Antara Benci Dan Rindu 2
Antara Benci Dan Rindu Karya Ida Farisya Bagian 2
"La... ni kenapa pulak" Tadi monyok, sekarang gembira pulak. Apa kena dengan you sebenarnya ni""
"Oh, Daniel... I'm so happy. You know what" My engagement will be cancelled!" beritahuku dengan nada gembira yang tidak terhingga.
"Really"" tanya Daniel seakan tidak percaya. Terus kakinya melangkah masuk ke dalam bilikku. Ringan saja punggungnya diletakkan di atas kerusi tetamu.
Kerana rasa gembira yang memuncak, aku tidak sedar yang aku telah pun duduk di sebelahnya.
"How was it so""
"You ingat tak yang I buat mogok dengan parents I seminggu lepas"" Laju saja lelaki itu mengangguk.
"Mungkin parents I dah tak tahan dengan perangai I kut. Maklumlah, sebelum ni I tak pernah buat hal dengan dia orang, so parents I pun surrender. Lagipun I kan anak tunggal. Kat mana lagi kasih sayang dia orang kalau bukan dekat I."
"Wah cayalah. Tahniahlah, Ifa! Pandai jugak you ni protes, ek" Ingatkan you ni anak yang hanya menurut perintah. He he he..."
Aku mencebik. "Perlilah tu!"
"Betul apa yang I cakap, kan" Dulu pun sebab ikutkan sangat kata-kata parents you, hubungan kita terputus macam tu aja."
Aku sedikit terpanar dengan kata-kata Daniel. Kupandang wajahnya yang serius. Menunjukkan yang dia tidak berniat ingin bergurau denganku. Serta-merta lidahku jadi kelu. Tidak tahu apa yang harus aku ungkapkan untuk halwa telinganya.
"You ni pandai betul bergurau, kan," ujarku berpura-pura ketawa untuk menutup kegelisahan yang melanda.
Cepat saja aku bangun untuk ke tempatku semula. Dalam hatiku berharap agar Daniel tidak mengungkit kisah lama kami yang pastinya akan melukakan hati masing-masing. Namun langkahku terhenti apabila tangan Daniel tiba-tiba menghalang aku daripada terus melangkah.
Kaget sungguh aku waktu itu. Kupandang jari-jemari kami yang bertaut. Selama ini tidak pernah Daniel berkelakuan seperti ini. Kemudian perlahan-lahan aku mengalih pandangan ke dalam anak mata Daniel yang redup. Sejak dari dulu lagi aku cukup suka merenung ke dalam
mata Daniel. Matanya seolah-olah memberikan ketenangan kepadaku. Tetapi itu sewaktu kami bercinta dulu. Sekarang hubungan kami sudah tidak seperti dulu lagi. Tidak sepatutnya kami berkelakuan seperti ini.
Pantas aku meleraikan tautan jari-jemari kami yang erat. Bimbang juga jikalau ada pensyarah lain yang ternampak adegan kami tadi kerana pintu bilikku sedari tadi terbuka. Daniel seolah-olah memahami fikiranku. Dia bangun lalu menutup pintu bilikku. Makin membuatkan hatiku resah tidak menentu.
"Daniel, kenapa you tutup pintu tu""
"Kenapa you nak mengelak daripada soalan I tadi"" tanya Daniel dengan nada yang sedikit tegang.
Ketika itu dia sudah pun berdiri rapat di sisiku. Seboleh-bolehnya aku tidak mahu menatap wajahnya. Hatiku benar-benar resah. "I tak rasa ada apa-apa persoalan yang perlu I jawab."
"Ada, Ifa. Cuma you saja yang nak mengelak. Soalan ni sebenarnya dah lama I simpan. Dan dah lama jugak I tunggu jawapan daripada you. Cuma hari ni I punya peluang untuk bertanya. Kenapa, Ifa" Kenapa you sanggup tinggalkan I" I tak rasa hanya disebabkan keluarga, you sanggup belakangkan I dan kahwin dengan Rizal" Konon-kononnya lelaki yang sangat you cintai."
Kupandang wajah Daniel dengan dahi yang berkerut. Cuba memahami kata-kata lelaki itu. Ayat terakhirnya kedengaran sumbang di telingaku.
"Apa maksud you""
"Maksud I, you tak faham atau pura-pura tak faham, Ifa" I sebenarnya tertanya-tanya, adakah benar cinta yang you laung-laungkan untuk I dulu. Atau sebenarnya you lebih mencintai Rizal, sampaikan you sanggup kahwin dengan dia""
"You meragui cinta I pada you""
"What do you think if I say yes""
"I tak tipu, Daniel. Dulu I memang cintakan you. Cuma bukan jodoh kita berdua." "Sampai sekarang""
"Danielplease... kisah kita dah lama berlalu. I tak nak ungkitkan lagi. You pun dah ada Masyitah."
"Just say yes o r no!" paksa Daniel.
Aku semakin pelik dengan sikap Daniel. Selama kami berkawan tidak pernah dia menunjukkan sikap aneh seperti ini. Kenapa dengan Daniel sebenarnya" Aku jadi bingung.
"Daniel please.... " Aku cuba melarikan diri. Tetapi jantungku seakan melayang apabila
kedua-dua belah tangan Daniel mencengkam erat bahuku. Lalu tubuhku ditarik rapat ke tubuhnya.
"Yes or no"" tanya lelaki itu lagi.
Untuk beberapa saat aku hanya mampu terus menatap ke dalam anak mata Daniel. Mulutku yang kebiasaannya seperti bertih jagung seakan-akan hilang taringnya. Sungguh aku tidak percaya dengan apa yang berlaku.
"Answer me Ifa," pinta Daniel. Nada suaranya yang menggoda serta-merta menyedarkan aku daripada terus terleka. Tanganku menolak kasar tubuh Daniel agar menjauh. Terhuyung-hayang lelaki itu cuba mengimbangkan tubuhnya. Ternyata tujahanku bertenaga juga.
"What's going on Daniel" Selama ni you tak pernah macam ni. Kenapa tiba-tiba you nak ungkit kisah lalu kita"" Nada suaraku meninggi. Geram juga aku dengan perlakuannya yang sudah melampaui batas.
"Sebab I masih cintakan you!"
Terpaku aku mendengar luahan Daniel yang tidak pernah aku sangkakan itu. Sukar untuk aku mempercayainya. Layanan Daniel terhadap diriku selama ini langsung tidak punya tanda-tanda yang dia masih cintakan aku. Kesimpulannya, Daniel melayan aku seperti seorang teman sahaja. Lalu dari mana pula datangnya cinta itu"
"You must be joking, Daniel. I had enough of this!"
'Wo, I'm not! I'm telling you the truth!'
"Nope, I can't believe this. How come you said such thing" You're engaged to
Masyitah!" "I know. Itulah kesilapan I. Kalaulah I tahu lebih awal yang you sudah bercerai dengan Rizal, tak mungkin I akan terima Masyitah sebagai tunang I, Ifa."
"Apa maksud you" I tak faham."
Daniel memandang aku sekilas sebelum menyambung kata-katanya. Hatiku ketika itu sudah tidak keruan.
"Cinta I pada you tak pernah padam, Ifa. Hati I sakit bila you kahwin dengan Rizal. Sukar untuk I percaya, kekasih I mengahwini lelaki lain. Tuhan saja yang tahu perasaan I waktu itu. Memang di depan you I cuba sembunyikan kelukaan I, tapi hakikatnya... I benar-benar terluka, Ifa. Bertahun I cuba lupakan you, tapi tak mampu. Jadi, setahun sebelum you pulang ke Malaysia, I terima cadangan emak I supaya bertunang dengan Ita. I hanya turutkan kerana mungkin dengan cara itu I dapat lupakan you. Dan ternyata benar, sedikit demi sedikit I berjaya
lupakan you. Tapi kepulangan you ke sini setahun lepas telah mengocak hati I semula Ifa," luah Daniel seketika kemudian menyambung lagi kata-katanya.
"Hari-hari you ada depan mata I. Apatah lagi bila I tahu yang you dah bercerai. I dah tak boleh nak kawal perasaan I, Ifa. Cinta I pada you kembali mekar. Kadang-kadang I rasa berdosa dengan Ita. Tapi apa yang boleh I lakukan" Cinta ni datang tanpa diundang. I tak mampu nak halang."
Ya Allah! Aku meraup wajahku. Aku benar-benar tidak percaya yang semua ini akan berlaku. Pandai sungguh Daniel menyembunyikan perasaannya selama ini. Jika dia tidak menyuarakannya hari ini, sumpah aku tidak akan tahu.
"Kenapa baru sekarang you nak beritahu I, Daniel""
"Sebab I fikir you dah putus dengan Rizal. Tapi nampaknya dia muncul semula dalam hidup you dan hampir bertunang semula. Minggu lepas bila I dengar parents you paksa you bertunang dengan Rizal, hati I hancur, Ifa. Tapi hari ni you bagi berita gembira dekat I. Sebab tu I tak nak buang masa. I takut terlepas peluang lagi."
"Tapi tak mungkin kita akan bersama lagi Daniel. You dah bertunang. Remember that!"
"I tak kisah, Ifa. I boleh putuskan pertunangan I dengan Ita. Asalkan you terima I."
"Hah" You gila! Habis tu, macam mana dengan Masyitah" Takkan you nak buang dia macam tu aja setelah dua tahun you bertunang""
"I tak kisah Ifa... demi you I sanggup lakukan apa saja. Dah lama I tunggu you. I nak you jadi isteri I," ujar Daniel bersungguh. Dia cuba merapatkan jarak antara kami. Tanganku cuba dicapai tetapi aku pantas mengelak. Berubah air muka Daniel dengan tindakanku itu.
Tidak! Aku tak boleh terima Daniel. Kesian tunangnya. Lagipun aku sudah menganggap Daniel sebag
ai temanku. Perasaan cinta sudah tidak ada dalam hatiku lagi untuknya.
"Daniel please... I nak bersendirian. Tolong keluar!"
"Tapi Ifa.. " "Please Daniel!"
Aku menjeling ke arah pintu. Mengisyaratkan supaya Daniel meninggalkan aku. Fikiranku benar-benar kusut. Aku tidak dapat berfikir dengan waras tatkala ini. Langkah yang terbaik adalah bersendirian supaya aku dapat menenangkan perasaanku.
Daniel kelihatan serba salah hendak meninggalkanku. Tetapi dia tidak punya pilihan lain. Akhirnya perlahan-lahan dia meninggalkan bilikku. Sempat dia memandang ke arahku sebelum pintu bilik ditutup.
Aku pantas memalingkan wajah dan bersandar lesu di kerusi. Letih benar fikiranku saat ini. Kenapa semua ini berlaku pada saat aku sedang bergembira dengan keputusan orang tuaku yang ingin memutuskan pertunangan aku dengan Yusrizal"
Ya Allah, apa yang harus aku lakukan" Bagaimana hubunganku dengan Daniel selepas ini" Sukar nampaknya untuk aku kembali mesra dengannya. Apatah lagi selepas aku mengetahui yang dia masih punya perasaan cinta terhadap diriku.
7 "LA... tak jadi pulak" Kali ni apa hal pulak"'" Itulah respons mak long apabila abah mengkhabarkan tentang pembatalan majlis pertunanganku padanya. Mak long dan pak long bertandang ke rumahku petang itu setelah dipanggil ibu untuk memberitahu tentang pembatalan majlis itu. Aku menelinga di sebalik dapur sambil menyediakan sedikit juadah petang buat mereka.
"Nak buat macam mana, Kak Min. Tuan punya badan tak nak, takkan nak paksa pulak," balas abah.
"Hai, hari tukan cakap dah setuju. Sampai dah tetapkan hari pertunangannya. Sekarang ni lain pulak."
"Sebenarnya Kak Min, kami yang buat keputusan bagi pihak Ifa. Ingatkan dia setuju. Rupa-rupanya tak," balas ibu pula.
"La... macam tu pulak. Kamu berdua ni pun satu, yang memandai buat keputusan tu kenapa" Zaman sekarang ni dah tak macam dulu dah. Budak-budak sekarang ni lebih suka buat keputusan sendiri. Tak perlu kita tentukan," bebel mak long.
Aku hanya tersenyum kerana mak long menyebelahiku.
"Kami ni yang nak terbaik aja untuk Si Ifa tu, Kak Min," kata ibu.
"Betul cakap kamu tu, Shima. Tapi kamu tengok apa jadi dengan Ifa, lima tahun lepas. Bercerai! Dengan budak Rizal tu jugak. Aku sebenarnya memang tak setuju bila kamu nak kahwinkan Ifa dengan Si Rizal tu semula. Tapi dah kamu yang beria-ia nak satukan jugak budak berdua tu, aku ikutkan jugaklah. Yalah, siapalah aku nikan.... "
Betul tu! Sampuk aku dalam hati. Memang aku sependapat dengan mak long. Rupa-rupanya mak long pun tidak menyukai Yusrizal. Cuma orang tuaku saja yang sayangkan dia. Mereka seakan-akan memejamkan mata dengan keburukan lelaki itu.
"Tak apalah kak. Memang dah tak ada jodoh kut Si Ifa dengan Rizal tu." "Jadi majlis tu memang batallah ni"" tanya mak long inginkan kepastian. "Macam itulah nampaknya, Kak Min." "Pihak lelaki dah tahu ke""
"Dah, saya dah telefon pihak lelaki tengah hari tadi," beritahu abah.
"Main telefon aja"" tanya mak long dengan suara yang agak terkejut.
"Mana boleh macam tu. Kamu ni memang tak ikut adatlah!" marah pak long pula. Pantang betul dia kalau bab-bab adat istiadat Melayu diperlekehkan.
Hatiku terkekeh ketawa dengan gelagat mereka suami isteri. Perangai sama saja. Semua yang keluar dari mulut mereka sama dan sepakat.
"Niat di hati memang nak berjumpa mereka, terus bincangkan hal ni. Tapi saya seganlah abang, akak. Dah tak tahu nak letak mana muka ni. Sebab itulah saya telefon aja," terang abah.
"Huh! Jadi apa kata mereka""
"Mereka terkejut jugak sebab majlis tinggal lima hari aje lagi. Tapi nak buat macam mana, dah Ifa tak mahu. Siap ugut lagi tak nak hadirkan diri masa majlis tu nanti."
Kata-kata abah membuatkan aku tergelak lucu. Teringat kembali saat aku meluahkan kata-kata itu. Aku hanya berniat untuk menggertak ibu dan abah saja. Langsung tidak berniat hendak mengotakannya. Tidak sanggup rasanya hendak menconteng arang ke wajah-wajah orang yang paling aku sayangi. Tak sangka pula taktik aku menjadi.
"Hah, Ifa yang kamu tersenyum-senyum kat situ kenapa"" tegur pak long.
Sedikit tersentak aku dibuatnya apabila disergah begitu. Pantas sahaj
a aku mengatur langkah mendapatkan mereka sambil menatang dulang.
"Ifa buat ke kuih ni"" tanya mak long setelah aku selesai menuang air.
"Tak adalah mak long. Ibu yang buat. Ifa tolong hidangkan aje. He he he.... "
"Emmm... macam tu la akak. Liat nak masuk dapur," perli ibu.
Aku tersenyum malu. Tetapi di dalam hati masih berniat ingin mengusik ibu.
"Eh, mana ada mak long. Ibu ni memang suka mengusik. Tiap-tiap hari tau Ifa masuk
dapur." "Haah, yalah tu. Masuk dapur kalau memasak tak apalah jugak... ni yang dia tahu, buat air. Tu ajelah. Memasak tak pandai," tambah abah pula.
Aku sudah memuncung. Pak long dan mak long hanya ketawa melihat telatah kami
bertiga. Tapi tidak dinafikan yang kata-kata ibu itu ada benarnya. Aku memang liat hendak memasak. Bukan tak pandai masak, cuma kurang hebat seperti ibu. Maklumlah, sebagai anak tunggal aku memang dimanjakan. Semua kerja rumah, ibu yang lakukan. Aku hanya menggoyangkan kaki. Tabiat tidak baik aku itu seakan sebati dengan hidupku sehinggalah aku menginjak ke usia dua puluh dua tahun. Bayangkanlah dalam usiaku yang sebegitu, aku masih tidak tahu melakukan kerja rumah.
Namun, saat usiaku sudah menginjak ke dua puluh tiga tahun, ibu mula memaksa aku melakukan kerja-kerja rumah. Pada mulanya aku agak hairan, tetapi aku turutkan jua. Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu. Aku akan dikahwinkan. Patutlah ibu beria-ia benar menyuruh aku melakukan kerja-kerja rumah. Mungkin sebagai persediaan sebelum aku dikahwinkan. Banyak yang aku belajar waktu itu. Dari memasak sehinggalah mengemas rumah, semua aku belajar.
"Hah, Ifa... betul ke kamu tak nak kahwin dengan Rizal tu""
"Betul, mak long."
"Hmmm... baguslah tu. Mak long dengan pak long tak berapa setuju sangat kalau kamu nak kahwin semula dengan Si Rizal tu. Harap muka aja hensem, tapi perangai, masya-Allah. Elok sangatlah tu kamu batalkan." Ujar mak long.
Pak long hanya mengangguk-anggukkan kepala tanda menyetujui kata-kata mak long itu. Aku hanya tersenyum. Dalam hati seratus kali bersetuju dengan kata-kata mak long itu. Sempat juga kukerling wajah kedua-dua orang tuaku. Ternyata wajah-wajah itu jelas menunjukkan ketidakpuasan hati mereka.
Maklumlah, orang mengata bekas menantu kesayangan mereka. He he he... jahat betul
aku ni. "ASSALAMUALAIKUM...."
Aku yang sedang leka menaip sedikit tersentak apabila terdengar suara lelaki memberi salam. Siapa pula yang datang petang-petang ni" Baru saja mak long dengan pak long balik, ada pula yang bertandang.
Aku tidak berniat ingin menyambut tetamuku itu kerana pasti ibu sudah mendahuluiku. Lagipun sejak tadi ibu enak bersantai sambil menonton drama Indonesia kegemarannya di ruang tamu. Mengingatkan itu aku kembali meneruskan kerja-kerjaku di bilik.
Tidak sampai lima minit kedengaran suara ibu memanggil namaku. Aku pantas bangun mendapatkan ibu yang sedang berada di luar pintu bilik. "Ada apa bu""
Ibu kelihatan serba salah.
Aku sedikit hairan dengan tingkah ibu yang kelihatan seperti ingin memberitahu sesuatu
padaku. "Kenapa ni bu""
"Emmm... Ifa turunlah. Rizal datang, dia nak jumpa dengan Ifa," beritahu ibu sedikit teragak-agak. Muka ibu juga kelihatan sedikit cuak.
Aku sedikit terkejut. Yusrizal datang" Untuk apa" Jangan-jangan sebab majlis pertunangan yang dah dibatalkan tu tak" fikirku.
"Isy... tak naklah bu. Apa hal dia nak jumpa dengan Ifa pulak""
"Turunlah. Ibu tengok Rizal tu serius semacam aje. Ibu bergurau pun dia buat tak tahu aja. Jangan-jangan ada kaitan dengan majlis pertunangan kamu tu. Turunlah ya... Kalau Ifa tak turun, ibu takut dia pulak yang naik nanti."
Aku mengeluh berat. Pusing memikirkan perkara apakah yang penting sangat sehingga membawa lelaki itu ke mari. Tetapi hatiku kuat mengatakan yang tujuan kedatangannya adalah berkaitan dengan majlis itu.
"Baiklah bu, kejap lagi Ifa turun."
Ibu menganggukkan kepala dan pantas berlalu ke dapur bagi menyediakan hidangan untuk tetamunya itu.
Selepas menyarung tudung di kepala, aku menapak perlahan menuju ke ruang tamu. Debar hatiku tidak terkira saat itu. Dari jauh sudah dapat aku lihat wajah serius Yusrizal yang sedang menunggu di
ruang tamu. Makin menambahkan debar di hatiku. Wajahnya saat ini mengingatkan aku pada peristiwa lima tahun lalu. Yusrizal akan sentiasa berwajah serius
sebegini jika marah padaku. Sememangnya aku cukup takut sekiranya bekas suamiku ini dalam keadaan sebegitu.
"Ada apa awak nak jumpa dengan saya"" kataku dengan nada berhati-hati.
Yusrizal pantas mengangkat kepala apabila mendengar suaraku menyapanya. Renungan matanya terus menusuk ke hatiku. Aku cukup gerun jika dia merenungku sebegitu.
"Kita keluar!" katanya setelah lama merenungku.
"Kenapa nak keluar" Kalau ada apa-apa yang penting, awak boleh cakap sekarang." "Kita bincang kat luar. Ifa pergi siap sekarang. Abang tunggu," katanya tegas. "Saya tak nak keluar!" balasku juga tegas.
Yusrizal pantas berdiri menghadapku. Matanya mencerlung merenungku. Aku sedikit tersentak. Tidak kusangka kata-kataku itu akan membuatnya marah.
"Kenapa degil sangat ni""
"Suka hati sayalah!" kataku berani!
"Ifa nak ikut secara rela atau Ifa nak abang paksa"" ugutnya.
"Huh, awak nak paksa saya" Saya harap awak sedar sikit awak berada kat mana. Ni rumah saya. Dan awak tak ada hak nak paksa saya!"
"Kalau Ifa nak tengok abang buat apa yang abang cakap, cubalah. Abang kira sampai lima. Kalau Ifa tak siap, abang tarik Ifa keluar sekarang juga."
Mengugut konon! Ingat aku takut ke" Tak heran (hairan) pun, huh!
Aku hanya berdiri tegak sambil berpeluk tubuh. Lagakku seakan sengaja mencabarnya. Walaupun hatiku terasa gementar berhadapan dengannya, tetapi seboleh-bolehnya aku harus sembunyikan rasa gementarku itu. Aku tidak mahu kelihatan lemah di hadapannya.
"Satu... dua.... "
Aku masih begitu. Tidak berganjak sedikit pun. "Tiga!"
Aku mengangkat kening sambil tersenyum sumbing.
"Empat.... " Kiralah sampai seratus pun. Aku tak heran. Kalau setakat hendak mengugut, aku pun
boleh. "Lima!" Serentak itu terasa tanganku ditarik kuat. Terkejut beruk aku dibuatnya. Dalam keadaan yang kurang persediaan sebegitu, sudah tentulah langkah kakiku hanya mampu mengikut jejak langkahnya. Walaupun aku cuba memberatkan langkah, tetapi nampaknya tidak berkesan. Aku ditarik seperti menarik perahu di dalam air. Sungguh aku tidak menyangka Yusrizal akan mengotakan kata-katanya.
"Masuk!" paksanya setelah membukakan pintu kereta buatku.
"Tak nak!" balasku pula.
"Abang kata masuk!"
"Saya kata tak naklah!" kataku lagi sambil menolak tubuhnya yang menghalang laluanku. Berniat ingin kembali semula ke rumah.
Tetapi sekali lagi Yusrizal menghalang langkahku. Kali ini lebih dahsyat. Tubuhku dicempung sewenang-wenangnya lalu dicampak ke dalam kereta. Terkejut aku dibuatnya. Sehingga aku langsung tidak membantah melainkan hanya membeku di dalam dukungannya. Nasib baiklah aku tidak memakai kain. Kalau tidak tentu sudah berlaku aksi panas di sini.
Setelah mengunci pintu, Yusrizal beralih ke tempat duduk pemandu. Namun langkahnya terhenti apabila tiba-tiba ibu menghalang.
"Ibu!!! Tolong Ifa!" laung aku dari dalam kereta. Entah ibuku dengar atau tidak.
"Rizal! Mana kamu nak bawa Ifa ni"" soal ibuku cemas.
Kelihatan Yusrizal kembali mendapatkan ibu lalu menyalami tangan ibuku itu. Boleh pulak berlagak baik sedangkan aku dikidnapnya.
"Saya nak pinjam Ifa sekejap bu," katanya sopan.
Huh! Dah disumbat aku dalam kereta ni, baru nak minta izin.
"Ya la... tapi kenapa macam ni""
"Please, bu. Kejap aja. Rizal janji takkan buat apa-apa yang tak baik kat dia. Rizal cuma nak berbincang dengan dia."
"Kalau nak berbincang pun, dekat rumah ni pun boleh berbincang. Kenapa nak pergi jauh-jauh""
"Please, bu. Ni soal personal. Rizal nak berbincang dengan dia aja. Rizal takkan buat perkara bodoh, bu. Rizal janji dengan ibu, kejap lagi Rizal hantar dia balik."
Ibu kelihatan serba salah ingin melepaskan aku. Lama dia memerhati aku di dalam kereta. Beria-ia aku menggeleng memberikan isyarat supaya ibu tidak membenarkan aku pergi bersama Yusrizal. Dengan pakaianku yang sebegini, memang tidak sesuai. Wajah yang pucat. Selekeh bebenor. Isy... apa yang aku merepek ni" Ni bukan soal pakaian. Tapi soal aku memang tak mahu!
Namun usahaku hanya sia-sia. Setelah lama ber
fikir akhirnya ibu mengangguk setuju. Aku mengeluh hampa. Aku memandang wajah ibu meminta simpati. Tetapi ibu hanya
menghadiahkan senyuman buatku sambil menganggukkan kepala. Dan kereta Yusrizal meluncur laju meninggalkan ibu yang masih setia berdiri di luar pagar.
YUSRIZAL memberhentikan keretanya berdekatan dengan taman permainan berhampiran dengan rumahku. Aku fikir ke mana sajalah dia hendak bawa aku. Rupa-rupanya hanya di taman permainan yang beberapa langkah dari rumahku sahaja. Kalau setakat ini boleh saja aku berlari pulang kalau dia tinggalkan aku di sini pun.
Aku membuang pandang ke sekeliling. Agak ramai orang di sini. Maklumlah waktu petang. Ramai ibu bapa yang membawa anak-anak mereka bermain. Sedikit lega hatiku melihat keadaan itu. Tetapi apa yang memeningkan kepalaku adalah lelaki di sebelahku ini. Sudah beberapa minit berlalu namun suaranya tidak juga kedengaran. Aku menjeling ke arahnya. Kulihat dia hanya bersandar sambil matanya merenung jauh ke hadapan. Lagaknya itu seperti orang keletihan.
"Awak kata ada perkara yang nak dibincangkan. Apa dia"" kataku, memulakan perbualan.
Namun lelaki itu masih begitu. Tiada langsung butir bicara yang keluar dari mulutnya.
"Rizal tolonglah... tak manis kita macam ni. Apa yang penting sangat awak nak cakap dengan saya, sampai awak kidnap saya macam ni""
"So" Yang manisnya apa" Batalkan pertunangan kita" Macam tu"" sergahnya tiba-tiba. Mukanya sudah memerah.
Tersentak aku dibuatnya. Nasib baik tak tercabut jantung aku.
"Kenapa, Ifa" Kenapa batalkan pertunangan kita""
"Perlukah saya jawab sedangkan memang awak dah tahu jawapannya"" kataku sinis. "Ifa masih berdendam dengan abang""
"Dah tahu buat apa tanya lagi"" jawabku. Masih cuba bermain tarik tali dengannya.
"Ifa...." Yusrizal memusingkan badannya dan menghadapku. Mungkin mencari posisi yang lebih selesa untuk berbincang denganku. Sedangkan aku hanya memandang ke hadapan. Muak mahu melihat wajahnya.
"Abang buat semua ni sebab abang mahu tebus semua kesalahan abang pada Ifa dulu. Tolonglah beri peluang pada abang, Ifa. Abang janji yang abang takkan sia-siakan peluang yang Ifa beri," sambung Yusrizal lagi.
"Tebus kesalahan awak" Dengan cara berkahwin dengan saya semula" Awak ingat bila awak dah tamatkan gelaran janda ni, saya akan berbesar hatilah, macam tu" Hei... awak silap oranglah. Selagi luka kat hati saya ni tak hilang, selagi itulah saya takkan maafkan awak."
"Abang tahu bukan senang Ifa nak sembuhkan luka kat hati Ifa tu. Tapi abang janji, yang abang akan sembuhkan luka kat hati Ifa tu. Abang janji, Ifa. Cuma abang tak boleh buat semua tu sorang diri. Abang harapkan bantuan Ifa."
"Huh, tahu pun awak tak boleh buat. So, kenapa masih berusaha" Sedangkan awak tahu yang awak takkan berjaya."
"Sebab abang tahu, Ifa adalah jodoh yang sememangnya abang dambakan. Abang tak minta banyak. Abang cuma minta Ifa terima pinangan abang. Itu saja! Dan abang akan buktikan keikhlasan hati abang ni," pujuknya lagi.
Naik muak aku mendengarnya. Mulut manis mengalahkan gula. Tetapi itu semua hanya untuk memerangkap aku. Jangan harap aku akan termakan dengan segala janji-janji palsunya.
"Saya harap awak faham yang pertunangan gila tu dah dibatalkan."
"Abang tahu tu. Tapi abang mohon pada Ifa tarik balik keputusan Ifa tu. Lagipun Ifa janda sekarang. Ibu bapa Ifa tak boleh buat apa-apa lagi. Semua bergantung pada keputusan Ifa. Please Ifa... abang nak rujuk semula dengan Ifa," rayu Yusrizal lagi.
Naik rimas aku dibuatnya.
"Awak ni tak faham bahasa ke" Kan saya dah kata, yang saya tak nak dan tak ingin nak kahwin dengan awak semula. Tak faham" Awak nak saya cakap bahasa apa supaya awak
faham"" "Ifa, please marry me once again. And I promise you won't regret it. Promise!" "I said no! Don't you understand that"'"
Yusrizal melepaskan keluhan berat. Rambutnya dilurut ke belakang sambil bersandar. Baru dia tahu bukan senang hendak melembutkan hatiku. Itulah, siapa suruh cari pasal dengan aku dulu. Sekarang, rasakan! Melihat keadaannya seperti itu membuatkan akalku galak menyusun ayat untuk mendera perasaannya lagi.
"Can I ask you something"
" "Sure." "Are you desperate""
Soalanku membuatkan Yusrizal pantas memalingkan wajahnya ke arahku.
"Ya la, I mean dah tak ada perempuan lain ke yang nakkan awak ni sampai awak nak
propose ex-wife awak ni""
"Dengar sini! Ini bukan pasal dah tak ada perempuan lain yang nak kahwin dengan abang. Semua ni pasal abang nak Ifa yang jadi isteri abang. Hanya Ifa seorang! Yes, I admit that I'm desperate. Terdesak untuk memiliki Ifa," jelas Yusrizal dengan nada suara yang tegang.
Mungkin dia terasa hati dengan kata-kataku tadi.
"Huh, sudahlah. Tak ada maknanya awak nak kata macam tu kat saya. Sikit pun saya tak rasa terharu. Awak pergilah cari perempuan lain yang lebih sepadan dengan awak. Yang boleh tahan dengan sikap awak ni. Terus terang saya cakap, yang saya tak sanggup nak menghadap perangai awak yang kaki perempuan tu."
Sekali lagi Yusrizal memandang wajahku. Kali ini dia kelihatan seperti tidak menyenangi kata-kataku sebentar tadi. Renungan matanya lebih tajam daripada tadi. Aku jadi hairan.
"What"" tanyaku.
"Ifa masih ingat abang ni kaki perempuan"" "Memang betul pun, kan""
"Yup! Memang betul abang ni kaki perempuan," akuinya. "Hah, tahu pun. So, apa yang salahnya saya cakap""
"But it was five years ago. Yang berada dengan Ifa sekarang bukan Yusrizal yang dulu. I've changed. Abang dah tak buat benda-benda tu lagi. Apa yang abang inginkan sekarang ialah mencorakkan masa depan abang dengan orang yang paling abang sayang."
"Yalah tu. Boleh percaya ke""
"Terpulanglah pada Ifa. Abang tahu Ifa mesti ingat abang tipu Ifa. Tapi abang memang tak berniat nak tipu Ifa. Abang betul-betul maksudkannya. Suatu hari nanti Ifa akan nampak kebenarannya juga," kata Yusrizal dengan nada perlahan.
Aku mencebikkan bibir. Mempersendakan kata-katanya. Jangan mimpi yang aku akan mempercayainya. Kalau betul pun lelaki di sebelahku ini telah berubah seperti yang dikhabarkan oleh ibu dan abah, belum tentu aku akan menerimanya kembali.
"Sudahlah... awak tak usah nak harapkan saya. Kalau awak dah berubah sekalipun, saya tetap takkan terima awak. Hati saya masih sakit. Awak takkan dapat sembuhkan luka kat hati saya ni," tegasku, sekali gus menyampaikan maksud yang aku memang tidak ingin untuk hidup bersamanya lagi.
"Of course I can. Abang akan buktikan pada Ifa. Abang takkan kahwin dengan perempuan lain kecuali Ifa. Itu janji abang."
Aku ketawa kecil. Sedikit lucu dengan janji-janji yang dilafazkan oleh Yusrizal.
"Kenapa"" tanya Yusrizal.
"Tak adalah... lucu pulak rasanya. Awak ni boleh ke hidup tanpa perempuan" Kalau tak silap sayalah, lepas habis tempoh edah saya dulu, awak terus kahwin dengan Anne, kan" Tu yang rasminyalah... yang tak rasmi tu tak tahulah. Sedangkan masa tempoh perkahwinan kita pun dah berapa ratus kali agaknya awak tidur dengan dia," kataku sinis. Sengaja mengundang kemarahannya.
Aku memang suka kalau dia marah. Apatah lagi kalau melibatkan perangainya dulu. Biar dia sedar betapa teruk perangainya dulu sehingga telah melukakan hatiku. Dan aku mahu dia sedar betapa dalamnya amarahku ini.Tetapi nampaknya kata-kataku itu langsung tidak berbekas di hatinya. Malahan, dia hanya tertawa kecil. Gila betul mamat ni, bisik hatiku.
"Itu yang ruginya," katanya.
Aku sedikit hairan dengan kata-katanya.
"Rugi" Macam tak percaya pula awak yang bercakap macam tu""
"Yalah, abang rasa rugi bila ingat kembali kisah lima tahun dulu. Buat penat aje abang makan jauh-jauh, sedangkan dekat rumah pun dah tersedia. Cantik pulak tu. Rugi betul. Sekali pun abang tak pernah rasa yang kat rumah," katanya sambil tersenyum nakal.
Aku memandang wajahnya dengan pandangan kurang mengerti. Namun apabila dia mengenyitkan mata, barulah aku mula faham maksud kata-katanya itu.
Serta-merta wajahku bertukar rona. Pantas aku memalingkan wajah. Kurang ajar betul! Sempat lagi dia nak mengenakan aku.
"Aiks, malu ke sayang""
"Mana ada!" balasku.
"Ya ke" Tapi abang nampak macam merah aje pipi sayang tu"" usik Yusrizal lagi.
Kelam-kabut aku menyembunyikan wajahku yang sememangnya merah menahan malu itu. Lelaki itu pula apa lagi, galak mengusik aku. Sakit hati aku usah dicakap.
"Bole h tak awak hantar saya balik sekarang" Nanti ibu risau pulak," pintaku.
Permintaan itu sekadar untuk menghentikan usikannya yang semakin bermaharajalela kurasakan.
"Nak mengelat la tu," katanya masih ingin mengusikku. Aku menggigit bibir, geram.
"Ibu dah bagi permission kat abang tadi. Dia cakap nak bawa Ifa ke langit pun tak apa." "Awak jangan nak bohonglah. Ibu tak cakap macam tu pun tadi," balasku.
"Ya ke" Tak ek"" Yusrizal pura-pura bertanya. "Ooo... Ifa curi dengar perbualan abang dengan ibu, ek" Tak baik tahu.... "
"Whatever! Sekarang boleh tak awak hantar saya balik. Kalau awak tak nak hantar, saya boleh balik sendiri. Bukan jauh pun," ugutku.
"Mengugut nampak. Abang boleh hantar Ifa balik. Tapi janji dulu yang Ifa akan rujuk dengan abang semula."
"Kan saya dah cakap yang saya takkan kahwin dengan awak. Tak faham lagi ke""
"Okey, kalau macam tu, kita duduklah kat sini sampai Ifa setuju. Abang pun suka. Tak tidur pun tak apa kalau dapat tenung muka Ifa macam ni."
Yusrizal menurunkan tempat sandarnya. Enak sekali dia merebahkan badannya di situ. Namun matanya langsung tidak lari daripada merenung wajahku.
"Awak ingat saya tak boleh balik sendiri ke"" ujarku sambil cuba membuka pintu kereta.
Aku sudah memutuskan untuk pulang sendiri. Biarpun mengambil masa sepuluh minit untuk sampai ke rumah, tetapi itu lebih baik daripada duduk di dalam kereta bersamanya begini.
Namun aku berasa hairan apabila pintu kereta tidak boleh dibuka. Sekali lagi aku mencuba. Usahaku masih gagal. Aku berpaling ke arah Yusrizal. Kelihatan lelaki itu hanya tersenyum senang. Mataku liar mencari tempat untuk membuka kereta, tetapi tidak kutemui. Aku pasti Yusrizal telah mengunci keretanya dari dalam. Ah, hatiku kembali mendidih. Kereta canggih seperti ini ternyata menyusahkan aku!
"Buka pintu kereta ni, Rizal. Saya nak keluar!" arahku dengan nada yang tinggi.
"Kalau abang tak nak""
"Saya kata buka!"
"Kalau abang tak nak"" soalnya lagi.
"Apa yang awak nak sebenarnya ni" Kalau awak nak paksa saya kahwin dengan awak, itu memang tak akan berjaya."
"Abang bukan nak memaksa, tapi cuma nak minta sedikit persetujuan daripada Ifa. Itu
saja." "Tak memaksa macam ni" Hei! Bahasa apa yang awak pakai ni"" "Bahasa Melayulah," jawabnya selamba.
"Hesy.... " Hatiku mendidih. Susah bercakap dengan orang yang tidak cukup 'wayar' ini.
"Rizal, tolonglah... saya malas nak bertegang urat dengan awak. Dah berapa kali saya cakap yang saya tak nak rujuk dengan awak. Tolonglah faham.... "
"Tapi kenapa""
Kenapa" Perlukah ditanya lagi" Namun bisikan itu hanya lahir dalam hatiku. Tidak aku suarakan.
"Answer me Ifa. I need to know," tanya Yusrizal lagi. Dia tidak berbaring lagi. Matanya membulat merenungku.
"Awak nak tahu kenapa" Okay, I let you know. Because I hate you! Puas hati""
Kuat suaraku menyusup ke telinganya kurasakan. Geram juga kerana terus-terusan dipaksa begini.
"As... I guess," katanya selamba.
Aku kira kata-kataku tadi akan membuatkannya kelu seribu bahasa. Rupa-rupanya tidak. Yusrizal seperti sudah menjangkakan kata-kata yang bakal keluar dari mulutku ini.
Antara Benci Dan Rindu Karya Ida Farisya di http://cerita-silat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo
"Betul, kan apa yang abang cakap tadi" Ifa masih berdendam dengan abang." "So, what""
"So, nampaknya perkara pertama yang perlu abang buat sekarang ialah hilangkan dendam di hati Ifa tu."
"Awak takkan berjaya!"
"Well, kita tengoklah nanti. Pasal pertunangan Ifa tak perlu risau. As you wish, kita batalkan aja pertunangan tu. Abang hantar Ifa balik sekarang!"
Serentak itu Yusrizal terus melepaskan hand break dan menekan pedal minyak. Pelik juga aku dengan perlakuannya itu. Tapi hatiku sedikit lega kerana dia sudah memutuskan untuk tidak memaksa aku meneruskan pertunangan itu.
Sampai saja di hadapan rumah, dia terus memberhentikan keretanya. Pantas sahaja aku melangkah keluar. Kelihatan ibu sudah menunggu di depan pintu rumah. Mungkin ibu risaukan diriku. Tetapi seperti yang Yusrizal janjikan, dia tidak melakukan apa-apa terhadapku, cuma berbincang.
"Ifa!" panggil Yusrizal.
Aku berpaling dengan malas. "Apa lagi""
"Emmm... pertunangan ni akan dibatalkan. Tapi abang takkan mengaku kalah. Ifa tetap akan jadi milik
abang jugak nanti," putus Yusrizal dari dalam kereta.
"Hah! Jangan nak bermimpilah!!!" tempelakku.
"See you...." Katanya dan berlalu pergi. Tidak terkutik aku di situ memikirkan kata-katanya sebentar tadi. Aku hanya sedar apabila ibu memanggil aku masuk ke dalam rumah kerana hari sudah hampir senja.
8 AKU mempercepatkan langkahku. Panggilan bertalu-talu daripada Daniel tidak aku pedulikan. Selepas kejadian di bilikku tempoh hari aku seboleh-bolehnya cuba menjauhkan diri daripadanya. Bukan kerana benci, tetapi untuk mengelakkan daripada perkara-perkara yang tidak aku ingini. Maklum sajalah, cinta pertama sukar untuk dilupakan. Buatnya aku terjatuh cinta dengan dia semula, haru jadinya. Kalau sebelum ini aku masih boleh mengawal perasaanku daripada jatuh sayang kepadanya, itu kerana pada fikiranku Daniel sudah melupakan aku dengan kewujudan Masyitah di sisinya. Tetapi rupa-rupanya tidak.
Dengan godaan Daniel, aku mungkin akan kembali ke sisinya. Sedangkan aku tidak mahu perkara itu terjadi. Bagaimana dengan Masyitah nanti" Dia mungkin akan menuduh akulah punca keretakan hubungan mereka.
"Ifa, wait!" panggil Daniel sambil memintas perjalananku.
Aku tidak punya pilihan melainkan terpaksa berhadapan dengannya dan aku cuba untuk berlagak seperti biasa.
"Eh, Daniel! You tak ada kelas ke sekarang ni"" tanyaku. Wajah yang kalut cuba aku ceriakan.
"Sejak bila you dah lupa nak hafal time table I ni"" tanya Daniel sinis.
Selama ini jadual waktu pengajaran Daniel memang terakam kemas dalam kotak memoriku. Tak mungkin aku lupa. Cuma aku tidak tahu ayat apa yang sedap didengar untuk halwa telinga lelaki itu.
Kebiasaannya aku akan mengambil peluang untuk berbual dengannya ataupun berbincang tentang kerja pada waktu lapang masing-masing. Itupun jika tidak ada kerja yang memerlukan tuntutan segera.
"Oh ya, I lupa... sekarang memang you tak ada kelas, kan""
"You lupa atau buat-buat lupa""
"Eh, kenapa pulak I nak buat-buat lupa" I memang tak ingat. Sorry ek"" "Okey, tapi kenapa you tak toleh bila I panggil you tadi"" Sudah! Apa pula alasan aku kali ini" "Errr... sorry, I tak dengar tadi!"
Kulihat mata Daniel mengecil. Menandakan yang dia tidak berpuas hati dengan jawapan yang kuberi.
"Tak dengar""
"Haah, I tak dengar! Sorry ek""
"Tak dengar... " ulang Daniel sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. "Tapi boleh pulak you berjalan laju macam ribut" Kenapa tu""
Kepalaku ligat mencari alasan. Alasan yang tidak akan melukakan hati sahabatku ini.
"Emmm. actually I tengah kejar masa ni. Ada hal kejap lagi. Sebab tu laju aje jalannya."
"Ya ke you tengah kejar masa" Ke sengaja nak larikan diri daripada I""
"Hah" Nak larikan diri daripada you" Kenapa pulak" You ni merepek ajelah," sangkalku
pantas. "You jangan cuba nak nafikan Ifa. I tahu sejak hari tu you langsung tak nak berbual-bual dengan I. Kalau nampak I you mesti lari. You ingat I tak perasan semua tu""
Aku terdiam seketika. Aku kehilangan kata-kata. Dalam diam aku mengakui akan kata-katanya. Memang benar aku sedang melarikan diri daripadanya. Tapi persoalannya sekarang sampai bila" Tengok sajalah sekarang. Baru beberapa hari aku sudah tertangkap.
"Kenapa you diam" Betul, kan apa yang I cakap""
"Tak adalah. Buat apa I nak larikan diri daripada you" Lagipun kitakan kawan baik" Takkan I nak larikan diri daripada kawan baik I sendiri"" nafiku lagi.
Daniel memandang aku dalam. Mungkin cuba mencari keyakinan dalam kata-kataku tadi. Tapi mungkinkah kebenaran itu akan dijumpai sedangkan aku sendiri tidak tahu akan kebenaran kata-kata yang lahir dari bibirku ini.
"Betul you tak larikan diri daripada I"" tanya Daniel lagi untuk memastikan kata-kataku itu benar belaka.
"Betullah," jawabku pantas.
"Okey, kalau macam tu apa kata you temankan I makan," ujar Daniel dengan senang hati. Dia masih lagi mahu mengujiku.
"Hah"" "Kenapa" Kata kita kawan baik" Takkan nak temankan kawan baik makan pun tak boleh" Sebelum ni you tak kisah pun." Daniel pantas membidas membuatkan aku kehilangan kata-kata. Manakala otakku pula ligat berfikir sama ada hendak turutkan saja permintaannya atau menolak.
"Okeylah kalau macam
tu." Akhirnya aku memberikan persetujuan untuk menemaninya.
Niatku cuma tidak mahu melukakan perasaannya. Dalam keadaan sekarang perasaan Daniel mungkin mudah tercalar.
"Tapi tunggu kejap. I nak letakkan barang-barang ni dulu kat bilik."
Daniel hanya mengangguk sebagai tanda keizinan.
"MACAM MANA you sekarang""
Aku menghentikan suapan. Wajah Daniel kupandang. Entah mengapa hatiku pasti soalan Daniel itu punya maksud tersirat. Tetapi aku cuba untuk tidak mengendahkannya.
"Macam biasa aje. Tak ada apa yang menarik pun," jawabku tenang.
"Ya ke" You dengan Rizal macam mana""
"Rizal" Kenapa tiba-tiba tanya pasal dia ni""
Daniel tersenyum. Dia meletakkan sudu dan garpu ke dalam pinggan yang sudah kosong. Sambil mengelap bibirnya, dia bersuara, "yalah... you kan dah batalkan pertunangan you dengan dia. So, dia tak kata apa-apa ke""
"Ada jugak. Tapi nak buat macam mana" Dia tak boleh paksa I."
"Betul ke you dah tak ada perasaan kat dia""
Aku mengangkat kepala lalu meletakkan pandangan mataku ke matanya. Sedikit ganjil apabila aku mendengar pertanyaan itu.
"Kenapa you tanya macam tu" Ada ke I ni nampak macam masih tergila-gilakan dia""
"Bukan I bermaksud macam tu. Cuma I terfikir, kalau you dah tak ada apa-apa perasaan kat dia, kenapa you tak boleh terima I""
Sudah kujangkakan persoalan ini yang ingin dibangkitkan oleh Daniel. Perlukah aku menegaskannya sekali lagi" Tetapi aku takut sekiranya akan melukakan hati lelaki ini yang ternyata masih setia menantiku. Tetapi kesetiaanku pula seakan-akan tercalar saat aku menerima Yusrizal sebagai suamiku dulu.
"Kenapa you diam""
"Tolonglah Daniel... jangan mulakannya lagi. I tak nak lukakan hati you." "Tapi hati I memang dah terluka Ifa, saat you terima Rizal sebagai suami you. Jadi apa bezanya sekarang" Sama, kan" Tak salah rasanya kalau you nak tambahkan luka di hati I ni!"
"Apa maksud you""
"Apa maksud I" Huh, macam yang I cakap tempoh hari, I masih cintakan you dan akan berusaha memiliki you walau macam mana sekalipun. Kalau perlu I paksa you, I akan buat! Asalkan I dapat memiliki you."
"What" You dah gila ke" You tak boleh paksa I!"
Kemarahanku naik mendadak. Daniel memang melampau. Aku sudah bermurah hati menemaninya makan tetapi ini yang dibalas padaku" Siapa dia untuk memaksa aku" Aku berhak menentukan jodoh aku sendiri. Dah gilakah lelaki ini"
"Siapa kata I tak boleh paksa you" Kalau dulu ya, memang I terlalu pemurah sampai sanggup melepaskan gadis yang I cinta kepada lelaki lain. Tetapi kali ni tidak lagi. I akan dapatkan balik cinta I! " Daniel membidas.
"Sepatutnya dari dulu lagi you dah jadi milik I, bukan Rizal..." sambungnya perlahan. Namun masih punya ketegasan kerana setiap butir kata yang keluar dari mulutnya ditekankan agar cepat meresap ke dalam otakku, mungkin.
Aku pula sudah ternganga tidak percaya. Bagiku, yang berada di hadapanku ini bukanlah Daniel yang telah lama aku kenali. Bagiku dia adalah lelaki lain. Cara dan sifatnya berubah serta-merta. Ke mana hilangnya Daniel yang dulu" Yang tidak pernah memaksa kehendakku" Yang pelembut dan penyayang"
"You tak boleh macam ni Daniel. Macam mana dengan Masyitah" You tak kesian dengan dia""
"Ah, I tak peduli semua tu! Yang I mahukan sekarang ialah you!" katanya keras. Tetapi masih dikawal nada suaranya agar tidak mengganggu pensyarah lain. Air muka kami juga harus dijaga.
"Astaghfirullahalazim... mengucap Daniel. Kawal diri you tu!"
"I masih waras, jangan bimbang," kata lelaki itu.
Mungkin cuba menidakkan andaianku bahawa dia sudah tidak waras.
"Tapi ingat Ifa, I akan dapatkan you..." sambungnya tidak putus asa.
Dengan kata yang berbaur peringatan itu dia terus meninggalkan aku yang ternyata masih tidak percaya dengan tindakannya sebentar tadi.
Aku memicit dahi yang terasa berdenyut-denyut tiba-tiba. Kenapa semua ini harus terjadi" Rasanya mahu saja aku bertempik sekuat hati bagi melepaskan bebanan perasaan ini. Eee! Semua ini Yusrizal punya pasal la! Ternyata dia punca segala masalah.
Ya Allah, apa yang harus kau lakukan" Linda! Ya, Lindalah pengubat hatiku sekarang ni. Dengan pantas aku mengeluarkan telefon bimbit dan no
mbor telefonnya kudail. "Helo Linda. Kau free tak petang ni""
"Wei... bagilah salam dulu. Ni main terjah aje!" marah Linda.
"Ah, kira halallah. Tak berdosa pun kalau tak bagi salam. Yang berdosanya kalau tak jawab salam."
"Apa-apa ajelah kau ni. Hah, apehal" Aku free kut petang ni." "Aku nak jumpa kau."
"Rindu kat aku ke""
"Boleh tak"" tanyaku tanpa menjawab pertanyaannya. Buat menambahkan sakit hatiku
saja. "Boleh cik kak. Kat mana""
"Tempat biasa. Pukul lima, ek"" "Okey, jumpa nanti."
SEKEJAP-SEKEJAP aku melihat jam di pergelangan tangan. Waktu sudah menunjukkan ke angka lima setengah petang. Bermakna sudah empat puluh minit aku menunggu kedatangan
Linda di kafe ini kerana aku tiba sepuluh minit lebih awal. Tetapi sampai sekarang batang hidung gadis itu langsung tidak kelihatan.
Ke mana sajalah perempuan ni" Tak pernah-pernah lambat. Kita lagi ada masalah, waktu macam nilah dia nak datang lambat. Sekali lagi aku melihat jam di pergelangan tangan. Sudah menginjak ke angka lima tiga puluh lima minit petang. Aku semakin gelisah.
"Woit, sorry lambat! Ada extra work tadi." Linda tiba-tiba datang menyapaku dari arah belakang. Terkejut aku bukan kepalang. Minah ni main sergah saja!
"Apesal buat muka macam tu" Sorry la... bukan sengaja. Takkan setengah jam lambat pun dah tarik muka macam tu""
"Tak adalah... kau tu, main sergah-sergah orang pulak. Terkejut aku, tau" Boleh lemah jantung aku macam ni," ngomelku tidak puas hati.
Linda mencebik. "Macam tu pun nak terkejut. Kau ni tak habis-habis lagi dengan penyakit kau, kan" Sikit-sikit nak terkejut. Jangan lemah sangat, cik kak. Be strong. Macam aku ni," ujar Linda sambil mendabik dada.
Aku ketawa. Kelakar pula rasanya.
"Macam kau" Huh, tak payahlah. Tengok kucing berkelahi pun kau lari lintang-pukang," ujarku sambil ketawa. Hatiku bagai digeletek apabila teringat kembali zaman ketika belajar di universiti dulu.
"Syyy...." Linda meletakkan jari ke bibirnya. Matanya meliar memerhati orang sekeliling. "Kau ni pelan-pelan la sikit. Orang dengar malu aku, tau" Yalah, aku lari la... kang diserangnya aku, haru jadinya."
"Pandai laa. nak beralasan. Cakap ajelah kau tu penakut, Linda. Habis cerita!" "Isyyy... kau ni, diam boleh tak" Hah, tadi bukan main lagi nak jumpa aku. Apehal""" Aku terdiam sambil menunduk apabila soalan itu diutarakan. Namun mataku masih memandang Linda yang seperti orang kebingungan dengan lagakku itu.
"Ni apehal pulak ni" Ada problem lagi ke" Pasal Rizal lagi""
Aku menggeleng. Namun selepas berfikir beberapa ketika aku mengangguk pula.
"La... kau ni, yang mana satu" Ya ke tak""
"Ya tu ya la jugak. Bukan kau tak tahu Rizal tu... tapi yang paling merunsingkan aku sekarang ialah Daniel!"
"Daniel" Kenapa pulak dengan Daniel""
Tanpa menunggu lama aku terus menceritakan perkara sebenar padanya. Setiap rentetan kisah yang berlaku dalam hidupku baru-baru ini aku ceritakan padanya. Dan Linda seperti biasa akan mendengar dengan tenang. Linda memang pendengar yang baik. Justeru, aku kadang-kadang akan menggelarkannya recorder'. Kerana semua yang didengarnya akan tersimpan kemas di dalam otaknya.
"Sampai hati kau tak cerita yang kau nak bertunang hari tu," kata Linda selepas aku selesai menceritakan segala-galanya. Nampaknya Linda merajuk.
"Bila masa aku bertunang" Kan aku dah cakap, pertunangan aku dah dibatalkan."
"Memanglah. tapi sampai hati kau tak ceritakan event penting macam tu kat aku."
"Aku bukan tak nak cerita kat kau. Tapi aku sendiri pun tengah buntu waktu tu. Yalah, aku tak tahu apa-apa pun. Tiba-tiba ibu dan abah beritahu yang mereka dah terima pinangan daripada Rizal. Dah la tu, pertunangan akan berlangsung dalam masa beberapa hari aja. Otak aku
ni dah tak boleh nak fikir apa-apa dah," jelasku berharap Linda tidak akan memanjangkan rajuknya.
"Serabut macam mana pun beritahulah aku. Sekurang-kurangnya bolehlah aku kurangkan stres kau tu."
"Yalah... yalah... lain kali kalau ada apa-apa aku beritahu kau. Dahlah, janganlah merajuk," pujukku lagi. Sekadar menghilangkan rasa jauh hati Linda itu.
"Okeylah, kali ni aku maafkan kau. Tapi lepas ni, never!" Linda member
ikan amaran. Nampaknya temanku ini sudah termakan dengan pujukanku. Alah, bagiku Linda hanya ingin menggertakku kerana aku tahu dia tidak mungkin akan melakukannya. Dia terlalu sayangkan persahabatan kami dan aku pun begitu. Kami berdua akan melakukan apa saja untuk memelihara pertalian ini. Tiada apa pun yang boleh memusnahkannya.
"So, kau macam mana sekarang""
Soalan Linda membuatkan aku mengeluh perlahan. Aku tunduk memandang meja sambil tanganku leka bermain-main dengan penyedut minumanku. Hampir rosak aku kerjakan penyedut minuman itu.
"Entahlah Linda... aku tak tahu nak buat apa. Berserabut rasanya. Rizal dengan perangai dia, Daniel pula dengan hal dia. Hai... pening kepala aku ni."
"Relakslah, Ifa. Kau jangan pening-pening. Tenangkan diri kau tu. Barulah nampak jalan keluarnya," kata Linda memulakan sesi kaunselingnya. Itulah kerjaya kedua Linda. Tetapi perkhidmatan itu hanya disediakan untuk aku sahaja.
"Habis tu, aku nak buat apa" Aku langsung tak nampak jalannya."
"Susah-susah, kau terima ajalah Daniel tu. Dia pun mantan kekasih kau, kan" Aku rasa tak ada masalah!" Linda sudah memberikan pandangan. Tetapi nampaknya pandangan yang diberikan kali ini langsung tak bernas.
"Gila kau! Masyitah, tunang dia tu nak letak mana"" bantahku pantas.
"Haah, kan" Lupa pulak aku. Kalau macam tu kau terima ajalah Si Rizal tu. Dia pun akan stop kacau kau. Yalah... sebab dah dapat apa yang dia nak, kan" And automatically will stop Daniel's step."
Lagilah tak bernas! tempelakku dalam hati. Orang nak elak, disuruhnya kita mendekat. Aku menggeleng laju.
"Kenapa"" tanya Linda apabila melihat gelenganku itu.
"Okay what" Dia pun kaya-raya, handsome pulak tu. Tapi bab perangai tu... he he he... aku tak berani jaminlah," sambung Linda dengan idea yang kononnya bernas itu.
"Mana perginya idea-idea bernas kau tu" Ada pulak nak suruh aku terima Rizal. Apa kau ingat aku ni dah desperate sangat ke sampai sanggup pilih dia""
"He he he... aku gurau ajelah. Itu pun nak ambil serius ke""
Aku menghadiahkan jelingan yang maha tajam. Geram dengan lagaknya yang seolah-olah mempermainkan aku yang tengah serius.
"Jeling-jeling! Aku korek biji mata kau nanti baru tau!" marahnya.
"Main-mainkan aku lagi," rajukku lagi.
"Orang gurau ajelah. Sensitif sangat kau ni semenjak dua menjak ni, kenapa" Datang
bulan ek"" "Banyaklah kau punya datang bulan. Eh, cepatlah! Tolong aku ni. Apa yang perlu aku
buat ni"" Linda menongkat dagu sambil jari telunjuknya mengetuk-ngetuk lembut pipinya. Mungkin sedang mencari idea.
"Isy... aku pun tak tahulah. Masalah kau ni rumit sangat. Yang Si Daniel ni pun satu, tiba-tiba aje nak kat kau balik, kenapa" Dah tahu diri tu dah bertunang, masih terhegeh-hegeh lagi," omel Linda.
"Entahlah Linda. Itu yang buat aku pening ni. Aku takut sebenarnya Linda. Buatnya aku tersangkut dengan Si Daniel pulak macam mana" Aku sendiri tak boleh jamin hati aku akan kuat kalau terus dipujuknya. Maklum sajalah, cinta pertama sukar nak dilupakan," terangku dengan nada lemah.
"Isy, kau jangan nak buat hal, Ifa. Kan Daniel dah bertunang" Kau tak kesian ke dengan tunang dia tu""
"Sebab kesianlah aku minta pendapat kau ni. Apa yang perlu aku buat untuk mengelak daripada semua ni" Aku tak nak jadi perosak hubungan orang."
Linda mengangguk tanda faham. Lama dia perhatikan wajahku sebelum membuka
mulut. "Apa kata kalau buat sementara waktu ni, kau cuba elakkan diri daripada dia" At least, sampai dia kahwin dengan tunang dia tu. Tak lama lagi, kan""
"Aku dah cuba Linda. Semenjak dia cakap dia masih cintakan aku, terus aku jauhkan diri daripada dia. Tapi semakin aku menjauh, semakin dekat pula dia dengan aku. Tiap-tiap hari kalau boleh dia nak makan dengan aku. Lepas tu apa saja aktiviti yang aku masuk dengan fakulti mesti dia akan join jugak. Bila aku tegaskan pendirian aku, dia pula akan ingatkan aku yang dia
tetap akan cuba sedaya upaya untuk dapatkan aku semula. Aku buntu Linda. Dah tak tahu nak buat macam mana lagi," luahku panjang lebar.
Terlopong Linda mendengarnya. Mungkin tidak menyangka Daniel yang tampak sopan itu sebenarnya seorang yang kuat mengug
ut. "Isy! Takkan sampai macam tu" Kalau macam tu, ni dah kira kes berat. Aku tak jamin kau akan senang-senang boleh lepas daripada dia. Lagipun, dia dah pernah lepaskan kau dulu. Kali ni aku tak jamin dia akan lepaskan kau macam tu aje."
Aku mengangguk setuju. "Daniel pun ada cakap macam tu jugak dekat aku."
"Kalaulah gitu gayanya, aku dah tak nampak cara lain untuk kau lari daripada Daniel
melainkan kau.... " Linda meleretkan kata-katanya sambil matanya memandangku. Membuatkan
aku mengangkat kening. "Aku apa""
"Kahwin!" Kahwin"
Hesy! Belum terfikir aku nak kahwin lagi, fikirku. Pinangan Yusrizal pun aku dah tolak. Takkan nak kahwin pulak" Nak kahwin dengan siapa" Boyfriend pun tak ada. Lagipun siapa yang nak dengan janda macam aku ni. Hmmm... kecuali Daniel!
AKU peluk bantal panjang yang sudah tersedia di atas katil. Puas berbaring aku meniarap pula. Kalau difikirkan secara mendalam memang ada benarnya kata-kata Linda itu. Itu sahaja caranya untuk menghalang Daniel. Tetapi masalahnya sekarang aku nak kahwin dengan siapa" Dengan Rizal" Isy... minta dijauhkan. Tak sanggup aku! Tu bukan menyelesaikan masalah tetapi mengundang bala. Habis, kalau bukan dengan Rizal... siapa lagi nak dekat dengan aku ni"
Aku bermonolog sendirian. Memikirkan calon-calon yang sesuai. Tetapi satu wajah pun tidak singgah di fikiranku ini. Maklumlah, aku memang tidak punya ramai kawan lelaki. Kalau ada pun semuanya sudah berkahwin. Tetapi kalau ada pun takkanlah aku nak mempromosikan diri" Buat malu aje!
Aduh, sakitnya kepala memikirkan semua ni! Kenapalah aku perlu hadapi perkara-perkara macam ni" Rasanya apa yang sedang aku fikirkan ini lebih sukar daripada menyediakan soalan-soalan akhir semester untuk subjek perakaunan kewangan lanjutan.
Aku mengetuk-ngetuk kepala. Masih cuba sedaya upaya untuk mencari jalan keluar. Kalau dah susah-susah sangat suruh ibu carikan ajelah. Tiba-tiba timbul idea gila itu dari benakku. Apa agaknya reaksi ibu kalau aku suarakan permintaanku ini kepadanya" Mesti terkejut beruk.
Maklumlah, tempoh hari bukan main lagi tak mahu kahwin, sekarang alih-alih minta carikan calon pulak. Mesti ibu fikir dah terdesak agaknya anak perempuannya ini. Tapi hakikatnya pun memang aku terdesak.
Tapi betulkah aku nak kahwin ni" Isy... tak naklah. Takkan tak ada cara lain untuk mengelak daripada Daniel" Mesti ada, kan" Tapi apa caranya ya"
Aku terus memerah otak. Mencari-cari jalan keluar kepada permasalahan aku ini. Pelbagai idea yang aku pertimbangkan sehingga tidak sedar bila aku tertidur malam itu.
9 "IFA... temankan ibu ke Alor Setar. Ifa tak kerja hari nikan"" pinta ibu pada suatu pagi. Pelik pula dengan permintaan ibu ini. Selalunya ibu hanya akan keluar bershopping jika ditemani oleh abah saja. Maklumlah perempuan kalau bershopping memang tak ingat dunia. Bila abah ada, semua barang yang hendak dibeli haruslah dapat kebenaran daripadanya.
Kadang-kadang geli hati pula apabila aku memikirkan semua itu. Seringkali aku melihat ibu memuncung kerana tidak dapat berbelanja untuk barang kesukaannya. Membazir, kata abah. Tetapi itu semua tidak membuatkan ibu memberontak hebat. Sekadar rajuk kecil yang sudah tentu bisa dipujuk oleh abah. Dalam keadaan apa jua pun, suami harus diutamakan.
"Abah Ifa tu tak dapat temankan ibu. Dia yang suruh ibu pergi dengan Ifa," jelas ibu tanpa sempat aku bertanya. Pandai betul ibu membaca fikiranku.
"Boleh ibu. Ifa tak kisah pun. Ifa pun ada barang jugak nak beli. Emmm... ibu nak beli apa"" tanyaku ingin tahu.
"Nak beli apa lagi" Barang dapurlah. Dah tak ada apa kat dapur tu. Nak masak untuk tengah hari nanti pun tak boleh. Nak harapkan kamu" Huh, masuk dapur pun liat."
Padan muka aku! Dah kena peluru tanpa mata dari ibu. Apa lagi yang aku mampu lakukan melainkan tersengih malu.
Dalam diam aku mengakui kata-kata ibu itu.
"Alah ibu ni, selalu nak mengata Ifa. Yalah, yalah... hari ni Ifa temankan ibu. Lepas tu biar Ifa yang masak hari ni. Kita tengok siapa yang handal memasak," kataku cuba mencabar ibu.
"Eleh, nak lawan ibu konon! Cara yang kamu masak dengan ibu sama aje, sayang. Bukan ke ibu yang ajar ka
mu masak" Sama aje rasanya nanti," tempelak ibu.
"Eh, tak adalah! Tak sama punya. Sebab Ifa masak pakai buku resipi. Ha ha ha...." Aku tertawa kuat. Seronok dapat mengenakan ibu. Ketawaku semakin kuat apabila ibu menarik muka masam.
"Mengarut aje kamu ni. Cepatlah siap! Nanti abah balik kita tak masak-masak lagi, mahunya muncung seminggu tak hilang." Kata ibu selamba.
Aku tertawa geli hati. Mungkin ibu serik. Yalah, pernah sekali abah balik, tapi ibu belum masak, naik angin orang tua itu. Nak pulak mood abah ketika itu tidak begitu baik gara-gara dimarahi orang atasan. Terpaksalah aku keluar membeli lauk di gerai Pak Hashim.
AKU bersandar di pintu kereta. Peluh yang memercik di dahi kukesat dengan menggunakan tisu yang memang tidak akan aku lupa untuk bawa bersama. Maklumlah aku ni kuat berpeluh. Terutama sekali di bahagian hidung. Orang kata kalau kuat berpeluh di bahagian hidung tandanya kuat cemburu. Mungkin benar juga.
Tiba-tiba fikiranku menjengah kenangan lima tahun lepas.
Aku masih ingat kejadian pada suatu malam. Ketika itu aku sedang menyiapkan makan malam. Jam sudah menunjukkan pukul sepuluh malam. Entah mengapa tiba-tiba Yusrizal
mengadu kelaparan. Sedangkan pada waktu itu sudah tiada apa-apa makanan yang tinggal. Aku sudah menghabiskan kesemuanya. Sementelah pula, Yusrizal memang tidak gemar makan di rumah. Selama kami berkahwin boleh dikira berapa kali dia merasa hidangan yang aku sediakan. Itu pun jika ada ahli keluarga, sanak saudara ataupun kawan-kawan yang makan di rumah. Semua itu dilakukan kerana tidak mahu mereka semua menghidu akan kedinginan rumah tangga kami.
"Dah siap belum"" tanya Yusrizal dengan nada kasar. Terkejut aku dibuatnya. Bergegar tubuhku mendengar suaranya yang bagaikan halilintar membelah bumi. Hampir terlepas mangkuk yang berisi air asam jawa yang kupegang. Begitulah Yusrizal. Tidak pernah ingin bercakap dengan nada lembut apabila berdua denganku.
"Kejap lagi bang. Ifa nak masukkan air asam jawa ni. Lepas tu siaplah," ujarku tergagapgagap.
"Lembab betul!"
Aku mendiamkan diri. Walaupun sedikit terasa dengan herdikan suamiku itu, tetapi aku hanya mengambil langkah mudah dengan berdiam diri. Kerana aku tahu kalau aku menjawab, makin berapi amarah Yusrizal kepadaku. Itu hanya sedikit jika nak dibandingkan dengan sebelum ini. Aku sudah lali dengan semua itu.
Tanpa melengahkan masa aku terus menyiapkan kerja-kerja memasakku. Kalau lambat nanti makin teruk aku disemburnya. Setelah siap, pantas aku menghidangkannya di atas meja di ruang makan. Kemudian aku memanggil Yusrizal yang sedang menonton televisyen di ruang tamu. Cepat sahaja Yusrizal menapak ke meja makan. Mungkin sudah lapar benar. Aku juga pantas menyendukkan nasi ke pinggannya. Namun, apabila aku ingin mengambil lauk untuknya, dia pantas menghalang.
"Tak payah nak layan aku macam putera raja. Tahulah aku nak ambil sendiri. Dah, pergi! Nanti hilang selera aku nak makan bila menghadap muka kau!"
Perlahan-lahan aku meletakkan kembali sudu ke tempat asalnya. Berkira-kira hendak naik ke bilik. Sedikit perasaan kecewa hadir dalam diri dengan kelakuan Yusrizal. Tiada langsung ucapan terima kasih padaku yang telah bersusah payah menyediakan makanan untuknya. Malah, dihalaunya pula aku.
Belum pun sempat kakiku memijak anak tangga pertama, aku terdengar lelaki itu memanggil namaku. Pantas aku mendapatkannya.
"Ada apa bang""
Yusrizal menghadiahkan jelingan tajam sebelum bersuara. "Kupaskan buah epal kat dalam peti ais tu. Aku nak makan!"
Aku menganggukkan kepala. Pelik juga aku dengan perangai Yusrizal hari ni. Macam-macam pula yang dimintanya. Kalau sebelum ni jangankan nak merasa hidangan yang aku sediakan, malah apa-apa barang dapur yang aku dibeli juga tidak akan disentuhnya. Begitulah bencinya Yusrizal padaku.
Sedang aku leka mengupas buah epal, tiba-tiba aku terdengar telefon bimbit Yusrizal berdering. Pantas saja dia mendapatkan telefon bimbitnya itu.
"Hai, sayang. Kenapa telefon I ni" Takkan dah rindu kut"" sapa Yusrizal pada orang di hujung talian.
Dari lenggok bicara Yusrizal aku sudah dapat mengagak siapakah gerangan yang menelef
onnya. Sudah tentu Anne, teman wanita Yusrizal yang seksi itu. Maklumlah... model terkenal.
Yusrizal begitu asyik sekali melayan kekasih hati. Sekejap tersenyum, sekejap ketawa. Suaranya pula lembut dan romantik sekali. Bukan suara yang selalu diperdengarkan pada aku setiap hari. Terlintas di fikiranku, jika Yusrizal mahu melayan aku sebegitu, sudah tentulah aku perempuan yang paling bahagia di dunia ini. Walaupun Yusrizal tidak pernah menganggap aku sebagai isterinya dan selalu mengherdik aku, tetapi itu semua tidak menghalang perasaan sayangku bercambah untuknya.
Kadang-kadang aku tidak mengerti, mengapa aku perlu mencintai lelaki sepertinya" Tetapi apakan dayaku untuk menolak takdir yang Maha Esa. Dia sudah menentukan semuanya. Perasaan cemburu mudah sahaja bermukim di dadaku apabila mendengar perbualan Yusrizal dengan Anne sehingga tidak sedar yang aku sudah terhiris jariku sendiri. Aku hanya tersedar apabila mataku terpandangkan jariku yang sudah berlumuran darah. Waktu itu barulah rasa sakit datang menjengah. Pantas aku menuju ke singki dan mencuci luka itu. Aku merintih perlahan apabila air mengenai bahagian yang luka. Aku tidak mahu Yusrizal menyedari akan situasi itu. Nanti aku juga yang malu.
Setelah yakin darah sudah berhenti mengalir, aku mengesat tanganku. Kemudian aku menyambung semula mengupas epal yang tergendala tadi.
Aku tertawa kecil sambil menggeleng kepala. Akibat cemburu hampir hancur jari aku kerjakan. Sedangkan hakikatnya aku tidak layak untuk cemburu. Sepatutnya aku sedar siapa diriku di sisi Yusrizal. Aku tidak ubah seperti perempuan simpanannya saja. Cuma yang membezakan aku dan perempuan simpanan ialah, aku tidak pernah disentuhnya.
Hampir setahun usia perkahwinan kami, tidak pernah walau sekali pun menggoyangkan iman Yusrizal terhadapku. Maklumlah, dia sudah punya tempat untuk melampiaskan nafsu. Jika
hendak dibandingkan aku dengan Anne, memanglah jauh berbeza pada waktu itu. Sudah tentu aku tidak akan mampu bersaing untuk mendapatkan Yusrizal.
Aku sedikit tersentak apabila terasa ada tangan yang menampar kuat bahuku. Hilang bertaburan lamunanku sebentar tadi. Kelihatan ibu sedang memandangku dengan kerutan di dahi.
"Kamu ni kenapa Ifa" Termenung sampai tak ingat dunia sekeliling. Sampai ibu buka pintu kereta pun kamu tak sedar," omel ibuku.
Aku hanya tersengih malu sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Ibu menggelengkan kepala lalu bergerak ke bonet kereta.
Pada waktu itu barulah aku tersedar seperti ada seseorang yang sedang membantu ibu memunggah barang-barang lalu dimasukkan ke dalam bonet kereta.
Pantas aku menjengah ke belakang. Serasa seperti aku kenal lelaki itu.
"Awak""" Macam mana pulak awak boleh ada kat sini"" sergahku pada lelaki itu.
Ke mana saja aku pergi, ada saja wajahnya. Apa yang lelaki ini buat di sini" Takkanlah mengekori aku dan ibu kut. Isy... ini tak boleh jadi ni!
"Abang terserempak dengan ibu tadi. Kesian pulak tengok ibu bawa banyak barang. Sebab tu abang tolong," balas Yusrizal.
"Betul tu. Nak harapkan kamu, entah ke mana sajalah kamu lesap. Bukan nak tolong ibu bawakan barang. Nasib baik ada Rizal ni. Kalau tak, tak tahulah ibu macam mana nak bawa barang yang banyak ni."
Aku mengerutkan dahi. "Apa pulak bu. Kan ada troli tu. Tolak ajelah sampai ke kereta. Apa yang susah"" Aku membantah. Tidak mahu mengalah.
Ibu memang suka malukan aku. Jatuh air muka di depan Yusrizal. Mesti dia ingat aku pemalas kerana tidak mahu menolong ibu. Padahal dia tidak tahu hal yang sebenarnya. Ibu kalau memilih barang memang lama. Sebab itulah abah tidak membenarkan dia keluar bershopping denganku.
Oleh kerana rasa bosan kerana sedari tadi menunggu ibu memilih barang, aku mengambil keputusan untuk menunggu ibu di kereta sahaja. Ditambah pula dengan manusia yang membanjiri Pasar Raya Tesco hari ini, makin menambahkan rasa sesakku. Sejak kecil aku memang tidak suka dikelilingi orang ramai.
"Pandailah kamu tu nak membela diri. Sudah, ibu dah lapar ni. Jom kita pergi makan dulu. Rizal makan dengan kami sekali ye"" Ibu dengan senang hati mempelawa Yusrizal.
Lelaki itu dengan senang hati p
ula menerima pelawaan ibu. Aku pelik. Bukankah tadi ibu beria-ia mahu membeli barang dapur sebab nak memasak untuk makan tengah hari. Ni nak makan di kedai pulak. Habis tu, abah nak makan apa tengah hari nanti"
"Tadi, ibu kata nak balik masak. Ni, kenapa nak makan kat kedai pulak ni" Bila abah balik nanti, kita tak masak lagi."
"Ibu dah telefon abah tadi, ajak makan kat luar. Ofis abah pun bukan jauh sangat. Biarlah, sekali-sekala makan kat luar apa salahnya, kan Rizal""
Yusrizal tersenyum sambil menganggukkan kepala. Mengiakan kata-kata ibu. Mereka kelihatan senang hati sekali. Aku pula yang keresahan. Makan dengan Yusrizal" Erk... naik loya pula tekak aku.
Apalah malang nasib aku hari ini bertemu muka dengannya. Itulah, siapa suruh aku teringatkan dia. Kan dah muncul di depan mata, marah aku dalam hati.
AKU mengetuk-ngetuk meja sambil melihat jauh ke luar melalui cermin kaca sebuah retoran yang dipilih oleh Yusrizal sebagai tempat untuk menjamu selera pada tengah hari itu. Ibu, abah dan Yusrizal sibuk memilih makanan yang pelbagai. Sedangkan aku pula menjadi penunggu setia di meja makan. Aku tidak berniat untuk makan. Seleraku sudah hilang! Kukira hendak menelan dua butir nasi pun sudah tidak mampu. Aku hanya meminta abah membelikan aku teh ais kegemaranku sahaja bagi mengalas perutku tengah hari ini.
Pada mulanya hairan juga orang tuaku kerana aku menolak untuk makan walaupun puas dipujuk. Tidak ketinggalan juga Yusrizal. Katanya, takut perutku masuk angin. Penyibuk! Biarlah perut aku nak masuk angin, bukan perut dia. Yang sibuk sangat tu kenapa" Sifat degilku bukan mudah untuk dilenturkan. Apatah lagi jika melibatkan bekas suamiku itu, lagilah menjadi keras kepalaku.
Aku tetap berkeras tidak mahu makan. Aku berikan alasan yang aku kenyang. Mungkin ibu dan abah malas mahu memujuk lagi, lantas mereka terus berlalu untuk mengambil makanan.
"Hai, termenung jauh nampak!"
Aku mencebikkan bibir. Walaupun mataku masih menghala keluar, tetapi aku sudah tahu gerangan empunya suara itu. Makin menyampah aku dibuatnya.
"Ni, air yang Ifa pesan." Yusrizal menghulurkan gelas berisi minuman kepadaku. Tanpa memandang wajahnya, aku terus mencapai gelas itu dan menghirup airnya. Tidak aku peduli
pada mata nakal Yusrizal yang memerhati tingkah lakuku. Yang aku tahu, tekakku harus dibasahkan. Aku memang dahaga saat itu.
Selepas separuh gelas teh ais aku hirup, barulah aku melepaskan straw dari bibirku. Lega rasanya. Terasa sejuk sikit badanku ini. Barulah senang hati. Namun kesenangan itu sedikit terganggu apabila terperasankan mata Yurizal yang masih tidak sedikit pun beralih dari wajahku ini.
"Kenapa pandang saya macam tu"" tanyaku, tidak puas hati. Lain macam saja cara lelaki ini pandang aku. Tiba-tiba otakku berfikir kemungkinan Yusrizal telah mengenakanku. Jangan-jangan dia dah letak ubat tidur kat dalam air ni" Tak pun dia dah pukau aku dengan air ni" Lagipun aku bukan minta dia yang belikan air ini, tetapi abah. Kenapa dia pula yang bawakan minuman untuk aku. Mana abah" Aku pun satu, terus saja minum tanpa berfikir panjang. Kalau betullah dia dah letakkan something kat dalam air ni, maknanya aku sudah terlambat untuk mengelak.
"Mengutuk abanglah tu." Yusrizal serkap jarang. Tetapi nampaknya serkap jarang lelaki itu mengena pula.
"Yang awak pandang saya macam tu, kenapa" Jangan-jangan awak dah masukkan ubat tidur kat dalam air ni. Tu yang awak pandang saya macam tu, nak tengok ubat tu berkesan ke
tak." Kata-kataku disambut oleh ilai ketawa Yusrizal. Tetapi masih lagi dalam nada yang kurasakan agak slow.
"Sampai macam tu sekali prasangka Ifa terhadap abang" Sayang, tak adanya abang nak buat benda-benda tak berfaedah tu. Buang masa aje."
"Habis, mana abah" Kan saya minta abah yang belikan, bukan awak!"
"Abah yang minta abang bawakan kat Ifa," terangnya. "Yalah, tapi mana abah" Takkan lama sangat pilih makanan""
Mataku melilau mencari kelibat abah dan ibu. Tetapi tidak pula aku nampak kelibat mereka berdua. Ke mana mereka pergi"
"Abah dan ibu dah nak habis makan pun," ujarnya sambil memuncungkan bibir ke arah meja makan yang terletak d
i sudut belakang restoran itu.
Aku pantas mengalihkan pandanganku ke situ. Alangkah terkejutnya aku apabila menangkap kelibat mereka. Benar kata Yusrizal. Abah dan ibu sudah hampir selesai makan. Maknanya mereka memang sengaja membiarkan aku di sini bersama lelaki ini.
Tiba-tiba saja aku merasakan ada gunung berapi yang bakal meletus. Sampai hati abah dan ibu buat macam ni. Kalau aku tahu lebih awal ini yang bakal mereka lakukan, sudah tentu aku pulang dulu. Menyakitkan hati aje! omelku di dalam hati.
"Dah, tak payah nak buat muka macam tu. Tak baik tau marahkan orang tua," tegur Yusrizal.
Eleh, nak tunjuk baik konon! Tapi bila difikirkan ada benarnya juga. Berdosanya aku kerana marahkan ibu dan abah. Dengan jelas pulak tu, aku tunjukkan kemarahanku itu. Malu pula aku dengan Yusrizal.
"Saya nak baliklah," beritahuku dan terus mencapai handphone dan dompetku.
Yusrizal yang baru menjamah makanan, sedikit terkejut.
"Eh, takkan dah nak balik. Abang makan pun tak habis lagi. Nanti ibu nak balik dengan siapa"" tanyanya dengan suara yang agak cemas.
"Ada saya peduli awak dah habis makan ke belum" Pasal ibu, awak tak payah nak risaukan. Abah boleh hantarkan. Tak pun apa kata awak buat amal jariah sikit. Tolong hantarkan ibu balik ek," kataku selamba dan berura-ura hendak bangun. Tetapi nampaknya Yurizal lebih pantas. Tanganku digenggamnya kuat. Tanda tidak membenarkan aku berganjak dari tempat duduk.

"Eh, apa pegang-pegang ni" Lepaslah!" marahku sambil cuba melepaskan genggaman tangan sasa itu.
"Abang akan lepaskan, tapi sebelum tu sayang kena janji yang sayang akan temankan abang makan," ugutnya.
Aku mengetap bibir tanda tidak puas hati. Ah, lelaki ini penuh dengan ugutan.
Aku masih cuba melepaskan genggaman tangannya. Tidakku peduli kepada ugutannya itu kerana aku yakin jika aku berusaha pasti akan berjaya. Boleh pakai ke pepatah saat macam ni" Ah, lantaklah. Yang penting tanganku harus dilepaskan.
"Isy, lepaslah. Sakit tahu tak" Tangan dahlah macam gorilla!" Sempat lagi aku mengutuk tangannya itu.
Yusrizal melepaskan tawanya apabila mendengar kata-kataku itu. Kuat pulak tu. Merona wajahku apabila para pengunjung restoran yang duduk berdekatan dengan kami mula hilang minat terhadap makanan mereka kerana mungkin merasakan apa yang berlaku di depan mata mereka saat ini lebih menarik perhatian.
"Eh, awak tak malu ke... semua orang dah tengoklah!"
"Biarlah orang tengok. Abang peduli apa. Kalau Ifa tetap berdegil, abang tak kisah kalau kita perlu begini sampai esok pagi!" ugutnya lagi.
Tak boleh jadi ni! bentak aku dalam hati.
Sudah penat aku mencuba tetapi masih tidak menampakkan hasil. Lenganku sudah berbirat dikerjakan dek manusia bertangan gorilla ni. Peminat-peminat drama sebabak yang aku persembahkan dengan Yurizal saat ini semakin bertambah. Malu tak usah dicakap. Kalaulah ada student aku kat sini, memang kes niaya. Heboh satu UUM nanti, pensyarah fakulti perakaunan main tarik tangan dengan lelaki'!
Abah, ibu tolong Ifa!!! Mataku pantas mencari ibu dan abah. Pandangan penuh mengharap aku lemparkan buat mereka. Berharap mereka sudi menghentikan perbuatan tidak berakal Yusrizal ini.
Dari jauh dapat kulihat riak kerisauan di wajah ibu. Mungkin risau sekiranya Yusrizal melakukan perkara-perkara yang tidak baik terhadapku. Tahu pun risau! Tetapi tinggalkan aku berdua-dua dengan lelaki sewel ni, tak risau pulak.
Aku alih pandangan buat abah pula. Abah tersenyum melihatku. Ah, abah! Waktu gawat macam ni pun boleh senyum lagi. Tetapi senyuman abah disusuli dengan anggukan pula. Apa erti anggukan itu" Aku kurang mengerti. Abah seakan memahami kerutan di dahiku ini. Lalu abah memberikan isyarat mulut dan tangan terhadapku. Barulah aku mengerti. Rupa-rupanya abah mahu aku duduk semula.
Ah, tidak! Aku takkan ikut kehendak lelaki ini. Tetapi kalau aku tak turutkan, aku juga yang bakal malu. Makin ramai pula peminatku nanti. Alamak, tak boleh jadi ni! Pengurus restoran pun dah menjeling semacam ni. Malunya!
Lalu tanpa berfikir panjang aku kembali duduk di hadapan Yusrizal. Lelaki itu lantas tersenyum senang. Mungkin merasakan kemenangan
di pihaknya. Aku menjeling tajam. Tak apa, hari ni hari kau! Hari aku belum sampai lagi. Sampai hari aku nanti, tahulah kau! cemuhku di dalam hati.
"Helo, saya dah duduk, kan" So, boleh tak lepaskan tangan saya ni"" "Okey!" ujar lelaki itu. Masih tersenyum.
Langsung tiada riak bersalah di wajahnya kerana telah memalukan aku. Ah, dasar lelaki muka tembok!
"Rasa macam tak nak lepas. Seronok pulak!"
Aku menjegilkan mata. Dia tertawa lucu dengan tingkah lakuku itu. Kemudian dia kembali menjamah makanannya.
Aduh, sakitnya tanganku ini. Merahnya! Berbirat pulak tu! Alamak, berapa hari nak hilang ni" Sakitnya hati. Kalau diikutkan mahu aku cekik saja lelaki ini biar mati. Kecik-kecik tak nak mampus, dah besar menyusahkan orang.
"Kenapa" Sakit ke"" Yusrizal bertanya tiba-tiba. Mungkin dia perasan riak wajahku yang berkerut-kerut sambil menggosok lenganku yang digenggamnya tadi.
"Tak adalah, sedap sangat... " jawabku dengan nada ceria yang dibuat-buat. Sudah nampak muka kita berkerut ditanya lagi. Apa dia ingat tangan dia tu lembut macam perempuan"
"Nanti hilanglah tu. Sakit sekejap aje," ujar Yusrizal lebih kepada memujuk. Senang aja cakap, bukan dia yang rasa, tapi aku!
"Ifa... " panggil Yuzrizal apabila aku tidak memberikan apa-apa reaksi terhadap kata-katanya tadi.
Aku memandangnya sekilas. Kemudian kembali menumpukan perhatian pada lenganku yang berbirat kemerahan itu.
"Ifa...!" panggilnya sekali lagi. Kali ini suaranya kedengaran keras sedikit. Mungkin marah kerana aku tidak mengendahkannya.
"Boleh tak cepat sikit makan tu. Kalau macam nilah cara awak makan, sampai bila-bila pun tak luak nasi tu. Saya nak balik ni!" Pantas aku memintas percakapannya. Malas mahu mendengar butir bicaranya yang lebih kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah itu.
Wajah Yusrizal sedikit berubah dengan kata-kataku itu. Namun, dengan perlahan-lahan dia kembali menyambung semula makan. Tiada lagi suara yang kedengaran selepas itu. Sehinggalah dia selesai makan. Aku menarik nafas lega. Bermakna aku sudah boleh pulang ke rumah. Cepat saja aku mengemas barang-barangku. Bersedia untuk pulang.
"Nak ke mana tu" Abang belum habis bercakap dengan Ifa lagi ni."
"Apa lagi" Saya nak baliklah. Ibu dengan abah mesti dah lama tunggu!"
"Ibu dan abah agaknya dah sampai rumah dah pun!"
"What"" Aku pantas mengangkat wajah.
Yusrizal hanya tersenyum sambil mengalihkan pandangan ke arah tempat yang diduduki oleh abah dan ibu tadi. Aku juga pantas memusingkan wajahku ke belakang. Benar seperti yang dikatakan oleh Yusrizal. Meja makan yang diduduki oleh ibu dan abah sudah kosong. Bertambah kecewa aku diperlakukan sebegitu. Kenapa ibu dan abah pulang tidak maklumkan kepada aku dulu" Kenapa tinggalkan aku begini" Sakitnya hati! Memang dah meletup ni!
"Jangan marahkan mereka. Abang yang suruh ibu dan abah pulang dulu. Abang ada perkara nak cakapkan dengan Ifa. Nak minta tolong sebenarnya," terang Yusrizal dengan nada lembut.
Pandailah, nak minta tolong suara lembut bukan main. Hai, Yusrizal... kalaulah kau bersuara lembut begini dahulu, mungkin bukan layanan yang sebegini aku persembahkan
padamu. Biarpun kau tidak mencintai aku, tetapi aku tidak kisah kerana layanan sebegini sudah mencukupi buatku.
"Awak nak minta tolong apa" Cepatlah!" Aku mula berkompromi. Malas lagi hendak bergaduh. Hanya menambahkan kedutan di wajahku ini. Cepat tua kata orang tua jika selalu marah-marah. Walaupun ternyata aku bukanlah muda remaja lagi.
"Hujung minggu ni kompeni abang ada buat annual dinner. Jadi abang nak ajak Ifa temankan abang, boleh tak""
"What" Temankan awak" Tak naklah!" Pantas saja aku memberikan jawapan tanpa berfikir dahulu. Memang mustahil aku menemankan lelaki itu ke majlis-majlis seperti itu.
"Alah Ifa, please... abang tak tahu nak ajak siapa. Abang bukan kenal sesiapa pun kat sini, melainkan Ifa sorang..." rengek Yusrizal dengan wajah kasihannya.
Aku menjeling. Geli pula apabila Yusrizal merengek macam tu!
"Ooo... maknanya kalau ada orang yang awak kenal, awak takkan ajak sayalah. Macam tu" Kalau macam tu, saya dengan senang hatinya offer kawan-kawan saya yang masih sing
le, kalau awak nak," kataku dengan nada terkilan. Aku sendiri tidak mengerti mengapa aku perlu berasa terkilan apabila Yusrizal berkata begitu. Perasaan aku pada waktu itu seperti mengkehendaki supaya Yusrizal mengajak aku kerana dia sememangnya mahu aku menemankannya.
"No! Jangan salah anggap sayang. Bukan begitu maksud abang. Kalau boleh memang abang nak Ifa yang temankan abang. Ifa masih ingat dulu, masa kita masih suami isteri" Abang tak pernah bawa Ifa, kan" Tapi abang bawa Anne, Ifa ingat tak""
Serta-merta wajahku berubah. Terasa ada air mata yang bergenang apabila aku ingat peristiwa itu. Sebak mencengkam jiwa. Pantas aku alihkan wajah daripada pandangan Yusrizal.
"Abang tahu Ifa terluka malam tu. Hati abang tersentuh bila abang balik, abang tengok Ifa tertidur kat sofa dengan pakaian yang mama belikan untuk dinner malam tu. Ifa tunggu abang ambil Ifa, kan" Abang... "
"Cukup! Saya tak nak dengar!" Serentak dengan itu air mataku menderu laju menuruni pipi. Cepat juga aku mengesatnya. Aku tidak mampu mengawal kesedihan tatkala mengenangkan peristiwa itu. Hilang maluku saat ini.
Yusrizal pula kelihatan tergamam apabila melihat aku menangis.
"Ifa, abang... abang tak bermaksud nak lukakan hati Ifa. Oh, no! What have I done" Ifa, please... jangan menangis," pujuk Yusrizal.
Namun itu belum cukup untuk menenangkan perasaan aku. Makin banyak pula air mataku mengalir. Sudah lama aku tidak menangis. Hari ini seakan-akan luahan perasaan buatku. Di depan Yusrizal pulak tu!
"Ifa, abang minta maaf kalau abang dah buat Ifa terluka. Abang tak bermaksud macam tu..." pujuk Yusrizal lagi. "Saya nak balik!"
Aku terus bangun dan berlalu dari situ. Tidak berpaling ke belakang lagi.
Yusrizal juga tidak menghalang aku lagi. Aku malu sebenarnya. Menjatuhkan air mata di depannya memang tidak aku duga. Daripada dulu lagi aku memang tidak akan sesekali menangis di hadapannya, kecuali kalau aku benar-benar terluka. Tetapi itu jarang sekali berlaku. Tetapi kenapa hari ini mudah benar air mataku jatuh"
10 "CANTIKNYA!" Gaun malam berwarna biru muda yang mama tunjukkan padaku benar-benar membuatkan aku teruja. Dengan fabrik shiffon yang telah dialas di bahagian dalam baju dan labuci bertaburan di bahagian dada, benar-benar menaikkan seri gaun itu. Ditambah pula dengan jahitan manik di tepi kain, sudah cukup membuatkan aku tidak berkelip mata. Keinginan untuk memiliki gaun itu juga begitu memuncak. Tetapi aku segera lupakan keinginanku itu apabila mataku tertancap pada tanda harga yang tergantung. RM700.00" Fuh! Mahal giler! Dengan duit sebanyak itu boleh menampung hidupku selama sebulan. Tidak sanggup rasanya hendak aku habiskan dalam masa sehari.
"Cantikkan Ifa" Cubalah... manalah tahu kalau sesuai dengan Ifa."
"Eh, tak perlulah mama. Sesuai tu Ifa rasa... memang sesuai. Tapi yang tak sesuai sekarang ni duit aje," ujarku dengan nada bergurau. Aku tertawa kecil dengan kata-kataku sendiri.
Ketika itu kami sedang berada di sebuah butik yang agak terkenal di kalangan orang-orang ternama seperti mama. Malam esok mama akan menghadiri jamuan tahunan AMA
Holdings bersama papa. Jadi hari ini mama telah meminta aku menemaninya untuk mengambil baju yang telah ditempah sebulan lalu untuk dipakai pada malam itu. Butik inilah yang menjadi tempat mama dan rakan-rakan mama menempah pakaian. Kata mama, pilihan di sini memang banyak. Selain mempunyai pakar perunding fesyen yang berpengalaman, mereka juga sangat menitikberatkan kepuasan pelanggan. Itulah yang menyebabkan mama menjadi salah seorang pelanggan tetap di sini.
"Isy... yang tu jangan difikirkan sangat. Kalau difikirkan memang sampai bila-bila pun tak ada peluang kita nak bergaya dengan baju-baju cantik. Dah, pergi cuba saja. Cantik tu!"
"Tak perlulah mama. Membazir aja. Lagipun Ifa nak buat apa dengan baju tu. Nak pakai pergi kerja pun macam melampau sangat," bantahku, lembut. Tidak mahu menggores perasaan ibu mentuaku itu.
"La, esokkan annual dinner kompeni kita. Bolehlah pakai esok. Takkan nak pakai baju lama kut. Ifa tu salah seorang isteri ahli board of directors. So, kenalah bergaya sikit."
"Ifa t ak pergilah mama," beritahuku.
"Eh, takkan Ifa tak pergi" Kan ke Rizal pergi esok" Takkan nak biarkan Rizal pergi sorang-sorang""
Suamiku pergi" Tapi kenapa dia tak cakap apa-apa pun" Sebelum ini aku ingatkan suamiku itu tidak turut serta. Nak jawab apa kat mama ni" Memang nampak peliklah kalau Yusrizal pergi tanpa aku, kerana aku ini isterinya. Sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah, sudah semestinya agak janggal sekiranya dia pergi berseorangan.
"Dah, tak payah nak buat muka macam tu. Sekarang ni Ifa pergi cuba baju tu. Kita tengok sesuai ke tak" Ifa kena pergi majlis tu esok, tahu""
Alamak, mama sudah mengeluarkan arahan. Bermakna aku sudah tidak punya pilihan lain. Mama pula sudah memanggil pekerja di butik itu dan menyuruhnya menurunkan gaun tersebut. Aku sudah tidak dapat berbuat apa-apa melainkan hanya menurut perintah.
Isy... nampak seksi pula baju ni! bisikku sendirian di hadapan cermin. Sudah hampir sepuluh minit aku berada di dalam fitting room yang telah disediakan di butik itu. Enggan keluar kerana malu. Gaun ini memang cantik tetapi kelihatan agak seksi. Tidak pernah aku memakai gaun yang secantik ini. Selama ini hanya baju kurung yang menjadi pakaianku. Kalau berseluar pun aku akan pastikan seluar yang kupakai itu bersaiz 'L'. Manakala blaus pula, akan kupastikan juga bersaiz 'L', iaitu jauh lebih besar daripada saiz tubuhku yang lebih kecil. Bagiku, ia lebih selesa.
Sedangkan baju ini pula lebih mengikut bentuk tubuh. Terserlahlah bentuk tubuhku yang sebenarnya dengan gaun ini. Walaupun tiada seinci tubuhku yang terdedah, tetapi aku masih berasa malu kerana tidak biasa.
"Ifa, dah ke belum""
Ketukan di muka pintu bilik persalinan itu memeranjatkan aku yang sedang kalut sendiri.
"Kejap mama. Ifa nak keluarlah ni!" laungku dari dalam. Aduh, apa-apa pun aku mesti keluar. Kasihan mama yang sudah lama menunggu. Lalu, dengan berat hati aku melangkah keluar selepas meletakkan tudung di kepala. Sekadar menutup rambutku yang terdedah. Takut juga sekiranya ada pengunjung lelaki di situ. Free saja mengumpul dosa. Dosa besar pulak tu!
"Amboi, cantiknya menantu mama," kata mama sebaik saja aku keluar dari fitting room. Kedua-dua belah tangan mama mencapai bahuku lalu ditilik setiap inci tubuhku.
Merona wajahku apabila dipuji sebegitu. Apatah lagi apabila aku menyedari kehadiran dua pembantu butik di situ. Mereka tersenyum melihatku. Entah untuk apa mereka tersenyum aku sendiri tidak mengerti.
"Cantiklah Ifa. Padan sangat dengan Ifa. Kalau Ifa pakai ni memang tak berkelip mata Rizal nanti. Kita beli ya""
"Tapi mahal sangat la ma. Sayang rasanya nak keluarkan RM700.00 untuk beli baju ni!" Aku cuba berkompromi dengan mama. Berharap agar mama faham dengan apa yang aku fikirkan. Gajiku sebagai account executive tidak seberapa. Walaupun hakikatnya aku punya suami yang kaya-raya, tetapi ia tetap tidak merubah kehidupanku. Nampak saja tinggal di rumah mewah, tetapi kehidupanku tidak semewah dan sebahagia yang difikirkan.
Boleh dikatakan hampir keseluruhan barang dapur aku yang sediakan dengan menggunakan duit aku sendiri. Yusrizal jarang sekali memberikan aku duit untuk berbelanja seperti lazim yang dilakukan oleh seorang suami. Sementelah pula dia jarang menyentuh barang-barang yang aku beli dan hidangan yang aku sediakan. Kebiasaannya, aku hanya memasak untuk diriku sendiri. Mungkin itulah yang difikirkan oleh lelaki itu. Untuk apa dia memberikan aku duit sekiranya dia langsung tidak memakannya.
Lelaki itu hanya akan memberikan aku duit sekiranya dia terniat untuk berbuat demikian. Dan selalunya dia tidak akan memberikannya secara langsung kepadaku. Dia hanya akan meninggalkan di atas meja makan bersama satu nota kecil yang menyatakan itu adalah untuk perbelanjaan harianku. Begitulah seksanya kehidupanku bersama Yusrizal. Dia bukan sahaja menyeksa aku secara zahir tetapi juga batin.
"Alah, tak payah nak kasi alasan kat mama. Kita beli aja gaun ni. Mama belanja!"
Terkejut aku dengan kata-kata mama itu. Masakan mama hendak belikan gaun itu untukku. Ah, segannya. Bukannya murah pulak tu. Nanti apa pula kata Yusrizal dan pa
pa" "Eh, tak payahlah susah-susah mama. Okeylah... Ifa beli. Biar Ifa yang bayar sendiri."
"Dah, tak payah nak mengada-ada. Mama belanja! Sekarang Ifa pergi salin baju ni," arah mama dengan suara tegasnya.
Kecut aku dibuatnya. Baru pertama kali aku melihat wajah mama segarang ini. Patutlah Nisa mengatakan yang mamanya juga seorang yang garang dalam kelembutannya itu. Hari ini baru aku dapat melihatnya. Suprise! Suprise!
Selesai urusan mama, dia mengikut aku pulang ke rumah. Risau juga aku sekiranya mama bertanya ke mana anak lelakinya itu. Jawapan apa yang harus aku berikan kerana hari cuti begini selalunya Yusrizal akan menghabiskan masa dengan kekasih kesayangannya. Lelaki itu jarang sekali melekat di rumah. Nampaknya aku terpaksa menipu lagi. Hai, banyak sungguh penipuan yang telah aku lakukan semenjak berkahwin dengannya.
Namun, aku sedikit hairan apabila sampai di rumah, kereta milik Yusrizal ada terparkir di porch. Hairan juga aku. Yusrizal tak keluarkah hari ni" Selamat aku daripada soalan mama dan yang pastinya aku tidak perlu menipu lagi.
"Masuklah mama. Rumah semak sikit. Ifa tak sempat nak mengemas hari ni." Sopan aku menjemput mama masuk ke dalam rumah.
"Semak apa macam ni Ifa. Cantik aje mama tengok. Pandai Ifa hias rumah. Nampak ringkas tapi cantik," puji mama sambil matanya galak meliar ke sekeliling rumah. Seperti pengkritik pula aku melihatnya.
Segan pula aku dengan mama. Walaupun sudah berusia tetapi tenaga mama masih utuh. Boleh dikatakan keseluruhan hiasan dalam rumahnya dan landskap luar adalah kerja mama.
Mama memang meminati bidang hiasan dalaman dan mempunyai ijazah dalam bidang itu. Tetapi minatnya hanya direalisasikan ke atas rumahnya sahaja kerana papa tidak membenarkan mama bekerja. Betul juga bila aku fikirkan tindakan papa. Untuk apa mama bekerja sedangkan harta yang papa kumpul memang tidak habis dimakan.
"Rizal mana ni, Ifa""
"Ada kat atas kut. Ifa pergi tengok."
"Tidurlah tu!" gumam mama.
Aku hanya tersenyum. "Mama duduklah dulu, ek. Ifa pergi kejutkan abang kejap."
Mama mengangguk. Aku mula mendaki anak tangga menuju ke bilik Yusrizal. Gentar juga hatiku untuk memasuki biliknya. Selama ini Yusrizal memang melarang keras aku menjejakkan kaki ke bilik itu. Tetapi untuk hari ini aku terpaksa melanggar larangannya.
Aku mengetuk pintu bilik Yusrizal perlahan. Takut didengari mama. Hairan pula orang tua itu nanti. Masakan hendak masuk ke bilik sendiri pun perlu ketuk dahulu. Tiada balasan! Selepas berfikir panjang aku memulas tombol pintu biliknya lalu menjengah ke dalam. Benar seperti yang dikata mama, Yusrizal kelihatan enak berselubung. Dia masih belum bangun tidur sedari pagi lagi. Mata mestilah mengantuk kalau hampir subuh baru nampak batang hidungnya.
"Abang..." panggilku perlahan. Takut pula kalau-kalau memeranjatnya lelaki itu.
"Abang...!" Sekali lagi aku memanggil. Namun masih tiada balasan. Alah, liatnya nak bangun. Apa yang harus aku lakukan" Teragak-agak aku hendak menyentuhnya. Tetapi jalan apa yang ada"
"Abang...!" panggilku bersama goncangan lembut di bahunya. Perlahan-lahan Yusrizal membukakan mata. Kelihatan payah benar suamiku hendak memfokuskan pandangan. Sedangkan aku sudah gementar di dada menanti reaksinya apabila melihat aku nanti.
Seperti yang aku jangkakan. Pantas Yusrizal bangun. Matanya tajam merenungku. Aku terus menunduk. Tidak berani menentang pandangannya. Tambahan pula dia tidak berbaju. Hanya berseluar pendek. Malu aku melihatnya.
"Kenapa kau masuk bilik aku ni" Kan aku dah cakap, jangan masuk bilik aku. Kau tak
faham ke"" Bergegar tubuhku mendengar suaranya yang lantang itu. Hilang kata-kata yang telah aku hafal tadi.
"Apesal kau diam""
"Se.. se.. be.. benarnya mama abang datang. Mama ada kat bawah. Ifa dah ketuk pintu tadi, tapi abang tak dengar."
"What" Mama datang"" Pantas saja Yusrizal melompat dari katil. "Kenapa kau tak cakap awal-awal""
Membulat mataku melihat gelagat Yusrizal yang kelam-kabut itu. Laju saja kakinya melangkah ke bilik air selepas mencapai tuala. Terpinga-pinga aku dengan gelagat Yusrizal. Namun beberapa saat kemudian dia keluar semula.
"Aku nak kau bawa apa-apa yang patut barang kau masuk ke dalam bilik ni. Lepas tu kau kunci pintu bilik kau. Aku tak nak mama tahu yang kita duduk bilik berasingan. Lagi satu kemas katil ni. Aku nak mandi."
Selesai 'menyampaikan amanat' kepadaku dia kembali semula ke dalam bilik air. Aku pula tidak menunggu lama. Pantas kakiku menuju ke bilikku dan mencapai apa yang patut bagi
memindahkannya ke bilik Yusrizal. Selepas mengemas katil Yusrizal, aku turun mendapatkan mama. Kasihan mama terpaksa menunggu lama.
"Hah, mana Rizal" Dah bangun belum"" tanya mama.
"Kejap lagi abang turun. Dia tengah mandi," beritahuku.
"La, baru nak mandi" Isy, apalah nak jadi dengan budak tu! Tak berubah perangai walaupun dah kahwin. Kamu nasihatlah sikit suami kamu tu. Jangan dibiarkan sangat. Jangan sampai dia ingat kamu tak kisah, nanti lagi menjadi perangainya. Zaman bujang dulu bolehlah. Tapi sekarang dah ada isteri. Buat cara dah ada isteri. Bukan sesuka hati aje nak bangun ke tak nak bangun," leter mama.
Aku hanya tersenyum mendengar bebelan mama.
"Yalah, nanti Ifa nasihatlah abang tu. Lagipun kami baru kahwin ma. Mungkin abang dah biasa macam tu. Tak biasa lagi hidup berumah tangga ni," ujarku membela Yusrizal.
Terpaksalah aku cakap begitu. Takkanlah aku hendak join mama mengutuk suamiku. Nampak sangatlah nanti yang aku juga tidak menyenangi sikapnya yang satu itu. Eh, buka satu... tapi banyak!!!
"Mama duduklah dulu. Ifa nak ke dapur buat air. Kesian mama terpaksa tunggu lama. Mesti dahaga."
Mama hanya mengangguk. Aku menuju ke dapur lalu menyediakan minuman untuk kami bertiga. Nescafe susu menjadi pilihanku kerana kedua-dua beranak itu memang sangat gemarkan minuman itu.
Selepas siap aku menatang dulang yang berisi air dan sedikit kuih-muih ke ruang tamu.
"Minumlah mama. Ni ajelah yang ada. Ifa tak sempat nak beli barang-barang dapur
lagi." "Yalah..." kata mama lalu mencapai cawan dan mencicip sedikit minuman yang aku sediakan.
Dalam masa yang sama Yusrizal melangkah turun. Terus saja lelaki itu mendapatkan mamanya. Dicium tangan dan pipi wanita itu. Mama kelihatan gembira dengan perbuatan anaknya itu.
"Dah lama sampai ma"" tanya Yusrizal.
"Hmmm... dah nak balik pun," ujar mama. Nadanya seperti sedikit merajuk.
"Alah, sorrylah ma. Rizal mengantuk sangat. Ada kerja yang perlu Rizal selesaikan semalam. Lepas subuh baru Rizal tidur," bohong Yusrizal. Mungkin untuk menyedapkan hati wanita itu. Sedangkan aku isterinya lebih tahu hakikat sebenarnya.
Namun aku sedikit tersentak apabila suamiku itu melabuhkan punggung di sebelahku. Begitu hampir sehingga menghilangkan jarak antara tubuhku dan tubuhnya. Itu semua menjadikan aku tidak selesa. Maklumlah, sebelum ini tidak pernah pun dia menyentuhku, apatah lagi hendak duduk berdua serapat ini. Memang mustahil!
"Yalah..." kata mama sekadar menerima alasan anak lelakinya itu.
"Minumlah bang," pelawaku kepada Yusrizal.
Suamiku itu menganggukkan kepala sambil menghadiahkan senyuman manis buatku. Hatiku sedikit terusik dengan senyuman itu. Kacaknya dia. Tangan yang memegang cawan terasa sedikit bergegar. Nasib baik Yusrizal cepat mengambilnya dari tanganku. Kalau tidak mungkin mama akan perasaan rasa gementarku itu.
"Tadi sayang pergi beli apa dengan mama""
Gulp! Sayang" Terasa tidak tertelan kuih yang baru kujamah. Suaranya lembut dan romantik sekali. Kukira panggilan sayang itu sudah tidak mungkin kudengar tetapi nampaknya hari ini aku telah diberi peluang untuk mendengarnya.
"Beli baju. Tapi mama yang belikan untuk Ifa," jawabku perlahan.
"Beli baju"" Terangkat sedikit kening Yusrizal.
"Haah, Rizal. Cantik sangat Ifa bila pakai baju tu. Sebab tu mama belikan untuk dia. Rizal nak tengok" Mana Ifa baju yang kita beli tu""
"Errr... ada kat sana," jawabku sambil menunjuk ke arah meja makan yang penuh dengan beg kertas di hujung ruang tamu yang luas itu.
"Pergilah ambil. Kasi Rizal tengok."
"Errr... tak payahlah kut," bantahku lembut.
"La... apa pula tak payah. Kasilah suami kamu ni tengok. Apa yang nak dimalukan"" "Haah... sayang. Biarlah abang tengok, betul ke cantik baju tu." Aku tidak punya pilihan me
lainkan terpaksa membenarkan Yusrizal melihatnya. "Emmm... cantiknya!" puji Yusrizal.
"Tapi sayang nak pakai ke mana dengan baju cantik macam ni"" tanya Yusrizal lagi dengan muka pelik.
"La... tanya pula Rizal ni. Ke majlis esoklah. Rizal tak pergi ke" Mama tanya Ifa tadi, dia cakap dia tak pergi."
Aku melontarkan pandangan ke arah lelaki itu yang kelihatan sedikit gelisah.
"Eh, mestilah pergi. Abang lupa nak cakap dengan sayang. Nasib baik mama dah cakap. Esok majlis pukul lapan setengah. Ifa siaplah, nanti abang balik jemput Ifa sebab abang ada hal sikit dengan Syam petang esok." Beritahu suamiku.
Can You See Me 2 Pendekar Rajawali Sakti 180 Penghianatan Di Bukit Kera Kapas Kapas Di Langit 3