Isabella 3
Isabella Karya Maulana Mohammad Saeed Bagian 3
rahib supaya kalian tidak diselewengnya. Jangan dipengaruhi oleh
kemurtadannya. Nah, kalian boleh pulang sekarang. Esok petang,
bolehlah kalian pergi ke sana. Aku akan menulis surat kepada rahib
yang mengawal di sana."
Setelah mendapat persetujuan ketua paderi, Mirano dan sahabat-
sahabatnya pulang ke rumah dengan perasaan yang amat gembira.
Dalam perjalanan pulang, mereka membuat keputusan akan keluar
dari rumah mereka besok petang dan terus minggat bersama-sama
Isabella ke pihak orang-orang Islam. Mereka membuat persediaan
dengan penuh berhati-hati agar tidak memberi tanda-tanda yang
boleh menimbulkan kecurigaan kepada keluarga masing-masing.
Sebelum bertolak ke biara, mereka telah memberitahu usaha
mereka kepada Umar Lahmi dan Ziad bin Umar dan meminta
disediakan keperluan yang dibutuhkan dalam menjayakan usaha
pembebasan Isabella. Seperti yang sudah dijanjikan, keempat-empat anak gadis itu telah
keluar dari rumahnya tanpa membawa bekalan apa-apa. Bapa Mirano,
Michael yang telah diberitahu oleh ketua paderi tentang tujuan
anaknya, telah memberi nasehat-nasehat yang perlu kepada anaknya
agar dia berhati-hati dalam menghadapi Isabella. Dia sangat
gembira di atas usaha anaknya kerana dia tahu benar hubungan
Mirano dan Isabella yang kuat kerana telah terjalin ketika mereka
masih kecil lagi. Dalam hatinya, melonjak rasa bangga kerana
anaknya masih kuat berpegang pada agama Kristian dan tidak mudah
terpengaruh seperti Isabella, anak ketua paderi, walaupun anaknya
itu ikut mendengar perbahasan dengan orang-orang Islam.
"Mudah-mudahan kamu semua dalam perlindungan Tuhan Jesus
Kristus." katanya sambil melepaskan anaknya pergi. "Pujuklah dia.
Mudah-mudahan dia kembali kepada kita."
Mirano dan sahabat-sahabatnya telah bertemu di suatu tempat.
Tepat pada waktu yang dijanjikan ketua paderi, mereka bertolak ke
biara. Ketua paderi telah pun menulis kepada pengawas biara supaya
membenarkan mereka dan memberikan segala macam kemudahan dan
bantuan agar anak-anak gadis itu dapat mengubah pendirian Isabella
dan dapat melihat kembali cahaya kebenaran semula. Apabila Mirano
dan sahabat-sahabatnya tiba di biara, mereka telah diberi sambutan
oleh rahib lelaki dan rahib perempuan dengan penuh hormat dan
mesra. Mereka berfikir bahwa untuk membimbing Isabella kembali
ke dalam agama Kristian, Jesus Kristus telah mengirim ibunya,
Mariam Perawan, dengan menjelma ke dalam gadis-gadis ini dan
pertolongan dari semua wali-wali ada bersama-sama mereka. Apabila
sampai ke dalam rumah, mereka dibawa masuk ke bilik yang
ditempatkan patung Mariam Perawan. Mereka lalu duduk
menghadapinya dengan dikelilingi sekumpulan rahib lelaki dan rahib
perempuan. Seorang rahib perempuan berkata kepda Mirano "Rahmat Tuhan
Jesus Kristus kepada anda dan muga-muga Tuhan memberi kejayaan
ke atas usaha anda. Anda tahu, syaitan telah memesongkan Isabella
yang malang itu dari jalan yang benar. Betapa bagusnya dan
terpelajarnya gadis itu! Mudah-mudahan Tuhan menghancurkan
syaitan itu. Betapa alimnya orang yang telah disesatkan!"
"Mudah-mudahan anda dilindungi oleh bayang-bayang Mariam
Perawan. Dengan pertolongan penyelamat, anda tentu berjaya." ujar
seorang rahib perempuan lain.
"Wajah anda yang cantik menjamin kejayaan itu. Andainya ada
bantuan restu dari Tuhan Jesus Kristus maka usaha yang sukar ini
akan dapat dijalankan dengan baik. Berita telah tersebar di seluruh
Cordova dan semua orang-orang Kristian merasa terpukul."
"Demi Tuhan," sampuk pula rahib perempuan yang ketiga, "baru tadi
malam aku melihat gadis-gadis yang berwajah seperti anda di dalam
mimpiku. Mereka duduk di atas pangkuan Mariam Perawan dan
disebelahnya Tuhan Jesus Kristus sedang memberi isyarat bahwa
kehormatan gereja akan dipulihkan melalui keempat orang gadis itu"
Apabila rahib lelaki mendengarnya, mereka berteriak "Sudah
pastilah orang-orang dalam mimpimu itu adalah gadis-gadis ini!"
Ketua rahib yang menjadi pengawas biara mencelah "Isabella sedang
dikurung di dalam ruang bawah tanah. Kaki dan tangannya dirantai.
Gadis terkutuk itu terlalu keras hati, lagi kuat seksaan dikenakan ke
atasnya lagi kuat dia mengagung-agungkan Islam. Malah dalam
keadaan serupa itu pula, dia cuba berdakwah kepada kami. Jadi, bila
anda bercadang mahu menjumpainya?"
"Cadangan kami ialah untuk berbicara dengannya dalam keadaan
tenang." jawab Mirano. "Kami akan menerangkan kepadanya tentang
kebenaran agama Kristian tetapi dengan syarat satu atau dua orang
rahib saja ikut serta. Kini matahari sudah hampir terbenam,
bolehlah tuan bawanya ke mari supaya dapat kami membujuknya
sembahyang dan beramal. Mungkin sesudah itu tidak perlu lagi kita
membujuknya. Dengan berkat Mariam Perawan," Mirano menunjuk ke
arah patung Mariam Perawan, "hatinya akan terbuka untuk Tuhan
yang disalib." Ketua rahib menundukkan kepala tanda bersetuju.
"Apa saja arahan anda kami akan mematuhi. Aku akan mengarahkan
semua rahib agar tidak mengganggu anda sembahyang dan melakukan
amalan dan menjauhkan diri mereka dari anda semua."
"Terima kasih." kata Mirano. "Biarlah kami bertemu Isabella dulu di
ruang bawah tanah itu. Setelah kami berbicara dengannya tentang
hal-hal biasa seperti persahabatan kami, barulah bawa dia ke mari."
Sambil menunjuk kepada patung Mariam Perawan, Mirano
menyambung "Cuba tengok, ibu Tuhan kita sudah siap menunggu
untuk mengambil Isabella ke dalam pelukannya. Kita berharap
Isabella juga tidak enggan menerima pelukan yang diberi."
"Baiklah." kata ketua rahib. Dia pun mempelawa Mirano dan sahabat-
sahabatnya mengikutinya turun ke ruang bawah tanah.
Apabila pintu bilik dibuka, mereka semua diselubungi kegelapan.
"Oh, gelap!" seru Hanana.
"Nanti saya pasangkan andang." ujar ketua rahib. "Berjalanlah
perlahan ke depan tetapi awas jangan terlanggar tulang-tulang
tengkorak yang berselerakan."
Ketua rahib lalu menyalakan andang. Mirano yang belum biasa dengan
keadaan di dalam bilik itu belum lagi dapat melihat Isabella yang
sedang duduk di satu sudut yang tidak tercapai cahaya andang.
Mereka cuma dapat melihat tengkorak bergantungan dan tulang-
tulang manusia di sanasini. Martha lebih dulu melihat kelibat
Isabella. rasa ngeri yang menyelinap ke dalam diri terus hilang
kerana kegembiraan. "Isabella!" serunya.
Semua sahabat-sahabatnya seperti dikejutkan oleh seruan itu lalu
memandang berkeliling. Mereka terlupa sebentar pada tulang dan
tengkorak manusia. "Isabella!" Isabella terperanjat mendengar suara sahabat-sahabatnya. Dia lalu
memanggung kepala. Nampaklah keempat sahabatnya yang sedang
berdiri di dalam sinar andang.
" ." ujarnya. "Perempuan malang lagi terkutuk!" sumpah ketua rahib. "Baru
kelmarin kau dipukul kerana menyebut kata-kata itu tetapi kau
masih belum serik lagi dan masih belum berubah."
Semua sahabat-sahabat Isabella menyambut salam itu dengan
ketawa berdekah-dekah dan pura-pura tidak mendengar. Mereka
mendekatinya. Hati mereka hancur luluh kerana kesedihan melihat
keadaan Isabella. Mata mereka digenangi air. Kasihan, tangan dan
kaki Isabella diikat dengan rantai.
"Isabella, alangkah sedihnya keadaan anda di sini." kata Mirano.
"Belumkah lagi anda sedar betapa hukuman yang dikenakan ke atas
anda kerana menolak kebenaran?"
"Anda memang benar, saudara." jawab Isabella tersenyum. "Kerana
kebenaran orang sanggup ke tiang gantung."
"Kami datang ke mari," kata Mirano "bukan untuk berbahas tentang
kepercayaan anda." Mirano lalu ketawa dan diikuti sahabat-sahabatnya sehingga kedua
orang rahib yang ada juga ikut ketawa bersama-sama.
"Isabella, berapa lama lagi anda mahu duduk dalam cengkaman
syaitan serupa ini" Cuba lihat betapa orang-orang Kristian di seluruh
Cordova terganggu oleh kemurtadan anda."
"Tidak ada jalan lain untuk berlindung dari syaitan melainkan dengan
menerima Islam." jawab Isabella. "Satu anggapan kosong bahwa
dengan menjadi Kristian seseorang dapat melepaskan diri dari
cengkaman syaitan. Anda telah baca Injil dan seharusnya sudah tahu
bahwa pengikut-pengikut suci juga tidak dapat terlepas dari
genggaman syaitan. Malah Jesus Kristus memanggil setengah
daripada pengikutnya sebagai syaitan. Apabila pengikut-pengikut ini,
yang menurut kata anda, dilatih langsung di bawah pengawasan
Jesus Kristus tidak dapat melepaskan diri daripada cengkaman
syaitan maka bagaimana orang-orang Kristian hari ini mahu
menyelamatkan diri mereka dari syaitan" Tetapi Al-Quran
mengatakan bahwa syaitan tidak boleh menyentuh hamba-hamba
Allah yang taqwa." "Nah, anda sudah memulai lagi perbincangan yang menyebabkan anda
dikalahkan oleh paderi-paderi kita." kata Mirano sambik ketawa.
"Dan dengan rahmat Tuhan kita telah keluar dengan kejayaan. Jadi,
lebih baik anda berhentikan perbahasan ini dan tengok kepada
seksaan yang anda terima. Oh, Isabella! Ini hukuman Tuhan ke atas
anda, sebagai anak ketua paderi Cordova, anda tidur di atas tilam
duri dan kaki serta tangan anda dirantai, demi Tuhan. Kasihanilah
diri anda." "Jikalau kebenaran boleh dibuang kerana mengelak diri dari
kesusahan, maka orang-orang Kristian yang menjadi martir pada
awal Kristian dulu tidaklah dapat merasa ujian kemartiran mereka.
Jikalau kesusahan hanya datang melalui perkara-perkara yang batal
maka kebanyakan orang Kristian yang menjadi kebanggaan gereja
dapat digolongkan sebagai orang-orang yang berada di pihak yang
salah. Pada hakikatnya, percakapan anda itu lebih banyak menyeksa
aku melebihi daripada yang kurasai di atas tilam berduri ini dan kaki
dan tanganku terbelenggu. Apakah anda datang untuk menambahkan
lagi seksaan ke atas diriku?"
Mirano lalu berpaling kepada rahib, ketua pengawas, sambil berbisik
"Isabella tidak dapat ditundukkan dengan perbahasan. Satu-satunya
cara ialah pada malam ini kita sertakan dia di dalam sembahyang dan
pembaktian di depan patung Mariam Perawan. Tuan akan lihat, malam
ini juga dia akan berubah dan hatinya akan berpaling lalu kembali
kepada Kristus yang disalib."
"Sudah menjadi aturan seseorang yang hatinya terlalu keras akan
kembali beriman apabila berhadapan dengan kenyataan. Lihat saja,
betapa degilnya satu Paul, musuh Tuhan. Apa bentuk seksaan yang
tidak diterima oleh orang-orang beriman di tangannya" Tetapi satu
Paul itulah sekarang menjadi turus agama Kristian. Dialah yang paling
banyak menerima rahmat dari Tuhan." kata Mirano.
"Anda benar." ujar ketua rahib. "Mudah-mudahan Tuhan Kristus
akan berbuat serupa pada Isabella dan kembali ke dalam
golongannya." "Baiklah, sekarang kita beredar dulu dari sini dan siapkan upacara
sembahyang di bilik besar." kata Mirano kepada ketua rahib.
"Lepas tiga jam malam berlalu, tuan bawa Isabella ke bilik kami
bersama seorang rahib perempuan untuk menjaganya." sambung
Mirano. "Baiklah. Isabella akan kami bawa kepada anda pada waktu yang
ditetapkan." Ketua rahib berjanji.
"Oh ya," ujar Mirano, "bolehkah tuan atau sesiapa saja menemani
kami sepanjang malam ini?"
"Dengan segala senang hati. Tapi," kata ketua rahib "anda tahu kami
semua sembahyang sepanjang malam dan memuja-mua Tuhan."
Mirano diam sejurus seperti sedang berfikir.
"Kalau begitu, baiklah. Buat apa yang biasa tuan-tuan lakukan. Saya
pun fikir tidak berapa perlu sangat. Cuma pada waktu pagi saja iaitu
pada masa perbincangan itu, tuan mesti hadir sama seperti yang
sudah kita aturkan."
"Ya, waktu pagi nanti tidak saja saya tetapi rahib-rahib lain pun akan
ikut mendengar perbincangan anda." kata ketua rahib.
Martha menyampuk "Kalau dengan izin Jesus Kristus hasilnya akan
tercapa pada malam nanti. Perlukah lagi perbincangan itu?"
Ucapan Martha itu diberikan dengan semacam nada yang dapat
ditangkap maksudnya oleh sahabat-sahabatnya saja.
Setelah mereka meninggalkan ruang bawah tanah itu, ketua rahib
mengunci pintunya. Mereka masuk ke bilik besar. Selesai makan
malam dan membersihkan diri, empat sekawan itu berjalan-jalan di
sekitar biara. Mereka bercakap-cakap dengan rahib lelaki dan rahib
perempuan yang membuat persiapan-persiapan untuk beribadat di
sepanjang malam itu. Kemudian, mereka kembali ke bilik. Tujuan
mereka berbuat begitu adalah untuk mencari seroang rahib
perempuan yang paling kuat pembaktiannya yakni yang paling warak.
Mereka dapat bertemu rahib itu dan ketika itu dia sedang
tenggelam dalam sembahyangnya.
Malam berjalan dengan lambat tetapi waktu tiga jam yang dijanjikan
semakin mendekat. Anak-anak gadis itu berbincang sesama sendiri
dengan suara perlahan. Tepat pada waktunya, pintu bilik dibuka dan
ketua rahib masuk. Keempat-empat gadis itu bangun berdiri sambil
memberi hormat. "Isabella sedang diambil dari kurungan dan akan dibawa ke mari
dengan segera." kata ketua rahib.
"Terima kasih." jawab Mirano.
"Bersama-sama dengannya ialah seorang rahib perempuan seperti
yang diminta." kata ketua rahib lagi.
"Bolehkah tuan hantarkan kepada kami seorang rahib yang paling
warak, seseorang yang tidak berhenti beribadat sepanjang malam?"
tanya Mirano. "Adakah rahib serupa itu di sini?"
Ketua rahib termenung seketika.
"Semua rahib perempuan di sini warak orangnya. Mereka membuat
berbagai-bagai amalan demi Tuhan Jesus. Tapi .." katanya sambil
berfikir "ada seorang yang bernama Arkia. Dia paling warak,
pembakti, penerima wahyu suci dan telah melakukan berbagai macam
mukjizat. Tentang keturunannya, cukuplah kalau dikatakan dia itu
ialah Puteri Perancis. Dia telah meninggalkan kekayaan dan
takhtanya demi untuk Mariam Perawan."
"Kalau begitu, cita-cita kami sudah berhasil." kata Mirano. "Kami
perlukan rahib perempuan seperti itu supaya dapat mempengaruhi
Isabella dengan kekuatan batinnya. Apakah dia juga boleh melakukan
mukjizat?" "Kebolehannya melakukan mukjizat terkenal di mana-mana." jawab
ketua rahib. "Apakah anda tidak pernah mendengar tentang dirinya"
Anda dengar ini saja, dia boleh minum racun tetapi tak berkesan
sedikit pun padanya. Pada suatu masa dulu, seekor ular yang berbisa
masuk ke biara dan jatuh tergolek di kaki Arkia. Ini saya lihat
dengan matakepala saya sendiri."
"Maha suci Tuhan." ujar Mirano. "Kerja kita sudah berhasil.
Sekarang tolong bawakan Isabella dan Arkia kemari."
BAB 12 Puteri Perancis Tidak lama kemudian, Isabella pun dibawa masuk ke dalam bilik di
mana sahabat-sahabatnya sedang menunggu. Keadaan tubuhnya amat
Isabella Karya Maulana Mohammad Saeed di http://cerita-silat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo
lemah. Mirano dan sahabat-sahabatnya terlalu hiba melihatnya.
Kalau tidak khuatirkan tembelang mereka akan terbuka, pada waktu
itu juga mereka mahu memeluknya dan menangis dengan sekuat-kuat
hati. Mereka hanya menahan sebak di dada walaupun melahirkan raut
wajah yang biasa seperti orang yang hanya datang sekadar mahu
memujuk agar Isabella kembali kepada jalan yang benar. "Puteri
Arkia akan datang sebentar lagi sesudah dia selesai mengerjakan
ibadatnya." kata rahib yang membawa Isabella.
Dia kemudian meninggalkan bilik itu. Pada kesempatan itu, Mirano,
Hanana, Martha dan Catherine segera membincangkan dengan
Isabella tentang rancangan rahsia yang akan mereka lakukan bagi
membebaskannya. Mereka meminta Isabella bekerjasama dengan
berpura-pura kembali kepada agama Kristian agar rancangan itu
berjaya. Isabella menempelak sahabat-sahabatnya. Dia dengan
tegas menolak cadangan mereka.
"Apa saja penderitaan demi agama Islam maka insyaAllah, ia akan
menjadi sebagai penebusan dosa dan memperkuat lagi keimananku.
Andaikata Allah mahu membebaskan aku daripada cengkaman
tawanan ini, maka pasti Dia akan menunjukkan jalannya kepadaku."
kata Isabella dengan penuh taqwa.
Setelah terjadi berbagai macam pertukaran pendapat, mereka
akhirnya mencapai kata sepakat akan melakukan cara yang paling
baik tanpa menyinggung keimanan Isabella yang sudah kukuh.
Mereka lalu berdoa bersama-sama. Isabella membaca doa yang
diajarkan oleh Umar Lahmi dari AlQuran, surat Al-Isra' ayat 80:
Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin.*
*Wahai Tuhanku, masukkanlah daku secara yang baik lagi diredhai
dan keluarkanlah daku secara yang baik dan diredhai.
Mirano mula membaca salawat kepada Rasulullah dan sahabat-
sahabat mereka yang lain mengucapkan doa yang sesuai dengan
keadaan pada waktu itu. Sebaik saja mereka selesai berdoa, pintu
bilik terbuka dan melangkah masuk Arkia, Puteri Perancis. Mereka
terpegun sejurus melihat perawakan wanita itu. Orangnya tinggi
lampai dan walaupun dalam berpakaian rahib begitu pun masih dapat
dilihat garis-garis kecantikannya yang asal. Hidungnya mancung
seperti paruh elang dan pada raut muka tergambar keangkuhan
bangsawan. Bibirnya yang tipis dan rapat membayangkan kekerasan
hati. Mereka yang ada di dalam bilik bangun dan memberi hormat
kepadanya. "Saya sangat dukacita bahwa Isabella telah melepaskan dirinya
daripada pelukan Tuhan kita dan telah menyekutukan dirinya dengan
orang-orang yang murtad. Saya hairan Kenapa syaitan boleh
menguasainya. Baru tadi malam, saya melihat dalam mimpi saya
seorang ulama Islam dibakar di dalam neraka dan gadis malang ini
juga mahu mengikutinya" Kalau dia kembali memikul salib Tuhan dan
tinggal dengan saya beberapa hari, saya akan memberi dia melihat
Tuhan." kata Arkia. "Memang benar," ujar Mirano "sangat memalukan apabila seorang
anak pemimpin kerohanian menjadi murtad. Itulah sebabnya pada
hari ini kami membawanya kepada anda. Anda boleh
mempengaruhinya dengan kekuatan ilmu batin anda dan membawa dia
kembali ke kaki Tuhan. Dia tidak dapat kita kalahkan dengan hujah-
hujah tetapi kita dapat membawanya kembali ke agama asal dengan
pengaruh kerohanian."
"Baiklah," jawab Arkia "hari ini kita membawa balik Isabella kepada
Mariam Perawan melalui sembahyang dan ibadat. Saya yakin
menjelang pagi nanti, dia akan pulih. Saya dapat melihat Tuhan
sedang menunggu Isabella dengan tangan terbuka dan Isabella pun
sudah bersedia untuk masuk ke dalam pelukannya. Anda semua tidak
usah khuatir. Tunggu saja sampai pagi."
Ketika itu, Isabella mahu menjawab kata-kata Arkia tetapi Martha
dengan segera memberi isyarat supaya dia mendiamkan diri. Arkia
menceritakan tentang beberapa mukjizat yang pernah dilakukannya.
Sedang dia bercakap-cakap, pintu bilik dibuka orang. Di muka pintu,
berdiri ketua rahib. "Apakah anda masih memerlukan beberapa orang rahib perempuan
lagi?" tanya ketua rahib. "Kalau mahu, saya akan arahkan."
"Terima kasih banyak." jawab Mirano. "Buat masa ini saya fikir
belum perlu lagi. Tetapi saya berterima kasih kalau tuan dapat
datang menjenguk kami sekali atau beberapa kali sepanjang malan ini
dan memberi nasihat apa-apa yang perlu."
"Baiklah." kata ketua rahib. "Saya akan datang setiap dua jam
sekali." Dia lalu menutup pintu bilik dan meninggalkan mereka.
Ada kira-kira setengah jam lagi akan menjelang tengahmalam. Anak-
anak gadis itu pun duduk untuk melakukan sembahyang bersama
Arkia di depan patung Mariam Perawan. Mereka duduk dalam jarak
beberapa meter antara satu dengan yang lain. Mirano duduk
berhampiran dengan Isabella supaya dia dapat menyampaikan
sesuatu yang penting dengan mudah tanpa diketahui orang lain.
Setelah satu jam bersembahyang, Mirano lalu membisikkan kepada
Isabella "Dengar baik-baik. Anda jangan sekali-kali mencelah apa
saja yang aku cakapkan. Anda dengar saja dan terima seadanya."
Arkia dengan semangat kesalihan yang tinggi telah melakukan
beberapa perkara yang aneh-aneh. Kadang-kala dia menghulurkan
tangannya seolah-olah mahu mencapai sesuatu ke dalam pelukannya.
Kadang-kala dia menangis dan ada masa dia meraung seperti orang
kesakitan. Dia mengulang-ulangi perbuatannya berkali-kali dan
berkata "Ya, ya. Tuhan akan memberi hidayah kepadamu. Roh Kudus
akan menolong kita."
Kira-kira jam satu malam, Mirano telah menjerit dengan sekuat hati
dan kemudian pengsan. Isabella duduk tanpa bergerak di
sampingnya. Arkia, Martha, Hanana dan Catherine menerpa ke
Mirano. Mereka mahu menyedarkannya dengan memercikkan air ke
muka. Arkia melarang sambil berkata bahwa Mirano telah melihat
Tuhan dan sembahyang mereka pada malam itu mencapai kejayaan
besar. "Jangan susah. Ini satu tuah kita bahwa Tuhan telah datang ke biara
ini." Arkia mendekati Isabella. "Nah, Isabella! Masih enggankah kau
mengangkat salib Tuhan kita?"
Isabella diam. Dia tidak menjawab dan hanya mendengar saja. Arkia
semakin yakin bahwa Tuhan benar-benar telah turun di biara itu dan
memandang Isabella dengan mata rahmatnya. Mirano masih terus
dengan pengsannya waktu ketua rahib tiba.
Ketua rahib amat terperanjat melihat keadaan Mirano lalu berteriak
"Apa sudah terjadi?"
Arkia terus menceritakan dengan penuh keyakinan bahwa Tuhan
telah turun ke dalam diri Isabella, yang segera pula dibenarkan oleh
ketua rahib itu yang memang sudah sangat percaya kepada kesalihan
Arkia. Akhirnya, setelah dilakukan berbagai-bagai usaha, Mirano pun
mulai sedar. Ketua rahib segera bertanya "Mirano, bagaimana keadaanmu" Cuba
beritahu kami sedikit khabar baik."
Mirano menunjukkan jarinya ke arah Arkia.
"Ini semua adalah manifestasi kesalihan dan keberkatan dari
perhatiannya yang warak menyebabkan saya melihat Tuhan." kata
Mirano bersungguh-sungguh.
"Maha Suci Tuhan," ujar Arkia "rahmat atas nama Kristus yang
disalib." "Bagus, bagus. Apa yang telah anda lihat?" tanya ketua rahib lagi
seakan tidak sabar. "Saya sedang khusyuk bersembahyang apabila saya melihat suatu
lembaga lelaki yang segak dan anggun menerpa saya. Kemudian, dia
melihat dengan mata imannya pada Isabella sambil tersenyum."
Mirano bercerita. "Tahniah! Tahniah!" kata ketua rahib itu.
"Saya sedang memerhatikan lembaga itu dengan penuh perhatian
bila dia tiba-tiba berpaling kepada saya. Saya melihat ada suatu
tanda di dahinya yang tertulis 'Roh Kudus' dengan huruf yang
bercahaya-cahaya." Isabella menahan ketawanya hingga membuat dia terbatuk-batuk.
"Oh Tuhan! Maha Suci namamu." kata Arkia.
"Kemudian dia mengeluarkan sebiji botol kecil dan menuang
beberapa titik isinya ke atas kepala Isabella." sambung Mirano.
"Sudah tentu itu titisan air keimanan, Isabella," kata ketua rahib
"nasibmu sudah kembali bersinar."
"Kemudian Roh Kudus memberitahu saya dua perkara ?" Mirano
tidak meneruskan ucapannya. Dia seperti tenggelam dalam fikiran
secara tiba-tiba. "Apa dia, Mirano?" Ketua rahib tidak sabar sambil memanjangkan
lehernya mendekati Mirano. "Apa dia dua perkara itu?"
"Katanya," ujar Mirano "ada sebuah gereja suci di daerah selatan
Cordova yang sekarang sudah ditinggalkan orang. Di sana tulang-
tulang Wali Suci yang disimpan untuk penziarah-penziarah yang
mencari berkat. Saya mahu ke sana dan cuba lihat, Tuhan sedang
menunggu kita dengan tangan terbuka untuk diberi hidayat."
Arkia terus berseru "Tuhan yang disalib! Namamu penuh pujian.
Demi Mariam Suci! Betapa beruntungnya wahyu ini. Dan saya telah
melihat Tuhan sebaik saja saya sampai ke mari. Dapatkah tuan lihat
betapa wahyu Mirano telah membenarkan perkataan saya?"
"Apa dia yang lagi satu, yang dikatakan Roh Kudus?" tanya ketua
rahib lagi memotong kata-kata Arkia.
"Perkara yang lagi satu?" Mirano berpura-pura kehairanan.
"Ya!" Mirano menggeleng-gelengkan kepala dengan lembut.
"Perkara yang lagi satu saya tidak boleh beritahu di sini. Begitu saya
diperintah." "Apakah Roh Kudus tidak benarkan anda memberitahu perkara itu di
sini?" Ketua rahib seperti kecewa.
"Ya! Dia tidak membenarkan saya memberitahunya di depan
orangramai." "Sekurang-kurangnya anda memberitahu saya kalau hal itu ada kena
mengena dengan orang atau tentang suatu usaha." kata ketua rahib
tanpa berputus asa. Setelah diam sejurus. Mirano lalu berkata "Hanya sekadar ini saja
saya boleh memberitahu tuan. Saya tidak begitu banyak mengetahui
tentang tuan. Bapa Suci, bagaimana saya akan mengetahui kedudukan
tuan begitu tinggi di hadapan Tuhan?"
Oleh sebab para rahib dan orang-orang Kristian Roman Katolik
sangat percaya pada ketahyulan dan amat mudah mempercayainya
maka rahib itu pun begitu juga. Dia melompat-lompat kegembiraan
dan mengulang-ulangi ucapan Mirano.
"Bagaimana saya akan mengetahui kedudukan tuan begitu tinggi di
hadapan Tuhan." Arkia, Puteri Perancis, bersujud di kaki ketua rahib dan menggosok-
gosok dahinya di atas kaki itu. Ketua rahib membiarkan sambil
berdiri tegak kerana terlalu gembira.
Dia hanya berkata kepada Arkia "Anakku, sabarlah! Engkau juga
akan ikut bersama-samaku di dalam syurga."
Hampir dua jam lamanya suasana riang gembira itu berlangsung.
Akhirnya, Arkia berkata kepada ketua rahib itu.
"Apa yang harus kita buat sekarang?"
"Untuk menemui Tuhan, kita harus pergi ke tempat yang diberitahu
Mirano." kata ketua rahib.
Kemudian dia berpaling kepada Isabella. "Lihat, wahai gadis yang
baik! Kerana engkaulah maka Roh Kudus telah turun ke atas kami
hari ini. Sudah tentu pertemuanmu dengan Tuhan nanti akan
menjadikan engkau seorang wali. Raja-raja akan datang meminta
berkat dari kakimu."
"Apakah kita perlu pergi ke gereja buruk seperti yang diarahkan
oleh Roh Kudus itu?" tanya Mirano.
"Sudah tentu!" kata ketua rahib. "Apakah anda masih ragu-ragu
apabila Roh Kudus sudah arahkan kita ke sana" Kita mesti sampai di
situ sebelum menjelang pagi."
"Baiklah." Kurungkan Isabella di dalam ruang bawah tanah itu dan
bersiaplah untuk bertolak." kata Mirano.
"Kenapa?" tanya ketua rahib kehairanan. "Anda mahu tinggalkan
orang yang kerananya Roh Kudus turun ke mari dan memberi
penghormatan kepada kita untuk bertemu dengan Tuhan" Dengar!
Isabella telah menerima hidayat istimewa dari Tuhan. Seperti juga
dengan Paulus Suci meskipun menjadi musuh ketat Tuhan telah
menerima berkat yang istimewa. Jadi, bangun semua. Bawa Isabella
bersama-sama anda. Mari kita pergi ke gereja itu."
"Bagaimana kalau Isabella melarikan diri dalam perjalanan kita
nanti?" tanya Hanana.
Ketua rahib tertawa besar. "Hairan! Adakah Tuhan panggil kita ke
hadapannya kerana sesuatu yang tidak berfaedah. Seolah-olah dia
tidak tahu orang yang dipanggilnya akan melarikan diri."
"Saya fikir kita tidak boleh berlengah-lengah lagi." kata Arkia.
"Kerana Roh Kudus telah mengarahkan kita sampai ke sana segera."
Arkia memandang ke angkasa.
"Saya sudah mulai nampak Roh Kudus. Oh Tuhan! Puji-pujian untuk
namamu!" "Puji-pujian untuk namamu, Tuhan!" Semua ikut mengucapkan
serentak. "Baiklah," ujar ketua rahib "saya akan mengarahkan mereka
membawa keluar keldai-keldai dan kalian berkemaslah. Keldai-keldai
larinya cepat, sekejap saja kita boleh sampai ke sana."
Ketua rahib keluar dan memanggil pekerja-pekerja biara lalu
menyuruh mereka mengeluarkan keldai-keldai. Waktu berangkat
dirahsiakan dari pengetahuan rahib-rahib lain. Ketua rahib sangat
gembira kerana Isabella akan melihat Tuhan di gereja buruk dan
akan memikul Salib Suci Kristus. Bapanya, ketua paderi, tentu akan
terperanjat besar melihat mukjizat itu.
Mereka sekarang sudah siap untuk bertolak. Isabella, Hanana,
Catherine, Mirano, Martha, Arkia dan ketua rahib menunggang
keldai seorang seekor. Atas arahan Mirano, Isabella diletakkan di
tengah-tengah sebagai satu tindakan keselamatan. Dalam masa
empat puluh lima minit, mereka sampai ke Gereja Saint Peter. Di
dalam gereja itu, terdapat tulang-tulang para martir yang terkenal
di dalam agama Kristian dan perempuan-perempuan Kristian dari
tempat-tempat yang jauh datang ke gereja ini berziarah untuk
mendapat berkat. Masa masih ada lagi sebelum menjelang fajar dan keadaan gereja
yang mengerikan itu menimbulkan semacam perasaan takut di dalam
hati. Sebaik saja mereka masuk ke dalam gereja, Arkia dan ketua
rahib terus bertelut di hadapan satu rangka manusia yang besar.
Kedua-duanya mula menangis dengan kuat kerana mengharapkan
dapat melihat Tuhan sebelum pagi dan Roh Kudus akan memeluk
mereka. Ketika ini, Isabella dan sahabat-sahabatnya membincang
satu rancangan sulit yang sudah mereka atur sebelum bertolak ke
tempat itu. Tiba-tiba dengan suatu gerakan yang cepat, kelima-lima
orang kawan itu menyerang ketua rahib yang sedang meniarap dan
menangis. Dua orang memegang kuat tangannya sementara dua orang
lagi menangkap kaki. Seorang mengeluarkan tali dan kain buruk yang
disembunyikan di dalam kocek baju. Mereka menyumbat kain buruk
itu ke mulut ketua rahib dan mengikat tangan serta kakinya. Ketua
rahib malang itu amat terkejut dan tidak sempat menjerit meminta

tolong. Arkia meniarap di hadapan satu rangka manusia yang lain yang
mengharap dapat melihat Tuhan telah dibisikkan di telinganya oleh
Isabella. "Marilah saudaraku yang salih! Saya mahu menunjukkan Tuhan
kepada anda." Dengan penuh bersemangat, Arkia bangun segera dan apabila dia
menghampiri ketua rahib yang terikat tangan dan kaki dan dalam
keadaan tidak terdaya, dia lalu memekik "Apa ini?"
"Inilah Tuhan yang anda datang untuk melihatnya di sini." jawab
Isabella. Anak-anak gadis itu lalu memberi amaran kepada Arkia tentang hari
depannya. Mereka mendakwah agama Islam kepadanya.
"Kalau anda mahu melihat sinar kebenaran dan menjadi manusia yang
sempurna, mengucaplah lah ilaha illallah, Muhammad-your Rasulullah.
Kalau tidak anda tidak akan dapat melihat Tuhan khayalan anda itu
sampai ke hari kiamat."
Setelah berpesan, kelima-lima gadis itu pun menunggang keldai
seorang seekor serta membawa bersama dua ekor keldai lagi lalu
meninggalkan gereja tua segera. Arkia diam tegak seperti patung
kerana terkejut. Akhirnya, dalam cahaya lilin yang suram, dia
melihat ketua rahib terkial-kial mahu melepaskan diri sambil
memberi isyarat memerlukan bantuan untuk melepaskan dirinya.
Arkia baru tersedar akan keadaan yang telah berlaku. Dia segera
menarik keluar kain yang tersumbat di dalam mulut ketua rahib.
Kemudia dibuka ikatan tangan dan kakinya. Setelah itu, ketua rahib
memekik sekuat hatinya. Mendengar pekikan yang kuat di pagi hari
di dalam gereja yang sedang riuh dengan tangisan para ziarah itu,
barulah orang-orang yang ada di situ sedar apa yang telah berlaku.
Isabella dan sahabat-sahabatnya sudah tidak kelihatan lagi. Mereka
telah jauh meninggalkan gereja tersebut.
Tidak lama kemudian, kelima-lima gadis itu tiba di rumah Umar
Lahmi. Umar Lahmi dan orang-orang Islam yang lain baru saja selesai
menunaikan solat Subuh ketika itu. Mereka mendengar peristiwa
yang baru dialami kelima anak gadis itu. Berita itu disampaikan
kepada Ziad bin Umar dengan segera. Semua orang Islam merasa
gembira dan mengucapkan syukur ke hadhirat Allah Subhanahu Wa
Taala dan mengucapkan tahniah serta pujian kepada Mirano dan
sahabat-sahabatnya yang telah berjaya membebaskan Isabella.
Setelah itu mereka semua berkumpul di satu perkumpulan sesudah
Subuh. Semua alim ulama, ahli filsafah, doktor, penulis, penyair,
penafsir Al-Quran dan Hadis, serta ahli sejarah hadir bersama.
Hampir semua orang di situ tahu tentang peristiwa Isabella ditawan
dan diserahkan kepada inquisisi. Selama Isabella di dalam tawanan,
Umar Lahmi kerap menerima laporan tentang keadaan diri Isabella
yang disampaikan oleh para pengintip rahsia. Berita-berita itu
disampaikan oleh Umar Lahmi kepada hadirin di setiap perkumpulan
yang diadakan di rumah Ziad bin Umar.
BAB 13 Pertemuan Sulit Di gereja Saint Peter, sepeninggalan Isabella dan sahabat-
sahabatnya, telah timbul kekecohan besar. Walaupun telah ditolong
oleh Arkia melepaskan diri dari ikatan, ketua rahib yang tadinya
memekik meminta tolong tiba-tiba terdiam. Sejurus lamanya dia
terdiam tanpa berkata-kata seperti seorang yang dalam kebingungan
dengan apa yang telah menimpa dirinya. Dia tidak dapat menjawab
pertanyaan ramai orang yang datang mengerumuninya. Penziarah-
penziarah lain yang berada di dalam bilik yang berasingan seolah-
olah tidak menghiraukan teriakan meminta tolong dari ketua rahib.
Mereka sebaliknya semakin khusyuk dengan doa dan sembahyang di
hadapan tulang-tulang kerangka orang yang dianggap wali. Mereka
semakin kuat menggenggam jari-jemari tangan masing-masing sambil
menangis sementara menunggu dengan penuh sabar kedatangan
Tuhan yang dijanjikan. Setelah keadaan kembali reda, ketua rahib dan Arkia terburu-buru
keluar dari gereja kerana mahu mengejar Isabella dan sahabat-
sahabatnya yang sudah terlepas dari tawanan. Sekali lagi, mereka
termanggu dalam keadaan bingung kerana keldai-keldai mereka telah
tiada lagi di situ. Mereka lalu meminjam keldai penziarah lain untuk
pulang ke biara. Waktu sampai kembali di biara, mereka disambut
dengan perasaan terperanjat oleh rahib lelaki dan perempuan kerana
Isabella dan sahabat-sahabatnya tidak kelihatan. Walaupun
pemergian ke gereja buruk di Selatan Cordova dirahsiakan namun
semua rahib biara telah mengetahuinya. Mereka telah mendengar
kisah Mirano pengsan dan Tuhan mengarahkan mereka pergi ke
gereja tua itu. "Mana Isabella?" tanya seorang rahib lelaki.
"Sudahkah dia memikul kembali salib Tuhan kita?" tanya seorang
rahib perempuan kepada Arkia.
Ketua rahib terlalu susah hati sehingga dia tidak dapat mengangkat
muka. Di wajahnya terbayang kehinaan, penyesalan dan kekalahan.
Kemudian salah seorang daripada rahib-rahib memberanikan diri
untuk tampil ke depan. "Tuan yang dihormati," kata rahib lelaki itu "bapa suci, ketua paderi,
telah mengirim surat ini waktu tuan tiada. Tuan disuruhnya
menjawab segera." Ketua rahib memandang muka rahib yang sedang menghulurkan surat
dengan mata terbelalak. Tangannya sedikit menggeletar.
"Oh, bagaimana aku mahu menunjukkan mukaku kepada bapa suci
itu?" katanya membisik. "Oh, syaitan terkutuk itu telah menipu aku.
Syaitan yang tidak pernah melepaskan peluang untuk mencuba
walaupun kepada Tuhan Jesus Kristus. Celaka Isabella! Oh,
perempuan sial. Aku benci kepadamu oh anak syaitan! Kau yang
murtad, kami pula yang mendapat malu. Oh, Tuhan! Lihatlah betapa
aku yang taat kepadaMu diperlakukan."
Walaupun ucapannya amat perlahan tetapi para rahib yang sedang
mengelilinginya dapat mendengar dengan jelas dan mereka sangat
terperanjat. Lalu masing-masing bertukar pandangan antara satu
dengan yang lain dengan diselubungi suatu perasaan yang cukup aneh.
Ketua rahib lalu membuka surat dari ketua paderi dengan tangan
yang terketar-ketar. Dengan tujuan untuk memujuk Isabella, kawan-kawannya yang empat
orang itu telah datang ke mari seperti yang telah anda maklum. Saya
fikir memasukkan kembali Isabella ke dalam agama Kristian tidak
semudah seperti yang kita fikirkan. Andainya keadaan Isabella
masih tidak berubah, saya minta diserahkan saja kepada inquisisi.
Saya akan mengirim beberapa orang untuk mengambil Isabella pada
petang nanti. Sekarang, suruh anak-anak gadis itu kembali dan
berjumpa saya. Jangan sampai syaitan dapat menyeleweng mereka
pula dan masuk ke dalam perangkap Isabella.
Selesai saja dia membaca surat itu, dia pun menangis dengan suara
kuat hingga memeranjatkan orang-orang yang berada di situ.
Sejurus lamanya dan ketika tangisannya mula reda, dia berkata
dalam keadaan masih teresak-esak " Bagaimana aku akan menjawab
surat ini. Aku akan pergi sendiri berjumpa bapa suci dan
menceritakan kepadanya betapa orang-orang salih dapat juga
diperdaya oleh syaitan."
Setelah berkata begitu, ketua rahib pun bangun dari duduk dan
mengajak Arkia pergi bersama-sama menghadap ketua paderi di
rumahnya. Dalam perjalanan, mereka tidak banyak berkata-kata. Ketua rahib
terlalu runsing memikirkan hukuman yang akan diterima di atas
ketelidurannya. Arkia, Puteri Perancis, pula merasa kesalihannya
telah terpukul dengan kejadian itu. Dia yang mengaku selalu
mendapat wahyu dan boleh melakukan mukjizat telah dapat
dikalahkan oleh Isabella yang dituduh murtad. Perkara yang paling
mengganggu fikirannya ialah nasehat Isabella yang menyuruhnya
membaca kalimah syahadat dan masuk Islam jikalau dia benar-benar
mahu berjumpa dengan Tuhan yang dikhayalkannya selama ini.
Ketua paderi sangat terperanjat apabila melihat ketua rahib datang
bersama Arkia. Dalam keadaan tenang, dia mempersilakan mereka
duduk. Dengan perasaan terhina dan rasa rendah diri, ketua rahib
pun menceritakan tipu muslihat sahabat-sahabat Isabella yang
berjaya menipu dia dan Arkia. Ketua paderi terdiam kaku
mendengarnya. Kemudian dia berkata "Saya telah memerintah anda
menjaga dengan berhati-hati, Kenapa masih boleh ditipu oleh anak-
anak gadis itu" Kenapa wahyu palsu itu boleh membuat anda
meninggalkan biara" Kenapa tidak diberitahu kepada saya terlebih
dulu?" "Bagaimana saya menjawab lagi" Saya mengaku bersalah dan saya
telah jatuh ke dalam perangkap syaitan." kata ketua rahib.
"Apakah ada rahib-rahib lain yang bersengkokol dengan anak-anak
gadis itu?" "Tidak ada. Sebagai menjaga keselamatan, saya tidak memberitahu
kepada sesiapapun kecuali rahib perempuan ini yang memang sudah
terkenal dengan kesalihannya."
Ketua paderi lalu memanggil seorang pesuruh dan menyuruhnya pergi
ke rumah Michael dan Peter.
"Panggil mereka ke mari sekarang juga. Kalau mereka ada urusan
lain, suruh ditinggalkan dulu. Mereka mesti datang ke sini kerana ada
urusan penting." Tidak lama kemudian, Michael dan Peter hadir bersama tiga orang
paderi lain. Mereka meletakkan tangan kanannya di dada tanda
memberi hormat kepada ketua paderi.
"Silakan duduk." kata ketua paderi. "Anak anda, Mirano, telah
minggat bersama-sama anak saya, Isabella."
"Apa" Apa yang anda telah katakan?" Michael bertanya dalam
keadaan terperanjat. "Bukan saja Mirano, Hanana, Martha dan Catherine juga telah
meloloskan diri dari pengawalan di biara." ujar ketua paderi lagi.
"Bapa suci! Cuba ceritakan bagaimana hal itu boleh terjadi?" desak
Michael. "Bertanyalah kepada ketua rahib ini." kata ketua paderi. "Nah,
ceritakan kepada mereka dari mula."
Ketua rahib pun menceritakan kisah kejadian itu dari awal hingga
akhir dengan linangan airmata kerana merasa malu dan kesal yang
amat sangat. Michael dan Peter turut menangis sama.
"Kenapa menangis?" kata ketua paderi. "Kutuklah roh-roh yang kotor
itu. Sesalan kalau pun ada ialah kerana Isabella telah terlepas dari
genggaman inquisisi."
"Bapa suci! Ini bukan perkara kecil." ujar Michael. "Orang-orang
Kristian seluruh Cordova seakan terhina dengan kejadian ini."
Ketua paderi tidak mengacuhkan ucapan Michael itu.
Sebaliknya, dia berkata "Bagaimanapun, usahakan mencari anak-anak
gadis itu sekarang. Kita akan mencari ikhtiar menghadapi masalah
ini." Tiga hari telah berlalu dan pada suatu malam ketika menjelang
dinihari, semua paderi di Cordova telah datang berkumpul di dalam
gereja besar Cordova. Mereka telah diarahkan secara sulit datang
berkumpul di situ. Pada lahirnya, tidak kelihatan tanda-tanda
dipasang lampu yang terang-benderang, tidak ada hamparan
permaidani dan tidak pula ada perarakan salib dan sebagainya.
Orang-orang datang secara berasingan dan dengan tenang masuk
lalu mengambil tempat duduk di dalam ruang gereja berhadapan
dengan altar suci. Perhimpunan istimewa ini dihadiri oleh orang-
orang yang dijemput secara rahsia saja.
Sebuah salib besar terpasang di atas altar bertepatan dengan
patung Kristus tergantung. Di bawahnya, terdapat Mariam Perawan
duduk bertelut di atas lutut, memperlihatkan pembaktiannya kepada
Jesus Kristus. Semua dinding gereja besar itu dilukis dengan figura
wali-wali dan pengikut-pengikut Jesus, kelihatan seperti gambar di
dalam mitologi Roman dan Mesir. Semua yang datang duduk
dikelilingi dinding-dinding itu. Rahib wanita, perawan yang menjadi
penghibur paderi-paderi juga kelihatan di dalam kumpulan para
paderi. Ketua pada, bapa Isabella, menyambut kedatangan semua
dengan penuh kemesraan. Mereka berjalan masuk dalam keadaan
senyap dan khusyuk sehingga orang-orang yang lewat di luar gereja
tidak tahu apa yang sedang berlaku di dalamnya. Tetapi orang-orang
Islam telah pun mengetahui tentang perhimpunan rahsia itu.
Ketua paderi dan Michael berdiri di muka pintu memberi arahan
dengan isyarat tangan kepada orang-orang Kristian yang datang
berbondong-bondong penuh bersemangat itu supaya jangan membuat
bising. Beberapa ribu orang sudah berada di dalam gereja besar
namun ketua paderi dan Michael masih berdiri di muka pintu di
bawah patung Kristus yang disalib. Tidak jauh di hadapan gereja,
seorang lelaki yang di dalam kumpulan orang yang sedang berbaris
hendak masuk memegang bahu seorang lelaki lain di depannya seraya
berkata "Saudara, puji-pujian kepada nama Tuhan. Ini ada satu
envelop yang mesti saya sampaikan kepada bapa suci, ketua paderi,
tetapi saya telah terlupa pesanan Bapa Michael yang telah
memerintah saya mengambil satu barang penting di rumahnya untuk
ketua paderi. Saya terpaksa pergi sekarang sebelum pertemuan ini
bermula. Bolehkan saudara tolong sampaikan kepadanya sesudah
sampai di dalam nanti?"
Envelop diserahkan sebelum orang itu sempat menjawab. Setelah
menerimanya, dia berkata "Dengan segala senang hati. Saya akan
sampaikan envelop ini kepada bapa suci. Tuan jangan bersusah hati."
"Terima kasih." jawab orang lelaki itu lalu meninggalkan barisan.
Orang yang menerima itu memegang surat itu dengan kuat. Dia
gembira kerana menerima amanah yang begitu besar.
Ruang gereja telah penuh dengan orang-orang Kristian dan para
paderi duduk di tempat yang disediakan untuk mereka. Ada
beberapa paderi pula berjalan berkeliling, memerhati setiap orang
untuk memastikan tidak ada orang Islam yang dapat menyusup
masuk. Setelah mereka yakin orang-orang yang tidak diingini tidak
ada di dalam gereja, pintu besar pun ditutup. Beberapa orang
disuruh berjaga di luar supaya tidak ada orang yang cuba mencuri
mendengar. Sebagai langkah menjaga keselamatan, ketua paderi dan
Michael serta dua belas orang paderi pilihan duduk di atas suatu
tempat yang agak tinggi letaknya di bahagian hadapan. Suasana di
dalam gereja tidak terlalu bising walaupun beribu-ribu orang
menempatinya. Ia juga adalah arahan keras dari ketua paderi.
Tiba-tiba, ketika perhimpunan akan dimula, seorang lelaki yang
duduk di bahagian hadapan bangun berjalan mendapatkan ketua
paderi lalu menyerahkan surat yang diamanahkan kepadanya. Surat
itu, dalam suatu envelop besar, diterima Michael. Ketika itu, ketua
paderi sedang berada di atas podium mahu memberi ucapan. Ketua
paderi bercakap dengan suara yang agak gementar.
"Anak-anakku, lelaki dan perempuan! Malam ini kalian disusahkan
dengan arahan supaya datang berkumpul di dalam gereja besar ini.
Perhimpunan ini amat penting yang nanti akan disampaikan oleh Bapa
Michael. Kalian mesti mendengar baik-baik ucapan yang bakal
diberikan beliau. Dengar dengan tenang dan sabar."
Waktu ketua paderi mahu duduk, Michael menyerahkan envelop
besar kepadanya. Setelah itu, dia menuju ke podium untuk
menyampaikan ucapan. Ketua paderi membuka envelop itu lalu
mengeluarkan sepucuk surat dari dalamnya. Dia membaca dengan
cepat beberapa baris ayat lalu memekik dengan kuat sehingga
mengejutkan semua orang, lebih-lebih lagi Michael yang baru saja
mahu berucap. Tubuh ketua paderi terketar-ketar kerana menahan

marah. Semua orang yang memandang ke arahnya kehairanan.
Michael segera mendekatinya.
"Ada apa bapa suci?"
Setelah ketua paderi tenang kembali, dia pun berkata "Ini surat
dari Isabella. Dia menjemput kita semua memeluk agama Islam.
Siapa yang memberikan surat ini tadi?"
"Saya yang memberinya, bapa suci." ujar seorang lelaki dengan jujur.
Belum sempat dia menyambung kata-katanya, beberapa orang yang
duduk berhampiran telah memukul dan menumbuknya dengan kuat.
Lelaki itu masih juga berusaha mahu menjelaskan perkara sebenar
tetapi tidak seorang pun yang mengendahkannya. Dia terus dipukul
dan ditumbuk hingga terjatuh dan tidak sedarkan diri. Tubuhnya
diheret dan dicampakkan ke dalam bilik kecil di sudut gereja.
Kekacauan telah berlaku. Agak lama baru keadaan kembali reda.
Dalam keadaan payah, ketua paderi maju ke hadapan untuk
bercakap. "Orang yang membawa surat ini ialah seorang Islam yang menyamar
sebagai salah satu dari kita dengan memakai pakaian suci kita." Dia
berhenti sejenak. "Bagaimanapun, besok kita akan periksa orang ini. Sekarang, anak-
anak perempuan itu telah mendakwah kepada kita tentang agama
Islam yang biadab dan terkutuk itu. Sekarang, mari kita fikirkan
cara untuk mendapatkan kembali anak-anak perempuan itu. Apa yang
patut kita buat?" sambungnya lagi.
Michael lalu tampil di atas podium.
"Saudara-saudara! Nampaknya tujuan kita mengadakan perhimpunan
rahsia ini menjadi sia-sia dengan kehadiran surat Isabella. Apa yang
dapat kita lakukan sekarang" Kita baca dan dengar isi surat itu dan
kita semua mesti mendengarnya dengan sabar. Berdoalah kepada
Tuhan agar dia dapat dikembalikan ke dalam pelukanNya ataupun
dimasukkan ke dalam neraka segera."
Ketua paderi lalu berkata "Bawalah orang itu ke mari. Kita boleh
memaksanya bercerita tentang perkara-perkara lain yang perlu kita
ketahui walaupun kita tahu orang-orang Islam itu keras kepala dan
tidak mudah membuka rahsia. Dia sekarang dalam genggaman kita.
Dengan mengancamnya, kita pasti berhasil mendapatkan sesuatu."
Orang lelaki yang malang itu pun dibawa keluar dari bilik dan
diletakkan di atas pentas di hadapan orangramai. Keadaannya amat
parah. Badannya luka-luka dan pakaiannya koyak-rabak.
Apabila ketua paderi melihatnya dengan teliti dari dekat, dia lalu
menjerit dengan kuat "Oh, ini paderi dari gereja sebelah utara. Dia
anak saudaraku sendiri!"
Sekali lagi, orangramai terperanjat. Michael segera mendekati orang
itu. "Dia masih bernafas."
Semua orang merasa amat dukacita. Mereka seperti sudah jatuh
ditimpa tangga. Esoknya, apabila paderi yang malang sudah sedarkan diri, dia pun
menceritakan kisah sebenar bagaimana dia mendapat surat itu.
Setelah mendengarnya, semua yang ada sependapat mengatakan itu
adalah perbuatan khianat daripada orang-orang Islam. Harapan
mereka kepada Isabella dan sahabat-sahabatnya pun lenyap begitu
saja. Perhimpunan rahsia mereka telah gagal malahan telah
menimbulkan kekecohan besar sehingga tidak dapat dikawal lagi.
Surat Isabella yang ditulis kepada bapanya berbunyi:Semua puji-
pujian kepada Allah, Tuhan seru sekalian alam. Yang telah
menciptakan langit dan bumi dan segala isi yang ada di dalamnya
dengan kekuasaanNya yang mutlak dan Dia di samping menyusun
sistem lahiriah juga menyusun sistem batiniah melalui wahyu dan
nabi-nabi dan salawat serta salam kepada Junjungan yang telah
datang melepaskan dunia dari kemungkaran dan kegelapan serta
membawanya ke dalam cahaya keimanan dan memimpin kita ke jalan
yang benar yang telah diterokai oleh nabi-nabi yang terdahulu dan
membawa kita kepada Allah yang menjanjikan kedamaian dan
keselamatan abadi. Bapaku yang dihormati.
Ketahuilah bapa bahwa aku telah menerima Islam yang menurut
penyelidikanku ialah satu-satunya agama yang bebas daripada
kemungkaran dan kebatilan, yang membimbing kita ke jalan
keselamatan. Saya telah menolak agama Kristian kerana ia penuh
dengan ketahyulan dan kekufuran dan bertentangan dengan ajaran
semua nabi. Secara ringkas maka di bawah ini saya perturunkan
perbandingan-perbandingan untuk menunjukkan kebenaran Islam
kepada bapaku : 1. Dalam Islam, Allah itu Esa dan tidak bersekutu
dengan apa pun juga. Dia unik dengan segala kebaikan dan
kesempurnaanNya. Al-Quran menyebut Allah itu tunggal. Dia tidak
beranak dan tidak pula diperanakkan. Tidak ada suatu pun yang sama
denganNya. Dia wujud, tidak mati, tidak tidur, tidak mengantuk dan
tidak letih ataupun berhajatkan kepada semua yang dihajatkan oleh
manusia. Kalau kita akan menyebut satu persatu semua
kesempurnaanNya maka hendaklah kita mempelajari Kitab Suci Al-
Quran. 2. Sebaliknya, agama Kristian percaya bahwa Tuhan itu bukan satu
tetapi tiga: bapa, anak dan Roh Kudus. Jesus Kristus satu-satunya
'Putera Tuhan' dan dia juga pencipta dan abadi seperti bapanya juga
meskipun Injil mengatakan Jesus itu makan dan minum, tidur dan
jaga dan sangat bergantung kepada air, udara dan tiap-tiap benda
yang diperlukan oleh manusia dan di dalam dirinya terkumpul semua
keinginan duniawi. Seandainya Tuhan juga bergantung kepada semua
perkara seperti manusia maka bagaimana dia layak menjadi Tuhan
dan apakah ada perbedaan lagi antara Tuhan dan manusia" Kitab
Suci Al-Quran dengan tegas mengatakan bahwa sesiapa yang
mengatakan Kristus itu Tuhan atau Putera Tuhan maka dia telah
menyekutukan Allah dan menjadi kafir. Orang-orang Kristian dengan
menjadikan Kristus sebagai putera Tuhan telah memfitnah Tuhan.
Al-Quran telah mengajar bahwa Kristus serupa Musa, Daud,
Sulaiman, Yahya, Hud, Nuh dan lain-lain nabi. Sebagai utusan dan
nabi, mereka juga adalah manusia, makhluk dan bukan pencipta. Nah,
cuba bapa fikirkan sendiri betapa jelas dan munasabah ajaran Kitab
Suci Al-Quran ini dan betapa agama Kristian mengusutkan dan tidak
masuk akal. 3. Menurut Islam, tiap-tiap manusia dilahirkan dalam keadaan suci
dan bebas dari dosa. Apabila dia beransur dewasa, pengaruh-
pengaruh luar telah menyesatkannya. Allah telah memberikan akal
kepada manusia supaya mematuhi hukum-hukumNya dan menjauhi
benda-benda yang terlarang. Al-Quran mengatakan bahwa Adam
tidak melakukan dosa. Semua nabi adalah suci dan bersih dari dosa.
Masalah dosa yang diwarisi adalah tipuhelah syaitan. Agama Kristian
mengatakan tiap-tiap orang berdosa sejak dilahirkan sehingga
dengan demikian, nabi-nabi juga melakukan dosa dan dosa Adam
adalah penyebab manusia menjadi berdosa. Nyata sekali betapa
kepercayaan ini tidak ada logiknya, tidak munasabah dan
bertentangan dengan bukti-bukti intuisi yakni kerana Adam
melakukan dosa, dosa yang sebenarnya tidak pernah dapat
dibuktikan, semua manusia menderita seksaan. Jadi, dalam masalah
ini juga Kitab Suci Al-Quran adalah benar dan adil dan ketetapannya
logik, munasabah dan menurut sunah nabi-nabi.
4. Keutamaan yang diberikan oleh Al-Quran ke atas akhlak dan guru-
guru ialah tentang betapa mulia dan tingginya moral itu, hal yang
serupa tidak diketemui di dalam lain-lain agama. Islam mengatakan
bahwasanya manusia itu tidak memperoleh selain dari apa yang
diusahakannya dan usahanya itu kelak pasti akan dilihatnya.
Kemudian diberikan kepadanya balasan yang cukup sempurna
terhadap usahanya* dan yang demikian itu adalah ajaran dari semua
nabi. Tidak ada orang yang akan memikul beban orang lain tetapi
tiap-tiap orang memikul tanggungjawab di atas perbuatannya. Maka
dengan ajaran suci serupa inilah yang memberikan manusia ajaran-
ajaran kemuliaan dan menggesanya berbuat kebajikan. Tetapi agama
Kristian sebaliknya mengajarkan bahwa Jesus Kristus telah memikul
beban dosa semua orang lalu disalibkan dan menjadi penebus semua
orang yang berdosa. Perbuatan dosa telah dilakukan oleh beribu
bahkan berjuta manusia tetapi hukumannya telah dikenakan ke atas
seorang manusia suci, satu-satunya 'Putera Tuhan'. Ajaran ini di
satu pihak membuat manusia tidak berguna dan memalukan
sementara di pihak lain menjadikan seseorang hilang kepercayaan
kepada dirinya sendiri dan dengan demikian harga dan nilai dirinya
jatuh di matanya sendiri selain daripada itu kepercayaan ini
merupakan satu pelanggaran kepada kesucian Tuhan.
5. Apabila Kitab Suci Al-Quran diturunkan ke dunia, ia telah
menerangkan semua kebenaran. Kebenaran yang telah lama dilupakan
dan punca-punca kebenaran yang telah dicemarkan. Islam
meletakkan semula kemuliaan semua nabi-nabi dan membantah
semua tuduhan palsu yang ditimpakan kepada mereka. Ia
mendedahkan penyisipan-penyisipan palsu yang telah dilakukan di
dalam kitab-kitab wahyu dan membuat penjelasan akan keadaan yang
sebenarnya melalui pendedahan itu. Islam membantah tuduhan palsu
dan tidak berasas terhadap Nabi Isa yang telah dibuat oleh
sebahagian musuh-musuhnya dan juga kawan-kawannya. Islamlah
dengan usaha baiknya telah meletakkan Nabi Isa pada tempatnya
yang sebenar dan telah membersihkannya daripada segala tohmahan
orang-orang Yahudi dan juga orang-orang yang menamai diri mereka
Kristian. Orang-orang Kristian pula telah menuduh semua nabi
dengan tuduhan-tuduhan palsu, perzinaan dan pembunuhan dan
mengetengahkan Jesus Kristus dalam bentuk yang tidak sempurna
sehingga kalau tidak kerana kedatangan Islam yang mendedahkan
kebenaran maka tidak seorangpun yang mahu menganggapnya
sebagai manusia bermoral juga. Ini merupakan satu obligasi Islam
yang tidak akan dapat dibayar oleh Kristian. Orang-orang Kristian
tidak saja memanipulasi kitab-kitab Injil, juga telah menyusun
beratus-ratus Injil atas nama Kristus. Sekarang, Injil-Injil palsu
dan gelap yang disusun telah diletakkan di hadapan kita yang
sedikitpun tidak ada kena-mengena dengan Kristus. Dalam Kitab Suci
Al-Quran terkumpul dan tersimpan dengan baik semua kitab yang
diwahyukan. Olehsebab itu saya menjemput semua orang Kristian
membaca Kitab Suci Al-Quran ini yang menjunjung kehormatan
agama Kristian dan yang memberikan kepada kita pengajaran dari
semua nabi sepanjang zaman.
6. Islam menyebut secara terperinci akan hak-hak kaum wanita dan
memerintahkan pembebasan semua hamba-abdi, meniupkan
semangat persamaan dan persaudaraan di kalangan umat manusia
dan menetapkan perhubungan antara manusia dengan Tuhan.
Tetapi dalam agama Kristian tidak ada secebis tanda pun tentang
hak-hak wanita. Hanya kepada orang lelaki diberitahu bahwa mereka
boleh menceraikan isterinya yang melakukan zinah tetapi tidak
menyebut sedikitpun tentang apa yang boleh dilakukan oleh si isteri
ke atas ketidak-setiaan suaminya. Tidak ada sepatah perkataan pun
dalam agama Kristian tentang pembebasan hamba abdi.
7. Islam menyuburkan moral manusia dan menyediakan tatasusila
yang tetap bagi kemanusiaan. Dengan mematuhi peraturan itu
manusia boleh mengawal nafsu secara sederhana. Di dalam Al-Quran
ada disebutkan "Barangsiapa mengerjakan kejahatan maka tidak
dibalasnya melainkan dengan seumpamanya dan barangsiapa beramal
salih baik lelaki ataupun perempuan, sedang dia seorang yang
beriman maka orang-orang itu masuk ke dalam syurga; mereka diberi
rezeki di dalamnya dengan tidak ada hingganya.*
Tetapi dalam agama Kristian ditekankan kepada satu aspek saja iaitu
melakukan kesalahan tidak boleh dihukum dan kalau dia menampar
pipi kiri mesti menyerahkan pipi kanan pula untuk ditampari. Betapa
pengajaran serupa itu boleh diikuti manusia di dunia ini" Betapa
keamanan dan ketenteraman dunia dapat dipertahankan dengan
pengajaran serupa itu" Andaikata mahu memperlihatkan kemaafan
dan baiksangka dalam semua perkara maka mengapa Dia menciptakan
nafsu amarah di dalam diri manusia dan kemudian membiarkan
bahagian dari naluri itu menjadi kering"
Ini adalah beberapa perkara sebagai satu illustrasi tentang
pengertian yang menyebabkan saya menerima Islam dan bagi bapa
juga, kalau ada satu jalan kebenaran yang mesti diikuti maka bapa
mestilah menerima Islam seberapa cepat yang boleh dan
menyatakan taubat segera di atas keragaman ketuhanan di dalam
agama Kristian yang benar-benar bertentangan dengan sifat-sifat
Tuhan lalu menjadi penghalang kepada jalan manusia mencapai
kemajuan. Mudah-mudahan Tuhan menganugerahkan kepada bapa
jalan istimewa untuk menerima iman. Saya juga mendoakan bapa ke
jalan benar dan moga-moga Tuhan menyegerakannya. Amin!
Anak bapa, Isabella * Al-Quran S 5:39-41 **Al-Quran S 40:40
BAB 14 Tugas-Tugas Kerajaan Islam
Orang-orang islam telah mengetahui secara terperinci perhimpunan
sulit yang telah diadakan oleh orang-orang Kristian dan peri surat
Isabella yang telah menyebabkan cita-cita mereka jadi terbantut.
Setelah lima hari berada bersama-sama Ziad bin Umar dan
cendekiawan Islam, Isabella dan sahabat-sahabatnya semakin dalam
pengetahuan mereka tentang agama Islam. Dalam salah satu
pertemuan, salah seorang yang hadir telah memberi pandangan.
"Tuan yang dihormati. Orang-orang Kristian secara sulit cuba
menipu Isabella supaya kembali kepada agama Kristian tetapi
nampaknya Kerajaan Islam sedikitpun tidak berbuat apa-apa dalam
hal ini. Apabila Isabella telah menjadi orang Islam maka menjadi
tugas dan tanggungjawab kerajaan Islam untuk melindunginya dari
ancaman orang-orang Kristian dan membebaskannya dari bahaya
yang mungkin menimpanya."
Ziad bin Umar tersenyum kecil mendengar kata-kata orang itu.
Dengan tenang dia menjawab "Sebegitu jauh semua usaha-usaha
orang-orang Kristian itu dalam keadaan sulit, jadi bagaimana
kerajaan akan mengambil tindakan dari segi undang-undang" Selain
daripada itu, memang benar iaitu apabila seseorang telah menjadi
Islam maka menjadi tanggungjawab kerajaanlah memberi
perlindungan kepadanya daripada tindasan orang-orang bukan Islam
dan berdiri teguh di belakang orang yang telah menganut agama
Islam. Tetapi kita sengaja mencegah kerajaan Islam mengambil
tindakan serupa itu kerana kami berpendapat pengajaran yang
dialami Isabella dan kawan-kawannya akan memperkukuh moral
mereka. Kalau tidak, kita memang boleh campurtangan dan
mengambil tindakan-tindakan tegas ke atas mereka."
Orang itu masih belum berpuas hati dengan jawaban Ziad bin Umar.
"Tetapi bagi orang-orang Kristian yang akan datang harus diberi
peringatan supaya jangan terlalu lancang mengikut perasaan dalam
perkara-perkara serupa ini?" katanya.
"Tuan tidak usah khuatir," jawab Ziad bin Umar "pada masa akan
datang kerajaan akan lebih aktif menyokong kebebasan beragama.
Dalam soal ini kita sudah memberitahu paderi-paderi Kristian secara
terperinci tentang keadaan Isabella dan di mana dia berada dan
sebagainya. Juga, telah diberitahu bahwa kerajaan cukup mengambil
berat tentang keselamatan Isabella dan kawan-kawannya dan jika
sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atas diri mereka maka
kerajaan tidak akan berdiam diri."
"Tuan yang dihormati," Umar Lahmi mencelah "kawan-kawan Isabella
meminta agar mereka diislamkan secara rasmi dan diajar hukum-
hukum Islam."

"Baiklah! Lakukan dengan nama Allah. Islamkan mereka segera." kata
Ziad. Umar Lahmi lalu mendekati sahabat-sahabat Isabella sambil berkata
"Mirano, Martha, Hanana dan Catherine, apakah kalian masih ragu-
ragu tentang dasar kepercayaan Islam?"
Mirano mengangkat telunjuk kanannya lalu berkata "Saya ingin
mendapat penjelasan tentang beberapa perkara."
"Baiklah," kata Ziad "kami tidak keberatan memberi penjelasan.
Memang benar begitulah caranya setelah mendapat penjelasan yang
memuaskan hati barulah baik menerima agama ini. Nah, ajukan
pertanyaan dan saya wakilkan Umar untuk menjawabnya."
Mirano tersenyum lebar. Dia kemudian berkata "Tuan yang saya hormati. Mula-mula sekali
kami ini diislamkan dulu. Setelah itu barulah saya akan bertanya satu
atau dua masalah. Meskipun saya boleh menutup mulut orang-orang
Kristian dengan hujah saya tetapi dijauhkan Tuhan! Saya sedikitpun
tidak ragu tentang Islam."
Keempat-empat anak gadis itu pun diislamkan secara rasmi,
mengucapkan dua kalimah syahadat, mengakui dengan setulus hati
akan keEsaan Allah dan kerasulan Nabi Muhammad sallallah
alaihisalam. Semua yang hadir menadah tangan memanjat doa
kesyukuran kepada Allah Yang Maha Kuasa. Mereka lalu menutup
kepala masing-masing dengan kain selendang yang memang sudah
dibawa dari awal. Mirano mengemukakan pertanyaan. "Menurut orang-orang Kristian,
Kitab Taurat itu ialah hukum dan Injil merupakan penyempurnaan
hukum-hukum itu. Nyatalah apabila telah ada hukum dan
penyempurnaan maka tidak perlu lagi ada perkara-perkara lain
termasuk juga Kitab Suci Al-Quran. Al-Quran tidak perlu lagi
kerana ia telah membenarkan Taurat dan Injil maka sesuatu
bantahan menjadi semakin beralasan."
"Andaikata penganut-penganut Kristian menyifatkan sesuatu
kebaikan di dalam kitab-kitab mereka," ujar Umar Lahmi "maka itu
bukan satu kemestian bagi kita mempercayainya. Dakwaan itu mesti
dibuktikan dengan hujah-hujah. Tetapi dengan hanya menganggap
sebagai satu kemestian bahwa Taurat itu hukum dan Injil
penyempurnaannya, maka sebagai lawannya Kitab Suci Al-Quran
ialah pembenaran. Pembenaran yang mencakupi kedua-duanya sekali,
hukum dan kesempurnaan. Pembenaran itu telah disebutkan di dalam
Al-Quran di dalam Surat Al-Ma'idah ayat 48 yang maksudnya kira-
kira begini : Dan Kami telah turunkan Al-Quran kepada engkau dengan benar
bahwa ia daripada Allah sedangkan ia pula membenarkan Kitab-Kitab
Ketuhanan - yang terdahulu daripadanya serta menguasainya."
"Tetapi," Umar Lahmi berkata lagi "Injil itu sendiri tidak pernah
menggunakan perkataan kesempurnaan. Dengan demikian, Kitab Suci
Al-Quran telah terbukti mencakupi kedua-duanya, hukum dan
kesempurnaan." "Taurat dan Injil ada disebutkan di dalam Al-Quran dan sudah satu
kemestian bagi orang-orang Islam untuk menerimanya." kata Mirano.
:Kenapa orang-orang Islam tidak mempercayainya?"
"Kerana orang-orang Kristian tidak mempunyai Taurat dan Injil yang
tulen." jawab Umar Lahmi.
"Jikalau Taurat dan Injil tidak wujud Kenapa pula Al-Quran
mengakuinya?" tanya Mirano lagi.
"Al-Quran mengakui Taurat dan Injil asli bukan yang dipalsukan dan
dibuat-buat." jawab Umar Lahmi.
"Kata orang-orang Kristian Taurat dan Injil mereka yang ada
sekarang itulah yang diakui Al-Quran." kata Mirano.
"Baiklah," kata Umar Lahmi "saya akan bertanya kepada Kitab Suci
Al-Quran apakah ia mengakui Taurat dan Injil yang wujud sekarang
ini ataupun menganggapnya palsu. Al-Quran berkata menurut Surat
Al-Ahqaf ayat 33 : Bahwasanya Allah telah menciptakan langit dan
bumi dan Dia tidak pernah merasa lemah. Tetapi di dalam Kitab
Taurat Kejadian 2:2-3 ada dikatakan bahwa "menjelang hari ketujuh
Tuhan telah menyelesaikan apa yang sedang dilakukannya dan
berhenti bekerja. Dia memberkati hari ketujuh dan telah
memperuntukkannya sebagai hari yang istimewa kerana pada hari itu
dia telah menyempurnakan penciptaannya dan berhenti bekerja."
"Berhenti bekerja," sambung Umar Lahmi "bererti berehat dan bila
seseorang itu berehat dari bekerja bererti dia penat. Jadi, dari
yang disebutkan oleh Taurat itu ternyatalah bahwa Tuhan itu
merasa penat. Kitab Suci Al-Quran berkata Allah tidak pernah
penat. Nah, apakah Al-Quran menyetujui atau menolak kenyataan
itu" Taurat mengatakan Sulaiman menyembah berhala tetapi Al-
Quran menyangkal dakwaan itu. Nabi Sulaiman tidak akan melakukan
perbuatan orang-orang kafir. Nah, apakah Al-Quran menyetujui atau
menolat Taurat" Sekarang, ambil Kitab Injil. Keempat-empat kitab
itu ada mengatakan tentang Jesus Kristus mati sambil menangis di
atas salib, bahwa dia benar-benar telah disalibkan tetapi Kitab Suci
Al-Quran menafikan bahwa Jesus dibunuh oleh orang-orang Yahudi
dan tidak pula disalibkan. Kemudian Injil mengatakan Jesus Kristus
mengaku menjadi Tuhan tetapi Al-Quran dalam Surat Al-Ma'idah
ayat 72 berkata: Demi Allah telah kafir segala mereka yang berkata
:Sesungguhnya Allah itulah Al-Masih anak Mariam, sedang Al-Masih
berkata: Hai Bani Israil, sembahlah olehmu akan Allah, Tuhanku dan
Tuhanmu. Sesungguhnya siapa yang mensyariatkan sesuatu dengan
Allah, maka sesungguhnya Allah mengharamkan ke atasnya syurga
dan tempat kembalinya adalah neraka dan sekali-kali penzalim-
penzalim itu tiada mendapat penolong." Nah, sekarang dipersilakan
siapa saja paderi Kristian tampil mengatakan secara jujur dan adil,
apakah Kitab Suci Al-Quran mengakui atau menolak Injil?"
Mirano dengan gembira terus menjawab "Tidak syak lagi bahwa
dengan bukti-bukti itu Kitab Suci Al-Quran tidak mengakui Taurat
dan Injil yang ada sekarang tetapi telah menolaknya."
"Sekarang jelaslah," kata Umar Lahmi "bahwa Kitab Suci Al-Quran
tidak mengakui Taurat dan Injil tetapi menolak dengan keras dan
menuduh semua keterangan, fakta dan kepercayaan di dalamnya
sebagai mensyarikatkan Allah dan murtad. Sekarang saya akan
memberikan satu prinsip umum daripada Kitab Suci Al-Quran dan
dengan prinsip itu, buku apa saja boleh diuji, seolah-olah Kitab Suci
Al-Quran seperti batu ujian yang dengannya kita boleh menguji
semua kitab yang lain. Dalam Al-Quran Suran An-Nisa' ayat 82 ada
disebutkan: Maka mengapakah mereka tidak memperhatikan dan
memikirkan tujuan-tujuan dan maksud-maksud Al-Quran" Sekiranya
Al-Quran itu dari sisi selain Allah seperti yang mereka katakan
tentulah mereka dapati padanya perselisihan yang banyak. Ayat
Kitab Suci Al-Quran ini menegaskan bahwa kecuali Kitab Allah maka
tidak ada kitab lain yang bebas dari pertentangan (contradiction),
kerana manusia tidak kalis dari kesilapan dan kekeliruan dan
bagaimanapun kepekaan seseorang itu dalam menulis sesebuah buku
namun kesalahan dan kekeliruan tetap tidak dapat dielak. Dan buku
yang ada kesalahan bukanlah dari Allah karena Allah tidak pelupa
dan tidak berbohong. Nah, bolehkah sesiapa menolak prinsip ini?"
"Prinsip ini cukup wajar dan adil." jawab Mirano setuju. "Sudah tentu
kitab yang ada pertentangan di dalamnya tidak boleh datang dari
Tuhan Yang Sempurna. Tetapi apakah ada pertentangan di dalam
Taurat dan Injil?" "Banyak sekali," jawab Umar Lahmi "kerana terlalu banyak sangat
pertentangannya maka pembaca-pembaca menjadi bingung. Sekarang
mari saya cubakan dengan prinsip-prinsip tadi. Saudara akan melihat
kenyataannya. Nah, berapa umur saudara Mirano, cuba beritahu
saya." Mirano teragak-agak sebentar. "Antara 21 atau 22, katakanlah saja
22." jawab Mirano kemudian.
"Bagus. Kalau saudara katakan umur saudara 22 dan satu jam
kemudian 42, apakah kedua-dua keterangan itu betul?"
"Bagaimana boleh kedua-duanya itu betul?" Kalau saya katakan umur
saya 42 tentu kenyataan itu salah. Bolehkan kedua-dua itu dikatakan
benar?" MIrano agak kebingungan sedikit dengan kata-kata Umar Lahmi.
"Nah, sekarang cuba lihat di dalam kitab 2 Tawarikh 22:2-3 di mana
disebutkan bahwa ketika Ahaziah ditabalkan menjadi raja
menggantikan bapanya, dia berumur 42 tahun. Tetapi di dalam kitab
2 Raja-Raja 8:25 ada disebutkan bahwa waktu Ahaziah menjadi
raja, umurnya sudah 22 tahun.* Bolehkah kedua-dua keterangan ini
diterima sebagai benar?"
"Tidak!" jawab Mirano. "Satu saja daripada kedua-dua keterangan
itu yang benar dan yang satu lagi tentu salah."
"Masalahnya," kata Umar Lahmi "mana satu di antara kedua
keterangan itu yang benar tidak dapat dipastikan dan dengan
demikian kedua-dua kitab dari Inji itu menimbulkan keraguan. Tanda
keraguan telah dibubuhkan ke atas keduanya."
* pada 2 Tawarikh 22:2-3 disebut 42 tahun dan pada 2 Raja-Raja
8:26 Ahaziah berumur 22 tahun. Dalam Good News Bible kedua-dua
Injil itu menyebut 22 tahun.
"Dan cuba kita selidiki lebih lanjut. Dalam Al-Kitab Samuel 24:9 ada
dituliskan bahwa Yoab memberitahukan kepada raja hasil
pendaftaran rakyat, Israel ada delapan ratus ribu daripadanya
orang-orang Yahudi yang memikul senjata tetapi di dalam Injil 1
Tawarikh 21:5 dituliskan jumlah orang-orang Israel ialah sejuta
seratus ribu yang dapat memegang pedang dan orang Yahudi ada
empat ratus tujuh puluh ribu yang dapat memegang pedang. Nah,
apakah kedua-dua keterangan ini benar"*" kata Umar Lahmi lagi.
"Tentulah salah satu daripadanya benar." jawab Mirano.
"Kitab yang menyebutkan angka-angka yang salah serupa itu tidak
mungkin dari Tuhan." sambung Umar Lahmi.
"Tidak mungkin." ulang Mirano. "Allah melindungi namanya dari
dicemarkan serupa itu, jadi lebih baiklah jangan dikatakan kitab-
kitab itu dari Allah."
"Dengan adanya pertentangan serupa ini bolehkah orang menyebut
Taurat dan Mazmur itu wahyu Tuhan" Bolehkah kesalahan-kesalahan
serupa ini dikatakan dari Allah?" tanya Umar Lahmi.
"Subhanallah!" keluh Mirano. "Ini adalah hujah-hujah yang terang
tentang betapa lemahnya Kitab-Kitab Kristian."
* dalam Good News Bible ditulis pada Injil 2 Samuel 24:9 'Mereka
melaporkan kepada raja jumlah orang yang layak berkhidmat sebagai
askar: 800,000 di Israel dan 500,000 di Judah'. Dalam Injil 1
Tawarikh 21:5 pula disebutkan: 'Dia melaporkan kepada Raja Daud
jumlah orang yang layak berkhidmat dalam tentera: 1,100,000 di
Israel dan 470,000 di Judah'. (Penterjemah)
"Di dalam Kitab 2 Samuel 23 ayat 8 ada disebutkan tentang tiga
orang perajurit Nabi Daud yang gagah berani. Seorang daripadanya
bernama Josheb Basshebeth dari suku Tacheman, ia dengan
bersenjatakan tombak saja telah dapat membunuh delapan ratus
orang musuh. Tetapi di dalam Kitab 1 Riwayat 10 ayat 11, yang
menceritakan tentang peristiwa yang sama, nama perajurit itu bukan
Josheb Basshebeth tetapi Joshobeam dari suku Hachmon dan dia
hanya membunuh sebanyak tiga ratus orang saja dengan
tombaknya.'* "Oh, terlalu jauh perbedaannya." kata orang-orang yang hadir.
"Agak aneh," bersungut Mirano "orang-orang Kristian tidak melihat
kesalahan yang begitu menjolok."
* dalam Al-Kitab pada Injil 2 Samuel 23:8 nama perajurit itu ialah
Isybaal orang Hakhmoni dan pada Injil 1 Tawarikh 11:11 namanya
ialah Yasobam bin Hakhmoni.
"Mereka boleh melihat kesalahan-kesalahan itu jika mereka mahu
membuat penyelidikan dan mereka boleh menolak keterangan-
keterangan yang tidak betul dan membuat penentuan mana yang
betul." kata Umar Lahmi. "Tetapi mereka terus berpegang kepada
kesalahan-kesalahan itu seperti orang yang tertalu patuh kepada
kebenaran. Cuba lihat di dalam Kitab 1 Raja-Raja 4 ayat 46. Di
dalamnya tertulis Sulaiman memiliki empat puluh ribu kandang untuk
kuda-kuda keretanya serta dua belas kuda tentera tetapi di dalam
Kitab 2 Tawarikh 9:25 ditulis cuma empat ribu kandang untuk
kereta dan kuda dan dan dua belas kuda tunggangan yang dipunyai
oleh Sulaiman. Lihat, betapa jauh perbedaannya antara empat ribu
dengan empat puluh ribu. Sebuah kitab mengatakan empat puluh ribu
sementara kitab yang satu lagi mengurangkan tiga puluh enam ribu
daripadanya dan merasa puas hati dengan empat ribu saja. Yang
ajaibnya, kedua-dua kitab ini didakwa sebagai wahyu daripada
Tuhan. Nah, salahkan kalau Al-Quran mengatakan tidak ada
pertentangan di dalam kitab Allah?"
"Subhanallah!" sahut Isabella "betapa agungnya Al-Quran.
Andaikata Al-Quran tidak diturunkan tentulah tembelang kitab-
kitab agama Kristian tidak akan diketahui."
"Sekarang cuba kita lihat satu perkara lain yang juga cukup
menarik." kata Umar Lahmi. "Di dalam Kitab 2 Samuel 10 ayat 18 ada
dikatakan bahwa Daud telah membunuh tujuh ratus orang pemandu
kereta kuda dan empat puluh ribu penunggang kuda. Ingat baik-baik,
tujuh ratus dan empat puluh ribu penunggang kuda. Dalam Kitab 1
Tawarikh 19 ayat 18, Daud telah membunuh tujuh ribu orang
pemandu kereta kuda dan empat puluh ribu orang tentera berjalan
kaki. Kedua-dua kitab ini dikatakan dari wahyu Tuhan dan kedua-dua
kitab ini dikira adalah hasil daripada manipulasi manusia dan ada
campur tangan syaitan. Sebuah kitab mengatakan pemandu tujuh
ratus kereta kuda dan empat puluh ribu penunggang kuda sementara
dalam kitab lain pula berkata bukan begitu. Tujuh ribu orang
pemandu kereta dan empat pulu ribu bukan penunggang kuda tetapi
tentera berjalan kaki. Kitab-kitab ini dikatakan sebagai wahyu dan
kitab-kitab inilah yang disuruh orang-orang mempercayainya.
Betulkah kitab-kitab ini telah diwahyukan Tuhan kepada nabi-nabi?"
"Hah!" kata Mirano. "Terlalu banyak pertentangan di dalamnya.
Bagaimana dapat diterima oleh Islam" Yang nyatanya ialah tabir
yang dilabuhkan untuk melindungi hikmah, kata batin dan kasih
orang-orang yang tak beriman itu terlalu tebal sehingga mereka ada
mata tetapi tidak melihat, ada telinga tetapi tidak mendengar,
mudah-mudahan Allah memberi petunjuk kepada mereka."
Setelah mendengar kata-kata Mirano, Umar Lahmi lalu menyambung
"Setelah begitu banyak pertentangan di dalam Taurat dan Kitab
Perjanjian Lama yang tidak pernah mahu berkompromi, sekarang
mari kita lihat pula kepada Kitab Injil. Nampaknya, setelah kita
membuat penelitian yang saksama maka keempat-empat Kitab Injil
yang wujud sekarang adalah lebih parah lagi. Yang pertama Injil
telah disusun dan ditulis dalam berbagai-bagai bahasa. Kitab Injil
yang pada zaman dulu dianggap sebagai wahyu Tuhan maka sekarang
ini tidak lebih daripada satu apocyphal atau sumber yang diragukan.
Di samping Injil-Injil itu ada Injil lain pula yang digunakan seolah-
olah Injil itu tidak lebih daripada buku-buku teks sekolah yang boleh
ditukar-tukarkan menurut keadaan yang berlaku. Persidangan telah
sering diadakan untuk memilih Injil-Injil yang berbagai-bagai itu
seolah-olah wahyu dan kalam Allah bergantung kepada ketetapan
gereja." "Ya," ujar Mirano "pernah sekali saya mendengar dari bapa saya
bahwa di salah satu persidangan itu, setengah daripada kitab-kitab
disingkirkan dari daftar kitab-kitab yang diwahyukan."
"Sekarang mari kita cuba uji Injil dengan Kitab Suci Al-Quran
tentang prinsip dan standardnya dengan demikian dapatlah kita
membuat ketetapan tentang betapa goyahnya dan betapa palsunya
Injil-Injil itu." kata Umar Lahmi kepada Mirano, Isabella dan

sahabat-sahabat mereka yang diam tidak bergerak, terpesona
dengan kedalaman ilmu Umar Lahmi dan tentang pengetahuannya
mengenai kitab Injil yang selama ini tidak pernah terfikirkan oleh
mereka. "Dalam Kitab Matius 27 ayat 3, salah seorang pengikut Jesus
Kristus yang bernama Yudas telah menerima rasuah sebanyak tiga
puluh keping wang perak. Yudas meraka sangat menyesal kerana
telah menyerahkan Jesus Kristus kepada kerajaan untuk dibunuh di
atas salib. Lalu dia pergi kepada imam-imam kepala dan tua-tua dan
berkata 'Aku telah berdosa kerana menyerahkan darah orang yang
tak bersalah'. Yudas lalu mencampakkan duit itu, pulang ke rumah
dan membunuh dirinya sendiri. Tetapi di dalam Kitab Kisah Para
Rasul bab1 ayat 18, ada disebutkan bahwa Yudas dengan wang yang
diperoleh dari perbuatan khianatnya telah membeli sebidang tanah
dan di sana dia jatuh tertelungkup, perutnya terbelah sehingga
semua isiperutnya terburai keluar. Nah, di dalam Kitab Matius,
Yudas dikatakan telah memulangkan balik wang rasuahnya kepada
imam-imam ketua dan kemudian menggantungkan dirinya sementara
dalam Kitab Kisah Para Rasul pula dikatakan Yudas membeli kebun
dengan wang itu dan mati terjatuh sehingga isiperutnya terkeluar.
Inilah dua keterangan yang berbeda dari dua buah Kitab Injil yang
berbeda pula yang kedua-duanya didakwa sebagai wahyu menurut
orang-orang Kristian atau Roh Kudus menyuruh mereka menulisnya
menurut wahyu yang disampaikan. Jadi bererti ketika Roh Kudus
pergi kepada penulis Kitab Matius, dia mengatakan begini kemudian
apabila dia pergi kepada penulis Kitab Para Rasul, dia mengatakan
yang lain pula. Sekarang, samaada kita membuat anggapan Roh Kudus
sebagai pembohong dan penipu ataupun kita menolaknya secara
total. Adalah lebih bijaksana kita menyatakan bahwa semua Kitab
Injil itu palsu dan salah daripada kita meletakkan tuduhan kepada
Roh Kudus. Kalau tidak, Tuhan dan Roh Kudus juga ikut berbuat
dosa." "Nyatalah bahwa semua Kitab Injil yang wujud sekarang ini palsu
dan salah belaka dan tentulah musuh-musuh Kristus yang telah
memalsukannya untuk mencapai sesuatu maksud." sampuk Mirano.
"Itu pertentangan daripada dua buah Injil yang berlainan," kata
Umar Lahmi "mari kita tengok pula pertentangan yang terdapat di
dalam sebuah Injil yang sama. Saint Paulus yang telah menyusun
syahadat trinitas yang menyebabkan semua penganut Kristian sesat
sebab menyekutukan Tuhan telah diceritakan tentang bagaimana dia
masuk Kristian. Ada tiga tempat dalam Kitab Kisah Para Rasul yang
menyebutnya dan ketiga-tiganya berbeda, tidak sama. Betapa aneh
bahwa Roh Kudus telah berbohong di tiga tempat di dalam kitab
yang sama tentang peristiwa yang sama pula. Dalam bab 9 ayat 3
Injil Kisah Para Rasul ada disebutkan bahwa Paulus sedang dalam
perjalanannya ke Damsyik dengan sahabat-sahabatnya ketika sudah
dekat dengan kota, tiba-tiba cahaya memancar dari langit
mengelilingi dia. Dia rebah ke tanah dan mendengar suatu suara yang
berkata: 'Kenapa menganiayai aku?" Sementara sahabat-sahabatnya
terus termangu-mangu. Mereka ada mendengar suara itu tetapi
tidak melihat seorang jua pun. Di dalam bab 22 ayat 6-7, kitab yang
sama menceritakan sahabat-sahabat ada melihat cahaya di langit
tetapi tidak mendengar suara dan dalam bab 26 ayat 13 mengatakan
Saint Paulus dan sahabat-sahabatnya dikelilingi oleh cahaya dan
mereka semua terjatuh ke tanah. Nah, cuba fikirkan dalam sebuah
Injil, peristiwa yang sama telah diceritakan dalam tiga versi di tiga
tempat. Bolehkah kita membenarkannya?" tanya Umar Lahmi.
"Tidak mungkin," jawab Mirano cepat "ketiga-tiganya palsu dan
kalaupun salah satunya itu betul agak sukar mahu dipastikan."
"Nah, saudara sudah mendengar tentang pertentangan antara dua
buah Kitab Injil yang berbeda dan pertentangan di dalam sebuah
Injil yang sama." kata Umar Lahmi. "Sekarang cuba perhatikan
keanehan pertentangan yang terjadi di dalam satu ayat yang sama
pula. Di dalam Kitab Injil Lukas bab 21 ayat 16-18 ada disebutkan
tentang peringatan Jesus kepada pengikut-pengikutnya: 'Dan kamu
akan diserahkan juga oleh orangtuamu, saudara-saudaramu, kaum
keluargamu dan sahabat-sahabatmu dan beberapa orang di antara
kamu akan dibunuh dan kamu akan dibenci semua orang oleh kerana
namaku. Tetapi tidak sehelai pun dari rambut kepalamu akan hilang'.
Ini bererti bahwa musuh akan membunuh pengikut-pengikut Jesus
tetapi tidak sehelai rambut pun akan hilang yakni tidak terjadi apa-
apa seolah-olah pembunuhan itu tidak ada kaitannya dengan
kecederaan. Kena bunuh tetapi pengikut-pengikutnya tidak kena
bunuh. Kita akan merasa hairan betapa tidak berakalnya penyusun
Injil itu sehingga dalam ayat yang sama ada pertentangan yang boleh
menimbulkan ketawa."
Isabella yang sejak lama diam mendengar lalu menyampuk
"Bagaimana agaknya orang-orang Kristian yang malang itu mahu
menjelaskannya?" "Apa penjelasan yang boleh mereka berikan?" tanya Umar Lahmi.
'Mereka selalu mengelak dengan percakapan yang tidak relevan dan
menimpakan kesalahan itu kepada jurutulis yang tidak mengambil
berat. Meskipun jawaban mereka kita terima sebagai satu
kebetulan, pertanyaan itu masih tetap belum berjawab tentang
kalimat yang sebenarnya dan yang mana pula kesalahan jurutulis"
Sebagai contoh umur seseorang dalam satu waktu ada yang 22 dan
ada yang 42 tahun. Mana satu kesalahan jurutulis dan mana satu pula
yang benar" Tidak ada orang-orang Kristian sekarang ini yang boleh
berkata bahwa ayat sebenar ialah begini dan jurutulis telah menulis
begitu. Selagi kesalahan jurutulis tidak dapat dikesani maka
penerangan dan jawaban apa pun juga hanyalah nonsense semata-
mata. Jadi, hal ini membuktikan bahwa menurut orang-orang Kristian
sendiri kitab-kitab ini diragukan sementara di tempat lain kesalahan
jurutulis pula diakui maka dengan sendirinya kitab-kitab itu telah
kehilangan kewibawaannya dari sudut mana pun jua."
"Tidak mungkinkah kesalahan-kesalahan ini diperbaiki dengan
membuat bandingan dengan yang asli?" tanya Isabella.
"Jikalau kitab-kitab yang tulen ada mengapa pula kita bersusah-
susah mahu membuat perbandingan lagi." kata Umar Lahmi.
"Masalahnya kitab yang tulen tidak wujud, hanya bergantung dari
terjemahan demi terjemahan dari salinan demi salinan. Dan yang
ajaibnya ialah sampai sekarang belum lagi dapat dibuat kepastian
tentang Injil-Injil ini bila ditulis, dalam bahasa apa atau siapa
penulisnya. Setengah pula mengatakan ditulis serentak pada satu
waktu di dalam dua bahasa iaitu bahasa Greek dan bahasa Yahudi.
Tetapi dalam bahasa apapun yang ditulis, Injil asli tentu dapat
diperoleh. Malangnya, tidak pernah diketemui di mana-mana pun jua.
Hanya terjemahan dari terjemahan yang ada yang tidak dapat
dipercayai. Kemudian timbul pula berbagai-bagai pendapat tentang
zaman Kitab-Kitab Injil ditulis dan tentang penulisnya tidak sesiapa
pun yang mengetahuinya. Setengah mengatakan pengikut Jesus,
Jonah telah menulis Injilnya sendiri dan ada yang mengatakan ia
ditulis oleh orang lain yang juga bernama Jonah. Yang paling
menyedihkan ialah tidak ada keterangan di dalam kitab-kitab itu
tentang penulisnya, di dalam Kitab Injil Matius namanya juga tidak
ada." "Orang-orang Kristian berkata apa saja kitab yang telah disahkan
oleh gereja maka itulah saja kitab Tuhan dan kitab yang
diwahyukan." jawab Mirano.
"Jadi untuk dapat dianggp sebagai diwahyukan kita mesti
bergantung kepada gereja sementara kitab-kitab itu sendiri pekak
dan bisu dalam soal ini." kata Umar Lahmi.
Isabella lalu mencelah "Orang-orang Kristian mempertahankan
bahwa keputusan gereja adalah bebas daripada kesilapan. Dengan
demikian, keputusan itu pun sebagai wahyu pula."
"Jikalau keputusan gereja itu bebas dari kesilapan maka mengapa
pula ada berbagai-bagai keputusan dari gereja-gereja yang
berbeda" Dalam Sidang Synodes di Nicia 325 Masihi dan sidang
yang diadakan di Konstantinopel 381 Masehi kitab-kitab yang
dianggap wahyu ole persidangan itu telah ditolak setengahnya oleh
Sidang Niqawiy. Malah diperintah membakr sekalian kitab yang
isinya berlawanan dengan keputusan dalam Sidang Synodes di Nicia.
Sementara sebahagian daripada kitab yang dikeluarkan daripada
daftar-daftar wahyu kembali diterima sebagai kitab-kitab wahyu di
dalam sidang yang lain. Seolah-olah kitab-kitab wahyu itu seperti
hidung patung lilin yang boleh diubah-ubah ke kiri atau ke kanan."
Setelah mendengar keterangan dan penjelasan Umar Lahmi tentang
berbagai-bagai perkara yang bermula daripada masalah yang
ditimbulkan oleh Mirano, maka pertemuan itu pun berakhir sudah
agak larut malam. Semua peserta kembali ke rumah masing-masing.
Isabella dan sahabat-sahabatnya ditempatkan di sebuah rumah
tidak jauh dari rumah Ziad bin Umar dan dikawal dengan ketat oleh
pengawal-pengawal Islam yang gagah berani. Sebelum berpisah, satu
rencana telah diatur supaya Isabella dan sahabat-sahabatnya
mendapat latihan dan pendidikan agama secara intensif tidak saja
dari Umar lahmi dan alim ulama yang lain tetapi juga dari Ziad bin
Umar sendiri. Masa berjalan begitu cepat, sudah empat tahun berlalu. Dalam masa
itu, Isabella dan sahabat-sahabatnya telah dapat menguasai bahasa
Arab dengan baik dan pengetahuan mereka tentang agama Islam
juga cukup mendalam. Isabella kini telah menjadi tempat tumpuan
kaum wanita di Cordova. Setelah mendalami ilmu agama maka dia
telah menjadi model wanita Islam yang berhemah tinggi dan diberi
gelaran sebagai muhaddisa salah seorang ahli Hadis yang ulung di
Cordova. Seorang yang salih yang telah menyerah seluruh hidupnya
ke jalan Allah. Ular Betina Selat Madura 2 Tangan Geledek Pek Lui Eng Karya Kho Ping Hoo Hantu Rimba Larangan 2