Pencarian

Cinta Nasi Lemak 1

Cinta Nasi Lemak Karya Nizam Zakaria Bagian 1


Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
CINTA NASI LEMAK Oleh Nizam Zakaria http://www.nizamzakaria.com 1
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
BAB 1 Julia benci memandu di Kuala Lumpur. Banyak kali dia diberitahu bahawa pemandupemandu
di Kuala Lumpur adalah di antara pemandu-pemandu yang paling kurang ajar di
Malaysia (selain dari Pulau Pinang. Tetapi Julia tidak pernah memandu di sana, jadi dia
tidak boleh mengesahkan hal ini). Setiap kali dia memandu, ada sahaja kereta yang akan
membunyikan hon kepadanya ataupun memarahi kerana memandu di bawah had laju
yang ditetapkan. Sebuah kereta Honda City bewarna hitam memotong keretanya untuk cepat-cepat
masuk ke dalam lorong Touch & Go di Plaza Tol Sunway. Julia hanya mampu berdecit.
Dia memandang ke arah jam di dalam kereta pacuan empat roda Toyota Rav4 Turbonya.
Dia tidak mahu terlambat ke tutorialnya lagi. Tetapi di hadapannya terdapat beratus-ratus
buah kereta yang bergerak perlahan. Sesak. Masing-masing bergegas ke tempat kerja atau
seperti dirinya yang sedang bergegas ke Universiti Monash, tempat dia belajar sejak dua
tahun yang lepas. Julia menggigit bibirnya. Dia menjengahkan lehernya untuk melihat wajahnya di
muka cermin di hadapannya. Dia memandang ke arah bibirnya. Kemudian dia cepat-cepat
mengeluarkan gincunya dari dalam beg tangannya lalu mengenakan gincunya. Belum
sempat dia dapat mengenakan gincunya, dia dapat mendengar bunyi hon di belakang
keretanya. Julia mengeluh. Dia menggerakkan keretanya ke hadapan.
Julia adalah satu-satunya anak kepada Dr. Shahri, seorang duda beranak satu yang telah
berpisah dengan bekas isterinya sejak tujuh tahun yang lepas. Doktor Sahri mempunyai
kliniknya sendiri di Subang Jaya dan kini menetap bersama anaknya Julia yang masih lagi
berusia 20 tahun di sebuah banglo di Bandar Kinrara. Sejak berpisah dengan isterinya
Wati, Shahri menjaga Julia seperti menatang minyak yang penuh. Apa-apa sahaja
permintaan Julia akan diturutinya. Shahri tidak pernah meragui cabaran serta dugaan
menjaga seorang anak perempuan. Tetapi dia tetap mencuba sedaya upaya untuk menjaga
Julia dengan sebaik-baiknya. Dia mahu membuktikan kepada Wati bahawa dia juga
mampu menjaga Julia dan mendidiknya untuk menjadi seorang manusia yang terpuji
kelakuannya. Bukan sepertinya, yang dianggapnya seorang wanita jalang yang tidak
bermaruah kerana telah curang kepadanya satu ketika dahulu...
Julia tercungap-cungap masuk ke dalam kelas tutorialnya. Dia memandang ke arah jam
tangannya. Dia tidak terlambat. Dia melepaskan nafasnya apabila dia mendapati
pensyarahnya baru sahaja masuk ke dalam kelas tutorial dengan kertas peperiksaan.
Julia memandang ke arah Daniel Tan yang sedang duduk di barisan paling
hadapan yang sedang menoleh ke arahnya. Daniel menjeling. Julia membeliakkan
matanya untuk memintanya agar jangan menoleh ke arahnya lagi.
Julia menarik nafasnya. Dia memandang ke arah Ariffin, yang sedang duduk di
hadapannya. Dia mendapati Ariffin hanya memandang ke arah hujung pensilnya.
Kemudian dia menggigit hujung pensilnya itu. Sandra, gadis kelahiran Jakarta yang
sedang duduk di sebelah kiri Ariffin sedang termenung memandang ke arahnya. Sandra
http://www.nizamzakaria.com 2
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
sedang termenung memikirkan jika Samuel Rizal tidak dapat berlakon di dalam
sambungan filem Eiffel I"m in Love, mungkin Ariffin dapat mengambil alih untuk
melakonkan wataknya itu. Wajah Ariffin yang nakal itu cukup sesuai untuk watak
tersebut, fikirnya. Julia tahu Sandra dan entah berapa puluh lagi gadis seuniversitinya yang telah
jatuh hati kepada Ariffin. Tetapi Ariffin tidak pernah mahu ambil tahu tentang itu semua.
Dia pastinya tidak mahu mengambil tahu jika terdapat tulisan "Ariffin is so cute!" di
dalam tandas perempuan tingkat 3 di universitinya...
Ariffin mempunyai wajah yang manis. Dia mempunyai ketinggian mencecah
enam kaki dengan susuk tubuh yang tegap dengan kulit sawo matang yang nampak bersih
dan terjaga. Apa yang membuat beberapa gadis di universitinya tertarik kepadanya adalah
matanya yang tajam bak burung helang dan senyumannya yang mampu membuatkan hati
dan jiwa mereka cair. Untuk seorang anak muda yang baru mencecah usia 20 tahun,
Ariffin mempunyai wajah yang matang seperti seorang pemuda berusia pertengahan umur
20-an. Sifat pendiam Ariffin membuat mereka lebih tertarik kepadanya...
Julia kerisauan. Dia tidak tahu jika Ariffin akan menepati janjinya. Puan Tan yang
menjadi tenaga mengajar untuk kelas Business Law itu mula membahagi-bahagikan
kertas soalan peperiksaan kepada pelajar-pelajarnya. Sebaik sahaja Julia mendapatkan
kerja soalannya, dia terus melihat soalan-soalan objektif yang ada. Dia rasa mahu pitam.
Dia tidak dapat memahami apa yang disoal, inikan pula menjawabnya. Sekali lagi dia
memandang ke arah Ariffin. Dia mendapati Ariffin terus membongkok untuk menjawab
soalan-soalan yang diterimanya.
Julia mengeluh. Dia dapat merasakan dia akan gagal lagi. Dia mungkin tidak akan
mampu menghadapi bapanya jika dia gagal dalam peperiksaannya kali ini...
* Dua minggu sebelum peperiksaan akhir semester
Julia melihat papan tanda di sebelah kelas tutorialnya. Nama pelajar dan keputusan ujian
subjek Business Law ada dipaparkan di sana. Beberapa orang pelajar mengerumuni papan
tanda tersebut. Ada yang tersenyum dan ada pula yang nampak sedih. Julia dengan takuttakut
untuk melihat sendiri keputusan ujiannya. Tetapi dia tetap memberanikan dirinya
untuk mengetahui keputusannya. Wajah Julia pucat. Dia dapat melihat namanya berada di
dalam senarai tercorot untuk ujian tersebut.
Julia berdiri kaku buat seketika. Dia dapat merasakan dirinya sukar untuk
bernafas. Dia mahu menangis. Ini merupakan kali kedua dia mengambil subjek yang
sama kerana pada semester lepas dia pernah gagal dalam subjek ini. Julia tidak mahu
gagal kerana dia dia tidak mahu mengecewakan bapanya.
Julia sekali lagi memeriksa senarai tersebut untuk memastikan dia tidak
bermimpi. Tetapi di dapatinya bahawa sememangnya dia gagal dalam ujiannya yang lalu.
http://www.nizamzakaria.com 3
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Apabila dia memandang ke senarai yang 5 pelajar teratas, dia mendapati hanya terdapat
satu nama Melayu sahaja di situ. Ariffin bin Nordin. Kalau tidak salah, Daniel kenal rapat
dengan Ariffin. Daniel pernah sekelas dengan Ariffin di dalam semester-semesternya
yang lepas. Julia mencari-cari kelibat Daniel...
"Julia! I was looking for you all over the place!" kata Hadi di belakang Julia. Julia
mengalihkan pandangannya ke belakang. Hadi berdiri tercegat di belakangnya sambil
berpeluk tubuh. "Dah tu kenapa?" tanya Julia kembali.
"Takdelah... I ingat kita boleh minum-minum ke sebelum you masuk kelas."
"Hadi... Berapa kali I kena beritahu kat you" I bukan girlfriend you lagi. I takde
masa nak layan you macam dulu. Dah sebulan kita break... So it"s over between us! Ada
faham tak?" Julia berwajah serius. Dia mahu Hadi berhenti mengganggunya.
Hadi yang bertubuh rendah dan gempal itu terus tersengih. Di dalam seumur
hidupnya, segala permintaannya tidak pernah dikecewakan oleh kedua ibu dan bapanya.
Malah, dia tidak pernah mengenal erti tidak. Maka, dia langsung tidak dapat menerima
hakikat apabila Julia, di antara gadis yang tercantik dan yang paling popular di kolejnya
itu menidakkan dirinya. "Haiyoh Julia! Handbag baru ke" Gucci lagi. Very der Paris Hilton, one!" sebut
Daniel yang bertubuh kurus tinggi itu kepadanya. Daniel sempat memandang kepada
pakaian dan seluar jeans yang dipakai Julia yang nampak ranggi.
"Ya... I pergi shopping dengan mama I semalam. Dia yang belikan." Julia
menjawab. Dia langsung tidak mengendahkan Hadi lantas masuk ke dalam kelas
tutorialnya bersama Daniel. Hadi menggaru-garu dagunya sebelum dia cepat-cepat
berjalan ke arah dewan kuliahnya B.
"Thanks again for saving me from that creep!" ujar Julia kepada Daniel.
"That"s what friends are for, yang..." sambut Daniel sebelum dia meminta Julia
menunjukkan beg tangan yang baru dibelinya itu kepadanya. Daniel memeriksa kemasan
beg tangan itu. "You girls are so lucky boleh beli benda ni semua, kan?" getus Daniel dengan
nada cemburu. "Eh, nyonya! Kalau you nak pakai handbag macam ni pun boleh jugak. Tapi masa
tu I kena panggil you Danielle pulak lah kan?" Julia berseloroh. Daniel menjeling sambil
tersenyum. Puan Tan masuk ke dalam kelas. Julia cepat-cepat beralih tempat duduk ke
belakang. http://www.nizamzakaria.com 4
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Sepuluh minit selepas kelas tutorial dimulakan, Julia mendapati Ariffin yang
sedang duduk di hadapannya tertidur dengan kepalanya dibaringkan ke atas meja. Julia
menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia hairan bagaimana Ariffin boleh mendapat
keputusan yang agak cemerlang untuk ujian-ujian yang dihadapinya sedangkan setiap kali
dia datang ke kelas tutorial (itu pun jika dia tidak ponteng), dia akan tertidur atau
termenung dan mengelamun seorang diri. Julia tidak pernah melihatnya menumpukan
perhatiannya kepada pelajarannya ataupun mengambil nota.
Setengah jam kemudian, Puan Tan mengumumkan mereka akan berehat selama
15 minit sebelum kelas dimulakan semua. Beberapa orang pelajar terus bergegas keluar.
Kini hanya tinggal lima orang sahaja di dalam kelas tutorial yang selalunya akan dipenuhi
oleh lima belas orang pelajar itu.
Julia berjalan menuju ke arah tempat duduk Daniel. Dia mengajak Daniel supaya
keluar dari kelas bersamanya. Daniel bersetuju, walaupun selalunya dia lebih suka duduk
di dalam kelas sambil berbual-bual kosong dengan Puan Tan.
Di luar Julia membawa Daniel ke arah sebuah sudut yang tidak terdapat ramai
pelajar mundar-mandir di sana.
"Kenapa ni, Julia?" tanya Danial sambil melentokkan kepalanya ke tepi.
"I fail ujian I yang lepas?"
"I know. I saw your name on the list just now."
"Mati lah I macam ni!"
"It"s not the end of the world, lah."
"It is to me!" "Dah tu you nak apa dari I?"
"I nak tanya dari you... Since you know him well and all that?"
"Who are you talking about?"
"Ariffin..." Daniel memegang pipinya yang lembut dan halus itu sambil meraba-rabanya. Dia
memikirkan kembali bagaimana dia mula-mula mengenali Ariffin dahulu. Ketika itu dia
baru sahaja memasuki universiti Monash sebagai pelajar barunya. Keadaan dirinya yang
lembut sering menjadikan dia bahan gurau senda serta ejekan beberapa orang pelajar
nakal yang sejurusan dengannya.
Pada satu hari, dia telah diganggu di dalam tandas lelaki oleh pelajar-pelajar nakal
tersebut. Daniel cuba melawan, tetapi semakin dia melawan, semakin teruk dia diganggu.
http://www.nizamzakaria.com 5
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Seorang dari pelajar nakal yang mengganggunya mula memegang kolar bajunya
lalu menolaknya ke dinding. Mereka memanggilnya dengan pelbagai nama, seperti
"faggot, ah-kua dan cock-sucker" untuk tujuan menghinanya - semata-mata kerana Daniel
seorang pelajar lelaki yang lembut perwatakannya. Ketika Daniel hampir-hampir mahu
dipukul, Ariffin pula kebetulan masuk ke dalam tandas untuk tujuan merokok di situ.
Ariffin menghidupkan puntung rokoknya sambil memandang kepada beberapa orang
pelajar sekuliahnya yang sedang mengerumuni Daniel. Mereka memandang kepada
Ariffin sekali sebelum mereka kembali menganggu Daniel dengan menampar-nampar
mukanya. Ariffin meminta mereka berhenti, tetapi mereka tidak mahu mendengar
permintaannya, malah salah seorang dari mereka telah menumbuk perut Daniel apabila
Daniel meludah ke arah mukanya. Ariffin kemudian memukul pelajar seramai empat
orang itu satu persatu. Daniel tidak pasti apa yang berlaku, tetapi apabila dia kembali
membuka matanya, dia dapat melihat pelajar-pelajar yang membulinya itu setiap satu
sedang berdiri di satu sudut di dalam tandas tersebut dengan wajah ketakutan. Salah
seorang dari mereka cepat-cepat meminta maaf. Ariffin memberitahu kepada mereka
bahawa dia tidak mahu melihat mereka mengganggu Daniel lagi. Mereka cepat-cepat
mengangguk. Takut. Ariffin terus keluar dari tandas tanpa berkata apa-apa.
Sejak dari hari itu tidak ada sesiapa lagi yang berani mengganggu Daniel lagi.
Setahu Daniel, Ariffin tidak mempunyai ramai kawan rapat. Ariffin selalu sahaja
menyendiri. Dia boleh memilih untuk menjadi salah seorang pelajar lelaki yang paling
popular di universitinya, tetapi itu bukan pilihannya. Dia bukan seperti Julia dan rakanrakannya
yang selalu kelihatan bersama dengan kumpulan mereka yang popular. Sebaik
sahaja kuliah selesai, Ariffin akan terus menaiki skuternya lalu menghilang dari kawasan
universiti. Daniel mengambil masa yang agak lama sebelum dia dapat merapati Ariffin dan
sebelum mereka akhirnya berkawan. Itu pun, hubungan mereka tidaklah serapat mana...
"Haven"t you learnt anything this past two years" I"m not THAT close to him."
Daniel bercekak pinggang.
"Bukannya apa... I dengar dia ada tolong si Kumar tu tiru paper dia semester
lepas." "Siapa cakap?" "I thought you yang beritahu I benda ni!"
"Oh ya... Me and my big mouth."
"Jadi betullah ni?" tanya Julia meminta kepastian.
http://www.nizamzakaria.com 6
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Ya. Jadi kenapa ni?"
"Daniel... Can you do me a favor?"
"Apa dia?" "Boleh tanya dia kalau dia boleh tolong I?"
"Wah... I jadi mak ayam you lah ni?"
"Boleh lah!" "Are you that desperate?"
"Frankly I am! I need to pass this exam. Or else I"ll die!"
"Okay... Nanti I tanya dia."
"Thank you Daniel!!! I love you!" Julia menepuk tangan kesukaan. Dia tidak tahu
apa yang akan Daniel lakukan selepas ini dan dia tidak mahu tahu. Apa yang dia tahu, dia
akan melakukan apa sahaja untuk lulus dalam peperiksaannya.
Sebelum kelas dimulakan, Julia dapat melihat Daniel pergi ke tempat duduk Ariffin lalu
mengejutkannya dari lamunannya. Ariffin menggosok-gosok matanya sebelum dia
bertanyakan kepada Daniel apa yang dia mahu. Daniel membisikkan sesuatu ke dalam
telinga Ariffin. Kemudian mereka berdua keluar sebentar sebelum mereka masuk semula
ke dalam kelas. Ariffin memandang ke arah Julia sekali sebelum dia memberitahu kepada
Julia supaya menelefonnya pada malam dan dia boleh mendapatkan nombor telefon
bimbitnya dari Daniel. Kemudian dia terus memandang ke hadapan. Puan Tan mahu
memulakan kelasnya. * Sejurus selepas makan malam bersama bapanya, Julia terus meminta dirinya untuk naik
ke dalam biliknya. Dia mahu membuat kerja rumahnya, katanya. Bapanya mengangguk
lalu duduk di hadapan kaca TV untuk menonton rancangan berita di TV3. Julia berjalan
masuk ke dalam biliknya lalu mencapai telefon bimbitnya. Dia mengambil sekeping
kertas yang terkandung nombor telefon Ariffin yang telah diserahkan oleh Daniel
kepadanya. Dia menekan nombor telefon Ariffin:
+ Hello... Ariffin ke ni"
- Ya. Siapa ni" + Julia. Kita sekelas... Saya duduk di belakang awak.
- Tahu. Siapa tak kenal awak.
+ That is suppose to be a compliment, right"
- Hemm... Awak popular. Berkawan pun dengan budak-budak popular"
http://www.nizamzakaria.com 7
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
+ You know what, I don"t want to be rude, but I am calling you right now to talk about
you helping me with my exams, not about me being popular and all that.
- Okay... + Jadi betullah awak tolong Kumar tiru paper awak semester lepas"
- Awak ni polis ke apa" Ni mesti si Daniel beritahu awak kan"
+ Ya. - Apa lagi dia beritahu awak fasal saya"
+ Tak ada apa-apa. Trust me. I"m not like the other girls who are drooling all over you.
- ... + Okay... Apa-apa pun, I hope this will be just between the both of us. Orang lain tak
perlu tahu. - Ya. Saya tahu. Kalau silap sikit jer kita boleh dikenakan tindakan disiplin. Mungkin
dibuang universiti... + Hemm... - Jadi awak berani ke nak buat kerja ni"
+ Saya tak ada pilihan lain untuk selain dari lulus. Jika saya tak dapat B, markah purata
saya tak cukup untuk mendapatkan kelulusan minimum. I don"t want to take this class for
the third time! - Jadi kenapa tak belajar je"


Cinta Nasi Lemak Karya Nizam Zakaria di http://cerita-silat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

+ Saya dah belajar! Tapi entahlah...
- Apa yang entah" + I"m not as smart as you okay" Datang kelas tidur sepanjang masa pun masih boleh
dapat A. - Okay... Tak payah nak kutuk-kutuklah...
+ Now, that is suppose to be a compliment!
- ... + Sebenarnya saya dah lama perhatikan awak, tapi cuma hari ini jer kita dapat berbual
macam ini. - Awak tak pernah nak tegur saya... Fasal tu lah agaknya.
+ Ye lah, awak tidur jer dalam kelas. Tak pun termenung... Saya nak tegur macam mana"
Dah tu, saya tak pernah nampak awak kat parti-parti yang budak-budak batch kita buat.
- Tak ada masa ah, nak parti-parti tu semua...
+ Tu lah sebab kita tak bertegur.
- ... + Awak berasal dari mana"
- Yan, Kedah... + Yan" That"s a funny name.
- Kampung Sungai Udang, Yan.
+ Oh, budak kampung lah ni"
- Ya. + For a budak kampung, you are quite smart, kan"
- Apa awak merepek ni"
+ Sorry. I"m just being silly.
- ... + So... Awak kat mana ni"
- Dalam bilik. + Daniel kata awak duduk kat kondo sebelah universiti kita... Betul ke"
http://www.nizamzakaria.com 8
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
- Ya. Susah betul nak duduk kat hostel. Semua dah penuh. Sewa bilik kat sana lagi
murah. Dah tu sekarang terpaksa duduk kat sini.
+ Betul ke bulan lepas ada student dari Russia yang mati terjatuh dari kondo tu"
- Ya. Dia mabuk agaknya masa tu.
+ So it was not a suicide, lah"
- Bukan... + Awak kenal budak tu, tak"
- Tak... + Saya ingat awak kenal budak tu... Ye lah, awak dengan dia stay satu kondo kan"
- Julia... Saya sebenarnya tak ada masa nak berbual kosong dengan awak ni. Sekejap lagi
saya nak keluar. + Buat apa" Jumpa awek ke"
- Isk... Tak lah! + So you"re single lah ni"
- ...jadi awak nak tiru jawapan saya"
+ Ya. Boleh tak" - Boleh, tapi ada syarat.
+ Apa syaratnya" - Belikan saya buku teks untuk kelas yang bakal saya ambil untuk semester depan.
+ Hah" Biar betul! - Kenapa" + Is that it" - Ya... + Maybe we should take the same class next semester and"
- Julia... Jadi awak setuju atau tidak"
+ Oh... Setuju. - Okay. + Jadi macam mana" - Awak tak perlu bimbang. Nanti saya akan bantu awak. Saya dah janji nak bantu awak
kan" + Okay. - Okay bye. Saya perlu pergi ni. Bye!
+ Bye! Julia menarik nafasnya panjang-panjang selepas dia meletakkan telefon bimbitnya ke
tepi. Entah mengapa, dia dapat merasakan degupan nadinya bergerak pantas. Suara
Ariffin yang dalam dan keras itu membuatkan dia seolah-olah mahu bercakap dengan
lebih lama dengannya " mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang dirinya yang
penuh misteri itu... * Tangan Julia terasa sejuk. Dia memegang lehernya sendiri. Dia dapat merasakan Ariffin
mungkin telah terlupa atau langsung tidak mahu membantunya sama sekali. Pada malam
semalam, dia cuba menelefon Ariffin berkali-kali untuk bertanyakannya tentang
kedudukannya mahu membantunya meniru jawapannya tetapi Ariffin telah mematikan
telefon bimbitnya. http://www.nizamzakaria.com 9
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Kini hanya tinggal 30 minit sahaja lagi sebelum tamat waktu yang diberi untuk
menjawab soalan-soalan objektif yang diberikan. Julia hanya dapat menjawab 30% sahaja
soalan-soalan yang diberikan. Itu pun dia tidak tahu jika jawapan-jawapan yang telah
dijawabnya itu betul. Tiba-tiba dia dapat melihat Ariffin berdiri dari kerusinya. Kemudian dengan
bersahaja dia mencampakkan sekeping kertas yang berlipat ke arah kaki Julia. Cepatcepat
Julia menggunakan kakinya untuk memijak kertas tersebut. Ariffin berjalan ke
hadapan lalu meletakkan kertas jawapannya ke atas meja Puan Tan. Tanpa menoleh ke
kiri dan ke kanan dia terus berjalan keluar dari kelas.
Selepas Julia dapat melihat murid-murid lain kembali tekun untuk menjawab
soalan-soalan peperiksaan, Julia tunduk untuk mengambil kertas yang diberikan
kepadanya. Dengan berhati-hati dia telah membuka lipatan kertas tersebut dan dia dapat
melihat lima puluh jawapan objektif yang diberikan kepadanya.
Julia mengingatkan kepada dirinya bahawa dia tidak seharusnya meniru jawapan
yang diberikan kepadanya seratus-peratus. Jika tidak, pasti dia akan disyaki meniru
Ariffin bulat-bulat. Jadi dia hanya menggunakan jawapan yang diberikan oleh Ariffin
untuk menjawab soalan-soalan yang tidak terjawab olehnya...
Setelah Julia menghantar kertas jawapan peperiksaannya, dia terus keluar dari kelas. Dia
menunggu sehingga Daniel keluar dari kelas untuk menemuinya.
"So how?" tanya Daniel dengan perlahan kepada Julia.
"Okaylah. Dia ada bagi jawapan dia kat I." Jawab Julia sambil menunjukkan
sekeping kertas yang dikeluarkan dari seluar jeansnya. Dia mengoyakkan kertas itu kecilkecil
lalu membuangkannya ke dalam tong sampah yang terdekat.
"I hope this time around you boleh pass dengan cemerlang."
"Yeah, I hoped so too!" ujar Julia dengan nada lega.
"So... what did he asked you to do in return?"
"Something weird..."
"Apa dia?" "Dia suruh I beli satu buku teks untuk semester depan."
"Oh... I helped him by buying one week worth of groceries bila dia tolong I
siapkan my 12-page assignment untuk kelas Macro Econs bulan lepas."
"You did?" http://www.nizamzakaria.com 10
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"I"ve got an A for for that assignment. So it was worth all the penny."
"Dia ni sengkek sangat ke?" tanya Julia seperti tidak percaya.
"Sort of..." Jawab Daniel, kemudian dia berharap Julia tidak akan bertanya lagi
kepadanya tentang Ariffin.
"So is he for sale?" tanya Julia berseloroh.
"You tanya dia sendiri lah! Tanya I buat apa?" Daniel menjeling sambil memeluk
failnya yang terkandung gambar Prince William di hadapannya.
"Eh, Sabtu ni temankan I pergi ke parti si Sinta?"
"Sinta budak Medan tu ke?"
"Ya... Dia nak buat parti sebelum dia balik bercuti ke Medan Isnin depan."
"Okay boleh." "So... Boleh you ajak Ariffin sekali ke?"
"Hemm... No wonder lah you nak ajak I kan" You nak I bawa dia sekali!"
"Bawa dia sekali lah, pleeeaaseeeee!"
"But why?" "I think Hadi is going to that party. So, kalau Ariffin ada?"
"Okay. No need to explain. I faham."
"So... Saturday ini jadi, ya?"
"Nanti I cakap dengan dia lah. Lagipun dia duduk satu tempat dengan Sinta, kan"
So I think it"ll be alright with him."
Julia senyum meleret. Sekarang dia sedang memikirkan tentang pakaian yang
harus dipakainya ke parti Sinta itu nanti. Kalau begitu, petang nanti dia harus ke KLCC
atau ke Mid Valley untuk mencari pakaian baru yang boleh dibelinya di toko Zara,
Topshop, MNG ataupun Miss Selfridge...
http://www.nizamzakaria.com 11
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
BAB 2 Zul berlari di atas mesin threadmill sambil meneguk air di dalam botol kecilnya. Dia telah
berlari selama lebih setengah jam di sana. Dia merenung ke arah kaca TV di hadapannya.
Muzik latar belakang di dalam gym Fitness First yang terletak ni Menara Maxis itu
dimainkan kuat. Dia hampir-hampir tidak dapat mendengar apa yang dikatakan oleh
pembaca berita dari saluran berita CNN yang sedang disaksikan pada waktu itu. Tapi dari
apa yang dia dapat amati, pemberita sedang mengulas tentang peperangan di Iraq yang
sedang berlanjutan sehingga ke hari ini.
Mesin threadmillnya kini berhenti. Zul mengesat peluhnya. Zul sedar bahawa di
dalam usianya yang semakin meningkat dan mencecah umur pertengahan 30-an dia perlu
selalu bersenam untuk memastikan agar dia dapat terus kelihatan menarik. Dia tidak
mahu kelihatan seperti rakan-rakan seusianya yang kini kebanyakannya telah berkahwin
dan mempunyai beberapa orang anak tetapi mempunyai perut yang kelihatan seperti
wanita yang sedang bunting enam bulan.
Zul seorang lelaki yang segak dan pandai bergaya. Setiap hari sebelum dia
berangkat ke tempat kerja dia akan memilih pakaian dan tali leher yang mahu dipakainya.
Semunya perlu ada koordinasi yang serasi. Pada pagi ini dia telah mengambil masa
selama lima minit semata-mata untuk memilih pakaian yang akan dipakainya ke pejabat -
seluar Ermenegildo Zegna berwarna kelabu gelap akan dipadankan dengan baju Hugo
Boss berwarna biru lalu dilengkapkan dengan tali leher Armani berwarna merah dan
diakhiri dengan sepasang kasut kulit berwarna hitam dari Kenneth Cole. Wajah Zul
cukup manis dipandang mata. Berkulit hitam manis dan mempunyai tokoh seorang
profesional muda yang telah pun berjaya mencapai segala apa yang diingini di dalam
hidupnya. Seorang pemuda berbangsa Cina yang sedang berlari di sebelahnya memerhatinya
sambil tersenyum. Zul sekadar membalas senyumannya itu lalu berjalan ke tempat tukar
pakaian. Dia memandang ke arah jam tangannya sambil meraba-raba janggut pendek di
dagunya yang telah dijaga rapi itu. Dia tak mahu lambat untuk menemui tunangnya Aida
untuk makan malam bersamanya di Rain Nudle House.
Sejurus selepas dia bersiap sedia memakai pakaiannya, dia terus keluar dari gym
Fitness First. Dia berjalan ke KLCC lalu terus menaiki ke tingkat 4 dengan menggunakan
lif di tengah-tengah Suria KLCC. Dia tidak mahu lambat. Dia tahu Aida tidak suka jika
dia lambat. Zul telah mengenali Aida sejak enam tahun yang lalu apabila Aida masih bergelar
seorang pelajar tahun akhir jurusan perundangan di UK dan Zul pula bekerja sebagai
seorang peguam korporat di sana. Setahun selepas mereka berkenalan, mereka bertunang,
lantas Zul terus meninggalkan pekerjaannya di UK dan mengambil keputusan untuk
pulang untuk bekerja di Malaysia.
Zulkefli Ismail berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam
jurusan Undang-Undang dari London School of Economics dan kemudian beliau
http://www.nizamzakaria.com 12
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
menyertai The Honourable Society of Middle Temple sebelum beliau mempraktikkan
perundangan di Freshfields Bruckhaus Deringer yang beribu pejabat di Fleet Street
London. Ketika bekerja di sanalah dia mula mengenali Aida. Ketika itu Zul telah diminta
untuk menguruskan urusan perjanjian kerja bersama sebuah syarikat petroleum dari
Brunei dengan sebuah syarikat cari gali dari Belanda. Bapa Aida, Pengiran Malik
Pengiran Omar merupakan orang kuat dari syarikat petroleum tersebut yang telah datang
sendiri ke London untuk menguruskan hal ini bagi pihak syarikatnya. Pada masa itulah
Zul telah diperkenalkan kepada Aida, seorang gadis jelita yang telah dibesarkan di Kuala
Lumpur kerana dia mempunyai seorang ibu yang berasal dari sana. Aida cepat rapat
dengan Zul kerana Aida pernah belajar di Kolej Tuanku Ja"afar yang terletak di Mantin,
Negeri Sembilan. Kebetulan pula Zul berasal dari Mantin dan berterus terang dengan
Aida sejak dari awal lagi bahawa bapanya merupakan pekebun di sekolah asrama penuh
yang eksklusif itu. "Dah lama you tunggu I" tanya Zul kepada Aida yang sedang duduk di meja
makan di Rain Nudle House sambil menongkat dagunya.
"Tak. I baru jer sampai." Jawab Aida dengan wajah kebosanan.
"So... You shopping lagi?"
"Ya..." "Beli apa?" "Kasut baru di Gucci..."
"Again?" "Yes... Again!"
"Nak buat apa you beli kasut banyak-banyak ni" Bukannya you pergi kerja?"
tanya Zul kehairanan. "Kalau you kerja lain lah, nak tukar-tukar kasut macam Carrie
Bradshaw dalam Sex and the City tu..."
"Eh... I kerja lah!" Aida menjawab manja. "Lagipun lelaki macam you mana
faham?" "Kerja apa you buat?" Zul bertanya kerana ingin tahu, walaupun dia sudah boleh
mengagak jawapan yang akan diberikan kepadanya nanti. Zul tahu Aida merupakan
seorang lulusan jurusan perundangan, tetapi sehingga kini dia masih berkeras tidak mahu
mempraktikkan apa yang dipelajarinya selama ini.
"You tahu... Sepanjang hari I bekerja. Pagi pergi ke gym. Tengah hari pergi
manicure atau ke spa dan petang pula bershopping. That"s hard work, okay. Nak jadi
cantik macam I kena kerja lebih sikit. You nak tunang you ni cantik, kan?" Aida yang
berusia tujuh tahun lebih muda dari Zul itu menjawab bersungguh-sungguh.
http://www.nizamzakaria.com 13
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Zul menjeling lalu mengambil menu dari pelayan yang sedang melayan mereka.
Dia kemudian mengambil sedikit masa untuk memesan makanannya. Zul memang
cerewet orangnya. Jika dia mahu membeli penyangkut baju sekalipun dia akan
mengambil lebih 5 minit memilih penyangkut baju yang disukainya.
"Esok tengah hari you free tak?" tanya Aida selepas pelayan mengambil pesanan
makan malam mereka. "Kenapa?" "My dad is right here in KL. Esok malam dia mahu kami sekeluarga makan
malam bersama. You just have to make yourself free!"
"Esok... I memang free."
"So it"s set then. Kita akan makan malam di JW Marriott. Jangan lambat pula
nanti!" Aida mengingatkan sambil memegang tangan Zul. Zul mengangguk perlahan.
"Esok tengah hari you free tak?"
"Kenapa?" "Bapak I kata dia nak belikan I kereta baru. Jadi I nak survey kereta mana yang
sesuai dengan I." Zul meraba-raba hujung jari jemari Aida yang halus itu dengan mesra.
"Kereta apa pulak ni" You kan dah ada kereta?"
"I tak suka lah pakai kereta Volvo bapak I tu lah. It"s too big for me!" Aida
merungut. Zul cepat-cepat menggeleng.
"Tapi bukan kereta tu, kereta baru ke?"
"Like I said... It"s too big. I tak suka bawak kereta besar-besar ni."
"Pakai je lah kereta tu... Nak habiskan duit bapak you tu aja buat apa?" tanya Zul.
Tapi dia juga sedar bapa Aida mampu untuk menghadiahkan apa sahaja untuk anaknya
ini. "Dia tak kisah lah!" Aida menegaskan. "So you free tak?"
"Tak boleh... I ada lunch dengan client... Sebuah syarikat telekomunikasi dari
Belgium yang mahu bertapak di sini. They want to initiate a partnership with one of our
telco giants. So, I kena uruskan benda tu semua."
"You and your mergers and acquisitions... Tak boring ke?"
"Dah kerja I." http://www.nizamzakaria.com 14
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Well... As long as you make a lot of money as a corporate lawyer. Itu sahaja yang
penting!" ujar Aida dengan suara menyanyi-nyanyi. "Senang sikit you nak support I bila
kita kahwin nanti."

Cinta Nasi Lemak Karya Nizam Zakaria di http://cerita-silat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

"Itu je lah yang you tahu?"
"Eh, bukan ke itu kerja lelaki?" tanya Aida dengan nakal walaupun Zul tahu dia
serius. Aida, seperti ibunya hanya tahu bahawa tugas seorang suami adalah untuk
menjaga isterinya dan tugas seorang isteri pula adalah untuk mencantikkan dirinya untuk
suaminya. "With your current position as a high-flying corporate lawyer you can support
two or three of my kinds. Bukan begitu" Ye lah, bukan ke lelaki macam you boleh
berkahwin lebih dari satu?"
Zul tidak menjawab pertanyaan Aida tadi. Dia hanya tahu bahawa apa yang
dilakukan adalah kerjanya. Sesuatu yang tidak dapat dielakkannya. Dia bekerja siang dan
malam tanpa henti. Kadangkala dia hanya akan pulang ke rumah pada lewat malam.
Tetapi dia tidak kisah akan itu semua. Kerana dia mempunyai minat yang mendalam
terhadap apa yang dilakukannya sekarang.
"I ingat nak beli kereta Mini Cooper. Cute kan kereta macam tu?" Aida kembali
bercerita tentang kemahuannya bertukar kereta.
"Ya. Sesuai untuk you." Jawab Zul dengan suara malas.
"I nak beli yang merah..."
"Your favourite colour, kan?"
"Ya..." Aida tersenyum manja. Zul termenung ke luar restoran ke arah kedai buku
Kinokuniya. Dia memandang ke arah beberapa orang pengunjung toko buku besar itu
yang sedang berjalan keluar masuk. Dia menarik nafasnya dalam-dalam. Dia
mengingatkan dirinya agar membeli edisi terbaru majalah Men"s Health dan Architectural
Digest apabila dia selesai makan malam bersama Aida nanti.
* Zul memandu kereta BMW hitamnya ke arah Jalan Raja Laut. Keretanya kini bergerak
perlahan untuk membelok ke arah Jalan Tunku Abdul Rahman melalui sebuah jalan kecil
di sebelah bangunan MARA. Kemudian keretanya maju ke hadapan sebelum membelok
ke arah sebuah jalan kecil di sebelah bangunan Pernas Sogo. Keretanya kini membelok ke
arah kiri ke sebuah lorong gelap yang menuju ke arah bangunan KWSP.
Zul membawa keretanya dengan perlahan di sini. Dia memerhatikan keadaan di
sekelilingnya. Terdapat beberapa buah kereta yang berhenti di sini. Pemandunya ada yang
masih berada di dalam kereta dan ada pula keluar dari kereta untuk berbual dengan
pengunjung-pengunjung yang lain. Kawasan ini gelap. Agak sukar untuk Zul
http://www.nizamzakaria.com 15
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
memerhatikan wajah pengunjung-pengunjung di sini yang kesemuanya diketahuinya
lelaki. Zul terus memandu keretanya dengan perlahan. Dia memerhatikan wajah-wajah manusiamanusia
yang ada di sini walaupun wajah mereka terlalu gelap untuk dilihatnya. Zul
kemudian memandang ke arah satu sudut yang gelap di mana dia dapat memerhatikan
lembaga dua orang lelaki sedang melakukan sesuatu di dalam gelap. Zul terus memandu
sambil berpaling ke arah mereka untuk memerhatikan mereka dengan jelas lagi.
Kemudian tanpa disedarinya dia telah melanggar sebuah motor RXZ berwarna merah
yang telah diletakkan di tepi jalan yang gelap itu. Motor itu terjatuh dan Zul dapat
merasakan tayar belakangnya menghenyak bahagian tayar motor tersebut.
Pemuda yang diperhatikannya di dalam gelap tadi terus mendapatkan motor yang telah
terjatuh tadi. Dalam keadaan samar-samar Zul dapat melihat pemuda tersebut yang
sedang memakai jaket denim itu mengetuk-ngetuk cermin tingkapnya dengan kuat sambil
memandang tajam ke arahnya.
Zul tidak mahu membuka tingkapnya inikan pula memberhentikan keretanya. Dia terus
memandu pergi dengan laju. Dari cermin keretanya dia dapat mendengar pemuda
bertubuh tinggi dan tegap itu memaki hamunnya di dalam gelap.
Zul menarik nafas lega. Dia tidak pernah memberhentikan keretanya di kawasan yang
lebih dikenali sebagai Jurassic Park ini dan mungkin dia tidak akan memberhentikan
keretanya di sini sampai bila-bila...
* Zul membuka butang bajunya yang teratas lalu dia bersandar di atas sofanya. Dia
menggunakan alat kawalan jauhnya untuk menonton rancangan CNN yang terpampang di
kaca TV plasma 42 incinya itu. Zul mengeluh. Kepalanya pening. Semakin berdenyutdenyut
rasanya apabila dia memikirkan tentang calar-calar kecil di bahagian hadapan
keretanya kerana telah berlanggar dengan motosikal RXZ tadi.
Zul memandang ke arah siling rumah banglonya itu. Dia termenung kosong. Kemalangan
kecil tadi terus membawanya mengingati satu kemalangan yang pernah dia saksikan
sendiri yang terus menghantuinya sehingga kini. Kadangkala, di dalam malam-malamnya
yang sunyi seperti ini dia akan mengingati pengalaman ngeri ini seolah-olah ia baru
sahaja berlaku semalam. Zul cuba menutup matanya. Tetapi dia masih tidak dapat melupuskan peristiwa ngeri ini.
Dia masih dapat mendengar jeritan seorang wanita yang sedang menanggung kesakitan
yang amat sangat dan telah meminta agar dia menolong anak-anak serta suaminya yang
tidak sedarkan diri. Zul dapat melihat tubuh-tubuh mereka yang telah kaku, kecuali satu.
Tubuhnya tersepit. Wajahnya berlumuran dengan darah. Mulutnya terkumat-kamit
memanggil ibunya. http://www.nizamzakaria.com 16
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Zul menumbuk-numbuk kepalanya sendiri. Dia cuba melupakan peristiwa berdarah ini.
Wajahnya berkerut seribu. Dia merapatkan dirinya lalu memeluk pehanya sendiri.
Tubuhnya berpeluh. Nafasnya turun naik dengan cepat. Kemudian dengan perlahan dia
mengucapkan kalimah-kalimah yang pernah disebutkan oleh Heraclitus: "How can you
hide from what never goes away?"
http://www.nizamzakaria.com 17
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
BAB 3 Sinta membuka pintu kondonya lalu membenarkan Julia masuk bersama Daniel dan
Ariffin. Sinta dan Julia berlaga-laga pipi. Sinta, seorang pelajar berbangsa Cina Indonesia
itu mengucapkan terima kasih kepada Julia kerana sudi datang ke partinya ini. Kemudian
dia menjeling sekali ke arah Daniel dan Ariffin sebelum dia memegang tangan Julia lalu
memperkenalkannya kepada rakan-rakannya yang lain.
Julia masuk ke dalam kondo pelajar yang disewa oleh Sinta bersama dua orang
pelajar perempuan yang lain. Kondo mereka nampak cantik. Hampir kesemua hiasan
dalaman di dalam kondo ini dihias dengan perabot-perabot yang dibeli dari Ikea.
Beberapa orang anak-anak muda sudah mula memenuhi rumah Sinta ini. Julia
memandang ke belakang. Dia dapat melihat Ariffin dan Daniel sedang berdiri di hadapan
meja makanan untuk memilih makanan yang ada.
"Okay don"t tell me that you actually invited Hadi to your party?" tanya Julia
kepada Sinta ketika mereka berdua berdiri di balkoni.
"Yes I actually did." Sinta tersenyum tetapi wajahnya jelas serba salah.
"Tapi kenapa?" "Sebab dia jemput I ke party dia dulu."
"Bukan dia yang jemput you lah, I yang jemput you!"
"But you were together masa tu. Sama lah tu! I rasa bersalah pula kalau tak
jemput dia sekali." Julia memeluk tubuhnya. Mukanya monyok.
"Relak Julia. Kalau dia datang I"ll make sure he won"t come near to you."
"Boleh ke" Kondo you ni kecik!"
"I"ll try my best, lah!" Sinta bersungguh-sungguh mahu menyenangkan hati Julia.
"Okay!" Julia tersenyum ke arah seorang pemuda Cina yang tidak dikenalinya
yang sedang merenung ke arahnya.
"Julia, I don"t want to sound so dramatic... But why lah" I mean, bringing Daniel
here is one thing, but Ariffin?" tanya Sinta dengan suara berbisik.
"Kenapa pulak dengan Ariffin" What do you have against him?"
"Well, Ariffin itu emang keren dan ganteng! Tapi?"
http://www.nizamzakaria.com 18
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Tapi apa-apaan sich?" Julia sengaja mengajuk dengan bercakap dengan loghat
Indonesia. "You tahu dia tinggal di kondominium hostel ini juga, kan"
"Ya I tahu... Tadi I dengan Daniel berjumpa dia di bawah sebelum kami ke parti
you ni. Jadi kenapa?" tanya Julia dengan bersahaja.
"You tahu dia kawan si Boris tu?"
"Boris?" "Boris that Russian student from Sunway College yang mati terjatuh dari
kondominium ini..." "So?" "You know what" Boris wasn"t exactly an angel..."
"Dahlinggg... We"re not angels too!"
"Julia... Ariffin is a troublemaker, lah."
"Macam mana tu?"
"He"s an asshole."
"Ye lah, macam mana?"
"Suka cari gaduh... Dia suka buli budak-budak junior yang tinggal sini. He"s rude.
And you do know that he sleeps around with the girls here, don"t you?"
"Eh, mana you tahu cerita ni semua?"
"I know someone who knows someone who have slept with him. Like, I even
heard that he"s popular with the Aussie girls."
"And what else have you heard about him?"
Sinta menggigit bibirnya sebelum dia merapatkan dirinya ke arah Julia untuk
membisikkan sesuatu ke dalam telinganya.
Julia ketawa kecil mendengarkan penjelasan Sinta tentang diri Ariffin. Katanya:
"No wonder lah budak-budak mat saleh tu nak sangat dengan dia... If the story
about him is true lah. You tahu lah... I bukan suka sangat nak percaya dengan cakapcakap
orang..." http://www.nizamzakaria.com 19
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Ye lah, you have to see it for yourself before you can believe it, kan?" perli Sinta.
Julia bercekak pinggang sebelum dia mencubit bahu Sinta.
Julia memeluk tubuhnya. Dia memandang ke arah Ariffin dari jauh. Dia sukar
untuk mempercayai cerita-cerita dari Sinta tadi. Lebih-lebih lagi desas-desus yang
mengatakan Ariffin bersikap biadap. Mungkin kerana selama ini, tidak terdapat banyak
perkara tentang diri Ariffin yang diketahuinya. Atau mungkin kerana dia sendiri tidak
mahu tahu. Tetapi sekarang, dia seolah-olah mahu tahu segala-galanya tentang latarbelakang
Ariffin. Setengah jam berlalu dengan sekelip mata. Julia mendapati dia langsung tidak berpeluang
berbual dengan Ariffin memandangkan dia terpaksa melayan beberapa orang rakanrakannya
yang mahu berbual-bual kosong dengannya. Beberapa kali pada malam itu Julia
akan mencuri-curi pandang ke arah Ariffin. Dia dapat melihat Ariffin kini sedang berdiri
di hadapan Kumar dan Daniel. Dia akan mendengar perbualan mereka berdua dengan
tekun sebelum mereka bertiga akan ketawa berdekah-dekah.
"Eh, Julia! Dah lama sampai ke?" tanya Aliya sambil berlaga-laga pipi
dengannya. "Dah lama." Jawab Julia sambil memandang ke arah Hadi yang telah dibawa
bersamanya. Julia menjeling benci.
"You datang dengan siapa?" tanya Aliya, pelajar dari Kolej Damansara Utama itu
kepadanya. Julia telah mengenali Aliya melalui Hadi. Pada satu ketika dahulu Aliya
pernah belajar di Sayfol International School bersama Hadi.
"With that guy over there..." Julia menjuihkan bibirnya ke arah Ariffin.
"You mean that tall cute guy, ke?"
"Ya." Julia menjeling ke arah Hadi. Dia dapat melihat wajah Hadi berubah.
Cemburu. Pada waktu itu Sinta dapat melihat Julia sedang memeluk tubuhnya sendiri dan
Hadi pula sedang berdiri di sebelah Aliya. Sinta cepat-cepat bergerak mendapatkan Hadi.
Dia memegang lengan Hadi sambil menariknya pergi jauh dari Julia sambil berkata:
"Can I borrow him for a while" I nak perkenalkan Hadi kepada kawan-kawan I
dari HELP Institute."
Aliya tersenyum seolah membenarkan.
"So... You all bercouple ke sekarang?" Julia sekadar bertanya kepada Aliya,
bukan kerana dia cemburu.
http://www.nizamzakaria.com 20
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Of course not! Kita kawan je lah. Lagipun dia beritahu kat I dia sayang you lagi!"
tegas Aliya. Julia pula merasa tekaknya loya serta-merta.
"Eh, I tak nak dengar lah! Geli tau!"
"You boleh beritahu kat I tak, kenapa you all breakup bulan lepas" I want to hear
your side of the story." Pinta Aliya. Julia terpaksa mendekatkan dirinya kepada Aliya agar
dia dapat mendengar suaranya dengan lebih jelas lagi, kerana lagu terbaru dari Ashlee
Simpson dimainkan dengan kuat di system stereo yang terdapat di rumah Sinta.
"I don"t want to talk about this lah..." Julia mengeluh. Matanya memandang ke
atas. "And what about my side of the story" Apa yang dia beritahu kat you fasal I?"
"Dia kata dia breakup dengan you sebab you materialistik... You nak jadi
boyfriend dia sebab... He lives in a big house, drives a cool car and that because his dad
owns a successful shipping company?"
"Apa" That fat bastard told you that?" wajah Julia merona merah. Dia jelas
marah. "Okay... Why don"t you tell me what actually went on between the two of you?"
tanya Aliya dengan penuh kesungguhan. "I janji tak akan beritahu sesiapa."
"Kalau you nak tahu sangat, si gemuk tu cuba nak raba I dalam kereta. Bila I
tolak, he kept on insisting. I hate it okay! I never felt so violated!"
"Oh..." Aliya mengetapkan bibirnya. Dia tertunduk dengan wajah penuh bersalah.
Julia pula membawa dirinya ke balkoni. Di sana tidak ada orang. Dia mahu bersendirian
sebentar untuk menarik nafas segar.
* "So... Awak ni memang suka sorang-sorang macam ini ke?" tanya Ariffin kepada
Julia dengan suaranya yang masih pekat dengan loghat Kedah. Dia dapat melihat Julia
cepat-cepat mengesat air matanya. Julia tidak menjawab soalan Ariffin tadi. Dia sekadar
mengangguk lemah dan terus memandang ke hadapan.
"Awak menangis ke ni?" tanya Ariffin dengan wajah yang risau.
"Takde apa-apa. Mata saya masuk habuk. Kat sini berangin sangat."
"Betul ke ni?" "Betul..." "Jadi, macam mana dengan janji awak dengan saya?"
http://www.nizamzakaria.com 21
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Janji?" "Janji nak belikan buku teks. Semester depan saya bercadang nak enroll ke kelas
Investments and Portfolio Management?"
"Lagi kelas apa yang mahu awak ambil?"
"Business Data Modelling dan International Trade Law."
"Okay... Saya nak ambil kelas tu semua."
"Tapi kenapa?" "Senang sikit kalau awak ada. Awak boleh tolong saya..."
"Mmm." Ariffin mengeluh kecil. "Bukan ke lebih baik kalau awak belajar
sahaja." "Susah lah. Otak saya ni lembap sikit."
"Awat jadi lagu tu?"
"Entahlah. Susah nak masuk apa yang saya belajar dalam kuliah. Saya rasa otak
saya ni macam dah beku jer."
"Awak nak kalau kita sama-sama belajar" Kita buat study group. Saya, awak,
Kumar dan Daniel. Nak tak?"
"Bagus juga macam tu!" mata Julia bersinar-sinar. Dia memandang tepat ke arah
Ariffin. Dia mula sedar kening kiri Ariffin yang tebal itu terbelah dua pada bahagian
hujungnya lantas seolah mengukuhkan lagi imej budak nakalnya.
"Kalau dah memang awak perlu ditolong lagi, nanti saya bagi awak tiru jawapan
saya." Ariffin berjanji.
"Thanks! Kalau you ada senang sikit... I just want to pass my exams, graduate and
move on with my life." Julia terus berhenti dari bersedih.
Ariffin tersenyum. Kemudian dia ketawa sendiri. Julia kehairanan.
"Kenapa awak ketawa sorang-sorang ni?"
"Takde apa... Kelakar rasanya."
"Apa yang kelakar" Beritahulah!"
http://www.nizamzakaria.com 22
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Ariffin termenung dengan agak lama sebelum dia mengeluarkan kotak rokoknya
lalu menghidupkan puntung rokoknya. Dia menghisap rokoknya dalam-dalam sebelum
dia berkata: "Sebenarnya saya enroll ke kelas Business Law sebab awak..."
"Apa?" "Saya minta Daniel tanya kelas apa yang akan masuk semester ini, jadi Daniel
beritahu. Saya mahu ambil subjek yang sama dengan awak." Ariffin memeluk tubuhnya
sebelum menyambung lagi. "Dari awal lagi saya cari tempat duduk yang dekat dengan
awak, saya ingat nak duduk belakang awak, tapi awak duduk di tempat yang paling
belakang. Jadi saya terpaksa duduk di depan awak."
"Eh betul ke ni?" Julia mengusap-usap hujung rambutnya. "Tapi kenapa sampai


Cinta Nasi Lemak Karya Nizam Zakaria di http://cerita-silat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

jadi macam ini sekali?"
"Saya minat kat awak, tapi tak berani nak dekat."
"Kenapa?" "Masa tu saya tahu awak ada balak. Jadi saya tak nak kacau. Saya perhatikan
awak dari jauh sahaja."
"Saya dah break?"
"Saya tahu. Daniel yang beritahu."
"Tapi kenapa selama ini awak tak beritahu saya?"
"Beritahu fasal apa?"
"Yang awak minat dengan saya?"
"Alah, awak tu siapa, saya ni siapa?"
"Apa maksud awak?"
"Kita kan dari dunia yang berbeza. Saya budak kampung, awak tu pula anak
lord... Tak kan awak tak tahu?"
"Eh, apa yang awak merepek ni" Sekarang ni bukan zaman P. Ramlee lagi lah!"
"Tapi ini kan memang kenyataan!"
Telefon bimbit Ariffin berdering. Dia melihat kepada skrin LCD telefon
bimbitnya untuk melihat siapa yang telah menelefonnya tadi.
http://www.nizamzakaria.com 23
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Sorry... Nanti kita sambung lagi." Katanya kepada Julia sebelum dia mengambil
panggilannya itu. Ariffin terus berjalan keluar dari rumah Sinta.
Julia tersenyum seorang diri. Dia memandang ke arah suasana malam dari balkoni
Sunway Condominium Hostel itu. Dia tidak pernah menyangka pula Ariffin meminatinya
selama ini... "Julia!" dia dapat mendengar namanya dipanggil oleh suara yang dikenalinya.
Julia tak mahu menoleh ke arah suara tersebut.
"Nak apa?" tanya Julia dengan suara terganggu.
"I tak nak you kawan dengan budak Ariffin tu."
"Eh apa pulak ni" Apa dah kena dengan you?" Julia memandang ke arah Hadi
yang kini berdiri di sebelahnya di balkoni.
"He"s bad news. And he"s not like us."
"What do you mean he"s not like us?"
"Tak kan you tak faham?"
" Tak faham apa ni?"
"You tahu ke latar belakang keluarga dia macam mana" You kenal ke dia tu
siapa?" "Eh... I nak kawan dengan dia ke, nak kawan dengan pak guard ke, apa you
pedulik?" "I peduli sebab I sayang dengan you?"
"Nonsense lah!" bentak Julia. "Lepas tu apa you dah cakap kat orang fasal I" No
wonder lah orang tengok I lain macam jer sekarang ni. Rupa-rupanya all these while
you"ve been telling people that you had dumped me sebab I ni kaki kikis" Hello, lain lah
kalau I ni bohsia! Do you have any idea how much my dad makes in a year" I nak kikis
you buat apa" Pikirlah sikit! Gunalah otak tu kalau nak fitnah orang kalau ya pun!" Julia
bercekak pinggang. Beberapa orang pengunjung parti Sinta memandang ke arah mereka.
"Dah lah tu Julia. Orang dah start pandang kat sini. Nanti apa pula orang cakap."
"Pedulik apa orang nak cakap. Biar diorang tahu apa you cuba buat kat I!"
Hadi memegang tangan Julia lalu menariknya pergi. "Dah... I nak hantar you
balik. I tak nak you malukan diri you lagi kat sini."
http://www.nizamzakaria.com 24
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Eh, apa ni?" Julia meninggikan suaranya dan cuba menarik tangannya kembali.
"Kenapa ni?" tanya Ariffin yang tiba-tiba tercegat di hadapan mereka berdua.
"Hadi ganggu saya." Adu Julia. Hadi melepaskan tangannya. Julia memegang
pergelangan tangannya. "Kau jangan masuk campurlah!" herdik Hadi. Wajah Ariffin tidak menunjukkan
apa-apa perubahan. Dia terus berdiri di tempatnya.
Hadi kembali memegang tangan Julia. Kemudian dengan cepat Ariffin menolak
tubuh Hadi yang jauh lebih rendah dari dirinya itu. Hadi ditolak sehingga ke balkoni,
kemudian Ariffin memegang hujung baju-T Hadi. Dia terus menolak Hadi sehingga ke
hujung balkoni. Mereka yang datang ke parti Sinta tersentak melihat pergaduhan ini,
tetapi mereka tidak mahu masuk campur.
"Kalau aku nak tolak kau sampai jatuh, bila-bila saja beb. Kalau kau jatuh pun, ini
bukan pertama kali aku lihat orang jatuh dari bangunan ni!" kata Ariffin dekat kepada
muka Hadi. Hadi terkial-kial memegang palang besi di balkoni tersebut. Dia dapat
mencium bau alkohol yang datangnya dari mulut Ariffin.
"Lepaskan aku!" kata Hadi perlahan sambil memandang ke belakang. "Aku janji
tak akan kacau dia lagi."
Ariffin melepaskannya lalu berjalan mendapatkan Julia. Suasana di dalam parti
yang tadi gegak-gempita kini menjadi tegang. Senyap.
"Saya nak balik." Ujar Julia kepada Ariffin. Ariffin mengangguk lalu
menemaninya keluar dari rumah Sinta. Daniel dan Kumar mengekori mereka dari
belakang. Pengunjung-pengunjung lain terus mendiamkan diri. Sinta pula sekadar
melambaikan tangannya ke arah Julia.
Mereka berempat masuk ke dalam lif. Ariffin memandang ke arah siling lif. Julia
berwajah pucat. Tangannya menggigil.
"Terima Kasih," ucap Julia dengan perlahan kepada Ariffin setelah lif yang
mereka naiki tiba ke tingkat bawah.
"Sama-sama." Jawab Ariffin pendek. Dia terus menemani Julia ke tempat dia
meletakkan keretanya. "Cuti semester ini awak ke mana?" tanya Ariffin kepada Julia di hadapan kereta
pacuan empat rodanya. http://www.nizamzakaria.com 25
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Saya akan mengikut bapa saya bercuti ke Bali. Saya akan bertolak ke Bali pada
hari Isnin ini sehinggalah ke Jumaat. Kemudian saya akan berada di KL ini sahaja... Tak
ke mana-mana. Kenapa?"
"Kalau kita ada masa, saya ingat nak bawak awak tengok wayang. Itu pun kalau
awak tak keberatan."
"Boleh. Nanti bila saya balik dari Bali nanti saya akan call awak."
Ariffin mengangguk. Dia menutup pintu kereta Julia. Julia pula memakai tali
pinggang keledarnya sebelum dia memulakan enjin. Ariffin mengangkat tangannya ketika
Julia bergerak pergi dari tempat meletak kereta.
Ariffin kemudian menoleh ke arah Daniel. Dia melihat Daniel dan Kumar
tersenyum nakal. Dia bertanya kepada Daniel:
"Lepas ni kau nak pergi ke mana?"
"Pergi Blue Boy dengan Kumar." Jawab Daniel terang-terangan. "Kenapa?"
"Boleh aku tumpang kau sampai KL, tak" Ada hal lah sikit kat sana."
"Boleh... Apa salahnya." Jawab Daniel sambil berjalan ke tempat dia meletakkan
keretanya. Malam masih muda... Ya, Lagipun. Malam masih muda.
http://www.nizamzakaria.com 26
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
BAB 4 Julia melabuhkan tubuhnya ke atas katil. Dia termenung ke hadapan memikirkan tentang
peristiwa yang telah berlaku kepada dirinya di parti Sinta tadi. Dia telah memikirkan apa
yang diketahuinya tentang fitnah yang telah ditaburkan oleh Hadi terhadap dirinya dan
juga Ariffin yang memberitahunya bahawa dia ada menyimpan kemahuan untuk
mengenalinya dengan lebih rapat lagi. Entah mengapa, wajah Ariffin terus terlekat di
dalam hatinya. Dia mula memikirkan tentang Ariffin dan segala tingkah lakunya di dalam
kelas tutorialnya. Memang tidak dinafikan, kadangkala dia akan dapat melihat Ariffin
menoleh dan tersenyum ke arahnya sebelum ini - ketika mereka di dalam kelas, tetapi
Julia tidak pernah mahu ambil peduli tentang diri Ariffin sebelum ini, kerana dia setia
kepada Hadi... Telefon bimbit Julia berbunyi lantas mengejutkan Julia dari lamunannya. Julia terus
mengambil telefon bimbitnya itu lalu membaca pesanan SMS yang baru sahaja
diterimanya dari Ariffin. Julia tersenyum sewaktu membaca pesanan yang diterimanya
itu: "Saya mintak maaf ke atas apa yang telah berlaku tadi. Saya harap awak dah okay.
Selamat bercuti ke Bali nanti!"
Julia menarik nafasnya. Dia menekan butang "reply" untuk menjawab pesanan SMS dari
Ariffin tadi, tetapi dia terus membatalkan niatnya. Dia benci berSMS. Dia lebih suka
menelefon sahaja. + Hello. Ariffin" - Ya. + Saya baru sahaja terima SMS awak tadi.
- Oh... So macam mana dengan diri awak. Okay tak"
+ Biasa saja... - Saya tak nak tengok awak bersedih lagi. Tadi saya tahu awak menangis seorang diri.
Lama saya perhatikan awak menangis...
+ Hadi beritahu semua orang saya ni kaki kikis!
- Saya tahu... + Mana awak tahu" - Sebenarnya ramai orang cakap macam tu sebab Hadi yang beritahu kepada semua orang.
Saya rasa dia malu nak beritahu sebab sebenar mengapa awak reject dia dulu. Daniel dah
beritahu kepada saya perkara yang sebenar. Dia dah ceritakan segala-galanya kepada saya.
+ Saya malu awak tahu tak" Saya tak tahu entah berapa orang yang percaya apa yang dia
kata fasal diri saya. - Alah, pedulik apa cakap orang. Yang penting, awak tahu awak betul.
+ Saya rasa macam nak belajar tempat lain saja semester depan.
- Eh, jangan mengarutlah Julia! Perkara ini perkara kecik jer!
+ Perkara ini perkara kecik bagi awak, tapi bagi saya perkara besar!
- Okay... Kalau nak suruh orang diam, awak buktikan kepada mereka awak boleh
berdikari sendiri. Tak perlu nak bergantung pada sesiapa.
http://www.nizamzakaria.com 27
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
+ Selama ini pun saya hanya bergantung pada bapak saya. Saya tak perlukan wang dia.
Kalau kami keluar pun, kalau kami tak bayar asing-asing, saya yang akan belanja dia.
Kalau nak fikirkan betul-betul... Selama ini dialah yang kikis saya!
- Tapi masalahnya orang tak tahu, kan"
+ Itulah. Benda-benda macam ni orang mana nak tahu"
- Macam ni... Apa kata awak berdikari sendiri... Cari kerja part-time ke"
+ Kerja part-time" - Ya... + Klinik bapak saya tengah cari pekerja part-time di kaunter farmasi... Mungkin saya
boleh kerja di sana. - Boleh. Lepas tu orang tak akan fikir lagi tentang apa yang berlaku di antara awak
dengan Hadi, tetapi Julia yang mempunyai segala-galanya tetapi masih mahu berdikari
sendiri. + Hemmm.... - Anggaplah ia satu branding exercise untuk awak, seperti mana yang pernah saya belajar
di kelas marketing dua semester lepas.
+ Bagus idea awak tu! - Saya sekadar nak praktik apa yang saya belajar...
+ Awak kat mana ni" - Kat KL. Ada hal di sini... Kebetulan Daniel ke sini, jadi saya tumpang"
+ Awak ada apa-apa yang awak nak pesan dari Bali"
- Tak. Saya cuma nak awak rehatkan fikiran awak di sana nanti. Lupakan tentang Hadi.
Kalau dia cuba nak kacau awak nanti, saya ada. Awak tak perlu risau lagi.
+ I want to get to know you better, if that is okay with you.
- Boleh. Saya pun sama. Sebab tu saya nak ajak awak tengok wayang bila awak balik dari
Bali nanti! + Okay. Cool. - Julia... Saya perlu berhenti di sini sahaja. Kawan saya yang nak berjumpa dengan saya
dah sampai. Nanti kalau ada apa-apa awak SMS saya, ya"
+ Saya akan SMS awak apabila saya di Bali nanti.
- Baguslah, hilang juga rindu saya kepada awak nanti... Okay. Bye Julia. Jaga diri awak tu
baik-baik, ya" + Bye. Julia melepaskan nafasnya lalu dia memeluk bantalnya erat-erat. Perasaan yang begitu
asing baginya mula meresapi dirinya. Satu perasaan yang tidak pernah dirasakannya
sebelum ini walaupun ketika dia bersama Hadi dahulu. Cinta.
* Zul merasa kebosanan. Bosan setelah semalaman dia duduk di hadapan keluarga
tunangnya. Satu perkara yang tidak suka dilakukannya tetapi terpaksa dilakukannya demi
menjaga hati Aida. Jadi, sepanjang masa dia di hadapan keluarga Aida, dia akan cuba
kelihatan berminat mendengar segala apa yang mahu diperkatakan oleh bapa Aida -
tentang tugasan-tugasannya di Brunei dan perihal teknologi terbaru cari-gali di minyak
yang kini terbukti telah mendatangkan hasil yang lumayan bagi syarikatnya.
http://www.nizamzakaria.com 28
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Untuk menghilangkan sisa-sisa rasa bosannya, Zul membawa kereta meronda-ronda di
seluruh KL. Dia memang suka melakukan perkara ini, terutamanya di malam hari minggu
seperti ini. Dia suka melihat keadaan malam di sini yang dipenuhi oleh anak-anak muda
yang keluar bersuka ria di kelab-kelab malam di sepanjang Jalan Sultan Ismail. Dia suka
melihat mat-mat rempit yang duduk melepak di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad.
Pelancong-pelancong dari tanah Arab yang mundar-mandir di Bintang Walk sehingga ke
larut malam. Atau deretan pelacur yang memperagakan tubuh mereka di Lorong Haji
Taib dengan deretan kereta yang memerhatikan mereka satu persatu seolah-olah mereka
sedang menyaksikan haiwan-haiwan eksotik di dalam lawatan mereka ke Midnight
Safari. Setelah puas meronda-ronda, Zul masuk ke kawasan tempat meletak kereta di sebelah
Sogo. Dia melihat keadaan di sini tidaklah semeriah semalam. Mungkin terdapat rondaan
polis yang selalunya akan datang ke sini untuk memantau pelumba-pelumba haram yang
kadangkala akan berkumpul di kawasan ini.
Zul membawa keretanya masuk ke Jurassic Park. Dia melihat-lihat pengunjung yang
berada di sana. Ada di antara pengunjung-pengunjung tersebut berpaling ke arah
keretanya untuk melihat wajahnya. Zul berharap tidak ada sesiapapun di sini yang
dikenalinya atau mengenalinya.
Tiba-tiba di bahagian hujung lorong yang gelap ini Zul dapat melihat beberapa orang
anak-anak muda yang sedang bergelut. Seorang dari mereka telah diterajang dengan kuat
sehingga dia jatuh tergolek di atas permukaan jalan. Dia terus disepak dan diterajang oleh
keempat-empat anak-anak muda yang semuanya berambut botak dengan pakaian yang
singkat dan ketat. Zul terpaksa membuat keputusan dengan cepat. Dia perlu melakukan sesuatu.
Zul memandu keretanya dekat ke tempat kejadian lalu menghidupkan spotlightnya. Dia
keluar dari keretanya lalu mengeluarkan sebatang kayu baseball yang diperbuat daripada
aluminium. Dia bergerak ke arah mereka sambil menjerit "Hoi!" dengan kuat. Entah
mengapa, gertakannya itu menjadi, lalu budak-budak yang kini dapat dipastikannya
sebagai anggota kumpulan skinhead lari lintang pukang.
"Apa yang dah jadi ni?" tanya Zul menghulurkan tangannya ke arah seorang
pemuda yang sedang memakai sepasang jaket denim yang sedang terduduk di tepi jalan
yang sunyi itu. "Budak-budak tu pau saya..." Jawab pemuda tersebut sambil memegang bibirnya
yang lebam itu. Dia mendapati bibirnya pecah dan berdarah. Dia memegang tangan Zul
lalu dia cuba berdiri dari keadaan terduduknya tadi.
"Ye lah, itu aku tahu. Tapi mengapa?"
"Kan saya dah cakap... Diorang kaki pau, bang. Diorang nak duit saya."
http://www.nizamzakaria.com 29
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Kenapa tak bagi saja duit kau kepada mereka?"
"Eh, gila ke bang" Mana saya ada duit?" pemuda tersebut menjeling kepadanya.
Zul memandang ke arah wajah pemuda tersebut di dalam samar-samar lampu
malam. Degupan jantungnya bergerak cepat setiap kali sinar lampu jatuh menyinari wajah
pemuda tersebut. Dia tidak pernah melihat seraut wajah setampan pemuda di hadapannya
ini sebelum ini. "Bang... Abang yang langgar motor saya semalam!" getus pemuda tersebut sambil
berdiri melihat kereta BMW kepunyaan Zul.
"Apa?" "Semalam! Abang langgar motor saya! Mana saya boleh lupa nombor kereta
abang ni! WHE 42!" Kata pemuda tersebut sambil tertunduk menahan kesakitan kepada
bahagian rusuknya yang telah disepak dengan kuat tadi.
"Kau okay ke tak okay ni?" tanya Zul dengan penuh prihatin. Dia mula nampak
risau. "Tak..." Pemuda tersebut bersuara sambil meneran kesakitan yang amat sangat.
Dia berjalan dengan terjengket-jengket akibat tulang kering di bawah lututnya yang
tercedera diterajang tadi.
"Okay... Masuk. Aku nak hantar kau pergi klinik." Perintah Zul sambil membuka


Cinta Nasi Lemak Karya Nizam Zakaria di http://cerita-silat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

pintu keretanya. Pemuda tersebut memandang kepada wajah Zul. Dia menarik nafasnya. Ada
sesuatu tentang diri Zul yang mengingatkannya kepada sesuatu, tetapi dia tidak pasti apa.
Dia terus mendiamkan dirinya.
Zul memandang ke arah pemuda tersebut setelah dia memasuki keretanya. Dia
memerhatikan gerak-gerinya sambil membawa keretanya maju ke hadapan.
"Kita ke Ampang, ya" Di sana ada klinik 24 jam." Zul menyarankan.
"Mana-mana saja lah bang."
"Apa nama kau?"
"Art." "Umur kau berapa" 24" 25?"
"20 jer lah, bang."
http://www.nizamzakaria.com 30
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Oh..." Kening Zul ternaik. Pemuda tersebut berusia lebih muda dari yang
dijangkakannya. "Kau berasal dari Kedah ke?"
"Ya." Jawabnya sambil memandang ke luar tingkap. Dia cukup sedar loghat
utaranya masih pekat walaupun sudah lebih tiga tahun dia berhijrah ke Kuala Lumpur.
"Aku nak meminta maaf banyak-banyak tentang kejadian semalam..."
"Semalam kenapa abang lari?" dia bertanya dengan nada tidak puas hati .
"Entahlah... Aku panik. Aku memang tak mahu keluar dari kereta aku. Kau pulak
aku tengok marah-marah."
"Ya lah, abang dah langgar motor saya!"
"Apa dah jadi dengan motor kau?"
"Bang... Semalam bila abang langgar motor saya, saya kena tolak motor saya dari
Jurassic Park sehingga ke kedai baiki motor Ah Seng tu kat Chow Kit. Kemudian saya
kena tunggu dari pukul 2 pagi sehingga ke pukul 10 pagi bila Ah Seng bukak kedai motor
dia tu. Lepas tu dia cakap tayar dan rim saya kena tukar?"
"Jadi dah dibetulkan?" tanya Zul. Di dalam pada itu dia dapat mencium bau darah
pemuda tersebut. Satu bau yang sudah lama tidak diciumnya dari dalam keretanya itu.
"Belum... Kalau dah betulkan pun, saya tak ada duit nak ambik balik."
"Nanti aku bayar balik kos untuk membaiki motor kau tu." Zul berasa serba salah
menyusahkan pemuda yang baru dikenalinya ini. Dia terus memandu keretanya laju ke
arah Ampang. Zul membawa keretanya ke Klinik Boon yang terletak di deretan kedai berdekatan
dengan Ampang Point. Zul meletakkan keretanya berhampiran dengan klinik tersebut.
Klinik yang dibuka 24-jam itu agak lengang kecuali dengan kehadiran dua orang
pengunjung yang sedang menunggu nama mereka dipanggil untuk mengambil ubat.
Zul memerhatikan kad pengenalan pemuda tersebut apabila dia diminta untuk
menunjukkan kad pengenalannya oleh pembantu perubatan yang bertugas. Zul
memerhatikan nama yang tertulis di kad pengenalan tersebut: Ariffin bin Nordin yang
beralamat di Yan, Kedah. Nama Ariffin dipanggil untuk masuk menemui doktor yang sedang bertugas
beberapa minit kemudian. "Abang tunggu kat sini. Jangan pi mana-mana!" pinta Ariffin.
http://www.nizamzakaria.com 31
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Jangan takut. Aku tak akan tinggalkan kau macam semalam." Zul sememangnya
tidak akan ke mana. Dia telah membuat keputusan untuk membantu Ariffin sejauh mana
yang dia mampu pada malam itu.
Selepas lebih sepuluh minit Ariffin berada di dalam bilik rawatan, dia keluar dengan
memegang jaket dan baju-Tnya. Dia pergi menemui Zul lalu menyerahkan pakaiannya
itu. Ariffin terus pergi ke kaunter farmasi untuk menunggu agar namanya dipanggil. Zul
memandang ke arah Ariffin yang tidak berbaju itu. Dia dapat memerhatikan bahagian
hujung lengan dan tulang rusuknya rupa-rupanya terluka, lalu dibalut dengan kain
pembalut luka. Zul cuba mengelakkan dirinya dari memandang lama-lama ke arah tubuh muda Ariffin
yang kekar itu - yang langsung mengingatkannya kepada patung-patung dewa Yunani
yang pernah dilihatnya di British Museum ketika dia masih belajar dan bekerja di sana.
Sejurus selepas Zul dapat melihat bahawa Ariffin sedar dia sedang mengamati dada dan
otot perutnya yang terbentuk cantik itu, dia terus memandang ke arah lain dengan tersipusipu.
Sesudah Ariffin mengambil ubat-ubatnya, dia mengeluarkan dompet wangnya
untuk membayar kos perubatan. Zul cepat-cepat bergerak ke arah kaunter lalu
menjelaskan kos perubatan Ariffin.
"Terima Kasih, bang." Ucap Ariffin bersungguh-sungguh. Dia mencapai kembali
baju-T dan jaketnya dari tangan Zul. Dia menyarungkan jaket denimnya ke tubuhnya
tanpa memakai bajunya kembali. Kemudian dia ketawa sendiri.
"Kenapa?" "Doktor tu ingat saya jatuh motor. Dia tak tahu saya kena pukul dengan budakbudak
kaki pau dari Kelantan tu sampai jatuh atas jalan..."
"Kau nak kita buat laporan polis?"
"Eh tak payahlah bang!" Ariffin meraba-raba kocek seluarnya sebelum dia
menukar topik: "Bang... Abang lapar tak?" tanya Ariffin. Dia masih tidak boleh berjalan
dengan betul. Ketika dia menuruni tangga, Zul terpaksa membantunya dengan
membiarkan dia merangkul lehernya.
"Tak.. Kenapa" Kau lapar?"
"Ya." "Mana kau nak makan?"
"Pi ke Kampung Baru boleh bang?"
"Di mana?" http://www.nizamzakaria.com 32
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Nasi Lemak Antarabangsa."
"Kau boleh makan ke?"
"Apa pulak tak boleh?"
"Bibir kau tu pecah."
"Saya lapar lah bang..."
"Baiklah." Zul menurut sahaja kemahuan Ariffin. Dia terus memandu keretanya
ke arah Kampung Baru. Sesekali dia akan berpaling ke arah Ariffin yang tidak berbaju
tetapi hanya berjaket denim itu.
Gerai Nasi Lemak Antarabangsa dipenuhi pengunjung walaupun jam menunjukkan pukul
2.30 pagi. Zul dan Ariffin beratur untuk mendapatkan nasi lemak mereka. Di kaunter
bayaran, Ariffin terus mengeluarkan wangnya lalu membayar harga makanan dan
minuman yang telah dipesan olehnya dan Zul.
Zul serba salah melihat dirinya dibelanjai makan oleh Ariffin lebih-lebih lagi
apabila dia dapat melihat dompet Ariffin kini kosong kecuali beberapa keping wang
seringgit-seringgit yang ada.
"Lain kali, aku tak nak kau buat macam tadi." Ujar Zul ketika mereka duduk di
atas meja makan di gerai tersebut.
"Buat apa, bang?"
"Keluarkan duit untuk belanja aku makan."
"Alah, sekali-skala apa salahnya bang?"
"Sepatutnya aku yang belanja kau, bukan kau yang belanja aku!"
Ariffin tidak menjawab. Dia terus menghadap juadah di hadapannya. Dia makan
dengan lahap. Mungkin terlalu lapar gamaknya. Sesekali Zul akan tersenyum melihat
gelagat Ariffin, lebih-lebih lagi apabila dia mengerutkan dahinya apabila sambal nasi
lemak terkena pada bahagian bibirnya yang terluka itu.
"Kau masih study ke, dah kerja?"
"Study lagi." Jawab Ariffin sambil mengunyah makanannya.
"Study di mana?"
"Monash Universiti."
http://www.nizamzakaria.com 33
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Sunway?" "Ya." "Aku duduk dekat dengan Sunway?"
"Kat mana tu, bang?"
"Subang Jaya." "Oh... Dekat sangat lah tu."
"Kau pelajar jurusan apa?"
"Business and Commerce."
"Kau minat belajar tu semua?"
"Minat lah... Dah tu?"
Zul ketawa sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Dah lama dia tidak berbual
dengan seorang anak muda seperti Ariffin. Dia hampir-hampir terlupa bagaimana
selambanya bahasa yang mereka gunakan ketika mereka berbual. Lain benar rasanya
ketika dia berbual dengan Ariffin jika dibandingkan dengan perbualannya dengan
kliennya ataupun rakan-rakan di firma guamannya. Dia sememangnya rasa seronok dapat
berbual dengan Ariffin. "Kenapa kau tenung muka aku macam tu?" tanya Zul apabila dia melihat Ariffin
memandang ke arah wajahnya lama-lama. "Sejak dari tadi aku lihat kau tenung aku
macam tu." "Tak ada apa-apa... Muka abang ni macam saya kenal jer. Tapi tak tahu kat mana
?" "Aku rasa aku tak pernah jumpa kau sebelum ini." Ujar Zul. Dia pasti tentang hal
ini. Lebih-lebih lagi Ariffin mempunyai wajah yang terserlah kacak. Dia tidak mungkin
akan dapat melupakan wajah seperti yang ada pada Ariffin walaupun dia terpandang
wajahnya dengan sekali imbas.
"Abang nak habiskan makanan abang tu, tak?" tanya Ariffin. Zul menggeleng
perlahan. "Kalau kau nak, ambil lah." Kata Zul sambil melihat pinggan Ariffin yang kosong
dan licin itu. http://www.nizamzakaria.com 34
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Ariffin mengambil pinggan Zul yang hampir-hampir tidak terusik itu lalu
digantikannya dengan pinggannya. Ariffin terus makan untuk menghabiskan nasi lemak
Zul. Zul menarik nafasnya sambil melihat Ariffin makan. Entah apalah nasibnya pada
hari ini sehingga dia menemui karakter seperti Ariffin ini. Sesuatu yang tidak diduganya
sama sekali. Sejurus selepas makan, mereka berdua terus masuk ke dalam kereta. Zul
menghidupkan enjin keretanya untuk bergerak keluar dari kawasan Kampung Baru.
"Kau tinggal di mana?"
"Di Sunway Condominium Hostel... Kondominum pelajar di sebelah Sunway
College tu." "Okay... Kita ke sana, ya sekarang" Aku nak hantar kau pulang."
"Bang..." "Ya?" "Rumah abang ada makanan tak?"
"Kenapa?" Zul kehairanan di tanya soalan sepelik ini.
"Saya nak masak untuk abang."
"Eh, kenapa pulak ni?"
"Saya pandai masak."
"Dah tu, kenapa?"
"Esok saya tak buat apa-apa... Jadi saya nak masak untuk abang."
"Ooo..." Zul meraba-raba lehernya sendiri.
"Abang tak buat apa-apa kan esok?"
"Tak... Aku duduk rumah, tak buat apa-apa. Nak berehat."
"Kita makan pagi bersama, ya bang?" tanya Ariffin dengan wajahnya berpaling
terus ke arah Zul. "Boleh... Kalau tu yang kau nak. Tak salah rasa-rasanya."
http://www.nizamzakaria.com 35
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Dah tu, bila kita sampai rumah abang nanti, abang nak buat apa kat saya
buatlah." Kata Ariffin dengan serius.
"Eh apa dah kena dengan kau ni?" tanya Zul seperti tidak percaya dengan apa
yang baru didengarnya tadi.
"Ye lah, abang pergi Jurassic Park tadi sebab abang nak?"
"Ish, tidak lah! Aku tak pernah nak terfikir nak buat kerja-kerja tu semua!" bantah
Zul. Dia meraba-raba dahinya.
Ariffin terdiam. Matanya kaku memandang ke hadapan.
"Kalau kau nak tumpang rumah aku tak apa... Lagipun esok aku bercadang nak
kau bawa aku ke kedai motor Ah Seng kau tu untuk dapatkan kembali motor kau yang
telah aku langgar tu."
Ariffin sekadar mengangguk. Zul berpaling ke arahnya.
"Kenapa kau beriya-ia sangat nak masakkan untuk aku?"
"Bang... Saya tak ada duit nak makan. Jadi kalau saya dapat makan kat rumah
abang, sekurang-kurangnya perut saya beralas sikit."
"Kau memang tak ada duit lagi ke?"
"Tak ada. Nak makan pun tak cukup. Saya pun tak tahu nak buat apa musim cuti
semester ni, sebab kawan-kawan saya semuanya pergi bercuti."
"Kau tak balik kampung?"
"Tak... Mak bapak saya dah tak ada. Yang ada cuma mak saudara saya di Alor
Star. Keluarga mereka ramai. Saya tak mahu menyusahkan mereka."
Zul mengeluh lesu. Dia membuka radio keretanya. Lagu terbaru dari Alicia Keys
berkumandang memecahkan kesunyian malam.
Zul membelokkan keretanya ke arah Jalan SS19/4 yang terletak di sebuah kawasan
perumahan eksklusif di Subang Jaya. Apabila keretanya tiba di hadapan lot 123, dia
mengambil sebuah alat kawalan jauh yang diletakkan di tepi pintu keretanya lalu
menekan butang kawalan jauh tersebut untuk membuka pintu pagar automatiknya.
Zul meletakkan keretanya ke dalam rumah banglonya yang mempunyai rekaan
modenisme itu. Dia menjemput Ariffin masuk ke dalam rumahnya. Ariffin masuk ke
dalam rumah. Di dalam rumah dia melihat perabot-perabot Zul yang berkonsepkan rekaan
Bali itu. Sekali imbas, dia merasakan dia sedang berada di dalam sebuah resort di tepi
pantai dan bukan di dalam sebuah rumah bujang.
http://www.nizamzakaria.com 36
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Dengan selamba Ariffin membuka jaketnya sambil memerhatikan keadaan ruang
tamu Zul yang luas itu. Zul menarik nafasnya. Anak tekaknya bergerak-gerak menelan air
liur. Sedaya mungkin dia cuba mengingatkan dirinya bahawa dia sudah lama bertunang.
"Ini lukisan Amron Omar," ujar Ariffin apabila dia melihat lukisan dua orang
pemuda tidak berbaju yang sedang bersilat di ruang makan rumah Zul.
Zul terkejut buat seketika. Tidak ramai yang mengetahui tentang lukisan ini.
Inikan pula mengenali pelukisnya.
"Ya. Lukisan Amron Omar dari siri Pertarongan. Tapi mana kau tahu tentang
lukisan ini?" "Kalau ada masa saya selalu lepak-lepak di Balai Seni Lukis Negara... Mereka ada
koleksi lukisan Amron Omar di sana. Tapi saya lebih meminati lukisan batik Chuah
Thean Teng dan karya-karya awal Mohd Hoessain Enas."
"You are so full of surprises." Zul mengatakan sebelum dia membuka TV
plasmanya lalu menghilang masuk ke dalam bilik tidurnya.
Apabila Zul keluar dari bilik tidurnya dengan membawa sehelai baju-T dan
sehelai kain pelekat, dia dapat melihat Ariffin sedang duduk menonton TV sambil
tersenyum ke arahnya. Buat sekian kali dia berdoa di dalam hati agar Ariffin berhenti dari
melemparkan kuntuman senyuman kepadanya lagi, kerana setiap kali dia senyum seperti
itu, setiap kali itulah degupan jantungnya akan berdentum kuat meluruhkan jiwa dan
raganya. "Kenapa kau jadi begini?" tanya Zul sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya
untuk duduk di hadapan Ariffin.
"Jadi apa bang?"
"Apa yang kau buat sekarang lah..."
Ariffin mencapai sesuatu dari dalam kocek jaket denimnya. Dia mengeluarkan
kotak rokoknya untuk menghisap rokok. Tetapi Zul tidak membenarnya. Dia mengambil
kotak rokok itu dari tangan Ariffin lalu meletakannya ke tepi. Dia tidak suka jika ada
orang yang cuba merokok di dalam rumahnya itu. Itu sahaja pantangnya.
"Panjang ceritanya bang... Lagipun abang ingat saya buat kerja ni suka-suka ke?"
Ariffin bertanya dengan nada suara yang keras.
"Kita ada banyak masa nak bercerita... Abang boleh dengar kalau Art bersedia
untuk bercerita kepada abang." Zul mencapai alat kawalan jauh untuk mematikan suis TV
Plasma Bang & Olufsennya. Dia mahu Ariffin memberi sepenuh perhatian kepada cerita
yang hendak diberitahukan kepadanya itu.
http://www.nizamzakaria.com 37
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Bang... Saya ni orang susah. Saya anak yatim piatu. Yang jaga saya di Alor Star
sana adalah keluarga sebelah mak saya. Keluarga mereka besar. Mereka juga orang susah.
Jadi bila ada peluang datang untuk saya bekerja di KL saya ambil?"
"Bila perkara ni berlaku?"
"Sebulan selepas saya ambil peperiksaan SPM saya... Masa tu saya menolong
makcik dan pakcik saya jual air di depan Stadium Darul Aman. Pada masa tu lah datang
seorang chef yang terkenal yang mahu berkenalan dengan saya."


Cinta Nasi Lemak Karya Nizam Zakaria di http://cerita-silat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

"Chef terkenal mana pula ni?"
"Chef Zainal." Beritahu Ariffin. Zul tidak berapa mengenali personaliti TV ini,
tetapi dia tahu Chef Zainal mempunyai rancangan masakannya sendiri dan dia popular di
kalangan suri rumah di Malaysia.
"Jadi apa yang Chef Zainal ini mahu dari Art?"
"Dia mahu saya ikutnya ke Kuala Lumpur. Dia kata dia boleh dapatkan saya
pekerjaan. Saya pulak masa tu memang beria-ia sangat nak ke Kuala Lumpur. Saya tak
pernah ke Kuala Lumpur, tapi banyak cerita yang saya dengar tentang Kuala Lumpur.
Jadi saya kata, ya. Lagipun, saya tak nak susahkan lagi hidup makcik dan pakcik saya."
"Lepas tu, apa jadi?"
"Saya ke KL. Tapi bang... Lepas tu lain pula jadinya."
"Lain macam mana tu?"
"Dia paksa saya buat benda-benda tak senonoh dengan dia. Abang faham-faham
je lah apa yang dia suruh buat. Mula-mula saya tak nak, tapi last-last saya terpaksa buat
juga. Ye lah, saya mana ada nafsu dengan lelaki! Tapi apa yang dia suruh saya buat tu,
ish! "Saya dah termakan budi, bang. Sebab bila mula-mula sampai KL, macam-macam
yang dia belikan untuk saya. Dia belikan baju baru... Kasut baru. Handphone pun dia
belikan jugak." "Jadi ini kes termakan budi, terjual body lah ni?" Zul cuba berjenaka, tapi dia
dapat melihat Ariffin langsung tidak ketawa.
"Saya dah terjebak, bang. Saya tak boleh buat apa-apa. Bila saya nak balik Alor
Setar, Chef Zainal ugut nak beritahu kepada pakcik dan makcik saya tentang apa yang
telah berlaku di antaranya dengan saya. Saya jadi takut... Jadi saya menurut sahaja
kehendaknya." http://www.nizamzakaria.com 38
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Jadi dia tanggung makan minum Art di sini?"
"Bukan itu sahaja bang... Selepas saya dapat keputusan SPM saya, saya nak
sambung belajar di IPTA. Result saya cemerlang... Jadi saya rasa tak susah kalau saya nak
dapatkan biasiswa. Tapi dia tak bagi. Dia nak saya belajar di kolej swasta supaya saya
dapat balik hari ke rumahnya nanti. Sekali lagi saya menurut sahaja, lebih-lebih lagi
apabila dia suruh saya apply ke Sunway College.
"Seterusnya dari Sunway College, saya akhirnya diterima masuk ke Monash
University... Jadi saya belajar di situ. Saya fikir-fikir, yang penting sekarang saya nak
belajar?" "Jadi persoalannya sekarang, apa yang telah terjadi sehingga kau sanggup jadi
money boy?" "Saya kena halau dari rumah Chef Zainal, bang..."
"Apa yang berlaku?"
"Dia tuduh saya curi wang dia. Duit dia sebanyak RM 10,000 hilang dari
rumahnya." "Jadi siapa yang curi?"
"Mana saya tahu bang!"
"Bila dia halau kau... Kau terpaksa cari tempat tinggal sendiri?"
"Ya." Ariffin tertunduk ketika dia menjawab soalan Zul tadi. "Sejahat-jahat dia...
Dia tetap langsaikan yuran universiti saya... Tapi bila saya keluar dari rumahnya, saya
terpaksa cari tempat tinggal saya sendiri.
"Pada mulanya, saya ingat nak cari bilik di hostel pelajar di belakang Sunway
College, tetapi tak ada tempat kosong. Jadi saya terpaksa menyewa bilik yang lebih mahal
di kondominium pelajar. Duit saya bulan-bulan habis di situ sahaja. Kekadang tu, nak
makan pun tak cukup."
"Kenapa Art tak cari kerja part-time je?"
"Bang... abang ingat saya tak fikirkan tentang itu semua ke" Sewa bilik saya RM
570 sebulan. Lepas tu saya kena fikirkan tentang belanja makan... Belanja beli peralatan
sekolah dan buku teks..."
"Aku faham, tapi?"
http://www.nizamzakaria.com 39
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Tapi apa bang" Kerja sambilan kat McD, berapa saja saya dapat" Katakanlah
sejam saya akan dibayar RM 4. Kalau seminggu saya kerja selama 20 jam, saya dapat
RM80. Sebulan dapat RM320. Mana cukup, bang?"
Zul mengeluh lesu. Dia cuba memikirkan kembali cerita yang baru diluahkan oleh
Ariffin kepadanya. Sukar untuk dia menerimanya.
"Jadi sebab tak cukup wang, kau sanggup jual maruah Art?"
"Saya cuma ada setahun lebih sahaja lagi, sebelum saya dapatkan ijazah saya.
Setahun sahaja lagi, bang. Kalau saya terpaksa berkorban seperti sekarang untuk dapatkan
ijazah ini demi masa depan saya... Saya sanggup melakukannya."
"Tapi bukan begini caranya, Art!"
"Jadi dengan cara apa lagi?" tanya Ariffin dengan matanya tajam memandang ke
arah Zul. "Kalau saya dah lapar, tak ada makanan sebab semua duit yang saya kumpul
saya habiskan beli buku teks dan bayar sewa bilik hostel, saya nak buat apa lagi bang"
Siapa yang boleh tolong saya" Kat KL ni bukan saya kenal sesiapa!"
"Art sanggup buat benda ni semata-mata nak hilangkan rasa lapar?"
"Ya bang... Saya tak suka berlapar. Abang tentu tak mahu lalui apa yang terpaksa
saya lalui... Masuk kuliah tak makan. Masuk kelas tutorial tak makan. Malam pulak
makan biskut kering. Abang mana tahu masalah saya" Abang duduk di rumah besar ni
cukup makan, cukup tempat tinggal. Berkereta besar, rumah besar dengan koleksi
lukisan-lukisan yang lebih layak dipamerkan di muzium... Senang jer abang bukak mulut
beri nasihat! "Abang ingat saya suka buat kerja saya ni" Abang ingat saya suka layan kerenah
nafsu serakah manusia-manusia macam abang ni"
"Dah lah tu!" Zul meminta Ariffin berhenti. Zul dapat melihat matanya merah.
Dia kurang pasti jika Ariffin mahu menangis ataupun dia sedang menahan rasa marah
yang amat sangat. Nafas Ariffin turun naik dengan cepat. Zul tidak tahu bagaimana dia
akan dapat menenangkannya.
Kemudian dengan perlahan dia dapat melihat Ariffin berjalan ke arahnya. Dia
berdiri di hadapannya sebelum dia duduk melutut.
"Art! Apa ni Art!" Zul menolak kepala Ariffin sebaik sahaja dia merapatkan
kepalanya ke arah bahagian tengah kelangkangnya.
"Ini yang abang mahukan dari saya sejak tadi, kan?"
"Subhanallah! Dibawakan mengucap, Art!"
http://www.nizamzakaria.com 40
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Zul berdiri dengan cepat. Dia sedaya mungkin cuba mengelakkan dirinya dari
diperlakukan oleh Ariffin begitu.
"Art... Abang nak tolong Art dengan ikhlas. Abang tak nak Art fikirkan yang
bukan-bukan tentang diri abang. Abang bukan macam orang lain yang pernah Art jumpa
sebelum ini." Ariffin berdiri sambil memandang terus ke wajah Zul. Lidahnya menjilat bahagian
bibirnya yang terluka itu.
"Art pergi tukar pakaian. Art tidur di bilik di hujung sana. Kalau Art nak mandi,
di dalam bilik tu ada bilik mandi dan tuala."
Ariffin mengangguk sekali. Matanya nampak redup. Dia mengambil baju serta
kain pelikat yang telah diberikan oleh Zul tadi. Dengan perlahan dia berjalan ke arah bilik
tamu yang dinyatakan oleh Zul tadi.
Zul masuk ke dalam biliknya. Degupan jantungnya masih belum reda gemuruhnya. Dia
menutup lampu kamarnya. Dia terbaring di atas katil. Dia tidak dapat melelapkan
matanya. Zul sedar kelakiannya terasa semakin mengeras. Lebih-lebih lagi apabila dia
memikirkan tentang Ariffin dan tindak tanduknya terhadap dirinya tadi.
Zul tidak mahu memikirkan tentang perkara ini lagi. Sedaya mungkin dia cuba
menghindarkan perasaan ini dari meresapi jiwanya. Dia bukan seperti itu, katanya
berkali-kali, sehingga terbawa-bawa kalimah-kalimah ini ke dalam mimpinya.
http://www.nizamzakaria.com 41
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
BAB 5 Zul bangun dari tidurnya. Dia menguap. Kemudian dia teringatkan tentang Ariffin yang
telah dibawanya ke rumahnya awal pagi tadi. Zul cepat-cepat turun dari katilnya lalu
bergegas ke ruang tamu. Di dalam kepalanya dia mula memikirkan yang bukan-bukan.
Mungkin apabila dia keluar dari kamarnya ini nanti, barang-barangnya yang berharga di
dalam rumahnya ini akan hilang. Dia mula memikirkan tentang lukisan-lukisan serta
perabot dan peralatan elektriknya yang mahal-mahal. Atau lebih teruk lagi, mungkin
semuanya ini hanya mimpinya sahaja. Mungkin Ariffin tidak pernah wujud dan dia
hanyalah sebahagian dari imaginasinya.
Di luar, dia dapat melihat Ariffin sedang duduk sambil menonton TV dan membaca buku.
Di atas meja kaca di ruang tamunya itu dia dapat melihat beberapa buah buku tentang
seni dan lukisan yang telah dikeluarkan oleh Ariffin dari rak bukunya.
"Lama abang tidur..." Kata Ariffin dengan nada memerli. "Saya ingatkan nak
kejutkan abang tadi." Ujar Ariffin sambil membawa dirinya ke arah dapur. Zul
memandang ke arah jam dindingnya. Jam menunjukkan pukul 11.45 pagi. Dia
beristighfar. Zul kini pasti dia tidak bermimpi. Sememangnya Ariffin wujud dan kini keluar
dari dapur dengan membawakan sedulang makanan lalu diletakkannya di atas meja
makan. Ariffin telah menyediakan masakan nasi goreng, telur dan roti bakar untuknya.
Kemudian dia menghilangkan dirinya sekali lagi sebelum dia keluar dengan
membawakan air kopi panas untuknya.
"Bang... Jemput makan." Ariffin menyendukkan nasi goreng ke atas sekeping
pinggan di hadapan Zul. "Art dah makan?"
"Dah... Baru jer. Lama saya tunggu abang tadi. Tapi abang tak bangun-bangun."
"Aku memang lambat bangun pada hari Ahad macam ni." Zul memberitahu. Dia
mencium bau nasi goreng yang dimasak oleh Ariffin. Seleranya terus terbuka. "Art dah
lama bangun?" "Dah. Sejak pukul 8 pagi tadi."
"Selain dari masak dan makan... Apa yang Art buat?" tanya Zul. Dia tidak
menyangka Ariffin pandai memasak. Nasi goreng yang dimakannya sekarang begitu
sedap sehingga dia pasti mahu tambah lagi.
"Saya tengok koleksi buku-buku abang... Banyak juga yang nak saya baca!"
"Kalau Art nak pinjam mana-mana buku, Art boleh pinjam. Tapi Art kena
pulangkan semula." Ujar Zul. Tapi dia kurang pasti jika ini merupakan saranan yang baik,
http://www.nizamzakaria.com 42
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
kerana dia tidak tahu jika dia akan membenarkan Ariffin datang lagi ke rumahnya selepas
ini. Ariffin mengangguk. Dia terus merenung ke arah Zul.
"Rumah abang ni cantik... Rasa tenang jer. Saya tak pernah ke rumah macam
rumah abang ni..." "Apa maksud Art?"
"Saya pernah keluar masuk rumah besar-besar. Rumah orang kaya. Tapi tak lah
secantik rumah abang. Rekaannya seperti rumah-rumah era tahun 50-an di California."
"Mana Art tahu tentang ini semua?"
"Saya pernah kenal dengan seorang arkitek yang?"
"Siapa lagi yang Art kenal?"
"Macam-macam jenis manusia, bang... Ada yang gemuk, ada yang kurus. Ada
yang tua, ada yang muda. Lawyer, doktor, kerani kerajaan, engineer... Ustaz pun ada."
"Ustaz" "Ustaz Amir Hamzah namanya... Lepas dia main dengan saya, ada hati dia nak
bersyarah pada saya tentang dosa dan haram." Ariffin memandang ke hadapan dengan
wajah penuh benci. "Lepas tu apa Art buat?"
"Saya tinggalkan dia macam tu jer. Esoknya dia call berkali-kali sebab nak
berjumpa dengan saya lagi... Dia kata dia rindu lah apa lah. Sebab saya nak cukupkan duit
sewa hostel saya sangat, saya berjumpa dengan dia lagi... dan lagi... dan lagi!"
"Hemm... Ada ke yang lebih pelik yang Art pernah jumpa?"
"Ada. Ada yang suruh saya buat benda yang bukan-bukan..."
"Seperti apa?" "Ada sorang tu suruh saya sepak-sepak muka dia. Itu sahaja. Lepas tu dia bayar
wang. Dia suruh saya pergi. Pelik betul!"
"Jadi Art terima wang yang dia bagi?"
"Ya bang... Sekurang-kurangnya dia beri cara baik. Tak campak sahaja kepada
saya?" http://www.nizamzakaria.com 43
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Pernah ada orang buat macam tu kat Art?"
"Ada bang... Duit tu walaupun dicampak saya pungut juga bang. Bukan saya tak
pungut. Tapi saya sedih. Pernah saya menangis sorang-sorang bila saya fikirkan balik
benda ni. Tapi tu semua tak apa, jangan sampai saya kena pukul, dah...
"Art pernah kena pukul?"
"Pernah..." "Dengan siapa?"
"Dengan seorang ahli perniagaan dari Sabah ni... Mula-mula dia baik sahaja
dengan saya, tapi lepas tu dia pukul saya."
"Apa yang terjadi?"
"Dia kata dia ada seorang anak perempuan yang sebaya saya. Kemudian,
walaupun saya tak tanya, dia beritahu kepada saya anaknya tu pelajar di Sunway
College... Lepas tu, dia tersilap dengar agaknya. Entahlah. Saya kata saya tak mahu kenal
siapa anak dia tu walaupun kami belajar di tempat yang sama... Dia ingat saya nak
beritahu anaknya tentang apa yang dia telah lakukan kepada saya. Dia pukul saya dan dia
suruh saya keluar dari bilik hotelnya..."
Zul mengeluh mendengar cerita yang baru didengarnya. Dia baru sahaja bangun,
fikirnya, dan kini dia dibebankan oleh cerita-cerita ini oleh Ariffin. "Jadi kau kenal ramai
orang yang dah berkahwin?"
"Yang paling ramai sekali saya kenal, jenis yang dah kahwin dan ada anak bini lah
bang... Abang ni pun, mesti dah tunang, kan?"
"Mana Art tahu?"
"Saya nampak gambar awek cun yang abang framekan dan letak di atas meja sana.
Siapa namanya?" "Aida." "Umurnya?" "Terlalu tua untuk kau." Zul ketawa sendiri. Dia melihat Ariffin ketawa sekali.
"Dengan orang lain, Art ada masakkan macam ini?"
"Tidak pernah."
http://www.nizamzakaria.com 44
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Jadi kenapa Art bersusah payah untuk abang?"
"Abang selamatkan saya semalam. Kalau tak... Entah-entah saya dah mati." Ujar
Ariffin. Kemudian seekor kucing mengiau dari arah dapur. Ariffin memanggil kucing itu
agar datang ke arahnya. "Kucing mana tu?" tanya Zul kehairanan.
"Eh, kucing tu bukan kucing abang ke?"
"Mana aku ada kucing."
"Saya jumpa dia kat luar dapur pagi tadi, cari makanan. Saya ingatkan dia kucing
abang. Sebab tu saya beri dia makan ikan..."
Zul kerisauan. Bukan dia tidak sukakan kucing. Tetapi dia takut nanti akan
berlaku apa-apa kepada perabot-perabotnya nanti dek dicakar oleh kucing itu nanti.
Kucing hitam itu kini naik di atas peha Ariffin. Ariffin mengusap-usap bulunya
dengan manja. "Kita namakan dia JP, ya bang?"
Zul tidak menjawab. Apa yang dia tahu, selepas ini dia tidak mahu kucing itu
masuk ke dalam rumahnya lagi.
* Zul membawa keretanya memandu ke arah ibu kota. Entah mengapa, dia berharap hari ini
merupakan hari yang terakhir dia bersemuka dengan Ariffin. Dia bertekad tidak mahu
mempunyai apa-apa hubungan lagi dengan Ariffin. Cukuplah Ariffin menjenguk ke
dalam hidupnya untuk hari ini sahaja...
Sejurus selepas mereka sampai ke kedai motor Ah Seng, Ariffin terus meluru untuk
mendapatkan motornya. Ah Seng memberitahu motornya sudah dibetulkan. Zul
mengeluarkan dompet wangnya lalu terus membayar ongkos untuk membetulkan motor
Ariffin yang telah dilanggarnya.
"Abang pernah naik motor tak?" tanya Ariffin kepada Zul yang berkaca mata
hitam itu. "Tidak." Zul berterus terang.
"Awat tak pernah?"
"Memang aku tak pernah terfikir untuk bawak motor."
http://www.nizamzakaria.com 45
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Jom bang, kita pusing-pusing satu KL!"
"Kau biar benar!"
Ariffin mengeluarkan topi keledarnya dan ada disimpan oleh Ah Seng di belakang
kedainya. Kemudian dia mengambil sebuah lagi topi keledar yang dipunyai oleh entah


Cinta Nasi Lemak Karya Nizam Zakaria di http://cerita-silat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

siapa. Dia menyerahkan topi keledar tersebut kepada Zul.
"Apalagi! Jom, ronda-ronda!" getus Ariffin sambil meletakkan topi keledar ke
kepala Zul. Kemudian dia mengikatnya. Zul tidak dapat membantah. Terus dia mengikut
sahaja saranan Ariffin tadi.
Ariffin menghidupkan enjin motornya. Zul membonceng di belakang. Ariffin meminta
Zul agar memegang pinggangnya kerana katanya dia akan membawa motornya laju-laju.
Zul menurut sahaja. Dan sememangnya Ariffin membawa motornya dengan laju. Zul memegang pinggang
Ariffin dengan erat terutamanya ketika Ariffin membelokkan motornya di selekohselekoh
tajam. Zul merasa gerun walaupun jiwanya terasa teruja. Sudah lama gamaknya
dia tidak merasakan keseronokan begini dan melihat keindahan Kuala Lumpur melalui
kaca mata seorang pembonceng motosikal.
Zul akhirnya mengambil keputusan untuk mengenali Ariffin dengan lebih rapat lagi. Ada
banyak perkara tentang Ariffin yang mahu diketahuinya lagi. Itulah fikirnya ketika dia
berada di atas Lebuhraya Bertingkat Ampang sambil melihat panorama Kuala Lumpur
bersama Ariffin di atas sebuah motor yang baru sahaja dilanggarnya dua hari yang lalu...
* Ini merupakan kali kedua Julia ke Bali. Kali terakhir dia ke sini, ibu dan bapanya masih
bersama. Kini mereka telah pun berpisah. Kadangkala, sukar untuk Julia mengingati
kembali saat-saat bahagianya bersama dengan kedua-dua orang tuanya satu ketika dahulu.
Yang paling sukar sekali adalah ketika dia dan bapanya melawati ke tempat-tempat yang
pernah mereka lawati bersama. Apabila ibunya tiada bersekali, terasa pula seperti ada
sesuatu yang tidak kena di dalam jiwanya.
Hari ini Julia menghabiskan masanya di Ubud setelah tiga hari menetap di Kuta. Julia
mendapati keadaan kehidupan di Ubud jauh berbeza dari keadaan di Kuta yang hingar
bingar. Di sini segala-galanya seperti sengaja diperlahankan. Tidak ada keperluan
langsung untuk bergegas ke mana-mana. Julia lebih senang berada di sini daripada
menghabiskan masanya di Kuta di mana pantainya yang acap kali dipenuhi oleh para
pelancong dari Eropah dan Australia.
Di Ubud, Julia dan bapanya menetap di Hotel Biyukukung yang dikelilingi
dengan sawah padi yang menghijau. Kalau boleh, Julia mahu terus duduk di dalam
http://www.nizamzakaria.com 46
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
kawasan hotelnya, khususnya di tepi kolam renang sambil membaca buku, kerana
fikirannya terasa tenang ketika bersantai di situ.
Pada pagi itu Julia telah menghabiskan masanya bersama bapanya di pekan Ubud, itupun
setelah bapanya berkali-kali memaksanya bersiap sedia untuk keluar berjalan pada awal
pagi tadi. Mereka telah memulakan penerokaan mereka dari Pasar Seni Ubud, lalu
mereka berjalan di sepanjang Monkey Forrest Road. Di sana, Julia telah menghabiskan
banyak dari masanya melihat kedai-kedai yang menjual kraf tangan pelbagai bentuk dan
rupa. Ada banyak benda yang mahu dibelinya. Kalau boleh mahu sahaja dia membelinya
semua, lebih-lebih lagi ukiran-ukiran kucing yang comel yang mahu dikumpulkannya
sebagai satu koleksi. Di penghujung Monkey Forrest Road, Dr. Shahri dan Julia menemui sebuah taman yang
terkenal dengan monyet-monyet liar yang menghuninya. Sebaik sahaja Julia memasuki
kawasan taman yang dilitupi oleh pohon-pohon redang ini, dia terus dapat melihat
beberapa ekor monyet yang berkeliaran di atas jalan kecil di sini.
Julia nampak ketakutan walaupun dia jelas teruja. Dia memegang tangan bapanya
dengan erat sambil berjalan semakin jauh ke dalam taman.
Ketika Dr. Shahri berhenti untuk duduk berehat, Julia mengeluarkan telefon
bimbitnya. Dia mengambil beberapa keping gambar digital monyet-monyet yang
berkeliaran di Monkey Forest itu dengan menggunakan telefon bimbitnya itu.
Julia ketawa kecil melihat seekor monyet yang sedang menyusukan anaknya. Dia
mengambil gambar tersebut. Dia melihat gambar yang telah diambilnya lalu dia
menunjukkan gambar tersebut kepada bapanya.
"Baba, cute tak gambar ni?" tanya Julia kepada Dr. Shahri.
"Anak baba ni lagi kiut dari monyet ni..."
"Baba, jangan main-main lah!" Julia bercekak pinggang sambil merengek dengan
manja. "Kiut lah Julia." Dr. Shahri tersenyum sambil mengesat peluhnya. Dia berdiri lalu
mengajak anaknya berjalan ke atas sebuah bukit untuk ke Pura Dalem Agung yang
terdapat di sana. Sambil berjalan, Julia menekan-nekan butang telefon bimbitnya untuk menulis
mesej. Kemudian dia kelihatan tersenyum sendiri.
"Baba tengok sejak Julia datang ke sini, tak habis-habis Julia berSMS. Setahu
baba, Julia tak suka berSMS. Dengan baba pun Julia malas nak SMS?"
"Julia MMS lah, baba!"
http://www.nizamzakaria.com 47
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"MMS dengan SMS kan sama?"
"Dengan MMS Julia boleh hantar gambar sekali..."
"Julia hantar gambar apa?"
"Julia hantar gambar kita makan seafood di Jimbaran. Gambar pantai Kuta dan
gambar ketika kita bershopping di Kuta. Gambar Julia sedang makan tengah hari di
Kintamani sambil memandang ke arah Gunung Batur yang baba ambil semalam. Gambar
Tanah Lot... Dan gambar ibu monyet dengan anaknya tadi!"
"Julia hantar kepada siapa?"
"Kepada Ariffin."
"Ariffin mana pula ni, Julia?" tanya Dr. Shahri. Dia tahu benar anaknya telah
sebulan berpisah dengan Hadi, seorang pemuda yang begitu rapat dengannya selama ini.
Dia tidak tahu pula kini Julia mempunyai seorang kenalan baru. Perkara ini
sememangnya telah mengejutkannya.
Julia menggunakan telefon bimbitnya untuk menunjukkan kepada Dr. Shahri
gambar terbaru dari Ariffin yang telah dihantarnya melalui MMS semalam. Julia
tersenyum lebar. "Hensem tak, ba?"
"Hensem budak ni... Cantik senyumannya. Julia kenal dia dari mana?"
"Dia satu fakulti dengan Julia. Semester depan Julia bercadang nak daftar ke
kelas-kelas yang dia ambil."
"Kenapa?" "Dia top student, ba!" ujar Julia bersungguh-sungguh. "Dia janji nak tolong Julia
study nanti." "Baguslah macam tu, Julia... Baba tak nak tengok Julia fail lagi macam semester
lepas." "Julia akan cuba, ba." Julia memegang tangan bapanya itu dengan lebih erat lagi.
Sesekali dia akan memandang ke arah wajah bapanya itu. Dia sering mendapati wajah
bapanya akan diselubungi kesepian dan kadangkala pula kesedihan. Tetapi pada hari ini
wajahnya cukup tenang. Julia cukup-cukup menyayangi bapanya itu. Dia sanggup melakukan apa sahaja
untuk membuat bapanya bahagia, dan dia tahu, dialah satu-satunya sumber kebahagiaan
bapanya itu. http://www.nizamzakaria.com 48
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Julia sedar betapa sayangnya bapanya itu kepada ibunya sebelum mereka berpisah.
Mereka seperti tidak dapat dipisahkan. Walau bagaimanapun, jodoh bapanya dengan
ibunya itu tidak berkekalan. Menurut bapanya, ibunya itu curang kepadanya kerana telah
mengadakan hubungan dengan seorang klientnya, ibunya pula berkata sebaliknya. Julia
tidak tahu kepada pihak mana yang harus dipercayainya, dan dia tidak mahu memihakkan
sesiapa. Apa-apa pun, dia tetap bersyukur kerana walaupun orang tuanya berpisah, dia
masih diberikan peluang untuk terus bebas untuk menyayangi kedua-dua mereka tanpa
batas. * Pada malam itu Dr. Shahri dan Julia pergi makan malam di Cafe Lotus yang terletak di
tengah-tengah pekan Ubud. Suasana di dalam restoran dengan tema taman Bali itu
tenang, di tambah lagi dengan selingan muzik gamelan yang sayup-sayup kedengarannya.
"Malam ini Julia nak makan apa?" tanya Dr. Shahri. "Julia orderkan untuk baba
sekali, ya?" Katanya lagi sebelum matanya tertumpu ke bahagian sebuah kolam besar
yang terdapat di Cafe Lotus yang dipenuhi oleh pepohon teratai yang tumbuh subur.
Julia memandang ke arah menu. Lalu dengan pantas dia menjawab:
"Pizza Romana dan Perrier. Dan untuk bapak saya pula, Paella Valenciana dan air
jeruk nipis. Makasih yah mbak."
Gadis yang menerima pesanan tersenyum sambil mengambil kembali menu. Dr.
Shahri pula tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Pada hari ini sahaja dia
telah dua kali dia menemui orang-orang tempatan yang telah beranggapan Julia berasal
dari Jakarta setelah mendengarkan loghat Indonesianya yang pekat ketika sedang tawar
menawar. Tanya Dr. Shahri kepada Julia:
"Dari mana Julia belajar cakap Indonesia ni?"
"Kat Monash kan ramai budak-budak Indonesia, ba... Julia selalu campur dengan
diorang tu semua. Pasal tu lah, ba." Julia memberitahu. Dia memandang ke arah
pengunjung-pengunjung yang lain. "Ba, kenapa Julia perhatikan ramai yang tengok kita
semacam jer sejak kita sampai ke Bali ni?"
"Sebab anak baba ni dah bergelar anak dara!"
"Apa, ba?" "Julia bukan budak kecik lagik. Julia dah meningkat dewasa..." Dr. Shahri
menjelaskan. Dia cukup sedar bahawa anak perempuannya ini kini telah berubah menjadi
seorang wanita yang jelita dan bergaya persis ibunya, seorang bekas model yang kini
bertugas sebagai seorang agen hartanah yang berjaya.
http://www.nizamzakaria.com 49
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Dah tu, kenapa ba?"
"Mereka mungkin fikir Julia ni girlfriend muda baba." Beritahu Dr. Shahri tanpa
memberitahu kepada Julia tentang adanya lelaki yang seusia dengannya yang mengambil
anak-anak dara tempatan sebagai teman mereka sewaktu bercuti ke Bali.
"Eh, mengarutlah ba!"
"Apa pula mengarut... Baba ada seorang kawan yang mempunyai seorang isteri
muda yang seusia dengan Julia."
"Ish!" Terkerut dahi Julia dibuatnya.
"Julia tak rasa segan ke berjalan dengan baba" Ye lah, baba ni dah tua..."
"Tak ada lah ba!" Julia menjawab perlahan. "Julia sayang dengan baba... Baba
tahu kan?" Dr. Shahri mengangguk sambil tersenyum. Dia nampak bahagia.
"Ba... Boleh tak kalau Julia kerja part-time?"
"Boleh... Asalkan tak menjejaskan pelajaran Julia... Ketika baba di Dublin dulu
pun, baba buat kerja part-time?"
"Oh... Julia memang nak cari kerja part-time, lah ba."
"Kenapa tiba-tiba Julia terfikir nak kerja part-time ni?"
"Julia nak berdikari sendiri... Ariffin yang sarankan."
"Hemm..." Dr. Shahri menggaru-garu dagunya. Hari ini sahaja sudah tiga empat
kali Julia bercerita tentang teman barunya bernama Ariffin.
"Klinik baba masih mencari pekerja part-time di bahagian farmasi, kan?" tanya
Julia mengharapkan. "Ya." "Boleh Julia kerja di situ?"
"Boleh..." Dr. Shahri mengambil beberapa saat yang lama sebelum dia dapat
memberi jawapan ini kepadanya.
"Terima kasih, ba! Julia berjanji akan bekerja bersungguh-sungguh nanti!" Julia
bangun dari tempat duduknya lalu mendakap tubuh bapanya. Dr. Shahri kaget buat
seketika. Mungkin dia perlu mengingatkan anak perempuannya itu sekali lagi bahawa
http://www.nizamzakaria.com 50
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
usianya sudah pun meningkat dewasa dan tidak sesuai lagi rasanya bermanja-manja
dengannya begitu. http://www.nizamzakaria.com 51
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
BAB 6 Jali memanggil nama Ariffin di dalam ceruk-ceruk gelap Jurassic Park. Ariffin menoleh
lalu memarahinya kerana tidak menepati masa. Jali nampak risau. Dia tak mahu membuat
Ariffin marah-marah kepadanya. Dia tahu jika Ariffin terlalu marah kepadanya, dia tidak
akan menjawab panggilan telefonnya malah berjumpa dengannya - kadangkala sampai
berminggu-minggu lamanya. Dia tidak sanggup menghadapi situasi seperti ini.
Jali berusia 3 tahun lebih tua dari Ariffin. Dia berasal dari Pasir Mas, Kelantan dan telah
berhijrah ke Kuala Lumpur sejak dia berusia 18 tahun. Ketika itu, dia ke Kuala Lumpur
dengan niat mahu mengikut kawannya untuk mencari kerja di sini. Setelah dia berada di
sini, dia mula merasakan agak sukar untuk dirinya mencari pekerjaan yang sesuai ketika
ekonomi tidak menentu, lebih-lebih lagi dia tidak mempunyai apa-apa sijil peperiksaan
melainkan PMR. Setelah menganggur selama beberapa minggu, akhirnya Jali bernasib baik kerana dia
mengenali seorang kawan sekampungnya yang telah mendapatkannya pekerjaan di
sebuah warung di Sungai Way, yang letaknya berhadapan dengan sebuah kilang sebagai
seorang pembancuh air. Jali tidak suka bekerja di sini, tetapi dia terpaksa, semata-mata
untuk menampung hidupnya di Kuala Lumpur.
Ketika di kota ini juga, Jali mula diperkenalkan kepada budaya skinhead. Dia mula
bercampur gaul dengan budak-budak skinhead dan kesudahannya, cara dia berpakaian
dan berfikir semakin hari semakin berubah. Jali merasakan dia cukup serasi dengan imej
barunya ini. Dia mahu kehidupan yang sempoi. Dia mahu jadi manusia brutal. Dia mahu
berambut pendek, memakai baju Fred Perry, seluar jeans singkat, kasut Doc Marten,
mendengar lagu-lagu 'ska' dan 'rocksteady' serta bermotor vespa. Dia sekarang beridentiti
Nazi/Melayu/fasis. Cheers! Oi!
Jadi Jali kini bergelumang di dalam dunia 'skinhead' dengan pemikiran neo-Nazi dengan
ideologi 'Malay Power' angkara kecelaruan budaya dan ekonomi yang dihadapi oleh
dirinya dan anak-anak muda sepertinya, atau sekurang-kurangnya itulah yang diberitahu
oleh Ariffin kepadanya ketika mereka mula-mula bertemu dahulu.
Jali tidak pernah merancang untuk diketemukan dengan Ariffin yang telah dikenalinya
lebih dua tahun yang lalu....
Jali mula-mula menyedari tentang kewujudan Ariffin ketika dia sedang menari dengan
sekumpulan rakan-rakannya di kelab malam Movement. Tatkala itu, matanya terpaku
melihat Ariffin yang sedang menari seorang diri di dalam sebuah sudut yang gelap.
Ariffin berada di dalam dunianya sendiri.
Pada hari minggu-minggu berikutnya, Jali pergi ke kelab malam yang sama. Dia menari
dengan rakan-rakan skinheadnya dengan matanya berkali-kali mencuri pandang ke arah
Ariffin yang selalu akan didapatinya menari di sudut yang sama. Acap kali Jali akan dapat
melihat Ariffin menari dengan sebuah botol air mineral terselit di belakang kocek
seluarnya. http://www.nizamzakaria.com 52
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Lama juga Jali memerhatikan gerak-geri Ariffin, seperti seorang pegawai penyiasat
lagaknya. Dari pemerhatiannya, dia mendapati Ariffin akan menari sehingga ke awal pagi
apabila kelab malam ini ditutup. Apabila dia keluar, dia akan terus ke tempat dia
meletakkan motosikal RXZnya. Kemudian dia akan menghilang entah ke mana.
Pada hari minggu itu, seperti biasa Jali akan pergi lagi ke kelab itu. Dan seperti biasa, dia
akan menunggu ketibaan Ariffin ke kelab malam itu untuk menari. Tetapi pada malam
itu, kelibat Ariffin tidak dapat dilihatnya. Jadi dia tunggu. Dia tunggu dan dia tunggu,
tetapi Ariffin tidak juga kunjung tiba ke kelab malam yang sentiasa sesak dengan
pengunjungnya itu. Dia mencuba nasib pada keesokan harinya. Dia mendapati Ariffin masih tidak munculmuncul.
Dia berjalan ke seluruh pelosok kelab malam untuk mencarinya. Fikirnya,
mungkin jumlah pengunjung terlalu ramai sehingga sukar untuk dia mengenal pasti
kelibat Ariffin yang dicari-carinya itu.
Jali mula menyumpah-nyumpah dirinya kerana sanggup menghabiskan masa
malamnya menunggu munculnya seorang pemuda yang namanya sendiri dia tidak tahu
lagi. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia mahu sangat melihat wajah Ariffin, walau sesaat
pun pada malam itu. Dia mula merasa bimbang ke atas apa yang mungkin difikirkannya
telah berlaku kepada Ariffin yang mungkin tidak datang ke kelab malam itu seperti biasa
kerana dia demam. Atau lebih teruk lagi, mungkin dia menemui kemalangan jalan raya
yang dahsyat. Jali mula memikirkan yang bukan-bukan. Dia cukup takut jika dia tidak
dapat menemui Ariffin lagi. Jali bingung dengan perasaan yang mula melanda dirinya
sekarang... Jadi di dalam keadaan hampa dan bingung, Jali terus menari di tengah-tengah
kesesakan dewan tari. Ketika sedang menari, dia menoleh ke belakang. Dia dapat melihat
seorang pemuda sedang menari seorang diri di belakangnya. Jali memberanikan dirinya
lalu memusingkan tubuhnya untuk menari dengan pemuda yang sedang memakai topi
beret dan berjaket denim. Dia kenal benar dengan pemuda tersebut.
Mereka menari bersama selama setengah jam sebelum pemuda yang mempunyai
susuk tubuh lebih tinggi darinya itu mendekatkan dirinya ke telinganya.
Salah Sambung Ii 2 Jago Kelana Karya Tjan I D Harta Karun Kerajaan Sung 3
^