Antara Benci Dan Rindu 3
Antara Benci Dan Rindu Karya Ida Farisya Bagian 3
Hatiku girang tidak terkata. Nampaknya Yusrizal sekadar terlupa. Kufikir lelaki itu memang tidak mahu mengajakku.
SEAWAL pukul lima petang aku sudah memastikan segala-galanya tersedia. Pakaianku sudah digosok. Alatan mekapku juga sudah tersedia. Tinggal untuk dipakai sahaja. Terasa tidak sabar pula hendak menggayakan pakaian yang dibeli oleh mama untukku pada majlis malam ini. Apatah lagi aku bakal berjalan beriringan dengan suamiku pula. Alangkah indahnya. Aku akan pastikan penampilanku sedikit berbeza malam ini. Biar dapat mencuri sedikit tumpuan Yusrizal.
Yusrizal sedari pagi lagi sudah keluar rumah bersama beg kecil. Apa pula yang berada di dalam beg itu tidak pula aku ambil tahu. Mungkin dia pergi berjumpa dengan Syam seperti yang dia beritahuku semalam.
Namun, sehingga pukul sembilan malam, batang hidung suamiku langsung tidak kelihatan. Aku mula gelisah. Pada fikiranku, tentu majlis sudah bermula. Mana pergi suamiku ini" Ah... mungkin dia ada hal kut" bisikku sekadar untuk menyedapkan hati.
Aku melabuhkan punggung di sofa sambil sesekali mataku menjengah keluar apabila terdengar bunyi enjin kereta menyusuri di depan rumahku. Tetapi aku hampa. Suamiku masih
juga tidak kelihatan. Aku melihat jam di dinding. Sudah menunjukkan pukul sembilan lima belas minit malam. Aku terus-terusan melihat jam itu sehingga tidak sedar bila masa aku terlelap.
Apabila aku sedar hari sudah pagi. Pantas aku bangun dan menjengah keluar. Kelihatan kereta Yusrizal elok sahaja terparkir di porch. Fahamlah aku kini dengan apa yang berlaku. Suamiku itu memang tidak berniat hendak membawaku ke majlis itu. Telahanku semakin kuat apabila menerima panggilan daripada mama. Kata mama, anak kesayangannya itu memberitahunya yang aku tidak sihat dan tidak dapat menghadiri majlis itu.
Aku tidak punya pilihan melainkan mengiakan saja kata-kata Yusrizal itu. Tetapi hatiku pedih apabila mama memberitahu ada seorang wanita menemani Yursizal pada malam itu. Kata mama wanita itu adalah client syarikat. Sedangkan firasat aku lebih kuat mengatakan itu adalah Anne. Hancur luluh hatiku saat itu. Air mata membasahi pipiku. Sedarlah aku akan kedudukanku di sisi Yusrizal sekarang. Aku ibarat patung yang tidak bernyawa bagi dirinya.
Air mata yang mengalir aku kesat apabila terdengar ketukan di pintu bilik tidurku. Hilang berterbangan semua ingatanku pada kenangan yang perit itu. Aku terfikir untuk apa aku mengingatinya lagi, sedangkan kutahu ia hanya akan mengundang air mataku. Tetapi walau kucuba untuk melupakannya, ia tetap menjelma tanpa diundang. Seterusnya menambahkan perasaan benciku terhadap bekas suamiku itu.
"Ifa dah tidur ke"" Terdengar suara ibu di luar bersama ketukan-ketukan kecil. Pantas aku bangun mendapatkan cermin, menilik sedikit mataku yang membengkak akibat terlalu lama menangis. Bedak Miyami aku capai dan menempek sedikit di wajah untuk menghilangkan kesuraman di wajahku ini.
"Kejap ibu!" pekikku.
Setelah memastikan semuanya berada dalam keadaan baik, barulah aku membuka pintu. Sememangnya dari tadi lagi aku mengunci pintu. Tidak mahu tertangkap oleh ibu dan abah dalam keadaan aku bersedih begini. Kerana aku tahu hati mereka akan terluka sekiranya melihat aku bersedih. Maklum sajalah hanya aku permata hati mereka.
"Ada apa bu"" tanyaku setelah membuka pintu.
Seboleh-bolehnya aku ingin berwajah ceria.
"Kenapa mata Ifa merah"" tanya ibu, risau. Tangannya ramah menyentuh wajahku. Aku hanya tersenyum sumbing sambil menggeleng perlahan.
"Ifa ngantuklah, bu . Sebab tu mata merah. Ibu bukan tak tahu anak ibu ni, kalau mengantuk sangat sampai meleleh air mata," dalihku. Semetelah pula memang sifatku begitu. Kukira ibu pun sudah faham benar dengan sifatku yang satu ini. Mataku akan berair seperti orang menangis jika aku terlalu mengantuk. Dan ini kukira alasan yang amat munasabah buatku.
Ibu menggeleng kepala sambil tersenyum.
"Kalau mengantuk, tidurlah. Jangan memaksa diri, kan dah merah mata tu" Esok nak pergi kerja dengan mata merah tu ke" Kang dah tak cantik anak ibu," ujar ibu lembut.
Aku tersenyum manis membalas kata-kata ibu. Rasa bersalah semakin membukit apabila mendengar kata-kata ibu. Maafkan Ifa ibu, sebab menipu ibu. Ifa tak nak susahkan hati ibu dan abah.
"Kejap lagi Ifa tidurlah, ek" Emmm... ibu datang bilik Ifa ni ada apa-apa ke bu""
"Tak ada apa-apa. Ibu tengok bilik Ifa cerah tadi. Sebab tu ibu datang tengok, dah tidur ke belum anak ibu ni."
"Ooo... kejap lagi Ifa tidur. Sikit lagi, Ifa nak siapkan kerja Ifa tu. Ifa pun dah tak tahan... ngantuk dah ni," kataku.
Ah, kerja apa sangatlah yang aku buat melainkan bersedih saja dari tadi.
"Yalah, cepat tidur ya. Nanti terlewat bangun pulak esok. Ibu pun nak masuk tidur ni," ujar ibu.
Aku hanya mengangguk. Tetapi saat ibu ingin berpaling, aku terperasankan sesuatu. Pantas tangan ibu kucapai. Ibu yang terkejut dengan perbuatanku itu mengerutkan dahi tidak mengerti.
"Kenapa, Ifa""
"Kenapa muka ibu pucat""
Wajah ibu kuamati. Memang pucat sekali. Hairan pula aku sebab pagi tadi ibu kelihatan sihat sahaja.
"Tak ada apa-apalah... ibu cuma pening kepala aja. Dari petang tadi lagi berdenyut-denyut kepala ni. Sebab tu ibu ajak abah balik dulu tadi. Lagipun Rizal ada temankan Ifa. Dia pun suruh ibu dengan abah balik dulu lepas makan sebab tengok ibu macam dah tak tahan sangat," terang ibu.
Oh, patutlah ibu dan abah tinggalkan aku dengan Yusrizal tadi. Aku ingatkan ibu dengan abah memang berniat untuk tinggalkan aku dengan lelaki itu. Berdosanya aku sebab terfikir yang bukan-bukan dengan orang tuaku tadi.
"Kenapa tak beritahu Ifa dulu tadi""
"Ibu memang saja minta Rizal jangan beritahu Ifa... sebab Rizal kata tadi ada benda yang nak dibincangkan dengan Ifa. Kalau beritahu, mesti Ifa nak ikut ibu balik, kan""
Betul juga apa yang difikirkan ibu itu. Aku memang akan cepat risau. Apatah lagi kalau ia melibatkan orang tuaku.
"Dahlah, Ifa pergilah tidur. Nanti lewat pulak bangun esok. Kelas Ifa pukul lapan, kan" Tak usah nak risaukan ibu. Esok lepas bangun tidur, okeylah ni."
"Yalah, ibu pun rehat cukup-cukup. Muka ibu pucat sangat. Risau Ifa tengok."
"Yalah... ibu nak masuk tidurlah ni. Selamat malam sayang..." ucap ibu kepadaku.
"Selamat malam, bu."
Sepeninggalan ibu, aku kembali termenung di atas katil. Mataku langsung tidak mengantuk seperti yang aku katakan kepada ibu tadi. Itu semua hanya alasan semata.
Hari ini adalah hari yang paling sedih buatku selepas aku kembali mendapatkan semangat diri yang hilang beberapa tahun yang dulu. Aku telah berazam untuk tidak bersedih lagi. Tetapi nampaknya aku telah melanggar azam aku itu.
Ya Allah, hatiku tidak tenang sekali pada saat ini. Apa yang harus aku lakukan" Terfikir hendak mengerjakan solat sunat dua rakaat dan membaca al-Quran, aku uzur pula. Jadi apa yang harus aku lakukan" Lebih baik aku tidur. Mungkin pagi esok aku akan lebih tenang.
Lalu, aku merebahkan diri di atas katil selepas menutup suis lampu dengan membiarkan cahaya lampu tidur menyimbahi ruang bilikku ini. Namun, baru sahaja aku hendak melelapkan mata, telefon bimbitku menjerit nyaring dengan tiba-tiba.
Aku mengintai jam kecil di atas meja. Sudah menunjukkan pukul dua belas lima belas minit malam. Siapa pula yang menelefonku tengah-tengah malam begini" Lalu, tanpa membiarkan telefon itu menjerit lebih lama, aku mencapainya. Tertera nombor yang tidak kukenali di skrin. Dahiku berkerut tetapi panggilan itu tetap kujawab.
"Helo.... " "Helo, Ifa. Belum tidur lagi""
Aku pantas mematikan talian apabila suara si pemanggil menyapa gegendang telingaku. Tidak mahu suara itu lebih lama menyapaku. Perasaan benci padanya hari ini
begitu memuncak. Beberapa saat kemudian telefon bimbitku kembali menjerit. Dan si pemanggil adalah orang yang sama. Laju sahaja tanganku menekan punat cancel. Tidak ingin aku menjawab panggilan daripada lelaki itu. Untuk apa dia menghubungi aku" Adakah hanya ingin menambah rasa sakit hatiku ini" Dan aku akan pastikan dia tidak akan berjaya.
Kali ketiga telefon bimbitku berbunyi lagi, terus aku menukar modenya ke silent. Biarlah berapa kali telefon ini hendak berbunyi pun, pasti ia tidak akan menggangguku lagi kerana ia sudah aku bisukan. Biar padan dengan muka Yusrizal. Biar dia rasa sakitnya hati apabila tidak dipedulikan.
KEESOKAN harinya, apabila aku bangun, benda yang pertama yang aku cari sudah semestinya telefon bimbitku. Bukan untuk melihat berapa missed calls ataupun mesej yang telah ditinggalkan buatku semalam, tetapi untuk melihat pukul berapakah aku mencelikkan mata daripada mimpi-mimpi yang tidak berapa indahku semalam. Kadang-kadang aku terfikir, untuk apalah aku bersusah payah melihat jam di telefon bimbitku sedangkan jam kecil sudah tersedia di atas meja. Tetapi itulah kesan teknologi yang perlu aku akui keberkesanannya terhadap pengguna-pengguna seperti aku. Ternyata pengusaha-pengusaha telefon bimbit telah berjaya membuatkan telefon bimbit sebagai suatu aset yang sangat berharga pada masa sekarang.
Tetapi nampaknya niatku terpaksa ditangguhkan buat sementara apabila mataku disapa beberapa perkataan di skrin telofon bimbitku.
3 messages received 15 missed calls
Fuh, banyaknya! Tak tidur ke Yusrizal semalam" Tak ada kerja agaknya melainkan mengacau aku. Pantas punat 'read aku tekan. Hendak juga aku lihat pesanan apakah yang lelaki itu tinggalkan untukku.
Syg nape x jawab cal abg"
Itulah mesej pertama Yusrizal.
Sebab aku malas nak cakap dengan kaulah, bisikku sendirian. Menyakitkan hati saja. Mesej kedua aku buka dan kubaca.
Syg dah tido ke" Mesej ketiga Yusrizal. Kulihat masa mesej itu diterima pada pukul satu lima puluh lima pagi" Isy... tak tidur ke mamat ni"
Xpela kalo syg dah tido. Nite syg. N sori pasal td. Abg x brmaksud nk igtkn syg tntg peristiwa dlu. Truly sori. Luv u so much.
Eiii... meremang pula aku rasa belakang tengkukku ini. Love you konon! Senang saja lelaki itu mengucapkan kata sayang.
Maklumlah, lelaki playboy seperti Yusrizal memang mudah menuturkan kata-kata sayang kerana bagi mereka ucapan itu tiada maknanya. Hanya untuk suka-suka.
Tetapi bagi aku ucapan itu sangat bermakna. Ia melambangkan rasa cinta yang tidak terhingga kepada pasangan dan bukan untuk dibuat main seperti yang dilakukan Yusrizal. Dan aku tidak akan mudah percaya pada ucapan cinta yang dilafazkan oleh lelaki seperti Yusrizal. Tak mungkin!
Selepas membuang semua mesej dari inbox, aku meletakkan telefon bimbitku di meja solek. Sempat juga aku meneliti mataku di cermin. Manalah tahu kalau-kalau mataku sembab pula pagi ini kerana menangis semalam. Aku menarik nafas lega kerana tangisanku semalam tidak meninggalkan kesan.
Aku tersenyum di hadapan cermin. Terasa bodoh pula aku menangisi semua kenangan itu. Aku menangis, sedangkan mungkin Yusrizal sedang ketawa kesukaan kerana berjaya membuatkan aku menangis. Sudah tentu ia umpama kemenangan buat lelaki itu. Ah, untuk apa lagi aku memikirkan lelaki itu" Lebih baik aku mandi dan membersihkan diri.
Selepas berpuas hati dengan penampilanku pagi ini, aku turun ke bawah. Sempat kulihat jam di tangan. Sudah menunjukkan pukul tujuh pagi. Aku perlu bertolak awal ke UUM hari ini kerana aku punya kelas tepat pukul lapan pagi. Hai, agak malang aku semester ini. Tidak seperti semester sebelumnya, kelasku setiap hari akan bermula pada pukul sepuluh pagi. Dapatlah aku
menolong ibu apa yang patut dahulu sebelum bertolak ke UUM. Tapi tidak pada semester ini. Terutama sekali pada hari Ahad dan Rabu.
Suatu perkara yang tidak dapat aku biasakan lagi apabila terpaksa bekerja pada hari Ahad. Kalau di negeri lain, hari inilah yang ditunggu-tunggu, tetapi tidak pada pekerja-pekerja yang mencurahkan khidmat di negeri Kedah ini. Tetapi nasib baik jugalah aku bekerja sebagai pensyarah. Cutiku juga sud
ah semestinya lebih daripada pekerja-pekerja lain.
Aku menuruni anak tangga untuk ke dapur. Tiba-tiba perasaan hairan melanda. Selalunya waktu-waktu begini ibu sudah sibuk di dapur. Aku yang berada di bilik tingkat atas pun akan terbau aroma masakan ibu. Tetapi untuk hari ini tiada pula aroma itu menyapa hidungku. Takkan ibu tak bangun lagi" Mustahillah! Abah yalah jugak. Sebab abah akan masuk pejabat pukul sembilan pagi. Tetapi itu tidak bermakna ibu juga perlu bangun lewat. Jarang sekali ibu berbuat begitu. Sebagai seorang isteri, ibu akan memastikan semuanya tersedia awal untuk suami dan anak tercinta. Aku tahu itu kerana aku juga pernah menjadi seorang isteri suatu ketika dahulu.
Pantas aku mencari kelibat ibu. Tempat pertama tentulah di dapur. Tetapi tidak pula kelihatan ibu di situ. Ke mana pula ibu ni"
Aku keluar dari ruangan dapur dan menuju ke ruang tamu pula. Manalah tahu kalau-kalau ibu ada di situ. Dan jantungku bagaikan berhenti berdegup apabila terpandang tubuh kaku ibu di situ. Terlepas beg berisi laptop di tanganku ini. Laju sahaja aku mendapat ibu lalu memangku kepalanya. Apa yang terjadi kepada laptopku itu aku tidak peduli. Apa yang lebih penting sekarang ialah ibu.
"Ibu, kenapa ni" Ibu bangun bu!" panggilku bersama tangisan. Pipi ibu kutepuk berkali-kali. Tetapi ibu masih tidak juga tidak sedarkan diri.
Tidak pernah ibu pengsan begini. Hatiku dilanda kerisauan yang teramat. Ya Allah... janganlah apa-apa yang buruk berlaku pada ibuku.
"Ibu bangun bu, jangan buat Ifa takut bu...." Rayuku lagi. Tetapi tubuh ibu masih juga
kaku. "Abah!!!!" 11 AKU melihat jam di pergelangan tangan. Hampir pukul tiga petang. Hati aku mula gelisah. Janjinya waktu lunch. Sekarang sudah waktunya untuk ke pejabat semula tetapi batang hidungnya masih tidak juga kelihatan. Gusar hatiku sekiranya lelaki itu lupa akan temu janji kami.
Maklumlah, aku menelefonnya semalam pun ketika jam sudah menunjukkan angka sebelas setengah malam. Mungkin waktu itu dia sudah enak dibuai mimpi. Dan mungkin jua dia
menjawab panggilanku ketika mamai. Orang mamai sudah semestinya tidak sedar apa yang dicakapkannya. Harap-harap ia tidak seperti yang aku sangkakan.
Pada waktu itu hanya wajah lelaki itu sahaja yang terlintas di fikiranku. Hanya dia saja harapanku kini. Aku tidak peduli apa yang akan difikirkannya nanti. Yang penting sekarang adalah ibuku. Untuk sekali ini aku terpaksa merendahkan keegoaanku yang sebelum ini tinggi melangit. Aku mahu melihat ibuku sihat seperti sediakala. Dan untuk itu, aku terpaksa melakukan ini. Melakukan sesuatu yang tidak pernah aku terfikirkan, iaitu meminta pertolongan daripada Yusrizal.
Sedang aku mengelamun memikirkan ibuku, telefon bimbitku kedengaran berlagu riang. Pantas aku mencapai telefon bimbitku itu kerana aku tahu itu mestilah panggilan yang datangnya daripada Yusrizal.
"Helo, Rizal... awak kat mana" Dah lama saya tunggu ni"" sapaku tanpa sempat lelaki itu berkata apa-apa. Aku tahu ia sedikit gopoh dan kedengaran seperti terdesak. Dan sememangnya aku terdesak. Aku dengan abah sudah habis ikhtiar. Dan inilah ikhtiarku yang terakhir.
"Sorry, Ifa! Abang sibuk sangat hari ni. Abang terpaksa jumpa klien petang ni. Ada perkara yang perlu diselesaikan segera. Abang rasa kita terpaksa cancel temu janji kita hari ni," ujar Yusrizal selamba.
"What""""
Aku terasa bagai hendak menggila saja waktu itu. Sudah hampir dua jam aku di sini dan lelaki itu menelefonku hanya ingin mengatakan yang temu janji kami terpaksa dibatalkan" Sungguh tidak adil! Namun begitu, aku kembali tersedar. Aku perlu mengawal kemarahanku. Hanya lelaki ini harapan terakhirku. Aku tidak boleh cepat melatah atau harapanku akan hancur berkecai. Tidak! Aku tidak akan membiarkan ia berlaku.
"Tak apalah kalau macam tu. Bila awak free, just let me know. Kalau boleh dalam masa yang terdekat ni," ujarku dengan nada perlahan. Tetapi masih terselit ketegasan lewat bicaraku itu kerana aku mahu dia tahu yang aku memang sangat memerlukan pertolongannya sekarang.
"Actually, kenapa Ifa nak jumpa dengan abang" Curious pulak abang. Selalunya nak tengok muka aban
g pun Ifa tak mahu"" tanya Yusrizal sambil ketawa dengan nada memerli.
Tiba-tiba mukaku terasa panas membahang. Kata-katanya menyentuh perasaanku. Tetapi dalam hati aku mengiakan kata-katanya. Jika tidak kerana ibu, jangan harap aku akan bermurah hati menelefon dan mengajaknya berjumpa. Aku terpaksa!
"Nanti saya beritahu awak. Saya perlukan pertolongan awak. Tak boleh cakap dalam telefon. Saya perlu jumpa awak. Bila agaknya awak free"" tanyaku.
Walaupun sebentar tadi aku ada menyuruhnya menelefonku sekiranya lelaki itu punya waktu terluang untukku tetapi nampaknya aku perlu mendapatkan kepastian daripadanya. Perkara yang aku mahu bincangkan dengannya ini tidak boleh ditangguhkan. Makin ditangguh makin merana ibuku di hospital sana.
"Seems like you really need me, huh"" Yusrizal bertanya dengan nada bongkaknya. Dapat aku bayangkan senyuman sinis yang terukir di bibirnya saat ini.
Aku terdiam. Tidak tahu apa yang harus diperkatakan. Sama ada mengiakan atau tidak. Di sebelah sini egoku dan di sebelah sana nasib ibuku. Benar-benar membuatkan aku buntu.
"Ifa""""
"Ya, saya perlukan awak," ujarku dalam keterpaksaan. Kalau tadi Yusrizal mungkin tersenyum sinis, kini mungkin senyuman tadi sudah bertukar menjadi sengihan bangga. Biarlah, demi ibu aku sanggup letakkan egoku serendah-rendahnya.
"Thanks for saying that."
"You are welcome, tapi bila awak free"" tanyaku lagi.
Geram juga kerana lelaki itu tidak menjawab pertanyaanku tadi. Seakan-akan sengaja mahu aku mengulangi pertanyaanku itu. Sehingga jelas menampakkan keadaanku yang benar-benar terdesak ini.
"Actually, esok abang terpaksa balik KL. Ada perkara yang perlu diuruskan di sana. Mungkin seminggu."
"What" Jadi maknanya saya hanya boleh jumpa awak selepas seminggu, macam tu"" "Nampaknya macam tu la."
"Tapi.... " "Tapi apa Ifa" Seminggu bukannya lama pun. Takkan dah tak sabar nak jumpa dengan abang kut""
Terdengar ketawa kecil lewat kata-katanya itu. Enak sekali lelaki itu mentertawakan aku.
"Perkara ni tak boleh ditangguhkan. Apatah lagi sampai seminggu."
"Okeylah kalau macam tu. Kejap lagi abang kena jumpa klien. Perbincangan tu maybe makan masa dua jam. Jadi apa kata Ifa datang ofis abang dalam pukul lima. Itulah saja masa yang abang ada. Itu pun kalau Ifa tak kisah. Kalau Ifa nak tunggu sampai seminggu pun abang tak kisah," katanya. Suaranya sengaja mahu menyindirku.
"Tapi waktu tukan semua dah nak balik. Siapa yang ada lagi kat ofis awak tu" Takkan saya nak tunggu sorang-sorang dekat situ"" bantahku.
"Abang akan inform secretary abang nanti. Jangan risau. So, macam mana" Petang ni atau seminggu lagi"" Yusrizal seakan-akan mengugutku pula.
Mujurlah aku benar-benar memerlukannya saat ini. Kalau tidak, jangan haraplah aku akan bertolak ansur begini. Benci pula rasanya kerana terpaksa meminta bantuan daripada orang yang paling aku benci. Benar-benar menjatuhkan air mukaku.
"Baiklah, saya tunggu awak di ofis nanti."
Akhirnya aku memberi kata putus. Walaupun hatiku sedikit meluat dengan perangai Yusrizal yang seakan-akan menunjukkan kuasa vetonya padaku hari ini, tetapi jauh di sudut hatiku tetap berterima kasih kepada lelaki itu kerana sudi berjumpa denganku.
"Okay, Ifa. I've got to go. Bye"
"Bbb.... " Belum pun sempat aku membalas, lelaki itu sudah mematikan talian. Lelaki itu nampaknya sibuk benar. Kenapa sewaktu aku benar-benar memerlukannya, dia pula seperti menjauh" Tidak seperti beberapa minggu lepas dan beberapa bulan kebelakangan ini. Sering saja wajahnya terpacul di depan mataku. Ah, ini semua tugasan daripada Allah. Tentu ada hikmah di sebaliknya.
Dalam pada itu aku kembali teringat ibu. Perasaan gundah semakin bermaharajalela apabila terkenangkan ibu. Lantas aku mencapai telefon bimbitku dan meninggalkan restoran itu. Aku mahu ke Kedah Medical Centre untuk melawat ibu. Aku masih punya masa selama dua jam sebelum berjumpa dengan Yusrizal. Lebih baik aku menghabiskan masa bersama ibuku. Semalam ibu masih lemah. Tetapi pagi tadi abah kata ibu sudah nampak sedikit segar. Nasib baiklah aku tidak ada kelas sekarang. Boleh juga aku meluangkan masa bersama ibu. Sabarlah i
bu. Ibu mesti bertahan. Ifa akan berusaha mencari duit untuk membiayai kos perubatan ibu.
AKU menolak pintu bilik yang menempatkan ibu. Kelihatan ibu sedang makan sambil disuapkan oleh abah. Wajah ibu nampak pucat benar. Sayu aku melihatkan keadaan ibu.
Ibu menghadiahkan senyuman kepadaku. Pantas aku membalasnya. Begitulah ibu. Walaupun sakit, bibirnya masih mampu menguntumkan senyuman buat insan-insan yang disayanginya. Mungkin tidak mahu kami risaukan dirinya.
"Ibu sihat hari ni"" tanyaku sambil tunduk mencium tangan ibu.
Ibu hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum. Tangannya ramah menjamah wajahku. Kasih sayangnya terhadap diriku tidak pernah berkurang walaupun kesihatannya terganggu. Kadang-kadang aku terfikir yang doktor membuat kesilapan semasa menentukan penyakit ibu, kerana selama ini ibu tidak langsung menunjukkan tanda-tanda menghidapi penyakit itu. Tetapi beberapa hari yang lalu ujian makmal sudah mengesahkan terdapat ketumbuhan di kepala ibu dan itulah punca kepada sakit kepala ibu selama ini. Kata doktor lagi, ketumbuhan itu semakin membesar dan berada pada tahap kritikal. Jika ibu tidak dibedah segera untuk membuang ketumbuhan itu, ia mungkin akan mengancam nyawanya.
Sebab itulah aku terpaksa mengatur pertemuan dengan Yusrizal hari ini. Aku mahu meminjam wang sebanyak RM30,000.00 daripadanya. Kos pembedahan itu memakan belanja RM50,000.00. Kebetulan aku mempunyai simpanan sebanyak RM10,000.00 hasil daripada usahaku selama ini. Dan abah pula mempunyai simpanan sebanyak RM 10,000.00. Namun itu belum cukup untuk menampung kos perubatan ibu. Sebanyak RM30,000.00 lagi perlukan. Lalu, aku dan abah ke hulu hilir mencari saudara-mara yang boleh menghulurkan bantuan, tetapi tidak ada seorang pun yang sudi. Saudara-maraku juga bukannya datang daripada kalangan orang berada. Mana mungkin mereka mempunyai simpanan sebanyak itu.
Tidak cukup dengan itu, teman-teman rapat juga turut dihubungi. Namun semuanya memberikan jawapan yang sama. Begitulah keadaannya kalau kita memerlukan bantuan. Semua orang akan menjauh. Benarlah kata orang, teman ketika ketawa ramai tetapi teman ketika menangis sukar dicari. Itulah yang sedang berlaku pada diriku saat ini.
Sehingga lewat malam aku mencari nama dan nombor telefon teman-teman yang kurasakan mampu menolongku, tetapi sekali lagi jawapan yang kuterima menghampakan. Akhirnya dalam kekalutan itu, hanya satu nama yang terlintas di fikiranku. Yusrizal! Ya, dialah yang mampu menolongku saat ini. Berlatar belakangkan keluarga yang kaya-raya, sudah cukup untuk memberikan suntikan nafas buat diriku. Dalam kepalaku sudah terbayang-bayang wajah ceria ibu selepas pembedahan itu nanti.
"Ifa pergi jumpa Rizal ke"" tanya ibu.
Aku yang sedikit terkejut dengan pertanyaan ibu, melontarkan pandangan ke arah abah meminta kepastian. Hairan juga bagaimana ibuku mengetahuinya. Sedangkan aku tidak pernah memaklumkan tentang itu. Kelihatan abah hanya menganggukkan kepala. Mengiakan telahanku bahawa dia sudah memberitahu ibu.
"Ya bu..." jawabku lambat-lambat.
"Ifa, tak perlulah nak bersusah payah sebab ibu. Mungkin ini sudah ketentuan Takdir. Ibu reda, Ifa..." ujar ibu lirih.
Sedih aku mendengarnya. "Ibu janganlah cakap macam tu. Ibu mesti sihat semula. Ibu sabar, ek. Ifa akan usahakan cari duit tu."
"Tapi kita bukan orang senang, Ifa. RM10,000.00 tu pun bukan senang abah nak kumpul. Bertahun juga. Niatnya nak menunaikan haji dengan duit tu, tapi tengoklah sekarang."
"Tak apalah, Shima... duit boleh dicari. Mungkin bukan rezeki kita lagi nak menunaikan haji. Yang penting sekarang, kesihatan awak tu," pujuk abah.
"Tapi saya kasihankan abang. Abang dah lama teringin nak ke Mekah." Linangan air mata ibu jelas terpancar di tubir mata.
Abah menggenggam jari-jemari ibu. Cuba mengalirkan kekuatan seorang suami pada isterinya. Dan aku pula tidak lupa untuk mengalirkan rasa sayangku buat ibu. Lama aku menemani ibu berbual. Cuba menceriakan suasana yang diselubungi keheningan sebentar tadi. Dalam keadaan ibu begini, sudah tentu sokongan orang tersayang amat penting buat ibu.
Timbul kekesalan di hatiku kerana tida
k mengikut nasihat teman-teman yang menyarankan aku supaya mendaftarkan diri untuk polisi insuran perubatan. Jika tidak, tentu aku tidak perlu bersusah payah begini. Ah, sekarang baru aku tahu kepentingan polisi insurans perubatan itu. Ah, sudah tiada gunanya!
"So, macam mana, Ifa" Rizal boleh tolong ke"" tanya abah.
"Tak tahu lagi abah. Sebenarnya Rizal tak datang tadi. Katanya ada meeting dengan klien. So, dia suruh Ifa jumpa dia kat ofis pukul lima petang ni," beritahuku.
"Pukul lima" Sekarang dah pukul empat setengah ni, Ifa!" ujar abah yang kelihatan sedikit cemas. Bimbang aku terlajak masa.
Aku melihat jam di pergelangan tangan. Benar kata abah. Jam sudah menunjukkan pukul empat setengah petang. Lebih baik aku bertolak sekarang. Takut pula kalau terlewat. Tidak enak pula rasanya kalau membiarkan orang menunggu. Apatah pula aku yang mahu berjumpanya kerana memerlukan pertolongan.
"Haahlah abah. Kalau macam tu Ifa kena pergi sekarang. Takut terlewat pula. Ibu, abah... Ifa pergi dulu ya" Nanti Ifa datang lawat ibu lagi." Aku bingkas setelah menyalami tangan kedua-dua orang tuaku.
Saat tanganku mencapai tombol pintu, ibu memanggilku.
"Ada apa bu""
Ibu tersenyum sebelum berkata, "kalau Rizal tak dapat tolong, Ifa tak perlulah paksa dia. Mungkin ini dugaan Tuhan. Ibu reda..." ujar ibu sekali lagi.
"Ibu janganlah cakap macam tu. Doakan Ifa, ya""
Kedua-dua orang tuaku hanya tersenyum sambil menganggukkan kepala.
"CIK ni... Cik Nur Halifah ke"" tanya seorang wanita muda sebaik saja aku melangkah memasuki ke pejabat AMA Holdings. Kelihatan beberapa orang pekerja sudah mula meninggalkan pejabat. Maklumlah, jam sudah menunjukkan pukul lima petang. Waktu untuk pulang.
"Ya saya. Cik ni...""
"Saya Aisyah. Setiausaha Encik Yusrizal. Encik Yusrizal ada inform saya tadi yang cik nak datang," beritahunya, sopan.
"Ya, ya... saya ada urusan penting dengan dia sekejap. Dia ada ke""
"Maaf cik. Encik Yusrizal belum sampai lagi. Cik boleh tunggu dalam bilik dia. Mungkin sekejap lagi dia sampai."
"Boleh ke saya tunggu dalam bilik dia""
"Encik Yusrizal yang minta cik tunggu dalam bilik dia," jelasnya. "Ooo...." Hanya itu yang terkeluar dari mulutku. "Jom, saya tunjukkan bilik Encik Yusrizal."
Aku mengangguk. Kemudian aku terus dibawa ke bilik Yusrizal. Kagum juga aku melihat keseluruhan pejabat AMA Holdings yang baru sahaja beberapa bulan beroperasi ini. Agak besar juga.
"Cik duduklah dulu. Mungkin kejap lagi Encik Yusrizal sampai."
"Emmm... awak dah nak balik ke""
"Belum lagi. Saya ada di luar. Kalau cik perlukan apa-apa beritahulah saya. Saya keluar
dulu." Sepeninggalan Aisyah, aku mula berjalan mengelilingi bilik Yusrizal yang sederhana besar ini tetapi nampak kemas.
Setelah puas mengelilingi bilik itu, aku melabuhkan punggung di atas sofa yang disediakan. Jam sudah menunjukkan pukul lima dua puluh minit petang, tetapi wajah lelaki itu masih juga tidak kelihatan. Ke mana sajalah Rizal ni. Waktu kita memerlukan bantuan, hilang pula dia.
Aku menyandarkan badan. Sofa yang lembut seakan-akan memanggilku untuk melelapkan mata. Rasa mengantuk yang datang entah dari mana, berjaya membuatkan aku terlelap.
Aku tersedar apabila terasa ada sesuatu yang bergayut di wajahku. Dan apabila aku membuka mata, wajah seorang lelaki terus menyapa pandanganku. Terkejut aku dibuatnya
sehingga tidak sedar tanganku sudah menolak dadanya yang hampir dengan dadaku dengan agak kuat. Pantas aku menjauhkan diri.
"Hei... ni abanglah!"
"Errr... sorry. Terkejut tadi," ujarku perlahan. Sudah berapa lama agaknya aku tidur di situ" Dan sudah berapa lama agaknya dia mengamati aku tidur sebentar tadi" Dan yang paling tidak mahu aku fikirkan ialah apa yang dia telah lakukan padaku dalam keadaan hampir begitu tadi" Seketika aku rasa tidak tenang.
"It's okay. Letih sangat nampak" Sampai tertidur."
"Haah... letih sangat."
"Sorry pasal tadi. Abang memang tak dapat mengelak. Ingatkan sempat nak jumpa dengan Ifa tadi. Tapi tiba-tiba klien nak jumpa abang pulak," jelas Yusrizal. Mungkin rasa bersalah kerana telah membuatkan aku menunggu lama tadi.
"Tak apa... awak sudi jumpa saya sek
arang pun dah cukup baik."
"Oh ya... ada apa Ifa nak jumpa abang" Ada hal penting ke""
Aku terdiam buat seketika. Mencari ayat yang sesuai untuk dituturkan. Biar sedap di pendengaran lelaki itu. Dan semoga lembut hatinya untuk menghulurkan bantuan buat ibu. Lagipun ibuku itu juga bekas mentuanya. Takkanlah dia tidak mahu menolong"
"Ifa""""
"Emmm... sebenarnya macam ni. Saya nak pinjam duit daripada awak."
Aku mencuri pandang wajah Yusrizal. Dahinya kelihatan sedikit berkerut. Dan aku sudah mengagak reaksi seperti itu daripadanya.
"Patutlah Ifa beria-ia nak jumpa dengan abang. Ada benda yang Ifa mahukan daripada abang rupa-rupanya," ujarnya sambil tersenyum sinis. Lagaknya seperti orang yang tersangat kecewa.
Hatiku sedikit sakit kerana diperli begitu. Faham sangat maksud lelaki itu.
"Saya datang sini bukan nak bergaduh dengan awak. Saya memang perlukan bantuan awak sekarang," ujarku. Kedengaran seperti memberi amaran.
"Abang faham. Kalau tak, nak pandang muka abangkan pun Ifa tak sudi, kan""
"Rizal, please...."
"Okey... okey... berapa banyak duit yang Ifa nak pakai"" "RM30,000.00."
"What" RM 30,000.00" Ifa nak buat apa dengan duit sebanyak tu""
"Untuk biayai kos rawatan ibu."
"Kos rawatan ibu" Kenapa dengan ibu""
"Ibu perlu dibedah segera. Minggu lepas doktor sahkan ada ketumbuhan dalam kepala ibu. Kalau tak dibedah, mungkin akan mengancam nyawa ibu. Ketumbuhan tu sekarang ni makin membesar dan aktif. Kami cuma ada RM20,000.00. Kos rawatan kesemuanya RM50,000.00," terangku satu per satu.
Lelaki itu kelihatan terkejut dengan berita yang aku sampaikan. Mungkin tidak menyangka ibu yang kelihatan ceria itu sedang menderita melawan penyakit.
"Ifa tak bohong, kan""
"Takkanlah saya nak bohong pasal ibu""
Bilik pejabat itu sepi seketika. Kami berdua sama-sama terdiam. Aku mengangkat kepala dan merenung Yusrizal yang seperti sedang memikirkan sesuatu.
"Boleh tak awak tolong saya" Awak jangan risau, saya akan bayar balik duit awak tu nanti. Kalau tak mampu bayar penuh, saya akan bayar ansur-ansur. Tapi saya janji akan bayar."
Yusrizal membalas renunganku. Pandangannya punya maksud yang tersirat. Sedangkan aku sudah tidak sabar untuk mendengar persetujuan daripadanya.
"Boleh tak Rizal"" tanyaku tidak sabar.
Yusrizal menganggukkan kepala. Anggukannya membuatkan aku hampir menjerit. Terasa mahu saja kupeluk tubuhnya untuk mengucap rasa terima kasih yang tidak terhingga.
"Tapi dengan syarat!"
"Cakaplah apa saja syaratnya, Rizal. Saya akan penuhi. Asalkan awak sanggup tolong saya," ujarku tanpa memikirkan apa-apa.
"Kita kahwin!" Dan tatkala mendengar kata-katanya itu, senyumanku terus mati. Aku memandangnya seperti tidak percaya.
"Tak mungkin! Tak mungkin saya kahwin semula dengan awak!"
"Itu saja syaratnya. Kalau Ifa keberatan, abang tak paksa. Tapi maaf, abang tak dapat bantu.... "
"Tapi.... " Aku pejamkan mata. Tidak menyangka syarat ini yang akan dikenakan oleh lelaki itu. Pandai sungguh dia mengambil kesempatan ke atas diriku. Dan aku pula sudah tersepit kini.
Kalau aku menolak, maknanya aku akan gagal mendapatkan wang untuk membiayai kos perubatan ibu. Dan kalau aku terima, bermakna jalan derita kehidupanku akan terbuka luas.
"Macam mana"" tanya lelaki itu tidak sabar.
"Berikan masa untuk saya berfikir. Esok saya akan beri jawapannya." Pintaku.
Ini semua kerja gila! Aku perlu memikirkan baik buruknya. Kalau tersilap pertimbangan aku akan kehilangan orang yang aku sayang. Dan jika menerimanya, mampukah aku hidup sebumbung dengan orang yang aku benci"
"Baiklah. Abang sanggup tunggu. Kalau lima tahun abang boleh tunggu, takkan abang tak boleh bersabar sampai esok."
Aku pejamkan mata. Ya Allah... demi ibu aku berada dalam dilema sekarang.
12 "IFA dah fikir masak-masak ke" Abah tak nak Ifa menyesal nanti."
Keluhan berat terlepas dari mulutku. Kalau diikutkan hati, memang aku tidak sanggup lakukan ini. Tapi apa pilihan yang aku ada" "Ifa terpaksa abah."
Ketika itu aku dan abah sedang berada di kantin hospital untuk makan tengah hari. Abah begitu gembira setelah aku mengkhabarkan kesediaan Yusrizal untuk membantu. Tetapi dia
sedikit terkejut apabila aku menyatakan syarat yang telah diletakkan oleh lelaki itu sebagai balasan kepada pertolongannya.
Pada mulanya aku berniat untuk mendiamkan diri sahaja. Tetapi apabila difikirkan, lambat-laun perkara ini akan terbongkar juga. Tentu sekali ibu dan abah akan tertanya-tanya jika tiba-tiba aku menyuarakan hasrat untuk rujuk semula dengan Yusrizal. Sedangkan sebelum ini aku yang beria-ia menolak. Jadi lebih baik aku beritahu awal-awal supaya mereka tidak akan syak wasangka di kemudian hari.
"Ifa, Ifa tak perlu nak berkorban macam ni kalau Ifa sendiri tak rela. Kita boleh cuba minta tolong daripada orang lain."
"Tapi siapa abah" Dah hampir semua saudara-mara kita hubungi. Dan hampir semua kawan kita dah minta tolong. Tapi tak ada siapa pun yang dapat tolong kita. Rizal saja harapan kita abah. Ifa terpaksa setuju dengan syarat tu walaupun hati Ifa tak rela. Ifa nak tengok ibu sihat macam dulu," ujarku lagi. Pada saat ini, aku juga keliru. Hati tertanya-tanya adakah betul tindakanku ini. Memberikan kehidupan kepada ibuku dan mempertaruhkan nasib kehidupanku
pula" Untuk berpatah balik, tidak mungkin. Kata putus telah aku berikan. Aku bersetuju dengan syaratnya. Sekarang, aku hanya perlu menghitung hari pernikahanku dengan penuh debar. Yusrizal sudah menetapkan yang kami akan bernikah dalam masa tiga bulan dari sekarang. Segala persiapan dia yang akan tentukan. Aku hanya mampu mengangguk setuju.
Namun, aku sudah memutuskan untuk tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan. Cukup dengan majlis pernikahan dan kenduri doa selamat untuk saudara-mara terdekat sahaja. Walaupun pada mulanya Yusrizal nampak seperti tidak berpuas hati tapi dia tetap bersetuju
denganku. Malu pula hendak mengadakan majlis besar-besaran apabila memikirkan ini bukan kali pertama kami bernikah.
"Tapi Ifa jugak yang beria-ia tolak masa keluarga Rizal datang meminang dulu."
"Itu Ifa tahu abah. Tapi Ifa nak buat macam mana lagi" Ini syarat yang Rizal tetapkan. Ifa kena terima."
"Ifa, abah tak tahu nak cakap macam mana. Tapi abah nak berterima kasih pada Ifa sebab sanggup berkorban untuk ibu. Ifa anak yang baik. Sanggup membelakangkan kebahagiaan sendiri demi ibu. Abah beruntung dapat anak macam Ifa. Abah doakan semoga Ifa bahagia nanti. Cubalah bagi Rizal peluang. Mungkin cara dia untuk dapatkan Ifa agak keterlaluan, tapi abah tahu Rizal akan membahagiakan Ifa kali ni. Jangan mudah putus asa. Jangan biarkan rumah tangga Ifa kali ni jadi macam dulu, ya""
Aku hanya mengangguk mendengar nasihat abah itu. Jauh di sudut hatiku juga mengharapkan sedemikian. Aku juga tidak mahu pisang berbuah dua kali. Apa yang aku nampak selepas ini, hidupku hanyalah bersama Yusrizal. Aku akan cuba menjaga rumah tanggaku nanti walaupun ia terbina daripada asas yang rapuh. Namun persoalannya sekarang, bolehkah aku menerima kehadirannya kembali dalam hidupku" Mampukah aku melupakan semua kenangan silam itu" Adakah Yusrizal mampu membahagiakan aku seperti yang diharapkan oleh abah"
Aku hanya berserah pada yang Maha Esa untung nasibku selepas ini. Apa yang tersurat untukku pasti ada hikmah di sebaliknya. Sehingga itu aku perlulah bersedia fizikal dan mental untuk bersama dengan Yusrizal semula. Walaupun jika rumah tangga kami tidak sebahagia pasangan lain, sekurang-kurangnya aku tidak akan selemah dulu. Tidak mungkin dia dapat memijak kepalaku lagi.
"Dahlah Ifa, jangan sedih sangat. Jom kita pergi tengok ibu. Kesian ibu tak ada orang temankan dia," ajak abah.
"Yalah... tapi abah janji jangan beritahu ibu, ek. At least, sampai ibu selamat dibedah,"
pintaku. "Kenapa pulak abah tak boleh beritahu ibu""
"Ifa takut kalau tiba-tiba ibu tak nak bedah pulak bila tahu syarat yang Rizal tetapkan tu. Ifa tahu sangat perangai ibu tu," beritahuku.
Pada mulanya abah terdiam. Tetapi lama-kelamaan bibir abah mula mengukirkan senyuman sambil mengusap-ngusap kepalaku. Mungkin abah juga bersependapat dengan aku.
"MACAM MANA pembedahan tu doktor" Doktor dah ada tarikhnya"" tanyaku pada Doktor Hakimi. Ketika itu dia sedang mengadakan lawatan rutin terhadap pesakit-pesakitnya. Dialah yang bertangg
ungjawab merawat ibuku selama ibu berada di sini. Ibu tidak dibenarkan pulang ke rumah memandangkan kami telah memutuskan untuk melakukan pembedahan membuang ketumbuhan di kepala ibu dalam masa yang terdekat. Jadi mereka bolehlah memeriksa tahap kesihatan ibu dari semasa ke semasa.
"Jangan risau. As you wish, pembedahan akan dilakukan dalam masa terdekat ni. Atau lebih tepat, minggu depan," beritahu Doktor Hakimi sambil tersenyum.
"Alhamdulillah...." Aku mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi sambil menghadiahkan sebuah senyuman buat ibu.
Ibu turut membalas senyumanku. Namun terserlah kegusaran di wajahnya. Aku faham, sudah tentu ibu terasa gementar menanti hari pembedahan itu. Kalau aku di tempat ibu pun, aku akan berasa perkara yang sama. Aku menggenggam jari-jemari ibu untuk memberikan kekuatan buatnya.
"Terima kasihlah doktor," ucap abah.
"Tak perlu nak ucapkan terima kasih. Dah memang tanggungjawab saya," ujar Doktor Hakimi merendah diri.
"Okeylah, saya ada beberapa pesakit lagi yang saya perlu diperiksa. So, saya pergi dulu la ya," sambung Doktor Hakim lagi.
Aku menganggukkan kepala. Pemergian Doktor Hakimi dan seorang jururawat hanya kuhantar dengan pandangan sehinggalah tubuh mereka hilang di balik pintu. Namun sebaik sahaja pintu itu ditutup, tiba-tiba ia terbuka semula.
Kami bertiga mula memfokuskan pandangan pada pintu bilik yang menempatkan ibu. Aku tersenyum senang apabila wajah teman-temanku yang sama-sama mengajar di UUM terjengah dari balik pintu. Ramainya! Buat rombongan ke apa ni" Lalu aku bangun bersalaman dengan mereka semua. Ini mesti Husni yang beritahu kerana dia adalah antara orang-orang yang telah aku hubungi semasa ingin meminta pertolongan tempoh hari.
"Thanks for coming. Tak sangka rombongan Cik Kiah' datang ke sini," ujarku dengan nada bergurau. Dan gurauanku itu disambut dengan ilai tawa mereka.
"How's your mother"" tanya Kak Yati, berbisik.
Dia adalah penyelaras untuk subjek yang aku mengajar semester ini. Aku memanggilnya kakak kerana usianya yang sepuluh tahun lebih tua daripadaku. Kebanyakan teman-temanku
lebih tua daripada aku. Aku adalah antara yang termuda yang menyandang gelaran pensyarah di fakulti perakaunan.
"Alhamdulillah... ibu okey. Cuma bila sesekali sakit dia menyerang... teruk jugaklah," jawabku.
Kak Yati mengangguk-anggukkan kepala tanda faham sambil matanya menghala ke arah ibu. Aku juga turut mengalihkan pandangan ke arah abah dan ibu yang sedang melayan teman-temanku.
"Ramai yang datang. Tak mengajar ke" Kalau Ifa yalah jugak, memang tak ada kelas petang ni."
"Jangan tak tahu, kita orang pun tak ada kelas jugak petang ni."
"Takkanlah semuanya tak ada kelas. Min tu ada kelas kan sekarang""
Antara Benci Dan Rindu Karya Ida Farisya di http://cerita-silat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo
"Emmm... dia tu memang ada kelas. Tapi dia cancelkan semata-mata nak lawat ibu Ifa ni. Lagipun dia kata nak datang sorang, segan. Tu sebab dia join kita orang. Tu pun ada lagi yang tak sampai. Mungkin kejap lagilah tu," beritahu Kak Yati.
"Hah, ada lagi"" tanyaku tidak percaya. Nasib baiklah bilik ibu ni besar juga.
"Haah. Pensyarah-pesyarah lelaki. Tak ramai, empat orang aja," beritahu Kak Yati lagi.
Sebaik saja Kak Yati selesai bercakap, pintu bilik terkuak dari luar. Terpacul wajah Mansur, Faizal, Hafizi dan akhir sekali... Daniel! Dan pandanganku terpaku di situ. Tidak menyangka yang dia akan datang melawat ibuku hari ini. Sudah agak lama juga aku tidak bersua muka dengannya. Maklumlah, semenjak tiga minggu ini aku terlalu sibuk. Sibuk dengan tuntutan tugas, ibu dan juga sibuk melarikan diri daripadanya.
"Takziah, Ifa atas apa yang berlaku," ucap Faizal.
Aku hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum pada teman-temanku itu. "Thanks sebab sudi datang."
Mereka bertiga mengangguk dan selepas itu berlalu mendapatkan abah dan ibu. Aku memandang Daniel dengan rasa serba salah kerana pandangannya tajam sekali menikam mataku. Perlahan-lahan lelaki itu mendapatku.
"Takziah, Ifa. Harap you banyakkan bersabar."
"Thanks.... " "Ada apa-apa yang perlu I tolong""
Pantas aku menggelengkan kepala. Aku sememangnya tidak berniat untuk meminta pertolongan daripadanya kerana aku pasti lelaki di hadapanku
ini akan menolongku. Kalau itu berlaku, sia-sia saja usahaku selama ini untuk mengelakkan diri daripadanya. Pertolongannya itu sudah pasti akan merapatkan hubungan kami semula. Dan itulah yang diinginkan oleh Daniel.
"Kalau you perlukan pertolongan I, just give me a call, okay""
"Thanks... everything will be fine."
Daniel menghadiahkan senyuman padaku.
"Banyakkan berdoa... I nak jumpa dengan your mom."
"Sure. Silakan."
"KENAPA you tak beritahu I yang ibu you sakit" Kalau Husni tak beritahu I pagi tadi, mesti I tak tahu," tanya Daniel ketika kami berpeluang berdua-duaan di luar bilik yang menempatkan
ibu. Semua teman-temanku sudah pulang, cuma tinggal Daniel saja yang masih tidak menunjukkan tanda-tanda mahu pulang.
Namun baru beberapa saat duduk bersama lelaki itu, dia sudah mengajukan soalan yang pastinya akan membuatkan hatiku berbelah-bahagi ingin menjawabnya. Akalku mula mencari-cari jawapan yang seharusnya aku ucapkan agar tidak menggores perasaannya.
"I bukan tak nak beritahu. Tapi dalam keadaan kelam-kabut macam ni, tak ada apa yang I dapat fikirkan melainkan ibu I. Otak I tengah berserabut sangat. I minta maaf sebab tak inform you," ujarku. Sesungguhnya aku tidak berbohong. Itulah yang terjadi kepadaku. Semua perkara yang aku lakukan sejak kebelakangan ini agak kelam-kabut. Segala tugas yang aku lakukan tidak sepenuh hati. Bagaimana hendak aku tumpukan perhatian sekiranya fikiranku hanya terkenangkan ibu"
"Tapi sempat pulak you beritahu Husni""
"Oh, itu sebab...." Aku tiba-tiba buntu dengan kata-kata. Biarpun kedengaran amat enteng untuk dijawab tetapi aku harus berhati-hati kerana ini adalah perangkap untuk jerat yang aku pasang sendiri. Jika aku tersilap kata, pasti tujuan aku menghubungi Husni akan diketahuinya.
"Sebab apa"" tanya Daniel, mungkin hairan kerana tiba-tiba aku terdiam.
"Errr... sebab... emmm... sebab... hah I nak minta tolong dia informkan students I yang kelas dibatalkan. Masa tu I kat hospital temankan ibu, so tak sempat nak balik. That's why I call Husni. Kat situlah terbuka cerita tentang ibu I," bohongku.
"Ooo...." Hanya itu yang terkeluar dari mulut Daniel tetapi sudah cukup untuk menyatakan yang lelaki itu sudah termakan dengan kata-kataku. Aku menarik nafas lega.
"Lama tak jumpa dengan ibu dan abah you. Kalau tak silap I, dah dekat enam tahun jugalah. Tapi kenapa dia orang pandang I lain macam aje""
Wajah Daniel yang penuh dengan tanda tanya aku perhatikan. Aku masih ingat ketika Daniel menyapa ibu dan abah tadi. Berubah wajah kedua-duanya. Sudah tentu mereka masih ingat pada Daniel, bekas teman lelakiku itu! Suatu perkara yang mereka tidak ketahui ialah, selain daripada bekas teman lelakiku, Daniel juga sekarang adalah teman baikku yang juga mengajar di universiti yang sama. Pada mereka mungkin aku sudah tidak berhubungan dengan lelaki ini setelah terpisah enam tahun lalu. Dan punca perpisahan kami juga adalah kerana orang tuaku.
Bukan niatku untuk sengaja tidak mahu memberitahu mereka. Tetapi aku takut sekiranya ibu bapaku tidak membenarkan aku bekerja di UUM hanya kerana adanya lelaki itu. Punahlah impianku untuk mencurah bakti di tempat yang sama ketika aku menimba ilmu suatu masa dahulu.
Tetapi nampaknya kemunculan Daniel hari ini pasti mengundang persoalan di benak fikiran ibu bapaku. Mereka pasti menagih jawapan dariku sebentar lagi. Dan aku sudah bersedia dengan jawapannya.
"Mungkin perasaan you aja kut," ujarku cuba membuang syak wasangka terhadap ibu
bapaku. "Mungkin jugak."
Seketika, masing-masing diam tidak bersuara.
"Ifa," panggil Daniel setelah agak lama mereka mendiamkan diri.
Aku berpaling memandangnya.
"I miss you." Terkedu aku apabila tiga perkataan itu diucapkan oleh Daniel. Pantas aku mengalihkan pandangan. Tidak menyangka itu yang akan diucapkan olehnya.
"Ifa, you dengar tak" I miss you."
"I dengar.... "
"You tak rindukan I ke""
Perlukah ditanya soalan itu" Kenapa Daniel seolah-olah masih belum berpuas hati dengan apa yang telah aku jelaskan padanya dulu" Kenapa perlu sakitkan hati sendiri"
"Ifa.... " "Daniel, please... ibu I sakit. Jadi I tak nak bebankan kepala I de
ngan perkara-perkara yang lain. Apa yang lebih penting sekarang adalah ibu I."
"I faham. I'm sorry. Mungkin I ni terlalu mendesak you. Emmm... I rasa nak balik dululah. Nanti kalau ada masa, I datang lagi jenguk ibu you."
"Sure. You boleh datang bila-bila masa saja."
"Okeylah... I balik dulu ya""
"Okey! Bye...."
"Bye! Assalamualaikum sayang."
Serta-merta bulu romaku menegak. Mataku buntang merenung Daniel. Tidak percaya dengan apa yang aku dengar tadi. Kelihatan lelaki itu hanya tersenyum sambil mengenyitkan mata dan berlalu pergi. Tidak terkutik aku di situ walaupun bayang Daniel sudah tidak kelihatan. Tanpa sedar air mataku menitis. Kelakuannya tadi mengingatkan aku pada kenangan lalu. Ungkapan sayang' dan senyumannya memang sering kudengar suatu ketika dahulu. Kata-kata
romantis selalu saja meniti di bibirnya membuatkan aku tersenyum sendirian. Sesungguhnya aku rindukan kenangan kami berdua. Saling menyayangi.
Namun aku sedar, kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Semuanya sudah berakhir. Sepatutnya aku tidak perlu mengingati semua itu. Tetapi kenapa Daniel seolah-olah ingin mengingatkan aku pada memori percintaan kami" Aku memegang dadaku sambil menggeleng-gelengkan kepala. Perasaan ini harus kuusir sejauh mungkin. Jangan sampai perasaan cinta itu datang lagi padaku. Ada batu penghalang yang sangat besar di antara kami.
Pantas aku menyapu air mata yang mengalir. Selepas menarik nafas panjang, aku menapak ke bilik ibu. Waktu melawat sudah tinggal beberapa minit saja lagi. Aku perlu pulang. Ada tuntutan tugas lain yang menantiku pada esok hari. Tetapi sebelum itu aku harus beritahu ibu terlebih dahulu. Tidaklah orang tua itu tercari-cari nanti.
"Ifa sini kejap!" panggil ibu sebaik saja aku masuk.
"Ada apa bu"" kataku lalu mendapatkan ibu.
"Daniel tu budak lelaki yang Ifa kenalkan dekat ibu dengan abah dulu, kan"" tanya ibu. Sudahku agak, perkara ini akan dibangkitkan juga.
"Ya, bu!" Ibu dan abah memandang sesama sendiri.
"Ifa masih berkawan dengan dia""
"Ya. Dia juga pensyarah kat UUM."
"Apa" Kenapa Ifa tak pernah beritahu ibu dan abah""
"Entahlah..." jawabku selamba.
"Entah" Ifa, ada tak alasan yang lebih baik daripada entah'"" tanya abah pula. Tanda tidak berpuas hati dengan jawapanku itu.
"Abah, ibu... Ifa rasa tak ada salahnya pun Ifa nak terus berkawan dengan Daniel. Lagipun kami bukannya ada hubungan cinta lagi. Cuma berkawan aje!"
"Ibu tak kata salah. Tapi tukan bekas teman lelaki Ifa. Lagipun ibu dengan abah malu pada dia. Sebab ibu dan abah, Ifa terpaksa berpisah dengan dia." Sayu sekali suara ibu.
Aku memandang ibu yang tertunduk. Lantas jari-jemari ibu kugenggam. "Dahlah, bu. Ifa tak salahkan ibu dan abah pun. Mungkin ni dah nasib Ifa. Daniel bukan jodoh Ifa."
"Tapi ibu tetap malu dengan Daniel. Walaupun ibu dah melakukan kesalahan, dia tetap datang melawat ibu."
"Dahlah tu, bu. Daniel pun tak pernah berdendam dengan ibu. Malah dia doakan ibu semoga cepat sembuh."
"Betul ke, Ifa"" tanya ibu tidak percaya.
Aku kenal Daniel. Dia tidak mungkin berdendam. Lelaki itu terlalu baik. Kalau tidak, masakan dia sanggup datang melawat ibuku"
"Betul bu. Ibu jugak yang cakap, dia sanggup datang melawat ibu, kan" Kalau dia masih marahkan ibu dan abah sudah tentu dia takkan datang. Untuk apa dia habiskan masa untuk perkara yang dia sendiri tidak suka. Betul tak"" pujukku.
Sedikit demi sedikit terukir senyuman di bibir ibu dan abah. Mungkin terasa sedikit lega apabila mendengar penjelasanku itu.
"Dahlah bu. Yang penting sekarang ibu rehat. Jangan fikirkan sangat perkara remeh-temeh ni."
"Betul tu Shima. Awak rehatkan fikiran tu sikit."
"Yalah.... " "Ibu rehat la. Ifa dah nak balik ni. Nak buat preparation nak mengajar esok." "Yalah. Bawa kereta tu elok-elok," pesan ibu.
Aku tersenyum membalas pandangan ibu. Setiap kali aku hendak ke mana-mana, pasti pesanan itulah yang akan dititipkan buatku.
Aku mencapai tangan ibu lalu menyalaminya. Kemudian aku mencapai tangan abah pula. Hari ini giliran abah menjaga ibu. Mungkin esok giliran aku pula. Kerana lusa hari Jumaat dan aku bercuti. Abah sejak dari awal-awal lagi
sudah mengambil cuti untuk menjaga ibu.
"Ifa tak apa-apakan tinggal kat rumah sorang-sorang malam ni"" tanya abah. Mungkin merasa bimbang dengan keselamatanku.
"Tak apa, abah. Lagipun dah dekat dua minggu Ifa tidur sorang-sorang kat rumah tu. Lagipun jiran-jirankan ada."
"Yalah... jaga diri."
Aku menganggukkan kepala lagi.
BACAANKU terhenti apabila loceng tiba-tiba berbunyi berdenting-denting menandakan ada tetamu yang datang. Siapa pula yang datang ke rumahku malam-malam begini"
Pantas aku menjenguk melalui tingkap. Terkejut aku tatkala melihat Yusrizal yang berada di luar pagar. Lelaki itu sedang enak bersandar di kereta sambil melambaikan tangan ke
arahku. Pantas aku menyusup. Takut pula sekiranya lelaki itu terlihat mahkotaku yang sebelum ini terlindung daripada pandangan lelaki-lelaki ajnabi sepertinya.
Dalam kepalaku hanya satu persoalan yang berlegar-legar. Ada hal apa yang membawa lelaki itu ke mari. Jam pula sudah menunjukkan pukul sepuluh malam. Tidak elok sekiranya jiran-jiran ternampak. Di rumahku ini bukan ada sesiapa melainkan aku. Tak pasal-pasal pula kena cekup pula! Mahunya diperli abah kerana tidak sabar-sabar. Sedangkan pernikahan kami akan berlangsung dalam masa tiga bulan saja lagi.
Aku melangkah menuruni anak tangga selepas memakai tudung.
"Kenapa awak datang ni"" tanyaku pada Yusrizal.
"Tak nak jemput abang masuk ke"" tanya Yusrizal pula. Mungkin berasa tidak selesa hendak berbual kerana dibatasi pintu pagar.
Aku berfikir sejenak sama ada hendak membenarkan lelaki itu masuk atau tidak.
"Jangan risau. Abang tak ada niat buruk. Abang bukannya gelojoh sangat. Abang sanggup tunggu. Lagi tiga bulan aja, kan""
Walaupun menyampah dengan kata-katanya itu, aku tetap membukakan pintu pagar dan membenarkan tetamu yang tidak diundangku itu masuk. Tetapi kami hanya duduk di kerusi batu di depan rumah. Aku meninggalkan Yusrizal sebentar di laman untuk menyediakan air untuknya. Walaupun Yusrizal tetamu tidak diundang, tetapi aku tetap melayannya seperti biasa. Tambahan pula dia sudah bermurah hati membantu keluargaku.
"Jemputlah minum," pelawaku sambil meletakkan secawan Nescafe susu di hadapannya.
Yusrizal tersenyum memandangku.
"Tak sangka Ifa masih ingat minuman kegemaran abang," ujar Yusrizal sambil tersenyum.
Aku sedikit tersentak dengan kata-katanya. Barulah aku teringat, itu adalah minuman kegemaran Yusrizal. Entah apalah yang difikirkan oleh Yusrizal saat ini. Sedangkan aku sendiri terlupa minuman kegemarannya. Sebenarnya aku menyediakan Nescafe susu kerana teh dan kopi sudah habis. Aku belum lagi membeli barangan dapur.
"Minumlah," pelawaku lagi. Malas nak menambahkan rasa syok sendiri lelaki itu.
Yusrizal mencapai cawan lalu dihirup airnya.
"Emmm... sedap. Rasanya masih macam dulu. Dah lama abang tak minum air tangan Ifa," puji lelaki itu.
Aku hanya diam tidak berkutik. Dalam hati aku menyumpah-nyumpah lelaki ini kerana mengungkit kisah lama kami. Tetapi aku tidak boleh menunjukkan rasa menyampahku itu. Tidak molek rasanya. Orang sudah berbudi takkanlah hendak dibalas dengan tuba. "Sebenarnya apa tujuan awak ke mari""
Yusrizal meletakkan cawan yang sudah kosong di atas meja. "Abah dan ibu yang suruh abang tengok-tengokkan Ifa. Katanya Ifa tinggal kat rumah sorang-sorang malam ni. Mereka risaukan Ifa."
"Abah dan ibu yang suruh" Bila masa awak jumpa dia orang""
"Tadi abang pergi melawat ibu."
"Ooo...." Aku menganggukkan kepala tanda faham.
"Tak perlulah awak susah-susah. Saya dah biasa. Dah dekat dua minggu saya tidur sorang-sorang. Alhamdulillah... setakat ni tak ada apa-apa berlaku," jawabku yakin.
"Tak apa... tak menyusahkan pun. Inikan amanah abah dan ibu supaya jaga anak kesayangan mereka ni. Lagipun, abangkan bekas suami dan bakal suami Ifa. Mestilah abang kena jaga Ifa."
"Saya okey aja. Tak perlulah awak risau," balasku acuh tak acuh. "Ifa macam tak suka aja abang datang ni"" tanya Yusrizal. Memang pun! jawabku dalam hati.
"Bukan tak suka. Tapi tak elok dipandang jiran-jiran. Dah lewat sangat dah ni." "Kita bukan buat apa-apa pun."
"Memanglah... tapi tetap tak manis dipandang orang," kataku lagi. Y
usrizal tersenyum lagi. "Abang faham. Kita hidup berjiran, kan. Abang datang pun bukan nak berlama-lama. Sekadar nak tengok-tengokkan Ifa aje."
Aku mengangguk tanda mengerti.
"Hmmm... macam mana dengan cek yang abang kasi tu" Ifa dah tunaikan"" "Dah. Saya dah daftarkan ibu untuk pembedahan." "Bila pembedahannya"" "Minggu depan."
"Elok sangatlah tu. Lagi lama lagi bahaya."
Aku mengiakan kata-katanya. Sebab itulah aku terpaksa bersetuju untuk rujuk semula dengan Yusrizal. Hanya kerana tidak mahu berlengah-lengah lagi. Kerana seperti kata Yusrizal, lagi lama lagi bahaya.
"Emmm... okeylah, abang balik dulu. Tapi sebelum tu abang nak beritahu, famili abang nak datang hari Sabtu ni. Nak melawat ibu. Mama, papa dan Nisa nak sangat jumpa dengan Ifa. Ifa jangan lupa datang, ek""
Aku kerutkan dahi. Mama dan papa nak datang"
"Dia orang dah tahu ke tentang kita""
"Dah. Dia orang dah tahu yang kita akan rujuk semula. Bukan main gembira lagi dia
orang." Aku kerutkan dahi. Mereka sudah tahu" Bermakna mereka juga sudah tahu kenapa kami akan rujuk semula" Oh, tidak! Malunya aku!
"Okeylah, abang balik dulu. Nanti jangan lupa datang rumah." Aku menganggukkan kepala lalu bangun menghantarnya ke kereta.
"Ifa take care ya. Pastikan semua pintu dan tingkap berkunci," pesan lelaki itu sebelum masuk ke dalam kereta.
"Okey. "Bye sayang." Aku hanya mendiamkan diri. Tidak berniat untuk membalasnya. Dan lelaki itu terus memecut keretanya meninggalkan aku yang termangu-mangu
Aku masuk lalu mengunci pagar. Tidak lupa pintu dan tingkap rumah juga aku pastikan berkunci. Teringat pesanan Yusrizal sebentar tadi. Aku tersenyum sendirian. Tidak disangka aku sudah boleh duduk dan berbual-bual dengan lelaki itu sebentar tadi.
Semua ini kerana ibu! Kalau tidak, jangan harap aku akan bermanis mulut seperti itu.
Tetapi hakikatnya, itu adalah lakonanku semata-mata. Bimbang kalau-kalau Yusrizal menarik balik bantuan yang dihulurkan sekiranya aku bersikap kurang ajar dengannya. Hancurlah angan-anganku ingin melihat ibu kembali sihat.
Walaupun perasaan benci dan marahku padanya masih menebal, tetapi aku harus berlagak seperti aku menghargai pertolongannya. Bak kata pepatah, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.
13 SUDAH tiga minggu peristiwa itu berlaku. Dan kini aku boleh menarik nafas lega. Ketumbuhan yang selama ini mengganggu kesihatan ibu telah berjaya dibuang. Wajah ibu sudah tidak nampak pucat lagi. Malah ibu sekarang sudah boleh tersenyum bahagia seperti selalu.
Aku amat bersyukur dengan apa yang berlaku. Ternyata Tuhan masih sayangkan ibu kerana memberi peluang untuknya terus melihat dunia yang indah ini. Aku dan abah juga turut berasa syukur kerana berpeluang merasai kasih sayang ibu lagi selepas ini. Syukur alhamdulillah!
"Doktor, bila agaknya mak cik boleh keluar dari hospital"" tanya ibu kepada Doktor Hakimi. Seperti biasa lelaki itu tidak pernah lupa untuk memantau tahap kesihatan ibu. Apatah lagi selepas pembedahan.
"Kenapa" Dah bosan"" tanya doktor itu kepada ibu.
"Mestilah bosan. Dah sebulan lebih mak cik kat sini. Asyik makan tidur, makan tidur... tak buat apa-apa. Lama-lama badan mak cik pun jadi macam tong!"
Terhambur semua tawa yang berada di dalam bilik itu. Bergema bilik dengan ketawa yang bergabung. Apa tidaknya, selain keluargaku, keluarga Yusrizal juga turut berada di sini hari ini. Mereka semua baru sahaja sampai pagi tadi. Sejak dikhabarkan tentang penyakit ibu, keluarga bekas mentuaku itu tidak pernah lupa untuk menjenguk ibu setiap hari Ahad. Berada jauh di Kuala Lumpur bukan masalah buat mereka untuk melawat ibu. Aku sungguh terharu dengan keprihatinan keluarga bekas mentuaku itu.
"Alah, Shima... berehatlah lama sikit. Awak tu baru lepas bedah. Biarlah luka pembedahan tu pulih dulu," kata mama.
"Saya bukan apa, Maria... dan bosan sangat dah. Nak tidur pun tak daya rasanya. Hati asyik ingat kat rumah aje. Lagipun, saya kan dah sihat. Luka pembedahan pun dah nak sembuh
dah." "Betul ke mak cik nak balik"" tanya Doktor Hakimi. "Betullah doktor. Boleh ke kalau mak cik nak balik""
Mata ibu kelihatan bersinar-sinar penuh
mengharap. Sebagai anak aku faham perasaan ibu. Pasti ibu bosan berada di sini. Kalau aku pun akan terasa perkara yang sama.
"Mengikut pada pemeriksaan saya, mak cik pun dah semakin sihat. So, tak ada sebab kenapa saya masih nak tahan mak cik lama-lama di sini," jawab Doktor Hakimi.
"Maknanya isteri saya ni dah boleh baliklah doktor"" Suara abah pula kedengaran.
Abah kelihatan gembira sekali. Apatah lagi apabila Doktor Hakimi menganggukkan kepala. Tetapi yang paling seronok tentulah ibuku.
"Tapi bukan hari ni, esok baru mak cik boleh keluar."
"Esok pun esoklah doktor, asalkan mak cik dapat keluar dari sini."
Tersenyum aku dengan kata-kata ibu. Wajah ibu ternyata menunjukkan yang dia betul-betul gembira. Senyum di bibir ibu membuatkan hatiku tenang. Syukur kerana kami sudah berjaya melalui ujian Allah SWT.
"Okey, saya keluar dulu. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam," jawab kami semua.
"Baguslah kalau Shima dah boleh keluar. Kita pun ada perkara yang nak kena selesaikan ni," kata mama dengan nada gembira sambil memandang aku dan kemudian Yusrizal.
Aku yang memahami maksud kata-kata mama itu pantas memberikan isyarat mata buatnya. Menandakan yang aku belum bersedia untuk membicarakan soal itu lagi. Sekurang-kurangnya biarlah sampai ibu betul-betul sihat dahulu.
"Perkara apa, Maria"" tanya ibu.
"Errr... tak ada apa-apalah."
"Kenapa, Maria" Macam ada perkara penting aja," soal ibu masih tidak berpuas hati.
Aku sudah gelisah di tempatku. Semua mata tunak memandangku seolah-olah memahami apa yang aku rasa saat ini kecuali ibu sahaja yang masih memandang mama meminta kepastian.
"Kenapa ni" Hah, Ifa"" Ibu memandang aku pula setelah menyedari yang semua orang sedang memandangku.
"Tak ada apa-apa bu."
"Jangan nak tipu ibu. Semua orang nampak pelik sangat ni." "Ibu...." Yusrizal melangkah ke depan lalu bertenggek di atas katil ibu. "Ibu jangan banyak fikir sangat. Ibu rehat dulu. Bila ibu dah sihat betul-betul, baru kami beritahu ibu. Jangan risau, ni berita gembira... bukan berita buruk," sambung Yusrizal lagi.
Kini giliran Yusrizal pula memujuk ibu. Serta-merta mulut ibu yang sibuk bertanya tadi terdiam. Termakan dengan pujukan bekas menantu kesayangannya itu.
"Yalah... ibu rehat. Tapi janji, bila ibu dah sihat nanti mesti beritahu ibu. Jangan nak mungkir janji."
"Janji!" Yusrizal angkat tangan seolah-olah sedang bersumpah.
Aku hanya memerhati gelagat Yusrizal. Pandai juga dia memujuk ibu.
"Kalau macam tu kita pun kena beransurlah nampaknya. Bagi peluang untuk orang sakit nak berehat," usik papa.
"Betul tu papa. Nanti ada pulak yang tak dapat keluar hospital esok," usik Nisa pula.
Kami semua tertawa apabila ibu memuncung diusik kedua beranak itu.
Selepas bersalaman kami mula beransur meninggalkan ibu sendirian untuk berehat.
"Ifa!" Aku dan abah yang ketika itu sudah hendak melangkah keluar dari bangunan hospital, menoleh apabila terdengar namaku dipanggil. Kelihatan keluarga Yusrizal sedang
menghampiriku. Tiba-tiba perasaan bersalah di hatiku kerana menonong saja berjalan ke hadapan tanpa mempedulikan mereka semua.
"Ifa dah nak balik ke""
Aku mengangguk. "Kenapa mama""
"Sebenarnya macam ni. Kami ingat nak ajak Ifa dengan Hassan ke rumah Yusrizal. Kita makan sama-sama. Dah lama tak makan bersama," ajak papa.
Yang lain hanya menganggukkan kepala tanda mengiakan kata-kata papa.
Terbit rasa serba salah dalam hatiku ini. Kalau diikutkan hati mahu sahaja aku berkata tidak. Tetapi apa pula alasan yang hendak aku persembahkan supaya penolakanku nanti tidak menyentuh hati mereka" Dalam perkara begini, campur tangan orang terdekat memang amat berhasil. Lalu aku memandang abah dengan pandangan yang sarat dengan makna. Mengharapkan abah bersuara bagi pihakku yang memang tidak mahu menyertai mereka. Tidak betah aku dengan keluarga ini sekiranya Yusrizal turut serta. Masalah aku sekarang ialah Yusrizal! Bukan pelawaan mereka!
Sejak kebelakangan ini lelaki itu sering saja muncul di mana-mana. Seolah-olah dia sedang mengekori ke mana saja aku pergi. Akalku galak mengatakan lelaki ini sedang mencari peluang untuk bersamaku. Aku jadi rimas dengan
semua ini. Tetapi aku tidak berani bersuara kerana bimbang dia akan mengungkit tentang duit yang telah dia pinjamkan kepadaku.
Pernah suatu hari aku menyatakan rasa hatiku yang tidak mahu hubungan kami terlalu rapat sebelum aku sah menjadi miliknya. Aku juga lantang menyuarakan bahawa wang yang aku pinjam darinya bukan tiket untuknya untuk memenangi hatiku. Kalau perlu aku akan mencari jalan untuk membayar kembali wang yang aku pinjam darinya dulu. Tapi dengan tegas pula dia mengatakan...
"Kalau Ifa nak sangat kita kahwin minggu depan, buatlah. Abang lagi suka. Lagi cepat lagi bagus."
Pada waktu itu aku ingat dia hanya bergurau, tetapi ternyata lelaki itu tidak bergurau. Aku pantas mencapai telefon bimbit yang berada di tangannya lalu mematikan talian. Siap buka loudspeaker lagi supaya aku mendengar perbualannya. Entah apa kata mama bila talian itu diputuskan secara tiba-tiba. Yang aku tahu aku perlu memutuskan perbualan itu kerana Yusrizal berhasrat untuk meminta mama mempercepatkan pernikahan kami. Dia juga mengatakan aku yang meminta begitu. Memang gila!
Lalu apa lagi pilihan yang aku ada, melainkan mengikut saja rentaknya. Tetapi aku perlu menggunakan psikologi! Tegas dalam kelembutan. Walaupun perkahwinan ini tetap akan berlangsung tetapi aku boleh menundanya dari tarikh asal. Hanya tinggal lebih kurang dua bulan saja lagi aku akan menjadi isteri orang. Semakin hampir tarikh itu semakin aku rasakan yang aku tidak bersedia. Aku perlu menunda tarikhnya!
"Macam mana Hassan"" Mama pula bertanya. Tidak sabar mahu mendengar persetujuan daripada kami berdua.
"Tak menyusahkan ke""
"Apa yang susahnya Hassan" Kita pergi makan aja. Yang lain semua pembantu rumah yang sediakan. Lagipun tak lama lagi kita dah nak jadi keluarga, kan"" kata papa pula.
Aku masih lagi memandang abah. Mengharapkan abah memberikan alasan yang membolehkan aku terlepas daripada semua ini.
Abah mengalihkan pandangannya kepadaku.
"Apa salahnya""
Dan aku melepaskan keluhan hampa. Punah segala hasratku untuk mengelak dari berjumpa dengan Yusrizal. Aku rimas!
Sesampai saja di rumah Yusrizal, kami disambut oleh pembantu rumahnya. Gembira sekali orang tua itu apabila melihat kedatanganku. Maklumlah, sejak pertama kali aku menjejakkan kami ke rumah ini beberapa minggu lepas, kami sudah serasi. Mulut Mak Cik Bibah yang becok bercerita tidak berhenti-henti membuatkan aku senang berbual dengannya.
"Ada tetamu rupanya hari ni. Nasib baik mak cik masak lebih. Rizal pun bukan nak habaq awai-awai."
"Alah, Rizal dah tahu mesti mak cik masak lebih. Sebab tu Rizal tak beritahu." "Yalah, hang duduq dulu na. Mak cik nak pi dapuq sat." "Tak siap lagi ke Bibah" Tetamu dah lapar ni," tanya mama. "Dah siap dah puan. Cuma nak hidang ja." "Saya tolong ya."
"Ifa ikut ma." Mama hanya menganggukkan kepala. Mungkin menyedari ketidakselesaanku apabila ditinggalkan sendirian.
"Kenapa tak nak beritahu ibu tentang Ifa dan Rizal""
Aku yang ketika itu sedang menyusun gelas di atas dulang, tersentak apabila tiba-tiba terdengar ada suara di belakangku. Aku mengurut dada. Nasib baik tidak terlepas dulang dalam peganganku ini.
"Mama, terkejut Ifa!"
"Sorry, mama tak sengaja. Ingatkan Ifa tahu mama ada kat belakang," kata mama sambil mengusap belakangku. Meredakan sedikit rasa terkejutku tadi.
"Tak apalah. Mama tanya apa tadi""
"Mama tanya kenapa tak nak beritahu ibu tentang perkahwinan Ifa dan Rizal"" "Ooo yang tu... biar dululah."
"Kenapa pula macam tu" Nanti mesti ibu tahu jugak."
"Biarlah ibu sihat dulu. Nanti barulah Ifa beritahu. Ifa takut mengganggu kesihatan ibu
pula." "Apa pulak mengganggu kesihatan ibu" Kalau Ifa nak tahu, ibu memang suka kalau Ifa dan Rizal rujuk semula."
"Itu Ifa tahu. Tapi Ifa takut kalau ibu tahu tentang... "
"Mama!" Aku dan mama berpaling ke arah pintu dapur. Kelihatan Yusrizal sedang berdiri di situ.
"Isy... budak ni! Yang kamu terpekik tu kenapa" Macamlah mama ni duduk sebatu," marah mama.
Yusrizal hanya tersengih dimarahi oleh mamanya.
"Papa panggil," beritahu Yusrizal.
"Isy, papa kamu ni pun! Bukan boleh tengok kita senang sikit. Ada saja mahunya," gumam mama
. Mungkin tidak berpuas hati kerana perbualan kami diganggu. Walaupun begitu mama tetap berlalu mendapatkan papa yang berada di ruang tamu bersama abah.
Sepeninggalan mama, Yusrizal pantas mendapatkan aku. Aku mengerutkan dahi tidak mengerti.
"Jangan terlepas cakap. Abang tak ada beritahu apa-apa pun tentang duit yang Ifa pinjam daripada abang tu pada famili abang," beritahunya sambil berbisik di telingaku. Tidak mahu sesiapa pun terdengar perbualan kami.
Aku membuntangkan mata tidak percaya. Bererti mereka semua masih tidak tahu tentang pinjaman tu!
"Kenapa awak tak beritahu"" Tanyaku juga dalam keadaan berbisik. "Mereka tak perlu tahu. Ni rahsia kita berdua!"
14 TELAH genap seminggu ibu keluar dari hospital. Ibu juga sudah semakin sihat. Sudah boleh bergelak ketawa dan sudah boleh melakukan aktiviti seharian. Cuma ibu tidak boleh selincah dulu kerana luka pembedahan ibu masih belum pulih sepenuhnya. Mungkin tidak berapa lama lagi akan sembuh.
Aku memerhati ibu yang kelihatan gembira sekali dikelilingi teman-temannya. Bukan main seronok lagi ibu berbual-bual. Tersenyum aku melihatnya. Senang hati dapat melihat ibu bergelak ketawa begitu. Hari ini keluargaku telah mengadakan sedikit kenduri doa selamat
sebagai tanda kesyukuran kerana ibu telah sembuh daripada penyakitnya. Selain itu, dapatlah juga merapatkan hubungan kami sesama jiran.
Setelah penat melakukan bermacam-macam kerja, aku melepaskan lelah di dapur. Terasa letih benar badanku hari ini. Hampir keseluruhan badanku terasa sengal-sengal. Kalaulah dapat aku melelapkan mata saat ini alangkah baiknya. Tentu aku akan tertidur sehingga ke pagi dengan nyenyak sekali. Jam yang berdenting sebanyak sebelas kali menandakan hari sudah hampir dinihari. Tetamu juga sudah beransur pulang. Yang tinggal hanya jiran-jiran terdekat. Dalam hati aku berdoa agar mereka cepat pulang. Dapatlah aku menghabiskan semua kerja dan merehatkan badanku yang keletihan ini.
"Hai, penat nampak!" tegur Nisa yang baru masuk ke dapur.
Aku hanya menghadiahkan senyuman padanya.
"Ramai jugak tetamu yang datang ya kak" Kata jemput sikit aja. Nasib baik makanan
cukup." "Itulah, akak pun tak tahu yang abah jemput ramai macam ni. Naik letih akak."
"Nisa pun letih jugak ni," ujar Nisa sambil menumbuk-numbuk bahunya lembut.
Aku kasihan melihat wajah Nisa yang berkerut-kerut. Aku yakin Nisa tidak biasa melakukan kerja-kerja seperti ini. Maklumlah, anak orang kaya. Tetapi gadis itu tidak cerewet. Tetap mahu meringankan tulang dengan membantu apa-apa yang patut. Nasib baiklah keluarga bekas mentuaku dan jiran-jiran sudi membantu. Kalau tidak mahunya aku terkulai sebelum majlis bermula.
"Hai, kat sini rupa-rupanya budak berdua ni! Ingatkan hilang ke mana." Mama sudah tercegat di muka pintu sambil bercekak pinggang.
"Orang letihlah mama. Bagi la rehat sekejap," balas Nisa.
"Semua orang letih. Jom kita siapkan kerja. Sikit aje lagi. Lepas tu semua boleh rehat." "Semua tetamu dah balik ke mama"" "Dah balik semua dah. Tinggal kita aje ni."
"Ifa ke depan dululah. Nak mengemas. Nisa rehatlah kalau letih. Kesian Nisa tak berhenti-henti buat kerja dari tadi," ujarku.
Lagipun Nisa adalah tetamu. Sepatutnya dia tidak perlu beria-ia melakukan kerja.
"Eh, tak ada rehat-rehat. Pergi depan kemaskan apa yang patut!" marah mama.
Aku lihat Nisa menarik muncung. Tidak senang kerana dipaksa mama. Aku tergelak dengan kelakuannya. Comel sungguh!
Masing-masing terkulai di ruang tamu sebaik sahaja selesai mengemas dan mencuci pinggan. Letih sungguh rasanya. Aku mengusap-usap kepala Nisa yang sudah terlentok di bahuku. Kasihan aku melihatnya.
"Mama sekeluarga tidur sinilah ya malam ni. Dah letih sangat Ifa tengok tu."
"Tak payah susah-susahlah, Ifa. Satu hal pulak kamu sekeluarga nak menguruskan kami
nanti." "Tak ada susahnya, mama. Tidur sinilah. Nisa pun dah tertidur ni."
"Betul cakap Ifa tu, Maria. Tidur sini ajelah. Esok baru balik. Dalam keadaan letih macam ni, nak bawa kereta pun tak daya jadinya," pujuk abah pula.
"Betul tu mama. Rizal pun tak larat dah ni," ujar Yusrizal pula sambil memicit-micit bahunya.
Aku tersenyum meliha t gelagatnya. Tetapi senyuman itu aku sembunyikan daripada pandangan semua orang. Agaknya inilah pertama kali Yusrizal melakukan kerja-kerja berat sebegini. Ya la, selalunya ada orang gaji yang membantu. Rasakan!
"Tapi kan ke esok Rizal kerja" Sempat ke nak pergi kerja esok""
"Rizal tak masuk ofis kut esok. Tak ada yang penting pun esok."
"Kalau macam tu, kita tidur sini ajelah." Akhirnya mama memberikan persetujuan.
"Macam tu la. Hah, Ifa... jom ikut ibu kemaskan bilik."

Aku mengangguk. Aku ingin bangun. Tetapi agak sukar kerana kepala Nisa sudah terlentok di bahuku.
"Hoi, Nisa! Bangunlah... tak senonoh betul anak dara ni." Yusrizal yang berada di sebelah Nisa memukul bahu adiknya.
Terpisat-pisat gadis itu bangun. "Apa abang ni" Jealous la tu tengok Kak Ifa usap kepala Nisa. Abang tak boleh!"
Bergema seisi rumah apabila Nisa berkata begitu.
Merona merah wajahku dengan kata-kata spontan Nisa. Cepat saja aku melangkah ke
atas. KEESOKANNYA aku bangun seawal yang mungkin untuk menyediakan sarapan. Aku kira aku yang awal sekali bangun, tetapi rupa-rupanya aku silap kerana ibu sudah mendahului aku. Tetapi
kalau diikutkan, aku memang tidak akan boleh menyaingi ibu kerana setiap hari ibu akan bangun awal.
"Awal bangun hari ni," tegur ibu sebaik sahaja aku masuk ke dapur.
Sapaan ibu itu kalau diteliti betul-betul, dengarnya seperti menyindirku. Senyuman sumbing aku hadiahkan buat ibu. "Biasalah bu."
"Nisa dah bangun"" Ibu bertanya.
"Belum lagi. Kejap lagi bangunlah tu. Nak kejutkan kesian pulak. Letih sangat Ifa tengok
dia." "Dah, mari tolong ibu."
Aku mendapatkan ibu. "Apa sarapan kita hari ni, bu""
"Ibu ingat nak masak nasi lemak. Dah lama tak makan nasi lemak."
"Bagus jugak tu. Ifa pun dah lama tak makan nasi lemak yang ibu buat."
Kami memasak dengan ceria sekali pagi itu. Maklumlah, sudah lama tidak berbual begini. Banyak benar perkara yang kami ceritakan sehingga tidak sedar telah mengejutkan seisi rumah.
"Maaflah semua. Kami ni bising sangat sampai bangun semua orang," kata ibu yang ketika itu sudah selesai memasak.
Aku pula sedang membuat minuman untuk dihidangkan bersama sarapan pagi.
"Tak adalah. Memang dah waktu bangun pun sekarang ni. Nak tidur sampai pukul berapa"" Mama membalas kata-kata ibu. Mungkin tidak berasa enak kerana ibu menyalahkan diri sendiri.
"Dapat tidur nyenyak semalam""
"Memang nyenyak, Shima. Tak sedar apa-apa pun. Tahu-tahu dah pagi."
"Sampai ada orang tu berdengkur," sampuk papa. Tidak lain dan tidak bukan mesti mahu mengenakan mama.
"Eh, mana ada! Abang tu yang kuat berdengkur nak mengata kita pulak," bangkang mama tidak mahu kalah.
Aku ketawa melihat telatah pasangan suami isteri itu.
"Eh, Rizal dengan Nisa mana" Tak bangun lagi ke"" tanya abah tiba-tiba.
"Belum bangun lagilah tu. Budak berdua tu memang macam tu. Selagi matahari tak meninggi, selagi tu tak bangun. Ifa, tolong mama kejutkan Nisa dengan Rizal," pinta mama.
"Hah, Ifa"" Keliru aku dengan permintaan mama.
Kalau Nisa bolehlah aku kejutkan. Tapi Rizal" Ah... apa susah, lepas kejutkan Nisa, suruhlah Nisa kejutkan abang dia!
"Yalah, Ifa kejutkan."
Aku mendaki anak tangga menuju ke bilikku. Sebaik sahaja pintu bilik dibuka, terpacul wajah Nisa yang baru selesai mandi. Tubuh gadis itu pula hanya dibaluti tuala.
"Sorry kak. Nisa pinjam towel."
"Gunalah Nisa. Kejap lagi Nisa turun ek, kita sarapan sama-sama. Lepas tu tolong kejutkan abang Nisa ya."
"Alah, akak pergilah kejutkan abang. Nisa nak pakai baju ni."
"Nisa pakailah baju dulu. Lepas dah siap, kejutlah abang."
"Nisa rasa baik akak pergi kejutkan dia sekarang. Nisa ni siap lambat. Kalau lepas Nisa siap baru nak kejutkan abang, alamatnya tak sarapanlah kita. Akak kejutkan abang, ek. Jumpa nanti."
Gadis itu terus menutup pintu bilik, meninggalkan aku yang terkulat-kulat di situ. Apa yang harus aku lakukan" Kejutkan atau tidak" Kalau perempuan tak apa. Ini lelaki! Janggal pula rasanya walaupun kami pernah menjadi suami isteri suatu ketika dahulu. Tapi itu lima tahun lepas!
Setelah puas berfikir akhirnya aku menapak juga ke bilik yang dihuni oleh Yusrizal. Pintu bilik itu aku ketuk. Beberap
a ketukan yang aku buat masih tidak berjaya membuatkan Yusrizal bangun. Dalam hati mendengus geram. Tidur mati agaknya!
Aku mengetuk lagi pintu bilik itu. Untuk menerjah masuk, tidak akan sesekali aku lakukan. Hampir kebas tanganku ini barulah pintu bilik dibuka. Terpacul Yusrizal yang hanya bertuala tanpa baju. Rambut dan tubuh yang masih basah menandakan lelaki itu baru sahaja selesai mandi. Seksi habis! Pantas aku mengalihkan pandangan dari tubuhnya itu. Serta-merta wajahku terasa hangat.
"Morning sayang," sapa Yusrizal. Ceria.
"Mama panggil sarapan."
"Okey, kejap lagi abang turun."
"Kalau macam tu saya turun dulu."
"Eh, nanti dulu Ifa!"
Panggilan Yusrizal membuatkan langkah kakiku terhenti. Namun pandanganku masih bukan padanya. Aku lebih rela memandang dinding rumah daripada memandang tubuhnya yang sasa itu.
"Ada apa""
"Emmm... Ifa juling ke""
Pertanyaannya membuatkan mataku terarah kepadanya. Tepat! Berani dia kata aku
juling" "Tak adalah. Dari tadi abang tengok Ifa asyik pandang tempat lain aje. Sedangkan Ifa tengah bercakap dengan abang. Ifa bukan bercakap dengan dinding tukan""
Aku mengetap bibir. Terasa aku dengan sindiran lelaki yang berada di hadapanku ini. Yusrizal pula hanya tersenyum mengejek. Geram aku melihat gelagatnya saat itu.
"Suka hati sayalah nak pandang mana pun! Mata saya!"
"Ya la... abang tahulah mata sayang. Tapi selalunya kalau kita bercakap dengan seseorang, kita kena pandang mata, kan" Bukan tempat lain. Silap-silap orang boleh tersalah sangka pula."
"Nak buat macam mana, dinding tu lagi lawa daripada awak!" Aku menjawab selamba. Tidak mahu kalah dengan usikannya.
"Ya ke" Ke sebab malu tengok abang macam ni""
"Kalau dah tahu tu kenapa tak pakai baju""
"Eh... bukan salah abang. Ifa yang ketuk pintu macam nak roboh. Tak sempat nak pakai baju, abang buka ajelah pintu. Nanti tak pasal-pasal abang kena ganti pula pintu ni."
"Dahlah. Malas nak layan awak."
Aku mula mengorak langkah. Malas nak bertikam lidah dengan Yusrizal yang gemar benar mengusik sejak kebelakangan ini. Pantang ada peluang pasti aku dikenakan sehinggakan pipi aku merah padam. Marah dan malu! Hairan! Lain benar sikap Yusrizal jika dibandingkan
dengan sikapnya dulu. Kenapa dengan tiba-tiba aku rasakan lelaki ini bukan lelaki yang sama aku nikahi dulu"
Namun belum pun sampai dua langkah, aku terasa lenganku dicengkam kuat dan ditarik ke belakang. Dek kerana terkejut aku menoleh. Semakin membuatkan aku terkejut apabila wajahku terlalu hampir dengan lelaki yang berada di hadapanku ini. Lidahku kelu tidak terkata. Mataku hanya mampu memandang ke dalam anak matanya.
"/ really like when you're blushing. So cute, sayang." Bisiknya.
AKU duduk berteleku di atas katil sambil memeluk lutut. Peristiwa siang tadi masih berlegar-legar di kotak fikiranku ini. Entah mengapa sukar benar untuk aku melupakannya. Terngiang-ngiang kata-katanya dan terbayang-bayang alis matanya yang memukau itu. Tidak pernah aku menatap lama mata itu sebelum ini. Dan hari ini aku berpeluang. Tetapi bayangan itu pula seakan sukar benar mahu meninggalkan fikiranku sehingga saat ini. Ia membuatkan otakku tidak berhenti mengelamun sejak dari pagi tadi.
Isy... apa kena dengan aku ni" Dah gila agaknya! Untuk apa aku mengingati lelaki yang telah menyebabkan aku bergelar janda sekarang ni" Buat sakit kepala aje. Lebih baik aku tidur. Esok aku perlu bangun awal untuk masuk mengajar.
Ketukan di muka pintu mematikan niatku yang ingin merebahkan kepala sebentar tadi.
"Masuklah!" tempik aku dari dalam. Aku tersenyum pada ibu yang sedang berjalan mendapatkan aku. Ibu melabuhkan punggung di sebelahku.
"Ibu tak tidur lagi""
Ibu menggelengkan kepala. "Ibu nak cakap dengan Ifa sikit." "Cakaplah bu."
"Betul ke Ifa nak rujuk semula dengan Rizal""
Aku mengerutkan dahi. Dari mana pula ibu tahu semua ni" Seingatku kami tidak pernah membincangkan hal ini sejak ibu keluar dari hospital. Semua orang seperti lupa tentang itu.
"Siapa yang beritahu ibu"" soalku ingin tahu.
"Bekas mentua Ifa yang beritahu tadi. Pada mulanya ibu tak percaya. Tapi bila abah mengiakan, baru ibu percaya. Kenapa tiba-ti
ba Ifa nak balik pada Rizal" Sedangkan sebelum ni Ifa yang menolak""
"Ibu tak suka ke Ifa rujuk semula dengan Rizal""
"Bukan tak suka, Ifa. Tapi dulu Ifa yang tak suka bila ibu dan abah terima lamaran Rizal. Siap mogok lagi dengan ibu dan abah!"
"Mungkin Ifa nak kasi peluang kat Rizal. Ibu juga yang cakap dulu, Rizal yang sekarang tak sama dengan Rizal yang dulu."
"Jangan cuba nak bohong dengan ibu, Ifa. Ifa jadi anak ibu bukannya setahun dua. Tapi dah hampir dua puluh lapan tahun. Ibu faham sangat perangai Ifa tu. Baik Ifa beritahu ibu perkara yang sebenarnya. Ini ada kaitan dengan duit RM30,000.00 yang kita pinjam tu ke"" tanya ibu.
Aku terkejut kerana ibu sudah awal-awal lagi dapat menghidunya. Ternyata fikiran ibu benar-benar tajam.
Perlahan-lahan aku menganggukkan kepala. Untuk apa lagi disembunyikan" Ibu tidak akan percaya sekiranya aku berdalih.
"Kenapa Ifa tak beritahu ibu" Kalau ibu tahu, tak mungkin ibu akan buat pembedahan ni. Biarlah ibu sakit, tak apa. Asalkan anak ibu tak menderita!"
"Sebab itulah Ifa tak nak beritahu ibu. Ifa takut ibu tak nak jalani pembedahan tu."
"Ifa tak perlu berkorban begini, sayang," ujar ibu sambil membelai-belai rambutku.
"Tak apa, bu. Ifa reda. Ifa nak tengok ibu cepat sembuh. Ifa tak ada adik-beradik lain. Ifa hanya ada ibu dan abah saja tempat bermanja. Sebab tu Ifa tak nak terjadi apa-apa pada ibu. Ifa sayang ibu...." Luahku lalu memeluk tubuh ibu erat.
Air mataku gugur. Kesedihanku turut mengundang kesedihan ibu. Bergenang air mata ibu mendengar luahan hatiku itu. "Ibu pun sayangkan Ifa. Terima kasih sayang.... "
15 SEDAR tak sedar, hari yang tidak ingin aku lalui tiba juga. Aku memerhatikan wajahku yang sudah siap disolek oleh mak andam.
Beberapa orang temanku yang hadir, mengatakan wajahku nampak berseri dan anggun sekali. Tetapi bagiku seri itu hanya luaran. Sedangkan di dalam hatiku merusuh hiba. Tidak
dapat aku bayangkan bagaimana kehidupan yang bakal aku lalui selepas ini. Adakah bahagia" Ataupun terseksa seperti lima tahun lepas"
Sudah puas aku memujuk Yusrizal untuk menundakan tarikh pernikahan, tetapi hasilnya tiada! Lelaki itu memang berpegang pada kata-katanya. Dan akibatnya hanya tinggal beberapa minit sahaja lagi aku akan kembali bergelar Mrs. Yusrizal!
Debaran menanti saat aku dinikahkan semakin menjadi-jadi. Terasa mahu sahaja aku hentikan masa dan membiarkan ia begitu selama-lamanya. Jadi, tidak perlulah aku menjadi isteri Yusrizal untuk kali keduanya. Tetapi itu semua kuasa Allah. Mana mungkin aku dapat menghentikan masa yang berdetik laju saat ini. Sedangkan aku pula terasa mahu melambatkan masa.
"Hai pengantin baru!" Sapaan satu suara membuatkan semua lamunan aku terbang. Aku memalingkan wajah dan melonjak gembira apabila melihat Linda berada di hadapanku. Lantas aku bangun memeluk tubuh sahabatku itu.
"Kata tak dapat datang""
"At first, memang tak dapat datang. Tapi demi kawan aku yang tersayang ni, aku sanggup gantikan tempat aku dengan orang lain untuk seminar tu. Rugilah aku kalau tak dapat tengok kau kahwin."
"Kesian kat kau tak dapat pergi seminar tu," ujarku dengan nada kesal.
Disebabkan aku Linda sanggup ketepikan seminar yang sememangnya dinantikan olehnya.
"Alah, tak kisahlah. Nanti boleh pergi lagi. Cantiknya kau hari ni. Mesti tak lena tidur la Si Rizal malam ni," bisik Linda, nakal.
Cepat saja lengannya aku cubit.
"Aduh, sakitlah! Orang gurau sikit pun tak boleh." "Cakap lagi yang bukan-bukan."
"La, betul apa aku cakap! Mesti Rizal tak kasi chance kau tidur awal malam ni."
Sekali lagi aku mengangkat tangan mahu mencubitnya, tetapi pantas pula dia menangkap tanganku. Linda ketawa kesukaan.
"Macamlah kau tak tahu hubungan aku dengan Rizal tu macam mana""
"Ala, itu kisah lama la. Mulai sekarang apa kata kalau kau buka buku baru. Cuba bagi peluang kat dia. Mungkin dia dah berubah," pujuk Linda.
Nasib baiklah waktu itu hanya tinggal aku dan Linda di dalam bilik pengantin yang telah dihias indah. Walaupun majlis yang dibuat hanya kecil-kecilan tetapi ibu tetap juga mahu menyediakan kamar yang indah selayaknya untuk pasangan pengantin baru. Eh, tet
api aku bukan pengantin baru! Dah dua kali kahwin ni!
"Mana kau tahu dia dah berubah""
"Okey, aku memang tak kenal dia sangat. Tapi kalau mengikut apa yang kau ceritakan, aku nampak kesungguhan dia. Dan aku rasa dia memang dah berubah."
"Entahlah Linda, aku malas nak fikir. Yang penting sekarang aku terpaksa tunaikan janji aku pada dia. Dia dah selamatkan ibu aku..." ucapku lirih. Linda yang seakan memahami keadaanku saat itu mengusap-usap belakangku.
"Kalaulah aku dapat bantu kau dulu, mesti tak jadi macam nikan""
"Tak apalah Linda. Ini semua kehendak Allah. Kita tak dapat nak halang."
"Aku faham perasaan kau. Kau cubalah jaga rumah tangga kau kali ni. Mesti kau akan bahagia."
Aku mengangguk lemah. Mungkinkah aku berjaya menjaga rumah tanggaku kali ini" Persoalan itulah yang bermain-main di benakku sehinggalah Linda memberitahu pihak pengantin lelaki sudah sampai. Debar di hatiku tidak usah dicakap. Aku menggenggam tangan Linda erat. Genggaman tanganku dibalas.
"Relaks, okey""
"Aku nervouslah, Linda."
"Cool down. Tarik nafas perlahan-lahan. Aku ada kat sini."
"Kau jangan tinggalkan aku sepanjang majlis ni. Aku takutlah.... "
"Yalah...." Linda ternyata memegang kata-katanya. Sepanjang majlis berlangsung tidak pernah dia meninggalkan aku sendirian. Ke mana saja aku pergi dia akan ada bersama. Rasa gementar yang tadinya begitu memuncak, sedikit reda dengan adanya Linda di sisi.
"Tahniah sayang. Ifa dah jadi isteri orang."
Aku menunduk apabila ibu mengkhabarkan tentang itu. Pandanganku sedikit berbalam-balam kerana dibanjiri air mata. Maka selepas ini bermulalah kisah kehidupan aku dan Yusrizal yang semestinya tidak seperti pasangan lain.
"Cantik anak ibu," puji ibu sambil membelai-belai wajahku. Belaian ibu membuatkan air mataku deras mengalir. Tidak tertahan rasanya sebak di dada.
"Hei, kenapa menangis ni"" Linda dan ibu mula kelam-kabut apabila air mataku semakin galak mengalir.
"Ibu...." Aku memeluk tubuh ibu erat. Melepaskan semua kepedihan dan keperitan yang kutanggung ketika ini.
"Hisy... pengantin mana boleh menangis," pujuk ibu sambil mengusap-usap belakangku. Cuba menenangkan perasaanku yang benar-benar merusuh.
Perasaanku benar-benar bercelaru saat ini. Berkahwin dengan Yusrizal bermakna kehidupanku nanti hanya untuk suamiku. Aku tidak lagi boleh meluangkan masa yang banyak untuk bersama ibu dan abah yang selama ini terlalu memanjakan aku. Entah mengapa rasa takut berjauhan dengan ibu dan abah terlalu mendalam saat ini. Tidak seperti lima tahun lepas ketika aku berkahwin dengan Yusrizal untuk pertama kalinya. Perasaan aku biasa-biasa saja. Tapi kali ini aku benar-benar keliru dan takut.
"La... kenapa pengantin menangis ni" Habis dah make-up. Pengantin lelaki dah nak naik sarung cincin ni. Kak Miyah cepat touch-up pengantin semula," arah mak long kepada mak andam yang diupah oleh ibu.
Kelam-kabut Kak Miyah melakukan kerjanya memandangkan pihak lelaki sudah dalam perjalanan menuju ke kamar pengantin.
Aku pula sedaya upaya meredakan rasa sebak yang masih bersisa.
"Assalamualaikum!"
Aku dan seisi penghuni di dalam kamar pengantin itu menjawab salam yang diberikan. Aku hanya menunduk memandang lantai. Dan saat Yusrizal menyentuh tangan kiriku untuk menyarungkan cincin, maka terbatallah wuduk kami berdua.
Aku tunduk mengucup tangannya. Kerlipan lensa kamera bersilih ganti merakam detik bersejarah itu.
Wajahku terasa hangat apabila Yusrizal meletakkan bibirnya di dahiku lama sambil tangan kanannya menongkat daguku. Semakin galak jurugambar yang diupah khas oleh Yusrizal
memainkan peranannya. Entah berapa kali adegan itu dirakamnya aku sendiri tidak tahu. Setelah agak lama barulah dia membenarkan Yusrizal merenggangkan bibirnya dari dahiku.
Selepas itu barulah aku berani mengangkat wajah memandangnya. Kelihatan lelaki itu menghadiahkan senyuman manis buatku. Hendak atau tidak aku terpaksa membalas senyuman itu. Kami berdua sedang menjadi tontonan ramai. Takkanlah aku hendak memasamkan wajah kepada lelaki yang baru saja menjadi suamiku. Seharusnya aku menunjukkan riak wajah bahagia kerana kami telah disatukan. Walaupun ha
kikatnya tidak sebegitu. "Cantiknya menantu mama," ujar mama sambil mengucup kedua-dua belah pipiku.
Aku membalas dengan menyalami tangannya. Sebentar kemudian Nisa pula muncul dan memelukku.
"Welcome to our family! Bestnya... Nisa dah ada kakak!" Ceria sekali Nisa bersuara. Aku hanya membalas kata-katanya dengan senyuman.
Para tetamu yang tadinya membanjiri kamar pengantin sudah dijemput oleh mak long untuk menjamu selera di tingkat bawah dan membiarkan pengantin bergambar kenangan.
Saat inilah yang paling aku khuatirkan. Sudah tentu jurugambar akan mengarahkan aku dan Yusrizal melakukan pelbagai aksi. Pengalaman menjadi raja sehari lima tahun lepas masih terbayang-bayang di kotak fikiranku. Letih benar aku menuruti kehendak jurugambar yang terlalu cerewet. Disuruh berpeluklah, merenung antara satu sama lain, sekejap duduk dan sekejap berdiri. Nasib baiklah juga jurugambar itu tidak menyuruh kami berkuak lentang di atas katil!
Telahan aku ternyata benar. Janggal rasanya apabila tangan lelaki yang sudah sah menjadi suamiku menjalar di pinggang. Aku dipeluk semahu-mahunya. Walaupun tidak disuruh jurugambar, Yusrizal pula sibuk mencari posisi yang sesuai. Dan jurugambar itu hanya tahu
memetik kameranya. Geram tidak usah dicakap. Pelbagai posisi yang aku terpaksa lakukan. Kurasakan keadaan yang aku alami saat ini tidaklah sesukar lima tahun lepas.
Aku memandang ibu dan Linda yang sedari tadi menjadi pemerhati kami. Mereka berdua hanya menghadiahkan senyuman buatku. Senyuman itu jelas menunjukkan yang mereka tidak dapat membantuku. Akhirnya aku hanya menurut semua arahan jurugambar dan juga arahan suamiku yang cerewet itu.
MENJADI raja sehari memang memenatkan. Penat fizikal dan juga mental. Maklumlah, pengantin semestinya menjadi tumpuan tetamu. Oleh yang demikian, terpaksalah aku memaniskan wajah walaupun mukaku ketika ini terasa amat sukar untuk menghadiahkan senyuman buat tetamu. Tetapi aku gagahkan juga. Masakan tidak, sedari upacara membatalkan air sembahyang sehinggalah sekarang, jari-jemariku sentiasa digenggam oleh Yusrizal. Seminit pun tidak dilepaskan. Ke mana saja dia pergi, diheret aku sama. Aku diperkenalkan kepada teman-temannya. Dia juga aku perkenalkan kepada teman-temanku.
"Handsomenya suami kamu, Ifa. Turun dari planet mana tu"" bisik Kak Yati di telingaku.
Tetapi aku kira Yusrizal mendengarnya kerana lelaki itu hanya tersenyum sambil memerhatikan kami berdua. Mungkin bangga kerana dipuji begitu. Aku hanya menjongketkan bahu. Malas mahu mengulas kata-kata Kak Yati itu.
"Oh ya, Daniel kirim salam. Dia tak dapat datang."
Aku sedikit terkejut apabila nama Daniel disebut. Sempat juga aku menjeling Yusrizal. Ternyata nama lelaki itu berjaya membuatkan riak wajah tampan Yusrizal berubah. Kak Yati yang menyedari perubahan wajah Yusrizal terus meminta diri. Aku tidak boleh berbuat apa-apa melainkan hanya menganggukkan kepala. Mungkin sikap Yusrizal itu membuatkan Kak Yati berasa tidak selesa.
"Ifa jemput Daniel datang ke"" tanya Yusrizal sebaik sahaja Kak Yati meninggalkan kami berdua.
"Kenapa" Tak boleh ke saya nak jemput dia datang"" Soalan Yusrizal kubalas dengan soalan juga.
Ternyata Yusrizal tidak punya jawapan untuk pertanyaanku itu. Masakan hendak menjemput teman-teman ke majlis pernikahan pun salah" Apatah lagi sekiranya seseorang itu adalah teman yang rapat dengan kita.
"Hai, Rizal!" tegur seseorang dari belakang dan teguran itu berjaya membuatkan suasana tegang menjadi kendur kembali.
Aku memerhatikan lelaki itu. Seperti aku pernah berjumpa dengannya sebelum ini. Tapi di mana ya" Di sebelahnya pula berdiri seorang wanita yang ayu bertudung. Mungkin isterinya.
"Oh, hai Syam! Aku ingatkan kau dengan your wife tak datang."
"Mestilah datang. Aku ingatkan kau bergurau bila kata nak buat majlis kecil-kecilan. Rupa-rupanya betul, ek."
"Alah, dah dua kali kahwin, buat kecil-kecilan sudahlah," balas Yusrizal pula.
Aku sedikit keliru dengan kata-kata Yusrizal itu. Adakah lelaki yang dipanggil Sham itu tadi tahu perihal kami berdua" Kalau tidak, masakan Yusrizal boleh berkata begitu"
"Oh ya, lupa pulak aku. Ni kena
lkan my wife, Ifa. Ifa, ni kawan abang, Syamrie dan isterinya, Husna dari KL. Sanggup turun Kedah semata-mata nak hadiri majlis kita ni." Yusrizal memperkenalkan aku kepada temannya itu.
Aku menyambut tangan si isteri tanda salam perkenalan sambil tersenyum.
"Hai, Ifa. Kenal lagi saya" Dah lama kita tak jumpa, kan""
Aku mengerutkan dahi sambil otakku ligat berputar. Cuba mengingati lelaki yang berada di hadapanku ini. Dan akhirnya otakku berjaya juga memproses fail-fail lama. Lelaki ini adalah teman baik Yusrizal. Aku ada berjumpa dengannya lima tahun lepas.
"Thanks ya... sebab sudi datang," ucapku lembut. Sekadar menghargai kesanggupan teman Yusrizal dan isterinya menghadiri majlis kami yang tidak sebesar mana ini.
"Welcome," ucapnya pula.
"Emmm... tak sangka, akhirnya dapat jugak bidadari yang kau tunggu selama nikan"" "Well, berkat kesabaran," jawab Yusrizal ringkas.
Kesabaran konon! Padahal aku diperangkapnya. Dan aku pula tiada jalan keluar. Lalu terpaksa menerimanya sebagai suami.
Algojo Algojo Bukit Larangan 1 Wiro Sableng 113 Hantu Santet Laknat Mentari Senja 6