Pencarian

Penjara Rindu 2

Penjara Rindu Karya Nia Arissa Bagian 2


dia" Aku rasa kau patut fikir masak-masak pasal hal ni Ziq. Kahwin ni bukan boleh dibuat mainmain. Tak salah kalau kau bagi peluang dekat dia."
Haziq merenung sahabatnya. Perlukah dirinya berterus terang" Sedangkan dirinya sendiri
berperang. Memikirkan mana satu yang harus diutamakan.
"Aku memang takde rasa apa-apa dekat dia. Tapi bila dia cakap dengan bekas kekasih
dia, aku jadi marah. Aku sendiri pun rasa pelik. Selama ni kasih aku masih pada Irma. Tak
mungkin kasih aku boleh beralih arah secepat ni," bohong Haziq.
Sengaja menyembunyikan perasaannya terhadap Farisya.
Zakuan tersenyum. Faham benar akan perangai Haziq yang sukar untuk berterus terang.
Lagi-lagi perihal yang berkaitan hati dan perasaan. Memang sukar untuk diduga.
"Hati ni kita tak boleh nak jangka Ziq. Hari ni kau kata tak suka. Esok lusa mana kau
tahu" Kau masih belum terlambat untuk dapatkan hak kau. Aku tengok pun dia bukan la teruk
sangat. Pada aku, dia mempunyai aura yang tersendiri. Aura seorang wanita sejati. Macam
perempuan Melayu terakhirlah senang cerita," terang Zakuan dalam nada gurauan.
"Mana kau tahu semua tu" Kau kenal dia ke?" Haziq tidak puas hati dengan telahan
Zakuan. Zakuan dapat menangkap pandangan serong Haziq.
Dalam keadaan begini, Haziq tidak dapat berfikir dengan jelas. Segala-galanya kelihatan
kabur. Macam mana kau boleh tahu semua tu" Pelik.... Jarinya bermain-main di atas bibir.
"Kau jangan salah faham pulak. Pada aku, Irma dan Tasha tak jauh bezanya. Dia orang
datang dari latar belakang yang sama. Berbeza dengan bini kau. Pemikiran mereka juga berbeza.
Kau kena buka mata hati kau untuk menilai dirinya, Ziq."
Berkerut dahi Haziq memahami kata-kata Zakuan. "Apa maksud kau" Bukan perempuan
tu semuanya sama ke?"
Zakuan tersenyum. "Mungkin sama tapi tak serupa. Kau kena faham tu. Aku tengok
Farisya ni lebih suka merendahkan diri dari menunjuk-nunjuk. Tak macam Irma atau Tasha.
Kalau boleh dia orang aje yang nak lebih."
"Macam mana kau tahu semua ni" Jangan-jangan kau ada hati dekat dia tak" Kau biar
betul Zack. Bini aku tu!"
Wajah Haziq berubah mendengar Zakuan ketawa. Serta-merta api kemarahan terpadam.
Tertanya mengapa temannya itu ketawa.
"Cemburu juga kau ni ya. Bini kau tu sebenarnya roommate adik sepupu aku. Dia yang
bagitau aku bila dengar nama kau," terang Zakuan.
Mendengar kenyataan itu, Haziq menghembus nafas lega. "Bukan cemburu tapi jaga
nama baik. Aku ingat kau ada hati dengan dia."
Zakuan menggeleng. Mana mungkin dirinya dapat merampas Farisya walaupun hatinya
sedikit tergugat sewaktu kali pertama bersua muka.
"Mana aku nak letak Si Tasha tu" Kau bukan tak tahu perangai dia macam mana."
Zakuan ketawa. Haziq angguk lemah. Sedikit sebanyak, dirinya mengetahui akan perihal Farisya
walaupun dari mulut orang lain.
HAZIQ menyudahkan suapan yang terakhir. Sejak kebelakangan ini, seleranya kurang.
Datin Rosma sedar akan perubahan anak lelakinya. Dato" Razlan juga ada mengadu
dengannya akan perangai Haziq ketika di pejabat. Dia sering termenung walaupun sedang
menghadiri mesyuarat. Beberapa staf juga mengadu masalah yang sama. Andai ada yang tidak
kena, pasti mereka akan dihambur oleh Haziq. Pendek kata api kemarahannya tidak kena pada
tempatnya. "Ziq, tak tambah lagi ke" Kenapa makan sikit sangat?"
"Dah kenyang la mama." Haziq berselindung. Tidak mahu berkongsi apa-apa dengan
mamanya. Tidak mahu mengecewakan hasrat mamanya. Pasti Datin Rosma akan berkecil hati
apabila mengetahui yang dirinya ingin kembali bersama Irma.
"Tak sedap ke mama masak lauk ni?" Kendur saja suara Datin Rosma bertanya.
"Eh, tak la mama. Ziq dah kenyang." Haziq meyakinkan mamanya.
"Mama tengok sekarang ni Ziq dah banyak berubah. Papa pun dah complaint dengan
mama. Ziq ada masalah ke" Ada masalah dengan Isya?" Datin Rosma cuba mencungkil rahsia.
Erk" papa dah complaint dekat mama yang payah ni. Takkan nampak sangat" Biar
betul". Haziq menggaru kepala yang tidak gatal. Rambutnya dikemaskan kembali. "Mana ada,
mama. Ziq biasa aje. Tak ada apa-apalah, ma. Papa saja aje tu."
"Esok mama nak Ziq jemput Isya balik rumah ye. Dah lama benar dia dekat kampus.
Ada dia call Ziq?" Mendengar nama Farisya membuatkan hatinya tiba-tiba berbunga ceria. Susah untuk
menghuraikan apa yang terkandung di dalam fikirannya. Apa yang difikirkan tidak sama dengan
apa yang dirasai. "Dia ada call sekali aje. Katanya sibuk dengan projek untuk exam." Haziq menjawab
pertanyaan mamanya. "Sekali aje" Kenapa dia call mama seminggu sekali?"
What"! Dia call mama seminggu sekali" Tak boleh jadi ni! Sengaja nak kenakan aku la
tu. Kau tunggu la, hati Haziq membara. Bunga ceria sudah pun terbang melayang.
"Ziq naik dulu la mama. Ada kerja sikit nak disiapkan." Haziq meminta diri dari
mamanya. Datin Rosma runsing memikirkan perhubungan di antara Haziq dan Farisya. Sampai
bilakah mereka akan sentiasa begini" Datin Rosma mengeluh berat.
Haziq merenung gambar perkahwinannya bersama Farisya. Masih terlalu awal untuk dia
menerima kehadiran Farisya di sisinya. Namun dia tidak menafikan yang dia sudah merasakan
bahang-bahang asmara ketika bersama dengan Farisya. Kenangan ketika di kota London
menjengah kembali". "Habis basah. Kalau kau tak tahan aku cari teksi tadi, mesti dah sampai hotel."
Haziq mengibas kotnya yang sedikit basah terkena air hujan.
Farisya menggigil menahan sejuk.
"Salahkan saya pulak. Dah awak tu yang nak sangat kita balik jalan kaki. Nak ambil
angin malam konon," cebik Farisya.
Haziq melihat Farisya meniup tapak tangan. Anak rambut yang berjuntai di dahi dikuis
lembut. Farisya terkedu tatkala mata mereka bertemu. Sepantas kilat dirinya membuang pandang
ke arah lain. Tanpa sepatah kata, Haziq menyarungkan kotnya kepada Farisya sebelum menarik tubuh
itu rapat ke dadanya untuk memanaskan tubuh Farisya.
Farisya yang mulanya meronta, diam apabila Haziq terus mendakap dirinya dengan erat.
Wajah mereka begitu hampir. Wangian Farisya sungguh lembut, hingga mampu
menggegarkan naluri kelelakian Haziq. Keadaan mereka kelihatan romantik sekali.
Gelora nafsu hadir tanpa dipinta. Wajah Farisya direnung mesra sebelum dielus lembut.
Jantung Farisya berdegup kencang apabila wajah mereka semakin rapat. Nafasnya
seakan terhenti. Haziq tidak dapat menahan gelora di jiwanya. Dia lupa akan janji-janjinya. Haziq
merapatkan bibirnya lalu memagut mesra bibir Farisya yang basah.
Farisya tergamam. Pelukan Haziq semakin erat diiringi cumbuan hangat. Farisya mencari
kekuatan namun hampa. Dirinya seakan-akan merelakan apa yang dilakukan oleh Haziq.
Dan kerana tiada bantahan membuatkan Haziq terlalu asyik.
Bulat mata Farisya tatkala terdengar beberapa rakyat tempatan yang turut sama berteduh
berdeham. Masing-masing tersenyum simpul melihat mereka. Farisya cuba menarik tangan
Haziq dari terus mendakapnya.
Haziq tersentak lalu tersedar. Ciuman hangat itu terhenti. Terkebil-kebil dia melihat
wajah Farisya yang merah menahan malu. Pantas pelukannya terlerai.
Macam mana aku boleh tak sedar ni" Mesti dia ingat yang aku ni gila seks. Kalau mama
dengan papa tahu, lagi malu! Desis hatinya. Haziq meraup wajahnya. Kehangatan bibir Farisya
jelas terasa. Sedangkan wanita itu telah pun memalingkan tubuhnya ke arah lain.
Begitulah mereka sehingga hujan berhenti membasahi bumi.
Haziq merindui saat manis ketika itu. Ingin dirasainya sekali lagi. Dia tersenyum
sendirian. FARISYA ingin menyiapkan tugasannya secepat mungkin. Dia tidak mahu tertanguh lagi.
Hampir tiga jam dia duduk di bangku perpustakan seorang diri. Tiba-tiba datang seorang junior
menegurnya. "Kak Farisya, kan" Tadi ada orang cari akak. Kak Nisa yang suruh saya pass note ni
pada akak." Farisya menyambut huluran nota daripada pelajar junior tersebut.
Balik cepat. Haziq dah dua jam tunggu kau dekat bawah.
Aku keluar dengan Sharul.
Kami nak beli barang untuk tesis aku.
~ Nisa Farisya melipat kembali nota yang dikirim oleh Anisa. Di fikirannya terbayang wajah
Haziq yang dingin. Lambat-lambat dikemas buku-bukunya. Apa lagi yang diinginkan lelaki itu
darinya" "Apa lagi la yang dia nak ni" Tak habis-habis nak ganggu hidup aku," rungut Farisya
perlahan. Dari jauh lagi Haziq dapat melihat Farisya berjalan ke arahnya. Terubat sedikit rindu di
hatinya. Namun senyumnya tidak lama apabila terlihat kelibat Aswad berjalan di belakang
Farisya. Tiba-tiba perasaan cemburu menguasai mindanya. Tiada lagi rasa rindu yang
menggamit jiwa. "Ada apa nak jumpa?" Farisya berdiri di hadapan Haziq. Tiada terdetik di hati untuk
menatap wajah lelaki itu.
"Kau ke mana tadi" Kau tahu tak berapa lama aku tunggu kau dekat sini. Kau ingat aku
ni tunggul ke?" marah Haziq membuat Farisya tersentak. Bukan pujuk rayu yang diucapkan,
hanya amarah yang tak berkesudahan.
"Yang awak nak marah saya ni kenapa" Kenapa tak call dulu sebelum datang" Sengaja
nak susahkan diri tu buat apa" Takde siapa suruh pun," balas Farisya. Geram dengan sikap Haziq
yang masih tidak berubah.
"Kau jumpa budak tu lagi, kan?"
Farisya menjeling tajam. "Budak" yang dimaksudkan oleh Haziq pastilah Aswad. Tak
semena-mena pula bertanyakan soal itu. Atas dasar apa pula Haziq bertanyakan tentang Aswad"
"Budak mana pulak ni" Awak jangan nak tuduh saya yang bukan-bukan," bidas Farisya
selamba. "Jangan nak buat-buat tak tahu pulak. Ingat! Aku tak mahu kau ada apa-apa hubungan
pun dengan lelaki lain. Tolong jaga nama baik aku sama," tegas Haziq. Mungkinkah dirinya
terlupa bahawa Farisya dan Aswad belajar di fakulti yang sama.
"Hubungan apa pulak ni" Jangan nak main-main la. Saya tak ada masa nak dengar awak
cakap benda merapu. Ada apa sebenarnya ni?"
Haziq merenung Farisya. Kemarahannya masih belum reda. "Kenapa kau call mama
selalu" Kau nak mengadu pasal aku ke?"
Farisya mengerutkan dahinya. Sudahlah fikirannya berserabut dengan assignment yang
tak pernah habis, kini ditambah pula dengan soalan yang bukan-bukan dari suaminya. Makin
saratlah kotak fikirannya. Entah yang mana patut diberi lebih perhatian. Dirinya buntu. "Tak ada
makna saya nak mengadu pasal awak kat mama. Mama yang suruh call selalu. Yang awak nak
sibuk ni kenapa?" "Aku bukan nak sibuk. Tanya aje. Dah, masuk," arah Haziq. Suaranya tidak setinggi
tadi. "Nak ke mana?" soal Farisya pendek.
"Balik rumah la. Nak ke mana pulak" Mama asyik tanya pasal kau. Lemas aku
dibuatnya." Farisya tersenyum. Baru dirinya tahu akan tujuan lelaki itu berada di hadapannya.
"Okey, kalau macam tu saya nak balik bilik sekejap. Nak ambil barang sikit." Farisya
meminta izin. "Tak payah. Baju dekat rumah kan ada. Nak ambil apa lagi?"
Bantahan Haziq membuatkan Farisya geram. Ada saja yang tidak kena dengan lelaki ni.
"Saya nak ambil pencuci muka la. Saya ada satu aje," jelasnya.
"Jangan nak mengada-ada. Beli je yang lain," arah Haziq yang sudah pun berada di
dalam perut kereta. What"! Mengada-ada" Dia cakap aku mengada-ada" Dengan wajah mencuka Farisya
masuk ke dalam kereta Haziq. Benci kerana dirinya sering didesak. Walhal, perkara itu boleh
dibincangkan. "Kenapa tak call aje" Saya boleh balik sendiri. Tak payah nak datang sini jemput
saya." Haziq menghidupkan enjin keretanya. "Kalau tak dijemput, maunya kau nak balik"
Mama pun dah bising sebab selalu sangat kau berdalih."
Farisya terkedu kerana terperangkap. Kantoi". Memang dirinya selalu memberi helah.
Helahnya untuk tidak bertemu mata dengan suaminya. Hatinya lebih aman ketika berada di
hostel. Hati tak geram, mata pun tak sakit. "Mana ada" Awak sengaja nak buat cerita, kan?"
Suara manja Farisya bagaikan salji serentak membuat hatinya menjadi sejuk. Haziq
mengulum senyumnya. "Aku cakap benda yang betul. Lagi satu, bila last exam?"
Haziq menumpukan perhatian ketika memandu. Jalan raya ketika itu sedikit sesak
dengan kenderaan yang berpusu-pusu keluar dari pusat bandar.
"Lagi dua bulan. Lepas tu kena buat praktikal. Kenapa?"
"Lepas habis aje exam, aku nak kau buat praktikal dekat syarikat papa."
Farisya mengerling suaminya. Nampaknya masih ada lagi perkara yang harus dituruti.
Tak habis-habis lagi ke laki sorang ni nak gunakan kuasa veto dia" Meluat betul la! "Kenapa
dekat syarikat papa" Tak nak la. Saya tak nak orang cakap saya ambil kesempatan pulak."
"Aku tak suka kau bantah cakap aku." Haziq menekankan suaranya. Dia ingin mengawal
pergerakan Farisya. Tidak mahu Farisya menjauhinya. Itulah misi utamanya.
"Saya tak nak. Saya pun tak suka orang paksa-paksa saya."
"Jangan degil boleh tak" Kenapa kau suka sangat bantah cakap aku" Kau tahu apa
hukumnya seorang isteri yang membantah cakap suaminya?"
Farisya mencebik. Watak Haziq sering berubah-ubah. Sekejap penyayang. Sekejap
pemarah. Sekejap pula terlalu mengambil berat. Pening Farisya dibuatnya. Tu aje la modal kau"
asyik nak ugut aku aje. Bengang betul, marah hati Farisya. "Benci awak"."
Akhirnya Farisya mengunci bibirnya dari berkata-kata.
Haziq tahu yang Farisya tidak akan membantah arahannya. Kemenangan berpihak
kepadanya. Dirinya tersenyum puas.
13 DATIN ROSMA yang paling gembira malam itu. Semua anak menantunya
pulang ke rumah. Suasana menjadi riuh-rendah dengan suara cucu-cucunya. Berlari-lari
mengejar di antara satu sama lain.
Farisya dan kakak-kakak iparnya berserta ibu mentua sedang bersembang di dapur.
Yang lelaki semuanya berbual-bual di ruang tamu.
"Macam mana dengan study" Cepat-cepat la habiskan. Lepas tu jadi macam kami ni,"
usul Hasmin. Dia dan Hasrin sama-sama tersenyum.
Datin Rosma turut tersenyum.
"Jadi apa pulak kak?" tanya Farisya yang masih tidak dapat menangkap maksud kakak
iparnya. "Jadi seorang ibu la, Isya. Mama pun teringin nak tengok kamu ada anak macam kakakkakak kamu ni."
Farisya malu. Apa yang harus dijawabkan" Mendekati Haziq samalah seperti mendekati
seekor singa. Tanpa sebarang isyarat, terus menerkam mangsanya dengan rakus.
"Kami nak honeymoon lagi la, mama. Lagipun Ziq bukan tua sangat pun. Banyak masa
lagi," celah Haziq yang bersandar di pintu dapur. Entah sejak bila dia berada di situ. Menjadi
pemerhati. Setidak-tidaknya, Farisya terselamat dari menjawab soalan yang dirinya sendiri tidak
pasti apa jawapannya. "Kalau ada baby awal pun tak salah. Lagi best, tau?" Hasmin menambah cadangan
mamanya. "Macam mana sayang" Mama request baby from us."
Habis tersembur air yang baru diminumnya. Farisya terbatuk-batuk kecil. Tadi siang
bukan main lagi dirinya dimarahi. Sekarang ini bermanja-manja pula. Bertambah pening Farisya
dibuatnya. Manakan ingin menjawab soalan ipar duainya, gelagat suaminya lagi.
Datin Rosma mengurut belakang menantunya.
Kut ye pun kau nak cakap, tunggu la aku habis minum dulu. Sakit tekak aku siot! Desis
hati Farisya. "Belum rezeki lagi kut, mama." Farisya bersuara. Jawapannya ikhlas. Tidak mahu semua
pihak terlalu mengharap. "Ye la. Mama faham. Tapi jangan lambat sangat. Elok bersalin waktu muda ni," nasihat
Datin Rosma. Haziq suka melihat wajah Farisya yang cemas.
"Betul cakap mama tu, Isya. Kakak dulu pun takut juga. Tapi bila dah rasa macam mana
nikmatnya mengandung ni, kakak jadi berani. Kekuatan tu datang dengan sendiri," tambah
Hasmi sambil menyuap kuih lapis ke mulut Syafiq.
"Mama, mak su ada baby ye?"
Soalan Syafiq mengejutkan Farisya. Anak kecil itu turut mengharapkannya.
"Belum lagi sayang. Coming soon." Haziq menjawab pertanyaan Syafiq.
"Baby girl ke baby boy pak su?"
Semua tersenyum mendengar pertanyaan Syafiq.
"Pak su nak dua-dua!"
Farisya merasakan yang Haziq sudah keterlaluan. Disimpan semuanya di dalam hati.
Nampaknya, Haziq telah bermain dengan kata-kata.
HAZIQ melihat Farisya mengambil sebiji bantal dan sehelai selimut menuju ke sofa. Dia
membuka komputer riba bersama beberapa buah buku. Haziq merasakan Farisya seperti cuba
menjauhkan diri darinya. Apa yang bermain di fikiran isterinya tidak dapat dirungkai.
"Banyak lagi assignment ke?" Haziq cuba mengajak Farisya berbicara. Terlalu asing
andai tinggal sebilik tetapi tidak bertegur sapa.
"Banyak la juga. Kenapa?" soal Farisya kembali.
"Nak aku tolong?" pelawa Haziq sambil merapati Farisya. Cuba menimbulkan mood
yang baik. "Boleh ke awak tolong" Jangan bagi saya lagi serabut, sudah." Farisya menolak
komputer ribanya menghadap Haziq.
Mereka sama-sama menyiapkan assignment Farisya. Banyak yang dibincangkan oleh


Penjara Rindu Karya Nia Arissa di http://cerita-silat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

mereka. Secara tidak langsung keadaan itu merapatkan mereka. Haziq senang ketika bersama
Farisya. Ada kala mereka bertekak untuk menegakkan pendapat masing-masing.
Mata Farisya semakin berat selang beberapa jam. Sudah berkali-kali dia menguap.
"Mengantuk?" tanya Haziq.
Farisya pantas menggeleng. Cuba menumpukan sepenuh perhatian. Walhal matanya
memang sudah tidak larat untuk dibuka. Semakin lama semakin berat.
"Bila kau kena hantar assignment ni?"
"Lagi dua minggu. Ada maklumat penting yang masih belum dapat lagi," terang Farisya.
"Mari sini." Haziq menarik tubuh Farisya supaya berbaring di pangkuannya namun
ditolak oleh Farisya. Farisya berasa tidak selesa. Berdua-duaan dengan Haziq menyesakkan jiwanya. "Takpe
la. Saya boleh tahan lagi. Awak pergi la tidur dulu. Biar saya siapkan sendiri."
Terketar suaranya menahan getaran.
"Kenapa" Kau takut?" soal Haziq. Sedar akan kekalutan Farisya. Sedangkan dirinya juga
merasakan perkara yang sama.
"Tak la. Buat apa saya nak takut?" Farisya cuba mengawal perasaan. Dia masih lagi
teringat akan kata-kata Haziq suatu ketika dulu membuatkan dirinya sentiasa berwaspada.
Seperkara lagi perangai Haziq memang sukar dijangka.
"Kau masih berhubung dengan budak tu?" Tiba-tiba Haziq bertanya.
"Budak mana?" Farisya sengaja mencari helah. Dia tidak mahu perkara itu diungkit kembali. Dirinya
tahu Haziq sedang berbicara mengenai Aswad. Sejak kejadian itu, Aswad tidak pernah
menghampirinya. Mungkin telah berjauh hati. Tambahan pula tidak manis jika Aswad terus
mendekati diriya. "Aswad." Farisya terkesima. Dia hairan dari mana Haziq mengetahui nama Aswad. Bibirnya tidak
pernah menyebut nama itu di hadapan Haziq. "Dari mana awak dapat tahu nama tu" Awak intip
saya?" Haziq merenung lembut wajah Farisya. Dia tidak mahu mengundang kemarahan Farisya
walaupun hatinya kecewa dengan penolakan Farisya. "Aku dapat tahu dari budak satu kampus
dengan kau juga. Dah lama kau kenal dia?"
Farisya tidak faham tujuan Haziq bertanyakan tentang Aswad. Mengapa tiba-tiba Haziq
ingin mengambil tahu" Untuk apa" Hatinya tertanya-tanya. "Yang saya tahu, dia dah mati dalam
kamus hidup saya. Awak la pembunuhnya."
Haziq kelu. Dia merasakan tuduhan Farisya terlalu berat. Namun itulah hakikatnya.
Siapa yang menjadi mangsa sebenarnya"
"Kau sayangkan dia?" duga Haziq.
Soalan Haziq lebih kepada soalan perangkap untuk Farisya.
"Saya tak nak dengar lagi pasal benda ni. Saya pun tak pernah tanya awak tentang Irma.
So, tak perlulah awak nak ungkit cerita-cerita lama," rayu Farisya.
"Irma adalah sejarah dalam hidup aku. Tak mungkin aku akan berpaling lagi. Kau pun
tahu, kan?" Haziq mengelus lembut tangan Farisya.
"Sudah la. Saya tak mahu kita jadi terlalu rapat. Saya masih belum bersedia dengan
semua ini. Terlalu banyak telah saya korbankan. Saya tak mahu kecewa lagi. Tolong la jangan
bagi apa-apa harapan pada mama. Saya tak mungkin dapat lakukannya."
Haziq kecewa dengan jawapan Farisya. Begitu sukar untuk melembutkan sekeping hati
milik Farisya. "Kau marahkan aku?" Haziq cuba memujuk.
"Kalau saya marah sekalipun, ia tak akan merubah keadaan. Saya tetap hak awak dan
saya tak mampu nak buang hak tu."
Suara Farisya sudah mengendur, tidak setegang tadi. Terpaksa akur akan ketentuan yang
telah ditakdirkan untuknya.
"Kau tak yakin aku akan berubah?"
Farisya mengeluh. Untuk memberi Haziq peluang, tidak pernah terlintas di fikirannya.
Biarlah mereka begini saja. Bercakap hanya pada perkara yang perlu saja.
"Berubah atau tidak ia tak bermakna akan menjamin masa depan saya. Saya tahu yang
awak masih sayangkan Irma. Saya tak kisah. Sebab saya tahu memang dari mula lagi awak
bukan milik saya. Saya pun bukan jenis materialistic atau pun perampas. Saya tak rela maruah
saya diperkotak-katikkan semata-mata nak menjaga nama baik awak. Awak fikir la sendiri."
Farisya bangun meninggalkan Haziq bersama kata-kata yang cukup berbisa.
Haziq tidak tahu dari mana Farisya mendapat tahu semua cerita tentangnya. Dia tidak
dapat membalas segala tohmahan Farisya kerana semuanya benar belaka. Namun jauh di sudut
hati, perasaannya kini sudah mula tertumpu kepada Farisya, isteri yang dinikahinya. Ingin cuba
dipujuk namun tidak berdaya kerana hati Farisya sudah tidak selembut dulu.
Haziq bagaikan kehilangan arah. Wajah Irma tidak lagi bermain di fikirannya kecuali
wajah Farisya yang sering menguntum senyuman suatu ketika dulu. Sakit ketika ditinggalkan
oleh Irma tidak seperit penolakan Farisya. Haziq termangu sendirian.
"KAU takkan lupakan aku, kan?"
Dikesat air mata yang masih berbaki. Terlalu banyak yang telah dikongsi bersama
sahabat baiknya itu. "Woi mak cik, kita nak balik pun sekejap aje la. Tak mungkin aku akan lupa. Kau la satusatunya kawan aku yang kahwin tak jemput kawan-kawan," sindir Anisa.
Farisya ketawa mendengarnya. Bukan tak mahu tapi sengaja mahu merahsiakan status
perkahwinannya. Tiga bulan merupakan saat yang dirasakan begitu panjang di dalam hidupnya.
"Aku janji. Kalau aku kahwin lagi sekali, kau la orang yang pertama sekali aku jemput."
"Haah" dah buang tabiat. Mana kau nak campak laki kau yang sorang tu?"
Mereka ketawa lagi. "Pergilah. Aku tengok muka laki kau pun dah nak tukar jadi hijau dah."
Farisya menoleh ke arah Haziq. Melihat wajah Haziq yang masam mencuka
membuatkan hati Farisya bertambah pilu. Episod dirinya menjadi isteri Haziq secara mutlak
akan bermula. Walaupun dalam tempoh tiga bulan. Tidak tertanggung rasanya. Kalau dulu dia
masih boleh mengelak dengan alasan untuk tinggal di kampus. Kini dia tidak dapat lari dari
kenyataan itu lagi. "Dah, jangan sedih-sedih. Aku akan doakan kebahagiaan kau," pujuk Anisa.
"Thanks, kau la kawan aku dunia akhirat."
"Kalau ada apa-apa, just call me okay. Day or night."
Farisya tersenyum pahit. Terlalu banyak cerita tentang Haziq telah diketahuinya daripada
Anisa. Kadangkala Farisya tidak segan silu menangis di hadapan Anisa.
Sebagai sahabat, Anisa tidak mampu untuk membantu kerana Farisya adalah
tanggungjawab suaminya. Namun dia sering memberi kekuatan kepada Farisya serta berpesan
agar sering memanjatkan doa kepada yang Maha Esa. Itulah sebaik-baiknya.
Selesai menyimpan beg di dalam kereta, Farisya melangkah menuju ke tempat duduk di
sebelah pemandu. Sedang dia membuka pintu kereta, matanya terpandang seraut wajah yang
pernah dirinduinya. Haziq dapat melihat pandangan sayu Farisya.
Maafkan aku As, bisik hati Farisya lalu dia meloloskan dirinya ke dalam kereta.
"Apa yang kau pandang?" soal Haziq.
Farisya senyap. Langsung tidak mengendahkan pertanyaan suaminya.
Haziq memandu keretanya keluar dari kawasan universiti. Kereta dipandu perlahan.
"Woit! Aku tanya la."
Farisya menjeling tajam Haziq yang berada di sebelahnya. "Apesal awak nak tahu?"
"Aku tanya, kau pandang siapa tadi?" ulang Haziq. Suaranya sedikit meninggi.
"Suka hati saya la nak pandang siapa pun. Awak peduli apa?" Farisya melawan. Setelah
mendengar cerita yang disampaikan oleh Anisa, Farisya menjadi benci. Dirinya tidak ubah
seperti patung yang bernyawa. Yang hanya mampu menurut.
"Ooo" dah pandai menjawab," serang Haziq dengan sinis.
"Awak yang suruh saya jawab tadi, kan" Ni nak marah-marah pulak. Kalau dah benci
sangat, lepaskan saya!" balas Farisya. Dihambur segala kemarahannya.
"Ada aku ikat kau ke?" soal Haziq perlahan. Hatinya tersentak mendengar kata-kata
Farisya. "Ha ha ha" very funny," ejek Farisya. Geram dengan perangai Haziq yang suka
membulinya. "Dah betul, apa."
Haziq masih lagi tersengih. Rindunya kian terubat. Malu untuk meluahkan secara
terangan. "Malas nak cakap dengan orang miring macam awak."
Akhirnya Farisya melemparkan pandangannya ke luar tingkap.
"Apa kau panggil aku" Miring" Miring-miring pun kau dah jadi hak aku. So, aku ada hak
nak buat apa yang aku suka. Faham!" tegas Haziq.
Farisya tidak lagi membalas kata-kata Haziq. Tidak mahu perbalahan ini berpanjangan.
Terdetik di fikiran Haziq akan kata-kata Farisya tadi.
"Lepaskan saya."
Dia tidak menjangka perkataan itu yang terkeluar dari bibir Farisya. Dia tidak akan
melepaskan Farisya sebegitu mudah. Farisya akan tetap menjadi miliknya sampai bila-bila.
"Betul kau nak berpisah dengan aku?" soal Haziq lembut. Memecah kebuntuan.
Farisya menoleh. Merenung wajah Haziq yang sedang memandu. Wajah tenang Haziq
ditatap lama. Mengakui dirinya turut merindui akan wajah itu. Wajah yang sering bermain di
fikirannya. Mengapa wajah itu yang sering hadir" Sedangkan lelaki itu jarang melayaninya
dengan baik. "Kenapa" Bukan dulu awak yang nak sangat, kan?" sindirnya.
"Aku tanya kau bukan suruh tanya aku balik."
"Saya tak kisah. Lagi senang hidup saya." Farisya berterus terang walaupun dia sedar
akan akibatnya nanti. Akan bergegarlah tiang Arash apabila dirinya meminta cerai. Walaupun
dihalalkan, tetap dimurkai oleh Allah.
"Kau tak pernah sayangkan aku?"
Farisya mengetap bibir. Soalan Haziq bermain di mindanya. Dia akui sudah puas dicuba
untuk membuang wajah Haziq dari terus menguasai dirinya, namun wajah itu tetap akan
menemaninya tanpa jemu. Cintakah itu"
"Kenapa kau diam?" Dia ingin tahu perasaaan Farisya padanya kini. Dia tidak
menghiraukan penolakan Farisya dulu.
"Untuk apa awak nak tahu" Tak penting pun," balas Farisya acuh tak acuh.
"Kenapa kau nak berpisah dengan aku" Kau yakin aku akan lepaskan kau?"
Farisya berpaling. Dikerutkan dahinya. "Apesal pulak?"
"Itu kau tak perlu tahu."
Farisya terkedu melihat Haziq tersenyum sinis.
"Awak nak buat apa?" soal Farisya sedikit cuak. Seraya tangannya melekap di dada.
Bersilang. Melindungi sesuatu.
"Kenapa" Kau takut?" Haziq sengaja membuat Farisya semakin gelisah. Tawanya
akhirnya pecah melihat gelagat Farisya yang sedang melindungi dirinya.
"Buat apa saya nak takut" Negara ni ada undang-undang. Kalau awak berani sangat,
cubalah," ugut Farisya. Suaranya sedikit getar. Tangannya pantas dijatuhkan. Menggenggam erat
hujung baju kebarung yang dipakainya.
"Kau cabar aku?" soal Haziq. Sesekali dia menoleh ke arah Farisya.
Senyap tiada jawapan. Farisya melarikan wajahnya dari terus ditatap oleh Haziq. Teringat nasihat Anisa supaya
jangan sekali-kali mencabar keegoan seorang lelaki.
Melihat Farisya yang masih membisu, Haziq pantas menggenggam tangan Farisya
dengan kemas. Dia tidak mempedulikan rontaan Farisya. Hatinya puas mendengar Farisya
mengalah lalu membiarkan saja tangannya digenggam erat. Senyumnya makin melebar.
14 KERETA Haziq memasuki pekarangan sebuah banglo dua tingkat. Banglo
yang tersergam indah dihiasi sebuah taman kecil berhampiran halaman. Sungguh indah. Rumah
yang telah siap diubah suai menjadi sangat cantik. Seolah-olah berada di satu kawasan
perkampungan. Keluasan tanah di kiri kanan rumah mendatangkan idea untuk membuat sebuah
taman. Cukup dengan sebuah pondok gazebo beratapkan daun nipah.
Rumah siapa pulak ni" Apa yang mamat ni nak buat" Farisya tertanya-tanya di hati.
Haziq sempat melihat riak wajah Farisya. Sengaja dia membiarkan isterinya bingung
sendirian. Dia membuka pintu untuk Farisya.
"Rumah siapa ni" Kenapa tak pergi rumah mama?"
Haziq senyum. Hatinya puas melihat wajah Farisya yang pucat. "Rumah siapa pulak"
Rumah aku la." Farisya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Bila pulak mamat ni beli rumah" Apesal
tak cakap dengan aku" Farisya tertanya-tanya sendirian. Hatinya merasa ragu-ragu untuk
melangkah turun. "Bila awak beli rumah ni" Awak tak cakap kat saya pun."
"Saja. Nak buat surprise."
Wajah Farisya berubah. Dirinya menjadi gelisah.
"Kau nak masuk ke tak nak" Ke kau nak tidur dalam kereta, hah"!" jerkah Haziq.
"Jom la pergi rumah mama. Please," rayu Farisya.
Haziq tergelak besar. Cepat betul mood Farisya berubah. "Kenapa" Kau takut ke duduk
dengan aku?" Farisya tersengih. "Maybe."
"Aku bukan makan orang pun. Kenapa kau nak takut dengan aku?"
"Depan orang memang awak tak makan. Mana nak tahu kalau awak buat belakang
orang." Farisya tidak dapat membayangkan akan kejadian yang bakal berlaku nanti.
"Jangan nak cari pasal. Dah, turun," arah Haziq.
Dengan wajah mencuka, Farisya turun dari kereta dan menuruti langkah Haziq.
Farisya melangkah masuk ke dalam banglo itu. Kagum dengan hiasan dalaman rumah
itu. Luar dan dalam dihias cantik. Memang diakui yang Haziq pandai memilih. Segala perhiasan
yang terdapat di dalam rumah itu kena dengan coraknya. Tak pernah dia impikan untuk tinggal
di rumah sebesar ini. Haziq melabuhkan punggungnya di sofa. Melihat gelagat Farisya. Kadang-kadang
seronok jugak aku mainkan minah ni....
"Berapa orang duduk dalam rumah ni?" soal Farisya.
Haziq diam. Dia leka melihat telatah Farisya.
Farisya menoleh ke arah Haziq. Mata mereka bertemu tapi tidak lama. Farisya terlebih
dahulu mengalihkan pandangannya. Hatinya menjadi tidak keruan. Takut untuk terus bertentang
mata. Rindunya aku dekat minah ni" kalau tak" mandi tak basah la aku jawabnya.
"Berapa orang duduk dalam rumah ni?" ulangnya.
"Hah"apa dia?" Haziq tersentak. Lamunannya terhenti.
Farisya berhenti melangkah. Apalah yang mamat ni fikirkan" Aku tanya pun tak dengar.
Bukan jauh pun" ni mesti fikir yang bukan-bukan! Eee" otak kuning!
"Saya tanya, berapa orang duduk dalam rumah ni," ulangnya lagi.
"Kita dua aje la. Siapa lagi?"
Haziq membuka butang baju kemeja yang dipakainya.
"Hah" Kita dua aje ke?" Farisya terkejut. Maknanya, Haziq berhak melakukan apa saja.
Farisya terkedu. Kecut perut dibuatnya.
"Ye la" dah tu nak duduk berapa ramai?"
Farisya dapat menangkap tujuan Haziq berpindah dari rumah mamanya. Dia perlu
berhati-hati. "Takde la. Kenapa awak nak sangat duduk asing dengan mama?"
"Saja. Nak berdikari. Lagipun aku tak mahu kena leter dengan mama aje pasal kau."
"Kenapa" Rimas" Dah tu kalau duduk dekat sini tak rimas?" soal Farisya tidak senang.
"Sekurang-kurangnya takde la nak dengar mama berleter dua puluh empat jam. Kan
lebih privacy. Senang sikit kalau nak buat apa pun"."
Farisya tersentak. Haziq tersenyum melihat wajah Farisya berubah cemas.
Ah, sudah! Buat apa pulak ni" Mamat ni dah kemaruk sangat ke" Mak" tolong!!!!
"Mana bilik saya?" tanya Farisya.
"Kau kena duduk sebilik dengan aku."
Lemah kepala lutut Farisya mendengar jawapan Haziq. Hu hu hu... matilah aku kali ni,
rintih hati Farisya. "Kan banyak lagi bilik dalam rumah ni" Kenapa kena kongsi pulak?" Farisya ingin
mengelak. "Suka atau tak kau kena duduk sebilik dengan aku," putus Haziq sambil mendaki anak
tangga menuju ke bilik. Farisya masih termangu. "Satu lagi. Malam nanti baru kita balik rumah mama."
Wajah Farisya sedikit pun tidak berubah. Masih cemberut seperti tadi. "Kita stay kat
rumah mama ke?" "Tak. Kita makan malam aje dekat sana."
"Tapi".." Langkah Haziq terhenti. "Apa dia lagi"!"
"Kita stay dekat rumah mama, boleh" Dah lama tak jumpa mama," pujuk Farisya.
"Jangan nak mengada-ada! Lepas aje makan malam kita balik sini."
"Awak?" "Kau tak faham bahasa ke?"
Farisya terdiam lama. Melayan perasaan tidak puas hati dengan arahan Haziq yang tak
keruan itu. "Hah! Apesal diam?"
Wajah lelaki itu dijeling tajam. Rasa ingin saja dipicit-picit lelaki itu menjadi kecil.
"Orang faham la. Bagi la kunci kereta," bentaknya. Geram kerana Haziq sedikit pun
mahu bertolak ansur dengannya.
Apesal minah ni" Nak lari dari rumah ke" Duga hati Haziq. "Kau nak buat apa dengan
kunci kereta aku" Kau nak lari ke?"
Farisya mencebik. Aku lari betul karang, baru kau tau, rungutnya di dalam hati. "Nak ke
saya lari" Kalau boleh sekarang juga saya nak buat."
"Dah tu, apa kau nak buat dengan kunci kereta aku?"
"Berlambak lagi barang saya dalam bonet kereta awak tu. Jangan nak fikir yang bukanbukan."
Mendengar kata Farisya, Haziq malu sendiri. Dicampakkan kunci kereta lalu disambut
oleh Farisya.

Penjara Rindu Karya Nia Arissa di http://cerita-silat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

Dalam tak sedar, dapat juga dirinya mengenakan Haziq!
TERKIAL-KIAL Farisya membawa masuk semua barang-barangnya.
"Bukan nak tolong. Heee" apa punya laki entah," omelnya sendirian.
Selepas selesai mengangkat kesemua barang-barangnya, Farisya duduk di sofa untuk
menghilangkan lelah. Ketika itu Haziq sudah pun berada di dalam bilik mandi. Terdengar deruman air
menghempas ke lantai. Farisya membuka sebuah beg pakaiannya sambil membongkok. Dua tiga helai baju
dikeluarkan. Dia perlukan masa yang banyak untuk mengemas semuanya di dalam almari.
Farisya membuka pintu almari pakaian. Almari tersebut sudah pun penuh dengan bajubaju milik Haziq. Farisya bercekak pinggang. Mana aku nak letak baju aku ni" Baju dia pun dah
penuh satu almari. Ish, leceh la!
Farisya tunduk. Di bahagian bawah juga penuh dengan pelbagai jenis seluar milik Haziq.
Dia berpaling ke belakang dan ketika itulah tubuhnya melanggar tubuh Haziq yang berdiri di
belakangnya. "Ops" sorry!"
Terkedu Farisya melihat tubuh Haziq yang tidak berbaju. Dia melepaskan tangannya
yang sempat berpaut pada tubuh Haziq. Pandangannya ditundukkan.
"Kau cari apa?"
Farisya berasa gugup. "Tak cari apa-apa."
Haziq mengulum senyum. Hai malu nampak" tadi bukan main lagi kau peluk aku. "Dah
tu kau buat apa buka almari baju aku?"
"Saya nak susun baju dalam almari tapi dah penuh dengan baju awak," terang Farisya
sambil beralih ke sofa. Bajunya yang masih belum disusun dimasukkan semula ke dalam beg.
Dia tidak mahu bilik Haziq bersepah dengan baju-bajunya.
"Aku lupa nak beli almari baju kau. Esok kita ke kedai perabot." Haziq mengambil
sehelai jeans dan t-shirt.
Farisya tidak menjawab hanya mengangguk.
"Tapi apesal muka kau merah semacam aje aku tengok. Kenapa?" sindir Haziq.
Farisya memegang pipinya. Alamak! Dia perasan ke" Mak, malunya!
Haziq ketawa besar. Lucu melihat gelagat Farisya. Lawak betul minah ni. Macam la tak
pernah tengok lelaki tak pakai baju, gumam hatinya.
Apalagi, laju saja Farisya melangkah masuk ke bilik mandi bersama deraian tawa Haziq.
Haziq lucu dengan telatah Farisya. Dalam keras-keras hati Farisya, ada lembutnya. Dia
yakin suatu hari nanti dia akan memiliki walaupun secebis kasih daripada Farisya.
15 MEREKA berkumpul di ruang tamu sambil menjamah pencuci mulut.
Dalam duduk bersembang, Haziq sempat melirik ke arah Farisya. Dia seronok melihat
wajah itu menjadi ceria. Dalam diam-diam, Haziq telah pun menerima kehadiran Farisya di
dalam hidupnya. Jauh di sudut hati, kasihnya perlahan-lahan telah dicuri oleh Farisya tanpa dia
sedari. Wajah itulah yang selalu menemaninya ketika tidur, makan atau apa saja. Perasaan itu
timbul dengan sendirinya. Dia sendiri tidak menyangka akan menjadi secepat ini. Dia termakan
dengan sumpahnya kini. Janji-janjinya terhadap Irma dibiarkan berlalu. Untuk apa lagi dirinya mengejar kilauan
kaca sedangkan intan permata telah pun berada di dalam genggamannya.
"Hai Ziq, kak long tengok kau asyik tenung Isya aje kenapa" Takkan tak sabar kut?"
Haziq tersentak. Matanya bertemu dengan mata Farisya.
Farisya tunduk, tidak mahu terus-menerus ditenung Haziq. Panahan mata Haziq terlalu
tajam. Tidak senang duduk dibuatnya.
"Ala kak long ni. Macam tak faham pulak." Hasrin menyindir.
Semua tergelak mendengar sindiran Hasrin.
Haziq membiarkan saja sindiran kakaknya. Kalau dulu, bukan main lagi dia membantah.
Tetapi kini dia lebih banyak berdiam seperti mengiyakan apa saja tanggapan kakak-kakaknya.
"Apa yang kamu nak buat lepas ni, Isya" Nak sambung study lagi ke?" soal Hasni.
"Tak la, kak long. Isya cuma buat praktikal aje ni."
"Kamu buat praktikal di mana?"
Wajah Haziq ditoleh. Inginkan kepastian. Kalau tidak kerana Haziq, dia sudah pun
mendapat tawaran dari syarikat lain untuk menjalani praktikal.
"Di company kita papa. Ziq dah arrange dengan Miss Liew untuk letakkan Isya di
bahagian pemasaran."
Farisya kecewa. Dia menyangka yang Haziq akan terlupa dengan janjinya dulu. Merasa
dirinya tidak bebas. Terkurung oleh penjara ciptaan Haziq.
"Nanti kalau lepas belajar, Isya boleh terus kerja dengan syarikat papa. Boleh papa
tengok-tengokkan," usul Datin Rosma. Memandangkan kesemua anak perempuannya tidak
gemar bernaung di bawah syarikat suaminya, tidak salah seandainya Farisya menjadi ganti.
"Tapi, ma. Isya ingat nak cari pengalaman dulu. Tak la memalukan papa nanti," bantah
Farisya. Masih terlalu awal untuk itu. Sengaja dia menjeling ke arah Haziq. Menunjukkan tanda
protes di hadapan semua. Dengan itu, Haziq mungkin tidak akan memarahinya.
"Nak malukan apanya Isya" Siapa yang berani nak lawan" Kalau ada masalah, bagitau
aje dengan papa," tambah Datin Rosma.
"Tu yang Isya takut, mama. Nanti orang cakap Isya ni besar kepala pula. Tak lama pun
Isya kerja dekat syarikat lain. Dalam dua tiga tahun aje. Baru Isya rasa selesa nak kerja dengan
papa." Datin Rosma terpaksa akur. Kata-kata Farisya ada benarnya. Lagipun dirinya tidak
mempunyai hak untuk mendesak Farisya. Tapi dirinya yakin, Farisya pandai menjaga diri.
HAMPIR pukul dua belas malam baru Haziq dan Farisya pulang ke rumah mereka. Jika tidak
kerana Farisya begitu asyik berbual dengan mamanya, mungkin sudah lama mereka pulang.
Haziq mengubah penghawa dingin ke tahap minimum apabila melihat Farisya memeluk
tubuhnya. Mungkin kesejukan. Di dada langit tiada satu pun bintang berkelipan, hanya awan
mendung yang pekat menyelubungi langit di kala itu. Tiupan angin juga lebih kuat daripada
biasa. Menandakan hujan akan turun pada bila-bila masa saja.
"Kenapa tak nak kerja dengan papa?" soalnya. Matanya masih lagi tertumpu di jalan
raya. "Saja. Lagipun saya tak nak malukan papa," jawab Farisya sejujurnya. Dalam waktu
yang sama tidak mahu berada begitu dekat dengan Haziq.
"Maksud kau?" Haziq kurang jelas.
"Saya belum cukup pengalaman lagi nak bekerja di syarikat papa yang besar tu."
"Apa yang susahnya" Kau kan buat praktikal kat sana" Nak risau apa lagi?"
Farisya sudah dapat mengagak soalan Haziq. "Kalau saya kerja dekat tempat lain pun tak
salah. Lagipun saya tak mahu papa serba salah bila keputusan yang saya pilih tu tak memuaskan
hati papa." "Sebelum kau bentangkan, kau rujuk la dekat papa dulu. Baru kau buat keputusan. "
"Tapi sampai bila nak rujuk dekat papa" Malu la saya. Nanti papa ingat saya tak pandai
nak buat keputusan. Apa guna saya belajar bertahun-tahun dekat U," bantah Farisya.
"Kalau kau malu nak rujuk dekat papa, kau boleh rujuk dekat aku," cadang Haziq.
Erk! Rujuk dekat kau" Malam sikit la labu" jangan harap! Lucu mendengar cadangan
suaminya. "Dengan awak lagilah saya malas."
"Apesal pulak?"
Haziq tidak puas hati dengan jawapan Farisya. Apa yang tak kena dengan dirinya"
Bermacam-macam alasan yang diberikan untuk terus mengelak. Farisya tidak pernah mahu
mengalah. "Nanti awak selalu buli saya. Tak nak la."
Haziq tersenyum kecil. "Bukan kau suka kena buli dengan aku ke?" sindir Haziq.
"Banyak la awak punya suka. Kalau boleh, saya nak lari jauh-jauh dari awak," luah
Farisya. Haziq terdiam. Alamak! Aku dah separuh mati asyik rindu dekat dia, dia pulak nak lari
dari aku. Mama" tolong!!! hatinya berlagu pilu.
"Kalau aku kata kau tak ada pilihan, macam mana?" Ingin menduga hati isterinya.
Suaranya sedikit kendur. "Jangan la macam tu. Please" bagilah saya kerja tempat lain dulu. Tak lama. Awak
bagi saya dua tahun aje. Lepas tu saya kerja la dengan papa," rayu Farisya.
"Kalau aku tak benarkan juga, kau nak buat apa?"
Farisya geram dengan jawapan Haziq. Benci, benci, benci! Aku benci! jerit Farisya di
dalam hati. "Buat bodoh aje la," jawabnya pendek lalu memalingkan wajahnya ke tingkap.
Haziq senyum lagi. Dia gemar membuat Farisya merajuk dengannya. Namun hatinya
masih terusik dengan kata-kata Farisya.
Haziq menghentikan keretanya di luar pagar. Pagar rumah terbuka secara automatik.
Farisya hairan kenapa Haziq tidak terus memandu keretanya ke garaj.
"Kau turun dulu. Aku nak pergi jumpa kawan sekejap. Ada hal."
Cepat-cepat Farisya keluar dari kereta Haziq. Dia memulas tombol pintu rumah tetapi
berkunci. Rupa-rupanya dia terlupa mengambil kunci rumah dari Haziq. Dengan pantas dia
berpaling melihat kalau-kalau Haziq masih belum beredar tetapi hampa.
Argh" tensionnya aku! Farisya melangut di hadapan pintu. Nampak gayanya
terpaksalah dia menanti sehingga Haziq pulang.
Hatinya geram kerana ditinggalkan seorang diri. Cuaca di luar dingin sekali. Mungkin
hujan akan turun bila-bila masa saja. Sesekali guruh berdentum membuatkan Farisya terjerit
kecil. Air matanya tumpah tanpa diminta. Ketika itu jugalah rintik hujan mulai turun. Semakin
lama semakin lebat berselang-seli dengan dentuman guruh. Farisya berdoa agar Haziq cepat
pulang. Farisya duduk di penjuru dinding rumah untuk mengelak daripada terkena tempias hujan.
Angin yang bertiup seakan bisikan halus yang mendodoinya. Semakin lama matanya semakin
berat. Tanpa mempedulikan hujan yang mengganas menyimbah bumi, dirinya terlena di dalam
tangisan. HAZIQ memarkirkan keretanya di dalam garaj. Dia ingin cepat masuk ke dalam rumah
kerana bimbang meninggalkan Farisya sendirian. Ketika ingin memasuki rumah, Haziq
terpanar melihat tubuh Farisya yang sedang mengerekot menahan sejuk di penjuru dinding
rumah. Haziq merapati isterinya dengan diselubungi perasaan bersalah. Begitu tega dirinya
membiarkan tubuh itu berada di dalam kesejukan. Dikuis rambut Farisya yang bermain di
dahi tatkala ditiup angin lembut. Dilihatnya tubuh Farisya menggigil kesejukan. Air mata
yang berbekas di pipi disapu perlahan.
Dengan berhati-hati, dicempung tubuh Farisya menuju ke bilik. Diletakkan perlahanlahan Farisya di atas katil lalu diselimutinya. Haziq merenung wajah mulus isterinya. Maafkan
aku sayang" hatinya berlagu hiba. Dikucup dahi Farisya dengan penuh kasih.
Selesai mandi, Haziq duduk termenung di birai katil. Dia sedar dengan perubahan
dirinya. Dia tidak kuat untuk mengatakan perasaan cintanya kepada Farisya. Dia malu.
Direbahkan tubuhnya di sisi Farisya perlahan-lahan. Tubuhnya diherengkan ke kiri untuk
menatap wajah yang sering dirinduinya itu. Matanya terpejam rapat bersama senyuman terukir di
bibir. HAZIQ terjaga dari lenanya apabila terasa dadanya seperti ditindih sesuatu. Dia membuka mata.
Kelihatan kepala Farisya terlentok di dadanya sambil mendakap dirinya erat. Dia tersenyum
bahagia. Lasak juga bini aku ni tidur. Siap naik-naik kaki lagi.
Haziq terus merenung wajah Farisya tanpa jemu. Sehinggalah Farisya terjaga dari
lenanya. "Puas tidur?"
Farisya masih belum sedar sepenuhnya. Dia mengangkat kepalanya tetapi tidak lama.
Diletakkan kembali di atas dada Haziq. "Hmmm"."
Manja sekali kedengaran suaranya membalas soalan Haziq.
Macam mana aku boleh dengar suara mamat ni" Aku mimpi ke" Tapi dengar macam
real aje". Ah, lantak la! Gumam hatinya.
"Ehem!" Haziq berdeham lantas membuatkan Farisya terjaga serta-merta. Dia melihat tangannya
memeluk tubuh Haziq dengan erat.
"Arghhh!!!!" Farisya menjerit lalu pelukannya terlepas. Hampir saja dirinya terjatuh dari katil. "Apa
awak dah buat kat saya?"
Farisya menyilangkan tangannya di dada.
"Buat apa pulak ni" Aku tak buat apa pun."
Farisya curiga dengan jawapan Haziq. Mana mungkin lelaki itu tidak melakukan apaapa. Takkan ada buaya yang menolak bangkai. "Dah tu, macam mana kita boleh tidur sekatil"
Awak ceroboh bilik saya, kan?"
Haziq ketawa. Farisya terlupa yang dia kini berkongsi bilik bersama Haziq. "Sejak bila
kau ada bilik sendiri" Kau dah lupa apa yang aku cakap semalam?"
Farisya cuba mengingati. Melihat sekeliling bilik yang agak asing baginya. "Tapi... awak
tak buat apa-apa dekat saya, kan?"
Hati Farisya berdebar-debar.
"Kalau buat pun, aku tak salah. Kau hak aku."
Sengaja dia mempermainkan Farisya.
Farisya tercengang. Uwaaaa". Habis la aku! Aku dah ternoda! Hatinya menjerit pilu.
"Tapi?" "Tapi apa"!" jerkah Haziq.
Farisya terkedu. "Awak tak patut buat tanpa persetujuan saya."
Haziq ingin ketawa namun ditahan. Seronok melihat wajah Farisya yang sedikit terpingapinga. "Apa pulak" Kau yang peluk aku dulu."
Gulp! What"! Biar betul. Boleh percaya ke" Farisya terkedu. Jiwanya mati. Tiada apa
lagi yang dapat dipertahankan. Farisya cuba mengingat kembali punca mengapa semua ini boleh
berlaku. "Tipulah! Takkan saya yang mula dulu" Seingat saya, malam tadi"."
Haziq menahan tawanya. Berkerut-kerut dahinya.
"Hah! Apesal malam tadi tak bagi saya kunci rumah" Awak tahu tak saya terpaksa duduk
dekat luar. Dah la lama, hujan pulak tu," marah Farisya tiba-tiba.
Baru dia teringat bagaimana semua ini bermula. Lelaki itu yang membiarkan dirinya
berada di luar sewaktu hujan turun direnung tajam.
"Sorry. Aku tak sengaja. Aku lupa nak bagi kunci pendua rumah ni pada kau," jelas
Haziq sambil tersenyum. Baru kali ini dia dapat melihat wajah Farisya baru bangun dari tidur. Selama ini dia
hanya menatap wajah Farisya selepas siap membersihkan diri. Kini tidak lagi.
"Kenapa awak senyum" Saya tak buat lawak la!" Farisya duduk di sofa. Masih terasa
kehangatan tubuh Haziq melekat di jiwanya.
"Saja. Tak boleh?"
Semakin lebar senyuman Haziq.
Farisya tidak tahan melihat senyuman Haziq yang seakan-akan memerlinya. Dia bangun
lalu mencapai tualanya. "Nak ke mana pulak tu?" tegur Haziq apabila melihat Farisya melangkah ke bilik air.
"Nak mandi. Subuh nak habis," jawab Farisya dengan selamba.
"Subuh memang dah habis pun"."
Langkah Farisya terhenti dan dia menjeling jam di dinding. Jarum jam sudah pun
menunjukkan angka lapan. "Arghhh!!!!" Jerit Farisya geram. Dia menghempas pintu bilik mandi dengan kuat tanda
protes. Haziq terkekeh-kekeh ketawa melihat telatah Farisya yang kelam kabut itu. Mungkin
kerana terlalu gugup ketika bersama Haziq.
16 USAI bersiap, Farisya turun ke dapur untuk menyediakan sarapan. Dia
membuka peti sejuk melihat kalau ada bahan-bahan yang boleh dimasak. Semuanya kosong.
Yang ada hanyalah dua botol air mineral.
"Dapur punya la besar, tapi satu apa pun takde. Apa aku nak makan ni?" rungut Farisya
sambil memegang perutnya yang berkeroncong.
Dia menanti Haziq di ruang tamu. Diambil senaskhah majalah hiburan tempatan lalu
diselak helaian demi helaian. Terlalu banyak gosip yang dipaparkan. Konflik rumah tangga juga
tidak terkecuali menjadi tatapan peminat. Sudah berkali-kali dia menguap. Matahari semakin
terang menyinarkan cahayanya namun kelibat Haziq masih belum juga muncul.
Dia melangkah longlai menuju ke bilik. Ingin diketuk pintu tetapi tangannya terhenti.
Dia teringat kejadian semalam. Macam mana ni" Perut aku dah start bawak lagu hip hop dah ni,
keluh hatinya. Farisya masih lagi tercegat di hadapan bilik. Ah, aku tak kira! Aku dah tak tahan dah ni!
Tangannya pantas mengetuk pintu bilik. Namun tiada jawapan.
Ala" jangan la macam ni. Aku dah tak larat dah ni, desis hatinya. Dia mencuba sekali
lagi. Diketuk pintu itu bertalu-talu. Habis tangannya merah.
Dipulas tombol pintu yang tidak berkunci perlahan-lahan. Matanya meninjau keadaan
sekeliling. Takut ternampak adegan yang tidak sepatutnya dan pandangan matanya beralih ke
arah katil. Tidur lagi mamat ni. Aku ingat dah pergi mandi, omel hati Farisya.
Farisya menggeleng melihat seluruh tubuh Haziq diselubungi dengan comforter. "Awak,
jom keluar. Saya lapar la."
Farisya mencuit-cuit comforter yang digunakan oleh Haziq.
Tiada jawapan. "Awak" bangun la. Tak kerja ke hari ni?" Farisya menggoncang comforter tersebut.
Aik apesal ringan aje badan dia"
Wajah Farisya bertukar pucat tak berdarah. Apa yang telah berlaku" Dadanya berdebardebar. Perlahan-lahan comforter itu ditarik.
"Apa yang kau buat tu?"
Hampir tercabut jantung Farisya mendengar suara Haziq menegurnya.
Haziq menyandarkan tubuhnya di dinding. Dia sudah siap memakai seluar pendek sambil
mengesat rambutnya yang basah.
Nasib baik aku tak mati. Gila punya laki! Aku ingat dia tidur lagi. Tapi apesal aku tak
dengar bunyi air kalau dia tengah mandi" Farisya mengurut dada. Kus semangat! "Errr" takde
apa-apa." Kerana terperanjat dengan jerkahan Haziq, Farisya terduduk di sisi katil.
"Kau ingat aku dah mati ke?" sindir Haziq. Dia melangkah ke meja solek. Menyisir
rambutnya sambil melirik kepada Farisya.
Farisya tunduk apabila sedar Haziq sedang merenungnya di sebalik cermin.
"Kenapa diam pulak" Tadi bukan main kuat lagi kau menjerit panggil aku."
Haziq duduk di sofa. Matanya masih merenung Farisya.
Farisya kaku dengan panahan mata Haziq yang galak merenungnya.
"Woit"dah jadi bisu ke"!" jerkah Haziq.


Penjara Rindu Karya Nia Arissa di http://cerita-silat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

Suka-suka aje nak jerkah aku, rungut Farisya di dalam hati. Hatinya tidak keruan melihat
tubuh Haziq yang terdedah. Atau pun lelaki itu sengaja ingin menguji tahap kesabarannya.
"Saya nak buat sarapan tapi kat dapur tu kosong. Bukannya ada apa pun. Dapur aje
cantik tapi satu apa pun takde. Awak tak masak ke sebelum ni?"
Farisya bangun. Diambil comforter di atas katil lalu dilipatnya.
Haziq tersenyum melihat Farisya memuncungkan mulutnya. Dapat juga ia mengalihkan
perhatian. "Kau nak suruh aku masak" Aku sorang aje yang makan, membazir kalau masak. Baik
aku makan dekat rumah mama."
"Eiii" pemalas!"
"Bukan malas. Tak nak membazir. Lain la kalau kau duduk dengan aku."
Haziq tahu Farisya tidak selesa bersamanya. Ingin diusik Farisya. Sengaja dia
menayangkan tubuhnya kepada Farisya.
"Cepat la. Saya lapar ni." Farisya geram kerana Haziq masih tidak mahu berganjak.
"Nak ke mana pulak tu?"
Terbantut langkah Farisya. Haziq memandangnya dengan wajah serius. Suka hati aku la
nak pergi mana pun. Daripada aku cakap dengan mamat tiang lampu ni, baik aku blah.
"Duduk!" arah Haziq namun tidak diendahkan.
Farisya berjalan pantas ingin cepat keluar.
Haziq bangun dari sofa apabila melihat Farisya sudah menghampiri pintu.
Farisya terkejut ketika Haziq merentap pergelangan tangannya.
Dengan sekali kilas, Farisya sudah berada di dalam dakapannya. Memori ketika di kota
London bertaut kembali. Farisya meronta minta dilepaskan. Suasana menjadi sunyi. Farisya
kaku. Fikirannya tidak dapat mencari akal untuk mengelak.
"Kau nak lari ke mana" Aku takkan benarkan kau pergi jauh dari aku. Kau faham tu?"
Haziq berbisik di telinga Farisya.
Farisya terpaku. Haziq tersenyum apabila tiada penolakan daripada Farisya. Perlahan tangannya
menyentuh dagu Farisya lalu didongakkan. Mata mereka bersatu. Farisya gugup. Situasi begini
membuatkan dirinya seperti hendak pitam. Ditambah pula dengan keadaan perut yang kosong
membuatkan dirinya semakin lemah.
Tetapi padangannya tertancap kepada suatu objek yang melekat di helaian langsir.
Dan". "Arghhh!!!!" Haziq terpinga-pinga dengan jeritan isterinya. Malah pelukan Farisya semakin erat.
Suasana menjadi kelam- kabut. Jeritan Farisya membingitkan.
FARISYA menyuap perlahan burger di tangannya. Matanya diarah ke tempat lain. Tidak
sanggup dia menatap lelaki di hadapannya. Malu dengan kejadian yang tak disangka-sangka
membuatkan Farisya lebih rela mendiamkan diri. Dia melihat Haziq begitu berselera menikmati
hidangannya. Dikuis kentang goreng yang masih berbaki. Seleranya mati. Serba tidak kena
dibuatnya. "Kenapa tak habiskan?" soal Haziq.
Lucu mengingatkan kembali peristiwa ketika di rumah membuatkan senyuman masih
terukir di bibir. Adegan yang sepatutnya menjadi romantik bertukar menjadi haru-biru apabila
Farisya menjerit ketakutan kerana terlihat seekor lipas yang merayap di helaian langsir.
"Dah kenyang," jawab Farisya pendek. Geram dengan senyuman Haziq yang nyata
bersifat sindiran. Haziq mengangkat keningnya. "Bila nak start buat praktikal?"
Farisya mengambil sehelai tisu lalu dikesat bibirnya yang mungil itu. "Praktikal start
minggu depan. Kenapa?"
"Saja. Ada barang yang kau nak beli untuk pratikal nanti?"
Farisya menggeleng. Semuanya sudah disiapkan lebih awal. Dia bukannya orang yang
melakukan kerja di saat terakhir.
"Emmm" saya nak minta izin dari awak. Saya ingat nak balik kampung. Dah lama saya
tak jenguk ibu. Rindu pula rasanya."
Farisya tunduk. Kerinduan di hati terhadap ibu tercinta mengundang sebak namun masih
mampu ditahan. Malu andainya Haziq dapat melihat air matanya yang bergenang.
"Berapa lama?" Haziq menyandarkan tubuhnya. Keriuhan di dalam restoran tersebut membuatkan dia
kembali menegakkan tubuhnya. Dengan cara itu, dia lebih dekat dengan Farisya.
"Dua tiga hari aje. Lagipun saya nak prepare untuk praktikal awal sikit," cadang
Farisya. Dirinya berharap Haziq membenarkannya untuk pulang ke kampung. Ini bermakna,
dirinya akan berjauhan dengan suaminya.
"Boleh. Tapi dengan syarat."
Farisya menanti sambungan ayat Haziq.
"Kau kena balik dengan aku. And one more thing, kau kena layan aku as your husband."
Senyuman Haziq melebar apabila melihat wajah terkejut Farisya.
Matilah aku kali ni. I"m trapped!
"Setuju atau tak terpulang pada kau." Haziq memberi kata dua pada Farisya untuk
membuat pilihan. Diluah mati emak, ditelan mati bapa. Itulah yang dirasainya ketika itu.
"Awak memang nak kenakan saya, kan" Takpe. Saya terima. Jaga awak!" Farisya
memberi kemenangan kepada Haziq.
Haziq hanya tersenyum. Sudah berkali-kali Farisya terpaksa mengalah dengannya.
"Jom. Aku nak beli barang. Banyak benda yang kena beli untuk rumah tu. Nanti ingatkan
aku untuk singgah di kedai perabot. Lagi satu aku nak tanya. Kau ni pandai masak ke?"
Eleh, belum rasa belum tau la. Aku gerenti siap jilat jari kau nanti. Tunggu la". "Apa,
awak ingat saya ni koman sangat ke" Tak guna la saya jadi orang perempuan kalau tak tahu
masak." Haziq senyum dengan jawapan Farisya. Haziq bangun dan diikuti Farisya. Mereka
berjalan beriringan. Haziq menggenggam erat jemari Farisya. Farisya hanya membiarkan kerana
tidak mahu menjatuhkan air muka suaminya. Dalam hati, dirinya terasa senang. Senang dimanjai
oleh lelaki itu. FARISYA sudah tidak larat hendak melangkah. Haziq masih lagi belum puas dengan apa yang
dibelinya. Tiba di satu butik eksklusif pakaian untuk wanita, Haziq menarik tangan Farisya.
Haziq mengambil sepasang blouse dan dihulurkan kepada Farisya. Farisya mengangkat
keningnya. "Pergi cuba baju ni," arah Haziq.
Farisya membelek baju yang dihulurkan. Terbeliak matanya melihat potongan leher
blouse tersebut terlalu luas. Andai Farisya memakai blouse ini, sudah pasti apa yang
disembunyikan selama ini akan terpampang. Cukup seksi. Farisya menghulurkan kembali kepada
Haziq. Gila! Ada ke dia bagi baju aku macam tak cukup kain ni" Dia ingat aku ni apa" Marah
Farisya di dalam hati. "Apa yang tak kena" Pergilah," tegas Haziq.
Farisya menggeleng laju. "Seksi sangat. Awak nak bagi semua orang tengok apa yang
sepatutnya untuk tatapan awak ke" Saya ni bukannya kolot sangat tapi nak berfesyen pun kena la
jaga nama baik suami sama."
Haziq tertarik dengan jawapan isterinya. Dia akui dengan kata-kata Zakuan mengenai
isterinya. Farisya memang istimewa. "Untuk tatapan aku?"
Farisya mengemam bibirnya. Dia tahu dia telah tersilap kata.
Haziq tersenyum nakal. Dia sendiri tidak pernah melihat Farisya berpakaian seksi. Tidak
seperti Irma yang sering mengenakan pakaian yang menjolok mata. Itu yang membezakan di
antara mereka berdua. Diletakkan semula blouse itu dan beralih ke rekaan blouse yang lain. Satu
per satu diajukan kepada Farisya tetapi tiada satu pun yang menarik minat Farisya. Tangannya
juga sudah lenguh. Wajahnya berubah. Mengapa tiada satu pun blouse yang mampu menarik
minat Farisya" Farisya memberi isyarat kepada Haziq supaya berhenti. Tidak sampai hatinya melihat
wajah Haziq begitu. Seperti kecewa lagaknya. Dia berjalan ke satu sudut dan kembali bersama
sepasang blouse yang kasual.
Jauh di sudut hati, Haziq memuji cita rasa isterinya. Boleh tahan taste minah ni. Aku
ingat tak tahu langsung. Blouse itu tidak menampakkan ciri-ciri yang seksi namun masih mampu membuatkan si
pemakai kelihatan anggun dan menawan. Farisya tahu serba sedikit tentang dunia fesyen yang
sesuai untuk wanita seperti dirinya dari majalah-majalah.
Farisya melangkah keluar dari bilik persalinan. Diangkat keningnya sambil tersenyum.
Dia menggayakan blouse yang dipilihnya di hadapan Haziq.
Haziq memeluk tubuh sambil mengangguk. Mengakui akan keayuan Farisya memang
nampak sesuai dengan apa saja yang dipakainya.
"Not bad." Farisya mengibarkan rambutnya dan kembali ke bilik persalinan.
"Baru kau tahu siapa aku. He he he" acah aje tu"." Farisya ketawa sendirian apabila
teringatkan pandangan mata Haziq yang kagum melihatnya. Hatinya berbunga riang.
17 FARISYA memeluk erat ibunya sebaik saja tiba ke kampung halaman. Sejak
menjadi isteri kepada Haziq, baru kali ini dia dapat melawat keluarganya di kampung. Jadual
waktu yang padat membataskan untuk dia pulang ke kampung dengan lebih kerap.
"Kamu sihat, Isya?" Marlia bertanya. Dia terlalu kasih dengan Farisya kerana
ketaatannya. "Sihat bu, adik macam mana" Isya banyak kerja la bu, tak sempat nak lawat ibu selalu,"
jawab Farisya sambil berjalan mengiringi ibunya. Beg pakaiannya diseret sekali.
"Ibu faham. Isya kan dah jadi isteri orang, walau apa pun Isya kena utamakan suami
Isya." Farisya mengangguk. Pesanan ibu tak pernah dilupakan dan sebab itulah dia tidak pernah
bertindak di luar batasan terhadap Haziq.
Haziq mengekori langkah mereka bersama bapa mentuanya. Ini kali kedua dia
melangkah masuk ke rumah orang tua Farisya. Buat kali pertama, mungkin dia berasa kekok.
Namun kini dia terpaksa membiasakan dirinya untuk tinggal di rumah kedua ibu bapa Farisya.
"Pergilah layan suami kamu tu. Ibu tengok dia macam tak biasa dengan rumah
kampung," arah ibu Farisya.
"Biar la, dulu bu. Tak tahu, kenalah belajar."
Farisya mengangkat cerek untuk menjerang air. Dia membantu ibunya membuat
minuman petang. Dia juga sempat singgah membeli beberapa jenis kuih buat minum petang
mereka sekeluarga. "Isya, dengar tak cakap ibu?"
Mendengar suara ibunya yang sedikit tegas, Farisya dengan malas melangkah ke ruang
tamu di mana Haziq masih duduk di atas kerusi rotan. Tidak berani hendak membantah. "Awak
nak mandi ke?" Haziq menoleh. Melihat wajah Farisya sedikit masam. Pasti telah dipaksa oleh ibunya.
Haziq tersenyum. "Ehem!" Mendengar ibunya berdeham membuat Farisya terkedu. Rumah kedua orang tua Farisya
tidak begitu besar makanya apa yang dibualkan mudah didengari hingga ke dapur.
"Abang nak mandi" Saya siapkan baju." Farisya berkata lembut namun wajahnya masam
mencuka. Haziq tersenyum lagi. Hatinya lucu melihat memek muka Farisya.
Mamat ni tak habis-habis nak senyum! Seronok la tu, menyampah betul! Geramnya!
Dijelingnya Haziq. "Boleh jugak. Tapi "abang" nak mandi air perigi, boleh?"
Farisya terkejut. Mengada betul la laki aku ni. Mentang-mentang la ibu ada, saja aje nak
kenakan aku. Eee" geramnya!
"Kan ke ada air paip" Kenapa nak mandi air perigi pulak" Dah lama kami tak gunakan
perigi tu. Takut airnya kotor. Nanti awak tak biasa pulak."
Farisya sengaja memberi alasan. Sebenarnya dia malas hendak ke perigi. Lebih-lebih lagi
hanya mereka berdua saja.
"Aku nak merasa mandi air perigi. Cuba kau tanya ibu," arah Haziq.
Farisya mengeluh. Terpaksa melayan kerenah suaminya.
"Kenapa?" Ibu Farisya bertanya.
"Menantu kesayangan ibu tu nak mandi air perigi. Dia teringin. Air perigi tu elok lagi ke
bu?" Farisya membuka tudung saji. Dia mencubit isi ikan masin yang sudah dibakar, baki lauk
untuk santapan keluarga Farisya tengah hari tadi.
Begitulah mereka. Cukup sederhana. Farisya ingat akan pesan arwah ayahnya, tidak
perlu membazir dalam makanan. Biar makan untuk hidup dan bukan hidup untuk makan. Farisya
pegang kata-kata itu sehingga dirinya dewasa. Tidak hanya pada makanan, malah semua barang
akan Farisya gunakan selagi boleh. Lebih jimat.
"Apa yang tak eloknya" Abah kamu selalu mandi air perigi. Dia sendiri tak biasa nak
mandi air paip. Lebih puas katanya. Pergi la bawa suami kamu tu," suruh Marlia.
Dia melihat Farisya masih mencubit isi ikan masin bakar. Memang dari kecil lagi, itulah
makanan kegemarannya. Selalunya, ikan masin bakar akan dimakan bersama ubi rebus atau pun
pulut kukus. "Isya." Farisya mendongak. Melihat anak mata ibunya yang galak menjelingnya. "Ye la. Ye la.
Isya pergi la ni." Farisya masuk ke bilik, menyiapkan baju dan tuala untuk Haziq mandi di perigi. Entah
apa angin Haziq hendak mandi di perigi pula. Farisya terpaksa melayani kehendak Haziq, itu
sudah termaktub dalam syarat yang telah dijanjikan.
"Kau selalu mandi air perigi?" tanya Haziq sambil mengekori langkah Farisya. Meredah
sebuah lorong yang dipagari semak dan lalang. Haziq yang hanya berseluar pendek terasa
kakinya miang terlibas daun-daun lalang.
"Tak juga. Lepas rumah ada air paip, saya terus tak mandi air perigi. Lagipun dah besar
panjang macam ni tak molek kalau mandi di perigi. Takut ada yang menghendap," terang
Farisya. Walaupun dirinya belum pernah menjadi mangsa, tetapi satu kampungnya heboh. Teman
sekampungnya ada juga yang menjadi mangsa. Tetapi tidak pernah pula orang kampung
membuat tangkapan. "Ye ke" Ada lagi orang yang nak menghendap zaman sekarang ni?" Haziq seakan
terkejut. "Zaman aje berubah. Mentaliti orang tetap sama. Orang kampung la katakan, kolot sikit,"
balas Farisya. Dia menyangkut tuala dan baju untuk dipakai selepas Haziq mandi nanti. Keliling
kawasan perigi sudah berdindingkan zink. Jadi, agak sukar untuk orang lain menghendap.
Haziq membuka t-shirt yang dipakainya lalu dihulurkan kepada Farisya.
Dengan wajah yang merona kemerahan, Farisya menyambut huluran Haziq.
Cuaca yang agak panas memang sesuai andai mandi di perigi. Air perigi memang agak
dingin berbanding air yang mengalir dari paip.
"Macam mana nak ambil air perigi ni?" soal Haziq. Dia kebingungan.
"Mari saya tunjukkan."
Farisya mengambil baldi kecil yang telah tersedia terikat dengan tali. Dicampakkan baldi
itu ke bawah. Dalam beberapa saat, Farisya menarik semula tali yang diikat pada baldi. Baldi
yang dinaikkan Farisya penuh dengan air. Dituangkan air itu ke dalam besen. "Nah. Awak cuba
pulak." Haziq mengambil baldi di tangan Farisya. Cuba mengulangi apa yang dilakukan oleh
Farisya sebentar tadi. Terkial-kial dia melakukan perkara yang baru bagi dirinya. Saat dia
menarik baldi itu naik ke atas, air yang terisi di dalamnya sedikit sahaja.
Farisya ketawa kelucuan. Namun Haziq tidak mengalah. Dia mencuba sekali lagi tetapi hasilnya tetap sama.
Tangannya sudah lenguh. Air di besen tidak juga penuh. Dia membiarkan Farisya
mentertawakannya. "Marilah saya buatkan. Awak gunalah air dalam besen tu."
Baldi bertukar tangan. Tidak sampai hati melihat Haziq bersusah payah mengambil air
dari perigi. Haziq mandi dengan puas sekali. Kesejukan air perigi membuatkan dirinya merasa
begitu segar. "Kau tak mandi sama?"
"Tak nak la. Saya mandi dekat rumah aje nanti. Tak selesa."
Ditolak lembut pelawaan suaminya. Mana mungkin mereka mandi bersama di kawasan
yang agak terbuka. "Kenapa tak selesa pulak" Bukan kau pernah mandi air perigi nikan" Cepatnya berubah.
Lupa diri la tu"." Haziq melumurkan syampu di kepalanya. Buih syampu sudah terlalu banyak
memenuhi kepalanya. Amboi sedapnya mulut tu bercakap. Tolong sikit, ek! Desis hati Farisya. "Helo" nak
mengata tu agak-agak la. Saya tak selesa bukan sebab lupa diri, tapi sebab awak. Faham?"
Farisya meletakkan baldi kecil itu di bawah apabila besen di hadapan Haziq sudah
dipenuhi air. Dia sedikit mengah. Sudah terlalu lama dirinya meninggalkan tabiat itu.
"Ye la tu. Boleh percaya ke?" Haziq menduga.
"Tak percaya, sudah. Saya tak paksa."
Haziq tersenyum. Tiba-tiba dia memejam matanya dengan rapat. Diraba-raba gayung
yang entah hilang ke mana. Buih syampu telah masuk ke matanya.
Farisya hanya memerhati Haziq di dalam dunia gelapnya.
"Tolong ambilkan gayung. Mata aku pedih ni."
Farisya sengaja mendiamkan diri. Padan muka kau! Asyik aku aje yang kena" biar kali
ni kau pula yang rasa! Hatinya mengomel puas.
"Woi! Kau dengar tak" Isya" kau dah pergi ke?"
Haziq terpinga-pinga dalam kegelapan. Matanya semakin pedih dirasakan. Haziq bangun
untuk mencari gayung. Dalam teraba-raba itu, dia telah menghampiri perigi.
Farisya tersentak apabila melihat kaki Haziq begitu hampir dengan lubang perigi. Dia
bangun dengan pantas untuk menghalang Haziq dari terjatuh ke dalam perigi. Namun malang
nasib mereka. "Awak, pegang kuat-kuat!" Farisya cuba menarik tubuh Haziq tetapi gagal disebabkan
tubuh Haziq dilumuri sabun dan syampu ia menjadi licin.
"Arrggghhhhh!!!" Mereka sama-sama menjerit.
Farisya gagal menahan Haziq dari terjatuh ke dalam perigi. Malah, dirinya turut sama


Penjara Rindu Karya Nia Arissa di http://cerita-silat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

terjatuh. Burrrr!!! "Kau pergi mana tadi, hah" Kenapa kau tinggalkan aku sorang-sorang?" Haziq meraup
wajahnya. "Mana ada" Saya tak bergerak ke mana pun," jawab Farisya. Disebabkan niat jahatnya,
dia terpaksa menerima akibatnya.
"Dah tu, kenapa kau tak menyahut masa aku panggil kau" Kau sengaja nak kenakan aku,
kan?" Farisya diam. Dia tahu dirinya bersalah. Air perigi itu terlalu sejuk dirasakannya. Dia
menggigil kesejukan. Wajahnya pucat menahan sejuk.
Haziq mendongak ke atas. Keadaan perigi yang sedikit dalam menyukarkan dirinya
untuk panjat ke atas. Dia mencuba beberapa kali untuk ke atas tetapi gagal.
"Ini semua salah awak! Kalau awak tak beria sangat nak mandi air perigi, kita dah tentu
tak jadi macam ni," marah Farisya. Tanganya dibawa ke dada.
"Apesal pulak salah aku" Yang kau tak menyahut masa aku panggil tu, siapa suruh" Nak
tolong orang tapi dia sendiri pun jatuh."
Farisya menjuihkan bibirnya. "Nasib baik orang nak tolong, tau!"
Haziq ketawa. "Ye la. Tolong sangat la ni. Dua-dua kena tidur dalam perigi ni sampai
orang datang cari. Baru padan muka kita."
Farisya mengalah. Cakap Haziq ada betulnya. Memang salahnya sendiri.
"Pernah jadi macam ni?"
Farisya mengangguk. "Berapa lama terperangkap dalam ni?"
Farisya menunjukkan isyarat satu menggunakan jarinya.
"Satu jam?" Haziq menarik nafas lega. Nasib baik.
"Tak. Satu hari," jawab Farisya perlahan.
Haziq terkedu. Nampaknya, terpaksalah mereka duduk di situ sehingga ada sesiapa yang
menyedari akan kehilangan mereka.
Farisya sudah tidak dapat menahan sejuk. Sudah beberapa kali dirinya bersin.
Haziq merapati Farisya. Farisya cuba mengelak. Keluasan perigi tidaklah sebesar mana. Takkan mungkin Farisya
dapat melarikan diri dari Haziq. Farisya mengangkat tangan untuk menyapu wajah dari kotoran
yang melekat ketika mereka terjatuh tadi. Habis keruh air perigi. Tatkala tangannya berada di
hadapan mata, Farisya menjerit secara tiba-tiba. "Arghhh!!!!"
Dia mengibas-ngibaskan tangannya.
"Apesal?" tanya Haziq apabila melihat Farisya menjadi tidak keruan.
"Pacat!" Farisya masih lagi mengibaskan tangannya ke dalam air. Habis air terpercik merata-rata.
Haziq menangkap tangan isterinya untuk membuang pacat yang terlekat tetapi tiada.
"Mana ada pacat" Kau ni penakut sangat la."
"Eh, ye ke" Tadi ada. Betul saya tak tipu."
Farisya tersengih. Wajahnya dirasakan begitu tebal menahan malu. Apabila yakin
tangannya tidak mempunyai apa-apa barulah diraup wajahnya. Rambutnya yang panjang ditolak
ke belakang. Dia sempat melirik ke arah Haziq dan ketika itu mulutnya ternganga. Sambil
menekup mulutnya untuk menahan menjerit, Farisya menunjukkan sesuatu kepada Haziq.
Haziq perlahan menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh Farisya. Melihat sahaja pacat
terlekat di bahunya, Haziq yang terperanjat terjerit kecil sambil menguis pacat yang belum
sempat menghisap darahnya.
Apalagi, terkekeh-kekeh Farisya mentertawakan suaminya. Eleh, tadi cakap orang" dia
sendiri pun takut jugak! "Apa yang kau gelak" Aku tak takut, cuma geli aje," dalih Haziq.
Farisya masih lagi ketawa. Semakin lama semakin kuat tawanya.
Haziq bengang mendengar ketawa Farisya. Dia mendapat akal. "Apa tu?"
Haziq menunjukkan sesuatu ke arah Farisya yang sedang ketawa.
Spontan Farisya menjerit seraya memeluk tubuh Haziq di hadapannya.
"Ha" lain kali jangan gelakkan orang. Kan dah kena," bisik Haziq.
Farisya tunduk. Tawanya mati di situ bersama pelukan hangat dari Haziq. Langsung
tidak mahu dilepas. Sementara itu di rumah orang tua Farisya, Marlia berasa sedikit gusar. "Iman. Kamu
cuba pergi tengok kakak kamu dekat perigi. Dari tadi mandi takkan tak sudah-sudah lagi. Dah
nak masuk senja dah ni."
"Kakak balik ke, bu" Patut la Iman nampak ada kereta besar dekat luar. Iman ingat
kereta cikgu Iman." Iman duduk bersimpuh di sisi abahnya. Cucur udang di hadapan disuap ke
mulut. Memang perutnya terasa lapar.
"Apa lagi yang kamu tunggu ni" Tak dengar apa yang ibu cakap tadi?"
Marlia mengingatkan Iman. Satu-satu anak lelakinya. Marlia bersyukur kerana
dikurniakan sepasang anak yang mendengar kata. Mampu berdikari dan tidak pernah merungut
akan kesusahan mereka. Walaupun Farisya dan Iman berlainan bapa, tetapi mereka cukup akrab.
"Ye la. Iman nak pergi la ni. Kan air paip dah ada. Kenapa nak mandi air perigi lagi?"
Iman mengomel sendirian. "Abang ipar kamu tu tak pernah mandi air perigi. Dia teringin nak rasa," terang Marlia.
Iman hanya mengangguk. Pantas dia melakukan seperti apa yang diarahkan oleh ibunya.
"Dah lama ke mereka pergi?" soal Radduan sambil tangannya ligat melipat rokok daun
lalu diselitkan ke mulutnya.
"Ada la dalam tiga, empat jam. Saya takut jadi apa-apa aje dekat dia orang tu. Menantu
kita tu bukannya biasa dengan suasana kampung ni," kata Marlia sambil menambah air kopi ke
cawan suaminya. "Dia orang tu dah besar panjang. Dah kahwin pun. Nak risau apanya?" balas Radduan,
menenangkan kegelisahan yang melanda jiwa isterinya.
Tiba-tiba Marlia tersentak apabila terdengar sayup-sayup suara Iman memanggilnya.
Jantungnya berdegup kencang.
"Ibu! Ibu!" Sampai saja di hadapan ibunya, Iman sudah tercungap-cungap kepenatan akibat berlari
sekuat hati. "Apa kena kamu ni Iman" Mana kakak kamu?" Marlia bertanya.
Iman membongkok untuk mengambil nafas. "Kakak dengan abang jatuh perigi."
Marlia terkesima. Pantas kakinya melangkah ke perigi dengan hanya berkaki ayam.
"Abang! Cepat! Anak kita jatuh perigi. Ya Allah"."
Sempat juga Marlia memanggil suaminya.
Radduan turut sama terkejut dengan cerita yang disampaikan oleh Iman.
Marlia dan Iman sudah pun meninggalkan Radduan yang baru berlari-lari anak menuju
ke perigi. 18 "OKEY Shida, aku balik dulu ye," pesannya kepada Shida.
"Eh, kau nak balik naik apa" Kalau tak silap aku, hubby kau ada meeting, kan?" Shida
mengingatkan Farisya. "Alamak, aku terlupa la. Emmm" aku tunggu kat bilik dia la. Kalau kau balik lambat
takpe la juga. Nak duduk sorang-sorang kat sini, takut aku."
"Apa yang kau nak takut" Budak akaun dengan shipping kan selalu balik lambat."
Farisya tidak mahu mengambil risiko. Dia tidak mahu duduk bersendirian di mejanya.
"Takpelah Shida. Mana tahu dia dah habis meeting ke. Boleh aku balik awal. Asyik balik
lambat aje," luah Farisya. Tangannya ligat mengemas mejanya.
"Selama ni pukul berapa kau sampai rumah?"
"Kalau jarum jam belum tunjuk pukul sepuluh, jangan harap la aku nak ada kat rumah."
"Dah tu kau buat masa tunggu suami kau?" Shida menekan suis off di komputernya.
"Buat la apa yang patut. Boring tau," adu Farisya.
"Dah nasib kau, Isya. Terima aje la. Aku ingat kahwin dengan anak orang kaya ni
senang. Lagi susah ek?" Shida turut sama mengemas mejanya.
"Siapa cakap senang" Tengok nasib juga la."
Mereka berjalan beriringan menuju ke lif. Sejak ditempatkan bersama dengan Shida,
mereka menjadi akrab. Ke mana saja mereka pergi, tetap berdua.
Farisya membuka pintu bilik pejabat suaminya. Bilik itu sudah tidak asing lagi baginya.
Dia mengintai di sebalik pintu. Kosong. Dia mengambil beberapa fail milik pelanggan untuk
disemak. Dia melabuhkan punggung di atas sofa yang diimport sambil menanti Haziq dengan
sabar. Dia menyelak beberapa fail yang mengandungi kontrak-kontrak milik pelanggan.
Waktu berganjak dari siang ke malam. Farisya sudah pun terlena. Fail di hadapannya
masih lagi terbuka. Haziq melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya. Dia tidak sedar akan Farisya yang
terlena di biliknya. Dia terus menuju ke meja.
Fail di tangannya dihempas kasar. Perebutan untuk mendapatkan kontrak anjuran
kerajaan tidak berjaya diperolehi. Proposal yang disediakan hampir sama dengan proposal pihak
Melati Berhad. Yang membezakan proposal itu hanyalah sebut harga yang ditawarkan oleh
Haziq sedikit tinggi berbanding Melati Berhad.
Walaupun Dato" Razlan tidak menyalahkannya namun, dia merasakan ada musuh di
dalam selimut. Haziq meneliti skrin komputer. Membuka semua fail berkaitan dengan kertas
kerja yang dibentangkan ketika mesyuarat tadi. Cuba mengesan di mana silapnya yang telah
menyebabkan mereka terlepas projek yang berharga jutaan ringgit itu.
Ketika itu juga, matanya tertancap susuk tubuh Farisya yang tersandar lesu. Haziq
tersenyum. Dirinya turut simpati kerana Farisya terpaksa menunggunya. Disebabkan dirinya
yang terlalu sibuk, memang menjadi kebiasaannya untuk pulang lewat. Pantas tangannya
menekan alat tetikus di hadapannya agar kerjanya dapat cepat disiapkan. Hatinya berbunga
kembali. Api cintanya membara menjadi pendorong untuk dia lebih kuat berusaha. Haziq
menyiapkan kerjanya dalam senyuman.
Farisya merasakan ada seseorang menggoncang bahunya. Matanya dibuka perlahan.
Wajah Haziq di hadapannya ditatap lesu. Lelaki itu menghadiahkan senyuman kepadanya.
Namun dibiar tanpa balasan. Dirinya masih lagi mamai.
"Kat mana ni?" soal Farisya.
"Kat mana pulak" Kat ofis aku la. Kau nak balik tak?" Haziq sudah pun berdiri bersama
kot dan briefcasenya. "Emmm.?" Farisya tersentak. Dia tidak mahu Haziq meninggalkannya. Pantas dicapai tas tangan dan
fail-fail yang bersepah di atas meja.
Haziq menutup suis lampu. Menggeleng dia melihat gelagat Farisya yang kadang-kadang
kelihatan cemerkap. "Sekarang ni aku tengok kau selalu bawak balik kerja ke rumah. Kau cukup
masa ke nak rehat?" Farisya tersenyum. Tidak sangka Haziq begitu mengambil berat walaupun dalam hal
sekecil itu. "Dah kawan awak tu bagi saya banyak kerja, kenalah saya buat. Awak yang nak sangat,
kan?" balas Farisya berbau sindiran.
Wajah lelaki itu dikerling. Dalam tak sedar, dirinya turut memuji kekacakan yang
dimiliki oleh Haziq. Kadangkala wajah itu kelihatan tenang. Sejuk hatinya memandang.
"Manalah aku tahu dia nak bagi kau kerja sampai banyak macam ni."
"Dah tu, awak nak suruh saya buat apa?" soal Farisya.
"Esok aku bagitau Malik," cadang Haziq.
"Eh, tak payah la. Nanti dia cakap saya mengadu pulak. Lagipun saya kan masih
praktikal lagi. Banyak lagi yang saya kena belajar," pujuk Farisya. Tidak mahu menggunakan
kuasa yang ada pada suaminya untuk kepentingan diri sendiri.
"Kau lapar tak?"
Farisya mengangguk. Memang perutnya menjerit-jerit minta diisi. Jam di tangan sudah
melangkau ke angka dua belas.
Haziq tidak terus pulang ke rumah. Dia membawa Farisya ke sebuah restoran Melayu
untuk makan malam. Farisya menurut tanpa banyak soal.
Setelah membuat pesanan, Haziq begitu asyik melihat telatah anak kecil di sebelah
mejanya. Terdetik di hatinya untuk memiliki cahaya matanya sendiri. Namun sebelum itu,
dirinya harus merebut cinta milik Farisya terlebih dulu. Biarlah hatinya bersabar. Bersabar
mencari cahaya cinta. HARI minggu begini memang seronok andai dapat bersantai bersama keluarga. Farisya
bangun sedikit awal untuk menyediakan sarapan. Sengaja tidak dikejutkan Haziq. Jika
tidak sudah tentu dia sukar melakukan kerja-kerja rumah. Seperti minggu-minggu yang
lepas, Haziq selalu mengganggunya. Dalam mengganggu, ada juga suaminya mem bantu.
Jus oren dituang ke dalam gelas lalu diteguk perlahan. Duduk melepaskan lelah
mengemas sambil melihat ke bahagian belakang rumah. Kelihatan seorang anak kecil sedang
leka memerhati si ibu sedang menyiapkan kerjanya. Belum tentu dirinya dapat merasa apa yang
dilihatnya tadi. Sejak kebelakangan ini, Farisya sedar akan perubahan diri Haziq. Memang agak berbeza
dari dahulu. Cahaya untuk mereka berbaik masih lagi samar-samar walaupun kadangkala
layanan Haziq mendamaikan hatinya. Lelaki itu tidak kering akal untuk merebut cintanya.
Namun, tidak pernah pula mengucapkan kata-kata cinta secara terang-terangan. Dirinya juga
turut kaku untuk mengaku sedangkan perasaan itu semakin menular ke segenap ruang hatinya.
Farisya mengeluh panjang. Dia menghabiskan minumannya lalu menoleh sebelah.
"Argh!!!!" Farisya terkejut melihat Haziq yang sedang menikmati sarapan di meja makan. Entah
bila Haziq turun, langsung dia tidak sedar. Gelas yang dipegang terlepas. Kaca bertaburan
memenuhi lantai. Farisya panik.
"Kau ni kalau tak menjerit sehari boleh demam agaknya," sindir Haziq.
Suapannya terhenti ketika mendengar jeritan Farisya berserta deraian kaca. Tiada niat di
hatinya hendak membuat Farisya terkejut. Tidak sampai hati hendak mengejutkan isterinya yang
sedang asyik mengelamun. "Sorry. Saya tak dengar awak turun," ujar Farisya.
Dia yang muncul macam hantu, nak sindir orang pulak, desis hatinya. Wajahnya
ditundukkan. Mencari ruang untuk bergerak kerana di hadapannya sudah dipenuhi dengan
serpihan kaca. "Mana nak dengar kalau asyik mengelamun."
Farisya melangkah setapak untuk mengambil penyapu.
"Tunggu!" jerit Haziq
"Auucchhh!" Farisya tersilap mengatur langkah lalu serpihan kaca tertusuk ke tapak kakinya. Darah
merah mula menitis. Farisya berdiri di tempat yang sama. Dia tidak dapat bergerak kerana kaca
masih berselerak di merata tempat. Dia merasakan kakinya berdenyut-denyut dan ngilu.
Haziq pantas menyambar penyapu di tangan Farisya. Dia dapat mengagak luka di kaki
Farisya agak dalam kerana banyak darah yang mengalir keluar. Selepas memastikan tiada lagi
kaca di atas lantai, Haziq membantu Farisya untuk duduk di atas kerusi. Dia tunduk melihat luka
di kaki Farisya. "Kau sayangkan aku tak?"
Farisya terkejut. Gila ke apa mamat ni" Aku dah sakit gila ni, dia boleh tanya aku soalan
"cepumas" tu" Dah makin miring kut laki aku ni, gumam Farisya di dalam hati. "Dah tak ada
waktu lain ke awak nak tanya?"
Farisya menahan sakit. Pertanyan Haziq dirasakan kurang tepat. Mana mungkin dalam
keadaan sakit, dirinya boleh bersikap romantis.
"Kau pernah jatuh cinta dengan aku tak?" soal Haziq lagi. Tidak menghiraukan rungutan
Farisya. Wajah Farisya direnungnya.
Mata mereka bertemu. "Apesal awak nak tahu" Kalau saya sayang ke, cinta ke tak mendatangkan sebarang
faedah pada awak, kan?" bentak Farisya yang berasa tidak selesa.
"Siapa kata?" "Saya la." Farisya menepis tangan Haziq. Adakah lelaki itu sengaja ingin
mempermainkan perasaannya"
"Mana kau tahu" Kau boleh baca hati orang ke?"
Farisya hairan dengan kelakuan Haziq. Dalam dia ingin menjawab, Haziq telah pun
menarik serpihan kaca yang tertusuk di tapak kakinya.
"Argh!" jerit Farisya. Bahu Haziq dicengkam kuat. Matanya terpejam rapat. Darah
semakin banyak mengalir selepas serpihan kaca ditarik.
Haziq sengaja mengalihkan perhatiannya supaya dia tidak merasa terlalu sakit ketika
serpihan kaca ditarik keluar. Persoalan tentang hati tidak lagi timbul. Haziq mengambil sehelai
tuala kecil dari laci dapur. Dibalutnya kaki Farisya untuk mengurangkan pendarahan. Walau
bagaimanapun, Farisya harus dikejarkan ke klinik agar lukanya tidak dijangkiti kuman.
"Kau tunggu sini kejap," arahnya.
Farisya mengangguk. Berkerut dahinya menahan sakit.
Haziq berlari ke tingkat atas. Dia kembali mendapatkan Farisya selepas mengambil
dokumen penting milik Farisya dan dirinya.
Farisya tidak pula membantah apabila Haziq mencempung tubuhnya ke dalam kereta.
Tuala putih sudah lencun dibasahi darah. Haziq memandu keretanya dengan laju. Sesekali
Farisya yang semakin pucat dikerling. Sempat bibirnya menitip doa agar luka di kaki Farisya
tidak membahayakan. "KAU nak apa-apa?" tanya Haziq.
Farisya menggeleng. Haziq memapah tubuh Farisya yang masih lemah ke sofa. Disebabkan luka di kaki
Farisya agak dalam, ia terpaksa dijahit.
"Apa kita nak makan tengah hari ni" Siapa nak masak?" Haziq menyoal Farisya.
"Awak la. Takkan saya pulak. Kalau tak reti mari saya ajarkan," usul Farisya.
Mana tahu rezekinya hari ini dapat merasa masakan dari air tangan suaminya. Bibir
tersenyum manja. Rasa sayang lelaki itu jelas terpancar. Dalam diam hatinya berasa senang.
"Hah" Aku mana tahu masak. Makan tu terror la."
Haziq duduk di sisi Farisya. Tangan kanannya dilingkarkan di tengkuk Farisya. Senang
dengan kedudukan begitu. "Senang aje. Saya potong-potongkan bahan, lepas tu awak masak la."
Haziq meneliti Farisya dari atas ke bawah. Boleh ke bini aku ni" Nanti kalau pengsan kat
dapur, tak ke susah"
"Tak payah la. Aku beli lauk dekat luar aje. Lagipun aku tengok badan kau lemah lagi,"
bantah Haziq. Kepala digeleng perlahan. Tidak mahu perkara lain pula yang akan terjadi.


Penjara Rindu Karya Nia Arissa di http://cerita-silat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

"Tak la. Saya okey. Kaki saya aje yang luka bukannya tangan. Saya dah okey la."
Farisya meyakinkan suaminya. Tidak mahu membuat Haziq bertambah risau. Farisya
mengangkat kening. Dilihat wajah Haziq berkerut memikirkan cadangannya.
"Boleh ke?" Farisya tersengih. Kesakitan yang dirasai disembunyikan.
"Boleh punya," gelak Farisya.
Haziq seperti tidak percaya yang Farisya boleh ketawa dalam kesakitan. "Yang kau
tergelak sakan ni kenapa" Kaki kau dah tak sakit ke?"
Farisya senyap tetapi masih lagi tersenyum.
"Sakit la. Tapi saya tak sabar nak rasa masakan awak," sindir Farisya. Dalam sakit-sakit
sempat juga dia mengenakan suaminya.
"Kalau macam tu baik tak payah. Kalau makan kat luar pun selamat dari kena komen
dengan kau," putus Haziq.
Senyuman Farisya terhenti. Cepat betul suaminya mengalah.
"Apesal pulak" Okey, okey" saya tak gelakkan awak." Farisya berjanji.
"Betul ni?" "Betul la." Haziq memapah Farisya berjalan menuju ke dapur. Disebabkan luka itu, langkah Farisya
menjadi perlahan. Haziq tidak dapat menahan kesabaran lalu mencempung tubuh Farisya.
Diletakkan Farisya di atas sebuah kerusi di meja makan. Setelah itu, peti sejuk dibuka luas.
"Nak masak apa?" Haziq menggaru kepalanya sambil bercekak pinggang. Isi kandungan
di dalam peti sejuk direnungnya. Dia kebingungan.
"Kita masak tomyam la," cadang Farisya.
Terjengket-jengket dia berjalan menghampiri peti sejuk lalu mengeluarkan bakul yang
penuh dengan sayur-sayuran. Dikeluarkan juga ayam dan udang yang tersimpan di tempat
pendingin beku. Dia mula menyiapkan bahan-bahan untuk dimasak oleh Haziq.
Haziq turut sama membantu isterinya. Farisya mengajarnya bagaimana cara mengupas
kulit udang, menyiang sotong, memotong ayam dan macam-macam lagi. Walaupun masih baru
tetapi Haziq cepat belajar.
"Bawang ni nak potong macam mana?" Haziq memegang sebiji bawang besar lalu
ditunjukkan kepada Farisya.
"Awak potong macam biasa la," arah Farisya.
"Biasa tu macam mana" Mana aku tahu."
Farisya berhenti memotong sayur. Sayur kubis bunga diletakkan ke bawah. "Lain kali,
rajin-rajin la tolong mama masak kat dapur. Tak salah pun kalau awak tolong."
"Apa guna aku kahwin dengan engkau kalau aku yang kena masak?"
"Bukan selalu pun. Manalah tahu kalau saya sakit ke" Demam ke" Time tu la awak kena
tunjukkan skil memasak awak," bebel Farisya sambil tangannya ligat memotong bawang dan
diperhatikan oleh Haziq. "Kalau kau sakit, aku import la mama ke sini." Haziq membalas sambil ketawa.
Tangannya terkial-kial memotong bawang besar sambil matanya tidak lari dari meneroka wajah
Farisya. "Auch!" Haziq menarik jarinya pantas. Kerana terleka melihat wajah isterinya, tanpa dia sedar
jarinya telah terhiris. Mujur lukanya tidak berapa dalam.
"Kenapa?" soal Farisya apabila melihat darah di jari manis Haziq.
"Tu la. Asyik berangan aje. Bukan kecil sangat bawang tu," bebel Farisya sambil
mengesat jari Haziq menggunakan kain bersih yang berada di sebelahnya.
Darah masih lagi keluar. Tiada cara lain, Farisya membawa jari Haziq ke mulutnya.
Haziq hanya membiarkan walaupun sedikit tergamam.
Farisya mengeluarkan kembali jari manis Haziq. Tiada lagi darah yang keluar. "Dah
okey dah." Farisya mendongak. Pandangan mereka bersatu. Wajah Farisya berubah warna
kemerahan. Mungkin Haziq akan menyatakan dirinya kolot.
"Siapa ajar kau buat macam tu?" soalnya apabila Farisya sudah pun menyambung
kerjanya kembali. "Ibu," jawabnya pendek. Malu untuk menatap wajah kacak suaminya.
Haziq mengambil plaster di atas peti sejuk lalu ditampalkan pada lukanya.
Mereka kembali melakukan kerja masing-masing.
Haziq memulakan masakan dengan arahan Farisya. Dia menjadi sedikit kalut. Kelamkabut dibuatnya.
Farisya memberi arahan dengan berhati-hati. Melihat gelagat Haziq yang tidak pernah
memasak mencuit hatinya. Agak lucu tatkala wajah itu berkerut-kerut menahan bahang panas.
Akhirnya Haziq berjaya menyediakan hidangan makan tengah hari untuk mereka.
"Kalau tak sedap jangan complaint."
Haziq menanti reaksi Farisya untuk merasa masakannya. Untuk pertama kali memasak
membuatkan dirinya merasa teruja.
Dengan perlahan, Farisya menghirup kuah tomyam. "Slurp!"
Farisya mendongak. Wajahnya kelat. Uwekkk! Apa laki aku masak ni" Apesal lain
macam aje rasanya" Masin sangat pulak tu. Susah payah Farisya cuba menelannya. Geli geleman
tekaknya. Dia terbatuk-batuk kecil. "Apesal masin sangat" Tadikan saya cakap satu sudu kecil
garam aje. Berapa sudu garam awak letak?"
Haziq dengan pantas mencapai sudu di tangan Farisya. Dihirup kuah tomyam dengan
rakus. "Burrrr!!!" Lebihan kuah tomyam menitis di bibir. Haziq mengelapnya dengan tangan. Tidak
sanggup rasanya hendak menelan kuah tomyam yang begitu masin mengalahkan air laut!
Wajahnya yang turut kelat diarahkan ke Farisya.
Mereka saling berpandangan sebelum sama-sama meledakkan tawa".
19 FARISYA kembali ke pejabat seperti biasa. Waktu yang diperuntukkan
untuk menjalani praktikal hampir tamat. Dia sekali lagi terpaksa berjauhan dengan Haziq.
"Menung jauh nampak. Kau ingatkan hubby kau ke?" Shida menepuk bahu Farisya
perlahan. Asyik benar dia mengelamun. Perasaannya dicengkam rindu. Tinggal bersama
membuatkan diri mereka menjadi terlalu rapat.
"Kenapa muka kau muram aje" Kau masih ingatkan pasal semalam ke?" duga Shida.
Farisya hampir terlupa peristiwa yang berlaku semalam. Dia melepaskan satu keluhan
yang berat. "Kau masih marahkan dia?"
Farisya mengangguk. Mana mungkin dirinya dapat melupakan sandiwara yang berlaku
di hadapan matanya. "Aku pun tak tahu nak buat apa."
Kejadian semalam masih segar bermain di fikirannya.
"Aku rasa dia sengaja nak duga hati kau aje Isya. Kau jangan la fikir yang bukan-bukan.
Setahu aku, dia tak pernah nak buat macam tu," pujuk Shida. Tidak mahu melihat rakan barunya
bersusah hati. "Harap-harap macam tu la. Tapi dia buat depan staf yang lain. Mana aku nak letak muka
aku ni?" Shida simpati dengan nasib Farisya.
"Kalau tak silap aku, orang marketing dari Uda Holding tu memang macam tu. Dato"
Razlan pun pernah kena benda yang sama. Kecoh juga la waktu tu," cerita Shida sedikit
sebanyak melegakan hatinya.
Interkom di meja Farisya berbunyi. Shida dan Farisya saling berpandangan. Dengan hati
yang berat, Farisya menjawab panggilan itu.
"Naik bilik aku sekarang."
Farisya mendengar suara Haziq di hujung talian.
"Awak nak apa" Saya ada kerja la," bohong Farisya. Malas hendak menghadap wajah
Haziq. Cara layanan Haziq terhadap staf marketing dari Uda Holding begitu menyesakkan
jiwanya. "Aku suruh naik tu, naik aje la. Jangan banyak soal pula," arah Haziq tetapi tidak sekeras
tadi. "Awak tunggu la sampai saya naik. Saya nak siapkan kerja ni dulu."
Haziq dapat merasakan perubahan nada suara isterinya sejak kejadian semalam.
Mungkinkah isterinya cemburu" Persoalan itu masih lagi berlegar di kotak fikirannya.
"Farisya Hani! Naik sekarang," arah Haziq tegas. Talian dimatikan tanpa menanti
jawapan. Farisya mendengus geram. Shida hanya mampu memandang.
Farisya melangkah malas menuju ke bilik Haziq di tingkat atas.
Masing-masing sudah sedia maklum dengan status Farisya menyapa hormat.
"Kak Sal, bos "kesayangan" akak ada kat dalam?" Farisya bertanya kepada PA Haziq.
"Ada. Kalau tak silap akak dia takde appointment hari ni. Kenapa Isya tanya?" Kak Sal
menyelak jadual harian milik suaminya.
"Saja aje tanya. Nak ajak dia date la kak," canda Farisya sambil mengenyitkan matanya.
"Go ahead. Jangan berperang, sudah"."
Farisya menunjukkan isyarat okey kepada PA Haziq. Mereka memang sudah rapat sejak
Farisya mula menjalani latihan praktikal di syarikat itu.
Farisya mengetuk pintu bilik Haziq. Tiada jawapan. Dia membuka pintu bilik Haziq
tanpa menunggu jawapan Haziq. Tetapi kelihatan bilik itu kosong tidak berpenghuni. Farisya
mencari kelibat Haziq namun tidak ada. Dia menutup kembali pintu bilik itu dengan perlahan.
Dia melangkah ke arah meja. Pada waktu yang sama, Haziq merangkul tubuh Farisya
dari belakang membuatkan isterinya terjerit kecil. Sengaja dirinya menyorok di belakang pintu
supaya dapat mengejutkan Farisya. Dia merasa rindu.
"Lepas la. Apa yang awak buat ni" Malu la kalau orang lain nampak," marah Farisya
sambil cuba melepaskan rangkulan Haziq.
"Siapa yang boleh nampak" Kan kau dah tutup pintu tadi."
Farisya masih lagi memegang tangan Haziq yang memeluk pinggangnya erat. "Lepas la.
Nikan kat pejabat." "Kalau dekat rumah boleh ke?" Haziq menduga.
Farisya terperangkap. Apa yang membuat Haziq tiba-tiba berubah" Dirinya
mengharapkan penjelasan malam tadi. Tetapi kenapa baru sekarang Haziq memanggilnya"
"Ish" lepas la, awak. Saya ada banyak kerja kat bawah tu. Nanti dia orang kata apa
pulak." Farisya bersuara lembut, memujuk. Harap-harap Haziq akan melepaskannya.
"Sayang marah," bisik Haziq. Suaranya cukup menggoda.
Farisya lemah. Suara romantis Haziq mampu membuatkan segala tulangnya menjadi
longlai. "Marah apa pulak ni?" Farisya cuba mengelak dari bercakap tentang perkara yang
menyakitkan hatinya. "Pasal semalam. Abang tengok sayang macam cemburu aje."
"Mana ada" Sikit pun saya tak kisah."
Ahhh" begitu payah untuk memaksa isterinya meluahkan kata-kata cinta. Dirinya
terseksa dengan rindu yang semakin menyesakkan jiwanya.
"Betul tak kisah" Tapi kenapa abang tengok muka sayang asyik masam aje" Siap boleh
hentak-hentak kaki lagi depan papa."
Hah" Ada ke aku buat macam tu depan papa" Alamak, malunya! Farisya tunduk.
Panggilan Haziq kepada dirinya masih berbekas di hati. Kalau dulu Haziq hanya melakukannya
ketika mereka berada di kalangan ahli keluarga, namun kini tanpa ada sesiapa, Haziq telah
membahasakan dirinya dengan panggilan manja itu.
"Apa yang sayang fikirkan?" tanya Haziq sambil memalingkan tubuh Farisya untuk
berhadapan dengannya. Wajah itulah yang mampu membuat dirinya terlupa dengan segalagalanya.
"Mungkin dah terlewat untuk abang mengucapkan semua ni. Tapi abang berharap sangat
kalau kita dapat menjalinkan satu hubungan yang lebih erat. Sudikah kiranya sayang menerima
cinta abang setulus hati?" sambungnya lagi.
Farisya terkedu. Haruskah pintu hatinya dibuka untuk insan bernama Haziq" "Kenapa
awak errr... tiba-tiba berubah" Saya tak pernah pun paksa awak untuk terima saya. Begitu juga
sebaliknya?" Haziq pantas meletakkan jarinya di bibir Farisya.
"Syyy" tiada siapa yang paksa abang untuk menerima diri sayang. Sayang sendiri telah
memecahkan tembok batu yang terbina di pintu hati abang. Abang tertarik dengan pendirian
sayang yang tak pernah berlakon untuk menjadi orang lain. Abang akui kesilapan abang selama
ni yang suka memaksa sayang. Sudah terlalu banyak masa yang kita sia-siakan. Berilah abang
peluang." Biarlah keegoannya runtuh andai cinta dan kasih sayang Farisya dapat dia miliki.
Farisya terkesima apabila Haziq mengucup lembut bibirnya. Ya Allah ya tuhanku,
andainya ini suratan-Mu buatku" aku pasrah untuk menerimanya. Dan andai ini ujian-Mu
buatku" aku reda mengharunginya, hati Farisya berbisik.
Perlahan-lahan, tangannya turut sama memaut pinggang Haziq erat.
Haziq yakin kini bahawa Farisya telah menjadi miliknya mutlak.
Mereka hanyut dibuai arus keindahan yang tidak berbelah bahagi.
FARISYA menjeling jam di sisinya. Sudah hampir pagi. Tangan Haziq masih lagi
melingkari pinggangnya. Tidurnya kini berbantalkan tubuh Haziq. Mengingatkan dirinya
belum lagi menunaikan solat subuh, dia cuba mengalihkan tangan Haziq dari terus
memeluknya. "Hmmm?" rengek Haziq persis kanak-kanak kecil.
Baru dia akui akan kata-kata kakak Haziq. Haziq memang seorang yang manja.
"Jom solat. Waktu nak habis dah ni," pujuk Farisya.
Haziq tetap tidak mahu melepaskan isterinya.
"Abang"." Lembut saja bicara Farisya mengejutkan Haziq dari lenanya. Dia mendapat
akal. Digeletek tubuh Haziq yang masih berselimut.
Apa lagi" terlompat Haziq dibuatnya. Sedar dirinya telah bebas dari rangkulan Haziq,
Farisya cepat-cepat turun dari katil. Haziq turut sama turun dari katil lalu menghampiri Farisya.
Pandangannya tajam seakan ingin menerkam mangsa di hadapannya. Farisya mengundur
selangkah demi selangkah. Senyumannya mati.
Haziq berjaya menangkap kedua tangan Farisya. "Mana sayang nak lari" Oh... sekarang
dah pandai geletek abang ye."
Farisya tersengih. "Mana ada. Isya cuma nak suruh abang bangun aje. Isya minta ampun
bang." "Abang tak kira. Sayang mesti kena dengan abang."
Farisya cuba lari. Namun tangan Haziq lebih dulu menjamah tubuhnya. Habis dia
digeletek oleh Haziq. Terjerit-jerit Farisya meminta Haziq menghentikannya. Riuh-rendah
dibuatnya. Mujur mereka tinggal berasingan dengan keluarga.
Mereka sama-sama terdampar di atas katil keletihan.
Haziq tersenyum bahagia. Farisya termengah-mengah kepenatan. Dia bangun sambil mengerling Haziq di sisinya.
"Jom solat. Dah lewat ni. Isya nak abang imamkan solat kita."
Haziq hanya memberi jawapan dengan senyuman.
20 FARISYA meletakkan beg sandangnya di atas katil. Anisa masih belum
pulang dari kuliah. Mungkin juga sedang menelaah bersama buah hati tercinta. Tinggallah
Farisya keseorangan, hanya bertemankan telefon bimbitnya.
Sudah masuk tiga minggu Farisya terpaksa berjauhan dengan suaminya. Semakin hari
cinta mereka semakin mendalam. Kalau dulu begitu susah untuk mereka berbicara, namun kini
mereka boleh berbual berjam-jam lamanya.
Telefon bimbit dibelek mencari nombor yang selalu dihubungi. Ketika itu juga
telefonnya berdering. Tertera perkataan "My love" di skrin telefon membuatkan senyumannya
bertambah lebar. Punat yes ditekan.
"Hai, sayang. Tengah buat apa tu?"
Hati Farisya berbunga ceria. Suara yang dinanti-nantikan berada di hujung talian. "Hai.
Tak buat apa-apa pun. Baru aje balik dari kelas."
Haziq menyandarkan tubuh di kerusi kerjanya. "Dah makan belum" Kenapa sunyi aje,
Anisa mana?" Farisya membuka laptop. Terhias di skrin gambar mereka ketika bercuti singkat di Pulau
Langkawi. Di situlah kenangan yang paling manis buat Farisya bermula. "Belum lagi. Ingat nak
makan dengan Anisa tapi dia tak balik lagi. Emmm" abang sibuk ke?"
"Tak juga. Tadi pagi aje abang ada meeting dengan Uda Holding."
Mendengar perkataan Uda Holding membuatkan hati Farisya diburu perasaan cemburu.
Tidak semena-mena kisah ketika terlihat Haziq mengiringi seorang gadis keluar dari bangunan
pejabat bertaut kembali. Mereka kelihatan mesra sekali. Sakit mata Farisya melihatnya. "Apa
yang abang meetingkan" Takkan tak settle lagi" Apa aja budak tu nak kat abang?"
Haziq tersenyum mendengar luahan Farisya yang berbau cemburu itu. "Kenapa nak
marah-marah ni" Abang bincang pasal kerja la. Sayang cemburu ke?"
Farisya menggigit bibirnya. "Entah la. Kalau abang dekat tempat Isya macam mana"
Abang marah tak?" Farisya memulangkan kembali soalan itu kepada suaminya.
"Kalau abang, mestilah cemburu. Takkan abang nak biarkan isteri kesayangan abang ni
kena peluk dengan lelaki lain."
"Dah tu, kenapa abang buat juga" Sengaja nak bagi hati orang ni sakit."
Mendengar suara Haziq ketawa membuatkan Farisya tidak jadi marah.
"Jangan la merajuk sayang. Tak lena tidur abang malam ni nanti," pujuk Haziq.
"Biar padan dengan muka abang tu."
"Okey, abang janji. Takde lagi lepas ni. Dalam hati abang ni cuma ada sayang sorang
aje." Farisya bahagia mendengar kata-kata Haziq itu. Tangannya membuka folder yang
mempunyai gambar kenangan mereka berdua. Bibirnya menguntum senyum melihat wajahwajah mereka berdua. Saat manis menghabiskan masa bersama memberi satu fenomena baru
untuk Farisya. "Kau dah kena sawan ke?"
Farisya terkejut. Ish minah ni" bagi la salam dulu, desis hatinya. "Lambat kau balik?"
Farisya menatap kembali laptopnya. Talian bersama Haziq telah lama dimatikan.
"Kau tahu aje la kalau kelas Miss Ng tu. Memang selalu lambat habis punya." Anisa
menanggalkan tudung yang sentiasa menutupi kepalanya.
"Kau dah makan?"


Penjara Rindu Karya Nia Arissa di http://cerita-silat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

"Belum lagi. Kenapa" Kau tunggu aku ke?" Anisa duduk di atas katil sambil membuka
sekeping sampul surat yang diterima.
"Iye la. Selalu aku makan dengan siapa" Eh, surat apa tu?" Farisya membiarkan
laptopnya lalu beralih kepada Anisa.
Anisa membaca isi kandungan surat yang baru diterimanya. Wajahnya tidak seceria tadi.
Farisya dapat menduga ada sesuatu yang tak elok sedang mengganggu perasaan teman
baiknya. "Apa dia" Bagitau la kat aku," desak Farisya.
Anisa berat hati untuk berkongsi dengan Farisya. Dipendamkan saja rahsia di hatinya.
"Tak ada apa-apalah. Surat dari mak aku," dalih Anisa.
"Betul ni" Cuba cerita dengan aku betul-betul. Aku bukan kenal kau sehari dua, Nisa.
Aku dah anggap kau macam kakak aku."
Anisa menggeleng. Masalahnya tiada kena-mengena dengan Farisya. "Betul. Tadi kau
kata nak makan, kan" Jom aku temankan."
Anisa menyarungkan kembali tudung yang baru saja dibuka.
Farisya hampa kerana dia masih dapat merasakan ada sesuatu yang disembunyikan dari
pengetahuannya. Wajah Anisa masih mendung.
Setelah memenuhkan perut masing-masing, mereka berjalan beriringan ke bilik sambil
berbual. Tiba-tiba seseorang sudah menunggu di hadapan pintu bilik mereka bersama sejambak
mawar merah. Farisya dan Anisa saling berpandangan.
"Akak ni, Farisya kan?"
Farisya angguk. Siapa pula yang bagi bunga ni" Haziq kut" teka Farisya di dalam hati.
"Tadi ada orang suruh saya sampaikan ini pada akak."
Farisya teragak-agak hendak menyambut huluran pelajar itu. Hatinya berasa serba tidak
kena. "Saya cuma sampaikan amanah orang aje," sambung pelajar itu apabila Farisya masih
lagi membisu. "Errr... siapa orang tu, dik?" soal Anisa apabila melihat Farisya masih lagi terkejut.
"Tak tahu la kak. Saya pun tak pernah nampak dia kat sini."
Farisya menoleh ke arah Anisa sambil mengangkat kening.
"Cepat la kak. Saya ada hal lain lagi ni."
Dengan berat hati, Farisya menyambut huluran sejambak mawar merah tanpa
mengetahui siapa pengirimnya. Dalam pada itu, telefon bimbitnya berbunyi. Farisya melihat
skrin telefon baru saja menerima SMS dari seseorang.
Cintaku tak pernah berubah.
Berkerut dahi Farisya membaca mesej tersebut. Sambil menggelengkan kepala, dia terus
masuk ke dalam bilik setelah Anisa mendahuluinya.
"Siapa pula yang bagi ni" Musykil la," luah Anisa sambil merebahkan diri di atas katil.
Minda Farisya masih ligat berfikir. Sebelum ini belum pernah dia menerima sebarang
hadiah misteri seperti ini. "Kau ada terfikir tak apa yang aku fikir?"
Farisya meletakkan bunga itu di atas meja study.
"Manalah aku tahu. Kau ni"."
Farisya tersengih. Sempat juga dia bergurau.
"Agaknya salah orang tak" Manalah tahu ada orang yang muka mirip macam aku,"
duganya. "Takkan la kut. Ayat yang dia bagi macam dia pernah ada hubungan dengan kau aje,"
kata Anisa. Farisya cuba mengingat kembali siapakah gerangannya.
Farisya dan Anisa saling berpandangan.
"Aswad!" jawab mereka serentak.
Hanya Aswad dan Haziq saja yang pernah bertakhta di hatinya.
"Apa kes tiba-tiba dia bagi bunga kat aku pulak?"
Anisa mengangkat bahu. "Dia kan tahu kau dah kahwin. Takkan dia nak rampas kau dari
Haziq" Dan yang pasti kau mesti takkan layan dia sebab kau dah sayang gila kat hubby kau,
kan?" Farisya tersenyum bangga. "Itu sememangnya la. Tapi kenapa baru sekarang dia timbul
semula?" Takkan mungkin cintanya akan berpaling semula. Hatinya kini milik Haziq.
"Aku pun hairan. Lama juga aku tak dengar cerita pasal dia. Kalau dulu Sharul selalu
juga sembang-sembang. Tu pun masa kau masih kawan dengan dia la," terang Anisa.
"Apa yang kau sembangkan?" Farisya ingin tahu.
"Aswad kan rapat dengan Sharul" Kalau korang ada masalah, selalu dia lepaskan pada
Sharul. Banyak juga yang dia adukan. Salah satunya kenapa kau tak pernah nak bagitau family
kau pasal hubungan korang."
Farisya faham. Memang selama ini bibirnya berat untuk memaklumkan kepada
keluarganya tentang perhubungan mereka. Mungkin itu adalah satu petanda bahawa mereka
bukan ditakdirkan untuk bersama.
"Maknanya selama ni korang berdua tahu la jalan cerita antara aku dengan Aswad."
Tiada lagi getaran di hatinya tatkala menyebut nama Aswad di bibirnya. Tiada secebis
pun rasa kasihnya untuk Aswad. Semuanya telah dikaburi oleh api cinta milik Haziq.
Anisa mengangguk. "Bukan itu aje. Masa kau jealous dengan Ayu tu pun kami tahu."
Farisya teringat akan kisah yang pernah cuba dibuang dulu. Kemesraan Ayu dan Aswad
menjentik tangkai hatinya.
"Dah la. Lagi kau fikir, lagi pening kepala kau. Sekarang ni kau concentrate dengan
study kau, sudah." Nasihat Anisa.
Farisya turut sama bersetuju. Jambangan mawar merah dibiarkan layu.
FARISYA cuba menumpukan perhatian pada pelajarannya. Atas dorongan dan sokongan dari
Haziq menjadikan dirinya lebih bersemangat, walaupun sering diganggu dengan kehadiran
kad-kad cinta tanpa mengetahui siapa penghantarnya. Perkara itu tidak dimaklumkan kepada
Haziq kerana tidak mahu Haziq mencurigainya.
Lagu Aku Dibius Cinta dendangan Yusry dan Melly penyanyi dari seberang kedengaran
dari telefon bimbitnya. Lagu yang sering bermain di bibirnya disetkan sebagai ringtone untuk
pesanan ringkas. Sayang" miss u so much! Bila nak blik"
Farisya membalas sambil tersenyum. Ayat-ayat cinta dari Haziq sering menemaninya.
Andai ada kesempatan, Farisya turut sama menghadiahkan kata-kata hikmat buat Haziq. Mereka
sedang mabuk dilambung ombak asmara.
Kalau hujung minggu ni free, kita keluar nak" Abang ambil sayang.
Abang tak bz ker" Isya tak kisah" tapi kita nak ke mana"
Mana pun takpe. Abang dah rindu sangat nak jumpa sayang.
Actually Isya pun rindu dengan abang. Kalau kampus ni dekat, lama dah Isya balik.
Bukan jauh mana pun" abang boleh hantar sayang tiap-tiap hari ke kampus. Abang
tak kisah. Takpe la" Isya tak nak susahkan abang. Nanti lewat pula abang nak ke ofis.
Isya sayangkan abang tak"
Mesti la sayang" kenapa abang tanya"
Saja nak check. Ermmm... ok la sayang. Esok abang nak bangun awal, kan ke jam
loceng abang jauh... kena la bangun sendiri.
Ok la, Isya nak study lagi. Banyak lagi nak kena buat research. Sweet dream!
Sayang pun sama, jangan study sampai lewat sangat. Love you sayang."
Farisya mencongak, menanti hari yang ditunggu untuk bertemu dengan suami tercinta.
Tidak sabar rasanya untuk menatap wajah yang dulu pernah dibencinya. Kini wajah itu jua yang
menemaninya ke mana saja kakinya melangkah.
Telefon bimbitnya berbunyi lagi. Farisya dengan hati yang berbunga membaca pesanan
ringkas yang baru diterima. Sangkanya Haziq yang membalas namun dahinya berkerut apabila
nombor misteri yang terpapar.
Kenangan takkan berubah" aku seperti yang dulu". You look sweet in pink dress.
Serta-merta mindanya terkunci dengan ayat yang baru dibacanya tadi. Penghantar mesej
misteri ini adalah orang yang sentiasa berada di sekelilingnya. Hendak diajukan kepada Anisa,
tidak sampai hati untuk dikejutkan temannya pada dinihari begini. Nyenyak benar tidurnya.
Message itu dibiarkan tidak berbalas. Farisya menghadap kembali laptop yang telah lama
dibiarkan. Konsentrasinya terganggu. Fikirannya tidak dapat menolak pelbagai andaian yang
timbul di benaknya. Farisya berdoa agar persoalan yang bermain di fikirannya segera hilang. Buku-buku
disusun rapi di sebelah laptopnya. Tidak ada gunanya dia bersengkang mata seandainya tiada
satu pun yang dibacanya bisa melekat di ingatan.
Direbahkan tubuhnya. Menoleh ke arah Anisa yang sudah lama dibuai mimpi. Matanya
belum memberat lagi. Dia inginkan teman bicara. Waktu dinihari begini sudah pasti suaminya
sedang lena bersama bayangannya.
Farisya masih memikirkan motif penghantar mesej misteri itu sering menghadiahkan
kad-kad cinta kepadanya. Dia merasakan setiap gerak-gerinya sedang diperhatikan. Ayat-ayat
cinta yang diluahkan tidak pernah berbekas di hatinya. Semakin lama semakin banyak persoalan
yang timbul. Akhirnya Farisya terlena bersama tanda tanya yang masih belum berjawab.
Judul : Penjara Rindu Penulis : Nia Arissa Harga Semenanjung : RM21 Harga Sabah / Sarawak : RM24
Penerbit : Kaki Novel (KN)
SINOPSIS : Kehadiran Farisya Hani di dalam hidup Haziq Denial hanyalah sekadar penyelamat kepada
maruah keluarga lelaki itu apabila bakal isteri Haziq memilih untuk mengahwini lelaki lain di
saat-saat akhir majlis akan berlangsung. Atas dasar itu, perhubungan mereka tidak berjalan
dengan lancar. Dengan kejadian beberapa insiden yang tidak disengajakan, bibit-bibit cinta mula berkembang
mekar bak bunga di pagi hari. Dalam tak sedar, masing-masing sudah saling jatuh cinta.
Namun langit tidak selalunya cerah. Kebahagiaan yang diharapkan berkekalan terlerai sudah di
pertengahan jalan. Kehadiran bekas kekasih Farisya Hani telah mengundang konflik yang
ditunggu-tunggu oleh pihak ketiga yang sentiasa mencari peluang untuk mendekati Haziq
Denial. Keperitan hidup yang terpaksa ditanggung memaksa dendam mula membara di hati Farisya.
Kealpaan akibat disihir membuatkan Haziq hanyut di dalam genggaman Tiara. Masih adakah
peluang kedua untuk mereka" Atau" adakah rindu mereka akan terpenjara buat selamalamanya"
"Awak yang ambil dompet saya, kan" Pulangkan balik!"
Haziq terkejut dengan tuduhan yang dilemparkan. Ditenung gadis itu dari atas ke
bawah. Minah ni lagi! Takde orang lain ke" Dah la pakai baju kurung... tak panas ke"
Aku yang tengok pun rimas.
"Encik yang ambil dompet saya, kan"!"
Gadis itu meninggikan sedikit suaranya setelah pertanyaannya langsung tidak
diendahkan oleh pemuda itu.
"What"! Tolong cakap baik sikit. Saya tak pernah ambil dompet awak."
"Jangan bohong. Tolong la encik. Bagilah balik dompet saya."
Farisya merayu. Lengan Haziq sudah dicengkam erat. Hatinya merasa amat yakin, ini
semua angkara jejaka di hadapannya
"Woit! Kau pekak ke" Aku kata tak ambil tu, tak ambil la!" Haziq mendengus
dengan kasar. Cuba melepaskan pautan gadis itu.
"Dah tu siapa yang ambil" Awak yang langgar saya tadi, kan?" Farisya tidak mahu
mengalah. Geram dengan sikap Haziq.
"Ooo... kalau aku yang langgar kiranya aku yang ambil la?" Haziq semakin rimas.
Untuk mengetahui sambungan dan kisah selanjutnya, dapatkan novel PENJARA RINDU
di rangkaian kedai buku MPH, POPULAR dan kedai-kedai berdekatan anda.
Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki Novel Enterprise melalui online atau pun pos.
Untuk melanggan melalui online, sila layari laman web kami di:- http://www.kakinovel.com atau
untuk melanggan melalui pos, anda hanya perlu tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk
novel yang ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta wang pos/kiriman wang atas nama:KAKI NOVEL ENTERPRISE dan poskan ke alamat berikut:-
Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12,
D"Wangsa, Wangsa Maju,
53000 Kuala Lumpur. No. Telefon:- 03-4149 0096
No. Faks:- 03-4149 1196 Admin@kakinovel.com Disediakan Oleh http://www.penulisan2u.my
Eksperimen The Experiment 2 Bayangan Berdarah Karya Wo Lung Shen Detektif Ilmiah 1
^