Pencarian

Sesuci Kasih Seorang Isteri 2

Sesuci Kasih Seorang Isteri Karya Dzie Tyea  Bagian 2


Tolonglah aku menghadapi semua ini.
Berikan aku seluruh rahmatMu. Berikan aku selurus-lurus petunjukMu. Langkah yang
bagaimana harus aku atur" jalan yang mana harus aku tempuh!
SITI menyambut kemunculanku dengan pandangan ceria. Aku pula yang terasa pelik semacam.
Ada lagikah berita gembira untuk aku seawal-awal pagi begini selain daripada mendengar Asha
menyebut "ma" di depanku tadi"
"Assalamualaikum, tuan."
"Waalaikumsalam. Tolong buatkan saya satu surat untuk jemput board meeting next
Monday." "Ya, tuan." Aku terus memulas tombol pintu tetapi akhirnya berpaling semula kepada Siti apabila
terperasan sesuatu. "Kamu tak kunci ke pintu ni semalam?"
Setahu aku, tidak pernah sekali pun Siti lupa untuk mengunci pintu bilik ini kalau aku
tiada di pejabat. Apatah lagi semasa aku ke Kuantan dua hari lepas.
"Errr"." "Kenapa ni, Siti?"
Siti menggaru kepalanya yang berbalut tudung.
Ada sesiapa memecah masuk ke"
Tanpa sabar, aku meneruskan membuka pintu dan akhirnya mengeluh lega apabila
menyedari kelibat Radzin yang ada di dalam pejabat. Walaupun sesuatu terdetak di hati, namun
aku masih terasa lega yang amat. Lebih baik daripada terpaksa menatap muka Sofea pula pagipagi begini.
"Hei, awalnya kau dah ada kat ofis aku ni" Ada apa-apa ke?"
"Eh, apa-apa apa pula. Orang nak jenguk dia."
"Nak jenguk aku" Duduk ofis aku sebelum aku sampai, kata nak jenguk aku" Kau ni biar
betul. Ke nak jenguk"."
Sengaja aku menaikkan kening. Melirik ke pintu. Siti dengan muka cerianya. Radzin
dengan kunjungan tiba-tibanya. Semacam ada sesuatu di antara mereka.
"Apa pula kau ni?"
"Ek eleh" kalau dah berkenan tu, cakap ajelah. Mana tahu aku boleh arrangekan date
korang. Half day untuk Siti mungkin. Whatever you want, buddy."
Radzin buat muka selamba. Diletakkannya surat khabar ke atas meja dan terus meneliti
telefon bimbit. Menyedari yang gurauanku seakan tidak mengena masanya, akhirnya terlepas pula satu
keluhan dari mulutku. Dan ini berjaya menarik pandangan Radzin kembali tepat kepadaku.
"What"s wrong?" soalnya pula agak prihatin. Telefon bimbit Black Shine disimpan di
dalam saku kot. "Tak ada apalah... benda biasa."
Radzin mengerutkan dahi. "Aku tak tahu benda biasa apa yang kau fikir sampai
mengeluh macam tadi, Zik."
Aku ketawa cuma. Mana mungkin berita ini aku sampaikan kepada orang lain"
Sedangkan papa dan mama pun tidak tahu, takkanlah aku nak buka mulut dengan Radzin pula"
Kawan baik aku dari sekolah menengah ni"
"Kalau ada problem tu, cakaplah. Mana tahu aku boleh tolong. Kalau tak tolong settle,
tolong dengar pun kira okeylah, kan?"
"Kalau setakat tolong dengar, baik aku cakap dengan baby aku kat rumah tu aje."
"Eleh, orang offer baik-baik"."
"Isy, thanks ajelah. Aku malaslah nak kongsi-kongsi problem ni. Macam perempuan.
Nak mengadu sana sini." Selamba aku membalas sambil menghidupkan komputer. Nampaknya
sudah lebih daripada menjenguk Si Radzin ni.
"Macam perempuan?"
"Yalah. Kalau perempuan, asal ada problem aje mesti nak cari kawan. Nak mengadu.
Cerita semua benda."
"Alishah macam tu ke" Dia mengadu kat siapa?" soalnya pula.
"Ops" excluding my wife. Dia takkan cerita apa-apa pada sesiapa," belaku tegas.
Betullah. Alishah nak bercerita pada siapa" Nak bercerita tentang apa" Dia yang aku
kenal bukan jenis perempuan yang suka menabur cerita. Sedangkan dengan aku sendiri pun dia
tidak pernah bercerita tentang sesiapa. Melainkan sedikit cerita mengenai arwah ayah dan umi.
"Untung betul kau dapat Alishah tu, Zik." Radzin meraup muka. "Kau tau tak, aku
sebenarnya jealous dengan nasib kau."
"What?" Pandanganku serta-merta mengecil. Komputer aku tolak ke sisi.
"Yalah. Kau dengan dia elok aje."
"Alhamdulillah... we work hard to make it real, okay."
"Tak macam aku ni hah. Ada bini tak nak beranak. Sekarang dah bercerai, anak pula tak
suka tinggal dengan aku."
"Hah" Ilyas tak nak tinggal dengan kau" Apehal?"
Dia ketawa. Pandangannya dihalakan ke dinding. Bergerak ke kiri, ke kanan. Bola
matanya menunjukkan dia sememangnya tidak tenang sekarang.
"Dia kata papa dia ni tak pandai masak. Tak pandai nak bacakan dia buku cerita. Tak
teman dia melukis dan tak nak main control car."
Kali ini, tanpa berfikir-fikir aku meletuskan tawa di luar sedar sehinggalah Radzin
menunjukkan reaksi sakit hati dengan responsku. Rasa lucu mengisi seluruh ruang di dalam
bilikku namun akhirnya aku cuba bertahan untuk mempamerkan wajah serius.
"Alah, come onlah. Budak-budak memanglah macam tu. Dia tahu dia aje. Mana nak fikir
perasaan kita. Relaks ajelah."
"Cakap senanglah." Radzin mengeluh tidak puas hati.
"Memanglah senang. Aku buka mulut aje."
BELUM sempat aku keluar dari kereta, telefonku bergegar minta perhatian. Penat mencengkam
diri tetapi aku tetap mencapainya.
"Angah." Argh" along!!! Dalam malas, aku mengucap salam. Pintu rumah yang terbuka lebih menarik perhatian.
Alishah dan Asha melambai-lambai padaku dengan senyuman ceria.
"Aku nak ingatkan aje. Tolong buat apa yang kau kena buat."
"Apa yang saya kena buat" Hidup saya hanya untuk Alishah dan Asha!"
"Eh, aku abang kau. Kalau bukan kau tolong aku, siapa lagi, ngah" Kita dua beradik aje
dalam dunia ni." Dia berkeras, aku semakin lemah. Lemah dengan semua ujian yang datang bertimpatimpa ini.
Alishah di muka pintu bergerak keluar. Mungkin baru perasan yang aku sedang bercakap
di telefon, dia akhirnya bermain-main dengan puteri kecil kami. Jari telunjuknya dihalakan ke
arah pokok bunga orkid sambil bercakap sesuatu pada Asha.
"Angah, aku betul-betul harap ini kali terakhir aku kena tebalkan muka minta tolong
dengan kau." Suara kesal along kedengaran.
Aku mengeluh malas. Kita hanya mampu merancang sedangkan Allah SWT jualah yang
menentukan semuanya. "Sudahlah, long. Saya malas nak fikir pasal benda yang belum jadi ni."
"Aku minta maaf...."
"Tak ada guna pun nak minta maaf. Hidup saya ni pun dah tak tentu arah sekarang.
Semua benda dah kacau." Putus asa" Ya, mungkin....
"Angah...." Aku menarik nafas panjang sebelum membuka pintu kereta. Menarik kunci dan
mencapai briefcase di tempat duduk belakang.
"Okeylah, long. Saya nak masuk rumah ni. Bagilah saya peluang rasa happy kejap
dengan Alishah dan Asha."
"Angah, aku..."
Tanpa salam, aku segera memutuskan talian dan mendapatkan kedua orang puteri
penyeri hidupku. Tubuh Alishah aku peluk sebelum mengucup seluruh wajah Asha.
Mengekeh dia ketawa. "Happynya anak papa." Pipinya yang gebu aku kucup sekali. Lekas saja tangannya
menggagau minta diambil. "Mestilah happy kalau jumpa papa, kan sayang?" Alishah pula mengucup pipi anak
kami. Bertambah lebar senyuman Asha dengan mata yang tertutup-tutup.
"Jom masuk, both of you. Kita minum petang."
"Hmmm" how about having hi-tea over here" Kat beranda ni angin dia fresher. Anak
papa setuju tak?" Bagai mengerti, Asha menganggukkan kepala. Rambut ikalnya terjuntai-juntai ke dahi.
Semakin comel dia di mataku. Dengan matanya yang galak, bibir yang merah macam ceri,
hidung yang kecil walaupun tidak mancung"dia bagaikan bidadari padaku.
Alishah tertawa kecil dengan telatah anaknya. Sebelum dia bergerak ke dapur, sempat
lagi dia mendaratkan sebuah ciuman untuk aku dan Asha.
"Anak papa ni makin cantiklah. Tapi promise dengan papa, jangan kalahkan mama tau.
Papa nak mama aje yang paling cantik. Anak papa kedua cantik." Usikku pada Asha. Anak kecil
kami ini tetap mengekeh ketawa. Entah mengerti entah tidak.
"WAH, kuih kegemaran abanglah!" Melihat sepinggan kuih karipap di atas dulang, aku terus
bangun mencapai sebiji. "Tak sabar-sabar ya."
"Karipap buatan isteri abang ni paling sedap, so abang tak nak lambat-lambat. Nak cepat
rasa." Sekali lagi Alishah ketawa. Diambilnya Asha setelah dia menuangkan teh panas ke
dalam cawanku. Aku yang sememangnya hantu karipap, mengambil peluang menikmati
kelazatan air tangan Alishah.
"Perlahan-lahan, sayang..." tegurnya apabila aku sudah menghabiskan dua biji karipap
dengan pantas. Entah apa yang merasukku, semakin pantas aku menyuap. Sebiji demi sebiji sehinggalah
akhirnya aku tersedak apabila Alishah memasang televisyen dan muncul wajah seorang
perempuan. "Sofea Jane pula...." Tegur Alishah perlahan dan karipapku sudah tersangkut di tekak.
BAB 14 MASA semakin pantas berlalu sejak aku menyedari adanya beban maha berat
sedang menantiku pada malam ini. Sepanjang masa aku cuma berkeluh-kesah. Buat apa pun
terasa ada saja yang tidak kena.
Kerana mahu mengelak daripada ditanya oleh Alishah mahupun Mak Kiah, aku
mengambil keputusan keluar bersama Asha ke taman permainan yang terletak beberapa blok dari
rumah. Kawasan taman sunyi sepi kerana jam sudah menunjukkan angka mahu memasuki zon
tengah hari. Terlalu lewat untuk kanak-kanak keluar bermain atau orang dewasa bersenam.
Kalau tadi sekitar jam lapan, sembilan, memang taman ini riuh dengan gelak tawa mereka.
Asha aku letakkan di dalam stroller yang aku pasangkan penutup agar dia terlindung
daripada pancar matahari yang menyusup-nyusup di celahan dedaunan pokok.
Kami berjalan perlahan-lahan mengelilingi taman, di atas trek konkrit yang dikemaskan
dengan jubin sambil aku bercakap itu ini sehinggalah akhirnya aku sendiri yang kepenatan.
"Aduh, anak papa masih senyum lagi. Tak penat erk?" usikku melihat cerianya wajah
Asha. Tentu sekalilah dia tidak terasa penat walaupun sedikit kerana dia cuma perlu dudukduduk di dalam stroller dan aku pula menolaknya. Aku bercakap, dia pula cuma perlu
mendengar. "Kita rest kat sini ya, cute." Tubuhnya aku angkat tinggi sambil pipinya aku kucup dua
kali. Asha ketawa manja. "Hmmm" penat betul ya hidup ni. Papa rasa macam nak berhenti bernafas aje. There are
so many things to do. To face. Memang penat sangat-sangat."
Ya, macam-macam masalah melanda hidupku sejak kebelakangan ini. Kalau dulu
semasa di sekolah rendah, aku cuma perlu belajar sungguh-sungguh dan selebihnya ada orang
yang memikirkannya untukku.
Papa sedia menguruskan semua perbelanjaan persekolahanku, melibatkan yuran sekolah,
yuran tuisyen, gaji pemandu untuk menghantar dan menjemputku dari sekolah, perbelanjaan
hidupku meliputi makan minum dan pakaian.
Mama pula sedia mencurahkan seluruh kasih sayangnya kepadaku walaupun hakikatnya
aku kadang-kadang perlu menjadi lebih daripada sekadar terbaik untuk merebut perhatiannya
daripada along. "Hmmm" but I"ve got you and mama. That"s more than enough for me. Allah SWT
suruh kita bersyukur dengan apa yang kita ada."
Asha angguk. Geleng kepala. Suka dia begitu. Berkali-kali dia ketawa sambil
mengangguk dan menggeleng.
"Do you agree with me" Hah, dear?"
Terkebil-kebil matanya memandangku. Alis matanya yang lebat dan lentik itu kena benar
dengan warna kulitnya yang cerah. Asha mengikut paras mamanya, agaknya kalau Asha punya
adik-adik, akan adakah yang menurut parasku dengan lebih dominan"
Agrh" terlalu awal pula mahu merancang menambah bilangan ahli keluarga dalam
keadaan yang kucar-kacir begini.
"Asha nak adik tak?" soalku sengaja ingin bergurau sambil meletakkannya kembali ke
dalam stroller. Sebuah keluhan paling berat aku lepaskan sebelum mengambil keputusan untuk
meneruskan langkah kembali ke rumah. Telefon bimbit pun aku matikan. Terbiar tidak bernyawa
di dalam laci. "Sayang, let"s go home. Nanti mama risaulah pula."
Entah-entah Alishah sudah siap menyediakan makan tengah hari di rumah. Walaupun
perut terasa "kenyang", aku fikirkan lebih baik kami pulang saja.
BAB 15 "JEMPUT makan, bang."
Aku mengangguk dan melebarkan senyuman. Sayur campur cendawan melepaskan asap
berkepul-kepul ke udara. Memang menyelerakan.
"Isha nak jalan-jalan tak malam nanti?" Tiba-tiba akal jahatku melintas datang ke dalam
kepala. "Nak jalan-jalan?" Keningnya bertaut.
"Hmmm... jalan-jalan. Mungkin boleh carikan baby baju-baju baru. Dah lama tak
shopping, kan?" Alishah menguntum senyuman. "Insya-Allah. Isha ikut abanglah. Boleh juga cari
barang-barang dapur sekali."
"Eh, apa yang dah habis?"
"Nanti lepas makan kita check sama-sama. Okey?"
Terlepas ketawaku dengan jawapannya. Aku meneruskan suapan. Apa pun yang cuba
merampas kebahagiaan sementara aku ini, tidak akan aku biarkan ia menguasaiku. Aku mahu
bergembira sebelum sengsara.
NEKAD. Aku mahu menguji benarkah apa yang diugut oleh ayah Sofea akan dilakukannya.
Aku sedang duduk di dalam kereta menunggu enjin panas sementara Alishah menyiapkan Asha
dengan segala kelengkapan.
Telefon bimbit sudah sengaja aku matikan. Sejak semalam lagi. Hari ini hari Sabtu.
Malam ini malam penentu. Tetapi aku sungguh-sungguh tidak mahu membantu.
Menjelang pukul lapan, kami sudah bersedia mahu bergerak keluar meninggalkan
halaman rumah apabila tiba-tiba telefon bimbit Alishah yang aku pegang berdering dengan lagu
selawat. "Incoming call. Who would that be?" tanya Alishah dalam nada gurauan. Dia jarang
menerima panggilan di telefon bimbit.
"Nak abang yang jawab atau sayang?"
Aku sudah bersedia mahu menekan pedal minyak selepas melepaskan brek tangan.
Menanti Alishah menjawab panggilan.
"Eh, your along. You better answer him."
"Along?" Dan serta-merta aku tertekan pedal brek. Berdecit bunyi tayar. Mujurlah" ya,
mujurlah Alishah tidak terdorong Asha ke depan. Kalau tidak, sudah tentu Asha akan terhantuk
ke dashboard. "It"s okay. Answer the phone first," pujuknya sebelum sempat aku menuturkan
perkataan "sorry".
Aku segera membawa telefon keluar dari kereta. Ini sudah tentu berkaitan Sofea.
Janganlah Alishah mengesyakiku. "Helo, long."
"Ng... ngah...."
Terketar-ketar suara along di hujung talian.
Ada apa" Aku kepitkan telefon di bahu sambil mengerling ke dalam kereta. Alishah
sedang memujuk-mujuk Asha yang menangis terkejut.
"Tolonglah aku, ngah. Irman dah ada dengan dia orang sekarang. Depan aku."
"Apa dia orang nak buat?"
"Tolonglah aku. Kalau Irman kena bunuh, apa aku nak kata kat papa dan mama" Dia
orang akan sampai sini esok petang."
Diam aku dibuatnya. Bukan mendengar, menumpukan perhatian apatah lagi hendak
menyelami perasaan along sekarang. Di kepalaku cuma ada Alishah dan Asha.
Along tiba-tiba memutuskan talian. Merajuk" Ke putus asa"
Belum sempat aku berfikir lebih jauh, along sekali lagi menelefon. Kali ini video call
pula. Mahu tidak mahu, aku menekan punat answer.
"Tolonglah... kau tengoklah sendiri keadaan Irman." Sayup-sayup suara along dengan
mukanya yang basah dengan air mata.
Telefon Alishah aku kejap erat. Melihat Irman yang sudah cengkung dengan kepala
berdarah. Tubuhnya yang hanya bersarung seluar pendek menampakkan lebam di sana sini.
Alishah" Asha" Along" Irman" Papa" Mama"
Seseorang tiba-tiba menghayunkan kayu ke tubuh Irman. Aku terkaku sendiri mengetap
bibir. Sejurus kemudian, ayah Sofea muncul dengan pisau tajam berkilat di tangan.
Didekatkannya dengan batang leher Irman.
"Sayang, kita jalan lain kali?"
Dahinya berkerut tetapi dia tetap menurut. Aku mengundurkan kereta masuk ke garaj
semula. Aku tidak akan menggunakan kereta Alishah untuk pergi menduakannya.
SOFEA berdiri di muka pintu dengan senyuman melebar di bibir.
Aku sendiri yang terkaku. Berat kaki hendak melangkah, berat lagi hati hendak


Sesuci Kasih Seorang Isteri Karya Dzie Tyea  di http://cerita-silat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

mengalah. "Jemputlah masuk, bang."
Suaranya yang lembut terdampar di hadapan pintu hatiku semata, tidak aku bukakan
langsung pintunya. Inilah rumahnya. Rumahnya sendiri. Semasa dalam perjalanan tadi baru aku menelefon
meminta alamat. Sofea tidak marah malah menunjukkan perasaan teruja tanpa berkias.
"Duduk seorang aje, memanglah sunyi," komennya lagi sambil merenungku.
Rumah yang aku kira sebagai terlalu mewah dan luas untuk didiami oleh hanya seorang
manusia. Hampir menyamai dua buah rumah biasa.
Kami bergerak ke ruang tamu yang dihias dengan gaya moden ala Inggeris. Terdapat tiga
set sofa berasingan yang masing-masing aku kira melambangkan tetamu yang berbeza.
Secara keseluruhannya, rumah ini memang layak untuk wanita korporat sepertinya.
Cuma kurang sesuai kerana dia tinggal bersendirian.
"Abang duduklah dulu. Biar saya ambilkan minuman di dapur."
"Tak ada maid ke?"
Sofea segera mengukir senyum. Lebih manis daripada tadi namun seperti tadi, aku tidak
tergugah sama sekali. Jiwaku yang rusuh menidakkan semua perkara yang dilakukannya.
Baru sahaja aku mahu menjangkaukan tangan mencapai surat khabar di bawah meja,
Sofea sudah kembali bersama dulang berisi cawan di tangan. Aku lekas-lekas menegakkan
tubuh. "Saya harap abang suka minum kopi."
"Hmmm...." "Ini the finest coffee from Turki. Ayah told me that any corporate man will drink it till
the last drop." "He told you that?" soalku dalam nada separa mengejek.
Sofea terangguk-angguk. "As far as I know, my hubby is a corporate man, I hope he was
right." "Hmmm... rasanya saya bukan lelaki korporat."
Keningnya bertaut dua. "What does that mean?"
Naif!!! "You know what, Sofea" I never drink coffee for all my life. I really hate coffee," tegasku
penuh emosi. Aku mahu dia tahu banyak benda yang tidak diketahuinya tentang diriku. Lelaki
yang diingininya sungguh-sungguh ini.
"Abang tak suka" Tak apa, saya buatkan abang minuman yang lain."
Dia bingkas berdiri. "Sofea, kamu tahu ke abang suka minum apa?"
Provokasiku menghentikan langkahnya yang diatur kemas tetapi laju itu.
"Abang, if you don"t mind, please tell me what is it."
"Hot chocolate."
Sekejapan, wajahnya bertambah ceria. Aku senyum di dalam hati. Hanya Alishah dan
mama yang tahu apa yang aku mahu sebagai minumanku selain Mak Kiah.
MENJELANG pukul sebelas, kami masih lagi menonton televisyen saluran Astro. Fikiranku
tidak tenteram mengenangkan "misi" yang perlu aku langsaikan malam ini juga.
Tidak pernah aku merasa seperti menjadi pembunuh upahan begini. Tugas yang mesti
diselesaikan dan ada orang menantikan keputusan tindakanku. Lulus atau gagal. Bukan hidup
atau mati. "Abang...." Sofea tiba-tiba menyandarkan kepala ke bahuku.
Kerana terlalu tersentap, aku terkaku di sisinya.
Tangannya tiba-tiba menjalar ke tanganku. Diusap-usapnya.
"Errr" I want to call my wife first. She must be worried," dalihku lantas bergerak
menjauh. Aku memilih untuk keluar ke beranda. Membiarkan diriku disapa angin malam yang
sejuk tetapi masih menenangkan. Lama aku berdiri di situ sambil menimbang-nimbangkan
kewajaran untuk menelefon Alishah di lewat malam begini.
Apa pula yang nak aku cakap kalau dia bertanya aku di mana sekarang" Ofis" Ish,
kurang logik pula. Hospital" Siapa yang sakit"
"Abang?" Dalam terkejut, aku segera mendail nombor telefon bimbit Alishah. Membuatkan Sofea
berundur dan masuk semula ke dalam ruang menonton.
"Assalamualaikum, bang."
"Errr... errr... waalaikumsalam. Sayang dah tidur ke?"
Kedengaran hembusan nafasnya yang teratur. Terasa begitu dekat kami saat ini namun
hakikatnya aku bersama orang lain. Aku cuba membayangkan raut wajahnya setiap kali aku
merenungnya sebelum tidur. Dia akan mengerdipkan mata dengan perlahan, senyuman di
bibirnya tidak terlalu mekar tetapi paling menggoda dan hembusan nafasnya yang mengenai
wajahku begitu mendamaikan.
"Abang okey, kan" Tak apa-apa, kan?"
"Ya, abang okey" cuma ada sesuatu yang nak diselesaikan kat sini." Tidak tersebut aku
hendak menyelesaikan apa.
"Syukurlah abang okey." Alishah menarik nafas. "Isha harap abang dapat selesaikan
kerja abang tu. Kalau dah sudah nanti, abang baliklah rumah. Isha tunggu abang."
"Errr... tak" tak payah tunggu abang, dear. I"ll be late for sure. Nanti sayang penat pula
tunggu abang. It"s okay. I"ve got the key. Bila siap nanti, abang akan balik rumah kita."
"Alhamdulillah". Eh, abang niat nak balik rumah mama ke kalau tak sempat balik
rumah kita?" Aduh, kantoi". "Hmmm" cadangnya aje."
"Oh, macam tu. If you feel like want to stay there, we"ll just be fine right here. Mak Kiah
ada. Cuma abang tolong inform Ishalah kalau abang jadi nak stay kat Bukit Antarabangsa."
Urusan paling sukar, akan menjadi paling mudah apabila berhadapan dengan Alishah.
Dia senantiasa membukakan peluang dan ruang untuk aku melakukan apa saja yang akan
memudahkan diriku. Alishah tidak suka membantah-bantah keputusanku, bahkan cadanganku pun dia tidak
akan pertikaikan. Dia suka memudahkan orang lain. Ah, aku memang yang paling beruntung
sekali bisa menjadi suaminya.
"Thanks, dear. Sayang tidurlah. Nanti mengantuk pula tak cukup tidur. Salam sayang for
my cute baby. Salam cinta untuk isteri abang, Alishah," usikku dan dia tertawa manja di hujung
talian. Aku menahan debaran di dalam dada.
"Assalamualaikum, bang. Good night. Sleep tight."
"Waalaikumsalam. I love my wife. I love my baby. I love Alishah with all my heart."
Dapat aku bayangkan senyumannya mendengarkan madah rayuku namun apalah
gunanya kalau aku akan menduakan cintanya sebentar lagi"
Seketika aku berteleku di kerusi kayu yang tersedia di beranda. Duduk diam sambil
merenung kelam malam. Malam yang hitam pekat, gelap-gelita dan menakutkan. Tetapi apakan
daya. Malam ini jadi penentu. Kalau aku mengambil tindakan bodoh dengan meninggalkan
Sofea, anak saudaraku akan mati dan kedua-dua orang tuaku akan kecewa, seterusnya
memecahkan rahsia kepada Alishah. Itu yang aku paling takuti. Melihat wajah kecewa Alishah.
"Abang?" Ya Allah" berikan aku petunjukMu. Berikan aku kekuatanMu".
Sofea datang mendekat. Dia sudah bertukar pakaian. Aku cuba merenungnya dalam
pakaian tidur yang begitu tipis lagi jarang. Senyuman berkembang mekar di kelopak bibirnya.
"Jangan keluar. Saya akan masuk!" tegahku apabila kakinya mengorak langkah hendak
memunculkan diri di beranda.
Walau dirinya bukan kecintaanku, dia tetap isteri" tanggungjawab seorang suami" dan
aku tidak ingin berkongsi dengan mana-mana lelaki lain melihat tubuhnya begini.
SAAT terjaga seawal jam lima pagi, aku terus keluar ke beranda. Sekali lagi. Sebelum dan
selepas melukakan hati Alishah, aku tetap di sini. Sofea masih lena diulit mimpi.
Lama aku memerhatikan dirinya yang begitu menggoda semalam. Aku berdosa kerana
membayangkan Alishah dalam penyatuan kami semalam. Sama sekali aku tidak boleh bernafas
setiap kali menyedari wanita manja di sisiku semalam adalah Sofea, isteri keduaku.
Aku jadi kaku dan termangu walaupun dipujuk rayu dengan penuh manja oleh Sofea.
Fikiranku cuba menghadirkan Alishah dan aku akhirnya jadi sama seperti sepatutnya.
Mujur aku ada membawa sebotol minyak wangi Christian Dior milik Alishah. Dalam
Sofea erat memelukku, aku mencapai botol kecil itu dan mencalitkan sedikit wangian ke
tubuhnya. Dan dengan itu, aku membayangkan dialah Alishah.
"Maafkan aku...."
Tanpa sedar... ada air mata yang mengalir menuruni pipi. Entahlah, aku benar-benar
merasakan diriku terlalu lemah ibarat perempuan kali ini. Macam anak dara kahwin paksa.
Duduk beberapa minit sambil menenangkan diri, aku mengambil keputusan untuk segera
pulang ke rumah. Bukankah Alishah menyangka aku di pejabat"
"ABANG?" "Sayang?" Dia terus bangun selepas meletakkan kitab suci al-Quran di hujung katil. Masih lengkap
bertelekung, dia datang kepadaku dengan wajah berseri-seri.
"Isha rindu dengan abang. Syukurlah abang dah balik," ucapnya sebaik tubuhnya aku
raih ke dalam pelukan. Aku terkesan ada sisa air mata di pipinya.
"Kerja abang baru selesai. Sayang tunggu abang balik ke?"
"Hmmm" tunggu dalam hati."
"Janganlah menyusahkan diri lain kali. Sayang pun kena tidur cukup. Nanti sakit, susah
pula." Bukan niat untuk memarahinya tetapi sekadar mempamerkan rasa menyayangi.
Alishah terangguk-angguk. Batal wuduknya apabila aku tanpa tertahan lagi mendaratkan
bibir ke seluruh mukanya.
"Sayang?" Keinginanku yang satu datang menyapa.
"Isha tanggalkan telekung dulu ya."
"Alah"." "Tak apa. Tak lama mana."
Dia ketawa manja. Apabila dia sudah bersedia, tiba-tiba sahaja mataku tertancap pada
pintu bilik mandi. Mandi"
"Are you sure you are okay, honey?" sapanya apabila tiba-tiba sahaja aku menghentikan
langkah. "Abang nak mandi dululah. Wait for me, dear." Aku bingkas bangun mencapai tuala di
dalam almari pakaian sebelum meluru masuk ke bilik mandi. Sempat aku kenyitkan mata kiri
pada Alishah yang masih membisu di atas katil.
Ya, aku perlu membersihkan segala kekotoran yang sudah terlekat di tubuhku semalam.
Aku tidak ingin kekotoran itu menyentuh walau sedikit pun tubuh isteri kecintaanku satusatunya.
"LAMANYA mandi" Suka main air ke?"
Usikan Alishah menyambutku di muka pintu. Dia tersenyum-senyum sendiri sambil
membawaku duduk di birai katil. Sebelah tangannya menggosok-gosok rambutku dengan sehelai
tuala putih. Putih warna kegemaran Alishah. Putih melambangkan kesucian. Sama seperti dirinya
juga. Suci daripada sebarang kekotoran. Aku sebaliknya lebih gemar pada warna hitam dan
merah. "Saja nak rendam lama-lama dalam tub tu. Rasa sejuk airnya. Best."
"Ya, sejuk. Dingin."
"Semalam sayang rindu abang tak?"
Sengaja aku mengalih tajuk perbualan.
"Rindu pun nak buat macam mana" Isha rindu dalam hati ajelah."
Spontan lidahku terkelu. Aku yang terasa atau Isha memang sengaja" Ah, mustahil dia
tahu rahsiaku. "Hmmm" kalau rindu kan boleh call. Suruh abang balik cepat-cepat," ujiku sedangkan
dalam hati, akulah yang bodoh.
"Tak apalah... Isha tak nak mengganggu abang buat kerja. Nanti tambah lambat abang
siap, tambah lambat abang sampai rumah."
"Bijak," pujiku dan dia melebarkan senyuman manisnya.
"So, is everything clear by now?"
"Alhamdulillah, I have finished all of them. Harap-harap lepas ni abang dapat rehat lebih
dengan sayang. Dengan baby."
Aku bergerak ke almari pakaian. Mengenakan deodorant sebelum menyarung baju
Melayu cekak musang berwarna biru muda serta kain pelikat. Sebentar sahaja lagi akan masuk
waktu solat subuh. "Abang nampak makin handsome pakai baju Melayu ni."
Mataku terus terarah ke cermin. Meneliti diriku dalam pakaian solatku. Kemas.
Handsome" Mestilah....
"Thanks for the compliment, honey. I know I am, and that"s the reason why I married to
the most beautiful woman in the world."
"Alhamdulillah... tapi Isha tak adalah secantik mana." Alishah sudah bangun dari katil.
Rambutnya sudah diikat kemas-kemas.
"Cantik sangat sampai abang rasa macam tak segandingan dengan sayang."
Bahuku dielus-elusnya. "Isha mungkin cantik. Syukurlah, tapi Isha cuma secantik-cantik manusia. Tak ada sebab
untuk abang rasa tak segandingan dengan Isha."
Senyuman di bibirnya meleret lagi. Pantas aku mendaratkan sebuah kucupan paling
hangat di kedua-dua belah pipinya. Apabila aku meliarkan pandangan, Alishah mengekeh
ketawa sebelum akhirnya dia meminta diri masuk ke bilik mandi untuk mengambil wuduk.
"Nakal..." bisikku sendiri bersama senyuman lucu.
Selepas Alishah keluar, aku pula menyusul masuk mengambil wuduk sementara isteriku
keluar memanggil Mak Kiah untuk solat berjemaah di bilik Asha.
Kami ada dua sebab mengapa tidak solat di mini surau kami tetapi memilih solat di
dalam bilik si kecil kami.
Pertama, kami mahu Asha melihat perbuatan kami solat secara berjemaah sebagai
sesuatu yang sangat murni dan mengeratkan silaturahim.
Kedua, jika kami solat di mini surau, Asha yang tidak menentu jaga dan tidur akan
ketinggalan bersendirian di biliknya semasa kami bertiga solat. Bukan mengutamakan anak
semata-mata tetapi bukankah menjaga keselamatan itu juga dituntut dalam Islam"
Ketiga, biliknya cukup luas untuk sepuluh orang menunaikan solat jemaah dan keempat,
bilik beradu kami hanya kami berdua yang memasukinya kecuali pada masa-masa gawat yang
membenarkan orang lain seperti Mak Kiah dan mama atau papa untuk memasukinya.
"ANGAH!!!" Niatku untuk duduk terbatal sama sekali. Aku mengisyaratkan agar Siti keluar sebentar
meninggalkan aku di sini. Dia akur.
"Terima kasih banyak-banyak, ngah. Aku hutang banyak dengan kau."
"Ya, memang banyak."
Aku yakin Irman sudah dilepaskan dan sebaik sahaja papa dan mama sampai di rumah
along, mereka akan segera berlepas pulang kembali ke tanah air. Mudah-mudahan along sedar
yang tiada apa diperolehnya setelah bertahun-tahun mengabaikan papa dan mama.
"Saya berdoa ini yang terakhir sekali, long. Saya dah tak sanggup. Perempuan tu
sekarang dah bukan anak dara lagi sedangkan saya sikit pun tak ada perasaan kat dia."
"Aku betul-betul minta maaf. Aku akan jelaskan hal ni dengan papa dan mama."
"Eh, gila ke apa?"
Memberitahu mama dan papa maknanya memberitahu Alishah sekali.
"Tak. Aku cuma nak minta ampun dengan dia orang. Rahsia ni tetap akan jadi rahsia kita
berdua." Tahu tak apa". "Pesan dengan kak long dan anak-anak along tu. Kalau rahsia ni pecah, bukan lagi orang
lain tapi saya sendiri yang akan musnahkan keluarga along," ugutku penuh emosi. Aku akan
melakukan apa saja kalau rahsia ini bocor.
Sudahlah aku berkorban begini besar, andai kata pecah juga" masya-Allah"
kuatkanlah hatiku untuk bersabar.
"Aku berjanji, ngah. Aku dah banyak menyusahkan kau. Aku minta maaf."
"Jadi bila along nak balik ni" Passport dah dapat ke belum?" Dalam risau, aku masih
mampu memikirkan kebajikan mereka.
"Passport dah dapat lepas Sofea telefon ayah dia... tapi kami kena tunggu papa dan
mama sampai dulu. Kalau tak nanti dia orang syak pula."
"Tiket dah beli ke?"
"Dah. Along dah uruskan. Sekali flight dengan papa dan mama. Ini pun aku dah risau
sebab muka Irman bengkak sangat."
"Alah, cakap ajelah dia bergaduh dengan budak-budak samseng kat situ. Insya-Allah
papa dan mama mesti percaya punya."
Dari mula along menyatakan hasrat mahu berpindah meluaskan perniagaan di Turki
empat tahun lalu, papa dan mama berkeras tidak setuju. Kebetulan masa itu negara Turki sedang
dalam proses pertukaran kuasa pentadbir Kristian sepenuhnya.
Dari dulu lagi negara itu tidak stabil. Entah angkara siapa sampaikan masjid-masjid kini
menjadi gereja mereka. Turki memang tidak sesuai untuk rakyat beragama Islam.
"Ngah, aku janji akan balas jasa-jasa kau dengan kami sekeluarga. Aku janji. Sumpah!"
"Jangan nak sumpahlah, long. Entah terlaksana entah tak nanti."
Along mengeluh berat. Dalam nafasnya ditahan-tahan.
"Saya bukan nak sombong tapi cukuplah kata insya-Allah. Kalau ada, ada la. Tapi saya
lebih senang kalau along setakat tolong jaga mulut along sekeluarga jangan sampai rahsia ni
pecah." BAB 16 AKU tiba lebih awal di tempat yang sudah dijanjikan. Sebuah restoran
makanan barat yang agak sederhana. Dan yang pastinya bukan restoran kesukaan Alishah. Dia
kurang gemar western food.
"Abang dah sampai?"
Aku lekas angguk dan tiba-tiba sedar kami cuma berbual di telefon. Macam mana dia
nak nampak apa yang aku buat"
"Ya. Dah duduk pun."
"Sekejap ya, bang. Sofea nak park kereta lagi."
"It"s okay. Take your time."
Dan talian segera aku putuskan. Kenapa aku tiba-tiba setuju keluar makan tengah hari


Sesuci Kasih Seorang Isteri Karya Dzie Tyea  di http://cerita-silat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

dengan Sofea hari ini" Selepas peristiwa dua hari lalu itu"
Sementara menanti dia sampai, aku membelek-belek gambar-gambar Alishah dan Asha
di dalam telefon bimbit. Gambar Alishah tiada yang tidak lengkap bertutup aurat. Katanya dia
takut ada orang lain melihat atau terlihat dirinya kalau dia membuka tudung di hadapan kamera.
"Assalamualaikum."
Seseorang berbisik betul-betul di telinga.
Sofea! "Waalaikumsalam."
Tanganku beberapa kali mengurut dada. Walaupun kata-kata baik yang dihulur oleh
Sofea tetapi dengan cara yang begitu, sungguh aku terkejut.
Dia menarik kerusi di sisiku dan terus duduk. Senyumannya melebar di bibir. Pastilah
dia berbahagia kerana aku sudi menemaninya keluar makan tengah hari. "Temu janji" pertama
kami selepas bergelar suami isteri.
Seketika muncul seorang pelayan lelaki menghulurkan buku menu. Dia berfikir-fikir
memilih makanan hinggakan pelayan tadi mengalihkan perhatian beberapa kali.
"Kata favorite food ada kat restoran ni." Perlahan aku memberi isyarat yang aku juga
sudah bosan menunggu tanpa ditanya apa yang hendak aku makan.
"Hmmm... confused. Tak tahu nak makan apa bila dah duduk sama dengan abang ni. I
used to be with my colleague."
Terharu" Sedikitlah. Dari aksinya, senyumnya" dapat aku lihat betapa terujanya dia
dapat bersama diriku. Mengapa ya" Di mana sebenarnya dia mengenaliku sehingga dia begini
suka padaku" Selama hidupnya, dia membesar di Turki dan hanya sesekali datang ke Malaysia
mengikut ibu bapanya. Baru tiga tahun kebelakangan ini dia semakin kerap ke sini. Sendiri.
Menguruskan businessnya. Itupun setahuku, dia menjalin hubungan perniagaan dengan syarikat
perkapalan antarabangsa sahaja.
Syarikatku yang tidak semegah mana itu" Belum pernah berurusan dengan Top World
Shipping Company miliknya.
"May I have your order now, madam?"
Mungkin sudah tidak tertahan lagi tertunggu-tunggu, pelayan itu akhirnya bersuara juga.
Soalannya disambut senyuman dan anggukan padu Sofea. Sempat lagi matanya melirik
padaku sebelum bersuara. "I"d prefer to eat beef stick with chicken sauce. How about that, abang?"
"Saya terasa nak makan fish and chips. Terpulanglah pada Sofea nak makan apa."
Sungguh, respons yang sangat mematikan selera seorang isteri.
"Oh, abang suka fish and chips rupa-rupanya."
"I think so." Sofea menyentuh tanganku di atas meja. Diusapnya sebentar dan aku pula yang bergegar
sendiri. Mujurlah akal warasku sempat menghalang daripada melakukan tindakan refleks yang
dengan pastinya akan menjadikan maruah Sofea jatuh diinjak kaki pelayan ini.
"Okay." Pelayan tadi senyum mesra. "So, what would be your final order?"
"I"ll decide," putusnya. Walaupun suaranya lembut.
Aku cuma terangguk-angguk. Sepanjang perkahwinanku dengan Alishah, dia tidak
pernah memutuskan apa sahaja seperti ini. Dia akan bersungguh-sungguh memastikan aku
jugalah yang akan paling berpuas hati terhadap apa saja yang ingin aku lakukan.
"We"ll take fish and chips but please put some chicken sauce on mine. About the drinks,
we"ll take fresh orange. That"s all for now."
Lidahku cuma terkelu. Aku tidak minum fresh orange dan aku tidak suka fish and chips.
Dari langkah pertama yang diambil oleh pelayan itu hinggalah pertemuan kami berakhir
di muka pintu restoran tidak sampai sejam kemudian, aku menilai dirinya saja dan rumusanku:
membosankan! "TUAN ada meeting dengan Radzin jam empat petang nanti." Ketibaanku disambut jadual
daripada Siti. "Radzin" Ada hal yang tak selesai lagi ke?"
"Eh, Radzin kata nak bincang something. Tak cakap apa." Siti menegakkan tubuh.
Mungkin dia belum lagi keluar makan tengah hari apabila melihat fail yang berlambak di atas
mejanya. "Did he call?" "He called, of course. Kenapa, tuan" Tuan tak nak jumpa dengan dia ke" Saya boleh
batalkan kalau tuan nak."
Aku menonong masuk ke pejabat. Menyedari soalannya tidak berjawab, dia lekas-lekas
bangun mengekoriku sehingga ke dalam, siap dengan organizer, reminder dan sebatang pen
kesukaannya. "Tuan?" "Hmmm" jangan batalkan. I wonder what is not done between us. Mungkin pasal kamu
tak, Siti?" "Saya" Kenapa dengan saya, tuan?" Dahinya berkerut seribu, keningnya bercantum
menjadi satu. "Kamu tak rasa sesuatu ke dengan Radzin tu?"
"There"s nothing between us, sir. So, apa yang sepatutnya saya rasa pula?"
Aku berjeda seketika. Membiarkan perasaan ingin tahu membuak-buak di dalam dirinya.
Saja aku mahu bergurau pada saat-saat begini. Saat perasaanku tika makan tengah hari tadi sudah
terganggu. "Tuan" Would you please explain it to me?" desaknya di luar sedar. Nampak benar dia
seakan-akan terasa sesuatu.
Bukankah Radzin juga menunjukkan tanda seolah-seolah dia berminat dengan
setiausahaku seorang ini" Dia melihat Siti seperti melihat Siti Nurhaliza. Sedangkan Siti di
hadapanku ini cuma Siti Nuralya. Cuma manisnya tetap ada.
"Tak apalah kalau tak ada apa-apa. Mungkin sayalah yang silap tengok tu." Putusku
akhirnya. "Huh...." Siti mengeluh lega.
Aku memandangnya dengan sengaja menjegilkan mata dan dia sudah cepat-cepat keluar.
Siti" Siti". MAK KIAH sedang sibuk memandikan Asha semasa aku sampai di rumah. Senang hatiku
melihat pengasuhku kini sedang mengasuh anakku dengan penuh kasih sayang tentunya.
"Assalamualaikum, anak papa."
Asha mengukir senyuman. Benar-benarkah dia memahami apa yang aku katakan atau dia
sudah terbiasa mendengar ucapan salam daripada mamanya. Sejak dia mula disahkan
mengandung lagi. "Biar saya pakaikan Asha baju, Mak Kiah." Aku menawarkan diri dengan penuh senang
hati. "Serius ke nak tolong Mak Kiah ni?"
"Eh, Mak Kiah ni. Saya jarang dapat tolong Isha atau Mak Kiah." Selama ini aku hanya
tahu sampai di rumah untuk berehat. Jarang sekali aku dapat membantu mereka menguruskan
rumah tangga. "Tak penat ke?"
Senyumanku bertambah lebar. Tubuh Asha yang sudah dibaluti tuala berwarna putih
bersih aku letakkan di atas katil.
"Tak apa, Mak Kiah. Saya betul-betul nak tolong."
"Kalau kamu dah cakap macam tu, biar Mak Kiah siapkan minuman petanglah."
"Ya. Okey." Kami ditinggalkan berdua sahaja. Tubuhnya aku keringkan sebelum aku letakkan bedak
bayi Johnson"s Baby.
"Baby papa nak baju warna apa malam ni?" Pipinya aku kucup berkali-kali. Sungguh
Allah SWT sayangkan aku dengan menganugerahkan diriku dua orang puteri yang sangat
menyenangkan diriku. Memilih hampir seminit dua, akhirnya aku mencapai baju tidur yang kelihatan comel
benar berwarna ungu bercampur merah jambu. Hadiah daripada papa sempena kelahiran bayi
kami. "Assalamualaikum."
Kelembutan suara itu lebih menarik perhatianku untuk terus menoleh ke muka pintu.
"Sayang?" Manis dan sangat menyegarkan senyuman di bibirnya walaupun selepas seharian dia
berada di pejabat. Menguruskan itu ini hal perniagaannya. Ke sana ke sini bertemu pelanggan
yang inginkan perkhidmatan kreatifnya sebagai pereka dalaman yang agak popular.
"Cantiknya anak mama. Papa tolong pilihkan baju ke?" Dia sudah meluru memeluk
Asha selepas menyalami tanganku.
Asha ketawa mengekeh. Mereka berdua: puteri hatiku, memang rapat. Harap-harapnya
mereka akan kekal rapat begini sampai bila-bila.
"Sayang dah solat ke?"
"Dah, bang. Lepas jumpa client tadi Isha ajak dia solat sekali kat masjid."
"Ajak sekali" Lelaki ke perempuan?" soalku sedikit bernada cemburu.
Alishah mengerutkan dahi memandangku. Sesekali dia cuba menahan ketawa.
"Masya-Allah. Abang fikir banyak sangat ke lately ni" Banyak benda yang abang
tersasul." Rambutku diramas-ramas lembut. Sejuk sedikit rasa marah yang baru hendak bertapak.
"What do you mean tersasul?"
Dari berdiri, Alishah membawa Asha duduk rapat di sisiku. Pun begitu dia tidak sesekali
mengalihkan anaknya kepadaku. Tentu saja dia tidak mahu aku kepenatan.
"Abang." Tanganku digenggam erat sebelum dibawa ke bibirnya.
Aku terdiam saat dia mencium hangat kedua tanganku.
"Isha tak pernah berurusan dengan client lelaki selama ini sorang diri. Kalau Isha jumpa
client, it"s a woman for sure. Kalau kena jumpa juga client lelaki, Isha akan serahkan pada
designer lain. Or else, Isha ajak PA Isha keluar sekali."
Kami berpandangan lama. Aku yang bersalah. Alishah yang sangat setia. Mengapa aku tidak terfikir soal ini selama
ini" Apa yang aku sibuk sangat fikirkan sampai cara kerja isteri sendiri pun aku lupa"
"I"m so sorry if I made you jealous."
Tanganku dikucup sekali lagi. Lebih intim. Lebih mendamaikan.
"Sayang, abang yang sepatutnya minta maaf. Jealous tak tentu pasal, kan?"
Dia senyum dan kemudiannya menggeleng. Asha diletakkan pula di atas katilnya sendiri
sebelum dia kembali kepadaku.
"Syukurlah abang cemburu. Maksudnya abang sayang lagi kat kami."
Sekali ini aku pula yang mengerutkan dahi, mencantumkan kening. Kenapa semakin hari
aku merasakan yang Alishah mengetahui sesuatu yang aku sendiri tidak dapat pastikan
kebenarannya" "Maksudnya abang sayang lagi kat kami"."
Alishah dah tahu ke" Kalau ya, bagaimana dia tahu" Membelek telefonku bukan kerja
Alishah. Dia tidak akan menyentuhnya di belakangku. Sekadar untuk mengambil gambar
Asha" itu saja. BAB 17 AKHIRNYA" ya, akhirnya setelah aku berkorban dan menjadi korban,
malam ini papa dan mama akan dapat membawa bersama anak sulung mereka bersama
keluarganya sekali. Mereka dijangka tiba di KLIA pada pukul sepuluh malam nanti. Aku bercadang mahu
mengajak Alishah dan Asha ke rumah mama dan papa petang ini. Membantu apa yang patut
untuk kenduri kesyukuran menyambut kepulangan mereka.
Selama seminggu lebih mereka menunaikan umrah dan seterusnya melawat keluarga
along, tidak sekali pun aku ke sana selepas kenduri dulu.
Bukannya malas tetapi tiada masa. Tambahan pula hanya ada keluarga pak long sahaja di
sana sedangkan aku bukannya rapat benar dengan isteri dan anak-anak pak long. Hanya kenal
biasa-biasa sahaja. Keluarga pak long dulu menetap di Singapura hampir dua puluh tahun, maka kami
memang jarang bertemu. Kalau pun ada majlis keluarga, aku si pendiam yang jarang mahu
bersosial dengan mereka. Riezman, tua sepuluh tahun daripada along. Sudah punya seorang cucu perempuan.
Puteri Yasmine, tua tujuh tahun daripada along. Anak sulungnya baru sahaja melaporkan diri
bertugas di sebuah hospital di Sarawak. Puteri Hidyah, tua tiga tahun daripada along, sudah
mempunyai anak teruna berumur lapan belas tahun manakala Puteri Julainah, sebaya dengan
aku, baru sahaja melahirkan anak ketiganya bulan lepas.
"Tuan!" "Siti!" Berdegup kencang jantungku dibuatnya. Terkejut bukan kepalang. Orang tengah asyik
melamun, interkom pula tiba-tiba berbunyi.
"Tuan ada meeting dengan akauntan syarikat jam lima petang nanti. Lepas meeting
dengan Datuk Yazid. Boleh ke, tuan?"
"Eh, meeting jam lima?"
"Tuan dah lupa ke" Kan saya ada arrangekan dua hari lepas."
"Alamak! Saya sepatutnya balik awal hari ini. Ada kenduri kat Bukit Antarabangsa.
Tolong cancel dulu meeting tu. Postpone esok atau lusa." Takkanlah aku datang waktu
rombongan papa dan mama sampai" Siapa nak tolong uruskan persediaan kenduri"
"Errr... this is an important meeting, sir."
Sebuah keluhan terlepas. Siti yang aku kenal, cekap orangnya. Apa sudah jadi dengan
setiausahaku ini" "Siti, would you please tell me siapa bos kat sini" You or me?" Bukan berlagak atau
meninggi diri tetapi bosan. Arahanku selama ini tidak pernah dipersoalkan oleh sesiapa sahaja.
"I"m sorry, sir."
"Kalau macam tu, listen to me. Cancel meeting tu. Saya ada hal lebih penting. Family
matter." "I"m sorry, again. I will do as you command."
"Syukurlah...."
Dengan pantasnya aku memutuskan talian. Beberapa saat kemudian, talian bersambung
tetapi bukan lagi kepada Siti. Aku menghubungi pak long bertanyakan apa yang perlu disiapkan
lagi. Terkesan juga hati apabila aku dikatakan kurang mengambil berat kebajikan papa dan
mama. Satu mesej aku hantar kepada Alishah. Memaklumkan rancanganku mahu mengajaknya
pulang ke Bukit Antarabangsa dan dia perlu pulang lebih awal.
Message delivered to LoVe My WiFe... Alishah. Tetapi belum sempat aku menutup
telefon, nama kekasih hatiku satu-satunya itu muncul di skrin.
"Assalamualaikum, sayang," sapaku. Terkejut bercampur gembira. Senang hati
berpeluang mendengar suaranya yang lunak manja.
"Waalaikumsalam. Abang kat ofis lagi ya?"
Aku pantas melihat jam di tangan. Pukul satu dua puluh tengah hari. Oh ya, waktu untuk
makan tengah hari dan solat zuhur.
"Yalah, dear. Abang tak perasan pun jam ni dah sampai angka satu. Sayang abang dah
makan ke?" Kedengaran tawanya di hujung talian.
"Isha baru habis meeting. Abang nak keluar makan tak?"
"Sayang nak makan apa" Kat mana?"
"You set the place and the menu. Isha menurut aje. Ke abang nak Isha pilihkan pula
untuk kali ini?" Sebuah restoran Melayu yang menyajikan masakan kampung melintas di fikiran.
Terbayang-bayang aku ikan keli goreng berlada bersama kerabu jantung pisang dimakan
bersama nasi panas. "Sayang get ready. I"ll be there in thirty minutes. Kita makan masakan kampung hari ni."
Putusku pantas. MAKANAN yang tersaji di hadapan mata begitu menyelerakan sekali. Aku benar-benar rindu
masakan kampung begini. Kami makan bersulam cerita. Alishah lebih banyak diam kerana bukan sifatnya makan
sambil berbual. Bukan aku tidak tahu tetapi entah kenapa macam-macam perkara melintas di
fikiran untuk dibualkan. Saat aku makan bersama Sofea dulu, terasa kebas punggung hendak duduk lama-lama.
Tetapi bersama Alishah, hampir dua jam kami di sini.
"Abang masih berselera makan... tapi dah nampak kurus sangat," komen Alishah selepas
aku menghabiskan suapan nasi berlaukkan ikan keli goreng berlada. Nasi tambahan untuk kali
ketiga. Benar-benar bagai dirasuk syaitan seleraku hari ini.
"Kurus sangat?" persoalku.
Dia mengangguk perlahan. Jari-jemarinya menjangkau mengusap tangan kiriku di atas
meja. "Abang banyak fikirlah tu."
Aku tersengih saja. Memang aku banyak berfikir. Tentang along" tentang Sofea...
tentang bussines... tentang bila masanya paling sesuai untuk aku menjelaskan pada Alishah hal
sebenar" semuanya! "Tengok tu" fikirkan apa tu" Sampai melayang fikiran," tegurnya serentak menepuk
lembut tanganku. "Tak ada apalah... biasalah, manusia kena banyak berfikir. Abang fikir kenapa abang
bertuah sangat dapat wife sebaik Isha."
Buat pertama kalinya aku melihat wajah tersipu-sipu malu isteriku sendiri. Darah merah
menyerbu naik ke muka namun tetap menambahkan kecantikannya. Dia kelihatan begitu
menawan sekali. "Malu ke?" usikku sengaja sambil meramas tangannya di bawah meja.
Dia membalas erat. "Tak" tak malu... cuma segan. Isha tak adalah sebaik mana pun.
Kalau pun baik, sebaik-baik manusia."
"Ini yang buat abang hormat sangat dengan sayang."
Matanya merenung ingin tahu. Sengaja aku membalas renungannya tetapi dengan
maksud yang lain hinggalah dia menutup mulut menahan ketawa.
"Kenapa pula?" "Sebab"." Belum sempat menyambung gurauan, telefon bimbit di atas meja bergegar menandakan
ada panggilan masuk.

Sesuci Kasih Seorang Isteri Karya Dzie Tyea  di http://cerita-silat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

Mulanya aku hanya mahu membiarkannya berhenti berdering tetapi sekilas aku
ternampak namanya. "Ujian daripada Allah... calling. Emmm" abang nak jawab call ni kat luar sekejap ya,
dear." Buru-buru aku bangun dan apabila melihat anggukan penuh yakin Alishah, aku terus
menerpa ke pintu keluar. "Assalamualaikum."
Aku merebut peluang mencari pahala dengan menghulurkan salam terlebih dahulu.
Sofea menjawab perlahan sebelum berdehem beberapa ketika. Ada apa lagi ya"
"Abang dah makan ke?"
Aku mengiakan saja. Melihat jarum jam yang menghampiri angka tiga petang, aku terus
memasang niat terus pulang ke rumah bersama Alishah supaya kami dapat berehat sebentar
berdua. Pukul lima nanti perlu ke Bukit Antarabangsa pula.
"Kenapa call ni" Ada apa-apa ke?" Tidak tertunggu aku rasanya.
"Tak ada apa tapi?"
"Teruskan." "Sofea rindu kat abang."
Dia malu-malu, aku pula sudah terpaku. Rindu katanya" Rindukan abang" rindu kat
aku" Sudah hampir seminggu selepas hal itu berlaku. Aku baru hendak merasakan detik-detik
gembira menjalani hidup berumah tangga bersama Alishah dan Asha dan kini semuanya seakanakan terusik oleh kehadiran Sofea.
"Malam ni abang boleh balik rumah Sofea?"
"Ummm" abang ada hal penting. Mungkin lain kali kut."
"Hal penting?" Aku cuba untuk tidak merengus. "Ya, ada hal dengan famili abang. Lain kali kalau ada
masa, abang cuba." "Oh, tak mengapalah kalau macam tu. Abang selesaikan dulu hal abang tu."
"Ya, insya-Allah."
SEMASA kami tiba di halaman rumah papa dan mama, kawasan sekitar sudah dipenuhi dengan
kerusi dan meja. Saudara-mara papa dan mama juga kelihatan duduk-duduk sambil bersembang
di bawah khemah. Pak long dan mak long menyambut kami sebaik sahaja aku membuka pintu kereta.
Terasa segan sebenarnya kerana lambat datang.
"Pak long guna catering separuh. Itu yang cepat siap semua ni," komen pak long semasa
kami bersalaman. Mak long membawa Alishah, Asha dan Mak Kiah ke kawasan khemah wanita yang
menempatkan hampir sepuluh orang kaum keluarga mama.
"Saya minta maaf sebab tak sempat tolong, pak long. Banyak kerja dekat ofis tu."
Pak long terangguk-angguk.
Sementara pak long kembali kepada kumpulannya tadi, aku mengangkat beg pakaian ke
dalam rumah. "Zikri tidur sini, kan malam ni?" sapa mak lang yang baru keluar dari bilik air di hujung
tangga. "Ya, mak lang. Semalam ajelah kut yang boleh."
"Baguslah macam tu. Kerja banyak pun, jangan sesekali lupakan tanggungjawab."
Aku mengangguk setuju. Tanggungjawab jangan dilupakan. Setakat ini aku masih
menunaikan semua tanggungjawabku dengan baik. Kepada papa dan mama. Kepada Alishah.
Kepada Asha. Kepada Allah SWT... malah kepada syarikatku.
Tetapi bagaimana hukumnya tentang tanggungjawabku terhadap Sofea" Dia aku nikahi
bukan atas kehendakku."
"Mak lang turun dululah ya, Zik. Nak jenguk masakan kat laman belakang tu macam
mana. Dah siap ke belum."
"Eh, bukan pak long kata guna catering ke, mak lang?"
"Yalah... tapi kerja orang diupah ni kena dipantau. Penting. Nak lagi kalau budak-budak
remaja lelaki aje yang selesaikan," ujar mak lang dengan mulut yang terjuih-juih seakan dia
sama sekali tidak mempercayai kredibiliti pekerja catering tersebut.
"Kalau macam tu, Zik masuk dululah. Lepas ni Zik turun. Tolong apa-apa yang tak siap
lagi tu." Mak lang senyum. Walaupun aku jarang bertemu adik mama ini, tetapi sikapnya yang
mudah mesra itu menghalau rasa kekok jauh daripadaku apabila berbicara dengannya.
SELEPAS solat maghrib berjemaah di ruang tamu yang sudah dikosongkan segala perabotnya,
kami terus bersedia mahu bertolak ke lapangan terbang. Menurut papa, penerbangan mereka
akan mendarat jam lapan lima puluh malam ini.
Aku mengajak Alishah dan Asha sama tetapi Alishah memberi alasan mahu membantu
menghidangkan makanan untuk para tetamu. Sementelah pula Asha pasti akan merengek tidak
selesa kerana mengantuk. Akhirnya, sepuluh buah kereta bergerak ke lapangan terbang. Aku bersama pak lang,
Izham dan Carmine. Pemandu papa berseorangan untuk membawa papa dan mama. Pak long
memandu Toyota Alphardnya, khas untuk membawa along sekeluarga. Diikuti oleh sepupusepupuku yang lain dan kawan-kawan rapat orang tuaku.
Jam menunjukkan lagi sepuluh minit menuju ke pukul lapan lima puluh semasa kami
masuk ke ruangan ketibaan. Aku mengambil keputusan duduk di kerusi yang tersedia sahaja.
Carmine, anak bongsu pak lang merengek minta diambil gambarnya di salah satu sudut menarik
KLIA. Sementara itu, aku membelek-belek telefon di tangan. Gambar-gambar comel dan
keletah Asha menjadi tatapan. Sudah besar anakku.
"Amru dah nak pindah Malaysia terus ke?"
Satu suara tiba-tiba menyapa. Aku menoleh ke belakang. Razif, anak menantu Datuk
Munir yang sebaya dengan along. Entah bila dia duduk di situ.
"Ya, macam itulah nampaknya. Papa dengan mama pun sokong kalau dia balik menetap
di sini." Razif terangguk-angguk. "Bolehlah tolong business uncle."
"That"s the main reason why papa asked him to come back and live here. Business papa
tu dah tak larat papa nak handle."
Bukan aku tidak mahu membantu tetapi aku lebih senang membuka langkah sendiri.
"Awak kenapa tak join sekali business tu" Business macam itu punya bagus. Ada masa
depan, rugi kalau tak join."
Sebuah senyuman terukir di bibir. Padaku, lebih elok berjalan sendiri daripada mengikut
jejak orang. Nanti jika jejaknya hilang, kita yang terbiasa mengikut sahaja pasti akan tercari-cari.
"Saya rasa business yang saya usahakan sekarang pun dah makin stabil. Kira okeylah
untuk usahawan muda."
Bukan niat mahu mendabik dada tetapi aku tidak rela diriku dipandang sebelah mata
begini. PAPA dan mama dikerumuni oleh semua yang hadir menyambut mereka di lapangan terbang.
Aku terpaksa duduk menanti keadaan reda sedikit sebelum berpeluang meraih pelukan papa dan
mama. "Mana...." Belum sempat menghabiskan ayat, kelihatan along berjalan mendampingi Irman Khalis
yang duduk di kerusi roda. Wajahnya hampir penuh dibalut kain pembalut berwarna putih. Di
belakang mereka, kak long berpegangan tangan dengan Irene Putri yang memeluk teddy bear
yang hampir sama besarnya dengan kanak-kanak lima tahun.
"Ilyah?" Mama tercari-cari.
Semua orang kini mengerumuni keluarga along yang sudah sekian lama tidak
menjejakkan kaki ke Malaysia.
"Dia ke toilet, ma," perjelas kak long.
Mama menarik kak long ke sisinya untuk diperkenalkan kepada semua. Aku merapati
along dan Irman. "Irman dah okey ke?" sapaku sambil membelek-belek lebam di lengannya.
Dia cuma mampu mengerdipkan matanya beberapa kali. Along sama sekali tidak
membuka mulut. Entah dia terharu atau segan denganku.
"Along?" "Aku sihat. Terima kasih sebab tolong aku, ngah. Kau ajelah adik aku dunia akhirat. Aku
hutang nyawa dengan kau."
"Biarlah...." Aku berniat mahu menolak kerusi roda Irman, namun tubuhku tiba-tiba ditarik ke dalam
pelukan along. Terpempan aku dibuatnya. Selama ini mana pernah kami serapat ini. Aku dan
along, jiwa kami berbeza sama sekali.
Dari kecil sehinggalah masing-masing meningkat dewasa. Along selalu mentertawakan
aku yang suka memerap di rumah. Berdamping dengan papa dan mama. Katanya aku hampirhampir menjadi "sotong".
Setiap kali digelar "sotong", mahu atau tidak aku akan mengalirkan air mata. Mengadu
kepada mama. Aku sesungguhnya bukan lembut. Cuma naluriku saja yang bencikan kebebasan,
kekasaran dan keganasan. Tidak seperti along. Masuk tingkatan satu, dia sudah berani memukul rakan sekelasnya
gara-gara berebutkan seorang guru perempuan yang cantik.
Along pernah dihukum gantung sekolah selama sebulan atas kesalahan meraba tubuh
rakan sekelasnya. Berbirat jugalah belakangnya dirotan papa. Waktu itu aku tiba-tiba berasa
terlalu bersyukur aku tidak mengikut jejaknya.
"Papa, tunggu!"
Satu suara manja tiba-tiba melaung. Kami serentak menoleh ke belakang. Seorang gadis
berkulit cerah dengan pipi yang agak kemerah-merahan berlari-lari mendapatkan kami.
"Ilyah, salam dengan pak ngah."
"Okey." Dia menghulurkan tangan kanan. Tiada ciuman seperti lazimnya anak-anak Melayu
apabila menyalami tangan bapa saudaranya sendiri.
"Kenapa along biarkan Ilyah ke toilet sendiri" Dia baru sampai ke sini, banyak benda dia
tak tahu lagi," marahku selepas itu. Di telinga along.
"Kami dah biasa macam ini. Bebas."
Aku merengus benci. "Ya, sebab dah biasa sangat bebaslah along paksa saya berkorban
sampai macam ini." Sekali ini dia terkunci mulut.
Aku bergerak menolak Irman ke arah kumpulan saudara-mara dan rakan-rakan papa dan
mama yang masih mahu beramah-mesra dengan orang jauh ini.
"Zik, apa hal kamu tak ajak menantu dengan cucu kesayangan mama ke mari?" soal
mama dengan wajah yang masam mencuka.
Pak lang dan beberapa orang yang terdengar mengulum senyuman di bibir masingmasing. Mungkin mama terlalu excited sebentar tadi hinggakan baru sekarang dia perasan
Alishah dan Asha tiada bersama.
"Isha tolong sediakan makanan kat rumah. Dia tunggu mama dengan papa kat rumah
aje." Mendengar jawapanku, mama terus tersenyum. "Rajin benar menantu mama sorang tu.
Tambah sayang mama dibuatnya."
"Tengoklah siapa husband dia, ma," usikku.
"Yalah... syukurlah... lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Mama gembira kalau
anak-anak mama gembira."
"Kut ya pun, takkan kita tak nak bergerak ke rumah pula ni" Abang dah penat. Nak
jumpa saudara-mara kita kat rumah tu." Papa menolak troli yang penuh berisi pakaian sebelum
pak lang menawarkan bantuan membantunya.
SATU pertemuan yang sangat mengharukan. Kak long memeluk tubuh Alishah dengan erat
sekali. Mereka berbiras. Sama-sama menjadi menantu kepada papa dan mama selepas sudah dua
tahun tetapi baru kini berpeluang untuk bertemu.
Dan sesuatu yang juga serupa antara mereka ialah mereka berdua sama-sama anak yatim.
Bezanya kak long kehilangan orang tua semasa dia sudah berusia dua puluhan.
"Syukurlah kalau semuanya dah elok sekarang. Harap-harap lepas ni, kita semua dapat
hidup dengan tenang," ucap papa mencelah kesuraman suasana.
Beberapa orang yang mendengar turut mengaminkannya.
Selesai bertahlil dan berzikir, papa memulai bacaan doa selamat sebelum semua tetamu
dijemput menjamu selera. Lauk-pauk yang terhidang di atas meja mula dikerumuni. Mak lang
sedia berdiri di hujung meja memastikan semua makanan masih mencukupi.
Aku cuba mahu mendekati Alishah namun dia terlalu sibuk membantu menghidangkan
buah kurma segar yang dibeli oleh mama. Dari satu sudut, aku begitu asyik memerhatikan
dirinya. Walaupun sibuk begitu, dia masih tetap kelihatan menawan. Bibirnya sepantas mungkin
akan mengukir senyuman setiap kali dia berpapasan dengan tetamu wanita. Senyumannya mesra
dan ikhlas. Beberapa kali pula mama memanggilnya untuk duduk bersama namun dia menolak
dengan cara lembut. Dulu semasa kami di tingkatan empat, Safwan sentiasa memerhatikannya. Ke mana
sahaja Alishah melangkah, waima setiap kali Alishah melirik mata pun diperhatikannya. Safwan
memang terlalu tergila-gilakan Alishah. Sedangkan aku waktu itu cuma terbuai dengan
kecantikan dan kelincahan Cat dan Faizah.
Sekarang baru aku sedar hakikat ini. Alishah seorang wanita yang sentiasa
mempesonakan. Mata siapa pun yang memandangnya, pasti akan tertawan.
"Dia memang cantik."
Sekilas aku menoleh. Melihat along datang duduk di sisiku dengan membawa secawan
kopi panas. "Along tahu kenapa kau sayang sangat dengan dia," katanya lagi cuba menarik
perhatianku. "Cinta pertama saya, long."
"Pandai angah cari. Cantik."
"Jangan puji isteri saya macam tu. Tak selesa."
Along ni lain sikit. Dari tadi asyik memuji Alishah cantik. Jangan dia berperasaan yang
bukan-bukan, sudah. Amaran halusku disambut ketawa kecil oleh along. Ditepuk-tepuknya pehaku beberapa
kali. Padanya mungkin lucu namun tidak padaku. Sedangkan hal sebesar penjualan dadah pun
dia boleh lakukan, apa mustahilnya kalau dia mencuba nasib mengganggu adik iparnya sendiri"
"Takkanlah aku nak kacau adik ipar sendiri. Don"t worry." Jaminnya dengan suara yang
cukup yakin. "Lebih baik berjaga-jaga daripada terkena, kan?"
Along senyap. Ketawanya terhenti sendiri. Malas mahu memanjangkan kelahi, aku
bingkas bangun menyertai kumpulan Razif dan sepupuku yang lain. Kebetulan kak long juga
datang duduk di sebelah suaminya.
MALAM sudah semakin larut. Keadaan rumah yang tadinya riuh dengan bual bicara kini sunyi
sepi tanpa suara. Semua tetamu sudah beransur pulang, begitu juga dengan saudara-mara papa
dan mama. Selepas berbual-bual dengan pak long, mak long dan papa, aku meminta diri masuk ke
kamarku yang terletak di sebelah bilik papa dan mama. Terasa letih seluruh badan bergerak ke
sana ke mari dari pagi sehingga malam.
"Assalamualaikum," ucapku sebaik menutup semula pintu bilik.
"Waalaikumsalam."
Alishah masih ralit mendodoikan Isha di katilnya. Mungkin si kecil kami ini terjaga tadi.
Aku menapak ke katil. Melabuhkan punggung di situ sambil merenung gerak-geri penuh
lembut Alishah yang sedang menepuk-nepuk tubuh Asha. Bibirnya terkumat-kamit membacakan
ayat suci al-Quran. "Come to me, dear," pintaku sengaja mahu mengusik.
Alishah akur. Diselimutkannya tubuh Asha sebelum dia meleraikan ikatan rambutnya.
Seketika keletihan yang merajai diri sebentar tadi pergi entah ke mana. Aku menunggu di atas
katil. "Penat betul abang hari ni," keluhku.
Bukan tidak ikhlas namun sesungguhnya memang aku letih. Kalau aku yang cuma
sedikit kerjanya pun sudah begini penat, entah bagaimanalah mereka yang tadinya bertungkuslumus melakukan itu dan ini. Seperti juga Alishah. Tadi sudah letih di pejabat, datang ke mari
sibuk pula membantu apa yang patut dan sekarang hendak menguruskan Asha pula.
"Abang baring. Biar Isha tolong urutkan."
Senyumannya mekar di bibir. Namun aku terpaksa menolak. Aku tahu bukan hanya aku
seorang yang letih. Alishah juga di pejabat seperti aku. Apabila aku ke lapangan terbang tadi, dia juga sibuk
membantu kerja-kerja dapur. Mana lagi dengan urusan si kecil yang pasti merengek sebelum
tidur mahukan mamanya. Jika dibandingkan, Alishahlah sebenarnya yang lebih penat. Bukan
aku. "It"s okay. This time let me treat you. Biar abang yang urutkan Isha," pelawaku pula
dengan senang hati. "Tak naklah. Nanti esok rasa sakit satu badan. Ishakan tak suka berurut."
"La, mana pula sakit?"
Daguku dicuitnya nakal. "Bagi abang sedaplah. Isha tak selesa berurut."
Bertolak-tolak, akhirnya kami sama-sama terdiam sambil berpandangan satu sama lain.
Perlahan-lahan aku mengukirkan senyuman. Sesuatu tiba-tiba terlintas di kepala. Memandangkan kami sama-sama letih, ada baiknya kami melakukan sesuatu yang lebih
menyenangkan. "Jom berendam dalam tab mandi!"
TERASA ada sesuatu yang hangat singgah ke pipi, aku terus membuka mata. Berbalam-balam
pandanganku dek rasa mengantuk yang tidak sudah-sudah. Semalam kami tidur pukul dua lebih.
Seronok benar bergurau senda sambil berendam di dalam air suam yang dititikkan
dengan essential oil. Terasa terbang segala masalah menghadap wajah penuh kasih milik
Alishah. "Sayang, dah nak masuk waktu subuh. Bangun ya," bisik Alishah.
Bersusah-payah mencelikkan mata, akhirnya aku terlihat Alishah sudah elok bertelekung


Sesuci Kasih Seorang Isteri Karya Dzie Tyea  di http://cerita-silat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

duduk di sisi katil. "Sayang dah lama bangun?"
Dia senyum dan menganggukkan kepala. "Bangun awal sebab baby menangis. Lepas dah
lena semula, Isha mengaji."
"Baby menangis?"
Dan aku seperti bangkai yang tidak terdengar apa-apa. Mengapa aku begini" Seorang
bapa tetapi tidak peka. Tidak prihatin. Dan seakan sudah menjadi lumrah seseorang suami akan
bersikap begini. Alishah mengelus perlahan rambutku. Mata yang masih mahu terpejam semakin lemah
daya tahannya. "Mengantuk lagi ke?"
Bersama soalan itu, sebuah kucupan sekali lagi mendarat ke pipi kananku.
"Hmmm... entah apa mata abang ni. Mengantuk lebih-lebih."
"Banyak kerja mestilah penat. Mengantuk."
Beberapa saat, mataku terpejam dan hanya tersedar tatkala Alishah mengucup lagi
wajahku. Penatnya aku, Ya Allah"!
"Kalau abang nak tidur lagi, Isha tunggu abang sambung tidur sepuluh minit. Isha nak
sambung baca al-Quran." Mungkin letih menunggu suaminya ini bangun, Alishah akhirnya
memberi cadangan. Aku yang sememangnya mengantuk terus tersenyum suka. Orang mengantuk
disorongkan bantal. Sesuai benarlah....
"Harap-harap abang masih hidup waktu tu," gurauku dan disambut senyumannya yang
manis. Alishah paling risau jika terlambat menunaikan solat. Dia bimbang nyawanya diambil
sebelum sempat dia menemui Allah SWT dalam solat. Alishah memang isteri yang sempurna
bagiku. Mataku tertutup tetapi aku tidak dapat tidur. Resah pula hati ini. Apatah lagi apabila
mendengar alunan suara Alishah membacakan ayat-ayat suci al-Quran. "Sayang...."
Nyata dia terkejut menyedari kehadiranku di belakangnya. Namun bibirnya tetap dihiasi
senyuman. Dia bingkas bangun menyimpan al-Quran di dalam laci almari dan menanggalkan
telekungnya. Dia perlu mengambil wuduk sekali lagi.
"Tak boleh tidur ke?"
Aku menggeleng dengan memek muka yang sengaja dibuat-buat untuk mendapatkan
simpatinya. Seperti apa yang ada di dalam fikiranku, Alishah memelukku dengan erat. Kadangkadang isteriku ini boleh berlagak bagaikan ibu kepadaku. Bagaikan memujuk anak kecilnya
yang manja. "Tak apa. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Lepas solat nanti, kalau mengantuk boleh
sambung tidur. Nantikan nak masuk ofis," pujuknya sambil membelai tubuhku.
"I really love you, dear," ucapku penuh perasaan.
"We love you much more. Both of us."
Dahiku dikucupnya seketika. Perasaan yang rusuh sekelip mata menjadi damai.
"Dah, abang pergi ambil wuduk dulu. I am after you."
"Ya, dear." Aku membuat aksi memberi tabik hormat kepadanya membuatkan dia
ketawa kecil. SELEPAS solat zuhur barulah aku masuk ke pejabat. Siti menyambutku dengan sebuah ucapan
salam. "Anything for me?" soalku walaupun sudah terlihat beberapa dokumen tersusun elok di
atas meja. Menanti untuk disemak dan diluluskan.
"Saya dah letak semua dokumen yang perlukan tandatangan tuan kat atas meja tu. Hari
ini, appointment tuan dengan wakil dari Syarikat Melayu Jati, Cik Mumtaz. Pukul tiga petang kat
Hotel Grand Blue Wave."
"Okey. Pagi tadi macam mana" Saya cuti mendadak, tak ada yang kena cancel ke?"
Siti memandangku dengan serba salah. Ada sesiapa yang pentingkah aku telah
kecewakan" Berkaitan projek atau usahasama" Atau sekadar melawat" "Hmmm?"
"Ya" Anybody?"
"Actually, Radzin yang singgah cari tuan. Dekat sejam dia duduk sini, ingat nak jumpa
tuan." "Dekat sejam?" Apa yang dilakukan oleh Radzin di pejabatku sampai sejam sedangkan aku tiada" Ini
mesti nak mengayat Siti. Siti dan Radzin, sekali pandang nampak serasi bersama. Kulit samasama cerah. Tinggi lebih kurang. Siti ayu, Radzin kacak. Siti pun penyayang orangnya, jadi tak
ada masalah nak tackle anak Radzin tu.
"Siti tak cakap ke saya tak masuk ofis sebelah pagi?" Besar juga langkah yang
diambilnya kalau sampai sejam duduk mengayat perempuan di sini.
"Eh, saya dah cakap dah."
Wajahnya tiba-tiba diserbu warna merah. "Dia kata ada benda nak bincang. Saya
cakaplah tuan tak datang pagi tapi dia kata tak apa. Dia yang nak duduk sini."
"Siti bagi dia minum tak?"
Dengan lajunya dia menganggukkan kepala.
"Air apa" Tak ada kuih-muih ke?"
"Saya buatkan kopi. Kebetulan saya ada beli kuih pulut panggang, saya hidangkan
sekali." "Hmmm.?" Sekilas aku tersenyum simpul tanpa dapat ditahan-tahan lagi.
"Apanya yang lucu, tuan" Tuan gelakkan saya ke?"
Wajahnya yang nampak panik tetapi sedikit kecil hati itu membuat aku terus merubah
memek muka daripada menahan senyum kepada serius seratus peratus. Pun dalam hati, aku
sebenarnya mahu ketawa. Bukan sekadar senyum.
"Tak adalah. Nak gelak apa pula. Baguslah awak pandai melayan tetamu-tetamu saya
tu." "Tapi tuan senyum-senyum aje."
"Isy... memandai ajelah awak ni."
Sengaja mahu menimbulkan rasa ingin tahu yang tinggi di dalam dirinya, aku berpurapura membelek sebuah fail. Projek di Kuala Langat di bawah kendalian Fairuz.
"Kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dululah tuan."
"Okey." Siti melangkah keluar namun sebelum sempat dia merapatkan pintu, sempat aku
bersuara. Kasihan juga melihat wajahnya yang keruh.
"Saya rasa awak sesuai sangat dengan Radzin. Dia ada hati kat awaklah tu yang dia
sanggup duduk sini sampai sejam sedangkan saya tak ada."
BAB 18 HUJUNG minggu yang amat menggembirakan aku rasa. Rencanaku mahu
membawa Alishah dan Asha ke Genting Highlands menjadi malah berjaya menghapus pergi
bayangan Sofea serta kerja-kerja yang bertimbun di pejabat.
Sehari semalam di sana, kami lebih banyak memberi keseronokan kepada Asha yang
semakin kekurangan perhatian daripadaku.
Hari minggu pula kami singgah menginap di sebuah hotel. Entah kenapa isteriku setuju
saja dengan rancangan tiba-tibaku ini. Sedangkan semalam aku sudah merancang mahu singgah
di Bukit Antarabangsa melawat papa dan mama.
"Abang susah hati ke?" aju Alishah tiba-tiba saat kami sedang duduk berdua-duaan di
balkoni bilik hotel yang menghadap ke pantai.
Aku terpinga-pinga dengan soalannya. "Maksud sayang" I don"t get it, sorry."
Alishah tersenyum lebar. Ditariknya kerusi yang didudukinya hingga kami menghadap di
antara satu sama lain. Tanganku digenggam erat olehnya. Kalau orang lain, semakin tua usia
perkahwinan, semakin renggang dan dingin namun syukurlah kerana kami berdua pula
sebaliknya. Dalam hatiku cuma ada perasaan cinta dan kasih buat Alishah. Dia sahajalah segalagalanya bagiku. Luka dia, lukalah aku.
"Isha tengok abang makin kurus pula. Abang ada masalah ke?" Begitu lembut tuturnya
bertanya. Seketika aku tersentap juga. Semakin lama semakin aku dapat merasakan yang isteri
kesayanganku ini mengetahui sesuatu. Sesuatu perihal diriku. Tetapi benarkah begitu"
"Sayang agak-agak abang ada problem tak?" dugaku pula.
"Isha ada buat apa-apa yang abang tak senang ke, bang?" rayunya pula. Air mukanya
berubah keruh serta-merta. Terasa genggaman tangannya semakin erat. "Abang tolong cakap kat
Isha kalau ada yang abang tak berkenan dengan Isha."
"Sayang...." Suasana yang elok tadi tiba-tiba dibayangi air mata, sungguh aku tidak selesa. Menyesal
pula aku menduga isteriku ini dengan soalan bodoh begitu. Alishah lain. Dia selalu menjangka
perubahan pada diriku atas silapnya sebagai seorang isteri.
Aku terlupa yang Alishah terlalu risau tidak mendapat keredaan suami. Dia bimbang
sekali aku berkecil hati dengannya walau sedikit pun. Sungguh aku cinta akan isteriku ini,
Tuhanku". "Tak adalah. I"m sorry. I was just kidding. Abang makin kurus bukan sebab Isha."
Sekelip mata saja tubuhnya sudah berada di dalam pelukanku. Belakang tubuhnya aku
usap-usap cuba meredakan perasaannya.
"Dah tu?" Hidungnya berubah kemerahan namun dia kelihatan semakin comel dan memikat di
mataku. Mataku beralih ke matanya yang digenangi air hangat. Ke arah bibirnya yang bergetar
perlahan dek menahan tangisan.
"Hmmm" manjanya sayang abang ni," usikku membuatkan dia tersipu malu. Air mata
yang baru mahu mengalir turun aku sapu dengan sehelai tisu.
"Abang tak nak cakap kenapa abang makin kurus?"
"Tak naklah. Nanti isteri abang nangis lagi."
"Abang...." "Ya, abang tak nak bincang benda yang boleh menyedihkan isteri abang. Biarlah benda
tu. Yang penting hubungan kita masih elok macam sekarang."
Matanya yang bersinar itu aku renung penuh kasih. Perlahan-lahan dia menganggukkan
kepala. Sesungguhnya apa lagi yang lebih bernilai daripada melihat serta merasai manisnya
perhubungan yang semurni ini"
Hakikatnya aku sendiri tidak perasan perubahan pada fizikal diriku ini. Mungkin juga
kerana terlalu tertekan memikirkan perihal Sofea dan along dulu.
"Sayang?" Alishah segera mengangkat kepala memandangku. Sebuah senyuman kuukir hanya untuk
dirinya sambil mengesat air mata yang membasahi pipinya.
"Jom melancong lagi," ujarku bersama kenyitan mata.
"Melancong" Ke mana, dear?"
"Melancong ke satu tempat yang paling indah. What do you think?"
Alishah masih kurang mengerti sedangkan senyumanku sudah makin melebar dibuatnya.
"Setahu Isha, tempat paling indah cuma syurga Allah SWT walaupun Isha tak pernah
jejak kaki kat situ. Ayah dan umi yang ceritakan."
Seketika aku terdiam. Termalu sendiri. Niatku mahukan yang lain... namun mungkin
gambaran kata-kataku yang tidak sesuai tadi sehinggakan membawa kepada salah faham isteriku
ini. "Ya, for sure syurga Allah SWT yang paling indah."
"Isha minta maaf... tapi abang maksudkan benda lain ke?"
Sebuah kucupan manja melekat ke dahiku.
"Honestly, yes I meant something else."
"Oh!" Dan dia tidak sempat menghabiskan kata-kata apabila aku sudah mengendongnya masuk
ke dalam bilik. Sekilas terlihat anak kami sedang lena tidur di dalam katilnya, senyuman yang
sudah lebar menjadi semakin mekar.
BAB 19 "DATUK rasa, kan bila agaknya masa yang paling sesuai untuk kita adakan
majlis perasmian tu?"
Datuk Halim mengerut dahi. "Saya bercadang nak adakan dalam dua minggu lagi. Yalah
saya ni sibuk sikit uruskan anak saya yang nak buat surgery tu."
"Puspa?" soalku merujuk anak tunggalnya yang sudah beberapa kali aku temui dalam
beberapa acara melibatkan syarikat papanya. Anak gadis yang peramah dan manis namun
malangnya dia menghidap penyakit jantung.
"Kena ulang-alik ke Singapore every week. Doktor tu kena buat pemantauan kerap. Nak
tengok perkembangan Puspa."
"Saya doakan dia cepat sembuh."
Kepala Datuk Halim terangguk-angguk. Dulu semasa mama mendapat tahu cerita anak
Datuk Halim ini, mama dengan selambanya mengatakan inilah balasannya kalau lelaki
menduakan isteri. Puspa itu kebetulannya anak beliau dengan seorang perempuan simpanannya
namun dipelihara oleh isterinya, Datin Sharifah Yasmin.
"Saya bukan apa. Soal kebajikan anak bini ni memang tak boleh berkira... tapi sikit
sebanyak impaknya tu, boleh tahan juga." Dia seraya mengelus-elus janggutnya yang terurus
rapi. "Memang tak boleh nak nafikanlah, datuk... tapi apa boleh buat. Insya-Allah ada hikmah
yang tersembunyi di sebalik semua kejadian ni."
Sebuah senyuman berserta keluhan terlepas. Beberapa kali dia mengulanginya hinggakan
aku pula yang kurang selesa memandangnya.
"Saya menyesal dengan apa yang saya dah buat dulu. Inilah kut akibatnya."
Aku mengangguk namun langsung tidak memberi komen. Takut-takut tersalah bicara
nanti ada pula yang terluka. Tidak menjadi projek dibuatnya nanti.
"Zikri, saya harap sangat kamu tak buat hal macam kebodohan saya dulu. Isteri dah ada
kat rumah, gatal sangat mencari nasi tambah kat luar. Akibatnya, macam sekaranglah. Mengeluh
tak habis-habis." Sayang sekali nasihatnya sudah terlambat... malah situasi kami sungguh jauh berbeza.
Dia dengan sengajanya menduakan Datin Sharifah Yasmin sedangkan aku pula terperangkap dek
kebodohan saudara sendiri.
"Hidup ni dah ditentukan, Datuk. Kita cuma boleh usaha dan berdoa. Kalau jadi juga,
memang dah takdirlah namanya." Sepenuh hati aku memberi pendapat. Benarlah, kan"
Aku juga sejak menjadi suami Alishah sudah puas berdoa agar hanya dia seorang
sahajalah yang akan menjadi pendampingku di dunia ini. Biar hanya Alishah yang akan menjadi
tanggungjawabku. Tetapi akhirnya aku terpaksa pula menikahi seorang wanita lain yang sama sekali tidak
terlintas di dalam fikiran ini akan menjadi isteriku" yang kedua.
Sama sekali aku tidak menyalahkan takdir tetapi sudah itu yang ditentukan untukku
olehNya. Ya, hendak berbuat apa lagi" Terima sajalah. Terima" Benarkah aku sudah menerima
Sofea di dalam hidupku"
Tidak! Tak mungkin sama sekali. Sungguh aku berharap semoga hatiku tidak berubah
kepada Sofea. Aku cuma menyintai Alishah.
SELESAI perbincangan dengan unit kewangan syarikat, aku bergegas pulang ke rumah. Sajasaja mahu merehatkan diri namun melihat kereta Alishah masih tiada di garaj, aku mengambil
keputusan untuk menyusulnya di pejabat.
Ternyata dia sedang sibuk dengan kerja-kerja rekaannya semasa aku sampai namun
segera bangun mendapatkan aku tanpa berlengah dengan senyuman paling indah pernah aku
lihat. "Assalamualaikum, sayang...." Pipinya aku kucup sebaik sahaja kami masuk ke bilik
pejabatnya. "Waalaikumsalam."
Kami sama-sama melabuhkan punggung di sofa yang tersusun kemas di satu sudut.
Mataku tercari-cari kelibat Asha. Setahuku anakku itu diletakkan di dalam bilik mamanya ini.
"Cari baby erk?"
Aku mengulum senyum. "Ya. Mana anak kita?"
"Hmmm" dia pergi meeting kut."
"Hah?" Asha meeting"
Alishah ketawa suka dapat mempermainkan aku. Silapku juga kerana jarang datang ke
pejabatnya ini. Kali terakhir aku ke sini, empat bulan yang lalu. Itu pun sekadar singgah
sebentar. "Oh, pandai nak main-mainkan abang erk" Nakalnya...."
Untuk kenakalannya itu tadi, sebuah kucupan hangat aku berikan di dahinya. Beralih ke
matanya dan akhirnya tidak lain tidak bukan, ke kuntum bibirnya yang memerah itu.
"Nak kena denda lagi?" usikku dan dia menggeleng malu-malu.
Indahnya perasaanku saat ini. Seolah-olah berhadapan dengan seorang anak dara
lagaknya. "Anak abang ada dengan Kak Syifa. Dia tolong jagakan sekejap dengan rela hatinya.
Isha tak paksa." "Ya" Sayang abang tak paksa?"
"Tak." "Betul?" Dia mengangguk sungguh-sungguh sedangkan aku sudah mula melebarkan senyuman.
"Anak abang tak ada, kan?"
"Ya, dengan Kak Syifa."
"Anak tak ada, boleh abang kacau mama kepada anak abang tak?"
"Abang!!!" SAMPAI sahaja di rumah, maghrib sudah menjelma. Aku memberi cadangan dan sekali gus
keizinan buat Alishah untuk berehat dan memberi laluan kepada Mak Kiah sahaja menjalankan
tugas menyediakan makan malam.
Aku tahu dia lebih daripada sekadar penat. Lagipun aku sudah punya rencana lain untuk
kami berdua. "Sayang mandilah dulu. Biar abang tengokkan Asha," pelawaku menyedari masa
semakin bergerak pantas. "Isha mandi dulu ya."
"Okey." Dan sebuah kucupan yang entah keberapa kalinya melekap di kedua-dua belah pipinya.
Melihat lenggoknya yang berkemban tuala itu, aku terus memandang Asha yang ketawa sendiri
bermain dengan anak patungnya.
Mandinya tidak sampai lima belas minit. Pun begitu dia tetap sentiasa bersih dan
tubuhnya berbau harum. Aku pula segera mengambil tempat di bilik air sebaik sahaja Alishah selesai menyarung
pakaian. Kain labuh bercorak flora berwarna merah jambu dipadankannya bersama blaus warna


Sesuci Kasih Seorang Isteri Karya Dzie Tyea  di http://cerita-silat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

senada. "Tolong bentang sejadah ya. Nanti lambat kita." Pesanku lagi sebelum menutup pintu
dan mengenyitkan mata kepadanya.
"ABANG, somebody called you just now."
"Call?" Aku yang sudah lengkap menyarung baju Melayu serta kain pelikat segera menerpa ke
meja sisi. Mendapatkan telefon yang sentiasa tersimpan di situ.
"Isha tak sempat nak jawab. Tengah bancuhkan susu tadi."
"Oh, tak apa. Kalau penting, mesti orang tu call semula."
Ya, siapa pun dia, kalau memang benar dia ada perkara penting hendak disampaikan,
sudah tentulah dia akan menghubungiku semula.
"Jom solat, sayang."
"Kejap, dear. Nak panggil Mak Kiah dulu. Tadi lupa nak inform awal-awal. Dia mesti
tengah tunggu tu." "Oh, ya...." Dan aku segera menepuk dahi. Terlupa tentang wanita yang sangat penyayang itu
seketika. Melihat Alishah masih belum mengambil wuduk, aku memanggil Mak Kiah di biliknya
di tingkat bawah. Ternyata memang wanita yang sudah kami anggap seperti ibu sendiri itu sedang asyik
memasak di dapur saat aku turun ke bawah. Sempat juga aku mengerling ke dalam kuali.
"Wah, ada pucuk paku dengan black pepper beef la. Tak sabar nak makan malam ni."
Dan Mak Kiah cuma ketawa mendengar bicaraku.
Kami terburu-buru ke bilik Asha, mahu menunaikan solat yang semakin hampir ke
penghujungnya. Dengan membacakan surah-surah kegemaran Alishah, solat kami bersambung sahaja ke
isyak. Tidak seperti lazimnya kami akan membaca al-Quran sementara menanti masuk waktu
solat isyak. Selesai menadah tangan membaca doa, kami bersalam-salaman.
Mak Kiah tidak lama bersama kami. Dia perlu segera menyediakan juadah makan malam
kerana jadual kami memang tetap pada jam lapan empat puluh lima malam. Cuma nampaknya
malam ini tersasar sedikit ke pukul sembilan.
"Ampunkan semua dosa-dosa Isha untuk hari ni, bang."
"Abang pun sama. Maafkan abang kalau ada yang sayang tak senang dengan abang. Kita
cuma manusia biasa."
Pipi bertemu. Tubuh bersatu. Di dalam hatiku, Alishah sahajalah ratunya. Tiada yang
lain, insya-Allah. Saat bibirku sudah hampir menemui bibirnya, pintu bilik Asha tiba-tiba diketuk.
Alishah dengan pantas meminta izin bangun membukakan pintu. Ternyata Mak Kiah
yang muncul mengatakan telefon di dalam bilik kami berbunyi beberapa kali.
"Yours kut. Orang yang called tadi tu."
Aku terangguk-angguk kerana telefon Alishah jarang berbunyi. Siapa agaknya yang
mencariku malam-malam begini" Papa" Ada hal apa" Tapi kalau papa atau mama, mesti mereka
akan menyusulku melalui panggilan ke talian telefon rumah sahaja. Atau along dengan masalah
baharunya" Atau"
Salahku. Bukan salahku. Salahku kerana sudah hampir seminggu lebih langsung tidak mengambil tahu tentang
dirinya. Bukan salahku kerana dia sendiri tidak menghubungiku selama ini. Kalau dia mahu,
dialah yang kena memaklumkan apa sahaja yang berlaku pada dirinya kepadaku. Bukan aku
yang perlu mencarinya. Tetapi benarkah aku lebih rela dia yang datang mencariku" Salah ke tak salah" Aduh,
apa-apa pun halnya, aku sudah jenuh berfikir. Sofea" Sofea" Sofea".
Kerana mendengarkan rintihannya yang sangat mendesah itu, aku akhirnya
meninggalkan makan malam kegemaranku dan lebih penting lagi Alishah dan Asha yang
sepatutnya bersamaku malam ini.
"ABANG." Nyata dia terlalu gembira melihat kelibatku hadir di muka pintu rumahnya. Lama kami
berpandangan sebelum aku tanpa sempat mengelak atau menahan sudah berada di dalam
pelukannya. Terkesan juga di telingaku esak tangisnya membuatkan aku tertanya-tanya sendiri.
"Thank you for coming, abang. I really miss you," ujarnya sambil tanganku disalaminya
dengan penuh sopan. "Saya tak tahu awak kurang sihat." Aku juga sebenarnya rasa bersalah namun aku
simpan rasa itu jauh-jauh dalam diriku.
"No... no... it"s okay. Lagipun bukan sakit sangat pun. Masih boleh berjalan."
Melihat dia sudah boleh ketawa, sedikit lega rasanya. Nampaknya sakitnya benar-benar
kerana rindukan suaminya. Memandangkan dia sudah boleh senyum dan ketawa, aku tahu
sakitnya tidak akan berlarutan. Mudahlah untuk aku pulang nanti.
Aku mengambil tempat duduk di sofa berangkai sementara dia meminta diri ke dapur.
Memandang ke seluruh rumah sekali lagi seperti kali pertama aku menjejakkan kaki ke sini.
Nyata suasananya masih serupa.
"Hot chocolate untuk abang. Minumlah."
"Ah...." Entah bila dia sudah sampai dan duduk di sisiku. Dapat aku rasakan dia begitu teringin
merapatkan diri denganku namun mungkin rasa segan melihatkan reaksiku menghalang niatnya.
"Awak dah makan ke?"
"Tak ada selera nak makan, bang..." keluhnya.
Adakah untuk memancing simpati daripadaku"
"Sebab tu kut awak tak sihat. Tak makan."
Dia senyum sahaja mendengar andaianku.
"Sofea memang jarang makan malam kalau sorang. Kecuali kalau ayah dan mama
datang bermalam kat sini."
Oh" padanlah badannya kurus. Alishah kurus juga tapi masih boleh tahan berbanding
Sofea yang nampak keletihan dan bolehkah aku mengandaikan dirinya seperti seorang manusia
yang sengsara" "Abang pula dah makan?"
Pada mulanya aku mahu menggeleng dengan jujurnya namun tidak mahu terlalu lama
menghabiskan masa di sini, kepalaku terangguk-angguk sendiri. Sungguh aku semakin pandai
menipu sekarang. "Lepas maghrib dah makan. Biasanya lepas isyak baru makan tapi tadi semua orang dah
lapar," ujarku menambah-nambah.
"Abang suka makan apa ya" If you don"t mind, I want to know."
Aku suka makan apa ya" Lama aku berfikir. Yang penting aku tidak mahu kegemaranku
yang sebenar diketahuinya. Itu cuma untuk Alishah, Mak Kiah dan mama.
"Awak reti masak ke?" dugaku, sinis.
Dia menganggukkan kepala dengan yakin. "Tapi Sofea lebih pandai masak western food
sebab Sofea tak berapa minat makan makanan Melayu."
Jujurnya! "Oh... kalau macam tu, nampaknya kempunanlah saya nak makan kat sini."
"Kempunan" Kenapa pula?"
"Saya suka sangat makan makanan Melayu. Kampung style. Masak lemak semua tu.
Western ke apa ke yang bukan Melayu ni, tak berapa nak minat."
Memang aku kurang berminat dengan pasta, chicken chop, beef steak semua tu.
Kepalanya terangguk-angguk lagi. Harap-harap dia tidaklah memaksa diri belajar
memasak masakan kampung pula semata-mata untuk diriku kelak. Aku sesungguhnya tidak
mahu terlalu biasa dengan dirinya.
"Mungkin sebab saya dulu dipaksa study kat Malaysia kut jadi minda tak terbuka. Kalau
kena hantar study kat oversea, insya-Allah pandai juga kut menelan pasta and so on tu," gurauku
selamba dan dia pula ketawa senang.
"Tak apalah. Itu selera masing-masing."
"Alishah pun tak suka western food walaupun lahir kat Kanada."
Senyumannya kelihatan di bibir. Direnungnya mataku lama. Aku yang tidak perasan
sudah tersebut nama Alishah mengerutkan dahi kurang mengerti.
"Nama dia Alishah ya, bang" Cantik nama tu. Mesti orangnya pun cantik, kan?"
Untuk soalan itu, mulutku terkunci sendiri dan saat terlihat ada air jernih bergenang di
pelupuk matanya, mulutku semakin kukuh terkunci.
"Abang?" Matanya tepat merenung ke dalam mataku.
"Boleh tak for these few seconds, Sofea peluk abang lagi?"
BAB 20 DI DALAM perjalanan ke pejabat tadi, aku menerima panggilan telefon
daripada Radzin yang mahu menemuiku hari ini. Entah apa yang hendak disampaikannya, aku
lalu meminta Siti memeriksa jadual untuk hari ini.
"Clear after lunch, sir."
Aku hubungi pula dia sekali lagi. Sekadar mencari kesepakatan masa. Kalau aku free
selepas makan tengah hari, mungkin dia pula sebaliknya.
"Aku free after lunch break. Kau macam mana?"
"Hmmm" aku pula free jam empat nanti. Banyak kerja tapi aku tetap nak jumpa kau.
Aku nak minta tolong sebenarnya."
"Tolong" Tolong apa ni?"
"Nanti kita cakap, okey" Nak jumpa kat mana?"
"Eh, nak jumpa kat mana lagi" Kau yang nak jumpa aku, kau kenalah datang ke ofis
aku." Jangan suruh aku ke Skyway Creative sudah. Jalan ke sana tu selalu sahaja sesak dan aku
tidak mahu melibatkan diri di dalam kesesakan itu.
Kedengaran pula ketawanya. Radzin ni, tak nampak gaya seperti orang yang benar-benar
perlukan pertolongan pun.
"Yalah, yalah... aku ke sana nanti. Jangan tak jadi pula. Hal penting ni."
"Tahulah aku." Selepas saling mengucap salam, aku meletak semula telefon ke tempatnya. Tidak sangka
pula ada panggilan seterusnya untukku. Daripada Datuk Halim.
"Zikri, boleh kita jumpa pukul tiga nanti?" soalnya tanpa berlengah langsung.
"Pukul tiga" Saya ada appointment jam empat nanti, Datuk."
"Oh, saya rasa hal ni takkan ambil masa lama sangat. Dalam sejam setengah siaplah.
Saya nak bincang tentang hal perasmian tu."
Aku menggaru-garu kepala seketika. Menimbang-nimbangkan kewajaran di antara
memenuhi permintaan Datuk Halim atau Radzin. Hal antara aku dan Radzin, mungkin cuma hal
peribadi. Datuk Halim pula mempengaruhi nama syarikat.
"Hmmm" insya-Allah, bolehlah datuk."
"Okey, kalau macam tu datang ke ofis saya jam tiga nanti ya, Zikri."
"Ya, datuk." Hal penting. Kedua-duanya mengatakan ada hal penting yang perlu dibicarakan. Satu hal
perniagaan, satu hal peribadi. Hal duniawi, semuanya pun dianggap penting oleh manusia. Apaapa sajalah.
JANJINYA cuma sejam lebih tetapi akhirnya berlanjutan ke dua jam. Resahku sudah tidak
terkira walaupun tumpuanku masih kepada segala macam yang diucapkan oleh Datuk Halim.
Persetujuan diperolehi. Majlis perasmian tersebut perlu diawalkan ke minggu hadapan
dengan alasan Datuk Halim perlu ke Terengganu untuk bertemu ibu kandung Puspa, bekas
perempuan simpanannya yang kini sedang menjalankan perniagaan tudung secara kecil-kecilan.
"Ini pertemuan kami yang pertama lepas lima belas tahun tak jumpa. She was mad and
still mad at me for taking away her daughter. Saya harap dia boleh dibawa berbincang elokelok," luahnya dengan wajah cukup kesal.
"Selama hidup Puspa, dia tak kenal ibu kandungnya ke?" Dalam resah, sempat juga aku
menyibuk. Datuk Halim tergeleng-geleng. Di dalam hati aku sekadar mampu beristighfar. Sampai
hatinya memisahkan anak dan ibu, malah langsung tidak memperkenalkan mereka selama ini.
KAMI berpisah tepat pukul lima petang. Aku bergegas kembali ke pejabat mendapatkan Radzin
yang sudah berkali-kali menelefon.
"Sorry, Radzin. Aku ada meeting tadi."
Bahu Radzin aku tepuk beberapa kali. Nampaknya dia sudah lama menunggu, kala
melihatkan kepenatan yang terpancar di wajahnya yang kelihatan lesu benar.
"It"s okay. Aku yang nak jumpa so, kenalah tunggu."
"Sorry again." Kami berlalu masuk ke dalam bilik pejabatku selepas memesan minuman daripada Siti.
Dia segera ke pantri dengan senang hati.
"So, direct to the point" cakaplah apa hal kau sungguh-sungguh nak jumpa aku ni."
"Aku nak minta tolong dengan kau, Zik."
"Kau ada masalah ke" Muka pun keruh semacam" Anak kau buat hal lagi?"
Biasanya Radzin berkeyakinan tinggi namun tadi aku melihatnya tidak ubah bagaikan
lelaki baru kematian isteri yang dicintainya sepenuh hati.
"Memang aku in trouble sekarang ni. Double great trouble yang aku cipta sendiri."
Suaranya berbaur kesal membuatkan aku terus menegakkan tubuh. Ingin mendengar
penjelasan selanjutnya. "Cakaplah, Radzin. Aku dengar."
"Sebenarnya"."
MASALAH demi masalah datang menimpa benar-benar menyerabutkan kepala ini. Menginjak
ke pukul enam petang, aku sudah berada di dalam kereta mahu pulang ke rumah namun tidak
aku sangka pula mama menelefon menyuruh kami ke Bukit Antarabangsa.
Dari pejabat, aku terus menghala ke rumah orang tuaku. Biarlah Alishah dan Asha tidak
dapat ikut. Aku letih mahu berulang-alik ke pejabat Alishah dan berpusing semula untuk ke
Bukit Antarabangsa. Kehadiranku nyata memang dinantikan oleh papa dan mama. Di atas meja sudah tersedia
juadah minum petang. "Ada apa-apa ke ni, ma?" soalku tanpa dapat menahan diri daripada perasaan ingin tahu
yang amat. Mama tersenyum-senyum. Along tidak pula kelihatan di mana-mana. Hari jadi siapa"
Atau wedding anniversary papa dan mama ke" Tapi sekarang bulan Julai. Anniversary papa dan
mama bulan November. "Hai, pak su!" tegur satu suara dari arah tangga.
"Irman" Sihat?"
"Sihat. Pak su datang seorang aje" Mana mak su?"
Matanya liar mencari-cari wajah Alishah. Ramah benar pula anak along hari ini.
Mungkin juga kerana bahasa Melayunya yang semakin baik.
"Pak su datang sorang. Mak su dengan baby masih kat ofis. Mak su ada kerja sikit."
Mama membeliakkan mata mendengar jawapanku. "Isha menantu mama tak balik lagi"
Kenapa tak call dia suruh balik?"
"Errr...." Aku hanya mampu tersengih. "Hari ini aje, ma. Dia banyak kerja kat ofis.
Kalau tak, biasanya pukul lima Isha dah ada kat rumah."
Aku tidak kisah sangat kalau Alishah banyak kerja kerana aku tahu dia sudah meminta
izin. Aku juga tahu dia bekerja dengan ditemani pembantu peribadinya yang juga menjaga
agama itu. Alishah tidak bertemu sembarangan lelaki. Kalau pun dia perlu bertemu mana-mana
lelaki, itu dengan seorang muhrim menemaninya serta pertemuannya diadakan di tempat umum.
"Habis tu, baby macam mana" Tak meragam ke dia duduk ofis lama-lama?"
"Alhamdulillah tak. Asha faham kedudukan mama dia."
"Bukan Asha... kamu tu, Zikri," marah mama sambil memuncungkan bibir
memandangku. Aku pula yang terpinga-pinga berpandangan dengan Irman Khalis. Anak muda itu
tersengih mengangkat bahu. "Apa halnya pula dengan saya pula, ma?"
"Kamu tu yang tak faham kedudukan Isha. Dah dia banyak kerja, kenapa kamu tak pergi
jemput baby tu balik awal" Atau pergi temankan isteri kamu tu kat ofis ke" Senanglah sikit
hatinya kalau suami ambil berat."
"La... itu ke halnya ma?" Tergeleng-geleng aku dibuatnya. Mama ni!
"Bukannya jadi suami maksudnya tak membantu isteri. Macam along kamu tu. Bangun
lambat sampai kak long kamu yang kena hantar anak-anak pergi sekolah. Pergi ofis pun nak tak
nak aje. Pergi jemput budak pun dia tak nak."
Oh" panjang muncungku. Patutlah mama beria-ia menjemputku datang ke rumah.
Rupa-rupanya dia mahu meluahkan perasaan sahaja. Mama" mama".
"Kejap lagi along balik, mama nak kamu cuba bawa dia bincang. Suruh dia ubah
perangai sikit." "Hah" Saya, ma?"
Ada ke patut aku yang dipilih mama untuk menasihati along. Tidak mungkin dia mahu
mendengar kata adiknya ini.
"Kenapa bukan papa aje, ma" Saya ni pun bukannya baik sangat sebagai suami. Tengok
tadi, mama pun merungut saya tak pandai tolong Isha. Nanti along tu bukannya nak dengar
cakap saya. Digelakkannya ada la."
Mama menjegilkan mata. Api kemarahan sudah kelihatan di matanya yang bersinar
bening itu. "Mama suruh kamu, disuruhnya pula papa. Bertuah betul..." rungutnya sambil berlalu ke
dapur. Aku mengekor langkahnya. "Yalah, ma. Kan ke papa ketua keluarga" Along kenalah
dengar cakap papa." Aku mengambil tempat di kerusi yang menjadi kebiasaanku.
Kak long muncul menghidangkan minuman. Luka-luka di wajahnya saat aku dipaksa
menikahi Sofea dulu langsung tidak kelihatan. Pandai dia merawatnya.
"Papa kamu ke Jakarta. Ada urusan dengan kawan lama dia. Nak tanyakan peluang
business kayu jati untuk along."
"Tanyakan peluang business untuk along?"
Mama mengangguk sekali lalu. Dalam hati, sudah muncul rasa iri sebentar. Papa
sanggup ke Jakarta semata-mata untuk mencarikan peluang perniagaan untuk along" Mengapa
aku dulu tidak mendapat layanan sebegini"
Aku dulu merencana sendiri untuk memulakan perniagaan. Berusaha sendiri. Tidak
sesekali menggunakan pengaruh papa demi mendapatkan projek.
Tetapi along" Sekarang dia sudah memegang jawatan timbalan pengurus di syarikat papa


Sesuci Kasih Seorang Isteri Karya Dzie Tyea  di http://cerita-silat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

sedangkan semua orang tahu along sekadar lulus tingkatan lima, dengan memperoleh pangkat
dua. Aku yang punya ijazah sarjana pengurusan perniagaan ini pun dulu sekadar menjadi
ketua di Unit Pengurusan Sumber Manusia. Begitu sekali rupa-rupanya beza kami berdua di
mata papa. "Zikri, kenapa tak minum?"
Aku segera mengangkat muka dan menghadiahkan senyuman hambar untuk mama. Cuba
untuk menepis perasaan negatif ini perlahan-lahan. "Tak apalah mama. Tak ada selera pula nak
makan. Boleh saya balik sekarang?"
"La... apa hal nak balik tiba-tiba ni?"
Tali leher yang aku tinggalkan di sofa tadi segera aku masukkan ke dalam poket. Kalau
aku tahu, aku cuma akan mendengar ini semua, sumpah aku tidak mahu datang ke sini tadi.
Lebih baik aku berehat di rumah. "Saya balik dulu, ma."
Mama mengangguk saja dengan secawan teh panas masih di tangannya. Belum sempat
melintasi pintu utama, aku terdengar pesanan mama agar aku memberi nasihat buat along supaya
mengubah sikap. Along... along... along" semuanya along!
Untuk mengetahui sambungan dan kisah selanjutnya, dapatkan novel
SESUCI KASIH SEORANG ISTERI di rangkaian kedai buku MPH,
POPULAR atau kedai-kedai berhampiran anda.
Judul : Sesuci Kasih Seorang Isteri
Penulis : Dzie Tyea Penerbit : Kaki Novel Semenanjung : RM19 Sabah / Sarawak : RM22 SINOPSIS : Dia bukan lelaki yang terbaik, dia sendiri mengakuinya namun entah mengapa Dia Yang
Maha Kuasa sudi juga menganugerahkannya isteri semulia dan sesempurna Alishah. Sungguh
dia bahagia didampingi bidadari dunia itu. Cintanya mendalam bersama janji setia hanya mahu
bersama si dia hingga hujung nyawa namun takdir Tuhan siapalah yang tahu. Cintanya diuji
dengan kehadiran insan ketiga yang langsung tidak pernah mendapat cintanya. Ya Allah Ya
Rabb, dugaan apakah ini"
Isha, Walau apa pun yang terjadi, cinta abang hanya untuk sayang. Ampunkan abang kerana
menduakanmu. Sesungguhnya manusia cuma mampu merancang, Dia jualah menentukan
segalanya. Sofea, Hadirmu bukan pintaku. Tolonglah, jelaskanlah segalanya padaku, mengapa kau sanggup
memburu cintaku walau kita tidak pernah saling mengenal. Siapa aku sebenarnya padamu"
"Kita makan dulu, then solat sama-sama ya, sayang. Isha dah boleh solat..." bisiknya
lembut "Really?" Dan senyumanku terus menguntum sehinggalah aku teringat, aku perlu
meninggalkannya untuk beberapa ari ini. "Alah, melepaslah abang macam ni."
Ketawa manjanya pecah. "Nakalnya suami isha ni. Apa-apa pun kita makan dulu.
Nanti lambat pula. "Isha sayangkan abang walaupun apa pun yang jadi.. tapi janganlah sebab abang
nak tunjuk sayang abang tu, abang korbankan maruah agama kita. Valentine's Day
bukan hari kita. Cukup dah macam-macam perayaan yang ada dalam islam. "
Untuk mengetahui sambungan dan kisah selanjutnya, dapatkan novel SESUCI KASIH
SEORANG ISTERI di rangkaian kedai buku MPH, POPULAR dan kedai-kedai
berdekatan anda. Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki Novel Enterprise melalui online atau pun pos.
Untuk melanggan melalui online, sila layari laman web kami di:- http://www.kakinovel.com atau
untuk melanggan melalui pos, anda hanya perlu tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk
novel yang ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta wang pos/kiriman wang atas nama:KAKI NOVEL ENTERPRISE dan poskan ke alamat berikut:-
Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12,
D"Wangsa, Wangsa Maju,
53000 Kuala Lumpur. No. Telefon:- 03-4149 0096
No. Faks:- 03-4149 1196 Admin@kakinovel.com Disediakan Oleh http://www.penulisan2u.my
The Diversion 1 Pedang Dewa Naga Sastra Bun Liong Sian Kiam Karya Rajakelana Jingga Dan Senja 3
^