinta tu, saya dah tak boleh tahan lagi. Kalau dia sanggup buat begitu itu maknanya dia semakin hampir ingin mengawal hidup saya dan saya tak mahu dia kawal saya. Cukuplah peluang yang saya berinya selama ini. Kalau saya biarkan dia buat sesuka hati, mungkin hidup saya akan jadi lebih kucar-kacir," ujar Hazwan meluahkan apa yang terbuku di hati selama ini.
"Jadi, sekarang ni dia macam mana""
"Diana malu sangat sebab saya tengking dia depan orang ramai. Saya tahu saya tak patut tengking dia depan orang ramai dan memalukan dia, tapi selama ini bila dibawa berbincang, dia tak pernah nak dengar, malah egonya semakin tinggi dan berlagak seperti saya ini suaminya. Selepas saya tengking dia depan orang ramai, dia mula slow sikit sebab ketika itu ramai yang menyokong saya, malah kawan-kawannya juga berpaling tadah dan sejak itu dia semakin menyepikan diri dan akhirnya berpindah sekolah kerana cikgu dapat tahu dia adalah dalang melekatkan surat cinta awak. Tak tahulah dia ke
sekolah mana, tapi dengar kata perangainya tetap macam dulu lagi. Kami lost contact macam tu saja." Hazwan menceritakan segala-galanya. Nurul mengangguk faham.
"Dan saya datang ni sebab satu perkara. Dah lama saya ingin tanya awak, tapi asyik tak ada peluang saja."
Okey, dia mesti nak kata dia sukakan aku, lepas tu mesti nak minta couple dengan
aku. "Pasal apa"" "Sebenarnya."
Nurul menunggu dengan sabar dengan dada yang berdebar-debar. "Saya nak tanya, kenapa dalam surat tu awak tulis lirik Cinta Pepohan Cemara"" tanya Hazwan.
"Hah!" Nurul hilang kata-kata.
13 "KENAPA aku tulis lirik lagu Cinta Pepohon Cemara dalam surat tu" Hisy, tak ada soalan lain ke dia nak tanya" Kenapa soalan ni pulak dia nak tanya" Malu betul! Takkanlah dia tak tahu yang perempuan ni memang suka tulis surat cinta yang jiwang-jiwang dan bila sudah tiada idea akan tulis lirik-lirik lagu cinta yang menjadi lagu tema cerita cinta," bebel Nurul seorang diri sambil berjalan pantas untuk pulang ke rumahnya setelah habis berbual dengan Hazwan.
Namun, perjumpaan mereka kali ini membuatkan dia berpuas hati bukan hanya kerana gembira sebab namanya sudah bersih di sekolah lamanya, tapi kerana berpeluang berbual dengan lelaki yang pernah menjadi pujaan hatinya.
"Kak Nurul," panggil satu suara sebaik sahaja Nurul membelok ke kiri jalan.
Seorang pelajar perempuan menghampiri Nurul. Nurmaya, salah seorang pelajar perempuan yang selalu mendapat perhatian semua orang di sekolah tidak kira lelaki atau perempuan, guru atau pekerja kantin.
Orangnya memang cantik, ayu, berkulit putih melepak walaupun dia tidak menggunakan bedak yang tebal. Memiliki sepasang mata yang cantik. Pendek kata, orangnya memang cantik.
"Maaf sebab mengganggu Kak Nurul," ujar Nurmaya dengan suara lembut. Memang padan dengan orangnya. Bak kata orang, macam gadis Melayu.
"Kenapa"" "Sebenarnya, saya nak minta pertolongan," jawab Nurmaya agak tergagap-gagap. "Pertolongan apa""
Sehelai sampul surat kecil dikeluarkan dari poket baju dan dihulurkan kepada Nurul. Nurul segera menyambut sampul surat tersebut tanpa banyak soal, malah tahu apa yang ingin d
isampaikan oleh Nurmaya. Nurul agak terkejut apabila melihat nama Nazrul tercatat di atas sampul surat tersebut. Terus Nurul memandang wajah Nurmaya yang menundukkan muka.
"Tolong bagi pada Nazrul dan saya mintak akak tolong suruh dia baca surat saya ini. Saya tahu, dia tak pernah membaca surat yang saya bagi selama ini. Saya minta tolong sangat-sangat!" rayu Nurmaya tanpa segan-silu di hadapan Nurul.
Kalaulah Nurul wartawan sekolah, memang dia akan hebohkan kepada semua pelajar bahawa pelajar yang menjadi rebutan putera-putera sekolah itu sanggup merayu-rayu dengannya supaya menyuruh orang yang tiga suku seperti Nazrul membaca surat tersebut.
Tapi, kenapa mesti Nazrul" Kenapa tidak Fiq atau Rezza yang paling sempurna di mata orang lain" Kenapa orang seperti Nurmaya melihat Nazrul sebagai Prince Charming
pula" Kalaulah Nurmaya tahu bagaimana perangai Nazrul yang suka berdengkur bila tidur...
Cinta itu buta. Tapi, kenapa mesti Nazrul" Nurul masih lagi tidak berpuas hati. Patutkah dia memberitahu perangai Nazrul yang sebenarnya kepada Nurmaya"
"Mintak tolong sangat-sangat," ujar Nurmaya lagi merayu-rayu sebelum meminta diri untuk pulang.
Nurul masih lagi berdiri di situ. Merenung surat yang diberikan oleh Nurmaya untuk Nazrul. Bermimpikah dia" Orang yang secantik seperti Nurmaya boleh jatuh cinta dengan Nazrul" Rasanya mesti ada sebab-sebab yang membuatkan hati Nurmaya terpaut pada Nazrul. Contohnya. Nazrul kuat tidur. Atau, Nurmaya terlihat betapa comelnya bila Nazrul sedang tidur.
Kemudian Nurul terbayang wajah Nazrul yang sedang tidur. Terbayang bunyi dengkuran Nazrul yang kuat sehingga mencairkan tahi telinganya. Terbayang wajah Nazrul yang tidur diiringi dengan air liur basi yang meleleh tidak henti-henti, kemudian dikesat air liurnya dengan tangan dan kembali menyambung tidur. Tidak lama kemudian bulu romanya meremang bila terbayangkan Nazrul yang tidur.
"Kenapa ni"" sapa seseorang di belakang Nurul.
"Ah, Farizat." Nurul menarik nafas panjang sebaik sahaja dia berpaling ke belakang. Mujurlah dia tiada penyakit lemah jantung. Kalau tidak, tak pasal-pasal Kelab Bola Sepak kena mencari pengurus lain selepas ini. "Lain kali bagi salam dulu."
"Kalau bagi salam pun sama jugak. Kenapa kau tercegat ni"" tanya Farizat yang sejak dari tadi asyik memerhati Nurul yang berdiri tegak seperti patung.
"Farizat, kau percaya tak""
"Percaya apa""
"Aku dapat surat cinta untuk Nazrul," ujar Nurul sambil menunjukkan sampul surat yang masih di tangannya. Nama Nazrul ditunjuk depan-depan mata Farizat.
"Jadi"" tanya Farizat selamba seolah-olah tidak rasa pelik Nazrul mendapat surat cinta daripada peminatnya.
"Hei, takkan kau tak terkejut Nazrul yang kaki tidur tu dapat surat cinta"" balas Nurul berasa kecewa. Ingatkan Farizat akan turut berasa terkejut sepertinya.
"Lelaki tak pernah pelik dengan kerja perempuan yang suka tulis surat cinta," jawab Farizat selamba.
"Yalah, tapi ini Nazrul yang dapat!"
"Kalau Nazrul dapat surat cinta, memang aku tak pelik, tapi kalau Hayrul dapat surat cinta barulah aku pelik. Jadi benda ni perkara biasa saja."
"Tapi, aku pelik!"
"Kenapa kau pelik""
"Nazrul yang suka tidur dan buat hal sendiri tu dapat surat cinta, kau tak rasa pelik ke" Kalau akulah, memang aku takkan bagi surat cinta pada budak tiga suku tu. Buat sakit hati saja," jawab Nurul.
"Itu pada kau, tapi pada orang lain tak sebab mereka semua tak tengok perangainya dengan lebih dekat lagi. Kalau kau memanglah rasa pelik sebab kau selalu bergaduh dengan Nazrul. Mestilah tak puas hati. Tak pelik sangatlah kalau Nazrul dapat surat cinta, sebab sebelum ni pun dia pernah dapat surat cinta, tapi tak banyak seperti Fiq dan Rezza dapat. Tapi, kan, aku nasihatkan kalaulah kau jumpa dengan orang yang bagi
surat cinta pada Nazrul tu, baik kau nasihatkan dia supaya berhenti tulis surat cinta untuk Nazrul," kata Farizat.
"Kenapa pula"" tanya Nurul hairan.
"Nazrul tak akan membacanya, tapi akan terus buang ke dalam tong sampah," kata Farizat yang sememangnya tahu sangat dengan perangai Nazrul. "Amboi, lelaki pun jual mahal ke""
"Ini bukan jual mahal, tapi terpaksa
jual mahal. Cubalah kau bayangkan macam mana nak bercinta kalau Nazrul tu..." Tiba-tiba Farizat berhenti berkata-kata.
"Kenapa dengan Nazrul"" tanya Nurul yang dapat rasakan ada sesuatu yang ingin dicakapkan oleh Farizat tadi.
"Err... tak ada apa-apa. Okeylah, aku nak balik rumah ni."
Takut disoal siasat oleh Nurul, terus Farizat mengorak langkah berlalu dari situ meninggalkan Nurul yang masih terpinga-pinga.
"Kenapa dengan Nazrul"" tanya Nurul pada dirinya sendiri.
14 SUDAH menjadi tugasnya untuk membersihkan bilik Kelab Bola Sepak jika ada waktu terluang. Petang itu, sementara semua ahli rasmi turun padang untuk berlatih dengan ahli-ahli bola sepak yang lain. Nurul mengambil masa yang terluang itu untuk mengemas bilik kelab yang tidak nampak seperti tongkang pecah lagi, tapi sudah bagaikan seperti tongkang meletup.
Dengan kulit-kulit kacang bertaburan, bekas-bekas air kotak dan air tin yang telah habis diminum berselerak di atas meja yang selalunya dijadikan meja mesyuarat. Memang inilah dinamakan lelaki. Pasti tidak boleh dipisahkan dengan sampah sarap. Itu pun nasib baiklah tiada baju dan seluar-seluar bertaburan di atas lantai. Kalau tidak, memang dia akan bakar bilik itu dengan tekadnya.
Baru saja dia hendak membuang sampah ke dalam tong sampah, mata Nurul tertangkap satu sampul surat yang tidak asing buatnya. Terus diambilnya dan dihayatinya dan akhirnya mendapati itulah sampul surat yang diberi oleh Nurmaya kepadanya untuk diserahkan kepada Nazrul. Tapi, memandangkan dia tidak sempat hendak berjumpa dengan Nazrul kerana terlampau sibuk, dia telah meninggalkan surat tersebut di dalam lokar Nazrul semalam.
"Dia buang tanpa membacanya"" Nurul mendapati sampul surat tersebut masih belum dibuka kerana gamnya masih tertampal ketat. "Memang nak kena ni." Dia pula yang tiba-tiba naik angin dengan perangai Nazrul yang tidak pernah tahu untuk menghormati orang.
"KENAPA kau langsung tak bacanya dulu"" kata Nurul terus menyerang Nazrul sebaik sahaja Nazrul melangkah masuk ke dalam bilik kelab bersama-sama dengan ahli-ahli rasmi yang lain. Hampir semua orang terkejut dengannya yang tiba-tiba meninggikan suara dengan Nazrul. Masing-masing hanya diam dan langsung tidak berani untuk bersuara sepatah pun.
"Baca apa"" tanya Nazrul pelik. Lagi pelik apabila Nurul tiba-tiba menengkingnya sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam. Rezza di sebelahnya dipandang inginkan sedikit penjelasan, tapi nampaknya Rezza juga tidak tahu-menahu dengan mengangkat bahunya. Entah apa pula yang merasuk Nurul petang itu.
"Surat nilah! Aku jumpa kat dalam tong sampah. Kalau kau benci sangat dengan kaum perempuan ke, tak nak bercinta lagi dengan sesiapa ke, atau sudah ada idaman hati
ke, kau patut baca surat ni walaupun benda ni tak bermakna bagi kau," ujar Nurul sambil menunjukkan surat yang dijumpainya di dalam tong sampah tadi.
"Bukan urusan aku," jawab Nazrul selamba sambil berlalu membuka lokarnya tanpa menghiraukan Nurul yang masih baran.
"Bukan urusan kau" Hei, budak ni nak sangat kau baca surat dia. Dia benar-benar sukakan kau. Kalau kau benci sangat dia pun, baca sajalah surat dia ni. Mungkin ada perkara penting yang dia hendak sampaikan," kata Nurul lagi.
Mereka yang lain hanya mampu melihat drama Nurul dan Nazrul berperang mulut tanpa ada seorang yang berani masuk campur. Lebih baik jangan masuk campur.
"Beritahu dia jangan hantar surat lagilah kalau dia tak nak suratnya jadi penghuni tong sampah!" Nazrul pula melenting marah. Selama ini tiada seorang pun yang memarahi apa yang dilakukannya dan tiba-tiba pula Nurul yang hanya dikenali sebagai pengurus Kelab Bola Sepak memarahinya hanya sebab surat cinta dan hak peribadinya.
"Tapi, kau memang tak patut buat dia macam ni. Kau tahu tak, dia merayu-rayu pada aku supaya bagi surat ni pada kau. Dia harap kau baca surat ni!" Nurul masih tidak mahu berganjak. Dia perempuan. Dia juga pernah tulis surat cinta dan dia juga berharap sangat kalau orang, yang dia suka itu baca surat cintanya. Hati mana yang tidak terkilan kalau cinta sejatinya tidak diterima orang apatah lagi surat cinta yang ditulis dib
uang tanpa dibaca. "Mana kau tahu yang dia bagi surat ni untuk aku"" tanya Nazrul memandang Nurul dengan tajam.
"Dia dah tulis terang-terang nama kau di sini. Kau buta ke""
"Kau memang tak tahu apa-apa." Pintu lokarnya ditutup dengan kuat menyebabkan semua tersentak. Tanpa berkata apa-apa, Nazrul segera berlalu dari situ. "Hei, aku belum habis lagi!"
"It's okay, Nurul," celah Fiq perlahan sambil cuba menenteramkan keadaan.
PINTU tandas lelaki dihempas kuat oleh Nazrul.
Sebentar kemudian Rezza yang mengekori melangkah masuk ke dalam.
"Aku okey," kata Nazrul sebelum membasuh mukanya di singki.
"Kau patut beritahu Nurul hal yang sebenarnya. Terangkan pada dia supaya dia faham," ujar Rezza cuba menasihati kawan baiknya itu.
"Anggap sajalah dia tak pernah wujud. Sejak bila pula budak tu bagi surat" Kenapa aku tak tahu langsung"" tanya Nazrul kepada Rezza. Dia pasti Rezza sedang menyimpan sesuatu daripadanya.
"Dia memang tak nak bagi kau tahu," balas Rezza berterus-terang.
Satu keluhan berat dilepaskan oleh Nazrul.
"Dia suka perempuan tu""
Kali ini Rezza sekadar mengangkat bahu.
FIQ menghulur air mineral kepada Nurul setelah memujuk gadis itu ke kantin untuk tenangkan fikiran. Dia tahu Nurul masih lagi tidak puas hati dengan apa yang terjadi walaupun dia rasa Nurul tidak patut menengking Nazrul hanya kerana surat cinta.
"Teruk sangat ke aku marah tadi"" tanya Nurul tiba-tiba.
Fiq hanya sekadar menggeleng.
"Aku pun tak sangka boleh jadi macam tu," kata Nurul sambil menghela nafas panjang. "Tapi, aku sakit hati sebab Nazrul buang surat tu tanpa baca sepatah pun. Budak tu berharap sangat Nazrul membaca suratnya. Aku tahu semua tu hak Nazrul, tapi aku masih tak boleh terima. Surat cinta memang sensitif bagi kaum perempuan."
"Aku faham," balas Fiq dan kemudian tersenyum memandang Nurul.
Hampir gugur jantung Nurul melihat senyuman Fiq. Kacak sungguh. Mujurlah ada Fiq, kalau tidak, entah pada siapa dia hendak mengadu.
"Kau tahu sebab apa Nazrul jadi macam tu" Langsung tak terima kehadiran seorang perempuan."
"Sebab itu hak dia," jawab Fiq pendek.
"Tapi, mesti ada sebab lain. Contohnya, Nazrul fobia dengan perempuan atau Nazrul sudah ada kekasih hati atau Nazrul tu... gay..." ujar Nurul dan kemudian berfikir sebentar.
Fiq memandang Nurul dengan pandangan yang pelik. "Nazrul tu gay"" tanya Nurul lagi dan inginkan kepastian.
Fiq terus hilang kata-kata. Bukannya kerana dia tiada idea hendak berkata, tapi kerana terpaku melihat wajah Nurul yang entah kenapa begitu comel dilihatnya bila Nurul membuat muka sedang berfikir sesuatu yang melalut.
"Kalau gay, dia couple dengan siapa"" tanya Nurul lagi. Kemudian, dia ternampak Nazrul berjalan seiringan dengan Rezza dari jauh. "Nazrul dengan Rezza"" tanyanya lagi.
"Aku tak nak masuk campur," ujar Fiq dengan nada perlahan.
"NAZRUL dengan Rezza" Couple"" tanya Sofea seakan tidak percaya dengan apa yang Nurul cakapkan tadi. "Ni fitnah atau kenyataan ni""
"Ini adalah kebenaran," kata Nurul selamba. Langsung tidak rasa bersalah menyebarkan berita yang tiada kesahihannya lagi. Namun, dia berasa ia benar sama sekali. Mana tidaknya, dia asyik melihat Nazrul bersama dengan Rezza setiap masa. Ada kalanya bila Nazrul ingin berkata sesuatu yang rahsia, Nazrul akan tarik Rezza di tempat yang tiada sesiapa boleh dengar dan begitu juga dengan Rezza.
"Hisy, kau ni tak baiklah. Rezza bukannya macam tu." Sofea masih lagi tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Nurul.
"Aku tahulah kau ni peminat setia Rezza, tapi cuba kau fikir kenapa Rezza tak pernah couple dengan sesiapa" Kenapa Rezza asyik bersama dengan Nazrul""
"Sebab Nazrul kawannya sejak kecil lagi. Semua orang tahu mereka berdua memang rapat. Apalah kau ni." Sofea masih lagi tidak percaya.
"Lantaklah kau nak percaya atau tidak, tapi aku tengok memang dia orang berdua tu ada something. Mulai dari hari ini aku akan siasat hubungan mereka berdua. Patutlah hari tu, Farizat hampir pecah rahsia. Jadi, sasaran pertama aku adalah Farizat!"
Sofea hanya sekadar menggeleng. Inilah Nurul kalau tiada kerja yang hendak dibuatnya. Ada saja perkara yang tak berfaedah
yang hendak dibuatnya dan mangsa seterusnya adalah Rezza dan Nazrul.
Memang dia tidak percaya langsung mereka berdua itu adalah couple. Siapa yang hendak percaya kalau orang yang sebarkan fitnah itu sendiri tidak kenal Nazrul dan Rezza dengan lebih dekat lagi. Nurul baru saja dua tahun berada di sekolah itu dan baru
saja mengenali Rezza dan Nazrul, tapi sudah pandai membuat andaian yang berani. Memang betul-betul sudah gila kawannya yang seorang itu.
"NO comment!" Hanya itu jawapan yang diberikan oleh Farizat dan rakan-rakan yang lain mengenai hubungan Rezza dengan Nazrul.
Penat juga Nurul bertanyakan pelbagai soalan berkenaan dengan Rezza dan Nazrul, tapi tiada seorang pun yang mahu menjawabnya dengan jujur. Mereka seolah-olah sedang menyembunyikan sesuatu rahsia yang besar daripada pengetahuannya.
Malah, apa yang lagi pelik, mereka semua kelihatan bersekongkol untuk memberi jawapan yang sama. Entah rahsia besar apa yang mereka simpan sehingga tiada sesiapa pun yang sanggup membuka mulut. Mungkin ada benarnya apa yang difikirnya selama ini. Rezza dan Nazrul adalah pasangan kekasih.
"Jangan fikir apa-apa lagi."
Sebuah buku latihan hinggap di atas kepala Nurul membuatnya tersentak daripada lamunan.
"Sakitlah!" Nurul mencebik marah kepada Sofea yang duduk di hadapannya.
Sofea hanya sekadar menggeleng. Dia tahu apa yang sedang difikir oleh kawannya itu, tidak lain tidak bukan mesti pasal hubungan Rezza dan Nazrul.
"Sudahlah tu... Aku dah cakap, mereka berdua tu adalah kawan baik sejak kecil lagi. Tak mustahillah mereka berdua tu rapat macam belangkas. Tak payahlah kau nak korek rahsia ni sampai ke lubang cacing. Cacing pun dah naik rimas kalau kau asyik nak ceroboh lubang dia," kata Sofea.
"Tapi, kalaulah mereka berdua tu setakat kawan biasa saja kenapa aku tanya pemain bola sepak semua macam nak melarikan diri saja. Kau tak terfikir ke, mungkin mereka ada simpan rahsia besar yang hanya Kelab Bola Sepak saja yang tahu pasal benda ni," balas Nurul cuba meyakinkan Sofea lagi.
"Semua orang ada rahsia, Nurul. Aku pun ada rahsia yang aku tak pernah bagi tahu kau dan mungkin kau pun ada rahsia yang takkan beritahu aku. Jadi, tak ada alasanlah buat seseorang tu simpan rahsia."
"Tapi, rahsia ni rahsia besar-besaran. Semua orang dalam ta Kelab Bola Sepak tahu dan hanya aku seorang saja tak tahu. Kau boleh bayangkan tak macam mana aku nak terima kalau aku sebagai pengurus tak tahu apa masalah dia orang""
"Kalau mereka tak nak bagi tahu kau, reda sajalah. Bukannya masalah kau kalau mereka tak beritahu rahsia besar tu. Dahlah. Hentikan niat kau tu nak sebarkan gosip tentang Nazrul dan Rezza tu. Mereka berdua tu kawan karib sejak kecil. Memang patut pun mereka berdua tu berkawan rapat."
"Aku tak kira. Kalau aku nak tahu, aku akan cari juga jawapannya. Tak kiralah walau apa pun yang berlaku!" tegas Nurul.
"Lantaklah. Yang penting aku tak nak masuk campur." Sofea kembali menghadap buku-buku latihan di hadapannya tanpa mempedulikan Nurul yang sengaja mendera otaknya memikirkan hubungan Nazrul dan Rezza.
"Eh!" Mata Nurul terpandang kelibat seseorang yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam perpustakaan sekolah itu.
"Kenapa"" "Budak tu. Dia yang suruh bagi surat kat Nazrul," beritahu Nurul sambil menunjuk ke arah Nurmaya yang sedang memulangkan buku yang dipinjamnya di kaunter pemulangan.
"Nurmaya" Emm. peliklah."
"Memang pelik pun. Kalau dia bagi surat cinta kat Rezza atau Fiq, tak apalah. Tapi, dia bagi kat Nazrul." "Bukan sebab tu." "Habis tu sebab apa"" "Dia kan dah ada boyfriend."
"Hah!" "Aku dengar boyfriend dia tu pelajar UiTM. Memang ramai yang sangkut kat minah ni, tapi semuanya dia tak layan. Tap, pelik juga sebab dia bagi surat kat Nazrul. Kau pasti ke dia bagi kat Nazrul""
"Kenapa kau tanya soalan yang sama""
"Hah"" "Nazrul juga tanya kat aku masa hari tu. Dia tanya, aku pasti ke yang surat tu untuk dia," ujar Nurul sedikit pelik. "Kau jawab apa""
"Dah nama atas sampul surat tu nama Nazrul, takkanlah untuk puntianak kat belakang sekolah tu," jawab Nurul sedikit marah bila teringatkan kejadian kelmarin. Itulah kali pertama dia be
rtekak dengan Nazrul dan itu jugalah kali pertama dia melihat Nazrul marah.
"Kenapa Nazrul tanya kau macam tu""
"Manalah aku tahu. Tiba-tiba aku rasa macam dia tu ada krisis dengan namanya sendiri. Nama sendiri pun tak tahu." "Sabar ajelah."
"Kalau dengan orang lain aku boleh sabar, tapi kalau dengan Nazrul aku tak boleh nak sabar. Aku rasa macam nak sepak aje si Nazrul tu. Menyusahkan!"
"Kenapa kau anti sangat dengan Nazrul tu. Aku rasa dia tu tak adalah kacau orang sangat. Kerja dia pun asyik tidur saja memanjang."
"Kau tak faham. Memanglah dia tak kacau orang, tapi aku tetap rasa geram dengan dia. Lagi satu, aku benci tengok orang yang asyik tidur 24 jam."
"Kau sukakan dia ke"" tanya Sofea.
"Gila! 15 "KAU ada dengar gosip terbaru tak"" tanya Rezza kepada Nazrul sebaik sahaja Nazrul membuka pintu rumahnya membenarkan dia masuk. Nazrul kelihatan seperti baru sahaja bangun daripada tidur.
"Kau ni masuk saja rumah aku terus nak bercerita pasal gosip. Ceritalah pasal bola ke, ayam golek ke, ada juga semangat aku nak dengar," balas Nazrul dan kembali ke ruang tamu yang telah dibentang tilam di tengah-tengahnya. Nazrul memang suka tidur di ruang tamu berbanding di dalam bilik kerana biliknya berbahang sehingga tidak boleh bernafas pada waktu malam. Lagipun di ruang tamu boleh tengok televisyen sampai lewat malam.
"Ini pasal kita."
"Kalau kau nak cakap yang kita digosipkan bersama, benarkan aku tidur dulu," ujar Nazrul kembali meletak kepalanya di atas bantal.
"Aku ingat kau tak tahu lagi," kata Rezza yang menyangkakan Nazrul tidak tahu pasal gosip terbaru antara mereka berdua.
"Aku tahu semua yang terjadi kat sekolah tu, tapi malas nak ambil tahu. Daripada aku ambil tahu, baik aku tidur. Ada juga faedahnya."
"Kau dah satu hari tidur hari ni, itu pun nak tidur lagi ke""
"Habis, dah malam buta. Nak dekat jam 12.00 tengah malam, apa lagi nak buat selain tidur" Kau saja yang tak kenal malam dengan siang. Ketuk pintu rumah orang macam ada raksasa menyerang bumi. Macam manalah kita berdua tak digosipkan bersama"" Nazrul sudah mula membebel. Begitulah perangainya bila ada saja orang yang orang yang mengacau tidurnya.
"Aku datang malam-malam buta bukan sebab nak tanya pasal gosip tu saja, tapi aku nak sampaikan pesan ni," kata Rezza.
Terus Nazrul membulatkan mata memandang Rezza. Kemudian kedengaran satu keluhan berat daripada Rezza.
"Aku rasa macam dah jadi posmen bila kena sampaikan pesanan. Ini baru satu, kalaulah aku ditugaskan hantar surat cinta seperti Nurul, tu aku tak tahu nak buat macam mana."
"Jangan nak merepek lagi. Cakap sajalahlah apa pesanan tu," kata Nazrul seakan tidak bersabar lagi hendak mendengarnya. "Dia pesan, kalau kau senang."
"Ah, aku tak senang," Pantas Nazrul membalas sambil menarik selimutnya, menutupi tubuhnya sebelum Rezza menghabiskan ayatnya. "Hei, aku belum habis cakap lagi."
"Aku tahulah. Dia suruh aku selesaikan pasal surat cinta tu." "Mana kau tahu""
Satu jelingan tajam Nazrul hadiahkan kepada Rezza. Hisy, takkan tak faham-faham lagi. Kemudian Rezza mengangguk faham. "Jadi, kau nak tolong tak""
"Malas! Biar dia yang selesaikan. Siapa suruh dia gatal-gatal berkenalan dengan budak perempuan tu. Hah, tanggunglah sendiri. Kalau aku pergi pun aku bukannya tahu masalah mereka."
Rezza hanya menggeleng. "Kalau kau tak pergi, aku pergi," ujar Rezza.
Terus Nazrul bangun dari baringannya. Dia memandang Rezza yang ternyata serius ingin lakukan apa yang dikatanya. "Sebenarnya, aku dah fikir lama dah sebab benda ni berpunca daripada aku sendiri."
"Ah, dia ni tahu sangat guna kelemahan aku. Yalah, aku pergi jumpa budak tu nanti. Menyusahkan! Selagi aku tak jumpa, selagi tulah aku tak dapat tidur dengan aman. Lepas ni pesan kat dia, aku nak tidur puas-puas satu hari! Dan, pesan kat dia lagi, jangan gatal-gatal pikat perempuan lagi. Kan dah mengganggu masa tidur aku." Nazrul mendengus geram dan kembali berbaring di bantalnya.
Rezza hanya tersenyum menggeleng. "Budak ni, tidur lebih penting daripada segala-galanya," ujarnya perlahan.
"KAK NURUL," panggil Nurmaya dari jauh dengan senyuman manisnya yang tidak pernah
lekang di bibir. Memang patut pun gadis kecil molek itu menjadi ramai rebutan lelaki-lelaki maco dan perasan maco di sekolah itu.
"Hai! Err... sebelum Maya cakap apa-apa, baik akak berterus terang dengan Maya tentang..."
"Tak apa. Saya dah tahu. Mesti Nazrul tak baca surat saya, kan"" teka Nurmaya tapi langsung tidak nampak perasaan terkilan dari raut wajahnya. Masih lagi mengukir senyuman yang tidak lekang di bibirnya.
Nurmaya memang gadis yang tabah dan cekal, bisik hati Nurul yang tidak menyangka gadis itu begitu matang dalam hal begini. Tidak seperti gadis-gadis lain yang sebaya denganya yang terlalu mengikut perasaan bila berhadapan dengan hal percintaan. Jika cinta tidak dapat dimiliki, mulalah menangis tidak tentu pasal. Macamlah tiada lagi cinta sejati. Itulah pelajar sekolah sekarang.
"Saya dah agak sebab surat-surat yang saya bagi selama ni dia langsung tidak baca. Mungkin ada sebab dia tak nak baca surat tu, tapi saya tak salahkan dia. Tak baik kita memaksa seseorang, bukan" Terutamanya dalam soal perasaan." Nurmaya masih tersenyum.
Nurul hanya sekadar mengangguk dan mengiakan saja walaupun jauh di dasar hatinya, dia berasa bersalah kerana memaksa Nazrul membaca surat itu. Memang dia kesal atas apa yang berlaku. Tak tahulah macam mana dia boleh berkasar dengan Nazrul
dan memaksa Nazrul membaca surat itu walaupun ia hak peribadi Nazrul dan siapalah dia hendak memaksa Nazrul.
"Saya datang ni sebab nak jemput Kak Nurul ke kafe yang abang saya baru buka," ujarnya sambil menghulurkan beberapa keping kupon yang tertulis The Cafe di atasnya.
"Oh, ya ke"" Nurul menyambutnya. Untung juga jadi pengurus. Kelab Bola Sepak . Dapat kupon percuma lagi.
"Kak Nurul bolehlah bawa sesiapa untuk ke majlis pembukaan kafe tu. Walaupun ala-ala kafe biasa, tapi saya harap Kak Nurul dapat hadir sebab saya akan buat persembahan juga."
"Persembahan""
"Karaoke saja. Abang yang paksa buat persembahan sebab abang kata kalau nak jemput artis mau beribu-ribu duit keluar. Lebih baik jemput kawan-kawan dan saudara-mara menyanyi kat depan tu."
"Oh... Jadi, kalau akak ajak Nazrul pergi sekali, Maya tak kisah, kan"" Sengaja Nurul mengajukan soalan, tapi pada hakikatnya, boleh ke dia heret Nazrul datang sekali. Sudahlah hubungannya dengan Nazrul tidak beberapa baik dalam beberapa hari ini.
Pantas gadis itu menggeleng.
"Saya ada jemput dia juga, tapi tak tahulah Nazrul nak pergi ke tak." Okey, mungkin aku patut siasat apa yang ada pada Nazrul sampai budak ni pun boleh jatuh lentok dengan Nazrul, desis hati Nurul.
SUASANA di The Cafe yang terletak hanya seratus meter dari kawasan sekolah begitu meriah dengan kehadiran para pengunjung pertama yang datang untuk menyaksikan perasmian kafe yang diusahakan oleh anak muda itu. Kebanyakan yang hadir adalah pelajar-pelajar sekolah dan juga kawan-kawan rapat. Ada juga yang kebetulan lalu di kawasan itu dan turut tumpang sekaki mencuba pelbagai jenis hidangan yang disediakan.
Nurul juga turut tidak ketinggalan untuk menyertai hari perasmian itu walaupun tanpa Sofea. Pada mulanya memang dia ada mengajak Sofea, tapi apabila perbualannya dengan Sofea di dengari Hayrul, Farizat dan Najmi, mereka semua bagaikan anak-anak kecil mahu mengikut. Memandangkan dia banyak dapat kupon, dia sedekahlah pada ahli kelab yang juga teruja dengan kupon percuma.
"Terima kasih sebab sudi datang," ujar Nurmaya kepada Nurul yang duduk berkumpulan dengan Hayrul, Farizat, Rezza, Najmi dan Zaki. Fiq tidak dapat datang kerana ada program lain yang tidak dapat dielak.
"Aku hanya datang sebab ada kopi free," ujar Hayrul perlahan.
Nurul yang mendengar sempat lagi menendang kaki Hayrul menyebabkan lelaki itu mengerang kesakitan.
"Wei, kalau kau nak tendang pun jangan attact lutut aku. Lutut ni berharga buat pemain bola seperti aku ni tau. Dahlah surat cinta tak dapat-dapat lagi, nanti lutut aku cedera siapa yang nak bagi surat cinta kat aku lagi""
"Ada aku peduli ke"" balas Nurul walaupun dia malas hendak bergaduh dengan Hayrul. Tapi, entah kenapa dia rasa macam tidak puas hati. Rasanya semuanya okey, kopi yang diminumnya pun sedap. Cheese
cake yang tidak pernah dimakannya sebelum
ini juga sedap dimakan. Semuanya okey, tapi rasanya ada satu yang kurang. Mungkin sebab Fiq tiada di situ.
"Okey! Lepas ni kita akan jemput penyanyi yang aku import dari negara Jepun sebab dia ni lahir di Jepun, tapi dibesarkan kat Malaysia. Suara dia memang power. Bayangkanlah hari-hari dia berlatih menyanyi kat dalam bilik air pagi-pagi buta sampai aku nak tidur pun dah taubat nak tidur pagi lagi. Dipersilakan, penyanyi yang akan popular suatu hari nanti, Nurmaya!" ujar Idham, pemilik kafe itu yang juga abang kepada Nurmaya. Orangnya hitam manis,peramah, gila-gila pun ada dan sikapnya disenangi hampir semua pengunjung yang datang.
Sebaik sahaja nama Nurmaya dipanggil, para pengunjung yang kebanyakan dari kawan-kawan abangnya bersorak gembira menggamatkan lagi kafe tersebut.
"Wei, kau orang jangan main mata dengan adik aku. Kalau nak main juga kena belanja abang dia ni makan setahun kat hotel lima bintang." Sempat lagi Idham melawak di hadapan. "Dan, lagi, kau orang semua ada bawak payung tak" Aku tak jamin kalau kejap lagi kau orang balik dengan baju yang basah."
The Cafe gamat lagi bila Idham asyik menyakat adik perempuannya itu. Nurmaya yang sudah bersedia di hadapan pentas duduk di sebuah bangku yang telah disediakan bersama dengan gitarnya kesayangannya.
"Terima kasih kepada semua yang hadir di majlis perasmian The Cafe. Saya Nurmaya akan mendendangkan sebuah lagu yang bermakna bagi saya sebab kerana inilah saya kenal diri saya. Dan, lagu ini saya tujukan kepada seseorang yang pernah menolong saya bangkit semula dari hidup ini. Saya berharap sangat dia datang dan
mendengar nyanyian saya yang tak seberapa ini." Nurmaya memberi beberapa patah kata sambil memandang sekeliling.
Nurul tahu orang yang dimaksudkan itu adalah Nazrul. Seperti Nurmaya, dia juga memandang sekeliling melihat kelibat Nazrul, tapi hampa. Bayang Nazrul langsung tidak kelihatan.
"Terimalah. Katakan Dengan Indah." Nurmaya mula memetik gitar dengan lancar. The Cafe yang gamat tadi menjadi sunyi seketika apabila masing-masing tertumpu kepada petikan gitar Nurmaya.
Kukatakan dengan indah Dengan terbuka Hatiku hampa Sepertinya luka Menghampirinya
Kau beri rasa Yang berbeda Mungkin ku salah Mengartikannya Yang kurasa cinta
Nurmaya memandang ke arah pintu. Kemudian, dia tersenyum. Nurul turut perasan akan senyuman di bibir Nurmaya dan turut memandang ke arah pintu dan
mendapati Nazrul berdiri bersama-sama dengan beberapa pelanggan lain yang bersandar di tepi dinding. Matanya tidak berkelip memandang Nurmaya yang masih lagi membuat persembahan.
Tetapi hatiku Selalu meninggikanmu Terlalu meninggikanmu Selalu meninggikanmu
Kau hancurkan hatiku, hancurkan lagi Kau hancurkan hatiku, 'tuk melihatmu Kau terangi jiwaku, kau redupkan lagi Kau hancurkan hatiku, 'tuk melihatmu
Lagu masih lagi diteruskan, tapi dari jauh Nurul asyik memerhati mata Nurmaya yang sesekali asyik memandang ke arah Nazrul. Bibir Nurmaya masih lagi mengukir senyuman. Bagaikan satu kuasa, suara Nurmaya dapat membuat para pengunjung menghayati lagu yang dinyanyikannya walaupun hanya dengan petikan gitar. Mungkin ada antara mereka tidak percaya gadis yang baru di tingkatan dua itu pandai memetik gitar dengan baik malah menyanyikan lagu itu dengan baik sekali.
Satu tepukan dan sorakan yang kuat dihadiahkan kepada Nurmaya sebaik sahaja Nurmaya habis menyanyi. Suaranya memang begitu memukau bagi sesiapa yang mendengarnya tadi.
Nurmaya beberapa kali membongkokkan badan tanda hormat. Ada antara mereka yang mahu dia menyanyikan lagu itu semula kerana tidak puas hati. Barangkali tidak percaya bahawa yang menyanyikan lagu itu dengan baik adalah Nurmaya. Ada juga yang memberi komen seperti Fauziah Ahmad Daud di Akademi Fantasia.
Namun, sebaik sahaja Nurmaya cuba melarikan diri daripada sorakan kawan-kawan abangnya yang suka mengusik, pandangan matanya tidak dapat mengesan kehadiran Nazrul lagi. Pantas dia melangkah keluar dari kafe itu untuk mencari Nazrul.
"Nazrul!" panggil Nurmaya apabila melihat kelibat Nazrul yang menghampiri sebuah motor Honda yang berada
tidak jauh dari The Cafe.
Nazrul tiba-tiba berhenti melangkah. Dia kemudiannya berpaling memandang Nurmaya yang semakin menghampirinya.
"Terima kasih kerana sudi datang," ucap Nurmaya sambil mengukir senyuman
manis. "Aku datang sebab amanat seseorang," jawab Nazrul.
"Aku tahu. Aku dah tahu semuanya. Kalau kau jumpa dia boleh tak kau ucapkan terima kasih kepadanya. Sebab tanpa dia, aku tak mungkin hidup seperti sekarang."
Nazrul hanya mengangguk. Tapi, macamlah aku boleh jumpanya" Nazrul garu kepala yang tidak gatal.
"Terima kasih. Pesan pada dia lagi, aku akan hidup dengan gembira seperti selalu," ujar Nurmaya lagi cuba menahan sebak.
Nazrul sekadar menganguk.
"Jumpa lagi." Nurmaya berlalu pergi dengan hati yang gembira.
"Kenapa aku pula yang jadi posmen"" Nazrul sambil menghela nafas panjang. "Lepas ni bolehlah aku tidur dengan aman dan damai. Aku nak tidur satu hari," ujar Nazrul lagi dan berlalu mendapatkan motornya.
Judul : Prince Charming Penulis : Ratu Bulan Harga S/M : RM19.90 Harga S/S : RM22.90 Penerbit : Fajar Pakeer (FP)
Sinopsis Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming-carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.
"Sumpahan puteri" Kau ingat ini cerita dongeng ke" Puteri apa yang nak sumpah aku ni" Puteri bunian" Puteri lindungan bulan""
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri" Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!
Antara Rezza, Fiq, Nazrul, Hayrul dan Najmi, siapakah Prince Charming yang sebenar" Atau, bukan dalam kalangan mereka" Ada apa dengan Carta Prince Charming" Siapa yang membuatnya" Apakah misteri di sebaliknya" Benarkah sumpahan itu benar"
APA KATA HEROIN" "Aku tak fahamlah. Nazrul tu ada masalah ingatan ke" Semalam dia elok saja
berborak dengan aku dan hari ini pula dia naik angin semacam. Bila ditanya pasal
semalam, dia tak ingat dan lepas tu naik angin. Lepas tu tendang tong sampah dan
lepas tu aku pula yang kena kutip sampah-sampah tu masuk ke dalam tong sampah!
dan mungkin lepas tu nanti, aku akan jadi gila semata-mata melayan kerenah Nazrul"
APA KATA HERO" "kau ni pun satu, kalau aku bagi tahu penyakit tidur aku ni kat doktor pun doktor
gelak sampai terkeluar anak tekak dia. Kalau pergi bomoh pula, nanti macam-macam bunga dia suruh aku cari untuk mandi bunga. Dahla aku ni buta bunga, yang aku tahu bunga tahi ayam saja"
Dapatkan novel PRINCE CHARMING di POPULAR, MPH atau KEDAI-KEDAI BUKU berhampiran anda. Layari di laman web penerbit di http://www.fajarnovels.com.my
Fajar Pakeer 71GF, Jalan 1/18A, Taman Mastiara, Off Jalan Ipoh, Batu 5, 51200 Kuala Lumpur.
No. Telefon: 03-62581194 / 03-62574978


Prince Charming Karya Ratu Bulan di http://cerita-silat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

No. Faks:03-62581196 Email : fajarpakeer@yahoo.com
Website : http://www.fajarnovels.com.my
Blog Promosi http://princecharming2u.blogspot.com/
Disediakan Oleh http://www.penulisan2u.my
tamat Pertarungan Digunung Tengkorak 2 Fear Street - Balas Dendam Seorang Kakak Lights Out Jawaban Answer 1
^