Pencarian

Antara Benci Dan Rindu 4

Antara Benci Dan Rindu Karya Ida Farisya Bagian 4


"Ingat, lepas ni jangan nak buat hal lagi!"
"Tak adalah. Dah serik dah aku. Tak pasal-pasal kena tunggu lima tahun lagi," ujar Yusrizal sambil menjeling padaku.
Aku faham dengan jelingan itu. Tidak lain dan tidak bukan mahu menyindir akulah tu. Suka sangat nak menyindir orang!
Syamrie pula hanya tertawa mendengar kata-kata Yusrizal.
"So, macam mana dengan business"" tanya Syamrie.
Kalau sudah namanya ahli perniagaan, di majlis pernikahan pun hendak membicarakan tentang perniagaan. Dan mereka berdua terus berbual tanpa mempedulikan isteri di sisi. Aku dan Husna yang tidak tahu hujung pangkal tentang perniagaan hanya mendiamkan diri. Tetapi Husna kelihatan memberikan perhatian pada perbualan mereka sedangkan aku sudah gelisah di tempatku berdiri. Mataku sudah meliar ke sekeliling.
"Hai, Ifa... macam inilah kalau jadi isteri orang business. Asyik cakap pasal business aje!" Husna yang berada di sebelahku tiba-tiba bersuara.
Aku tergelak kecil. Dalam hati turut mengiakan kata-katanya.
"Darling mengutuk abang ke"" tanya Syamrie kepada isterinya. Mungkin hairan kerana kami berdua ketawa.
"Tak adalah. Siapa mengutuk abang" Perasan betul!"
"Yalah tu. Macamlah abang tak tahu. Biasalah Rizal, perempuan...."
Giliran mereka pula gelakkan kami. Geram pula aku melihat Yusrizal dan Syamrie yang ketawa besar. Serta-merta wajahku dan wajah Husna masam mencuka.
"Malaslah layan abang ni. Kalau jumpa dengan Rizal, ada saja nak kenakan Husna. Jomlah Ifa, temankan Husna tengok bilik pengantin. Daripada melayan mereka berdua ni buang masa aja!"
"Alamak, darling-darling kita dah merajuklah Rizal. Tapi tak apa, malam ni kita pujuklah mereka. Mesti cair punya!" Ujar Syamrie sebelum kami berlalu. Sekali lagi mereka ketawa besar.
Aku yang memahami kata-kata Syamrie itu mula berasa tidak senang duduk. Hampir terlupa aku tentang itu. Serta-merta perasaan takut dan cuak mula menyelubungi diri. Ibu, tolong
Ifa! MENJELANG malam hatiku semakin gelisah. Apatah lagi apabila jam sudah menunjukkan pukul sebelas malam. Aku tidak senang duduk. Kalau duduk pun tidak betah apatah pula hendak berdiri. Sudah tidak terkira berapa kali aku berlegar-legar di dalam bilik. Kalau mengerjakan haji pun hanya perlu melakukan tujuh kali tawaf tetapi rasanya aku sudah lebih!
Cepat Ifa, fikir! Apa yang perlu kau lakukan" Masa semakin suntuk! Bila-bila masa saja Yusrizal akan naik.
Hah, apa kata kalau aku letak julap dalam minuman dia! Biar dia berulang-alik ke bilik air sepanjang malam! Aku mula mendapat idea. Hati mula mahu melonjak girang. Tetapi seketika kemudian aku mula berfikir. Macam terlalu kejam sekiranya aku buat begitu. Kasihan pula dia....
Tidak pun apa kata kalau aku letak ubat tidur saja. Biar dia tidur sampai ke pagi. Mesti dia tidak akan mengganggu aku. Yes, I've got it!
Aku mula mengorak langkah ke meja solek. Kalau tidak silap, aku memang ada menyimpan sebotol ubat tidur. Aku akan mengambil ubat itu sekiranya aku susah benar hendak tidur. Tetapi tak selalu kerana menurut kata doktor, ubat ini tidak boleh diambil dengan kerap kerana bimbang akan memberikan kesan sampingan.
Namu n dalam aku kelam-kabut mencari botol ubat tidur itu, tiba-tiba aku terdengar derap kaki orang berjalan. Tanganku yang lincah bergerak serta-merta berhenti. Aku mengamati derap kaki itu. Semakin lama semakin dekat. Dan aku pasti itu adalah Yusrizal.
Aku mula cemas. Tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Satu-satu perkara yang dapat aku lakukan sekarang ialah tidur! Serta-merta aku melompat ke atas katil dan menarik selimut membaluti tubuh sehingga ke kepala. Tidak lupa aku meletakkan batal golek di tengah-tengah. Harap-harap Yusrizal tidak akan mengubah kedudukannya. Aku tidak mahu tidur terlalu rapat dengannya. Dan kalau nasibku baik, Yusrizal akan tidur di sofa seperti malam pertama kami lima tahun lepas. Tetapi dalam bilik aku tiada sofa. Tidur di bawahlah jawabnya.
Jantungku mula berdetak kencang apabila pintu bilik di buka dari luar. Dan aku terasa hendak lari sahaja apabila terasa ada orang berbaring di sebelahku. Dalam hati aku berdoa semoga Yusrizal tidak akan melakukan apa-apa kepadaku. Walaupun sudah dua kali berkahwin, aku masih belum bersedia untuk melakukan hubungan yang lebih jauh.
Aku memejamkan mata apabila terasa bantal golek sudah dialihkan daripada kedudukan asalnya. Walaupun bilikku lengkap dengan penghawa dingin tetapi aku dapat merasakan yang dahiku berpeluh. Dan yang paling membuatkan tubuhku menggigil adalah apabila terasa ada tangan nakal mula menjalar di tubuhku. Bermula dari pangkal paha sehinggalah ke bahu dijamahnya.
Aku hanya menahan rasa. Kemudian tidak semena-mena selimut yang menutupi kepalaku disingkap. Cepat-cepat aku memejamkan mata. Berpura-pura tidur. Tidak sanggup aku menatap wajahnya yang mungkin tidak sampai sejangkal dari wajahku kerana aku dapat merasakan hembusan nafasnya.
Rambutku dielus dan wajahku dibelai lembut. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja aku bangun dan menolak tubuhnya jauh dari tubuhku. Tetapi itu hanya lahir dari hatiku. Aku masih lagi mengeraskan diri. Tidak mahu Yusrizal sedar yang aku belum tidur sebenarnya.
"Abang tahu Ifa belum tidur. Kalau ya pun takut dengan abang, janganlah berselubung macam ni. Kan panas," ujar Yusrizal tiba-tiba.
Dalam hati aku tertanya-tanya, bagaimana lelaki itu sedar yang aku belum tidur" Adakah kerana tubuhku menggigil tadi"
"Sudahlah tu. Buka la mata," pinta Yusrizal.
Aku tidak mahu mengikut kehendaknya. Lalu aku terus memejamkan mata. Biar dia menyangka yang aku benar-benar sudah tidur.
Namun mataku terbuka luas apabila tidak semena-mena Yusrizal mengucup bibirku. Aku menutup mulutku pantas. Dalam hati seakan tidak percaya yang bibirku sudah dinodai. Aku memandang suamiku itu dengan pandangan geram. Suamiku itu pula hanya tertawa girang sambil mengenyitkan matanya padaku.
Aku yang dalam mood geram mula mencapai bantal lalu dibaling ke arahnya. Tetapi sasaranku tidak mengena apabila Yusrizal menghilangkan diri di dalam bilik air. Aku mendengus kasar!
"MORNING!" sapaku. Aku mengambil tempat di sebelah mama. Ketika aku turun tadi jam sudah menunjukkan pukul tujuh setengah pagi. Niatku bangun awal adalah untuk membantu ibu membuat sarapan. Tetapi nampaknya aku terlambat lagi. Hidangan telah siap tersedia.
"^4ik, pengantin baru awalnya bangun"" usik mama.
Aku hanya tersenyum tawar. Faham sangat maksud mama itu. Sejak dari semalam lagi aku teruk diusik mereka bertiga. Ibu, mama dan Nisa nampaknya sudah bersatu tenaga mahu memerahkan pipiku dengan usikan mereka itu.
"Abang Rizal mana kak" Tak bangun lagi ke"" tanya Nisa. Tangan gadis itu lincah mencuci pinggan mangkuk di singki.
"Dah bangun dah tadi. Tapi sambung tidur balik," jawabku ringkas. Malas mahu bercakap pasal lelaki itu kerana hatiku tengah panas dengannya. Pagi-pagi lagi sudah membuatkan aku bertambah dosa kerana memarahi suami sendiri.
"Aik, tak cukup tidur ke semalam""
Kata-kata Nisa disambut gelak ketawa ibu dan mama. Sekali lagi pipiku terasa hangat dek diketawakan mereka semua.
Tetapi benar juga kata Nisa, sememangnya lelaki itu tidak cukup tidur. Bagaimana hendak cukupkan masa tidur sekiranya sepanjang malam kerjanya hanya mengganggu aku. Geram tak usah dikata kerana Yusr
izal aku juga tidak cukup tidur.
Walaupun Yusrizal menghormati keputusan aku yang masih belum mahu bersamanya, tetapi dia tidak membenarkan aku tidur berasingan.
"Abang faham kalau Ifa masih belum bersedia. Tapi abang tak nak tidur sorang-sorang. Abangkan dah ada isteri. So, abang nak tidur dengan isteri abang," ujarnya tenang ketika aku menyuarakan hasrat hatiku itu.
"Kalau saya tak nak"" Aku bertanya berani. Keningku sengaja diangkat sambil memandangnya dengan riak sombong. Ketika itu Yusrizal duduk di birai katil manakala aku sedang berdiri berhadapan dengannya.
"Kalau Ifa tak nak"" ulangnya sambil bangun menghampiriku.
Hatiku mula gelisah. Aku terfikir apakah yang akan dilakukannya. Suamiku itu menghadiahkan senyuman manis kepadaku apabila tubuhnya sudah berada di hadapanku. Aku sedikit terpanar melihat senyuman itu. Kenapa sekarang kerap benar senyuman itu terukir di bibirnya" Sedangkan dulu senyuman itu jarang sekali mahu dipamerkan padaku.
Keasyikan itu membuatkan aku lupa pada dunia sekeliling. Sedar-sedar tubuhku sudah berada di awangan.
"Apa awak buat ni" Turunkan saya!"
Yusrizal tidak menghiraukan kata-kataku. Sebaliknya tubuhku dibawa ke katil dan diletakkan di situ. Aku cuba bangun tetapi dihalang oleh wajahnya yang terlalu hampir denganku.
"Apa awak buat ni""
"Kalau Ifa tak nak tidur sebelah abang, bermakna malam pertama kita akan bermula sekarang," ujarnya dengan nada yang cukup perlahan dan hampir tidak kedengaran.
Terbeliak mataku mendengarnya. Tubuhku kembali menggigil. "Awak jangan nak buat kerja gila. Saya takkan benarkan!"
"Boleh ke Ifa nak halang abang" Ingat Ifa, seorang isteri wajib melayan suaminya."
"Ooo... kalau bab ni pandai pulak awak nak ikut hukum Allah. Masa awak buat dosa dulu awak tak ingat"" kataku geram.
"Well, I'm giving you the options baby. Tidur sebelah abang atau first night""
Aku hanya mendiamkan diri. Malas mahu membuat pilihan yang diberikannya. Kedua-dua pilihan yang diberikan ternyata akan membuatkan egoku terasa direndahkan. Sedangkan aku tidak mahu mengalah dengannya.
Yusrizal mula menundukkan kepala apabila aku tidak bersuara. "Okey, okey! Saya tidur sebelah awak! Puas hati""
Akhirnya aku memberikan keputusan untuk mengelakkan bibirku dinodai sekali lagi. Geram aku apabila lelaki itu bangun sambil tersenyum kemenangan.
Malam itu aku tidur di sebelahnya tanpa bantal golek di tengah-tengah. Awal-awal lagi suamiku itu sudah melemparkan bantal yang tidak berdosa itu ke bawah. Tangannya pula tidak langsung berenggang dari pinggangku. Sepanjang malam aku dipeluknya. Bila aku cuba alihkan diri, dia akan memelukku semula. Berapa kali aku cuba memisahkan tangannya dari pinggangku ketika dia sedang tidur aku tidak pasti. Yang pasti aku memang tidak mampu menghalangnya dari terus memelukku. Deria rasanya terlalu peka. Akibatnya aku tidak dapat melelapkan mata dengan nyenyaknya kerana berasa tidak selesa. Apatah lagi dadaku pula berdebar-debar seperti baru menamatkan larian seratus meter.
"Hai, pengantin baru dah sampai ke bulan ke""
Aku sedikit tersentak apabila mama menggawangkan tangan di depanku. Serentak dengan itu kedengaran orang ketawa kecil. Aku tersenyum malu. Bagaimana pula boleh mengelamun di sini"
"Agaknya dah sampai ke bulan yang bermadu la tu mama," usik Nisa lagi. Aduh, makan hati aku hari-hari kalau asyik diusik saja.
"Hah Ifa, kamu dengan Rizal tak teringin nak pergi berbulan madu ke"" tanya mama. Aku mengerutkan dahi.
"Berbulan madu" Tak boleh la mama. Ifa ambil cuti empat hari aja ni."
"Laaa... kenapa ambil cuti pendek sangat. Dah tahu nak kahwin sepatutnya ambil cuti lama sikit. At least seminggu," omel mama.
Aku hanya tersenyum. Tidak langsung mengambil hati dengan omelan itu.
"Itulah Maria. Saya dah cakap dah kat dia dulu. Tapi tak nak dengar. Banyak kerja katanya," sampuk ibu pula.
"Ifa bukan apa, bu. Sekarang ni dah bulan Oktober. Dah dekat sangat nak final. Waktu macam ni biasanya sibuk. Students perlukan bimbingan untuk menghadapi final," jelasku separuh beralasan.
"Haah betullah. Sekarang dah dekat nak final. Nisa pun tak ready lagi ni," kata Nisa
pula. Per asaanku sedikit lega apabila Nisa berkata begitu. Nampaknya alasanku agak kuat sekarang kerana disokong oleh pelajar universiti sendiri. Nisa sudah tentu memahami kerana dia juga seorang penuntut. Cuma bukan di universiti yang sama aku mengajar. Tetapi rangka masanya juga mesti sama. Kulihat ibu dan mama hanya mengangguk faham.
"Hah Nisa, jangan nak cakap tak ready. Mama nak pointer Nisa naik semester ni!"
Tiba-tiba mama bersuara kembali. Tetapi kali ini tumpuannya pada Nisa pula.
"Ala... mama, jangan risau la! Pensyarah akaunkan ada kat sini," ujar Nisa sambil memandangku.
"Lagipun pernah ke pointer Nisa jatuh"" sambung Nisa lagi.
Aku akui Nisa memang gadis yang bijak. Setiap semester, pointernya akan meningkat. Malah, semester lepas Nisa sudah berjaya meletakkan dirinya dalam ranking pelajar-pelajar yang mendapat first class. Aku juga kagum dengan kesungguhannya meningkatkan pencapaian diri.
"Eh, ibu lupa la! Nisa ambil course apa ya"" tanya ibu kepada Nisa.
Nisa juga memanggil ibuku dengan panggilan ibu. Itu permintaannya pada ibu. Ibu pula menyambut dengan senang hati hasrat Nisa itu. Lagipun kata ibu, tiada salahnya kerana dia juga teringin merasa punya anak ramai.
"Pengurusan perniagaan, bu."
"Ooo.... " "Morning! " Serentak itu semua mata beralih pandang ke arah pintu dapur. "Sarapan dah siap ke"" tanya abah.
Manakala, papa dan juga Yusrizal sudah mengambil tempat di meja makan itu. Terasa sesak dapur ini dengan kehadiran semua penghuni di rumah ini.
"Dah siap dah. Baru ingat nak kejutkan, tapi semua dah bangun. Macam berjanji pula," ujar ibu.
Tiba-tiba aku terasa jariku digenggam di bawah meja. Aku mengerutkan dahi lalu memandang Yusrizal yang duduk di sebelah kiriku. Tiada siapa lagi yang akan berbuat begitu melainkan dia. Suamiku itu hanya berwajah selamba sambil mendengar perbualan mereka yang lain. Sedangkan aku sudah merasa tidak selesa. Lalu, aku cuba meleraikan genggaman tangan itu tetapi tidak berjaya. Pegangan lelaki itu terlalu kuat. Seolah-olah sudah bersedia dengan tindakan aku. Tetapi aku tidak mahu mengaku kalah. Aku terus mencuba lagi. Mengharap tanganku dilepaskan. Namun begitu perlakuanku agak terbatas kerana bimbang mama yang berada di sebelah kananku akan menyedari tingkah lakuku itu.
Tetapi nampaknya mama memang sudah menyedarinya.
"Yang kamu berdua ni kenapa""
Aku dan Yusrizal terdiam. Namun begitu tautan jari-jemari kami masih tidak terlerai. Semua mata sudah memandang kami dengan pandangan penuh tanda tanya. Mungkin masih tidak mengerti kenapa mama berkata begitu.
"Kenapa apa" Tak ada apa-apalah mama," jawabku sambil menguntum senyum. Senyuman tidak tahu apa-apa. Kononnya!
"Habis tu, mama tengok kamu macam tengah berebut sesuatu aje""
Aduh, terasa mahu saja aku menyembunyikan wajahku di bawah meja. Mama ni pun, tak cover langsung! Aku juga sudah merasakan yang jari tanganku sudah dilepaskan.
"Biasalah tu, pengantin baru..." kata papa disambut oleh gelak ketawa mereka.
Aku memandang Yusrizal dengan pandangan geram. Lelaki itu kelihatan selamba. Malahan, dia juga tumpang sekaki mentertawakan aku. Perasaan geram dalam hatiku ini hanya Tuhan saja yang tahu.
"Dahlah, jom kita makan. Ifa, tolong ibu bawakan semua ni ke meja depan."
Aku mengangguk lalu bangun mencapai mangkuk besar yang berisi mi goreng di tangan ibu. Mereka yang lain juga turut bangun meninggalkan meja makan di dapur itu. Setelah aku meletakkan mangkuk besar itu di atas meja, aku kembali ke dapur.
"Ada apa-apa lagi ke bu""
"Tak ada apa-apa dah. Semuanya dah bawa ke depan. Jomlah kita makan," ajak ibu. Baru saja aku mahu melangkah, terpacul Yusrizal di depan mata. "Kenapa, Rizal" Jomlah kita makan," ajak ibu kepada suamiku itu. "Rizal nak air Nescafe susu, boleh tak bu""
"Oh ya, ibu lupa! Mama kamu ada beritahu tadi yang kamu tak minum kopi. Hah Ifa, pergi buatkan air Nescafe susu untuk Rizal."
Aku hanya menurut kata-kata ibu. Sedangkan ibu sudah berlalu ke depan meninggalkan kami di situ. Tanpa mempedulikannya, aku mendapatkan cawan dan mula membuatkan air untuknya. Tiba-tiba aku terasa tubuhku dipeluk erat dari belakang.
"Lepasla h!" Aku menolak tangannya yang enak melingkar di pinggangku.
"Marah abang pasal semalam ke"" bisiknya di telingaku.
Dek kerana kegelian aku menjauhkan sedikit kepalaku daripadanya. Entah mengapa hatiku berdebar-debar kencang.
"Isy... lepaslah. Nanti semua orang nampak, malulah." Geram betul aku dengan kelakuan lelaki ini. Sudahlah dendam dulu pun masih belum sembuh, takkanlah hendak ditambah dengan dendam yang baru.
"Biarlah orang nampak. Bukannya kita buat dosa pun." Yusrizal sudah meletakkan dagunya di bahuku.
"Awak ni kenapa" Lepaslah... " pintaku dengan suara yang perlahan. Takut pula sekiranya didengari semua orang di luar.
"Hai, macam mana abang nak lepaskan kalau Ifa bersuara manja macam ni."
Yusrizal semakin mengeratkan pelukannya. Aku sudah semakin gelisah. Sifat mengada-ada lelaki ini semakin jelas kelihatan sejak semalam. Kalaulah Yusrizal berkelakuan seperti ini dahulu, tidak mungkin aku akan menolaknya sekarang.
"Ifa, Rizal... kalau berdua tak nak makan ke" Ke dah kenyang kat dapur tu""
Tiba-tiba kedengaran suara papa dari luar. Pantas aku menolak tubuhnya jauh. Dan aku
berjaya. Lelaki itu hanya ketawa kecil. "Jom breakfast, sayang."
Memang itu yang ingin aku lakukan. Tetapi apabila menghadap muka yang sedari tadi tersenyum, membuatkan aku kenyang serta-merta.
"And thanks for this!" Yusrizal menunjukkan cawan yang berisi minuman kegemarannya.
Belum pun aku bersedia, tiba-tiba sebuah kucupan hinggap di pipiku. Aku terpanar!
16 HARI ini genaplah tiga hari aku menjadi isteri kepada Yusrizal. Perasaanku sukar diungkapkan sekarang ini. Benci, marah dan perasaan keliru bercampur baur. Aku seperti tidak mengenali lelaki yang sudah menjadi suamiku sekarang. Terlalu berbeza sekali perwatakannya dengan Yusrizal yang dulu. Lelaki itu terlalu lembut percakapan dan sopan tingkah lakunya. Dan yang paling aku tidak mengerti adalah kejadian pagi tadi.
Aku terjaga ketika jam tepat menunjukkan pukul enam lima minit pagi. Sayup-sayup telingaku menangkap suara seseorang sedang mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Walaupun alunan suaranya agak mendatar tanpa lagu, tetapi bacaannya agak lancar dan tidak tersangkut-sangkut. Malahan, tajwid dan hukum bacaannya juga aku kira agak tepat.
Aku meliarkan pandangan ke sekeliling bilik dan mencari arah datangnya suara itu. Tiba-tiba mataku tertancap pada sesusuk tubuh seorang lelaki yang sedang berada di hujung katil. Tubuh lelaki itu dibaluti baju Melayu berwarna biru dan bersongkok di kepala. Ketika itu baru aku sedar Yusrizal sudah tiada di sisiku.
Aku mengamati lagi lelaki itu. Hatiku kuat mengatakan itu adalah Yusrizal, suamiku. Tetapi otakku pula menidakkannya. Tak mungkin itu dia! Yusrizal yang aku kenal tidak pandai membaca al-Quran. Malahan, tidak keterlaluan kalau aku mengatakan yang lelaki itu juga tidak pernah menyentuh kalam Allah itu.
Tetapi apabila difikirkan semula, siapa lagi kalau bukan dia. Cuma kami berdua yang menggunakan bilik itu. Tambahan pula susuk tubuh suamiku itu sudah aku hafal benar. Memang dia! Aku mengecilkan mata. Seakan tidak percaya dengan apa yang berlaku di hadapanku sekarang. Adakah aku bermimpi" bisik hatiku sendirian.
"Eh, Ifa dah bangun""
Aku sedikit tersentak apabila ditegur begitu. Tidak menyangka yang Yusrizal menyedari aku sudah pun terjaga.
"Emmm... eloklah tu. Waktu subuh pun dah masuk. Jom, kita berjemaah," ajaknya.
Berjemaah" Bolehkah lelaki ini mengimamkan aku" Walaupun aku sering terserempak dengan Yusrizal yang sedang menunaikan solat, tetapi itu masih tidak melahirkan tanda tanya di benakku. Tapi sekarang" I'm supprised!
Pun begitu, aku tetap melangkah turun dari katil yang menjadi tempat peraduan kami sejak tiga hari yang lepas. Selepas mencuci muka dan berwuduk, aku menyarung telekung dan bersedia untuk menunaikan kewajipanku kepada yang Maha Esa.
Dalam pada itu, mahu juga aku melihat sejauh mana kebolehan Yusrizal mengimamkan solatku pagi itu. Kalau boleh pun, mungkin hanya membaca al-Fatihah sebagai rukun dalam solat dan membaca surah-surah pendek, seperti al-Ikhlas, al-Falaq atau an-Nas.
Tetapi sekali lagi aku terkejut. Yusrizal
ternyata tidak seperti yang aku bayangkan sebelum ini. Lelaki itu tenang sekali mengimamkan solatku. Bacaannya ternyata lancar. Yang pasti, bukan surah-surah pendek yang dibacanya, tetapi potongan daripada surah-surah panjang yang termaktub di dalam al-Quran.
Aku menjadi keliru. Dalam solat, sempat aku berfikir adakah benar Yusrizal yang sedang mengimamkan solatku ini adalah Yusrizal yang sama" Sudah semestinya aku tidak khusyuk melakukan solat pagi itu. Tetapi aku agak beruntung kerana dua puluh tujuh pahala amalan sudah tercatat untukku kerana berjemaah.
Ketika itu aku kembali teringat kata-kata abah beberapa bulan yang lalu.
"Dua hari satu malam sudah cukup untuk abah mengenali Rizal. Dia memang sudah berubah, Ifa. Ifa mungkin tak tahu yang Rizal la yang menjadi imam solat maghrib dan isyak untuk kami semua."
Jadi benarlah apa yang dikatakan oleh abah dulu" Yusrizal sudah berubah" Aku semakin
keliru. Sememangnya dari dulu lagi aku menginginkan seorang suami yang beriman. Yang mampu menjadi imamku setiap kali solat dan yang akan membimbingku ke jalan yang diredai Allah. Adakah Yusrizal kini adalah lelaki yang aku idam-idamkan itu" Tapi bagaimana pula dengan kelukaan hati yang aku alami ini" Bisakah ia pergi begitu sahaja, hanya kerana kejutan-kejutan yang aku terima selama tiga hari menjadi isteri Yusrizal" Tidak mungkin!
"Dah siap""
Aku berpaling memandang suamiku lalu menganggukkan kepala. Hari ini aku akan berpindah ke rumahnya. Sedih rasanya aku hendak meninggalkan bilik ini. Dan yang paling berat untuk aku lakukan ialah terpaksa berjauhan dengan ibu dan abah. Walaupun jarak rumah Yusrizal dan rumah ini tidaklah jauh mana jika hendak dibandingkan dengan rumah Yusrizal di Kuala Lumpur, tetapi ia tetap mengundang rasa sedihku.
"Kenapa ni" Muram aje"" tanya Yusrizal, mengambil berat. Mungkin menyedari kedinginan aku.
Sejak Yusrizal memberitahuku tentang keputusannya yang mahu aku berpindah ke rumahnya, angin aku sudah berubah. Hendak dibangkang aku tidak berdaya. Memang tempat seorang isteri di sisi suaminya. Ibu dan abah pula awal-awal lagi menyokong. Lalu aku hanya menurut. Mujurlah juga keluarga mentuaku sudah bertolak pulang ke Kuala Lumpur sejak semalam. Kalau tidak, tentu mereka tidak senang dengan kelakuanku ini.
"Kalau macam tu, kita bertolak sekarang""
Yusrizal mencapai beg-beg pakaianku. Hanya barang keperluanku sahaja yang perlu aku bawa kerana rumahnya sudah lengkap segala-galanya.
"Dah siap"" tanya abah ketika kami melintasi ruang tamu.
Ibu yang duduk di sebelah abah kelihatan sedih. Sudah tentu ibu berasa berat untuk melepaskan aku.
"Dah siap dah abah. So, Rizal ingat nak bertolak sekarang."
"Yalah," kata abah tanda mengizinkan.
Ibu dan abah menghantar kami ke kereta. Aku tidak akan naik kereta Yusrizal kerana aku akan memandu keretaku.
"Ibu, Ifa pergi dulu ya," kataku sambil menyalami ibu.
"Tak boleh manja-manja lagi tahu lepas ni. Ikut cakap suami. Jaga rumah tangga elok-elok," pesan ibu kepadaku.
Aku hanya tersengih mendengar pesanan ibu. Mungkin ibu bimbang aku akan membuat perangai. Maklumlah, kahwin tanpa rela. Agaknya memang sudah tersurat yang aku akan berkahwin dengan cara ini.
Aku mendapatkan abah pula untuk bersalam.
"Jangan lupa jenguk kami di sini selalu," pesan abah pula.
"Mestilah. Ifa akan jenguk ibu dan abah selalu. Bukan jauh pun Alor Setar dengan Jitra tu," balasku pula.
Abah tersenyum senang dengan jawapanku itu.
Yusrizal pula mendapatkan ibu dan abah untuk bersalam.
"Abah serahkan Ifa kepada Rizal. Kami harap Rizal jagalah Ifa dengan baik. Dia sekarang tanggungjawab Rizal." Abah berpesan kepada suamiku.
"Abah dengan ibu jangan risau. Rizal akan jaga Ifa dengan sebaik mungkin. Rizal takkan ulang kesilapan Rizal lagi. Itu janji Rizal!"
Aku hanya mendengar ikrar yang dilafazkan suamiku. Entah benar atau tidak aku tidak pasti. Tetapi jauh di sudut hati, aku mengharapkan Yusrizal akan menunaikan kata-katanya.
KAMI sampai di rumah Yusrizal ketika jam tepat menunjukkan pukul dua belas tengah hari. Memang masanya untuk makan tengah hari. Ditambah pula dengan aroma masakan Mak Cik Bibah benar
-benar membuatkan perutku berkeroncong.
"Hah, dah sampai pun. Mak cik pun dah siap masak. Bolehlah kita makan sama-sama."
"Mak cik hidangkan dululah. Kami nak bersihkan diri dulu," pinta Yusrizal.
Mak Cik Bibah tanpa banyak soal bergerak ke dapur untuk melakukan kerjanya. Nampaknya kehidupan aku di sini mungkin tidak sesukar dulu kerana sudah disediakan pembantu rumah.
"Jom Ifa, abang tunjukkan bilik kita."
Aku hanya menuruti langkah suamiku. Di rumah ini juga aku perlu sebilik dengan Yusrizal nampaknya. Kalau tidak memikirkan Mak Cik Bibah yang turut tinggal di sini, sudah tentu aku akan memujuk Yusrizal untuk tinggal di bilik yang berasingan seperti lima tahun lepas. Manalah tahu hatinya akan lembut lalu membenarkan"
"Masuklah. So, inilah bilik kita," ajak Yusrizal apabila melihat aku seperti keberatan untuk menjejakkan kaki ke dalam bilik itu.
Aku terpesona seketika apabila melangkah ke dalam bilik itu. Bukan kerana keluasannya, tetapi kerana perhiasannya. Bilik ini telah dihias cantik selayaknya kami sebagai pengantin baru.
"Cantik tak" Mama dengan Mak Cik Bibah yang hiaskan."
Aku tidak menjawab pertanyaannya. Hanya melangkah dengan selamba memasuki ruang bilik itu. Dua kali ganda luas daripada bilik aku. Cantik dan kemas sekali! Aku menuju ke balkoni lalu menolak pintu gelongsor. Serentak dengan itu udara segar menyapa tubuh. Suka benar aku dengan suasana begini sehingga lupa dengan dunia sekeliling.
"Ifa suka tak, sayang"" tanya suamiku sambil memelukku dari belakang.
Aku yang begitu asyik dengan pemandangan di depan mata hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum senang. Malah, aku meletakkan tanganku di atas tangannya yang sedang melingkar di pinggangku.
"Cantik!" kataku, sepatah. Kagum aku dengan alam ciptaan Tuhan.
"Cantik lagi isteri abang!"
Aku mula tersedar dari lamunan apabila kata-kata itu keluar dari mulut Yusrizal. Pantas sahaja aku mahu menolak tubuhnya, tetapi tidak berjaya. Setelah penat berusaha, aku hanya mendiamkan diri dan membiarkan perlakuannya.
"Dekat sini pun saya kena tidur dengan awak ke"" tanyaku malu-malu.
"Mestilah. Atau Ifa nak terima tawaran abang yang kedua tu" Boleh jugak."
Aku hanya mencebik. Tidak mungkin aku akan terima. Aku rela tidur dengannya daripada menerima tawaran yang kedua itu. Belum masanya lagi!
Yusrizal hanya ketawa kesukaan melihat bibirku yang memuncung itu.
"Tariklah lagi muncung tu. Abang cium karang."
"Awak jangan nak mengada-ada, ek. Tepilah... saya nak pergi mandi ni," pintaku sambil menolak tubuhnya. Tetapi suamiku itu tidak mengendahkan kata-kataku.
"Tepilah!" "Cium abang dulu!"
Terbeliak mataku mendengar permintaannya itu. Melampaulah tu! "Awak jangan nak minta yang bukan-bukan!"
"Abang tak peduli. Kalau Ifa tak nak cium, abang takkan lepaskan Ifa. Tak makan pun tak apa," kata Yusrizal lagi.
"Cepat!" Arah Yusrizal menggesa.
Pipinya sudah disuakan kepadaku. Mahu tidak mahu terpaksa juga aku menurut kehendaknya. Sengihan lelaki itu semakin melebar apabila aku mengucup pipinya. Apabila dia melepaskan tubuhku, terus aku menghilangkan diri ke dalam bilik air. Malu dengan apa yang telah aku lakukan sebentar tadi. Terasa wajahku hangat.
17 SETELAH empat hari bercuti, hari ini aku akan kembali bertugas. Kedatanganku ke kelas disambut dengan ucapan Selamat Pengantin Baru' daripada pelajar-pelajarku. Riuh-rendah kelas itu jadinya. Kerana takut mengganggu pelajar-pelajar di kelas sebelah, cepat-cepat aku menyuruh mereka berhenti daripada membuat bising.
"So, sekarang kena panggil Puan Ifa la ni"" tanya Malik.
Aku hanya tersenyum mendengar pertanyaannya itu.
"Puan, sampai hati tak jemput kami." Ridzuan pula membuka mulut.
"Saya buat majlis kecil-kecil aje, Wan. Kalau jemput ramai-ramai nanti, bukan majlis kecil-kecilan namanya."
"Kenapa buat majlis kecil, puan" Sepatutnya bila kahwin, buat la majlis besar-besaran," celah seorang pelajar wanita pula.
Aku mengecam wajahnya tetapi namanya aku tidak tahu. Maklumlah, pelajarku ramai. Tidak mungkin aku mampu mengingati semuanya.
"Buat kecil-kecil sudahlah. Buat besar-besar membazir aje. Yang penting akad nikah tu," balasku
pula. "So, puan memang tak nak buat majlis persandingan la""
"Tak tahulah lagi. Jangan risau, kalau saya buat majlis persandingan nanti, saya jemput kamu semua. Okey""
"Okey!" jawab pelajar-pelajarku.
Aku terpaksa berkata begitu untuk mengelakkan mereka daripada terus bertanya tentang majlis perkahwinanku. Sedangkan aku sudah pasti tidak akan ada lagi majlis perkahwinanku selepas ini. Cukuplah sekadar majlis kecil-kecilan.
"Nama suami puan siapa" Kami dengar anak orang kaya. Betul ke""
Aku mengerutkan dahi. Dari mana pula mereka tahu akan hal ini. Adakah rakan-rakan pensyarahku telah menceritakan kepada mereka" "Okay class, I think enough about that. We'll gonna continue with our lesson."
"Ala.... " Kedengaran pelajar-pelajarku mengeluh. Mungkin kecewa kerana aku tidak melayan persoalan mereka itu. Malas aku hendak membicarakan tentang itu. Hanya membuang masa. Sedangkan sepatutnya masa yang diperuntukkan untuk mengajar digunakan sepenuhnya. Bukan dengan membicarakan perkara-perkara yang tiada kena-mengena dengan pelajaran.
Walaupun kecewa mereka tetap memberikan sepenuh perhatian kepada perbincangan kami. Seperti biasa, Malik dan Ridzuan adalah pelajar-pelajar yang paling menonjol. Pembelajaran hari ini adalah lebih kepada mengulang kaji pelajaran yang lepas-lepas. Syukur alhamdulillah kerana aku sudah berjaya menghabiskan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Jadi masa yang masih berbaki akan aku gunakan sebaik mungkin demi meningkatkan pemahaman pelajar-pelajarku.
"Any questions""
Sedar tidak sedar hampir dua jam aku mengajar. Terasa cepat benar masa berlalu.
"Are you ready for your final exam"" tanyaku lagi apabila mereka hanya mendiamkan diri. Bermakna tiada soalan-soalan yang mahu ditanyakan kepadaku.
"No!" jawab pelajarku serentak.
Aku tersenyum mendengar jawapan mereka. Jawapan yang sudah aku agak sebenarnya.
"Oh dear, you're not supposed to say that. We are already in the end of October. All of
you should have had enough time to prepare for your final exam."
"But madam, there are lots of assignments to be done. I still have two assignments to be submitted on 31st," kata seorang pelajar wanita berbangsa Cina yang duduk di barisan hadapan sekali.
Itu adalah antara alasan-alasan yang kerap kali diberikan oleh mereka jika ditanya mengapa mereka tidak sempat mengulangkaji pelajaran.
"I know. But I'm quite sure that your lecturers for other subjects have already given you the assignment early of this semester, right" Why don't you complete your task earlier" So, now you can see how unfortunate you are""
Pelajar-pelajarku hanya menundukkan kepala. Mungkin menyedari kesilapan mereka. Tetapi apabila diingat semula, aku juga seperti mereka dulu. Gemar mengulangkaji pelajaran pada saat-saat akhir. Jadi, teguran yang aku berikan adalah untuk mengingatkan mereka supaya jangan melakukan kesilapan seperti yang aku lakukan suatu ketika dahulu. Ia amat merugikan!
"Alright, never mind! Actually, today will gonna be our last class for this semester. So, I hope that your expectation from me by attending this class is already fulfilled. And I hope my teaching during the whole semester will be useful for your final exam. If you have any problem due to this subject, you are invited to come and see me in my room. I will be around during study week. Okay""
"Madam, can we call you if we have any problems"'" "Yeah, sure! But before ten, okay""
"Okay!" "Have any tips for us, madam"" tanya seorang pelajar lelaki sambil tersengih.
Itulah yang membezakan pelajar universiti dengan pelajar-pelajar lain. Semuanya mengharapkan tips daripada pensyarah sebagai persediaan bagi menghadapi peperiksaan. Tentulah terasa malas mahu mengulangkaji pelajaran pada saat-saat akhir ini. Jadi, cara yang paling mudah ialah dengan meminta tips.
"Yeah, of course!" ujarku, juga tersengih. Pelajar-pelajarku kelihatan gembira sekali. Masing-masing sudah bersedia dengan pen dan kertas.
"Please do your revision for all topics. That is effective tips, right""
"Ala...." Mereka semua mengeluh serentak.
Aku ketawa besar melihat reaksi mereka itu. Tetapi hanya di dalam h
ati. Takkanlah aku hendak ketawa besar di hadapan mereka. Hilang kredibiliti aku sebagai seorang pensyarah.
"If nothing else, class is dismissed then."
DARI jauh aku sudah nampak Husni dan Daniel sedang berbual-bual berhadapan dengan bilik Daniel. Aku serba salah hendak meneruskan langkahku. Untuk ke bilik, aku perlu juga melintasi mereka kerana bilik aku bersebelahan dengan bilik Daniel.
Namun apabila Husni sudah melambaikan tangannya padaku, terpaksa juga aku meneruskan langkah. Bimbang jika temanku itu dapat mengesan sesuatu antara aku dan lelaki itu.
"Tak ada kelas ke"" tanya aku kepada Husni. Sekadar berbasa-basi. "Petang nanti, pukul dua," jawabnya.
"Kau baru lepas mengajar ke"" tanyanya lagi sambil melihat buku-buku dan beg laptop yang tergantung di bahuku.
"Haah. Dah last kelas dah hari ni."
"Wah, cepatnya kau habiskan syllabus! Aku baru terkial-kial nak mengajar last topic."
"Habiskan awal, bolehlah bagi students lebih masa nak buat revision."
"Betul jugak tu. Hah, kau macam mana Daniel" Dah habis syllabus ke"" Husni mengalihkan persoalan kepada Daniel pula.
Lelaki itu hanya diam sejak aku sampai tadi. Tetapi aku perasan matanya tidak lepas dari memandang wajahku. Walaupun rimas, aku hanya berlagak biasa. Setakat ini tiada seorang pun rakan pensyarah yang tahu bahawa Daniel adalah bekas kekasihku.
"Aku awal-awal lagi dah habis!" jawab Daniel sambil matanya masih merenungku.
"Wah, lagi cepat! Aku aje yang ketinggalan ni. Tapi orang lelaki memang macam tu, Ifa. Buat kerja nak cepat aje."
"Habis ke tak habis, kewajipan kita sebagai pensyarah untuk membantu pelajar di luar kelas tetap ada," jawab Daniel. Mungkin sedikit berdesing telinga kerana kaumnya disindir begitu.
"Ada orang terasa la Ifa."
Aku hanya tersenyum mendengar kata-kata Husni itu. Sememangnya Husni gemar berbalah dengan Daniel. Ada saja mahu dibahaskan.
"Eh Ifa, lupa pulak kawan aku ni baru kahwin! So, how's life so far"'"
Aku sedikit gusar apabila hal perkahwinan aku tiba-tiba disebutkan. Sempat aku menjeling wajah tegang Daniel apabila isu itu dibuka. Terpancar rasa tidak senang di wajahnya. Sememangnya aku rasa bersalah kerana terpaksa mengecewakan Daniel sekali lagi. Tetapi aku juga tidak sanggup melukakan perasaan tunangnya, Masyitah. Aku wanita! Dan semestinya aku faham perasaan seorang wanita.
"Okey saja. Macam biasa saja," jawabku ringkas.
Tidak mahu mengecewakan perasaan lelaki itu lagi dengan ungkapan-ungkapan bahagiaku pula.
"Isy, takkanlah macam biasa aje. Aku dengar kau kahwin dengan anak orang kaya." Cukuplah Husni. Jangan bertanya lagi! hatiku berbisik.
"Life aku macam biasa aje. Macam orang lain jugak. Tak ada bezanya kahwin dengan anak orang kaya atau tidak."


Antara Benci Dan Rindu Karya Ida Farisya di http://cerita-silat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

"Ya ke tu" Aku tak percayalah. Mesti kau pa... "
Tiba-tiba telefon bimbit Husni berbunyi. Dalam diam aku menarik nafas lega.
"Helo. Ya saya. Doktor nak jumpa saya" Kat mana tu" Okey, okey! Saya datang sekarang!"
Aku dan Daniel hanya memerhati tingkah laku Husni yang seperti menerima panggilan
penting. "I've got to go. Dekan nak jumpa akulah. Bye!"
"Bye!" Tinggallah aku dan Daniel di situ. Aku tidak tahu hendak berbual apa dengannya. Masing-masing hanya memandang sesama sendiri. Dari pandangan Daniel, aku yakin dia ingin menyatakan sesuatu. Tetapi bibir lelaki itu langsung tidak bergerak untuk satu tempoh yang agak lama.
Akhirnya aku mengambil keputusan untuk meninggalkan tempat itu. Apa pula kata rakan-rakan sekiranya terlihat keadaan kami begini. Sedangkan aku sudah berkahwin dan dia sudah bertunang. Walaupun ramai temanku maklum akan keakraban hubungan kami, tetapi itu tidak bermakna tidak akan timbul fitnah kepada kami berdua di kemudian hari. Mulut orang bukan boleh ditutup.
"Nanti dulu Ifa!"
Aku mematikan langkah. "Ada apa Daniel"" Lelaki itu berjalan mendapatkan aku.
"You bahagia""
Soalan apakah ini" Namun begitu aku tetap menganggukkan kepala.
"You tipu, kan" I tahu you bencikan Rizal!"
"Daniel, kalau I benci dengan dia, I takkan kahwin dengan dia!"
"Jadi, you nak cakap perasaan benci you tu dah hilang, macam tu" Mudahnya! You dah lupa ke apa yang dia dah buat pada you dul
u"" Daniel sudah naik angin.
Aku sudah mengagak yang perkara ini akan berlaku. Kenapalah Daniel tidak mahu menerima takdir yang telah ditentukan Ilahi. Jodoh aku bukan dengan dia.
"I dah lupakan semuanya. Dia pun dah berubah," kataku.
Walaupun aku tidak pasti dengan apa yang aku katakan, terpaksa juga aku meluahkannya.
"I tak percaya. I kenal you... tak mungkin you dapat maafkan dia macam tu aje!" "Terpulanglah you nak percaya ataupun tidak. I pergi dulu."
Malas aku mahu bertekak dengan Daniel hanya kerana Yusrizal. Tiada gunanya. Lelaki itu adalah suamiku sekarang. Tiada apa yang dapat mengubahnya. Lagipun beg laptop yang kusandang terasa berat sekali. Bahuku juga sudah senget menanggung bebannya.
"You dah lukakan hati I untuk kali kedua Ifa.... "
Aku memandang wajah itu. Terasa air mataku berlinang. Aku mengaku, aku telah melukakan perasaannya. Lelaki ini terlalu baik denganku. Tidak terhitung budi yang dicurah buat aku. Tapi aku juga manusia biasa yang sudah ditakdirkan jodohku masih kuat dengan bekas suamiku. Apa kuasaku untuk menentang ketentuan Ilahi"
"Maafkan I Daniel. Maafkan I. Lupakanlah I. Binalah hidup baharu dengan Masyitah. Dia gadis yang baik. I yakin you akan bahagia dengan dia."
"Tak. I takkan bahagia kalau isteri I bukan you. I hanya inginkan you sebagai ratu hati I. Ibu kepada anak-anak I!"
"Istighfar Daniel. You tak boleh cakap macam tu. I isteri orang!"
"Kenapa Ifa" Kenapa nasib I macam ni" Kenapa""
"Menyintai bukan bererti memiliki, Daniel. You kena faham. Cubalah you beri peluang pada orang yang benar-benar menyintai you. Pasti you akan bahagia. I pergi dulu...."
Aku meninggalkan Daniel di situ. Ingin sekali aku mententeramkan perasaannya saat ini. Tetapi aku tidak mampu kerana aku isteri orang. Aku juga tidak mahu terus-terusan memberikan
harapan padanya. Perasaan bersalah dalam diriku pula semakin mencengkam sehingga memaksa air mataku menitis ke bumi. Maafkan I, Daniel!
18 KETIKA aku sampai di rumah, jam sudah menunjukkan pukul lima setengah petang. Kereta Yusrizal tidak pula kelihatan di porch. Bermakna lelaki itu belum pulang dari pejabat. Selepas mengambil semua barang-barang di dalam kereta, aku mula mengorak langkah memasuki rumah.
"Hah Ifa, dah balik"" tanya Mak Cik Bibah sambil menghulurkan tangan untuk mengambil barang-barang di tanganku.
"Tak apa mak cik. Ifa boleh bawa sendiri." Aku menegah.
Wanita itu hanya menganggukkan kepala tanda memahami.
"Rizal tak balik lagi ke mak cik""
"Tak lagi. Rizal tu memang macam tu. Selalu balik lambat. Kalau tak pukui sepuluh malam, jangan harap nak nampak batang hidung dia," beritahu Mak Cik Bibah.
Aku mengerutkan dahi. Nampaknya perangai Yusrizal yang kuat bekerja itu masih tidak berubah. Sebenarnya aku benci pada lelaki yang terlalu kuat bekerja sehingga tiada masa untuk perkara lain. Apa mereka ingat tanggungjawab seorang suami hanya mencari nafkah buat keluarga" Bagaimana pula soal kasih sayang" Keselamatan" Apa perlu ditolak ke tepi begitu saja" Bila isteri mulai bosan, timbullah pula pelbagai masalah dalam rumah tangga. Dan si suami pula akan menyalahkan isteri yang kononnya tidak setia! Hai, macam-macam!
"Tapi hari ni mak cik ghasa (rasa) dia balik awai sikit kut," kata Mak Cik Bibah lagi.
"Kenapa pulak mak cik""
"Dia telepon mak cik tadi. Suruh masak malam ni. Dia balik makan. Biasanya dia makan kat luaq ja. Tak payah masak," terang Mak Cik Bibah dalam loghat Kedahnya yang pekat.
"Lagipun, dah ada bini tak boleh la nak buat peghangai (perangai) masa bujang," sambungnya.
Aku tersenyum. Itulah yang sepatutnya dilakukan orang yang sudah berkahwin. Tetapi sebenarnya, aku lebih senang jika dia pulang lewat. Tidak perlulah aku berhadapan dengan sikapnya yang menjengkelkan itu. Lelaki itu memang muka tembok! Di hadapan pembantu rumah pun dia tidak segan mempamerkan kemesraan antara kami. Aku pula yang menahan malu. Makin ditepis makin menggila tangannya merayap di tubuhku. Mak Cik Bibah pula hanya tersenyum sambil mengangkat bahu. Tanda tidak dapat membantu.
"Ifa naik dululah mak cik, ya" Tak solat lagi ni. Nanti Ifa turun tolong mak cik masak."
"A lah, tak payah la Ifa! Ifa relaks sudah. Biaq mak cik yang buat."
"Tak apalah mak cik... lagipun bolehlah Ifa belajar masak," kataku sambil meletakkan telapak tanganku di tepi bibir seperti sedang berbisik. Tetapi siapalah yang hendak mendengar perbualan kami ini, sedangkan tiada siapa-siapa di rumah melainkan kami berdua sahaja.
"La, awat lagu tu" Ifa tak gheti (reti) masak ka""
"Bukan tak reti langsung. Cuma adalah sesetengah masakan yang Ifa tak tahu buat. Boleh la jugak belajar resipi baru. Nanti mak cik ajar Ifa ya""
"Yalah. Ifa pi la mandi dulu, lepas tu sembahyang. Mak cik nak pi buat kerja kat dapuq
dulu, no"" Aku menghantar langkah Mak Cik Bibah ke dapur dengan pandangan mata. Kemudian, aku memanjat anak tangga menuju ke kamarku. Ops, bukan kamarku, tetapi kamarku dan suami.
AKU keluar dari bilik air sambil mengeringkan rambutku dengan tuala kecil. Aku terperanjat apabila mataku menangkap batang tubuh Yusrizal yang sudah terdampar di atas katil. Tubuh lelaki itu masih dibaluti pakaian kerja. Nasib baik juga aku sudah berpakaian sempurna. Kalau tidak....
Semenjak berkongsi bilik dengan Yusrizal, tabiatku yang gemar berkemban selepas mandi sudah berubah. Aku akan pastikan yang tubuhku sudah dibaluti dengan pakaian yang sempurna sebelum aku keluar dari bilik air. Pandangan suamiku itu hanya akan terhad kepada batang leher dan ke atas. Yang lain tertutup rapi.
"Hai sayang, dah lama balik"" tegur Yusrizal.
"Dah lama la jugak," jawabku malas.
Dapat aku mengesan mata Yusrizal yang tajam merenung batang tubuhku melalui cermin. Aku hanya mengambil langkah untuk tidak mengendahkan pandangannya walaupun hatiku berdebar hebat. Tanganku lincah menyisir rambutku yang panjang dan masih basah itu.
"Cantik rambut Ifa. Dulu tak ada la panjang macam nikan""
Lelaki itu sudah berada di belakangku. Entah bila dia di situ aku tidak tahu. Terlalu asyik menyisir sehingga tidak sedar keadaan sekeliling.
Aku sedikit tersentak apabila Yusrizal mengambil sikat di tanganku. Rambutku yang masih sedikit kusut disikat olehnya pula. Aku tidak mampu menghalang melainkan hanya memandang tingkah lakunya itu. Jantungku berdegup kencang apabila sesekali terasa jemarinya menyentuh kepalaku.
Apabila Yusrizal meletakkan sikat di atas meja solek, aku bangun untuk meninggalkan bilik itu. Tidak betah aku tinggal berdua-duaan dengannya di dalam bilik. Nafasku terasa sesak dengan setiap tindakan suamiku itu. Setiap tingkah lakunya yang romantik pasti akan melembutkan hatiku suatu hari nanti.
Namun sekali lagi jantungku berlari kencang apabila Yusrizal melingkarkan tangan sasanya di leherku. Memelukku dari arah belakang. Dagunya pula diletakkan di atas kepalaku. Bibirnya pula sekali-sekala mengucup rambutku.
"Emmm... wanginya. Baru lepas syampu rambut ke""
Tidak pula aku menjawab soalannya. Terasa lemah seluruh tubuhku dengan belaian yang diberikan sehingga tidak mampu aku membuka mulut. Sedangkan Yusrizal pula masih asyik dengan dunianya.
"Errr... sa... saya nak turun masak untuk makan malam." Aku bersuara juga setelah mengumpulkan segala kekuatan yang masih tinggal. Enggan berada dalam situasi itu lebih lama.
"Alah, Mak Cik Bibah kan ada" Biar ajelah dia yang buat semua tu."
"Tapi saya dah janji nak tolong dia."
"Sayang, abang gajikan Mak Cik Bibah untuk tolong uruskan rumah ni. Bukan suruh dia duduk goyang kaki. Biar ajelah dia yang buat."
"Saya bosanlah kalau tak buat apa-apa. Tak ada kerja nak buat." Aku mencuba lagi. Manalah tahu kalau-kalau pujukanku berhasil.
"Siapa cakap sayang tak ada kerja. Kerja sayang melayan abanglah," ujarnya sambil ketawa kecil.
Nampaknya lelaki itu masih enggan melepaskan aku. Sedangkan tubuhku sudah menggigil diperlakukan begitu. Apa lagi alasan yang patut aku gunakan untuk melepaskan diri. Aku terfikir-fikir sendiri. Kekalutan semakin mengasak minda apabila bibirnya sudah mula bermain-main di pipiku.
"Errr... awak tak solat maghrib lagi, kan"" tanyaku. Ini sajalah yang dapat aku fikirkan. Dan aku rasa ia adalah alasan yang kuat juga untuk aku melepaskan diri.
Ternyata telahanku benar, apabila beberapa saat selepas itu Yusri
zal mengangkatkan kepalanya.
"Belum. Pandai cari alasan, ek""
Yusrizal mencuit hidungku.
Aku menarik nafas lega setelah dilepaskan. Suamiku ini sering menguji keimananku apabila bersamanya.
"Okeylah, abang nak mandi dulu. Lepas tu nak solat," ujarnya.
Dia berlalu ke bilik air setelah mencapai tuala di penyidai. Sempat lagi suamiku itu mengeyitkan mata sebelum menghilangkan diri ke dalam bilik air. Tidak lama selepas itu kedengaran bunyi pancuran air. Aku pula tidak tunggu lama. Terus sahaja turun ke dapur untuk menolong Mak Cik Bibah menyediakan makan malam.
"Mak cik nak masak apa hari ni"" sapaku sebaik sahaja memasuki ruang dapur. Kelihatan orang tua itu sedang sibuk menghiris daging.
"Emmm... mak cik nak buat daging bakaq (bakar). Rizal suruh mak cik buat. Nak cecah dengan ayaq (air) asam," terang Mak Cik Bibah.
"Wah, sedapnya! Ifa pun dah lama tak makan daging bakar cecah dengan air asam."
"Kalau Ifa nak tau, Rizal tu memang suka sangat makan daging bakaq cecah ayaq asam. Seminggu sekali dia suruh mak cik masak. Hah, lepas ni Ifa kena la belajaq buat."
Alamak! Tak cukup dengan ibu yang suka menyindir aku kerana tidak pandai memasak, sekarang Mak Cik Bibah pula mahu melakukan perkara yang sama.
"Ifa tahu la nak buat mak cik," kataku. Bukan untuk menutup kelemahanku. Aku memang boleh dikatakan sudah handal untuk menyediakan masakan itu. Ibu sudah mengajarku dulu.
"La... ya ka" Minta maaf la... mak cik tak tau pun," kata Mak Cik Bibah. Mungkin rasa tidak enak setelah berkata begitu tadi.
"Isy, tak apalah mak cik. Jomlah kita masak. Dah lewat dah ni."
"Yalah...." Seronok sekali aku dengan Mak Cik Bibah hari ini. Sambil memasak, pelbagai perkara yang kami bualkan. Mulut Mak Cik Bibah pula tidak henti-henti bercerita. Dalam pada itu tidak lupa juga diajarnya aku cara memasak dengan betul. Banyak juga aku belajar hari ini. Mak Cik Bibah memang guru memasak yang hebat! Kerja memasak pula dirasakan cepat saja. Alih-alih semuanya sudah tersedia di hadapan mata.
"Ifa, pi la panggil Rizal. Mesti dah lapaq (lapar) tu. Biaq (biar) mak cik aja yang hidang."
Aku akur. Tanpa menunggu lama, aku memanjat anak tangga menuju ke bilik untuk memanggil suamiku. Lagi pula perutku juga sudah terasa lapar apabila melihat daging bakar yang kelihatan enak sekali. Kecur air liurku dibuatnya.
Aku menjenguk ke dalam bilik. Kelihatan suamiku itu enak sekali beradu di atas katil. Aku menggelengkan kepala. Letih benar agaknya sehingga tertidur.
Perlahan-lahan aku mendekatinya. Serba salah untuk mengejutkannya bangun. Mendengar dengkuran halusnya, makin membuatkan aku tidak sampai hati hendak mengejutkannya. Tetapi perut lelaki itu juga perlu diisi. Takkanlah aku hendak membiarkannya tidur dengan perut kosong.
"Rizal," panggilku.
Tiada reaksi. "Rizal!" Aku memanggil lagi.
Masih juga tiada reaksi. Aku menggoyang-goyangkan bahunya.
Tidak lama selepas itu, Yusrizal membuka mata. Tangannya menggosok-gosok matanya yang masih mengantuk.
"Sorry, abang tertidur. Mengantuk sangat. Dinner dah siap""
"Dah. Jomlah turun," ajakku lalu mula melangkah untuk meninggalkannya.
Namun baru beberapa langkah, aku terasa lenganku direntap kasar sehingga membuatkan tubuhku hilang imbangan lalu terhumban ke atas ribanya. Terbeliak mataku dengan tindakannya itu. Kenapa lelaki ini selalu sahaja melakukan perkara-perkara yang memeranjatkan aku"
Aku cuba menolak tangannya yang memaut pinggangku, tetapi tidak berjaya. Aku memandang wajahnya dengan pandangan geram. Lelaki itu hanya tersenyum mengejek. "Apa awak ni, lepaslah! Saya nak bangun ni."
"Itulah balasannya kalau tak menunggu suami."
"Apa pulak"" Aku tidak memahami kata-katanya.
"Yalah, sepatutnya sayang tunggu abang. Kita turun sama-sama. Ini tidak, nak turun sorang-sorang pula. Tak baik tinggalkan abang, tau""
"Macamlah awak tak pandai jalan sendiri," bantahku. Masakan perkara sekecil itu menjadi kesalahan.
"Auwww!!!" Aku menjerit apabila terasa hidungku digigit. Pantas tanganku menggosok hidungku yang kemerahan. Gila betul! hatiku menyumpah.
"Apa awak ni" Kenapa gigit hidung saya"" tanyaku, tidak berpuas hati. Sakit hatiku
dibuatnya. Walaupun hidungku terasa sakit, tetapi tidak dapat menandingi rasa sakit hatiku ini. "Sebab sayang degil sangat!" Senang saja lelaki itu berkata-kata.
Aku pantas menolak tubuhnya dan bangun. Baru saja aku mahu mencapai tombol pintu, terasa tanganku direntap sekali lagi. "Apa lagi ni""
"Kita turun sama-sama."
Aku malas berbalah dengannya. Lalu hanya membiarkan tangannya menggenggam jari-jemariku.
Sampai saja di meja makan, tiba-tiba Mak Cik Bibah bersuara, "eh Ifa, awat dengan hidung tu""
Terkejut aku apabila ditegur begitu. Tangan yang lincah menceduk kuah ke dalam pinggan terhenti. Sempat juga aku menjeling Yusrizal yang menahan tawa. Geram aku dibuatnya sehingga memaksa kakiku memijak kakinya di bawah meja.
"Auuchh!!!" lelaki itu terjerit.
"Awat Rizal"" Kalut Mak Cik Bibah bertanya.
"Tak ada apa-apalah mak cik. Nyamuk besar agaknya!" Jawab Yusrizal sambil menjelingku.
Aku pula terasa ingin ketawa. Padan muka!
19 PAGI-PAGI Sabtu begini terasa bosan sekali jika tiada apa-apa kerja yang dapat dilakukan. Hendak menolong Mak Cik Bibah membuat kerja rumah, awal-awal lagi telah ditegah oleh Yusrizal. Bila aku berdegil, diingatkan aku pula tentang dosa sekiranya membantah kata-kata suami. Jadi apa yang boleh aku lakukan melainkan mengelamun saja" Silap aku juga kerana tidak membawa pulang tugasan-tugasan pelajar yang hanya tinggal sedikit lagi tidak aku semak. Kalau tidak, terisilah juga pagiku hari ini.
Aku mengeluh. Dari birai katil aku menapak ke balkoni bilik. Suasana pagi yang nyaman ditambah pula dengan keindahan suasana yang penuh kehijauan, sedikit demi sedikit menghilangkan kesunyianku ini. Dalam hati memuji-muji suamiku. Pandai juga Yusrizal memilih lokasi kediaman. Sesuai sekali untuk melepaskan tekanan yang dihadapi ketika bekerja. Jelas sekali sikapnya diwarisi dari mama yang mementingkan keindahan alam semula jadi. Cuma yang beza, mama perlu mengusahakan sendiri.
Bila sudah puas merehatkan mata, aku masuk ke bilik semula. Serta-merta rasa bosan yang tadinya hilang kembali menyapa diri. Dalam diri tertanya-tanya, apa yang aku patut lakukan" Yusrizal pula awal-awal lagi sudah bertapa di dalam bilik kerjanya.
Mataku menghantar pandangan ke arah meja solek. Tiba-tiba ideaku datang apabila mataku tertancap pada lipstik yang elok berdiri di situ. Baru aku teringat yang lipstikku sudah hampir habis. Lebih baik aku keluar berbelanja!
Aku mengorak langkah keluar dari kamar. Tujuanku adalah untuk berjumpa Yusrizal dan meminta izin daripadanya untuk keluar. Aku sedar akan tuntutan Islam yang melarang seorang isteri keluar dari rumah tanpa keizinan suami. Perlahan-lahan pintu bilik kerja yang tertutup rapat aku ketuk beberapa kali. Apabila Yusrizal mengarahkan aku masuk, baru aku memulas tombol pintu dan menapak ke dalam.
"Eh, Ifa... Abang ingatkan Mak Cik Bibah tadi. Kenapa ketuk pintu" Masuk ajelah."
Aku hanya tersenyum tawar sambil melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan meja tempat lelaki itu menyiapkan kerjanya. Bilik ini pun seperti ruang pejabat aku rasakan. Penuh dengan fail-fail yang disusun di atas rak. Bahan-bahan bacaan juga ada terdapat di dalam bilik ini.
"Ada apa sayang" Rindu kat abang ke sampai cari abang kat sini"" "Emmm... sebenarnya saya nak minta izin kat awak." "Minta izin" Minta izin apa, sayang"" "Saya nak keluar. Shopping."
"Shopping"" Lelaki di hadapanku ini bertanya seolah-olah pelik dengan permintaanku tadi. Dahinya berkerut.
"Ya... shopping," ulangku.
Yusrizal tertawa kecil sebelum bersuara.
"Sejak bila Ifa suka shopping ni" Dulu nak keluar rumah pun susah," ujarnya.
"Mana awak tahu saya tak keluar rumah""
"Yalah, kalau abang ada kat rumah, Ifa tak pernah keluar pun. Terperap aje kat rumah."
"Itu waktu awak ada kat rumah. Waktu awak tak ada, saya keluarlah. Awak tak ingat ke, dalam seminggu berapa jam sangat yang awak ada kat rumah" Lagipun, kalau saya tak keluar, saya nak makan apa" Awak pun bukan peduli sangat pasal saya!"
Suasana sunyi tiba-tiba. Aku mengalihkan pandangan ke arah Yusrizal. Lelaki itu kelihatan menunduk menekur lantai. Kelihatan mata lelaki itu bergenang.
Barulah aku sedar yang aku sudah mengungkit kisah silam kami. Sedangkan sebelum ini aku sudah berjanji untuk tidak akan mengungkit lagi. Kerana kenangan itu akan melukakan hatiku nantinya. Kenangan itu juga menjadikan mulut sedikit lepas sekarang. Tanpa sempat ditapis.
"Abang sedar Ifa, abang dah banyak buat salah dengan Ifa. Bukan senang untuk Ifa lupakan semua tukan" Abang tak salahkan Ifa. Cuma abang kesal, kenapa abang terlalu bodoh
dulu!" Lelaki di hadapanku ini sudah mula emosional. Aku semakin gelisah. Inilah yang tidak aku inginkan kerana aku sedar aku memang seorang pendendam. Nada-nada kekesalan darinya makin membuatkan hatiku panas. Perasaan ini membuatkan aku tidak enak! Aku harus cepat keluar dari situasi ini sebelum mataku mengalirkan mutiara jernih dan meletuskan lava kepanasan yang sudah lama bertakung.
"Dahlah, saya malas nak cakap tentang tu lagi. Awak izinkan tak saya nak keluar ni""
"Tak bolehkah Ifa maafkan abang, sayang"" Lirih saja kedengaran suara lelaki itu.
"Rizalplease... saya tak nak ungkit lagi semua tu."
"Abang tahu. Setiap kali Ifa cakap tentang semua ni, hati Ifa sakit, kan""
Sedikit rasa kagum menyelinap ke dalam hati kerana dia dapat membaca apa yang tersirat di hatiku ini.
"Begitu juga dengan abang, Ifa. Abang kesal kerana melukai Ifa. Maafkanlah abang, sayang."
"Kalau awak tahu semua tu menyakitkan saya, kenapa awak masih bercakap tentang semua ni""
"Sebab abang rasa tak tenteram. Walaupun Ifa dah jadi milik abang, hati abang masih tak tenteram selagi Ifa tak maafkan abang. Kalau diberi pilihan, Ifa pun tak nak hidup dengan orang yang pernah lukakan hati Ifa, kan" Tapi disebabkan Ifa terdesak, Ifa terpaksa sekali lagi berdepan dengan abang."
"Baguslah kalau awak fikirkan perkara tu. Tapi alangkah lebih bagus kalau awak fikirkannya dahulu. Jadi, tak perlulah saya berada di sini."
"Abang terpaksa buat macam ni walaupun ia agak keterlaluan bagi Ifa. Abang mahu buktikan yang abang benar-benar ikhlas kali ini. Abang sayangkan Ifa. I love you so much," luah Yusrizal panjang lebar.
"Perkahwinan bukan penyelesaian segala masalah, Rizal," kataku lagi. Tidak mahu mudah terhasut dengan kata-kata cintanya.
"Tapi perkahwinanlah pembuka segala jalan, Ifa. Syariat sudah menghalalkan segala-galanya."
"Enough about this matter. Kalau awak tak benarkan saya keluar, tak apalah. Saya takkan keluar. Saya minta diri dulu."
Itu sahaja caranya aku keluar dari situasi ini. Tujuan asalku ke bilik ini sudah terpesong entah ke mana.
"Ifa, nanti dulu."
Aku berpaling semula. Apa lagi yang mahu diperkatakan olehnya" Lambat-lambat Yusrizal menghampiri aku. "Abang izinkan Ifa keluar."
Aku terdiam mendengarkan keizinan yang keluar dari mulutnya. Mati-mati aku fikir Yusrizal masih mahu memanjangkan perbualan tentang kisah silam kami.
"Okay, thanks!" Ujarku dan mula berpaling untuk mendapatkan pintu.
"Tapi Ifa kena pergi dengan abang!"
"What""""
AKU duduk sambil memerhati manusia yang lalu-lalang dalam bangunan Pasar Raya Pacific melalui cermin kaca. Seronok juga memerhati gelagat manusia. Pelbagai rupa dan gaya. Ada yang berjalan berpasangan. Ada pula yang jalan berkumpulan. Tidak ketinggalan juga ibu bapa yang keluar membawa anak-anak mereka bersama.
"Sayang, okey tak""
Yusrizal tiba-tiba menyapa.
Aku mengalihkan pandangan ke arahnya. Lelaki itu sedang berdiri di hadapanku sambil memusing-musingkan badannya. Tubuhnya tersarung kemeja berlengan panjang berwarna krim. Aku mula membuat penilaian. Kemudian aku menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Lelaki
itu mengangkat bahu lalu kembali semula ke fitting room. Aku pula menyambung aktivitiku sebentar tadi.
Rasa sebal bertandang di hati. Pertama, sebal dengan lagak Yusrizal yang mengalahkan perempuan. Macam-macam yang dibelinya. Kasut, jam tangan, seluar dan sekarang baju pula. Sedangkan aku" Aku melihat beg plastik yang aku pegang. Hanya lipstik jenama MAC. Kalaulah aku tahu begini banyak barang yang hendak dia beli, tidak mungkin aku akan bersetuju untuk keluar dengannya.
Hampir tercabut kaki aku dibuatnya. Lepas satu pasar raya ke satu pasar raya dia jelajah. Lelaki it
u memang cerewet. Setiap barang yang mahu dibelinya perlu dari jenama kesukaannya. Disebabkan jenama barang yang dimahukan bukanlah berada di bawah satu pasar raya, maka kami terpaksa mencari di pasar raya lain pula.
Kedua, kerana tangannya yang tidak pernah mahu duduk diam. Ada saja tempat di tubuhku ini menjadi persinggahan tangan gatalnya itu. Sekejap bahu, sekejap di pinggang dan sekejap pula dia meramas jari-jemariku ini. Rimas aku dibuatnya. Bila ditegur, lelaki itu hanya akan tersenyum sumbing. Tetapi sesaat kemudian tangannya akan kembali menggatal.
Aku bangun menuju ke pintu utama kedai pakaian itu. Tiba-tiba mataku tertancap pada kedai yang menjual pakaian dalam yang terletak berhadapan dengan kedai yang aku masuki sekarang. Pakaian dalam yang tergantung benar-benar menarik perhatianku.
"Sayang, yang ni okey tak""
Aku mengurut dada apabila disapa begitu. Kacau daun betul! Namun begitu aku tetap berpaling. Terpanar aku seketika dengan kekacakan suamiku apabila mengenakan kemeja berlengan panjang dengan corak jalur menegak.
"Macam mana sayang" Okey tak""
Perlahan-lahan aku menganggukkan kepala. Kemeja itu sungguh padan sekali dengan bentuk tubuhnya yang tegap itu.
"Okey, abang ambil yang ni ek""
Aku menganggukkan kepala lagi. Lelaki itu kelihatan tersenyum padaku sebelum kembali lagi ke fitting room untuk menyalin pakaian.
Peluang sudah terbuka di depan mata. Cepat sahaja aku berjalan untuk ke kedai yang aku lihat sebentar tadi. Sementara menanti lelaki itu bersiap, rasanya aku sempat kembali ke kedai tadi. Segan rasanya hendak membeli pakaian dalam sekiranya lelaki itu ada bersama.
Kelabu mata sekejap aku dibuatnya dengan pelbagai jenis dan corak pakaian dalam yang terdapat di kedai itu. Tidak tahu hendak memilih yang mana satu. Dalam keasyikan aku memilih, tiba-tiba satu suara berbisik di telingaku.
"Yang merah tu cantik. Wow!!! Mengancam!"
Pantas aku berpaling. Kelihatan Yusrizal sedang tersenyum nakal. Wajahku terasa hangat dengan tiba-tiba. Malunya tidak usah dicakap. Tidak kusangka secepat ini lelaki ini menukar pakaian. Biasanya bukan main lama.
"Ooo... patutlah masa abang keluar dari fitting room tadi sayang tak ada. Rupa-rupanya kat sini. Kenapa tak cakap nak beli baju dalam" Boleh abang tolong pilihkan," ujarnya sambil tersengih.
Aku memalingkan wajah. Tidak sanggup melihat wajahnya ketika itu. Entah apalah yang berada dalam fikiran lelaki itu saat ini. Aku pun tak tahu dan malas nak ambil tahu.
"Eh, kenapa diam" Tadi bukan main lagi memilih."
"Tak ada apa-apa... jomlah," ajakku.
"Laaa... beli ajelah. Abang tunggu." "Tak apalah. Nantilah saya beli sendiri."
"Kenapa pula macam tu" Takkan malu dengan abang kut" Tak usah nak malulah, abang ni suami Ifa."
"Bukan sebab malulah. Saya cuma tengok-tengok aja tadi," dalihku. Takkanlah aku hendak memilih baju dalam di hadapannya"
"Hmmm... susah betul la Ifa ni! Miss!"
Aku sedikit hairan apabila Yusrizal memanggil wanita Cina yang menjaga kedai itu. Cepat-cepat wanita itu mendapatkan kami.
"Yes"" "/ want this one." Yusrizal menunjuk pada sepasang pakaian dalam yang ditunjukkan kepadaku sebentar tadi. Wanita itu hanya mengangguk dan mengambilnya lalu dibawa ke kaunter pembayaran.
Aku memandang Yusrizal dengan pandangan tidak percaya. Lelaki itu hanya tersenyum nakal sambil mengenyitkan mata sebelum berlalu untuk membuat pembayaran.
Huluran dari tangan Yusrizal aku sambut dengan rasa berat hati. Sudahlah dia yang membeli benda itu untuk aku. Bungkusannya pula lut sinar. Aduh, malunya hendak membawa benda ini!
Aku memandang Yusrizal yang masih tersenyum. Seronok agaknya kerana dapat mengusik aku.
"Jom," ajaknya.
Aku teragak-agak untuk menganggukkan kepala. Sempat aku meliarkan mata melihat manusia-manusia yang terdapat di bangunan Pasar Raya Pacific itu. Ramainya! Maklumlah, hari ini hari Sabtu. Sudah tentu orang ramai mengambil masa cuti begini untuk membeli-belah.
"Kenapa" Nak beli baju tidur pulak ke""
Mungkin ketidaksenangan yang terpamer di wajahku mengundang pertanyaan di benak suamiku itu.
"Saya... saya... saya malulah nak bawa benda alah ni," ujarku lambat-la
mbat. Senyuman Yusrizal yang hilang mekarnya tadi kembali menguntum. Aku bertambah
malu. "Malu pulak. Buat apa nak malu" Orang pun dah sedia maklum yang perempuan memang perlukan benda tu," ujarnya selamba.
Senang saja lelaki itu mengucapkannya, sedangkan aku yang akan menanggung malu sekiranya mata pengunjung lain singgah pada bungkusan plastik lut sinar ini. Sudahlah warnanya menarik perhatian. Menyesalnya aku kerana singgah di kedai itu tadi.
"Awak bawalah." Aku menghulurkan bungkusan itu padanya.
Lelaki itu kelihatan terkejut. Hilang senyuman nakalnya sebentar tadi. "Apa pulak abang" Kalau abang bawa memang orang hairan. Nanti tak pasal-pasal orang ingat abang ni makhluk dua alam. Tak naklah abang!"
"Ala,please...." Aku mula merayu. Telapak tanganku bercantum rapat tanda aku benar-benar memerlukan pertolongannya.
"Alaaa... manjanya! But I'm sorry, kalau Ifa minta yang lain mungkin abang tak keberatan nak tolong. Tapi yang ni abang memang tak boleh!"
"Habis tu yang awak pandai-pandai beli tu kenapa""
"Dah Ifa yang teringin nak beli. Sampai tinggalkan abang tadi. So, abang belikanlah. Lagipun abang cuma belikan untuk Ifa, bukan tolong bawa!"
"Sudahlah! Minta tolong pun tak boleh!"
Aku sudah mula mengorak langkah. Geram dengan sikap Yusrizal yang tidak mahu berlembut dengan diriku. Suami apa agaknya, minta tolong bawakan pun tak boleh!
Tangan lelaki itu pantas menangkap pergelangan tanganku. Mungkin mahu memujuk diriku yang sudah mahu menunjukkan riak merajuk.
"Ala la laaa... merajuk pulak sayang abang ni," ujar Yusrizal sambil mencuit hidungku.
Aku menepis jarinya yang bergayut di daguku.
"Okey... okeylah biar abang yang bawa."
"Betul" Nah!" Cepat sahaja mulutku bertanya. Bungkusan plastik di tangan aku serahkan padanya dengan wajah yang ceria.
"Amboi! Cepatnya hilang merajuk!" Hairan lelaki dengan tingkah lakuku itu.
Namun begitu huluranku tetap disambut juga.
"Apa nak susah-susah sayang. Letak ajelah kat dalam paper bag ni!" sambung Yusrizal sambil mencapai paper bag yang terletak di atas lantai.
Laaa... kenapa sedari tadi aku tidak nampak langsung dia bawa paper bag itu. Penat saja aku berbalah dengannya. Tidak habis-habis mahu mengusik aku.
"Kenapa awak tak cakap ada paper bag tu""
"Saja. Seronok tengok pipi Ifa yang merah menahan malu ni. Comel!" Lelaki itu mencubit pipiku dan berlalu pergi.
Aku yang mengekori di belakangnya mendengus geram.
SELEPAS membeli-belah, Yusrizal membawa aku ke medan selera untuk mengisi perut. Pada mulanya aku bercadang untuk pulang ke rumah saja dan makan tengah hari di rumah. Tetapi lelaki itu berdegil untuk makan di luar. Dan aku hanya mampu menurut sahaja apabila keretanya sudah membelok ke pekarangan medan selera itu.
"Nak makan apa encik"" Seorang pelayan lelaki bertanya.
"Ifa nak makan apa"" Yusrizal bertanya.
"Laksa ya dik," jawabku.
"Emmm... laksa jugak la dik."
Aku mengerutkan dahi. Yusrizal memesan laksa" Setahu aku lelaki di depanku ini tidak meminati laksa Kedah. Apa pula mimpinya hari ini"
Pelayan itu menganggukkan kepala lalu mencatatkan di buku nota kecilnya. "Minum""
Baru aku mahu membuka mulut tetapi sudah dipintas oleh Yusrizal.
"Neslo dan teh ais."
Aku mengerutkan dahi. Sibuk saja dia ni! Nasib baik betul. Kalau tidak memang aku mahu dia yang menghabiskan dua gelas minuman itu.
"Sejak bila pula awak suka makan laksa ni"" soalku selepas pelayan itu berlalu aku pantas bersuara
"Sejak Ifa tinggalkan abang."
"Excuse me. Siapa yang tinggalkan siapa" Awak yang ceraikan saya, okey." "Memanglah. Takkan Ifa yang ceraikan abang kut"" Lelaki itu tertawa. "Tau pun," balasku.
Yusrizal sengaja mahu menaikkan darahku. Tidak puas-puas lagi agaknya mahu membuatkan aku marah. Isy... cepat tualah aku nampaknya!
"Janganlah marah sayang. Buruk, tau. Cuba senyum sikit," pintanya. Namun kuhadiahkannya dengan jelingan tajam.
"Alamak!!!" Terkejut aku apabila Yusrizal bersuara kuat.
Lelaki itu seperti sedang mencari-cari sesuatu. Matanya meliar ke segenap ruang. "Kenapa" Apa yang awak cari""
Lelaki itu masih tidak menjawab kerana sibuk mencari barang yang aku tidak ketahui itu. "Rizal""
"Jant ung abang!" "What""""
"Abang cari jantung abang. Ifa ada nampak tak"" "Apa yang awak mengarut ni""
"Ifa la ni... jeling tajam sangat. Gugur jantung abang...."
Mahu tergelak aku mendengarnya. Aku cuba mengawal bibirku supaya tidak mengukir senyuman. Tetapi aku rasakan tidak mampu untuk menghalangnya. Lalu aku mengalihkan pandangan dari wajahnya sambil meletakkan tanganku di muka sebagai pendinding. Tetapi mata Yusrizal ternyata lebih tajam.


Antara Benci Dan Rindu Karya Ida Farisya di http://cerita-silat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

"Haaa... kan manis macam tu. Ini tak, asyik nak mencuka aja. Cuba senyum sikit. Sejuk mata dan hati abang ni. Barulah ada selera nak makan laksa Kedah."
Dalam masa yang sama pelayan tadi sudah kembali dengan pesanan kami sebentar tadi. Kecur air liurku melihat sepinggan laksa yang masih berasap itu.
Kami makan dengan berselera sekali. Aku yang sememangnya meminati laksa Kedah terasa tidak cukup sepinggan. Terasa enak benar laksa di sini. Sudah tentu aku akan kembali lagi ke sini suatu hari nanti.
"Sedapnya.... "
Aku memerhati suamiku yang sudah tersadai kekenyangan. Digosok-gosok perutnya yang sudah terisi dengan laksa Kedah. Hairan aku dibuatnya. Aku memandang pinggan laksanya yang sudah licin. Aku beralih pandang pula pinggan laksaku yang masih tinggal separuh. Cepatnya dia makan. Dah kebulur sangat agaknya.
"Kenapa" Hairan""
Tergeleng-geleng aku cuba menafikan sangkaannya itu.
"Tak usah nak hairanlah, Ifa. Kalau Ifa nak tahu, lepas berpisah dengan Ifa, abang mula suka makan laksa Kedah. Sebab bagi abang, laksa mengingatkan abang pada Ifa. Abang ingat lagi, Ifa memang sukakan laksa Kedah, kan""
Aku terdiam mendengar bicaranya. Memang aku gemarkan laksa Kedah walaupun sebenarnya aku berasal dari Kuala Lumpur. Semua itu bermula apabila aku menjejakkan kaki ke bumi UUM untuk melanjutkan pelajaran. Teman sebilikku yang memperkenalkan aku pada laksa Kedah. Dan dia jugalah yang mengajarku cara-cara membuat laksa Kedah. Sehingga menjadikan aku begitu pakar dalam membuatnya mengatasi ibuku.
"Bukan itu aja, abang pun dah suka baca novel tau" Tapi novel Inggeris laaa...."
Patutlah dalam bilik kerjanya ada tersusun novel berbahasa Inggeris yang begitu banyak. Hairan juga apabila pertama kali aku memasuki bilik itu. Kini, terjawab sudah persoalanku itu. Nampaknya, hobiku sudah beralih padanya pula. Itulah... mengata orang sangat. Sekarang sudah berbalik kepada dirinya.
"Abang selalu lihat Ifa baca novel Melayu bila ada masa terluang dulu. Kadang-kadang abang tertanya, kenapa orang perempuan suka baca buku-buku macam tu. Sekarang baru abang tahu. Dan yang paling penting, abang terasa seolah-olah dekat dengan Ifa bila melakukan perkara-perkara yang Ifa suka. Sampaikan abang kena marah dengan Anne sebab tak pedulikan dia." Yusrizal tertawa kecil.
Aku yang terpaku mendengar ceritanya, hanya mampu menadah telinga. Terasa susah benar untuk aku percaya tetapi bukti sudah ada di depan mata.
"Mungkin Ifa susah nak percaya, kan" Abang tak paksa untuk Ifa mempercayainya. Abang cuma nak meluahkan apa yang abang rasa selama lima tahun perpisahan kita."
Aku menarik nafas dalam-dalam. Laksa yang masih tinggal separuh sudah tidak mampu aku habiskan apabila cerita lama diungkitkan kembali.
"Boleh saya tanya sesuatu"" Aku bertanya.
"Tanyalah." "Kenapa awak berpisah dengan Anne" Bukankah awak terlalu menyintai dia""
Yusrizal mengeluh perlahan. Kelihatan amat berat sekali suamiku itu mahu membuka mulut. Mungkin enggan bercerita tentang dirinya dan bekas isterinya itu.
"Abang yang bersalah Ifa. Abang gagal mendidik dia menjadi isteri yang baik. Abang ingat, abang mampu mengawal sikap sosialnya selepas kami bernikah. Tapi ternyata abang
gagal. Dan akibatnya dia lari tinggalkan abang kerana mengikut lelaki lain yang jauh lebih kaya daripada abang. Sedangkan masa tu dia masih berstatus isteri abang."
"Maknanya, dia masih isteri awak sekarang""
Yusrizal menggelengkan kepalanya.
"Setahun kemudian dia pulang ke Malaysia dan menfailkan penceraian. Kami dah bercerai tiga tahun lalu."
"Awak masih cintakan dia""
Sekali lagi lelaki itu menggelengkan kepala.
"Sepanjang perkahwinan kami, abang tidak pernah merasa bahagia. Malah,
abang terasa sunyi sangat. Walaupun abang cuba sedaya upaya membahagiakan rumah tangga kami, abang masih merasakan perkara yang sama. Suatu hari, abang terjumpa novel Ifa yang abang simpan dalam stor. Perasaan abang terasa lain waktu itu. Perasaan tu semakin kuat apabila abang ternampak tandatangan Ifa pada muka surat pertama. Bermula saat itulah abang mula menyedari siapa sebenarnya yang abang cinta. Abang hanya cintakan Ifa, bukan Anne!" Terasa mataku bergenang mendengar cerita suamiku itu. Hatiku tersentuh. Namun perasaan keliru masih bermaharajalela. Haruskan aku mempercayai kata-katanya atau mengabaikannya saja. Aku tidak mahu ditipu lagi. Aku sudah serik! Cukuplah sekali! Luka lama yang masih terasa sakitnya.
20 SUDAH genap tiga bulan usia perkahwinan kami. Bermakna sudah tiga bulan juga aku melalui hari-hari dengan perasaan keliru yang begitu mencengkam jiwa. Tidak pernah aku membiarkan walau sesaat hatiku terlepas daripada menilai suamiku. Segala tindak-tanduknya dan tutur katanya tidak pernah menggores hati dan perasaanku. Segala-galanya terjaga. Tidak seperti lima tahun lepas. Hari pertama pernikahan sudah mencalitkan perasaan luka yang tidak terhingga.
Tanpa aku sedari hubungan kami sudah menakuk ke tahap yang tidak pernah aku bayangkan sebelum ini. Kami sudah boleh berbual panjang dan bergelak ketawa. Sudah bisa meluangkan masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang kami gemari bersama. Jauh di sudut hati, aku berasa senang dengan perubahan ini. Tetapi aku juga takut sekiranya begitu cepat aku melupakan kesakitan yang pernah dia tinggalkan untukku dulu.
Justeru, aku masih tidak melakukan perkara yang selayaknya dilakukan oleh seorang isteri. Dan Yusrizal juga tidak pernah memaksa. Tetapi itu tidak bermakna ia adalah penghalang kepada perhatian dan kasih sayang yang dia curahkan kepadaku. Malahan, makin hari hidupku terasa terisi dengan semua itu.
Terasa tidak percaya dengan apa yang aku alami sekarang. Hati yang begitu keras suatu ketika dulu boleh mencair hanya dalam masa tidak kurang tiga bulan. Kini baru kufahami kenapa
Yusrizal mengambil tindakan gila dengan meletakkan syarat terhadap pertolongan yang diberikannya dulu. Tetapi tidak bermakna aku akan terus memaafkan kesalahannya. Semua itu memerlukan masa yang lama. Lagipun tempoh masa tiga bulan tidak sama dengan setahun aku menahan keperitan hidup bersamanya. Aku perlu mengujinya lagi.
Lagu Lastnight tiba-tiba berkumandang dari telefon bimbitku. Habis berterbangan lamunanku sebentar tadi. Tergesa-gesa aku mencari telefon bimbitku yang entah di mana aku letakkan.
Akhirnya aku menjumpainya juga selepas mencari dengan berpandukan deringannya itu. Rupa-rupanya telefon bimbitku tersembunyi di bawah fail-fail yang bersepah di atas mejaku. Beginilah keadaannya walaupun universiti sedang bercuti. Pelajar yang bercuti sedangkan para pensyarah tidak. Kami sibuk merencanakan bahan-bahan pengajaran untuk semester hadapan. Tambahan pula subjek yang aku ajar akan berganti sukatan pembelajarannya. Makinlah sibuk aku dibuatnya. Itu tidak ditambah lagi dengan aktiviti-aktiviti universiti yang melibatkan pensyarah.
"Helo," sapaku tanpa melihat siapa pemanggilnya. Bimbang terputus talian kerana aku sudah mengambil masa yang lama untuk mencari telefon bimbitku tadi.
"Hai, sayang!" Aku tersenyum sebaik saja mendengar suara pemanggil itu. Siapa lagi kalau bukan suamiku yang akan mengganggu ketenteramanku pada waktu-waktu sebegini.
"Hai." "Sayang tengah buat apa tu"" sapa Yusrizal dengan suara yang ceria.
"Buat kerjalah," jawabku pendek. Takkanlah aku hendak berterus terang dengannya. Malulah aku.
"Ye ke tengah buat kerja" Atau tengah teringatkan abang"" Alamak! Macam tahu-tahu aja lelaki ini. "Mengarutlah awak ni. Kenapa awak telefon saya ni""
"Mengelat ek""
Kedengaran tawa kecil lelaki itu meletus.
"Emmm... abang nak ajak sayang lunch dengan abang," sambung Yusrizal lagi.
"Lunch"" "Ya, lunch!"
"Dekat mana""
"Emmm... sayang nak makan dekat mana" Abang ikut aje." "Dekat UUM boleh""
"Dekat UUM" Alaaa... tak naklah sayang. Tak bestlah. Apa kata kat Alor Setar. Abang dengar a
da restoran baru buka kat sini. Restoran eksklusif. Makanannya pun sedap. Kita try nak tak sayang"" pujuk Yusrizal dengan keterangan yang panjang lebar.
Dia berharap aku akan termakan dengan pujukan itu.
"Alor Setar" Tak ada tempat yang lagi jauh ke awak"" Aku menyindirnya.
Bukan dia tidak tahu jarak antara Alor Setar dan Sintok boleh tahan jauhnya. Perjalanannya mengambil masa lebih daripada setengah jam.
"Alaaa... sayang, please....'
Yusrizal sudah mula merengek seperti anak kecil. Hampir ketawa aku mendengarnya. "Jauhlah awak. Then, pukul berapa kita nak balik ke sini" Nak solat lagi."
"Sayang dah lupa ke sekarang tengah cuti semester. Bukan sayang ada kelas pun. Tak apa kan kalau masuk lambat sikit""
Betul juga, fikirku. Aku tidak ada kelas. Jadi tidak ada salahnya kalau aku terlewat
masuk. "So, macam mana" Sayang jangan risau. I'll pick you up. I'll be there in one hour."
"Okeylah kalau macam tu. Nanti kalau dah sampai call saya." Akhirnya aku menyatakan persetujuan.
"7es! Macam tu la isteri abang. Thanks, sayang. I love you. Jumpa nanti ya"" "Okay, bye!"
Aku pantas memutuskan talian. Entah mengapa ungkapan cintanya begitu menusuk ke kalbuku. Itulah salah satu sebab mengapa aku cepat lembut hati dengan suamiku ini.
Aku melihat jam kecil yang terletak di atas meja kerjaku. Sudah pukul sebelas empat puluh lima pagi. Bermakna aku masih punya satu jam lagi untuk melakukan kerja-kerja yang tergendala sebentar tadi. Lalu tanpa membuang masa aku mengambil fail dan mula menelitinya.
Tok! Tok! Tok! Ketukan di muka pintu sedikit mengganggu konsentrasiku. Dengan malas aku bangun untuk membukakan pintu.
"Hai, Ifa! Emmm... I menganggu ke""
"You, Daniel! I ingatkan siapa. Kenapa tak masuk aje... macam tak biasa," kataku. "Manalah tahu kalau you busy. Takut mengganggu pulak." "Tak adalah. Anything important""
"Actually, I nak bincang dengan you tentang PBL ni. You ada masa tak""
"Emmm...." Aku melihat jam di pergelangan tangan. Aku masih punya setengah jam sebelum waktu
lunch. "Bolehlah."
"Kalau you tak ada masa tak apalah. Maybe esok ke""
"Eh, it's okay! I ada masa setengah jam lagi before lunch. Actually I janji dengan my husband nak lunch sama-sama," terangku panjang lebar.
Lelaki itu tersenyum sahaja. Aku bersyukur kini. Daniel sudah tidak mendesak aku lagi seperti beberapa bulan yang lalu. Mungkin dia fikir sudah tiada gunanya mahu terus berharap kerana aku sudah punya suami. Apatah lagi hubunganku dengan Yusrizal juga sudah semakin baik.
Gembira hatiku tidak terkira kerana mendapat sahabatku kembali. Perasaan gembira semakin bertambah apabila Daniel menyampaikan berita perkahwinannya yang akan berlangsung hujung tahun ini. Itu sudah cukup membawa makna bahawa lelaki di hadapanku ini sudah membuat keputusan untuk membuka lembaran baru dalam hidupnya. Dalam hati aku berdoa semoga sahabatku ini akan bertemu bahagia yang dicari-cari selama ini. Dan aku juga berharap bahagia yang kucari juga bakal kutemui suatu hari nanti.
Aku menjemput Daniel masuk. Pintu aku biarkan terbuka. Tidak manis pula kalau kami berbincang dalam keadaan pintu yang tertutup rapat.
"Sorrylah Daniel. Bersepah sikit meja I ni."
Tanganku lincah menyusun fail-fail yang bertaburan sebentar tadi. Memberikan ruang yang lebih selesa untuk kami berbincang.
"Tak apalah Ifa... I faham. You memang pemalas," katanya selamba.
Aku membuntangkan mata apabila mendengarnya. Lelaki itu ketawa terbahak-bahak kerana dapat mengenakan aku. Aku turut tersenyum. Senang hatiku sekarang. Inilah sahabat yang kukenal suatu ketika dahulu.
"So, shall we"" Aku bertanya setelah selesai mengemas mejaku.
"Sure." Daniel mula membuka fail yang dibawa bersama. Kami mula berbincang. Rupa-rupanya banyak juga usul berbangkit yang diutarakan oleh Daniel. Aku fikir isu berkenaan PBL ini sudah selesai. Segala proposal dan sukatan pembelajaran juga sudah hampir siap. Nampaknya Daniel sudah kembali menjadi dirinya yang teliti dan sempurna itu. Tidak seperti beberapa bulan yang dulu. Lelaki itu kelihatan seperti hilang tumpuan. Mungkin kerana terlalu memikirkan tentang diriku. Sedikit perasaan bersalah
kerana telah menyebabkan Daniel hilang hala tuju hidupnya beberapa bulan lepas.
Sukar untuk dipercaya. Tetapi itulah penangan cinta. Bisa mengubah seseorang kepada seseorang yang bukan menggambarkan dirinya yang sebenar. Pepatah yang mengatakan cinta itu buta' ada benarnya juga. Dan aku harus terima kebenaran itu.
"Assalamualaikum."
Perbincanganku dan Daniel sedikit terganggu apabila terdengar seseorang memberi salam. Mata kami berdua tunak menghala ke pintu bilikku yang terbuka lebar. Terkejut aku apabila batang tubuh Yusrizal yang sedang berdiri tegak di muka pintu menyapaku.
Aku pantas melihat jam di atas mejaku. Sudah pukul dua belas lima puluh minit tengah hari. Patutlah suamiku ini sudah terpacak di sini. Tetapi bukankah aku menyuruhnya menelefonku dahulu sekiranya dia sudah sampai. Tetapi lain pula yang terjadi. Alih-alih lelaki itu sudah terpacak di sini.
"Eh, waalaikumussalam... abang!"
Aku hampir terlupa tentang situasi kami. Nasib baik! Kalau tidak apa pula kata Daniel nanti. Aku mendapatkan suamiku. Tangannya yang dihulurkan aku sambut dan kucium penuh hormat.
Suamiku membalas dengan mengucup dahiku. "Kenapa tak call dulu. Boleh Ifa turun tunggu abang."
"Saja abang nak buat surprise. Nak tengok juga bilik Ifa," jawabnya sambil mata tidak lepas dari memandang wajah Daniel yang masih duduk di tempatnya.
Perlakuan Yusrizal itu membuatkan Daniel tidak selesa. Lalu, lelaki itu bangun dan mengemaskan failnya. Menandakan ingin berlalu daripada renungan dan wajah tidak senang suamiku ini.
"Emmm... kenalkan, ni Daniel. Daniel, ni suami I, Yusrizal!"
"Hai, Daniel!" sapa Daniel sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.
Yusrizal masih lagi meletakkan pandangan tajamnya ke wajah Daniel. Jelas rasa tidak senang terlukis di wajahnya. Lambat-lambat huluran tangan Daniel disambutnya. "Yusrizal."
"Okeylah Ifa... I pergi dulu. Nanti kita bincang lagi."
Aku hanya menganggukkan kepala. Kemudian lelaki itu meninggalkan kami. Mata Yusrizal masih juga tidak lari daripada lelaki itu. Sehinggalah tubuh Daniel tidak lagi kelihatan barulah dia mengalihkan pandangannya padaku pula. Pandangannya yang tajam membuatkan jantungku berdebar hebat.
"Kenapa dia ada dekat sini""
Itu ayat pertama yang keluar dari mulut Yusrizal selepas tubuh Daniel hilang dari pandangan.
"Kami ada perbincangan. Awak pun nampak tadi, kan"" Aku menjawab ringkas. Aku rasa itu sudah jelas pada pandangannya dengan keadaan kami tadi.
"Bukan main mesra lagi abang tengok." Yusrizal mula membuat telahan. Dan pastinya berbaur cemburu.
"Mesra apa pulak" Kami kan sedang berbincang tentang kerja tadi. Dia juga pensyarah di sini. Lagipun kebetulan kami mengajar subjek yang sama," jelasku panjang lebar.
"Jadi memang Ifa selalulah dengan dia""
"Atas sebab kerja."
Yusrizal melepaskan keluhan berat.
"Kenapa"" Aku bertanya.
"Abang cemburu," katanya jujur.
Tergelak aku mendengarnya.
"Cemburu" Come onlah Rizal. Tak ada sebab awak nak cemburu. Kami dah tak ada apa-apa hubungan lagi. Hubungan kami sekarang atas dasar kawan semata."
"Yalah, abang takut jugak kalau dia nak pikat Ifa semula. Maklumlah, bekas teman
lelaki, kan"" "Mengarutlah awak ni, Rizal. Takkanlah dia nak buat perkara bodoh tu. Saya nikan isteri orang," balasku pula, tetapi di dalam hati mengiakan juga.
Memang Daniel pernah cuba memikatku. Takkanlah hendak kukhabarkan. Memang cari nahaslah jawabnya. Biarlah ia menjadi rahsia.
"Ya ke Ifa isteri orang" Isteri siapa ya"" Yusrizal bertanya nakal. Sengaja mahu mengenakan aku.
Bukan aku tidak tahu sikapnya yang suka menyakatku. Hilang sudah persoalan tentang Daniel yang dicemburukannya sebentar tadi.
"Entah, isteri siapa entah. Tidak dapat dikenal pasti," jawabku malas.
Yusrizal ketawa mendengar kata-kataku.
Aku berlalu ke meja kerjaku dan mendapatkan tas tangan yang terletak di sudut kiri
meja. "Laaa... macam mana boleh jadi macam tu pula sayang" Habis malam-malam tidur dengan siapa""
"Tidur dengan kucing!"
"Apa" Cuba cakap sekali lagi"" Jari-jemari kasar Yusrizal sudah mengetip pipiku. "Auwww! Apa ni Rizal" Sakitlah!" Aku pantas menolak jari-jemarinya yang bergayut di
pip iku. Pipi yang terasa sedikit sakit aku usap perlahan.
"Tidur dengan kucing ya" Oh... jadi abang ni kucinglah selama ni" Sampai hati! Tapi kiranya abang kucing yang baik la."
"Kenapa pulak""
"Sebab tak makan ikan kat depan mata!"
Aku membuntangkan mata. Manakala, Yusrizal pula sudah ketawa berdekah-dekah. Pantas tanganku mencari sasaran.
"Adoi sayang, sakitlah! Habis lebam badan abang asyik kena cubit dengan sayang aje."
"Pada muka awak. Suka sangat usik saya!"
"Alah, takkan nak usik sikit pun tak boleh. Abang nak usik siapa lagi kalau bukan isteri
abang." "Dahlah. Bila nak pergi ni" Saya dah lapar."
"Yalah... yalah. Kalau ya pun lapar janganlah merengek macam tu. Nanti abang tak makan nasi tapi makan Ifa pula."
Kata-katanya membuatkan mataku sekali lagi membuntang. Tidak sempat cubitan bisaku hinggap di tubuhnya, suamiku itu sudah berdesup pergi. Dengan ketawa yang masih bersisa dia menantiku mengunci pintu di luar.
Setelah pintu bilikku dikunci, aku berjalan mendahuluinya. Suamiku pantas menyamakan kedudukan. Tidak lama selepas itu aku terasa jari-jemariku disulam. Aku memerhatikan jari-jemariku yang berada di dalam genggaman tangannya. Begitulah kami sekiranya keluar berdua. Yusrizal lebih gemar berpegangan tangan. Sampai berpeluh telapak tanganku pun dia tidak peduli. Tapi nampaknya situasi kami yang masih berada di kawasan universiti tidak membolehkan kami berkelakuan seperti ini. Malu sekiranya ada kakitangan universiti yang nampak. Oleh itu aku berusaha melepaskan jari-jemariku daripada genggamannya.
"Kenapa"" Yusrizal bertanya.
"Tak manislah kalau staf lain nampak." Aku menyatakan kegusaran. "Laaa... apa pula yang tak manis, bukannya kita buat dosa." "Itu saya tahulah. Tapi kita kan kat kawasan universiti."
"Tak ada... abang tak peduli. Abang bukan pegang tangan orang lain. Isteri abang jugak," ujar Yusrizal sambil mengeratkan genggaman tangannya.
Nampaknya aku sudah tidak punya peluang untuk membantah. Sikapnya yang tegas itu memang tiada ubatnya. Lalu aku hanya membiarkan sahaja. Kami berjalan beriringan ke tempat letak kereta yang telah dikhaskan untuk pelawat bersebelahan dengan bangunan fakulti perakaunan.
Yusrizal membukakan pintu untukku. Terasa macam seorang puteri pula apabila dilayan sebegitu rupa.
"Silakan sweetheart."
Aku masuk tanpa banyak bicara. Selepas menutup pintu kereta, Yusrizal beralih ke tempat pemandu dan memulakan perjalanan.
"Sayang, abang ada hal nak bincang dengan sayang ni," bicara Yusrizal setelah kereta yang dipandunya bergerak keluar dari kawasan kampus.
"Hal apa""
"Macam ni, abang sekarang dalam proses nak menghabiskan kerja-kerja abang kat ofis
tu." "So"" "Dah tiga bulan kita kahwin tapi kita tak pernah pergi bercuti pun. So, abang ingat nak bawa Ifa pergi bercuti."
Aku mengerutkan dahi. Entah mimpi apa pula suamiku ini" Tiba-tiba sahaja mahu membawa aku bercuti seperti lazimnya yang dilakukan oleh pasangan-pasangan lain. Sedangkan hubungan kami baru sahaja pulih.
"Macam mana" Ifa setuju tak""
"Apa mimpi awak tiba-tiba nak bawa saya pergi bercuti ni"" "Mimpi nak bercuti dengan Ifa la," ujarnya pantas.
"Pergi bercuti tu selalu untuk pasangan-pasangan yang bahagia aje. Sedangkan awak pun tahu hubungan kita macam mana," ujarku dengan nada yang perlahan sahaja.
"Sayang, tak semestinya macam tu! Ifa boleh anggap percutian kita ni untuk menghilang tekanan kerja atau merehatkan fikiran. Tak semestinya berbulan madu. Lagipun abang memang dah lama nak pergi bercuti. Asyik bekerja aja. Dah naik sakit kepala abang dibuatnya."
Ada benarnya juga. Aku pun sudah agak lama tidak pergi bercuti. Selama ini yang aku fikirkan ialah kerja dan kerja. Sehingga terlupa yang fikiranku juga perlu direhatkan. Bukan terus-terusan dipaksa.
"Awak nak bercuti ke mana""
"Ifa setuju"" tanyanya dengan nada ceria. Sudah pasti dapat menangkap maksud yang cuba disampaikan lewat pertanyaanku itu.
Aku hanya menghadiahkan senyuman untuknya.
"Yes!" Yusrizal melonjak kegembiraan.
Aku menggeleng kepala melihat gelagatnya yang seperti kanak-kanak baru mendapat
aiskrim. "Ifa cakap aje nak pergi mana, abang ikut aje. London"
US" Itali" Australia" Tak kisah!" "Saya nak bercuti dalam negara aja. Saya teringin nak ke Sabah dan Sarawak." "Kenapa dalam negara aje, sayang" Tak teringin ke nak tengok negara luar""
"Awak tak ingat ke, sekarangkan wabak Influenza A H1N1 tu tengah menular. Tak naklah saya."
"Oh, ya tak ya jugak. Abang lupalah sayang. Okeylah, tak kisahlah ke mana pun. Asalkan dapat bercuti dengan sayang. Itu yang lebih penting," ujarnya sambil tersenyum. Dan senyuman itu tidak lekang dari bibirnya sepanjang perjalanan kami ke restoran yang dimaksudkan Yusrizal itu.
Terfikir olehku adakah disebabkan kesanggupanku itu Yusrizal berkelakuan begini. Sehinggalah kami tiba ke destinasi, suamiku masih jua begitu. Naik hairan pula aku melihatnya. Selepas memesan makanan aku bersuara.
"Tak penat ke asyik tersenyum aja""
"Tak boleh ke abang nak senyum""
Pertanyaanku dijawab dengan pertanyaan juga.
"Bukan tak boleh. Tapi pelik sikit. Takkan sebab kita nak pergi bercuti, awak happy sampai macam ni" Ke awak ada planning something ni""
"Isy... Ifa ni! Tak baik tau, selalu serkap jarang dengan abang."
"Tak adalah. Happy semacam aje."
"Mestilah happy. Ifa setuju nak pergi bercuti dengan abang. Mesti best cuti abang kali ni, sebab ditemani isteri tersayang."
"Yalah tu!" "Ya... selama ni kalau abang pergi bercuti sorang diri aja. Cemburu tau bila tengok pasangan lain. Sedangkan abang tak ada."
"Hai, awak kan ke player" Takkan tak jumpa sorang peneman masa kat sana""
"Player Ifa kata kat abang" Yalah, abang tahulah abang ni memang teruk dulu. Tapi sekarang abang dah tak buat dah la benda-benda tu semua. Abang dah insaf. Yang paling penting dalam hidup abang sekarang ialah menjaga keluarga abang," ujar Yusrizal dengan penuh bersemangat.
"Keluarga""
Dalam hati sempat juga aku mencebik.
"Ya, keluarga! Ifa tak teringin ke nak berkeluarga macam pasangan lain" Ada anak-anak yang comel dan manja" Yang akan menjadi pengikat kasih sayang kita""
"Semua tu terlalu tinggi untuk digapai Rizal...."
"Bagi abang tidak! Asalkan Ifa mengikhlaskan hati, sudah tentu ia akan menjadi milik
kita." Aku memandang jauh ke dalam mata suamiku. Mencari-cari maksud di sebalik kata-katanya itu. Dalam hati mengiakan, tapi bagaimana pula parut lukaku ini" Walaupun sudah hampir sembuh tetapi ia tetap meninggalkan kesan yang mendalam.
Hajat Yusrizal untuk berkeluarga mungkin terlalu sukar untuk direalisasikan pada waktu yang terdekat ini. Tetapi aku juga pasti saatnya akan tiba juga suatu hari nanti. Kalau lelaki yang berada di depanku ini benar-benar ikhlas dengan kata-katanya, sudah tentu dia mampu menunggu sehingga ke saat itu.
Edit & Convert: inzomnia
http://inzomnia.wapka.mobi
tamat Setan Dari Luar Jagat 2 Cinta Cewek Pengintai Karya Rani Lapangan Golf Maut 4
^