Ad Iz 2
Ad Iz Karya Eury Athena Bagian 2
"HA ha ha& baru padan muka dia!"
Hana gelak besar mendengar cerita minggu lepas yang aku import dari rumah.
Gelak aku pun berterabur. Tak larat nak kutip lagi dah bila membayangkan wajah kebulur Farriel.
Kami dah tak ambik pusing pengunjung-pengunjung Midvalley. Biarlah! Datang sini nak bergembira. Nak release tension. Deretan kedai terus kami jelajahi. Tangan aku dan Hana sudah penuh dengan barang yang dibeli. Kebanyakannya pakaian dan barang yang dirasakan sesuai untuk aku. Tak sempat nak buka mulut, dia dah bawa ke kaunter. Hulur sekeping kad, cashier swap kad, barang terus masuk dalam beg plastik. Memang indah jadi orang kaya. "Since bila abang jadi& ."
Aku penuhkan mulut dengan angin. Kembang pipi di kiri dan kanan. "You mean jadi chubby gitu""
Hana gelak tengok aksi aku mengejek Farriel. "Yap!"
Kasut pink tumit tiga inci aku pandang dengan wajah ngeri. Eeuuww& ada ke orang nak pakai kasut tinggi macam tu" A good way to torture your feet. First time aku pakai kasut setinggi tu, malam pernikahan antara aku dan Farriel. Seksanya" Tuhan aje la yang tau. Terpelecok tak payah cerita la. Itu dah semestinya. Nasib baik tak menyembah ke bumi aje.
Tangan Hana aku tarik keluar dari kedai kasut. Sebelum dia berkenan, baik aku jauhkan pandangan dia dari kasut-kasut mahal tahap belanja makan aku tiga empat hari tu. Tak pasalpasal dia suruh aku try pakai nanti.
"Well, since he s in and out of hospitals. Akak tau kan abang pernah sakit"" "Yeah& ."
Apa tak taunya" Siap pengsan-pengsan kat sekolah lagi. Sampai riuh satu sekolah. Otai tegar sekolah pengsan masa show amal. Tu belum kira kejadian kat padang dan lain-lain lagi. "So, has he fully recovered""
Kedai accessories aku attack.
Hana ikut aje. Sama dia menilik cermin kaca di situ. Gelang kristal menarik perhatiannya. "So far, yes. But he s got new diseases la pulak!"
"Penyakit apa la pulak tu""
Risau pulak aku mendengar kenyataan Hana. Mana tau, kut-kut dia ada penyakit anjing gila. Tak ke parah aku nanti"
"Obesity plus loveholic dengan akak. Ha ha ha& !" jawabnya.
Aku join gelak. Budak tu loveholic dengan Marina. Tak berkenaan dengan aku pun; hidup atau mati.
"Ada-ada aje la Hana ni! Nak beli ke"" tanyaku bila dia mengacukan seutas rantai tangan ke pergelangan tangannya.
"Not for me," jawabnya sambil menggelengkan kepala.
Hana acu seutas ke pergelangan tanganku pula.Dapat sambar seutas, Hana menyeret aku ke kedai seterusnya pulak. Kedai baju& lagi! Aku yang pakai sport shoes pun rasa dah tak larat nak jejak lantai, Hana yang pakai heels& aku tak pasti la pulak. Dah biasa kut! Tiba-tiba Hana berhenti melangkah.
Tanpa signal, aku terbabas melanggar belakang badannya. Hana pandang aku. Lama. Macam mengenal pasti sesuatu.
"You know what& bila tengok akak ni, Hana macam teringat sesuatu& ." "Hmmm& ye ke""
"No& I mean, akak mengingatkan Hana pada something and someone!" Pulak dah& .
"Yeah"" Hana diam seketika. Memerah otak. Beberapa saat kemudian, dia memetik jari. "Hmmm& macam Kak Ann. Tengok akak, terus teringat kat dia. Sempoi, kelakar, nakal, and cute. Boleh kata semua sama la& ."
That s it! Ann lagi. Who is this Ann anyway" Mystery girl" Awek Farriel jugak ke" Apa, hyppo tu player ke" Nenda pun ada jugak dok sebut-sebut nama pompuan ni hari tu. Eh, aku emo (emosional) tiba-tiba ni apehal pulak" Biar la Si Farriel tu nak jadi stokis pompuan ke, apa ke. Takde kena-mengena dengan aku!
"Rupa kami, tak sama"" soalku. Sekadar menyakat.
"Tang tu, tak pasti sangat la sebab Hana kecik lagi masa tu. Lagipun, Hana tak stay kat Malaysia. Sekali-sekala aje balik. Ikut mama dan papa stay kat Amerika. Tapi, Hana ingat sangat yang abang banyak lukis gambar sorang pompuan ni. Hana jumpa masa selongkar bilik dia. He he& jahat, kan" Rupa dia sebijik macam muka akak."
Aku turunkan bahagian bawah mulut. Farriel Izumi lukis gambar aku" Ridiculous! Unreasonable! Nehi kabi nehi! Tak mungkin! Pandang muka aku pun dia tak ingin. Nikan pulak nak abadikan aku dalam lukisannya. Dan aku rasa sangsi jugak mamat takde emo tu boleh melukis. Coz I can t imagine and I don t think he can dedicate into something& ha ha ha& no offense!
"Tapi bila fikir-fikir, macam tak logik la pulak& ." Hana buat muka keliru. "Kenapa pulak""
Pening dah aku dengan Hana ni!
"Seingat Hana, pompuan dalam lukisan tu rupa macam akak, tapi Hana tak rasa pompuan tu adalah akak. First of all, you all met three years ago. Gambar tu Hana jumpa five years ago. Tak mungkin, kan""
Aku angguk. Tak ada sesiapa pun tau aku dan Farriel pernah satu sekolah. Diorang kan ingat aku ni Marina Irriani, pramugari yang ditemui semasa dia menuntut di luar negara.
"Secondly, kalau tak silap la, pompuan dalam gambar tu ada parut, somewhere kat muka dia. But, you don t have any! Hmmm& bukan kut!"
Hana masih kerah otak supaya mengingat.
Aku dah tak minat nak dengar. Dah tentu-tentu Si Farriel tu takkan lukis muka aku. Siapa aku" Ada ke orang nak lukis gambar musuh sendiri" Lagipun muka budak pompuan tu ada parut. Aku& alhamdulillah la tak ada parut walaupun teruk aku kena dera dengan mak dan ayah tiri aku dulu.
Bunyi nyaring dari handphone mencuri tumpuan kami.
Hana segera mengeluarkan handphone dari begnya. Skrin handphone dipandang dengan rasa pelik. "Abang Aril" Apa hal pulak ni""
Bahu kuangkat tinggi. "Jawab la," cadangku.
Hana mengangguk. Butang hijau diikuti loudspeaker ditekannya. "Helo! Abang& !" "Hana, Kak Ad ada dengan Hana ke""
Suara Farriel kedengaran mesra.
"Haah! Beli barang sikit. Kan Hana dah mesej, cakap nak pinjam dia kejap. Lupa, ek" Takkan tak boleh pisah kejap kut"" perli Hana.
Dijelingnya aku. Aku buat bodoh aje. Blaus berderet depan mata, aku tilik satu per satu. Cantik jugak yang ni.
"Ops, sorry! Lupa la& ."
"Ha ha ha& tanda-tanda umur dah senja la tu!" Mengekek tawa aku dan Hana.
"Oit, mulut ada insurans tak tu"! Ad sayang, I know you re listening. Don t you know how to pick up your phone, darling" Kalau tak tau, I will give you special lesson just on how to pick up the phone. Tak kesian ke kat I" Nak tercabut jari hubby you ni menelefon tau!" Sayang" Hubby" Aku tahan muntah.
Meleret senyum Hana. "Wow! Special lesson"! Abang tak pernah pun bagi special lesson kat Hana. Hana baca manual handphone aje."
"Hana lain. Kak Ad lain. Dia tu slow learner!"
Oui& sedapnya mulut mengata. Bukan menyirap, dah meng oren darah aku mendengar dah ni!
"Okey la& jangan pinjam my wife lama-lama sangat, sis. Home is not home at all without her. Miss you so much, Ad! Bye!"
Talian diputuskan. "Sweetnya& tak sangka pulak abang Hana yang batang kayu tu romantik orangnya! I think he misses you so much! Terpaksa la Hana pulang kan akak cepat-cepat!"
Ha& yelah tu! Dia bukan miss aku macam yang Hana fikirkan. Dia cuma rindu nak jeritjerit dan arahkan aku buat itu ini aje. Dalam pada tu, telefon bimbit aku seluk dari dalam poket. Nak tengok kebenaran kata Farriel. Mak aih! Empat puluh missed calls. Tiga mesej menanti untuk dibaca.
Ad, where is my shirt" Aku suruh kau jahit aje baju tu. Bukan suruh tenun benang untuk buat baju tu!
Ad, pick up the phone! Pekak ke" Lain kali set tone 5 la! Tak dengar jugak, pasang vibrate! Ad, sabar aku ada batas, ok& answer your phone!
Huwargh huwargh huwargh& ingatkan android tanpa perasaan tadi. Rupanya android version baru. Ada rasa marah. Entah apa-apa entah. Baju t-shirt punya la banyak. Standard la kan, anak orang kaya. Melainkan dia ni kategori taik hidung masin la& .
Tapi, yang aku pelik sangat, dia nak jugak pakai t-shirt hijau ala-ala coklat macam warna daun nak mati tu. Boleh kata every night. Kalau cantik takpe la jugak. Ni tak, dah bertahi lalat pun. Dah nak lunyai! Aku agak kalau letak kat luar, segala jenis kulat boleh buat habitat kat situ.
Dek kerana tension tengok keadaan baju yang begitu menyedihkan tu, aku sedekah baju tu kat tong sampah. Yelah, nak jahit macam mana, kan" Dah teruk sangat keadaannya. Nak buat kain buruk pun, warga dapur tak nak terima. Nasib kau la, Izumi& duit tinggi bukit, baju kat kedai pun berlambak-lambak. Get a new one!
"Hai!" Kepala segera kuputar ke arah suara tersebut.
Elok aje Ihsan bersandar kat dinding luar kedai. Dengan senyuman tahap peluntur iman, Ihsan memang mengganggu gugat ketenteraman pengunjung-pengunjung wanita kat situ. "Apa awak buat kat sini"" soalku pelik.
"Sorry, Kak Adry... Hana ada janji dengan kawan jap lagi. Tapi& jangan risau, Hana dah cari driver untuk hantar akak balik. Bye!"
Dengan kata-kata itu, Hana pantas berlalu pergi. Meninggalkan aku dalam keadaan terpingapinga ala-ala rusa masuk kampung.
Ihsan masih tetap tersenyum.
"Makan mushroom fried chicken rice in claypot, jom!" ajaknya.
Setengah jam kemudian, kami dah menghadap nasi goreng cendawan dalam claypot. Aku masih kaku menghadap claypot yang berkepul-kepul asapnya.
Ihsan dah mula menyudu. Merah padam mukanya menahan panas. "Kenapa tak makan" Tak lapar" Tak sedap""
Aku geleng kepala. Dengan Hana tadi dah banyak benda aku sumbat dalam perut. Sushi la, nasi ayam la, corn la, dan entah apa-apa lagi. Sekarang perut pun dah naik sebu. "Awak ni tak kerja ke" Bukan awak kerja kat US ke""
"Dah berhenti."
Sesudu lagi masuk ke mulut. Lapar benar mamat ni! "Habis tu, sekarang buat apa""
"Duduk. Merewang. Bercuti. Cuci mata. Enjoy!" "Mmm& gaya orang tak ada tujuan hidup aje!" "Weih& mulut. Bisanya!"
"Betul la tu! Tak buat apa-apa. Pleasure semata-mata. Menghabiskan harta mak bapak aje. Saya paling benci laki macam tu!" selarku.
Ihsan berhenti menyudu. Matanya tepat memandang wajahku. Ada riak bengang di wajahnya. Ada aku kisah"
"Oh, ye ke" Pandai cakap orang. Awak, apa tujuan hidup awak" Kahwin dengan orang kaya, kaut harta dia sampai dia jatuh miskin. Gitu"" tuduhnya.
"Cup, cup& bukan saya yang nak kahwin dengan Farriel Izumi tu, ek! The next thing you should know, saya ni bukan pompuan materialistic!"
"Yelah tu& so, lepas ni apa" Lahirkan the next heir of Izumi Corporations"" "Hah" Apa"! Tidak sama sekali!"
Ihsan ketawa besar melihat wajahku yang kelat dan blushing.
Mamat ni memang suka ketawa dan tersenyum. Muka pun nampak manis aje. Kenapa la Si Izumi tu tak suka ketawa, ek" Okey, kalau tak ketawa pun, at least senyum. Tentu kacak macam rupa Ihsan sekarang. Isk, apa aku fikir ni" Aku ketuk kepala sendiri. "Awak okey tak ni""
Jam kukerling. Pukul sembilan malam. "Okey. Jom balik!"
SAMPAI aje rumah, Farriel dah tunggu kat ruang tamu. Bersedia untuk menjalankan proses soal siasat. Beg-beg kertas aku campak ke sofa, sebelum mencampakkan diri sendiri ke sofa hitam tu. Letih gila!
"Siapa tu""
Muncung mulut dihala ke arah jalan. Menunjuk kereta Ihsan yang dah berlalu pergi. "Ihsan," jawabku malas.
"Ihsan" Kata keluar dengan Hana"" soalnya pelik.
"Memang la. Tapi Hana ada hal tadi. So, dia suruh Ihsan hantarkan." "Okey. Whatever! Mana baju aku""
"Aku dah buang!"
"You& what""
Kedua-dua kening Farriel seperti ingin bertaut. "Aku dah buang baju tu!" jawabku dengan yakin. Soal Farriel dengan mata merah menyala, "you re joking, kan"" "Nope!"
Muka Farriel merah padam. Dia mundar-mandir. Tangannya pulak mengusap-usap belakang leher. Kemudian ubun-ubun kepala pulak. Matanya dah macam mata burung helang nak makan mangsanya.
"Siapa yang bagi kebenaran kau buang baju tu" Kau ni bodoh ke pekak" Aku suruh kau jahit bahagian yang koyak aje. Bukan buang!" tempiknya.
Betul-betul kat depan muka aku. Terkejut aku dibuatnya.
"Baju tu dah nak hancur! Agaknya sebelum aku jahit, baju tu dah lunyai. Pakai aje la baju lain! Kau bukannya miskin baju pun!"
"Kau memang tak faham! Langsung tak faham! You know what" Kau adalah pompuan yang paling bodoh dan menjengkelkan yang pernah aku jumpa!!!"
Pandangan maut tu diberikan lagi padaku, sebelum dia naik ke atas. Pandangan yang sama. Pandangan yang pernah diberikan kepadaku masa sekolah dulu.
ENAM orang pelajar lelaki muncul entah dari mana. Gaya pakaian dan cara jalan, dah macam crook dalam cerita koboi. Selebet. Necktie entah ke mana. Kemeja putih tak tight-in. "Adly& my friend!" tegur salah seorang daripada mereka.
Head boy, Senior Adly tetap tenang.
Fasilitator yang lain tidak mengendahkan mereka. Sibuk membuat persiapan untuk acara riadah sebentar nanti.
"Qhuz& and the gang. Tolong jangan kacau junior-junior ni. Diorang ada program ni."
"Bagi la kami mesra-mesra dengan diorang. Diorang junior kami jugak apa. Dah tiga hari diorang dengan korang. Kita orang pun ada buat special program untuk diorang apa"" kata senior yang satu lagi.
Pelajar junior yang duduk ala-ala berkelah di tepi pantai, mula bergosip sesama sendiri. Berdengung tengah padang. Matahari yang masih memancarkan kehangatan petang bukan lagi menjadi isu. Masing-masing sudah terbiasa dipanggang sejak mengikuti minggu orientasi.
"Siapa diorang ni"" bisik Jue di sebelahku. "Kau ingat aku kenal," jawabku perlahan. Jue menggeleng. Tanda tak faham.
Aku angkat bahu. Group yang aku sendiri gelar Enam Jahanam masih berdebat di tepi padang. Tiba-tiba salah seorang senior bermuka cengil dalam group tu memandang kami. Macam nak telan orang aje gayanya.
"Woi, junior! Tundukkan kepala korang! Jangan angkat kepala selagi aku tak suruh! Faham"!"
"Faham!" jerit kami. Kami melakukan seperti yang disuruh. Nak tak nak, kepala terpaksa ditundukkan. Mengira setiap helai rumput di padang.
"Siapa nama kau""
Entah bila dia berada di situ. Tau-tau aje dah mencangkung menghadapku. "Woi, nama kau siapa" Bisu ke apa"!"
Bingit telinga aku ditempik. Aku tak ada suara la, bodoh! Dah korang dera kami melalak tengah padang siang malam pagi petang. Pen dan kertas aku keluarkan dari poket fail. Kertas ditarik. Cuma dua huruf ditulis AD.
"Ad" Tu aje nama kau""
Suara garaunya terus mengasak telingaku.
Aku mengangguk dalam keadaan tunduk. Nak jawab, takde suara. "Woi! Aku tanya ni. Jawab la. Jangan kurang ajar, boleh tak""
Buta apa" Dah macam burung belatuk aku mengangguk tadi. Dengan rasa marah, kepala aku dongakkan ke atas. Setentang dengannya. Itulah kali pertama aku bertentang mata dengan insan yang hanya mahu dikenali tanpa gelaran tengku di pangkal namanya. Farriel Izumi. Sebaris nama itu masuk dalam kotak memoriku. Dan hatiku.
Dia hanya memandangku. Tanpa suara. Tanpa reaksi. Cuma memandang dengan mata terbelalak dan mulut ternganga. Aku tak pasti mengapa. Yang pastinya, wajahnya seperti ternampak hantu. Pandangannya aku klasifikasikan sebagai pandangan maut tahap ICU. "Aril!"
"Aril, kenapa dengan kau ni""
Dia tetap kaku di situ. Dan matanya masih melolot padaku, sebelum dia dibawa pergi oleh rakannya.
Kami terus berpandangan sehinggalah jasad kami hilang dari pandangan masing-masing. Pandangan yang membuatkan aku tak lena tidur malam; memikirkan mesej tersirat pada pandangannya itu.
Farriel Izumi& . 6 SUASANA ketika pendaftaran memang sibuk gila. Orang... tak payah cerita la. Berjuta-juta
lemon. Macam semut banyaknya. Anak yang masuk kolej sorang, yang menghantarnya kadang-kadang sampai sekerat bas. Tu pasal la ramai. Apa pun, untung la jadi diorang. Ada famili yang ambil berat, support usaha diorang untuk melanjutkan pelajaran.
Macam aku, tercangak-cangak la sorang-sorang kat sini. Si Farriel tu cuma mengingatkan melalui mesej semalam. Dalam mesej ringkas tu, dia mengingatkan aku untuk mendaftar hari ni. Yuran pengajian semua dia dah uruskan dengan orang dalam . Tinggal lapor diri aje. Yang tak tahan tu, course apa aku nak ambik pun dia dah siap pilihkan. Memang style dictator!
Entah mana nak pergi dan mula, aku pun tak tau. Bukan tak boleh bertanya pada warga urusetia pendaftaran ni, cuma hari ni, aku rasa berat mulut pulak. Mungkin penyakit bisu Si Farriel dah berjangkit kat aku. Maka, tercongok la aku kat sini sorang-sorang sambil peluk fail.
Handphone yang berbunyi aku keluarkan dari tas tangan. Jangan tak tau, aku sekarang dah jadi lady. No more jeans, long sleeve t-shirt and sport shoes. Sekarang dah belajar pakai heels pun. Baju pun blouse and slack sekarang. Ni semua berkat tunjuk ajar Si Hana la ni. Macam mana aku boleh terjebak, aku pun tak pasti. Mungkin naluri kewanitaan aku dah ada kut. "Assalammualaikum& helo!"
Kalau Islam, jawab. Tak Islam abaikan aje la ucapan salam tu.
"Waalaikumsalam. Sejak bila awak jadi patung cendana kat situ, Adry" If you do, saya rasa awak la patung cendana yang paling cun dan Islamik sekali dalam dunia." Suara Ihsan menyapa telingaku. Aik, mana pulak dia tau aku jadi patung tak berbayar ni" "Ihsan""
"Hmmm& black and yellow blouse, white slacks and heels, and tudung. Dari tadi saya tengok awak dok pegang tiang tu. Tiang tu belum nak runtuh lagi, tak payah la susah-susah nak pegang& ."
"Ihsan, awak kat mana sebenarnya ni""
Naik meremang pulak bulu roma aku bila Ihsan boleh describe baju yang aku pakai, even apa yang aku tengah buat. Dia ni pasang spy ke apa" Entah-entah, dia ada letak micro camera kat mana-mana tak" Kat handphone aku, mungkin"
"Sini& right in front of your eyes," jawabnya dalam tawa. Mungkin lucu dengan reaksi aku yang mula panik.
Aku perhatikan segenap manusia yang ada. Mencari muka Ihsan di mana-mana.
Nun di tengah-tengah kelompok manusia yang sibuk dengan urusan pendaftaran, dikelilingi gadis-gadis cantik bergaya ala-ala model, Ihsan melambai-lambai ke arahku. Aku ukir senyuman. Entah mengapa, bila melihat Ihsan di situ, aku rasa lega. Mungkin sebab antara ribuan manusia di sini, akhirnya aku dapat berjumpa dengan muka yang aku kenal. Entah la& .
Ihsan meninggalkan peminat-peminat nya. "Buat apa kat sini"" soalnya apabila tiba di hadapanku.
Aku melihat gadis-gadis yang ditinggalkan oleh Ihsan tadi. Terpamer riak kecewa di wajah masing-masing.
Aku tunjukkan fail berisi dokumen peribadi dan beberapa dokumen lain untuk mendaftar masuk.
"Nak mendaftar. Awak pulak buat apa kat sini"" "Saja, tolong-tolong member& ."
Ihsan menunjukkan member yang dimaksudkan. Kumpulan gadis yang ditinggalkan tadi melambai ke arahnya.
Aku angkat kening aje. Playboy diraja& .
"Saya tak tau pun awak sambung belajar kat sini. So, dah selesai mendaftar ke"" tanya Ihsan.
Bau perfume Ihsan yang entah apa jenamanya menjengah masuk ke hidungku. Aku menjarakkan sedikit kedudukan badan kami. Bimbang cedera dipanah dengan jelingan mata peminat-peminat Ihsan yang leka memerhatikan kami di sebelah sana.
"Belum! Tak tau nak mula dari mana," kataku dengan muka bingung. "Okay. Let me help you!"
Belum sempat aku menjawab, lelaki yang lengkap berkemeja biru muda, necktie warna sedondon dan slack hitam itu dah merampas segala dokumen yang ada di tanganku.
"Okay. First, kita kena pergi kat that counter. Check your name, course, then hand over your medical check up& bla bla bla& ."
Aku tarik bibir ke atas. Tersenyum melihat wajah Ihsan yang merah akibat dibakar dek sang mentari, bersungguh-sungguh menerangkan proses pendaftaran yang perlu aku jalani.
"Awak dah jadi urusetia tak bergaji kolej ni, ek""
Sambil berjalan, Ihsan kenyit mata kirinya. "I m good at this, anyway& "
Pap! Masa tu la aku terlanggar dengan sorang pompuan ala-ala peserta American Next Top Model. Tak habis sakit bahu aku berlaga dengan bahunya, telinga aku pulak sakit menadah sumpah seranahnya.
Ihsan pulak tak berkelip-kelip pandang pompuan tu. Hurm, lelaki ni& pantang tengok pompuan lawa dan seksi!
"Woi, buta ke" Mata letak kat lutut" You ni& bla bla bla& " marah pompuan rambut karat tu.
Bahunya yang terdedah, diusap-usapnya. Langgar sikit aje, mulut dia yang lebih-lebih! Lelaki di sebelah cuba menenangkannya.
"Maaf, cik& saya tak sengaja!"
Masa tu la, aku perasan yang pompuan kat depan aku ni bukan orang lain. Budak batch aku kat sekolah dulu. Farah Adilla!
Farah menilik muka aku. Lelaki sebelah dia pun join sekaki. Laki ni siapa pulak, ek" Muka macam familiar& .
"You ni, Adry kan" Sekolah Menengah Sri Bistari""
Dia kenal! Nak tak nak terpaksa la aku angguk. Takkan nak tipu" Kenyataan depan mata.
"No wonder you re so clumsy. Dari dulu tak berubah-ubah. Belajar sini jugak ke" You tak pernah putus asa nak goda lelaki kaya, kan" Macam zaman sekolah dulu...." Aku diam sambil telan air liur. Telan sekali kata-kata Farah yang pedas mengalahkan sekilo cili padi. Speaking of yourself, huh" Excuse me, aku ke kau yang nak goda lelaki kaya" "Since today is your first day, aku maafkan kau. Next time, you ll be sorry for yourself!"
Farah terus blah dari situ. Aiyer& jumpa pulak minah garik tu kat kolej ni! Laki sebelah Farah tu masih pandang aku. Tak puas hati sebab aku langgar awek kau tadi" Relaks la, aku bukan langgar kau pun& .
"Adrianna Mayesa""
Aku pandang muka lelaki tu. Kali ni pandang dalam-dalam. Eh, aku kenal mamat ni! Abang tiri pompuan garik tadi. Diulang, abang tiri Si Farah. Tu pasal la perangai diorang berbeza gila. Macam Hitler dengan Mother Teresa. Lebih kurang la....
"Senior Adly" Headboy 2001 Sekolah Menengah Sri Bistari" Kan"" Senior Adly senyum dan tunduk kepala sikit& pemalu dengan pompuan senior ni. "Tak sangka jumpa Adry kat sini& belajar sini jugak ke""
"Gitu la nampaknya& " jawabku sopan. Control, control& . "Yang ni, siapa" Pakwe"" duga Senior Adly.
Ihsan mengalih pandang dari muka Farah yang dah macam cacing kepanasan tak jauh dari kami.
"Saya Ihsan. Sepupu Adry." Ihsan cover line& fuh, nasib!
"Saya Muhammad Adly, senior Adry masa sekolah dulu." Mereka berjabat tangan.
"Tak sangka pulak Adry dah berubah. Dulu lagak macam tomboy sikit. Nak tegur pun takut. Sekarang... nampak feminin& " komen Senior Adly.
"Abang! Cepat la!" jerit Farah lantang.
Kalau tak kerana Farah mengepit buku, aku dah kata Si Farah ni Tarzan versi pompuan!
"Okay, I have to go. Nanti mengamuk pulak tuan puteri tu. Anyway, nice to meet you, Adry, Ihsan& ."
Senior Adly menghampiri Farah yang dah menghentak-hentakkan kaki macam budak umur tiga tahun yang tak dapat aiskrim.
"Siapa tu"" soal Ihsan kurang sabar. "Senior Adly. Dia& "
"Bukan Adly. I mean, that Farah." "Ooo& minah garik tu ke"" Ihsan depa tangan. Tak dapat menangkap kataku.
"Farah tu ex-classmate saya. Kalau nak tau, tu la Ketua Kelab kipas-susah-mati Tengku Farriel Izumi. Siap keluarkan buletin pasal Farriel lagi. Pengikut dia aje ada lebih seratus orang, termasuk ex-schoolmate kami. Jangan main-main! Dia tu dah tahap obses dengan sepupu awak tu, tau!"
Biasa la. Gadis yang tipikal. Nak lelaki yang hensem, kacak bergaya, tinggi, kurus, pandai, kaya, maco, gentleman, kalau romantik memang markah bonus la, leadership, showmanship, pendek kata semua ciri-ciri baik yang seorang lelaki patut ada.
Dan Tengku Farriel Izumi boleh dikatakan ada ciri-ciri idaman semua pompuan tu. Tu yang jadi buruan tu. Tapi kalau Si Farah tu tengok Farriel versi sekarang, aku tak pasti la dia masih nak jadi Ketua Kelab kipas-susah-mati Tengku Farriel Izumi dia tu lagi atau tidak. Nak-nak lagi bila tau aku dah kahwin dengan Si Farriel.
"Kipas-susah-mati tu apa""
Nak tergelak aku dengar soalan Ihsan. "Die-hard fans la. Ingatkan tau& omputih celup betul!"
Ihsan buat muka cute-tak-bersalah.
"Ooo& since awak dah kahwin dengan Farriel, maybe saya ada peluang la dengan Farah. Be my postman, boleh""
Aku kecilkan mata. Anak mata kutala ke atas. Seolah-olah tengah berfikir. "Boleh, dengan syarat& pengerasnya kena tebal la& ."
Ihsan ketawa. Tengok muka, aku tau dia tak bersungguh dengan kata-katanya sebentar tadi.
HARI Selasa. Tujuh lima belas minit pagi. Rumah senyap dan sunyi. Kereta Honda City biru metalik dah tak kelihatan kat porch. Kertas kuning melekat kat board menghala ke dapur aku tanggalkan dan baca.
Kemas rumah. Dah macam dilanggar todak! Gosok semua baju atas ironing board.
Sejak malam tu, malam aku bergaduh dengan Farriel pasal baju tu, Farriel langsung tak berbunyi dengan aku lagi. Dia automatik jadi bisu. Mute. Rumah pun jadi sunyi-sepi. Tak ada lagi jerit pekik Farriel memarahi atau mengarahkan sesuatu padaku. Semua arahan diberikan dalam bentuk bertulis. Itu pun kalau betul-betul dirasakan perlu.
Benda-benda yang dulunya bukan main payah dia nak co-operate and tolerate, dah tak jadi masalah lagi pada aku. Sepanjang tempoh cold war ni, Farriel dengan rela hati bagi kerjasama. Contohnya, bab mengeluarkan baju kotor dari dalam bilik. Selama ni, memang susah gila la nak suruh ambik dan letak baju kotor dalam bakul. Aku bukan tak boleh nak ambik sendiri masa dia dah blah pergi kerja. Tapi masalahnya&
Peraturan keenam : Bilik tidur pihak kedua adalah kawasan larangan. Memasuki, secara sengaja atau tidak, dianggap menceroboh.
So, hari-hari terpaksa la aku membebel suruh dia keluarkan baju kotor dia dari master bedroom yang aku gelar lohong hitam tu. Anehnya, dalam tempoh perang dingin ni, boleh aje pulak dia keluarkan dan letak baju dalam bakul tepi washing machine. Tak payah nak diketuk pun. Tak payah bersuruh langsung.
Dia sekarang pun tak ada lagi bising suruh aku buat itu ini. Kira most of the time aku free and available la nak buat apa-apa pun. Tapi bila dah banyak sangat masa senggang, aku jadi bingung pulak. Aku dah tak kerja kat butik lagi gara-gara menurut arahan Farriel. Katanya, dia takut ada kaum kerabat dia tau. Tapi aku curi-curi jugak tolong mana-mana yang patut. Kesian kat Puan Karen. Bukan senang nak cari pekerja baru. Business butik dia sekarang pun tengah kencang. Tak menang tangan menyiapkan tempahan.
Nak ajak kawan keluar jalan-jalan atau bersembang" Siapa yang boleh diajak bersembang" Nak-nak lagi hari bekerja. Dah tentu-tentu diorang busy kerja. Ada tak ada pun, Si Hana. Tapi budak tengah tunggu result SPM tu pun ada social life dia sendiri. Takkan nak berkepit dengan aku sepanjang masa. Ihsan" Takkan nak keluar dengan dia semedang (selalu). Tu namanya mengundang skandal. Dah la hari tu aku sepanjang hari dengan Ihsan, menguruskan pendaftaran masuk kolej.
"Kenapa ambik business" Bukan ke awak minat fesyen, menjahit"" Kemusykilan jelas terpamer di wajah Ihsan.
"Pemerintahan kuku besi. Biasa la& ." "Kejamnya!"
Farriel kata kalau setakat tau menjahit, suka reka fesyen baju aje, takkan boleh kaya. Kalau nak kaya kena berniaga. Sebab 9/10 pintu rezeki adalah melalui perniagaan. Bila ada modal, ada ilmu perniagaan, baru la boleh berniaga. Bla bla bla& malas mendengar Farriel dengan teori ekonomi dan falsafah peringkat sarjana Farriel, aku terus aje setuju. Peraturan ke-12 : Menghormati dan menjaga hak dan harta benda masing-masing.
Hmmm& gamaknya aku dah mengganggu gugat harta benda dan emosi Farriel. Plus, mencalarkan ego dia. Isk, takkan ego dia terletak pada sehelai baju yang dah nak lunyai tu"
Hu hu hu& aku dah langgar peraturan. Kena denda tak nanti ni, ek" Teringat kembali perbualan kami sewaktu memeteraikan peraturan kahwin kontrak kami ni. "Siapa-siapa yang langgar peraturan, kena denda& "
"Ha! Bab ni yang aku suka dan tak suka ni!"
Aku balas katanya. Perjanjian ni lebih kurang MoU, beb! Dua-dua pihak kena setuju. Baru la ada sense of understanding tukan" Takut ada bias ke diskriminasi jantina ke. Kena jugak ambik tau.
"Apa hal pulak"" Farriel buat muka tak puas hati.
"Aku sokong kalau kita denda orang yang langgar peraturan, so dia takkan ulang kesalahan tu. Tapi aku terpaksa bantah la kalau denda dikenakan dalam bentuk duit. Aku bukan gabenor Bank Negara."
"Kalau gitu... siapa yang salah, kena minta maaf dan pihak satu lagi boleh suruh pesalah buat apa aje untuk tebus kesalahan tu. Amacam""
"That s it la, Izumi! Aku setuju!"
Okey& memang la aku tak berapa suka Si Farriel Izumi tu sejak zaman kami sekolah lagi. Mungkin adalah setakuk dua nak mencapai tahap benci tapi aku memang tak tahan la nak berdepan dengan situasi ni. Macam berlakon teater pantomin aje! Apa aku cakap, semua dia anggap macam angin lalu. Langsung tak keluarkan bunyi. Silence treatment ni boleh membunuh tau tak. Pada aku, rasa kena ignore lagi teruk dari rasa kena buli. At least masa kena buli aku tau dia sedar kewujudan aku kat rumah ni. Ni rasa macam dah jadi Casper dalam rumah batu ni pulak!
Hish& rindu la nak dengar suara Izumi. Suara dia marah bila aku panggil dia Izumi. Suara dia tengking aku bila kopi yang diminta sampai lambat sembilan saat. Suara dia membebel. Iz, please say something& anything. Am I too desperate just to hear his voice" Am I"
"KAU dengan Adry macam mana" Dah ada bunga-bunga cinta ke belum"" Qhuz bertanya dalam senyum.
"Banyak la kau punya bunga! Aku kahwin kontrak aje la dengan dia."
Mata Farriel terus di skrin komputer. Mendaftar masuk Yahoo Messenger. Mencari nama princess_rina. Tak aktif. Hampa.
"Hmmm& siapa kata orang kahwin kontrak tak boleh jatuh cinta" Boleh aje, bro& ."
Farriel diam. Malas melayan. Inbox email dibuka. Diperhatikannya satu per satu. Mencari email daripada Marina. Dah lebih dua minggu Marina menghilangkan diri. Takkan tak hilang lagi rajuknya"
"Cerita kau dengan Adry, aku dah boleh faham. So, cerita kau dengan Marina, macam mana" Dia tu ada marriage traumatic ke apa""
Farriel bersandar. Mengeluh. Pandangan dilemparkan tanpa arah.
"Entah. Masa first time aku propose dia dua tahun dulu, dia lari. Merajuk. Katanya awal sangat. Berbulan-bulan aku pujuk dia, baru la dia nak balik pada aku. Kali kedua pun sama. Ni dah masuk kali ketiga. Aku dah boleh agak reaksi dia, dan aku tak nak ambik risiko lagi. Tu yang aku pinjam bodyguard nenda. Siap call polis bantuan lagi gara-gara nak halang dia lari ke US."
Qhuz tergelak besar. "Kau pun satu! Yang kau suruh bodyguard, polis kejar dia sampai ke airport apehal" Dah lagak dia macam banduan pulak. Kalau aku pun, aku takut!"
"Aku dah tak boleh fikir lagi dah. Dan aku tak nak kehilangan dia lagi, Qhuz. Tiga kali kena reject. Malu siot!"
Qhuz geleng kepala. "Maybe ada something or someone yang halang dia dari terima lamaran kau" Cuba kau fikir& ."
"Maksud kau""
Farriel pandang Qhuz dengan wajah bingung.
Qhuz senyum, berjalan ke cermin kaca di belakang Farriel. Melihat deretan kenderaan di jalan yang kelihatan kecil dari tingkat sembilan belas. "Sebelum kau fikirkan benda ni dengan lebih dalam, tanya diri kau sendiri. Betul ke kau cintakan dia" The next question you should ask yourself, betul ke dia cintakan kau""
Qhuz angkat dua-dua kening. Menepuk bahu Farriel sebelum berlalu ke biliknya.
Farriel masih termangu-mangu dengan soalan yang ditinggalkan oleh Qhuz. Malas memikirkannya, Farriel kembali memeriksa inboxnya. Lebar senyum Farriel bila terpandangkan balasan email daripada Marina.
Plz give me time. I ll be back soon. Luv ya! Hug & kisses to you dear& .
TEDDY BEAR lebih kurang sebesar tapak tangan, aku angkat tinggi. Selevel dengan anak mata. Dari celah-celah kaki dan tangan teddy bear kusam tu, aku intai skrin TV LCD. Hah, tu dia! Hantu tu duduk kat bawah katil la pulak! Hu hu hu. Si heroin ni, punya la jujur pergi tinjau pulak bawah katil. Konon-konon nak cari barang dia yang jatuh. Hui! Kalau aku, jangan harap la! Tunggu pagi nanti baru aku ambik. Alahai, seramnya tengok cerita hantu Korea ni. Menyesal pulak aku pasang VCD ni. Kalau tau, aku tengok waktu siang. Tengah khusyuk mencari hantu, bahu aku dicuit dari belakang.
"Makkk!!!" Spontan aku menjerit. Farriel tutup telinga. Tak tahan dengan suara aku yang dah naik beberapa desibel dari kebiasaan.
Tangan aku mengurut dada. Cuba menenangkan jantung yang macam nak bercerai dari badan. "Woit! Tak reti bagi salam ke apa ke" Main aci redah aje!"
Farriel angkat tangan. Tanda kalah dengan tingkah laku yang tak sesuai dengan situasi. "Sorry, aku nak minta tolong sikit& ."
Farriel buat muka kesian.
At last, aku dengar jugak suara Farriel lepas lima hari mogok bersuara. Lerai kerinduan pada suaranya yang garau tapi merdu tu. Hmmm& garau tapi merdu" Macam tak kena aje. Lantak la. Yang penting, Farriel dah dapat balik suara dia yang hilang tu.
Agaknya mood dia tengah baik la tu. Senyum memanjang aje balik dari kerja tadi. "Tolong apa"" soalku kasar.
"Buatkan supper. Lapar la...." "Hmmm& !"
Aku segera angkat punggung. Kalau ikutkan hati, aku nak jugak membebel. Yelah, makan tengah-tengah malam macam ni. Mana boleh! Hari tu bukan main lagi janji nak kurus. In exchange of my sacrifice to study back. Sekarang, hampeh! Mentang-mentang la aku dah selamat jadi mahasiswi sekarang. Dan aku tak pernah ungkit suruh dia berdiet. So, dia buatbuat lupa pulak pada janji tu. Tapi bila mengenangkan itu ayat pertamanya selepas dia bisu dari minggu lepas, aku diam aje la.
Peti sejuk aku selongkar, mengeluarkan bahan-bahan. Roti burger ada. Daging burger yang dibeli tiga hari lepas pun ada lagi. So& kita masak burger aje la.
Farriel duduk di sofa, menunggu suppernya dihidang. Remote control dicapai. Apa tengok cerita hantu malam-malam. Lepas tu sampai tinggal separuh nyawa dek terkejut. Tak kena gaya boleh gol terus. Apa la punya, Ad!
Isk, tak ada cerita best pun. Nak tengok sport, TV sini tak ada Astro. Tak macam TV dalam bilik. Nak tak nak, terpaksa la tengok aje apa yang ada.
Bungkusan jajan bersepah di atas meja menyemakkan matanya. Pengotor betul la Si Ad ni! Bakul sampah tak sampai sepuluh tapak pun tak nak dijengahnya. Rela pulak dia tengok bungkusan ni bersepah macam ni.
Dikautnya semua bungkusan di atas meja, lalu dimasukkan ke dalam bakul sampah. Kulit kacang tanah di atas sofa dikutipnya. Selamat masuk dalam bakul sampah. Teddy bear putih kepam di celah sofa diambilnya. Tanpa pertimbangan rasional yang panjang, dilempar masuk ke dalam plastik hitam di bakul sampah itu.
Kan senang" Sejuk mata memandang. "Burger daging special siap!"
7 MANA ni" Tanganku terus membongkar segenap isi bilik. Tak cukup dengan tu, habis perabot di ruang tamu pula jadi mangsa pemeriksaan ala-ala penguatkuasa kastam.
Isk& mana aku taruh Si Kepam ni" Malam tadi ada aje masa aku tengok cerita hantu Korea tu. Takkan dah ghaib kut" Bukan teddy bear kecik tu boleh jalan pun. Paling tak pun jatuh bawah sofa atau meja. Tapi masalahnya tak ada. Celah sofa pun tak ada. "Kau apehal" Terbongkok-bongkok. Cari apa""
Farriel turun dengan short paras bawah lutut dan t-shirt pink. Pink" Lantak kau la! Janji kau berbaju. Kalau tak berbaju, haru aku jadinya.
"Kau ada nampak tak teddy bear aku warna putih" Semalam ada kat sini!"
Bawah meja aku intai. Tak ada. Celah-celah almari pun tak ada. Takkan ghaib kut" Si Kepam tu bukan ada ilmu ghaib pun!
"Last sekali kau letak kat mana"" "Rasanya atas meja ni& ."
Meja kaca tu aku pandang. Cuma surat khabar hari ni aje yang ada di atasnya. Farriel garu kepala. Perlahan-lahan riak wajahnya berubah. Macam dah buat benda salah.
Tak ubah macam riak muka Bakhtiar, adik tiri aku yang dah pecahkan pinggan mangkuk yang ada kat dapur. Jadi, berasas la syak aku padanya!
"Aku rasa, aku dah terbuang teddy bear kau tu."
Aku segera berpaling menghadap Farriel. Tiba-tiba telinga aku jadi panas bila mendengar perkataan-perkataan yang meluncur dari mulutnya. "Izumi, we re not playing hide and seek. Bagi balik teddy bear aku!"
"Betul la! Aku dah terbuang teddy bear kau tu masa aku kemas sampah atas meja ni semalam."
"Kat mana kau buang"" soalku. Nada suara masih kukawal. Farriel menuding ke arah bakul sampah.
Aku berlari ke bakul sampah. Kosong! Dahi kutepuk. Pagi tadi aku dah buang sampah dalam plastik hitam tu dalam tong sampah besar kat luar. Biar senang lori sampah nak kutip. Aku berlari pula keluar. Berharap ada keajaiban berlaku.
Ad Iz Karya Eury Athena di http://cerita-silat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo
Farriel yang masih tercengang-cengang, ikut aje belakang aku. Bila tong sampah tu aku buka dan selongkar, mulutnya jadi macam bertih digoreng.
"Weih, Ad! Kau ni apehal" Ad, yang kau pegi selongkar sampah tu apehal" Busuk la! Ad!" Aku terduduk di tepi pagar itu. Si Kepam tak ada!
"Okey, aku minta maaf sebab buang teddy bear kau tu. Tapi teddy bear tu dah teruk sangat. Kau pun satu. Pandai buat sampah aje. Aku ni jenis tak boleh tengok sampah& bla bla bla& ."
Walaupun perkataan maaf terucap, namun nada suara Farriel langsung bukan dalam mood memohon maaf.
Aku bangun. Melangkah longlai masuk ke rumah. Air mata mula bertakung.
"Dah la, banyak lagi teddy bear cantik-cantik kat kedai. Beli aje lain. Esok aku bagi kau duit, okey" Case closed, boleh""
Aku terus menonong menuju ke bilik. "Ad!"
Bahuku terasa ditarik. Farriel memintas dan berdiri di hadapanku. Kedua-dua belah tangannya sudah mendarat di atas bahuku. Tanpa pilihan, langkah kumatikan. "I said, I m sorry! Sorry, okay!"
Aku tetap kaku. Kepala kutundukkan. Cuba menyembunyikan air mata yang bila-bila masa aje akan gugur.
"Ad! Kau dengar tak ni""
Farriel menggoncang tubuhku. Aku masih dalam keadaan tadi. Farriel tundukkan kepala. Mencari wajahku. Dan& Farriel berundur ke belakang, setapak demi setapak menjauhi diriku. Tangannya sudah longlai di sisi tubuh. Aku terus berlalu masuk ke dalam bilik.
Farriel tersandar di dinding. Ad& crying" Kepala digelengkan. Otak enggan menerima input dari retina mata. She can t be!
MID VALLEY dah dijelajahinya. Berjaya Times Square tak ketinggalan. KLCC dah dibuatnya macam gelanggang futsal aje. Lot 10 pun dah diputarnya dua tiga kali. Semua kedai yang ada menjual teddy bear dia geledah . Mencari wajah teddy bear kepam Si Ad.
Kaki lenguh minta rehat, langsung tak dipedulikan. Bila teringat air mata Ad yang mengalir tak henti-henti semalam, hati Farriel jadi tak tentu arah. Dan semangatnya berkobar semula untuk terus mencari dan mencari.
"Kalau teddy bear macam ni, kau rasa comel tak"" Winnie The Pooh diangkatnya, lalu disuakan pada Qhuz.
Qhuz tergelak. "Woi! Kau ingat aku ni dua alam ke apa" Aku mana main bear-bear ni, weih! Malam sikit, ek!"
Qhuz menolak Winnie The Pooh ke arah Farriel semula. Bimbang disalah anggap oleh pengunjung-pengunjung kedai yang dah mula bagi pandangan laser ala-ala Kal-el, Si Superman.
Farriel letak balik Winnie the Pooh sebesar budak setahun. Ubun-ubun kepala dipicitpicitnya. Pening! Pening memikirkan kat mana nak cari teddy bear kepam yang serupa dengan teddy bear milik Ad.
Aku tak rasa teddy bear tu handmade. Kalau bukan handmade, mesti ada kedai yang jual teddy bear macam tukan" Masalahnya, di manakah kedai tersebut" Ha, kan dah skema soalan aku bagi ni!
"Apa kes ni, Ril" Lunch hour kau ajak aku ke Mid Valley. Tak cukup ukur lantai konkrit kat situ, kau seret pulak aku ke Berjaya Times Square. Ni sekarang, KLCC, Lot 10. Lepas ni ke mana pulak" Pavilion" Alamanda""
Qhuz pandang Farriel. Serabut sungguh. Lagi serabut dari masa menyiapkan tender. Padahal cari teddy bear aje. Bukan cari supplier barang ke apa!
"Aku cari teddy bear la. Warna putih. Tak! Tak berapa putih sangat la. Lepas tu, teddy bear ni besar lebih kurang tapak tangan aku ni aje. Rupa& kalau sekali tengok macam kambing. Dua kali tengok macam monyet. Tiga kali tengok macam ntah& ."
"Ha ha ha! Teddy bear apa yang ada specification macam tu" Ha ha ha& !"
Farriel buat muka bengkek. Dalam pada tu, matanya liar memerhatikan kedai menjual teddy bear dan anak patung yang ada di situ.
"Qhuz, kalau kau datang sini sebab nak gelakkan aku, baik tak payah. Simpan gelak kau tu dan balik rumah, okey!"
"Yo! Jangan la emo, kawan& gurau aje la! Yelah, yelah, aku tolong& tapi kau punya description tentang teddy bear tu, tak membantu langsung! Cuba describe betul-betul. Kalau ada gambar lagi bagus!"
"Qhuz& !" "Okey, okey! Mulut tutup, mata cari!"
Bila hari menginjak ke malam, Farriel mula putus asa.
"Apa kau dah buat dengan teddy bear Adry tu"" soal Qhuz. Serius.
Masa tu mereka lepak kat kedai mamak. Pekena teh tarik setelah misi pencarian menemui kegagalan.
Farriel buat muka terkejut. Sejak bila Qhuz jadi ahli nujum" "Mana kau tau"" "Aku teka aje! Kira tepat la tekaan aku tu, ek""
Farriel angguk kepala. "Aku dah lama kenal kau, Ril. Kenal sangat dengan perangai kau. Satu-satunya pompuan yang boleh bagi kau hangin satu badan, yang boleh buat kau sesejuk iceberg, sepanas lahar volcano, pendek kata yang buat mood kau tunggang terbalik, dari dulu sampai sekarang adalah insan yang bernama Adrianna Mayesa. Itu pun selepas Ann dipadam dari list." Konfiden aje Qhuz buat spekulasi.
Farriel tarik nafas dalam-dalam. Kemudian dilepaskan perlahan-lahan. Dulu Ann. Sekarang Ad. Ad.&
"Aku terbuang teddy bear dia. Sumpah, aku tak ada niat nak buang! Entah macam mana selamba aje tangan aku ambik teddy bear tu terus masuk dalam tong sampah. Mengamuk la Si Ad tu."
Qhuz geleng kepala. Letih tengok Farriel dan Adry beramuk sejak dari bangku sekolah. Dia tak pernah tau kenapa Farriel benci benar pada Adry. Bukan dia tidak bertanya. Cuma Farriel tak mahu menjawab. Farriel ni perahsia orangnya. Namun untuk kali ini, Farriel membuka mulut. Dan dari air muka Farriel, dia yakin Farriel tidak berbohong.
"Kau dengan Adry tu aku tengok memang dah padan sangat la tu. Sama-sama keras. Samasama ego. Sama-sama kaki melawan. Tapi ada keserasian. Cuba korang& " Farriel angkat dua-dua belah tapak tangan. Minta Qhuz berhenti. "Qhuz& aku tak minta tazkirah kau pun. Please& ."
Qhuz angkat bahu. Telan balik nasihat yang tak terluah tadi. "Aku cuma nak cakap, kalau kau perlukan nasihat aku, anytime kau boleh cari aku. Kau tau kan, aku ni bekas pembimbing rakan sebaya terbaik zaman kita sekolah dulu."
Farriel tersengih, tak percaya. Berlawanan sungguh dengan kenyataan! "Ye la sangat pembimbing rakan sebaya! Perosak rakan sebaya ada la! Ada ke kau suruh apek four flat tu hisap dua kotak rokok sekali gus! Nasib baik tak gol budak tu! Kalau tak, menjawab la kau dengan bapak dia tokey keranda tu!"
Qhuz tersengih. Teringat kembali kenangan ketika berada di tingkatan empat. Muka Lee Hai Nan yang kecewa dengan result examnya, tergambar.
"Aku menolong dia apa! Menjimatkan masa dia nak menghabiskan rokok-rokok yang dibeli. Jimat minyak lighter lagi. Ha ha ha! Kan langkah bijak tu!" Qhuz bela dirinya. Farriel tergelak mendengar hujah Qhuz. Tak boleh pakai punya kawan! Tapi dia serasi dengan Qhuz. Boleh terlebih terkurang aje dengan mamat ni. Buat apa pun komited. Sebab tu dia syorkan pada Nenda Nerrisa agar Qhuz diambil bekerja di Izumi Corporations. Mujur Qhuz memang benar-benar layak. Jadi, tak la susah nak meyakinkan Nenda Nerrisa. "Kau rasa, aku kena buat apa ek nak selesaikan masalah aku dengan Ad ni"" Qhuz petik jari.
Farriel membetulkan duduknya. Bersedia mendengar cadangan Qhuz.
BALIK dari jumpa Qhuz, Farriel terus naik ke bilik untuk bersihkan diri, solat isyak. Lepas tu mundar-mandir dalam bilik. Farriel menunggu datangnya sebuah keberanian untuk meminta maaf daripada Ad, seperti yang dicadangkan dek Qhuz tadi. Bilik Ad gelap. Farriel jenguk pula ke tingkat bawah. Meninjau di mana Ad. Susuk tubuh seseorang di halaman rumah, menangkap pandangan Farriel. Ad, tengah duduk kat kerusi batu di tengah laman. Tengah bermandikan embun.
Perlahan-lahan, Farriel menghampiri Ad. Ad tetap kaku di situ. Tak berganjak atau pun melarikan diri. Namun Farriel tahu, Ad sedar akan kehadirannya di situ. Farriel melabuhkan punggung, bersebelahan Ad. Tapi masih ada ruang antara mereka, khas untuk emergency incident. Kut-kut Ad layang penumbuk ke& .
Farriel di sisi aku kerling. Aku tak mahu dia berada di situ. Menyampah! Namun aku tak mampu nak menghalaunya. Ini rumahnya. Aku cuma menumpang di sini, sehingga kontrak kami tamat.
"Ad& aku nak minta maaf pasal teddy bear kau tu." Mukadimah sesi meminta maafnya dimulakan dengan ayat itu. "I didn t mean& " sambung Farriel.
"It s okay. Teddy bear murah dan buruk macam tu memang layak dok dengan sampah aje& " ujarku perlahan.
"Tak! Bukan macam tu. Maksud aku& ."
Farriel diam. Tak mampu nak teruskan kata-kata. Tak tau perkataan apa atau bahasa apa yang patut dituturkan untuk membetulkan keadaan yang dah sedia kacau. Dia masih berfikir cara terbaik untuk meminta maaf.
Aku masih tetap berteleku di situ sambil memeluk kaki. Sesekali mendongakkan kepala ke langit. Menebar pandang pada dada langit. Mengira bintang yang berjuta. Merenung bulan yang tetap satu. Dan kenangan lalu terimbas serta-merta di layar pandang.
"Masa aku kecik dulu, aku selalu fikir. Kenapa aku tak ada ayah" Kawan-kawan aku yang lain semua ada ayah. Contohnya Siti. Dia ada ayah. Ayah dia baik, penyayang. Tiap-tiap kali nak pergi kerja, ayah Siti akan cium Siti. Kadang-kadang ayah Siti belikan Siti mainan, coklat, anak patung, baju, macam-macam la. Tapi aku& aku tak pernah dapat semua tu. Tapi aku tak pernah complaint. Sebab aku tau, ibu susah nak cari duit. Ibu terpaksa ambil upah cuci pakaian di rumah orang kaya, jahit baju, kadang-kadang jual kuih untuk tampung kehidupan kami sekeluarga& ."
Kata-kata Ad berhenti di situ. Jari-jemarinya menyapu pipi.
Ad menangis& lagi sekali" Hati Farriel meruntun bila melihat keadaan Ad yang hiba. Bagaikan ada benda tajam menusuk hatinya. Bahagian dada kirinya ditumbuk perlahan. Ada masalah ke hati aku ni"
Air mata di pipi aku kesat. Menarik nafas dalam-dalam untuk meneruskan bicara. "Aku tak pernah kenal siapa ayah kandung aku. Satu-satunya ayah yang aku kenal, Pak Cik Bakar, ayah tiri aku yang suka berhutang dan menyusahkan ibu. Silap sikit, naik la penampar. Cakap lebih aje sikit, sepak terajang la jawabnya."
Aku berjeda lagi. Bulan penuh aku renung.
"Aku pernah minta Pak Cik Bakar belikan mainan untuk aku. Pak Cik Bakar marah dan tampar aku. Aku menangis. Ibu bergaduh dengan Pak Cik Bakar. Last-last, ibu pun kena pukul dengan Pak Cik Bakar. Sejak tu, aku tak berani minta apa-apa lagi. Satu hari, ibu bawak balik teddy bear. Ibu kata, teddy bear tu tak la mahal tapi itu aje yang mampu ibu beli. Aku suka sangat. Langsung tak pernah berenggang dengan teddy bear tu. Aku namakan teddy bear tu, Si Kepam. Sebab badan teddy bear tu makin lama makin kepam. Itulah benda pertama dan terakhir ibu pernah bagi pada aku. Masa umur aku lima tahun, ibu meninggal dunia. Cuma Si Kepam yang aku ada untuk mengadu nasib& dan keluarga tiri aku& ."
Farriel kalih pandang ke arah Ad yang sudah diam. Mula mengerti mengapa teddy bear kepam itu penting dalam hidup seorang Ad yang keras hatinya.
"End of the story. R.I.P to Si Kepam.
Aku tarik nafas panjang-panjang.
"Kisah hidup aku sedih, kan" Kau mesti rasa kesian kat aku, kan"" Farriel yang turut merenung ke arah sang purnama, aku soal.
Farriel berpaling ke arahku. "Tak! Aku tak rasa kesian pun& ." Nada suara Si Farriel android kedengaran.
"Kenapa tak rasa kesian""
"Sebab ada orang yang lebih malang dari kau!" "Ye ke" Tak mungkin la& ."
Aku macam tak percaya aje ada orang yang bernasib lebih malang dari aku. Mustahil& . "Nasib Ann lebih malang dari kau, Ad."
Farriel membuang pandang. Tanpa arah. Sekadar memandang kosong. "Ann tu siapa""
Soalanku tidak berjawab. Farriel masih membisu sambil merenung ke arah bulan. Seperti mencari sesuatu di situ. Mengungkap kenangan hidup dalam bentuk cerita.
"Ann tak pernah kenal mak dan ayah kandungnya. Dia dijual kepada sepasang suami isteri sewaktu bayi lagi. Masa umur aku dua belas tahun, aku jumpa Ann di lorong gelap. Dia lari dari rumah pelacuran. Ayah angkat Ann jual Ann pada bapak ayam gara-gara berhutang."
Farriel sambung ceritanya. "Aku selamatkan Ann. Bawak Ann tinggal kat rumah aku. Mama papa tak pernah suka pada Ann. Tapi sebab hormat pada nenda, mereka terpaksa ambil Ann jadi anak angkat."
Mata Farriel sayu memandang langit malam.
"Ann keluar dari traumanya lepas beberapa ketika. Dia mula bersekolah, mula berkawan dengan aku, Ihsan dan Murni. Ann berubah jadi gadis yang periang, lincah, lucu, sentiasa bersemangat, tak pernah putus asa. Semua orang suka pada Ann. Mama pun mula terima Ann jadi sebahagian dari keluarga kami."
Tak semena-mena, Farriel mengukir senyuman lebar. Seperti ada yang melucukan. "Nama Izumi tu& cuma Ann aje yang berani panggil aku Izumi. Walau macam mana aku marah pun, dia tetap panggil aku Izumi. Katanya nama tu unik."
Barulah aku tahu mengapa Farriel marah benar bila aku memanggilnya Izumi. Rupa-rupanya ada kisah, ada kenangan, di sebalik nama tersebut. Ada rasa gembira, sedih, yang dirasainya saat Ann memanggilnya Izumi.
Farriel terdiam seketika. Rentak penceritaan Farriel berubah. Tempo scene air mata pula sekarang.
"Masa umur empat belas tahun, Ann selalu pengsan. Doktor sahkan Ann ada barah otak. Peringkat akhir. Darah beku yang kami tak pernah tau kewujudannya tu, rupa-rupanya dah lama menumpang di dalam kepala Ann. Ann tak pernah mengadu sakit. Dia sentiasa berpurapura sihat. Dan dia tak pernah mengalah pada sakitnya. Ann berkeras nak jalani pembedahan walaupun harapannya sangat tipis. Akhirnya, Ann meninggal dunia ketika pembedahan tu& ."
Air mataku automatik mengalir. Menangisi nasib malang Ann. Entah mengapa, cerita hidup Ann ni membuatkan aku insaf. Memang benar, nasib Ann lebih malang dariku. Sekurangkurangnya aku kenal ibu kandungku, walaupun hayatnya tak panjang. Aku juga dikurniakan oleh Allah dengan umur yang panjang dan kesihatan yang baik. Alhamdulillah, ucapku dalam hati. Mensyukuri nikmat yang diberikan Allah.
Farriel tetap tenang. Tidak menangis. Cuma berwajah suram. "Baju tu"" soalku dengan suara serak akibat menangis. "Pemberian terakhir Ann sebelum dia pergi."
Aku angguk. Mula faham kenapa baju separuh lunyai tu begitu berharga di matanya. "Kau sayangkan Ann""
Farriel diam. Memandangku sekilas sebelum membuang pandang ke hadapan. "Ann cinta pertama aku...."
Entah kenapa, kata-katanya terkesan di hatiku. "Ann cinta pertama aku& ."
"Iz& " panggilku perlahan.
Tiba-tiba aku teringat semula kata-kata Farriel.
"Nama Izumi tu& cuma Ann aje yang berani panggil aku Izumi. Walau macam mana aku marah pun, dia tetap panggil aku Izumi. Katanya nama tu unik."
Bibir bawah kugigit. Alamak& tersilap panggil. "Sorry! Aku terpanggil. Rasanya, aku tak sepatutnya panggil kau Izumi lagi lepas dengar cerita kau tadi."
"Takpe! Just call me Izumi. Rindu jugak nak dengar orang panggil aku dengan nama tu," kata Farriel.
Aku gosok batang hidung. Pulak" Takpe ke" Tak mengingatkan kau pada Ann" Suasana menjadi hening kembali.
"Iz& ." "Hurm& ." "Sorry sebab buang baju kau tu. Kalau aku tau, mesti aku tak buat macam tu."
Wajah Farriel tak beriak. Cuma matanya memandang sayu ke arah sang bulan purnama. Langsung tak ada tanda-tanda nak membalas kata-kataku. Tapi aku tau, dia dengar apa yang aku perkatakan.
Diam. Masing-masing menala mata ke langit. Dingin malam kian terasa hingga ke tulang. Salakan anjing menimbulkan suasana seram. Namun aku tak terniat langsung nak melangkah masuk.
"Ad& " panggil Farriel. "Hmmm""
"Sorry sebab buang teddy bear yang ibu kau bagi." "Hmmm& ."
Itu aje yang aku jawab. Memang ada rasa sedih, marah, kecewa. Tapi, benda dah jadi. Apa nak buat" Kalau aku menangis air mata darah sekalipun, Si Kepam tak akan menapak balik dari pusat pelupusan sampah yang entah kat mana tu. Kalau aku maki hamun Si Farriel ni pun, buat perabihkan (menghabiskan) pahala aku yang dah memang sikit aje pun. Jadi, adalah lebih baik kami saling bermaafan. Aku pun dah buang baju yang Ann bagi kat dia. Kira adil la tu. Satu sama.
"Ad& ." "Hurm& ." "Sorry sebab sangka kau orang suruhan Marina. Tak pasal-pasal kau kena marah dengan aku hari tu."
"Takpe& ." "Iz& ."
"Yap!" "Sorry. Sebab salah faham tu, kau terpaksa kahwin dengan aku& ."
Farriel mengangguk-anggukkan kepala. Bahagian bawah dagu digaru-garunya. Lagak seperti menimbang-nimbangkan perkataan maaf dariku.
Aku siku lengannya. "Kau maafkan aku tak"" soalku garang.
Farriel senyum. "Tak ada apa-apa yang nak dimaafkan. Kau pun terpaksa kahwin dengan aku jugak apa! So, kira seri la& ."
Kami berbalas senyuman. Kedinginan suasana malam yang semakin merangkak ke dinihari ini, benar-benar membantu kami untuk berbincang dengan cara manusia yang bertamadun. Bukan seperti orang jahiliyah yang singkat akal dan menurut nafsu amarah semata-mata. "Friends""
"Never ll be!" Kami ketawa kecil. Dan bulan menjadi saksi. Farriel dan aku merenung ke dada langit sehingga ke dinihari. Tanpa suara. Dengan senyuman.
8 BUNYI bising diikuti gegaran yang aku kurang pasti skala Richternya, mengejutkan aku dari tidur. Takkan gempa bumi kut" Tsunami" Mustahil! Rumah ni jauh gila dari laut. Aku angkat kepala dari buku setebal satu setengah inci. Muka jam aku jengah. Sepuluh pagi. Hari Jumaat. Mujur tak ada kuliah. Kalau tak, alamat dengan air liur basi la aku ke kuliah. Uih, tergamak ke aku nak buat macam tu" Tak kut.&
Buku depan mata aku tutup dan alih ke tepi. Aku ni memang sah la dah kena sumpahan tidur ala-ala Sleeping Beauty. Mana-mana buku berbentuk ilmiah, sogok aje la kat aku, mesti bertukar jadi bantal buat aku. Macam sleeping pills yang doktor selalu bagi kat pesakit insomnia tu, macam tu la diibaratkan buku buat aku.
Kalau buku adalah sleeping pills aku, suara lecturers pulak macam lullaby yang sarat berilmu terus menggam kelopak mata, sekali dengan bulu mata aku. Bahasa tinggi lagak dewa berkata-kata, mesej lecture yang tak terjangkau dek akal dan melepasi benua Asia, memang pakej lengkap bagi aku untuk terus ke syurga mimpi. Huh! Memang dahsyat sumpahan ni!
Masuk gegaran kedua, aku tak tunggu lama. Aku sambar tudung dan sweater yang elok tergantung di balik pintu almari. Sebelum aku jadi mangsa gempa bumi ke, tanah runtuh ke, baik aku larikan diri dulu. Tak nak mati katak kat sini. Aku ada hajat yang belum dicapai lagi.
Bukak aje pintu, dua tiga suara lelaki asing menyapa telinga. Kemudian kedengaran pulak bunyi mesin gerudi diikuti dengan gegaran konkrit rumah. Ooo... ni la dia gempa bumi jadian tadi! Woit, nak runtuhkan rumah ni ke apa!
Suara Farriel tak kedengaran di mana-mana. Aku tepuk dahi. Dah tentu-tentu dia kat pejabat. Habis tu, macam mana diorang ni boleh masuk" Menceroboh" Entah-entah pencuri tak" Nak tak nak, aku beranikan diri turun ke tingkat bawah.
Tiga orang lelaki kelihatan. Dua orang Cina. Seorang Melayu. Sibuk mengangkut barangbarang dari lori. Barang-barang yang biasa aku lihat dalam gymnasium kat TV; exercise bikes, ab shaper, air-walker, dumbbells, beberapa barang yang aku kurang pasti namanya. Rumah ni nak buka gim pulak ke" Bersepah-sepah ruang tamu dengan kotak dan plastik. Aku jenguk keluar. Ada pulak kereta Farriel kat luar. Tak kerja ke" Namun, Farriel masih tak kelihatan di mana-mana.
"Awak semua ni siapa" Siapa bagi kebenaran masuk"" soalku lantang, lagak tuan rumah yang berkuasa.
Tangan-tangan yang tadinya sibuk membuat kerja, terus terhenti. Masing-masing pandang aku macam nampak Doraemon dalam costume Ultraman. Tau la aku main sambar aje baju ni. Tudung ni pun striking gila warnanya. Tapi& tak payah la pandang aku macam tu. Kira okey la ni. Janji berbaju. Bukan nak masuk fashion show pun.
Farriel keluar dari bilik belakang, berdekatan dengan dapur. Diikuti seorang lelaki yang& whoa! Body builder mana pulak dicekupnya ni" Berkotak-kotak badan. Kagum! Farriel berhenti bercakap dengan Mr. Bodybuilder sebaik sahaja nampak aku yang dah cekak pinggang dengan muka poyo.
"Hai, Ad! Dah bangun"" tegurnya.
Tak pasti la ni tegur ikhlas ke perli. Aku senyum aje la. Depan orang ni& .
"Kenalkan... Encik Nik, my personal trainer. Gym trainer."
Mr. Bodybuilder senyum, menghampiriku. Tangan kanan dihulurkan. Hendak bersalaman.
Aku panjangkan lengan sweater. Melapik tangan. Bersentuhan dengan lelaki bukan muhrim hukumnya haram, kata-kata ustazah masih terkesan di hati. Dulu mungkin aku lalai, tapi sekarang aku sudah mula berubah ke arah kebaikan, perlahan-lahan. Muka Mr. Bodybuilder berubah. Mungkin pelik dengan tindakanku. Luar alam sangat ke perbuatan aku ni" Kami bersalaman.
"Saya Adry, isteri Farriel."
Aku perkenalkan diri. Senyum kuhulur padanya. Pandangan kualih pada Farriel.
"Izumi, kita nak buka gim kat rumah ke"" Dengan nada perlahan dan menyindir, aku bertanya.
"Tak la. Aku nak tunaikan janji aku aje."
"Janji apa"" Berkerut dahi dengar. Sungguh, aku lupa! "Janji nak kuruskan badan."
Mulut membentuk huruf o besar. Farriel nak kuruskan badan" Boleh ke" Aku takut dia hangat-hangat taik ayam aje. Nanti tak sampai separuh jalan, dia dah give-up. "Ye la ni" Macam tak percaya aje!"
"Betul la. Ingat aku main-main ke"" "Ha ha ha!"
Aku gelak. Lucu! Selebihnya, aku gelak mencabar.
"Sebenarnya Encik Farriel ni boleh mencapai berat ideal dalam masa enam bulan atau kurang dari tempoh tu; dengan senaman berterusan dan diet yang baik. Puan Adry pun boleh la take part especially dalam menjaga diet pemakanan Encik Farriel dan bagi sokongan moral," sampuk Mr. Bodybuilder.
Aku" Jadi penjaga diet Farriel" Boleh ke" Adakah itu bermakna aku kena diet dengan dia" Oh, tidak! I love food very very much!
"Macam mana, Ad" Jadi dietician aku, boleh"" "No hal& tapi nanti jangan nangis pulak. Aku ni garang& !" "Ada aku takut""
Aku jelir lidah. Farriel mencemik muka. Cute sangat la buat muka macam tu! Sebijik macam beruang kutub!
Mr. Bodybuilder buat muka blur. Mesti dia pelik. Awat la lagu suami isteri ni" Macam tak cukup hormon aje!
"DIET seimbang adalah diet yang boleh membekalkan nutrien yang mencukupi mengikut umur, jantina keadaan fizikal dan keperluan tertentu untuk memenuhi keperluan tumbesaran dan memelihara kesihatan."
Itu intro aku semalam. Masa Farriel lipat dahi sampai tiga garis timbul, bila mulutnya muncung sedepa, bila rambutnya yang lurus bagai nak tegak terpacak tengok makanan yang aku hidangkan untuknya. Masa tu tak ada satu bunyi pun keluar dari mulutnya. Dia diam dan makan. Tapi hari ni, dia memulakan sesi perdebatan ala Dewan Rakyat dengan aku.
Farriel merenung pinggan di hadapannya. Kemudian dipandangnya pula Adry yang duduk bertentangan dengannya, sebelum pandangannya jatuh pada pinggan lauk; ikan kerapu masak tiga rasa, sambal ayam, sayur kacang panjang dan hati masak kicap. Air liur yang hampir meleleh keluar, ditelannya kembali. Sayu pandangannya jatuh pada pinggannya yang cuma ada sesenduk nasi, ikan selar goreng seekor, sayur campur, buah betik, limau beberapa hiris. Berkerut muka Farriel. Ni ke makan tengah hari aku" Bawah bibir dijuih ke depan. "Minta sikit ikan dengan ayam tu!"
Aku buat bodoh, buat-buat tak dengar. Khusyuk menghabiskan makanan. Isi ikan kerapu yang masih bersisa segera aku masukkan ke dalam pinggan. Seketika kemudian laju masuk ke mulut. Selesai mengilatkan pinggan, aku menjilat jari pula. Sunnah nabi. Farriel mula bengang. Rasa-rasanya dah bengang sampai tahap nak naik tanduk rusa!
Aku tersengih. Baru nak masuk dua hari berdiet tapi dibuatnya muka macam dah sebulan tak makan! Tengok muka, aku tau dah. Takkan ke mananya azam nak diet dia tu. Gim mini kat bilik belakang tu alamatnya jadi sarang labah-labah dengan habitat serangga-serangga yang sewaktu dengannya aje la.
"Ad, makanan apa yang kau bagi aku ni" Ikan goreng dengan nasi aje" Sayur dengan buah punya la banyak. Kau ingat aku ni keturunan herbivor berkaki empat ke apa"" "Kata nak diet. Suruh aku jadi dietician kau. Sekarang kau banyak songeh pulak. Nak kurus ke tak ni""
"Memang la aku nak kurus, tapi takkan la benda-benda macam ni aje aku boleh makan. Dah la pagi tadi kau bagi aku roti yang tak seberapa kepingnya, lepas tu buah dengan susu aje."
"Ini aku dah ikut saranan pakar pemakanan dah ni. Kalau ikut hati aku, aku tak bagi kau makan langsung. Aku gerenti, bukan enam bulan, dalam masa sebulan aje kau dah boleh kurus."
Mak aih& itu membunuh namanya! Baik kau suruh aku gali kubur sendiri aje, Ad. Lagi senang!
"Kalau makan macam ni, mana nak dapat tenaga" Setakat nasi sejemput! Ei, merepek betul benda-benda ni semua! Dah la!"
Farriel bangun dari meja makan. Langkah diatur ke anak tangga. "Nak ke mana"" soalku. Surrender dah ke"
"Keluar! Cari makanan yang manusia bertamadun macam aku boleh makan."
"Okey. Jangan makan banyak-banyak sangat. Nanti cirit-birit pulak. Masa tu, jangan kau kata aku tak ingatkan kau pulak!"
Farriel dah tak dengar apa dah. Dalam kepala leka fikir makanan apa nak diisi dalam perut. Nasi putih campur dengan dua tiga jenis lauk, mesti. Lepas tu nak makan apa, ek" Roti canai" Nasi goreng kampung" Mi bandung" Tom yam" Ah, makan aje la semua. Habis cerita!
MALAM itu, Farriel turun ke ruang tamu dengan muka pucat dan berkerut-kerut. Bau minyak angin menusuk ke hidung. Mandi minyak angin ke apa"
"Kau apa hal"" tanyaku, garang. Mata masih melekat di kaca televisyen. "Sakit perut! Cirit-birit," adunya.
Aku pandang mukanya. Muka yang agak-agaknya dah sepuluh kali ulang-alik ke tandas. Bila tengok muka dia yang berkerut-kerut tu, aku rasa nak tergelak. Tapi aku tahan. Malas nak cari gaduh.
"Aku cakap dah. Degil! Kan dah ketulahan dengan aku. Walaupun kau yang ada darah kerabat, tapi aku yang ada daulat. Jangan tak tau!"
Farriel tak menjawab. Dia terduduk lemah di sebelahku. Muka berkerut-kerut tahan sakit. Tangan pulak melekap kat perut. Jatuh kesian aku padanya. Nafas kutarik dalam. Kemudian kuhembus. Mula memikirkan cara untuk mengurangkan kesakitan Farriel. Housemate sakit ni, kena la tolong. Nanti dikatakan tak berperikemanusiaan pulak.
"Kita pergi klinik, ek"" usulku dengan nada lembut.
"Nak pergi dengan apa" Kau bukan tau drive. Test JPJ dah dua kali gagal," katanya lemah.
Hek eleh! Sempat pulak dia perli aku. Menyesal aku cerita pasal kegagalan aku tiga tahun dulu kat dia. Tu la, mulut ni gatal sangat. Langsung tak ada brek atau signal. Laju aje guna gear lima bercerita. Kan dah kena kutuk" Sabar aje la!
"Iye la, Izumi oi. Jap lagi aku panggilkan driver teksi yang lulus JPJ datang. So, boleh la kita pergi klinik. Boleh gitu, Encik Farriel Izumi""
"Hmmm.& " Tu aje yang mampu Farriel jawab sebelum berkejar ke tandas semula. Handphone aku ambil. Mencari nombor teksi.
"AD& " panggil Farriel dengan mata separuh tertutup. Mungkin ubat doktor dah mula menunjukkan kesannya.
"Hurm"" "Thanks& ."
Diam. Cuma bunyi aircond yang kedengaran. "Ad& ."
Aik, tak tidur lagi" "Iyeee& ."
"Esok aku nak makan& ikan kerapu tiga rasa macam yang kau makan tadi. Tom yam campur& ayam masak merah& gulai ikan sembilang& ikan patin& ayam golek& ." Mak aih& besarnya selera! Mengalahkan orang mengidam pulak. Sedar ke tidak yang dia ni cirit-birit"
Farriel diam, tak bersuara lagi. Penat duduk di sofa, aku duduk di sisinya.
Farriel yang dah lelap di katilnya, aku perhatikan. Doktor kata tak serius. Bagi ubat, bagi MC dua hari, insya-Allah esok lusa sembuh. Mujur la... kalau tak, rasa bersalah juga aku. Ye la, tak sangka pulak sumpahan aku betul-betul terjadi. Kebetulan betul.
Selimut Farriel aku perbetulkan. Burrr& ! Sejuk sangat ni. Rasa macam duduk kat kutub utara pulak. Remote control air-conditioner aku ambil. Suhu aku tinggikan. Selesai menentukan suhu yang sesuai, aku kembali duduk di tepi katil. Wajah Farriel kuperhatikan. Muka bujur. Hidung mancung. Pipi tembam. Bibir nipis. Warna kulit cerah. Rambut lurus. Masih hensem walaupun overweight. Tapi kalau kurus macam dulu, lagi hensem! Tak cukup bumi dikejar dek pompuan.
Bila Farriel mula berdengkur, aku tersenyum sendirian. Betul la... orang kata, kalau nak tengok muka sebenar seseorang tu macam mana, tengok rupa dia masa tidur. Segarang mana pun orang tu, bila tidur, muka sebenar dia akan muncul ; lembut dan tenang. Entah berapa lama aku menatap wajah Farriel, aku tak pasti. Yang pastinya, tak lama kemudian aku mula memenuhi hak mata bila kelopak mata terasa semakin berat.
FARRIEL buka mata. Niat hati nak berkalih badan ke kiri. Kemudian dia perasan lampu tidur masih terpasang. Bila nak tekan suis, dia terus dia terpandang Ad yang tidur menangkup di tepi katilnya. Kenapa dia kat sini" Peristiwa beberapa jam tadi, berputar di layar ingatan. Oh& .
Wajah Ad menghiasi mata. Tenang wajahnya tidur. Rambut, dahi, kening, mata, hidung, pipi& segenap inci wajah Ad diperhatikannya. Satu wajah yang tiba-tiba menerpa ke dalam ingatan, segera dinyahkan. Tangan yang serasa nak menjamah pipi Ad, segera ditarik ke sisi. Matanya singgah pada bibir mungil Ad, ada getaran dirasakannya. Segera mata dialihkannya.
"Ad& tolong jangan kelirukan aku. Tolong jangan buat aku jatuh cinta pada kau. Tolong la.& "
Dipejamnya mata rapat-rapat.

Reject! ESOKNYA, penyakit cirit-birit Farriel sembuh sepenuhnya. Mujarab betul ubat doktor tu! Ingat nak la buat baik, masak apa aje makanan yang dia nak. Macam yang diracaunya malam tadi. Korang tau apa dia jawab"
"Tak nak la. Kau bagi aku sayur dengan buah cukup. Tengah hari nanti aku nak roti ke apaapa makanan yang aku boleh makan ikut jadual pemakanan yang kau dah buat." Uiks& serik betul dia! Tapi aku tak nak kejam sangat dengan dia. Tiba-tiba aje aku tarik nikmat makanan dari dia hari tu, memang la mengamuk sakan mamat tu. So, aku buat strategi sendiri. Dia boleh makan makanan yang dia suka tapi dengan syarat dalam kuantiti yang sedikit macam yang dietician syorkan.
Sebagai personal dietician Farriel, kerja terbaru aku adalah mengira kalori makanan yang dia makan, apa hidangan yang sesuai untuk dia, apa makanan yang boleh dan tak boleh dimakannya. Aku siap sediakan satu buku catatan lagi tu!
Dua hari Farriel MC dan duduk kat rumah. Dua hari tu jugak la kuliah aku batal. Lecturer busy pasal penstrukturan semula fakulti-fakulti. Apa yang nak distrukturkan, aku pun tak faham. Tapi memang tragic duduk rumah dua puluh empat jam dengan Farriel. Ada aje yang tak kena. Rumah berhabuk la, kedudukan perabot tak sesuai la, dapur tak kemas la, tandas berbau la. Sampai cara nak sidai baju pun dia tegur. Dahsyat! Tak sangka lelaki moden macam tu boleh membebel mengalahkan mak nenek!
"Baju mahal, baju yang kita pakai masa pergi kerja, kuliah, majlis-majlis rasmi kena sidai terbalik dan letak bawah bumbung. So, tak la cepat pudar dan rosak. Kain pelekat ke kain batik, kena sidai lurus-lurus supaya cepat kering. Pakaian dalam mesti disidai kat tempat tersorok, supaya orang tak nampak atau curi."
Sungguh la Farriel ni cermat, teliti dan sangat praktikal orangnya. Benda macam tu pun dia perhatikan. Observant betul!
Kalau aku, memang aku hentam aje sidai macam mana pun. Janji bawah cahaya matahari. Tak kira la luntur ke kedut ke. Bila dah kering, aku angkat dan lipat. Titik. Susah juga nak ubah cara aku buat kerja bila dia tegur suruh aku buat ikut cara dia. Yelah, benda-benda tu semua aku dah praktikkan sejak kecik lagi. Bila dia tegur tu, panas juga la hati. Siap perang mulut lagi. Malas mengeringkan air liur, aku ikutkan aje la cakapnya. Tak larat la nak gaduh pasal bontot kuali yang hitam lepas masak sampai dua jam. Bazir tenaga aje!
MATA bagaikan dipaku pada wajah Remy Ishak dalam drama Obsesi. Hensem gila! Rasa nak tarik-tarik aje rambut sendiri. Hu hu hu! Dek kerana kehenseman dia la aku sanggup bersengkang mata menunggu slot Samarinda yang ditayangkan melangkaui zon hibernasi aku. Selalunya pukul sepuluh malam aje mata aku dah minta untuk direhatkan. Kalau tak, alamatnya tersangap-sangap la aku dalam kelas. Tapi demi Remy dan cerita Obsesi yang mengobseskan aku ni, aku sanggup ingkar arahan mata. Buku-buku, A4 paper dan alat tulis yang berlambak di atas meja sekadar menjadi hiasan semata-mata.
Terdengar ada gerakan dari tingkat atas ke bawah, sila atas sofa aku perbetulkan. Tak perlu menoleh, aku sudah tau siapa gerangannya. Dalam rumah ni ada dua orang aje. Aku. Farriel. Kalau tak aku, Si Farriel. Kalau tak Farriel, aku la. Tapi kalau bukan dua-dua, itu kes misteri nusantara namanya. Unidentified object or subject.
Farriel yang baru turun dari bilik bertapa duduk di hujung sofa. Kes bosan menghadap kerja-kerja pejabat la tu. Tak pun Marina tak online malam ni. Muka dah kurang dari nilai satu sen dah tu& .
"Cerita apa ni"" soalnya. "Obsesi& " jawabku pendek.
Kacau aje! Orang tengah syok-syok tengok Tengku Azuddin dok tekel future-wife dia ni. "Bosan! Tukar cerita lain la!" desaknya.
"Pergi la tengok TV kat bilik kau! Kan ada Astro bagai! Kacau aje la!" "Ala& bosan tengok sorang-sorang! Ad, tukar la channel lain!" Kulit kepala aku garu. Sibuk la dia ni!
"Kau tak tengok lagi, dah kata bosan! Cuba tengok, fahamkan& lepas tu baru menilai," rungutku.
"Cerita Melayu semua stereotype la. Balik-balik itu aje ceritanya. Cuba ikut macam cerita Hollywood. Baru la best!"
Farriel menamakan beberapa filem Hollywood yang digemarinya. Alahai, gangguan bunyi betul la!
"Kau pergi jadi warganegara sana. Senang cerita!" Farriel mencemik.
"Kau nak makan ke""
Ni soalan nak menghalau dia naik ke bilik balik ni. Biasanya Farriel takkan turun ke bawah kalau tak lapar atau tak ada urusan. Dia lebih suka memerap kat bilik. Bergayut, berchatting dengan Marina. Tak pun buat kerja pejabat ke, baca buku ke& .
"Nope! I m good."
Tumpuannya beralih pada buku berlambak di atas meja. Kertas bawah buku ditarik keluar. "60% aje""
Aku kerling padanya. Cuba memastikan tentang perkara yang diperkatakan. "Okey la tu! Sebelum ni lagi teruk!"
Hujung lidah aku gigit. Alamak! Terlepas cakap& . "Sebelum ni dapat berapa""
Curious aje muka Farriel bertanya. "40% lebih aje& ." Perlahan aku menjawab. Farriel ternganga. Kepala digelengkan. "Letak kat muzium aje la otak kau tu," perlinya. "Ala& monthly test aje tu! Relaks la."
"Apesal teruk sangat" Susah ke" Baru first sem dah macam ni."
"Ala& aku tak pandai BI la. Lecturer situ semua cakap BI. Selit BM sikit-sikit aje. Pakai bahasa teknikal pulak tu. Mana nak faham."
"In that case, aku akan ajar kau!"
Aku memandangnya dengan 1001 rasa pelik. Taajub. Kagum. Demam ke apa" "Kau& nak& ajar aku""
Farriel angguk kepala. "Kau nak ajar aku apa""
"BI la. Kata tak pandai BI. Kalau kau nak, aku boleh tunjukkan juga mana-mana subjek yang kau lemah tu. Free of charge. FOC."
Aku garu pipi. Kena rasuk ke Farriel ni" Semacam aje baiknya. "Kau ni gurau, kan" Ke kau mamai" Ke tengah high" Tiba-tiba aje buat baik dengan aku. Tegak pulak bulu roma aku!" Farriel julingkan mata ke atas.
"Tak ada udang sebalik batu or mi pun la& ikhlas nak tolong kau. Sebab kau dah tolong aku masa aku cirit-birit hari tu. Lagipun, tak berbaloi la aku menghabiskan duit hantar kau masuk kolej kalau kau dapat result hampeh macam ni! Baik aku pergi shopping apa yang patut!" Alasan logik& pucuk dicita, ulam mendatang! "Sure"" soalku. Masih ada keraguan. "Sure la!"
"Bila kau nak start ajar"" "Sekarang pun boleh!" "Okey...." Iye tak iye dia ni"
"So, sekarang aku nak kau ambik kotak Scrabble dalam almari." "Hah""
Tadi kata nak mengajar. Sekarang nak ajak aku main Scrabble pulak" Pening, pening!
NI cara Farriel Izumi mengajar aku vocab baru English. Melalui permainan Scrabble. Setiap perkataan yang baru pada aku, aku kena catat dan cari maksud dalam kamus. Kalau rasa-rasa aku blur nak letak perkataan apa atas board, aku boleh rujuk kamus dan cari perkataan yang boleh aku bentuk dengan huruf yang ada.
"Apa kau buat kat lorong gelap tu""
Entah kenapa terlintas soalan tu kat kepala aku, masa aku tengah sibuk-sibuk mencari maksud perkataan foil dalam Cambridge Dictionary.
Farriel yang tengah mengeja excise kat board Scrabble panggung kepala. Blur aje pandangannya. "Lorong apa""
"Ala& yang kau kata masa malam tu!"
Takkan lupa kut" Malam star and moon gazing tu! Ke buat-buat lupa" "Bila masa pulak aku ke situ"" soalnya kembali.
"Kau kata kau jumpa arwah Ann kat lorong gelap. So, sekarang aku tanya kau, apa kau buat kat situ""
Aku jenguk papan Scrabble. Perkataan apa nak letak ni" "Apesal" Aku tak boleh pergi situ ke""
"Bukan tak boleh. Cuma aku pelik aje. Anak orang kaya macam kau, lahir atas sudu emas, mana selera nak pergi tempat kotor, busuk macam tu. Tu yang aku curious tu!" Perkataan spoon aku eja. Menyambung dari huruf s perkataan excise milik Farriel. "Ooo& aku lari dari kenyataan aje."
"Kenyataan apa""
"Yang kau sibuk nak tau kenapa"" Berganjak satu tangga tone suara Farriel.
"Saje! Mana la tau kut-kut kau ni stok (jenis) mat gian ke, drug dealer ke, apa-apa, so aku boleh la buat apa-apa persediaan bila kau buat perangai nanti."
"Oit, aku takde la teruk macam tu sangat, okey! Masih dalam kategori dewa lagi, ek!" Aku angkat bahu. "So, apa kau buat pergi situ""
Aku garu kepala. Suwei pulak aih tangan! Huruf Q aku dapat. Cuba dapat huruf R ke S ke. Baru la senang bentuk perkataan.
"Hari tu, aku baru tau kawan baik aku sebenarnya spy papa aku. Menyakitkan hati!" "Okey la tu."
"Otak kau! Mati-mati aku anggap dia kawan baik aku dunia akhirat. Kira semua rahsia aku dengan dia lepas senang-senang aje la kat papa aku! Macam hampeh aje perangai!" Air suam dalam mug aku hirup.
"At least papa kau buat macam tu sebab dia sayangkan kau. Macam aku ni, sorang pun tak ambik kisah aku buat apa. Aku kebulur ke, tunggang-terbalik ke. Aku sendiri-sendiri aje tentukan jalan hidup aku. Duit belanja pun cari sendiri, tau!"
"Aku lagi suka jadi macam kau. Bebas buat apa yang aku suka. Tak dikongkong sampai aku sendiri tak tau apa yang aku suka, apa yang aku tak suka!"
"Kenapa papa kau buat macam tu""
"Dah la! Tutup cerita. Nite!" Farriel terus berlalu.
Aik" Merajuk" Aku pernah dengar orang kata, orang berbadan besar ni sensitif, kuat merajuk. Betul ke" Kalau ikutkan ujian yang dijalankan ke atas Farriel tadi, nampak gayanya betul la tu!
PINTU yang bertalu-talu diketuk aku buka. Besar anak mata melihat tetamu yang datang. Dua buah bagasi setinggi budak setahun di kaki menambahkan lagi tanda tanyaku. "Hana" Mimpi apa datang malam-malam ni"" soalku, antara percaya dengan tidak. Hana memelukku dengan wajah ceria. Tapi kenapa keceriaan Hana macam tak real aje" "Akak! Rindu la dengan akak! Abang mana""
"Out station. Ni apa kes tak semena-mena muncul depan pintu rumah akak ni"" "Saja& nak tukar angin tidur rumah akak."
"Sampai dua beg" Gaya macam lari rumah aje!"
"Eh, akak jangan salah faham! Satu ni aje beg Hana. Yang lagi satu ni Abang Ihsan punya!" Jap& bagi aku fahamkan kejap.
Hana datang sini, bawa beg sebab nak tumpang tidur kat sini. Okey, yang tu aku faham la.
Yang beg Ihsan ni, apa ke halnya pulak" Nanti sekejap. One minute, one minute. Takkan Ihsan pun nak datang tidur kat sini& kut"
9 "BUKAN Hana nak kurang ajar dengan papa dan mama. Tapi diorang tu terlalu control hidup anak-anak la. Sampai cita-cita pun diorang nak campur tangan. Agaknya, esok lusa bila Hana nak kahwin pun silap-silap diorang yang pilihkan. Bosan la!"
Keluh Hana keesokan harinya. Tangannya kini lincah menyapu blusher di pipiku. Touch-up terakhir di wajahku. Muka dah terasa berat dengan foundation dan entah apa-apa bedak lagi.
Bulu mataku yang asalnya tak sampai setengah inci, dah jadi seinci, berkat bulu mata palsu. Kening dah elok terlorek. Kelopak mata dah tukar warna pink. Bibir dah merah disapu lipstick warna blushing rose.
Aku pun tak tau macam mana la aku boleh setuju dijadikan model tak berbayar pada Hana ni. Mungkin aku cuba ceriakan dia sebab dia monyok aje dari semalam. Bila aku setuju aje dengan usulnya untuk disolek, melompat-lompat dia kegembiraan.
"Hana nak further study bidang apa"" soalku. Muka di cermin aku pandang. Tangan Hana memang ada kuasa magis dalam bab solekan. Muka aku dah berubah jadi lebih cantik berseri. Cheh, masuk bakul angkat sendiri pulak!
"Fashion. Make-up. Anything yang sewaktu dengannya." Hmmm& memang jelas ketara la kenapa Hana pakar dalam bidang ni. "Papa nak Hana ambil course apa""
"Ambil architecture atau engineering. Dulu abang nak ambik degree in engineering, papa tak bagi. Disuruhnya abang ambik business management in order to get the CEO position dari Abang Ihsan. Lepas tu sekarang paksa-paksa Hana pulak! Hana tak nak. Ei, Hana tak boleh masuk la dengan benda-benda macam tu!"
Aku diam. Mula dapat gambaran mengenai bapa mertuaku dan keluarga. Rupanya jadi orang kaya ni lain pulak dilema yang dihadapinya. Macam kami orang miskin ni setakat krisis tak makan, duit, hutang macam tu aje la.

"Ooo... speaking of Tengku Ihsan, lupa nak beritahu akak. Beg tu Abang Ihsan bagi sebelum bertolak semalam."
Beg di sudut bilik ditunjukkannya. Aku ada minta apa-apa ke dari dia" Sampai satu beg dia bagi.
"Bertolak" Ke mana"" soalku pelik.
Patut la Ihsan tak datang jumpa aku kat fakulti semalam. Selalunya dia la yang paling rajin melepak kat fakulti aku tu. Habis semua orang ditegurnya. Bila aku break aje kelas, kat aku la dia menempek. Mengekor aje ke mana aku dan Erin, classmate aku tu pergi. Sampai Erin sangka yang Ihsan tu suami aku. Aku tak salahkan Erin sebab dia memang tak pernah jumpa Farriel. Bersenang-lenang betul anak Tengku sorang tu. Beza betul dengan Izumi aku yang membanting tulang untuk Izumi Corporations. Izumi aku" Ngeh heh heh heh& perasannya!
"Ke US. Dia nak bawa balik semua barang. Nampaknya kali ni Abang Ihsan nak menetap kat Malaysia terus."
"Tiba-tiba aje""
Beg besar tu aku tarik zipnya. Penuh dengan buku-buku. Semuanya tebal-tebal. Ada yang berbahasa Melayu, ada juga yang berbahasa Inggeris. Yang pastinya semua buku tu berkaitan dengan course yang aku ambik. Ihsan& macam tau-tau aje buku-buku ni yang aku perlukan sebagai bahan rujukan.
"Entah la. Tapi lately, Abang Ihsan selalu tanya Hana macam mana nak tackle pompuan bertudung, yang Islamik dan jenis jual mahal. Hana terkejut juga. Akak pun tau kan, Abang Ihsan tu spesies buaya tembaga. Apa jenis pompuan pun, mesti datang melutut kat dia punya la! Tiba-tiba nak minta tips dan petua dari Hana pulak. Tapi kali ni Hana rasa dia dah jumpa dengan pompuan yang betul-betul dia suka. Dan pompuan ni buat Abang Ihsan ada tujuan dan arah hidup."
Nak terlepas buku dari tangan mendengar penjelasan Hana. Sejak bila Ihsan tukar selera" Dari pompuan ala-ala Tara Reid kepada Wardina Saffiyah! Menakjubkan! "Maksud Hana"" soalku.
"Abang Ihsan nak settle down. Dia nak bersara jadi playboy. Dia kata dia nak kerja kat Izumi Corporations."
"Well, bagus la tu! Bukan ke semua tu yang famili Hana nak""
"Memang la. Tapi perubahan dia tu macam mendadak sangat. Empat bulan lepas, right before Abang Aril introduced Kak Adry sebagai isteri, kat tepi telinga Hana ni sendiri Abang Ihsan kata dia nak menetap kat US. Kat sana dia dah ada kerja yang selesa. Dah beli rumah pun. Dia kata dia cepat bosan kerja under company famili. Tak profesional la, bias la. Then, suddenly nak settle down kat Malaysia" Memang pelik bin ajaib la!"
"Biar aje la. Dia dah dewasa. Mesti apa yang dia buat tu berdasarkan akal yang rasional. Just support dia, cukup la& ."
Aku simpan balik buku-buku Ihsan dalam beg. Entah aku terbaca entahkan tidak. Almaklumlah, aku kan Ratu Bantal& .
"I hope so! Hana dapat rasakan keputusan tu berkaitan dengan anak dara pingitan yang dia nak tackle tu."
Hana membetul-betulkan kedudukan rambutku yang dah terhias cantik. Seketika kemudian dia menjarak diri dari aku. Menilai hasil kerjanya sebentar tadi.
"Okey, cun!" Tangannya menyelongkar bagasi pula. Sehelai baju dikeluarkan. "Akak tukar night dress warna peach ni, ek! Hana nak turun kejap la. Haus!" Hana hilang di balik pintu. Night dress warna peach yang tak berlengan dan besar bukaan dadanya itu aku pandang. Macam kecik aje baju Hana ni. Muat ke kat aku" Demi mengambil hati Hana, aku pakai juga baju tu. Nak juga tengok, cun ke tak cun aku pakai baju seksi macam ni. Bila tiba tang nak menzip, aku terus stuck. Tangan tak sampai& hu hu hu& . "Hana! Uiii& !" jeritku lantang.
Mana Hana ni" Aku turun. Terus menghala ke dapur bila terdengar bunyi mug berlaga dari situ. Sampai kat meja makan, aku berpaling ke belakang.
"Hana, tolong zipkan baju ni. Akak tak sampai la& " pintaku. Hana menghampiriku di meja makan. Zip dilarikan naik ke atas.
"Thank you, darling! Akak tak rasa baju ni sesuai dengan akak la. Saiz akak dengan Hana mana sama. Terasa huduh pulak bila akak pakai. War& "
Tubuhku dipeluk dari belakang. Erat. Satu ciuman mendarat di leher. Serta-merta rasa hangat menerpa dalam diri, jiwa dan hati.
"No, I think the dress really suits you. You look beautiful in it. Really." Suara garau itu singgah di cuping telinga.
Farriel" Aku kalih kepala ke arah tuan empunya suara. "Izumi" Erk! Bi& bila sampai""
Farriel membalikkan tubuhku. Menghadapnya. Jarak antara tubuh kami kurang seinci. Seandainya aku menggerakkan tubuh sedikit sahaja, pasti aku sudah terpeluk akan dirinya. Aku angkat muka. Memandang Farriel yang tajam merenung wajahku. Dan kemudian anak mataku jadi sasaran matanya. Dan tak kusangka-sangka, Farriel merangkul tubuhku lagi sekali. Ayork& !
"Kak Adry, look what I have found! Ops& ."
Hana kaku di anak tangga. Terkebil-kebil melihat aksi kami yang agak romantis. Aku pantas menolak tubuh Farriel.
Farriel tersentak. Baru sedar akan kehadiran Hana di rumahnya. Dia berdeham beberapa kali sebelum berlalu ke dapur. Menyambung semula aktiviti nya di dapur sebentar tadi. "Sorry, Hana terinterrupt pulak& ." Hana gigit bawah bibir.
"It s okay." Okey" Tengku Farriel Izumi peluk dan cium kau tadi! Bukan sepatutnya kau tak okey ke" Ei, tiba-tiba rasa seram sejuk pulak!
"Guess what" Hana jumpa kamera dalam bilik akak dan Abang Aril! Jom, kita ambil gambar!"
Kamera digital di tangan dikeluarkan dari sarungnya. "Tak nak la! Akak malu la!"
"Ala& sporting la sikit, Kak Adry! Kita ajak abang sekali. Abang! Jom ambil gambar!" laung Hana.
"Tak nak la!" Jerit Farriel dari dapur. Aku angkat kening aje pada Hana. "Sehati sejiwa betul!"
BUKU dan alat tulis aku angkut keluar. Pintu bilik Farriel aku rapatkan perlahan-lahan. Rasarasanya Hana dah tidur. Dah tak ada bunyi pun dari biliknya. Tak selesa la duduk satu bilik dengan mamat ni. Dah la petang tadi dia& ah! Tak payah ingat la! Seram pulak bila ingatingatkan balik.
Semalam boleh la, Farriel kat JB lagi. Aku ada alasan nak tidur sebilik dengan Hana. Borak punya borak tengok-tengok dah pukul tiga pagi. Tapi hari ini Farriel dah balik. Apa ke rupanya seorang isteri tidur dengan adik ipar, walhal suami ada untuk dilayan. Dilayan" Ei, tegak lagi bulu roma! Nak tak nak terpaksa la aku duduk sebilik dengan Farriel.
Tapi bila Hana dah tidur, ini peluang aku untuk balik ke bilik semula la. Kunci pintu bilik aku seluk dari kocek. Nyaris nak jatuh jantungku saat pintu bilik Hana terbuka. Alahai& kantoi! "Kak, buat apa tu" Jalan terjengket-jengket macam pencuri aje& ."
Aku senyum. Nak cover apa ni"!
"Tak ada. Ingat nak buat assignment kat bilik ni. Malas nak buat kat bilik sana, abang Hana tu suka kacau akak. Tu yang akak nak berhijrah tu!"
Hana garu kepala. Dialih pandang pada pintu bilikku.
"Semalam Hana nak tidur kat bilik ni, akak kata bilik ni dah jadi stor. Takkan akak nak buat assignment kat dalam stor kut""
"Ha" Iye, iye. Bilik ni dah jadi stor. Barang akak dari rumah lama tu banyak sangat. Tak sempat nak kemas lagi. Tu yang tak kasi Hana tidur kat bilik ni."
Ayork, jerat dah mengena diri sendiri la pulak! Kalau Hana masuk dan tengok bilik ni, mesti dia tau yang aku dan Farriel memang tak tidur sebilik. Hana pandang aku dengan 1001 pertanyaan.
"Takpe la, Hana. Akak masuk bilik balik ek, nak sambung buat kerja!" Nak tak nak, tombol pintu bilik Farriel aku pulas.
Dalam bilik, Farriel hadiahkan senyuman mengejek. "Nampaknya, aku tidur berkawan la malam ni!"
Lidah aku jelirkan. Over my dead body!
"ARGHHH& !" jeritku separuh lantang. Buku yang berlambak atas sofa aku tolak ke tepi. Otak dah tepu!
"Woi! Kau apehal" Training jadi Tarzan ke""
Aku cemikkan muka. Ada ke samakan aku dengan Tarzan yang pakai cawat tu"
"Tension la! Tak ada idea nak buat assignment. Mood nak ulang kaji pun dah lari ! Ei, final exam dah dekat. Satu apa pun tak lekat kat kepala. Tensionnya!" aduku. Rambut yang aku ikat dua, aku tarik.
Farriel letak pen di meja kerja. Perhatiannya kepadaku kini. "Kau tu suka sangat makan otak udang. Pemalas pulak tu. Asal buka buku aje berdengkur. Aku makin kurus, kau pulak makin malas belajar. Tak jadi la deal kita macam ni!"
Eleh& tau la berat badan dia dah turun sepuluh kilo. Berlagak! Dia kurus pun sebab aku kawal makan dia. Paksa dia exercise hari-hari walaupun kejap. Selalu ingatkan dia minum fat burner dan weight lost product yang bersusun atas kabinet dapur tu. Dan bantuan rawatan sedut lemak. Mana aci!
"Kan best kalau dapat jalan-jalan kat luar malam-malam macam ni" Pergi tempat yang lapang& tempat yang tak ada orang& tempat yang cuma ada aku dan alam semula jadi& " kataku pada diri sendiri.
Aku mula tenggelam dalam imaginasiku sendiri. Membayangkan aku berada di kawasan lapang seperti padang. Bebas berkejaran ke sana ke mari dengan bertemankan sang bulan dan bintang. Berbaring melihat ke langit malam selama mana yang aku inginkan. "Oit! Dah sampai mana" Zuhal""
Kepalaku terasa ditonyoh. Farriel yang entah bila bangun dari meja kerjanya, dah duduk di depanku. Sibuk!
"Sibuk la! Orang tengah berangan ni!" "Peduli apa aku orang tu berangan ke tidak!"
Aku buat muka bengang. Mamat ni memang android tak berperasaan. Rupa aje elok. Tapi tak ada feeling. Lupa nak install agaknya!
"Jom!" Tanganku ditarik, memaksa aku berdiri. Dahi kukerutkan. "Ke mana"" "Jalan-jalan," jawabnya selamba.
"Ha" Tebiat apa nak keluar jalan pukul sebelas malam ni""
"Jangan banyak bunyi la! Pergi pakai tudung. Baju tu pakai yang sopan sikit! Tapi tak payah la formal sangat."
Badanku dah didorongkannya ke depan hingga ke muka pintu. "Aaa& kau ni mamai ke apa""
"Tiga puluh saat, Ad! Lambat& aku denda! Aku tunggu kat bawah." "Hana"" soalku dengan muka bingung.
"Biar aku beritahu dia!"
Nak tak nak aku menyusup masuk ke dalam bilikku. Almari baju kubuka. Jari-jemari aku larikan pada baju-baju yang kemas tergantung. Baju sopan& tapi tak formal. Sopan tapi tak formal. Track satu suit yang orang selalu bawa pergi joging tu boleh" Ah& kira jadi aje la! Farriel ketuk pintu.
Terdengar suara Hana mengarahkan dia masuk. Pintu dibuka, kepala Farriel menjengah masuk.
Hana yang tadinya terlentang menghadap majalah atas katil, duduk bersila.
"Hana, abang dengan Kak Ad nak keluar kejap. Hana dok rumah, kunci pintu okey! Don t worry, abang bawa kunci."
"Orait!" Simbol okey ditunjuknya dengan jari tangan.
HANA pulas tombol pintu bilik. Kepala dijengah keluar. Senyap sunyi. Dia menapak ke bawah. Tak ada jugak. Aik& kejap aje dah hilang" Butang handphone ditekan. "Helo."
Suara di hujung talian menyapa. Lemah bunyinya. "Helo! Nenda, Hana ni& ."
Suara teruja Hana membuatkan Nenda Nerrisa di hujung talian cepat-cepat bangkit dari pembaringan.
"Macam mana" Ada dapat apa-apa bukti"" soal Nenda Nerrisa.
"Tak ada pun. Everything is fine la, nenda. Rumah kemas. Baju kotor tak bersepah. Kak Adry masak pun sedap. Lepas tu& "
"Ya Allah! Nenda bukan suruh kamu observe benda-benda gitu!" pintas Nenda Nerrisa. "Habis tu"" Muncung Hana maju ke depan.
"Nenda nak tau, Rianna dengan abang kamu tu okey ke tidak. Hubungan diorang macam mana" Bergaduh ke" Suam-suam kuku ke" Dingin ke" Diorang tidur sebilik tak""
"Ooo& diorang tidur sebilik la nenda. Tapi macam ada something fishy jugak la kat rumah ni. Hana tak tau apa dia. Abang baru aje balik dari JB petang tadi. Nenda lupa ke dia dengan papa outstation empat hari""
"Allah! Nenda lupa la& ." Nenda Nerrisa menepuk dahi.
"Tapi kan nenda, masa abang balik petang tadi, dia siap peluk dan kiss Kak Adry depan Hana lagi. Ui& romantik gila! Masyuk sangat& Hana rasa macam nak kahwin juga la! Dapat suami romantik macam tu mesti best!"
"Budak gatal! SPM baru habis, ada hati nak menikah!" marah Nenda Nerrisa. Muncung Hana ke depan lagi. Tak boleh dibawa bergurau betul la nenda ni! "Habis tu, mana diorang ni" Tidur""
"Tidur apa& diorang keluar! Tinggal Hana sorang-sorang aje ni!" "Malam-malam buta keluar" Ke mana""
"Tak tau! Dekat-dekat sini aje kut. Abang tak bawa kereta pun. Pakai pun sempoi aje tadi." "Ei, hari siang ada, tengah malam macam ni juga dia nak keluar& ."
"Biar la, nenda& diorang tengah lovey-dovey tu. Nak night strolling agaknya. Tak payah risau la!"
"Hmmm& yelah! Agak-agaknya, boleh tak nenda dapat cicit dalam tahun ni"" "Nenda! Muda lagi diorang tu!"
"Hmmm& yelah! Kamu tu bila nak balik rumah" Tak payah merajuk lama-lama la dengan papa kamu tu. Nanti nenda cuba bincang dengan dia. Kena gayanya, dapat la apa yang kamu hajatkan tu, okey""
"Knowing him& makes me thinks it s imposibble, nenda!"
"WOI, Iz! Kau cakap tak jauh& dah dekat dua marhalah kita jalan dah ni! Kau ni nak ajak aku merentas desa ni ke apa sebenarnya""
Farriel tetap diam. Kalau dia jawab pun, dia akan bagi jawapan yang sama macam dua puluh soalan aku tanya tadi.
"Rahsia. Just wait and see!" Itu aje la jawabnya.
Akhirnya pengembaraan malam kami berakhir di tengah padang permainan yang terletak bersebelahan taman rekreasi. Patut la jauh. Rupa-rupanya kami berpusing satu taman perumahan untuk sampai ke sini.
Farriel memandang sekeliling sambil tersenyum. "Cantik, kan""
Aku pandang sekeliling. Keadaan di padang permainan agak gelap. Cuma meminjam cahaya lampu yang ada di taman rekreasi serta bulan dan bintang yang berjuta bergantungan di langit. "Cantik& ."
"Ada macam tempat yang kau bayangkan tadi" Tempat yang lapang dan berangin& tempat yang sesuai untuk lepas tension belajar kau. Okey tak""
Aku tersenyum. Angguk kepala. For this you got ten marks, Izumi! "Jom, tolong aku!"
Farriel bentangkan tikar yang dikepit di ketiak tadi. Kemudian barang-barang dalam bakul yang dipaksanya aku jinjing tadi, dikeluarkannya. Disusun atas tikar yang tak seberapa besarnya itu. Jus oren, air mineral, blueberry cheese cake, beberapa stok makan dari peti sejuk, cawan dan sedikit jajan.
Aku pandang Farriel dengan rasa tak percaya. "Iz, kita nak piknik kat sini ke apa"" "Why not" Tak ada orang nak saman pun. Even tok kadi!"
Hai la, Farriel Izumi& romantik tahap dewa cinta juga rupanya. Baru aku tau tahap romantik orang berDNA Jepun+Melayu macam Si Farriel ni.
"Come, sit here!"
"AD& kau malu tak nak jalan dengan aku"" tanya Farriel masa kami elok duduk bersila atas tikar.
"Tak! Okey aje& kenapa""
Kek di tangan aku sumbat ke mulut.
"Aku rasa Marina macam malu aje nak jalan dengan aku. Kalau pergi mana-mana, dia mesti jalan depan aku. Lepas tu nak pergi tempat-tempat yang tak ramai orang aje pulak tu!"
"Maybe dia rimas jalan tengah orang ramai kut. Dan dia jalan laju. Sebab tu kau tinggal kat belakang."
"Ye ke" Aku tak rasa macam tu pun."
"Terpulang pada penilaian kau. Kau lebih kenal siapa Marina tu dari aku. Kalau aku, aku terima orang yang aku cintai seadanya. Cakap orang lain, buat apa nak kira!" "Eleh& bercakap macam ada pengalaman. Kau pernah bercinta ke"" "Ingat orang bercinta aje tau pasal cintan-cintun ni ke"" Krim blueberry yang berbaki di jari, aku calit ke pipinya. "Weih! Apa ni""
Farriel meraba pipi yang melekit. Krim blueberry dalam bekas dicoleknya. Nak balas dendam la tu!
Tanpa berlengah, aku bangun.
Dan kami berkejaran di tengah padang.
"WEIH& aku surrender la! Pancit (letih) dah ni& " ujar Ad dalam mengah. Terbongkokbongkok Ad menahan lelah dikejar.
Farriel angkat kedua-dua belah tangan ke udara. Mengisytiharkan diri sebagai pemenang dalam acara sebentar tadi. Krim blueberry di jari telunjuk, dicalit juga ke dahi dan pipi Ad.
Muncung AD automatik panjang sedepa. Terkial-kial Ad menyapu pipi dengan belakang tapak tangan.
"Meh& aku tolong."
Farriel berdiri menghadap Ad. Wajah Ad didongakkan sedikit dengan jarinya yang runcing. Ditiliknya wajah Ad seketika sebelum menyapu krim blueberry di wajahnya dengan tisu. "Thanks," kata Ad.
Farriel pantas menahan bahu Ad sebelum dia berpaling. Muka Ad yang penuh tanda tanya ditatapnya lama. Wajah Ad tampak berseri dan bercahaya di bawah sinaran bulan. Mata bundar Ad seolah-olah malu-malu membalas pandangan matanya. Pipinya kemerah-merahan menahan malu apabila direnung. Dua ulas bibirnya yang merah bersinar bak mutiara. Farriel benar-benar teruja dengan apa yang dilihatnya.
"Ad, tolong jangan buat muka macam tu," bisik Farriel tanpa sedar. "Buat muka macam mana""
Ah& kenapa Ad nampak lain malam ni" "Jangan buat muka macam tu lagi nanti aku& " "Kau nak buat apa""
"Nanti aku cium, baru kau tau," ujar Farriel. Seakan-akan memberi amaran. "Ci& um"" soal Ad antara panik dan keliru.
Farriel terpaku lagi melihat riak wajah Ad. Kenapa Ad nampak berlainan malam ni" Nampak cantik dan& ah! Akal yang waras menegah Farriel dari berbuat sesuatu di luar jangkaan. Namun gelora di hati mendesaknya menzahirkan apa yang dirasakan. Perasaan halus dan hangat setiap kali berduaan dengan insan bergelar Adrianna Mayesa. Dalam peperangan antara akal dan hati, hati menjadi sang pemenang.
Untuk sekali ini. Untuk sekali ini sahaja. Aku ingin mengikut gerak rasa hati. Mengabaikan logik akal fikiran. Hanya kali ini.
"Hmmm& cium! Macam ni."
Farriel maju setapak ke depan. Memegang kejap bahu Ad, sebelum kedua-dua tangannya melurut jatuh dan mencapai jari-jemari Ad yang sedingin ais. Jari-jemari mereka bertaut kemas. Dan perlahan-lahan Farriel mengucup dahi Ad. Lama bibirnya di situ sebelum dileretkan ke hidung Ad yang mancung dan kemudiannya mendarat kemas pada bibir mungil Ad.
Dan tatkala bibir mereka bersatu buat pertama kalinya, ada satu keyakinan menjelma di dalam diri Ad. Keyakinan yang melenyapkan segala keraguan, yang meleraikan segala kekusutan yang membelenggu dirinya.
"Kau penah bercinta""
Soalan Farriel sebentar tadi kembali bergema dalam minda Ad. Tidak seperti tadi, kali ini Ad yakin dan sudah punya jawapannya.
Pernah! Dengan kau. Hanya dengan kau, Farriel& kerana hanya kau yang mampu menjadikan perasaanku seindah ini!
Dan mereka terus berkucupan di bawah langit malam itu.
10 "NANTI aku cium, baru kau tau& ." "Hmmm& cium! Macam ni& ." "Psttt! Adry!"
Lengan terasa disiku. Hilang dah muka Farriel dari anganku. Sibuk betul la minah sorang ni! Aku baru nak ulang tayang peristiwa Hari Ini Dalam Sejarah kelmarin.
Aku toleh kiri. Kepala aku gerakkan. Kedua-dua belah kening kuangkat. Mengisyaratkan pertanyaan. Apehal"
"Kau dah start study untuk final exam" Paper Encik Azfar ni kau dah study""
Final exam" Dengar aje dah nak tercirit-birit rasanya. Erin, kau memang perosak day dreaming aku!
"Kau ingat aku ni hadap sangat ke dengan Encik Azfar tu sampai nak study paper dia cepatcepat" Final lagi sebulan la," perliku.
Erin mencemik. Buat la muka cipan tu selalu-selalu, nanti naik kedut kat muka mula la gaduh cari kedai facial, krim anti penuaan la& .
Erin, Erin& minah ni muda tiga tahun dari aku. Tapi dia langsung tak nak panggil aku kakak , sis atau panggilan yang sewaktu dengannya. Aku pun tak harap sangat dia hormat aku sampai tahap macam tu. Rasa macam aku baya-baya dia aje. Rasa muda, jadi muda, memang muda. Eh, lain macam aje tagline tu. Katanya muka aku nampak macam budakbudak. Bila aku tunjuk IC, dikatakan pejabat pendaftaran salah cetak. Isk isk isk& .
Tu belum lagi aku declare yang aku dah kahwin dengan Farriel. Masa aku cakap aku dah kahwin, dia kata dia tak percaya. Dia cakap mati hidup semula pun dia tak percaya sebab aku tak ada gaya macam orang dah kahwin. Agak-agaknya, gaya orang dah kahwin tu macam mana, ek" Malas nak panjangkan cerita, aku sua aje sijil nikah aku. Sepuluh minit mulut dia ternganga. Nganga kecik takpe la jugak, ni nganga besar! Aku agak muat kut kalau tikus mondok masuk dalam mulut dia.
"Eh, Encik Azfar tu tak la teruk sangat tau! Penerima anugerah lecturer paling hensem dan berkaliber tiga semester berturut-turut! Kau aje yang buta pancaindera. Mana nak dapat laki yang ada pakej macam tu sekarang ni""
Aku mencemik. Kalau dah suka tu, aku cakap apa pun akan di tongsampah kan. Baik aku diam. Jimat air liur, kurang dosa. Nota kat layar putih aku salin. Eh, dah berapa slide aku tertinggal ni" Farriel punya pasal la ni!
"Dah la hensem, baik, jujur& " "Amanah, cekap, bersih," sampukku.
"Ha! Betul la tu! Lepas tu dia ada kerja tetap, kereta pun besar, rumah besar& " "Dia dah kahwin, Erin!"
"Pembetulan! Dia duda. Isteri dia dah meninggal dua tahun lepas." "Tapi dia ada anak. Anak dia pun dah besar."
"Ha! Itu bonusnya. Anak ready made! Kalau kau kahwin dengan dia, cuci kaki aje kau masuk rumah& ."
Kahwin" Berapa banyak kali pulak aku nak kahwin"
"Banyak kau punya cuci kaki. Silap-silap, kau yang kena cuci dengan anak dia." Erin panjang kan muka.
"Ala& budak baru masuk tadika. Bukan susah mana pun nak handle. Aku pernah jaga lima anak buah sekali gus. Senang aje!"
Kelas yang tadinya hingar dengan soal jawab antara classmates aku dan Encik Azfar tiba-tiba jadi senyap sunyi.
"Adrianna! Erin! Ada apa-apa yang kamu nak kongsi dengan saya atau classmates kamu"" soal Encik Azfar dengan lantang.
Berpuluh-puluh pasang mata tertumpu ke arah kami. Aku siku Erin. Erin siku aku balik. Alamak& kena gulai la aku!
"Atau mungkin awak nak ulas apa kaitan teori kapitalisme oleh Karl Marx dan kaitannya dengan ekonomi dunia""
Aku menggeleng beberapa kali. Berdoa bukan nama aku yang dipanggil. "Adrianna! Try your luck."
Dush! Macam tengah jalan atas red carpet kat Grammy Award aje bila semua orang menoleh ke arahku. Aku sengih, tunjuk gigi putih yang tersusun berbaris.
Aku" Humargh ai& ! Tak khatam lagi baca teori mamat berjambang berdahi luas tu. Asal buka buku aje, mengantuk. Asal mengantuk aje, aku tengah buka buku. He he he! Isk& takkan nak goreng (tipu)! Fakta tu! "Aaa& Karl Marx tu& "
"Encik Azfar, time s up! Budak untuk next class dah tak sabar nak masuk tu," tegur Mifzal dengan nada rendah. Cara berhemah menegur.
Mifzal kenyit mata ke arah kami. Mamat ni memang mesra alam dengan semua orang.
Asalnya dia nak mengayat aku. Bila aku jual mahal, dia tukar arah pada Erin pulak. Nampak macam playboy, tapi dia okey gila.
Encik Azfar menoleh ke arah sekumpulan pelajar yang dari tadi kelihatan dah over excited nak masuk ke dalam dewan kuliah.
Yes! Selamat aku& ! "Okey, kelas tamat! Adrianna dan Erin, kamu ikut saya ke pejabat!" Ala& kena jugak ke" Sah la kena bebel ni! Nasib cuping telinga aku tebal.
"AKAK dengan abang ni kenapa" Pandang-pandang. Jeling-jeling. Senyum-senyum. Lepas tu pipi masing-masing blushing aje! Kena sampuk dengan hantu mana masa keluar malam hari tu""
Tret tet tet tet! Macam peluru machine gun Hana menyoal. "Mana ada!" jawab aku dan Farriel serentak.
Mata kami bertentangan lagi. Segera kularikan mata ke bawah.
Mushroom soup yang berbaki, aku hirup perlahan. Sesekali bila mata aku dan Farriel bertembung, ada rasa hangat singgah di hati. Kami tak pernah sebut apa-apa pasal malam tu.
Malam tu habis macam tu aje. Lepas berkejar satu padang, strolling pulak kat taman, main kat taman permainan kejap, kami balik. Tidur. Dan masih jadi anjing dan kucing bila bangun keesokan harinya. Cuma kami masing-masing dah semakin hilang taring dan kuku. That kiss, no one ever mention it. Not even once. Anggap macam tak pernah jadi aje. Walaupun aku ada banyak benda nak tanya kat dia, tapi kadang-kadang lebih baik diamkan diri dari bercakap.
Semoga Bunda Disayang Allah 1 Kesatria Berandalan Karya Ma Seng Kong Pendekar Sakti Suling Pualam 12