Pencarian

Cinta Nasi Lemak 3

Cinta Nasi Lemak Karya Nizam Zakaria Bagian 3


pensel yang telah dimulakannya sebelum ini " sebuah salinan kepada lukisan Pertarongan
III di hadapannya. Ketika Jali sedang tekun melukis, dia dapat melihat kelibat seorang lelaki berdiri di
hadapan lukisan Pertarongan III. Jali terpaksa berhenti melukis kerana tumpuannya untuk
melukis tiba-tiba diganggu oleh kehadiran lelaki tersebut. Lelaki tersebut kemudian
menoleh ke arah Jali. Dia sedang memerhatikan apa yang sedang dilakukan oleh Jali.
Lama dia berbuat begitu, sehingga Jali mendongakkan kepalanya lalu memandang terus
ke arahnya. Jali dapat melihat bahawa lelaki yang sedang memerhatikannya sejak tadi adalah seorang
lelaki yang kacak dengan berpakaian yang segak. Orangnya bertubuh tegap dan tinggi
serta berkulit hitam manis. Lelaki tersenyum senyum kepadanya. Jali memandang ke arah
kiri dan ke kanan untuk memastikan senyuman tersebut telah ditujukan kepadanya.
Ternyata kini, hanya mereka berdua sahaja yang sedang berada di dalam galeri tersebut.
Jali kemudian telah mengambil keputusan untuk membalas senyuman lelaki tersebut,
tetapi dia telah terlambat. Lelaki itu sudah pun membelakangkan dirinya untuk
memandang ke arah lukisan yang lain.
"Dah lama kau melukis?" tanya lelaki yang sama lima minit kemudian.
"Takdelah... Saya baru jer nak belajar melukis ni. Bukan saya tahu melukis pun.
Saya bukan pelukis." Jawab Jali bersahaja. Dia masih cuba untuk memastikan bahawa
lenggok bahasa yang digunakan tidak terlalu kasar, seperti mana yang sering
digunakannya ketika berinteraksi dengan rakan-rakan yang sebaya dengannya, kecuali
Ariffin. Apabila dia berbicara dengan Ariffin, pasti dia akan melembutkan adat bicaranya.
"Boleh aku tengok apa yang kau cuba lukis sejak tadi?" tanya lelaki tersebut
sambil membongkokkan dirinya kepada Jali yang sedang bersila itu.
"Boleh." Jawab Jali teragak-agak. Jali menyerahkan lukisannya itu kepada lelaki
yang tidak dikenalinya itu, sebelum dia berdiri agar dia dapat bertentangan mata
dengannya. http://www.nizamzakaria.com 109
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Kau mempunyai bakat melukis semula jadi yang besar." Ucap lelaki tersebut
dengan ikhlas. "Memang betul... ada sesetengah orang mempunyai bakat untuk melukis.
Tapi bakat yang kau ada ini luar biasa."
"Takdelah bang." Jali menggaru-garu kepalanya yang botak itu.
"Kau pernah cuba melukis menggunakan media yang lain?"
"Media apa tu?" Jali kurang faham dengan apa yang telah ditanyakan kepadanya.
Wajahnya berkerut. "Selain dari menggunakan pensil... Kau pernah melukis menggunakan cat warna,
minyak, pastel atau gauche?"
"Watercolour tu pernah lah bang... Tapi jarang."
"Kenapa?" "Kosnya mahal. Saya takde duit nak selalu-selalu sangat gunakan set watercolor
yang saya ada... Sayang kalau saya gunakan selalu. Nanti habis pulak."
"Kalau kau tak berlatih... Tak asah bakat kau tu betul-betul, macam mana kau nak
jadi pelukis?" "Saya bukan pelukis, bang..."
"Kau memang seorang pelukis... Alu rasa, tentu setiap hari kau akan fikirkan
tentang lukisan dan apa yang kau mahu lukis... Dari masa kau celik mata sampai kau
mahu masuk tidur. Bukan begitu?"
"Mana abang tahu?"
"Aku selalu sangat bercampur dengan pelukis... Aku dah masak sangat dengan
perangai mereka." Jali menarik nafasnya dalam-dalam. Dia merasa kurang selesa berhadapan dengan
lelaki yang sedang berbual dengannya ini " kerana dia seolah-olah dapat membaca segala
isi hatinya. "Kau tidak boleh sia-siakan bakat kau macam ini sahaja, Jali!" ujar lelaki tersebut
sambil memeluk tubuhnya. Jali kelihatan tersentak setelah mendengar namanya disebut
oleh lelaki yang tidak dikenalinya ini.
"Macam mana abang kenal nama saya?" tanya Jali meminta penjelasan. Wajahnya
kini pucat lesi. http://www.nizamzakaria.com 110
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Nama aku Zul... Mungkin Art pernah sebut nama aku kenapa kau. Aku pernah
melihat lukisan-lukisan kau yang kau hadiahkan kepadanya. Jadi kira-kiranya aku dah
lama mengenali lukisan kau... Cuma kau sahaja aku belum kenal." Zul menjelaskan
sebelum dia menyerahkan sekeping nota yang telah ditinggalkan kepadanya pagi tadi:
Ke hadapan abang Zul, Untuk pengetahuan abang, saya tidak akan pulang ke rumah pada malam ini. Mungkin
abang telah pun membaca pesanan SMS yang telah saya hantar kepada abang yang
memberitahu saya akan ke kampung Julia di Muar. Jadi abang tak perlu risau tentang
diri saya. Jika abang tidak mempunyai sebarang aktiviti pada petang ini, pergilah ke Balai
Seni Lukis Negara. Ketika di sana nanti, pergi cari lukisan Pertarongan III oleh Amron
Omar. Di sana, abang pasti akan menemui Jali, seorang kawan saya yang saya mahu
abang kenali. Dia selalu lepak di sana, di hadapan lukisan itu, jadi saya pasti abang
akan dapat menemuinya di sana.
Jali budak skinhead ni mempunyai minat untuk melukis dan abang pula
mempunyai minat yang mendalam dalam seni lukisan. Saya harap abang akan berkawan
dengannya. Dia mahu jadi pelukis!
Jika abang menemuinya nanti, boleh abang tolong tanyakan kepadanya kenapa
dia tidak mahu menjawab panggilan telefon serta SMS saya lagi"
Terima Kasih Yang Benar, Art Jali menyerahkan kembali nota tersebut kepada Zul. Wajahnya kelihatan terkedu setelah
selesai membaca nota tersebut. Dia tidak menyangka dia sedang berhadapan dengan Zul,
seorang lelaki yang pernah disumpah-seranahnya di dalam hati. Dia memberanikan
dirinya untuk memandang ke wahah Zul. Hatinya berdebar-debar.
"Jadi kenapa kau tak jawab panggilan dia?" tanya Zul memasukkan kembali nota
tulisan Ariffin ke dalam kocek seluarnya.
"Saya tak mahu kacau dia lagi... Lagipun dia dengan abang sekarang?"
"Aku harap kau jangan salah faham..." Zul cuba mengukir senyuman. "Aku
anggap dia macam adik aku sendiri. Tak lebih dari itu." Mata Zul kini terlekat kepada
baju-T yang dipakai oleh Jali yang terpampang dengan lambang swastika di bahagian
dadanya. Jali menarik nafas lega. Tetapi di dalam masa yang sama, dia cuba mengingatkan
dirinya agar terus melupakan diri Ariffin, untuk kebaikan dirinya sendiri, fikirnya. Dia
tidak mahu lagi menagih cinta dari Ariffin yang tidak mungkin dapat membalas cintanya.
http://www.nizamzakaria.com 111
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Dia tidak mahu jadi seorang skinhead lagi. Dia tak mahu jadi tukang pukul, peragut,
gangster amatur dan perompak. Dia perlu melakukan perkara ini semua kerana dia mahu
memulakan hidup baru dengan nafas kehidupan yang baru. Dia mahu berubah.
"Berapa lama lagi kau mahu berada di sini?" tanya Zul sambil memeluk tubuh.
"Entahlah... Kenapa?"
"Aku lapar... Kau tak lapar ke?"
"Lapar." Jali mengakui. Sejak pagi tadi dia belum makan lagi.
"Jom kita keluar makan!"
"Ermmm..." Jali masih ragu-ragu lagi mahu berkata "ya". Mahu sahaja dia
menolak permintaan Zul itu kerana dia belum lagi mengenali Zul secara rapat.
"Jom lah... Aku yang belanja. Tak kan rezeki pun kau nak tolak?" tanya Zul lagi.
Jali akhirnya terpaksa bersetuju.
Jali memasukkan bahan-bahan lukisannya ke dalam beg sandangnya yang
berwarna hijau dan diperbuat daripada kain kanvas itu. Dalam pada itu, dia mula sedar
ketegasan suara Zul, ditambah dengan usianya yang jauh lebih tua darinya serta wajahnya
yang jelas berkarisma itu mampu membuatkan sesiapapun, termasuk dirinya sendiri yang
diakuinya degil akan melakukan apa sahaja yang dipintanya. Mungkin dengan adanya
sifat-sifat semula jadi di dalam diri Zul ini yang menyebabkan dia mampu menjadi
seorang peguam korporat yang terpengaruh dan berjaya di dalam kerjayanya.
* Setibanya Jali dan Zul di KLCC, Zul terus meminta Jali agar masuk ke dalam toko
pakaian Topshop. Dia meminta Jali agar menukar pakaiannya. Zul berterus terang
memberitahunya bahawa dia tidak mahu kelihatan berjalan bersampingan dengan seorang
pemuda skinhead yang selekeh dengan memakai baju dengan lambang swastika. Dia
perlu menjaga reputasinya. Nanti, apa pula kata kenalan-kenalannya yang mungkin akan
terserempak dengan mereka nanti"
Jali mengangguk setuju walaupun dia tidak faham mengapa dia terus bersetuju
dan mengiakannya sahaja segala permintaan dan kemahuan Zul pada hari itu.
"Kau pilih apa sahaja yang kau nak..." Ujar Zul di dalam toko pakaian Topshop
sebelum dia menjawab panggilannya telefon dari telefon bimbitnya yang datangnya dari
teman sepejabatnya. Ketika Jali sedang memilih baju-T koleksi terbaru Topman, Zul
memberhentikan perbualannya buat beberapa detik untuk meminta agar Jali terus
memakai seluar dan pakaian yang dipilihnya nanti. Jali menurut sahaja permintaannya itu
tanpa banyak soal. http://www.nizamzakaria.com 112
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Setelah selesai Jali menukar pakaiannya, Zul terus mengeluarkan kad kreditnya
untuk membayar harga pakaian yang telah dipilih Jali. Kemudian dia meminta agar
jurujual yang bertugas untuk membuang sahaja baju dan seluar lama kepunyaan Jali.
Jali menelan air liurnya apabila dia melihat seluar dan baju kesayangannya selama
ini dibuang begitu sahaja oleh si jurujual ke dalam tong sampah. Baju dan seluarnya itu
telah dipakainya selama ini sehingga lusuh, tetapi baju dan seluarnya itulah yang
melambangkan imej dirinya selama ini " seorang budak skinhead yang brutal.
Jali berpaling ke arah cermin besar di hadapannya. Dia melihat gaya baru dirinya
di situ. Dia kelihatan lebih segak dan menarik walaupun dia merasa sedikit kekok dengan
gaya barunya ini. Pakaian serba ranggi yang dipakainya kini mengingatkan dirinya kepada
cara berpakaian yang selalu digayakan Ariffin...
http://www.nizamzakaria.com 113
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
BAB 14 Pada pagi itu, ketika sedang berada di bahagian belakang kereta pacuan empat roda yang
dipandu Julia, Ariffin kelihatannya mengantuk. Dia menguap beberapa kali. Matanya
kuyu. Setiap kali Daniel yang sedang duduk di sebelahnya bersuara untuk menyoalnya
tentang sesuatu perkara, Ariffin akan menjawab dengan sepatah dua jawapan. Julia yang
sedang memandu itu pula kadangkala akan ketawa sendiri mendengar jawapan yang
diberikan oleh Ariffin yang dirasakannya kelakar sambil berpaling ke arah ibunya.
Wati acap kali akan berpaling ke belakang untuk memandang ke arah Ariffin. Dia melihat
Ariffin sedang duduk dengan membaringkan kepalanya ke cermin kereta dengan matanya
terlelap. Malah di sepanjang perjalanannya ke Muar, Ariffin lebih banyak tidur dari
berada dalam keadaan sedar.
Wati dan Julia ternyata kelihatan anggun pada hari itu dengan memakai pakaian kebaya
nyonya yang telah mereka tempah bersama dari pereka fesyen Natrah Hisham.
Sememangnya mereka berdua kelihatan cantik bersama. Wajah Wati yang tidak dimakan
usia itu membuatkan dirinya kelihatan seperti kakak kepada Julia dan bukan ibunya.
Ketika mereka mengisi minyak di Air Keroh, pemuda-pemuda bermotor yang sedang
berkonvoi dan berhenti di sana asyik-asyik memerhatikan mereka berdua. Ada seorang
dua yang berani bersiul ke arah mereka. Wati buat tak tahu dan Julia pula tersenyumsenyum
sambil memandang ke arah Ariffin yang terus terlena tidur di dalam keretanya.
Kereta pacuan empat roda yang dipandu Julia akhirnya tiba ke destinasinya di Kampung
Parit Bugis, Muar pada pukul 12.30 tengah hari. Ketibaan mereka telah disambut oleh
kedua orang tua Wati dengan wajah yang ceria.
Wati bersalaman dengan Pak Aziz dan Mak Siti, diikuti oleh Julia yang terus dipeluk dan
dicium oleh neneknya itu. Beberapa detik kemudian, Wati telah memperkenalkan Daniel
dan Ariffin kepada orang tuanya sebagai kawan baik Julia yang belajar seuniversiti
dengannya. Mereka berempat kemudian dijemput masuk ke dalam rumah oleh Mak Siti.
Rumahnya itu sederhana besar dan nampaknya telah dijaga rapi oleh kedua pasangan tua
ini. Ketika Wati dan Julia masuk ke dalam rumah, Pak Aziz menjemput Daniel dan
Ariffin agar duduk berbual bersamanya di serambi.
Ariffin cuba dengan sedaya mungkin menjawab segala pertanyaan yang ditujukan
kepadanya oleh Pak Aziz. Dia masih kelihatan mengantuk dan khayal. Kadangkala
Daniel terpaksa menyikunya berkali-kali untuk menyedarkannya bahawa Pak Aziz sedang
bertanyakan kepadanya soalan-soalan yang perlu dijawabnya; seperti di mana
kampungnya dan berapa lama dia telah mengenali cucu kesayangannya Julia...
Setelah selesai minum kopi dan menjamah juadah yang telah disediakan oleh Mak Siti,
Daniel telah membawa Ariffin masuk ke dalam bilik yang telah ditunjukkan oleh Wati
kepadanya. Bilik tersebut kecil, tetapi cukup memadai untuk kegunaan mereka berdua
tidur dan berehat di situ pada malam itu.
http://www.nizamzakaria.com 114
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Ariffin merebahkan tubuhnya di atas katil. Dia terus melelapkan matanya. Dia
mahu tidur tetapi fikirannya terlalu bercelaru.
"What are you on?" tanya Daniel dengan nada yang resah. "You are so stone lah.
Nasib baik orang lain tak tahu!"
"Dormicum..." "Berapa biji?" "Entah... Dua kot."
"At a time like this?"
"Aku ambil ice semalam... Stok ice aku yang terakhir." Beritahu Ariffin dengan
selamba. "Lepas tu aku tak boleh tidur." Katanya kemudian.
Daniel faham sangat dengan kombinasi dadah yang selalu diambil Ariffin. Jika
dia tidak boleh tidur dia akan ada pil yang akan ditelannya untuk membuatnya khayal dan
mengantuk. Apabila dia mengantuk pula perasaan ini akan dilayan oleh pil yang lain yang
akan membuatkannya sedar. Ariffin cukup arif dengan farmakologi segala jenis ubatubatan
yang diambilnya sehingga kadangkala dirasakannya dia seharusnya mengambil
jurusan farmasi di universitinya, dan bukan jurusan pengurusan perniagaan seperti yang
diambilnya sekarang. "You know what" Taking drugs breeds taking more drugs." Beritahu Daniel
sambil bercekak pinggang.
"Diamlah!" Ariffin mencampak sebiji bantal ke arah Daniel yang mula mahu
membebel kepadanya. Daniel dapat mengelak. "Kau nak cakap apa cakaplah! Kau
bukannya faham benda ni semua?"
"Apa yang I tak faham ni?" tanya Daniel sambil menjeling.
Ariffin tidak menjawab soalannya tadi. Fikir Ariffin, Daniel mungkin akan dapat
memahami segala apa yang terpaksa dilaluinya sekarang. Jiwanya terasa kosong. Dia
tidak dapat merasakan perasaan sedih, suka ataupun duka " yang cuma ada di dalam
jiwanya kini adalah satu kekosongan yang menjenuhkan. Kekosongan dari segi segalagalanya
termasuklah segala kemahuannya untuk menjalani hidup seperti orang lain.
Pendek kata, dia merasa begitu murung pada saat itu sehingga dia terasa dirinya seperti
sekujur mayat hidup - yang telah dibiarkan hidup akan jiwanya terus terseksa begini.
"Jadi sekarang, you nak tidur ke?" tanya Daniel sambil melihat Ariffin memeluk
sebiji bantal dengan erat di atas katil. "You baik tidur... Aunty Wati ingat you demam. So
dia beritahu I suruh pastikan you berehat dan tidur sehingga ke petang."
http://www.nizamzakaria.com 115
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Ariffin menggelengkan kepalanya walaupun matanya kuyu. Pada saat itu dia
sedang berfantasi dengan memikirkan tentang kematiannya. Di dalam kepalanya dia
sedang memikirkan apa yang akan berlaku jika dia mati pada tengah hari itu. Dia
membayangkan tentang berita yang mungkin akan ditulis tentang kematiannya di dalam
akhbar-akhbar tempatan seperti di Harian Metro, Berita Harian, Utusan Malaysia, Kosmo,
The Star dan di New Straits Times: "Pelajar cemerlang mati akibat penyalahgunaan
dadah", blah blah blah. Kemudian si wartawan akan cuba mendapatkan gambar lamanya,
di mana di dalam gambar tersebut dia kelihatan segar dan masih bernyawa dan gambar itu
akan terpampang di dalam dada-dada akhbar. Seterusnya kisahnya akan dijadikan
pengajaran buat remaja-remaja lain dengan mengatakan dia pasti mempunyai masa depan
yang cerah jika bukan kerana penyalahgunaan dadah. Buat sehari dua dia akan menjadi
terkenal kemudian dirinya akan dilupakan begitu sahaja.
"You are mumbling to yourself again, Ariffin!" tegur Daniel. Dia mengambil beg
sandang kepunyaan Ariffin. Dia mengeluarkan beberapa biji bekas pil yang tidak berlabel
yang terkandung pil-pil berlainan warna dan rupa yang hanya diketahui Ariffin namanamanya
serta kesan-kesannya terhadap dirinya.
"Jangan sentuh harta benda aku! Dah berapa kali aku beritahu kau jangan sekalikali
sentuh barang-barang aku?" getus Ariffin marah-marah. Dia merampas kembali
bekas-bekas pil kepunyaannya dari tangan Daniel. "Kau pekak ke apa?"
Daniel tidak mengendahkan kata-kata Ariffin tadi. Dia sekadar berdecit dan
menjeling. "Just now when we stopped that the petrol station, I bought a few bottles of Red
Bull for you..." Daniel mengeluarkan minuman bertenaga itu dari dalam beg galasnya.
Dia meminta Ariffin agar meminumnya. Ariffin tidak mahu malah menepis tangan
Daniel. "Stop making a fool of yourself, lah sayang!" Kata Daniel kemudian dengan


Cinta Nasi Lemak Karya Nizam Zakaria di http://cerita-silat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

wajah serius. Ariffin mencapai botol Red Bull dari tangan Daniel. Dia membuka penutup botol
air bertenaga itu lalu diteguknya isi botol kecil itu sehingga habis.
"Dah puas?" dia bertanya dengan nada memerli.
Daniel tidak menjawab. Matanya melirik memandang ke arah Ariffin. Dia
kemudian mengambil keputusan untuk mengeluarkan bajunya dari dalam beg galasnya.
Dia mahu bertukar baju. "You sayang kat Julia, tak?" tanya Daniel selepas dia selesai menukar bajunya.
"Sayang," jawab Ariffin sambil memandang ke arah siling. Suaranya perlahan
kedengarannya. Kemudian dia mendiamkan dirinya dengan agak lama memandang ke
arah siling begitu. http://www.nizamzakaria.com 116
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Daniel seterusnya memandang sekali lagi ke arah Ariffin. Dia mendapati Ariffin
sedang menangis seorang diri.
"Sometimes I don"t understand you lah, sayang..." Kata Daniel ketika dia
mendekatinya supaya dia dapat duduk betul-betul di sebelahnya. "You are not a queen,
tapi you are so full of drama!"
"Kau ingat orang macam kau jer ada perasaan?"
"Okay... Stop it. This is not going anywhere." Daniel mendapatkan kertas tisu dari
sebuah paket kecil yang disimpannya di dalam beg galasnya. Dia menyerahkan kertas tisu
itu kepada Ariffin. "Aku nak balik." Kata Ariffin sambil mengelap air matanya.
"Nak balik ke mana" KL?"
"Kedah! Aku nak balik ke Kedah. Aku dah lama tak ke sana!" kata Ariffin
tersedu-sedu. "Aku nak jumpa dengan mak bapak aku. Aku nak jumpa adik-adik aku."
"Oh dear... What else did you take besides Dormicum?" tanya Daniel dengan
serius. "You are so fucking stone! You will only talk shit like this when you"re on
Mellaril." "Aku rindu dengan keluarga aku," ujar Ariffin dalam sedu sedannya tanpa
mengendahkan Daniel yang nampak kerisauan di sebelahnya.
"Okay... this is your pill talking. Not you. This has to stop." Daniel mengusapusap
rambut Ariffin. "Go to sleep, okay?"
"Jali tak nak kawan dengan aku lagi..." kata Ariffin tiba-tiba. Suaranya jelas sedih,
seolah-olah dia amat-amat menyesali mengenangkan kehilangan Jali dari hidupnya.
"Maybe it"s for the best... You know how much I hate him, right?"
"Kalau dia tak ada... Siapa nak supplykan ice kat aku."
"Well, as much as I hate him... Please don"t treat him like he"s your personel drug
pusher, okay" You just cannot imagine the kind of shit he has to go though just to get you
your supply of ice. Dia buat ni semua kat you pun sebab dia sayang kat you... And you
just keep on using and abusing him!"
"Kepala hotak lah kau, Daniel!" kini Ariffin berubah marah. "Fuck you!"
dengusnya kemudian dengan perlahan.
"Well... Kalau you nak fuck I, fuck lah." Daniel sempat memerlinya dengan
berjenaka. Sekuntum senyuman sinis terukir di wajahnya. "Whatever it is, stop this
http://www.nizamzakaria.com 117
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
nonsense once and for all, ya" You dah nak start membebel benda-benda mengarut. I
really hate it when you"re like this."
"Jali tak nak kawan dengan aku lagi... Kalau dia tak ada apa aku nak buat?"
Ariffin menggaru-garu kepalanya.
"Kalau dia tak ada, tak apa. You won"t die one, lah!"
"Lepas ni, semua orang akan tinggalkan aku. Mula-mula Jali. Lepas ni kau...
Lepas tu Julia?" "Ariffin! Stop it lah. Takmoh dengar ni semua. You are stone, and when you wake
up later this afternoon, you will forget every words you"ve said to me. As you always do.
So you might as well keep quiet and save all this nonsense to yourself."
Ariffin melelapkan matanya. Kepalanya terasa semakin berat.
"Whatever it is... I don"t want you to get involved with Ah Keong. God knows
what kind of shit he"s been giving to Boris sampai dia terjun dari hostelnya. Well, you
should know better. You were there, aren"t you?" tanya Daniel. Tapi Ariffin nampaknya
telah pun terlena tidur. Daniel hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya apabila
soalannya tadi tergantung begitu sahaja tidak terjawab oleh Ariffin...
* Julia membawa Daniel ke dusun buah-buahan kepunyaan datuknya. Di situ Julia dan
Daniel memerhatikan Pak Aziz memetik buah rambutan dengan menggunakan sebatang
galah yang panjang di sebatang pohon rambutan yang kelihatan merah penuh dengan
buah-buah rambutan yang sedang masak ranum.
"Mama kata Art demam..." Julia memulakan perbualannya dengan Daniel setelah
lama mereka duduk diam di atas sebuah pondok kecil di dalam dusun itu bersama.
"Ya. Dia demam." Sambut Daniel dengan selamba sambil mengopek sebiji buah
rambutan dengan giginya. "Kesian dia kan?"
"Hemm... Very der kesian lah kan?" Daniel bersuara sinis.
"Nanti sekejap lagi okay lah tu," ujar Julia dengan penuh bersemangat. "Lagipun
mama dah masakkan bubur ayam khas untuknya."
"Dia perlu berehat jer tu... Your mom tak payah susah-susah masakkan apa-apa
untuk dia." "Alah you ni... Bagi nasihat macam doktor pulak!"
http://www.nizamzakaria.com 118
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Daniel menjeling. Kemudian dia termenung jauh. Ada sesuatu yang perlu
dinyatakannya kepada Julia. Dia berfikir berkali-kali sebelum dia memberanikan dirinya
untuk berucap dengan bertanyakan soalan ini kepada Julia:
"Kenapa you sayang sangat dengan si Ariffin?"
"I don"t know... I sayang dengan dia lah. Susah nak explain, lah!" Julia
membiarkan angin petang yang hangat itu menyapu ke wajah dan rambutnya sehingga
menyebabkan rambutnya terlerai jatuh ke atas dahinya.
"Julia... Bad boys like Ariffin make us feel wanted instantly. Some girls like you
and I... who've followed the rules all our lives see a bad boy like Ariffin as a new
experience, and God knows how sexy they are to us. So that"s probably why good girls
like us go for the bad boys like him." Jelas Daniel dengan petah. "But bad boys can be
mean... So why don"t you go for nicer boy-next-door type?"
"Ermm... What are you getting at, Daniel?"
"Julia,, Budak-budak baik kan ramai kat U kita... Like that boy Azli. I think he"s
nice." "He"s a nerd lah."
"Okay, what about Zaidi" He"s okay. He"s kinda cute."
"Oh, not him please. He"s such a male chauvinist. You tak perasan ke" He thinks
all Malay girls should wear a purdah. Hello!" Wajah Julia terkerut memikirkan tentang
perangai Zaidi. "You ni kenapa, Daniel. Tiba-tiba jer macam ni?"
"Listen Julia... I"m your best friend and you"re the best fag hag a person like me
could ever wish for. So I just want to tell you that maybe... Maybe a guy like Ariffin is
not suitable for you. You"re a nice girl and I don"t want you to get hurt one of these days
?" "Daniel... Don"t be silly lah. Apa yang you cakap ni?" Julia menepuk lengan
Daniel. "Tapi you tengok lah si Ariffin tu... You know how he is. Him and his mood
swings. His temper tantrums. Sekejap okay sekejap tak. You deserve better lah, Julia?"
"I love him, Daniel... And how can you say all these stuff to me when you know
that I love him?" Daniel mengeluh. Dia mula merasakan dia tidak harus campur tangan hubungan
Julia dan Ariffin. Lagipun, dia rasa bukan hak dia untuk mempersoalkan hal mereka
berdua dan cara Julia menangani perangai Ariffin yang bukan-bukan itu.
http://www.nizamzakaria.com 119
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Okay last question... How much do you love him, Julia?"
"Sayang sangat... I sayang sangat dengan dia sehingga I sanggup menerima apa
sahaja kelemahan diri yang ada di dalam dirinya dan I will love him without strings
attached." "Okay," Daniel mengangguk akur mendengar penjelasan dari Julia tadi. Dia cuba
mengukir senyuman. Julia membalas senyumannya itu sambil memberinya sebiji
rambutan yang baru dikupasnya kepada Daniel.
* Ariffin membuka matanya. Kepalanya terasa sedikit sebal. Dia rasa pening-pening lalat.
Tekaknya terasa loya. Dia melihat ke depan dan ke belakang. Dia merasa keliru. Buat
beberapa ketika dia terlupa bahawa dia sedang berada di kampung Wati di Muar. Dia
tidak tahu bagaimana dia boleh berada di dalam bilik ini atau apa yang telah berlaku
selama dia berada di dalam bilik ini. Tubuhnya basah berpeluh-peluh.
Dia kemudian mendapati di bawah telefon bimbitnya yang telah diletakkan di atas
sebuah meja kayu di sebelah katil telah ditinggalkan sekeping kertas nota kecil yang telah
ditujukan kepadanya. Dia mendapati nota kecil ini telah ditulis oleh Daniel dengan
tulisannya yang kemas dan cantik itu. Ariffin membaca nota tersebut:
Ariffin, Julia and I are heading to Tok Aziz"s dusun. Please don"t forget to drink another bottle
of Red Bull. It"s on the table. And then, take a long bath at the perigi which is situated
behind the house. Go and mandi there. The water is really cold. After that, I think you
will be just fine. Call me if you need anything.
Daniel Ariffin mengeluh sendiri. Dia menuruti permintaan Daniel dengan meminum
minuman bertenaga yang dinyatakan oleh Daniel. Kemudian dia mengambil tualanya, lalu
dia turun ke dapur. Dia dapat melihat Mak Siti di sana yang sedang memasak lalu senyum
kepadanya. "Nek... bilik mandi di luar ya?" tanya Ariffin.
"Ya, kat luar tu jer." Mak Siti menjuihkan mulutnya ke luar. Tangannya sibuk
menggoreng ayam di dalam kualinya. "Julia dan Daniel ada di dusun kat belakang sana.
Lepas kau mandi nanti, nenek boleh temankan kau ke sana."
"Terima kasih, nek." Ucap Ariffin perlahan dan sopan. Dia keluar dari pintu dapur
lalu pergi ke bilik mandi berperigi yang letaknya beberapa meter di belakang rumah.
http://www.nizamzakaria.com 120
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Ariffin masuk ke dalam bilik mandi yang tidak berbumbung itu. Dia menutup
pintu lalu membuka baju dan seluarnya. Dia mengambil air perigi yang sejuk itu lalu
terus dia membasahi tubuhnya dengan air yang datangnya dari perigi. Dia menggigil
kesejukan walaupun cuaca petang panas terik. Jadi betullah kata Daniel, air perigi itu
memang sejuk. Ariffin terasa segar setelah dia mandi selama lima minit di situ. Kemudian dia
mengelap tubuhnya dengan kain tuala. Dia melitupi bahagian bawah pinggangnya dengan
kain tualanya lalu mengambil baju dan seluar yang telah digantungnya di bahagian
dinding bilik mandi itu. Tatkala masih berada di dalam bilik mandi, dia telah
mengeluarkan sebatang puntung rokok dari kotak rokok yang disimpannya di dalam
kocek seluarnya lalu dia mula merokok. Dia menggantungkan seluar dan bajunya di
bahunya sebelum dia membuka pintu bilik mandi tersebut.
Di luar dia terserempak dengan Wati yang ingin mandi. Wati memandang ke kiri
dan ke kanan sebelum dia memberanikan dirinya untuk bersuara:
"Art dah okay" Tak pening-pening lagi macam tadi?"
"Dah." Jawab Ariffin perlahan. Matanya liar memerhatikan keadaan Wati yang
sedang berkemban pada ketika itu. "Wati... Saya nak mintak tolong sikit boleh tak?"
tanya Ariffin kemudian sambil menjilat bibirnya.
"Apa dia Art" Cakap saja kat Wati... Kalau Wati boleh tolong, Wati akan tolong."
"Wati boleh beri saya duit tak?"
"Art nak berapa?"
"500 Ringgit." "Buat apa dengan duit sebanyak tu?"
Ariffin tidak menjawab. Dia terus merenung ke dalam mata Wati. Matanya tajam
memandang ke arahnya. "Bila kita balik KL nanti, Wati bagi ya?" ujar Wati dengan nada memujuk.
Ariffin mengangguk, lalu dia terus berjalan masuk ke dalam rumah meninggalkan
Wati di situ. Mandi seorang diri dengan air perigi yang dingin dan menyegarkan itu.
http://www.nizamzakaria.com 121
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
BAB 15 Pada tengah hari, hari Rabu itu, Zul telah mengambil sedikit masa untuk meneliti lukisan
pertama yang telah dilukis oleh Jali. Dia memberi nama lukisan tersebut "Pogo III".
Lukisan tersebut menunjukkan keadaan dua orang budak skinhead yang sedang menari di
dalam gelap. Kedua-dua budak skinhead ini kelihatan seperti sedang bertarung sesama
mereka. Zul dapat melihat bagaimana Jali dapat bermain dengan aspek cahaya dan warna
di dalam lukisan ini, seolah-olah dia mempunyai berpengalaman yang lama melukis. Jadi
tidak rugi sekiranya Zul melaburkan sedikit wangnya untuk membelikan Jali beberapa
keping kanvas, bahan-bahan lukisan dan meminta Jali pergi belajar melukis dengan
seorang pelukis yang bernama Wong Hoy Teck, seorang pelukis yang agak eksentrik
yang mempunyai studionya sendiri di sebuah rumah kedai di Chow Kit. Kini Zul jelas
dapat melihat hasil pelaburannya itu.
Setelah hampir tiga bulan Jali belajar di bawah tunjuk ajar Wong, Jali akhirnya mula
menjumpai stailnya yang unik untuk melukis. Sejak dari mula lagi, Wong sudah dapat
mencium aura seorang pelukis yang ada di dalam diri Jali. Wong memang jarang-jarang
mahu menerima sesiapapun belajar di bawah tunjuk ajarnya. Dia sendiri, jarang keluar
dari studionya sendiri dan lebih suka menyendiri bersama lukisan-lukisannya (walaupun
karya-karyanya pernah dipamerkan di galeri Bluecoat di Liverpool, Galeri John Hansard
di Southhampton dan Galeri Djanogly di Nottingham di bawah naungan Majlis Kesenian
England). Setelah Wong sendiri melihat lukisan-lukisan pensel Jali, dia memberitahu
kepada Zul (yang mempunyai dua buah lukisan darinya), bahawa dia sanggup mengambil
Jali sebagai pelajarnya dengan syarat Jali belajar dengan bersungguh-sungguh di bawah
telunjuknya. Jali bersetuju, malah berjanji akan menumpukan segala tumpuannya kepada
dunia seni kerana dia akhirnya telah bertekad untuk menjadi seorang pelukis.
Jali kini sudah lama berhenti dari menjadi tukang bancuh air di warung. Dia terus
berhenti menjadi mat gedebe-anak Kelantan-skinhead-brutal-kaki pau - dan kini dengan
bangganya dia menjadi seorang pelukis jalanan di Bintang Walk di Jalan Bukit Bintang.
Tanpa segan silu, Jali akan duduk di tepi jalan, melukis potret pengunjung yang datang ke
Bintang Walk yang mahu potret mereka dilukis olehnya. Alkisahnya, hasil jualan lukisan
potret yang dapat dikutipnya, lebih dari cukupi untuk menampung kehidupan hariannya.
Jali kini sering kali bertanyakan kepada dirinya mengapa dia tidak melakukan kerja ini
sejak awal-awal lagi. Kerana dia suka melukis dan dia tidak pernah menyangka dia akan
dibayar untuk melakukan sesuatu yang betul-betul disukainya.
Kini Zul meneliti lukisan kedua dari Jali yang dipersembahkan kepadanya. Konsentrasi
Zul kepada lukisan itu sedikit terganggu dek bau cat minyak di dalam studio Wong begitu
kuat sehingga menusuk ke dalam hidungnya. Bahagian belakang Studio Wong yang
ruangnya diberikan kepada Jali ini kecil, tetapi nampak cukup bersih dan teratur dijaga
olehnya. Di satu sudut bilik ini terdapat sebuah tilam nipis yang telah dilipat. Zul baru
sahaja mendapat tahu Jali telah menyewa sudut ini dari Wong bukan sahaja sebagai
studionya, tetapi sebagai tempat tinggalnya yang baru. Wong telah mengalu-alukan
kehendak Jali mahu berpindah ke sini, kerana dia mahu Jali menjaga studio ini setiap kali
dia terpaksa ke luar negara untuk mengadakan pertunjukan lukisannya di sana.
http://www.nizamzakaria.com 122
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Jali menamakan lukisan yang sedang diamati oleh Zul itu dengan nama "Puisi IV". Zul
terkejut melihat lukisan yang dilihatnya sekarang. Nafasnya terhenti buat seketika. Dia
terpegun melihat kualiti lukisan yang dipersembahkan kepadanya. Zul seterusnya
meminta Jali agar dia menunjukkan kepadanya lukisan-lukisan lain dari siri yang sama.
Jali mengangguk perlahan, lalu mengambil beberapa keping lukisan yang lain yang telah
disimpannya di bahagian tepi almari usang di dalam studio kecilnya itu. Lukisan-lukisan
itu menunjukkan gambar seorang anak muda dengan bahagian tubuhnya tertulis tulisantulisan
di dalam bahasa Melayu. Di dalam lukisan itu, wajah pemuda itu gelap, seolah
diselubungi bayang-bayang. Di sebabkan kegelapan ini, lukisan ini nampak meresahkan,
tidak ubah seperti watak-watak antagonis di dalam filem-filem noir keluaran Hollywood
pada tahun 40-an dan 50-an dahulu.
Apabila Zul mengamati lukisan-lukisan dari siri "Puisi" ini dengan lebih teliti, dia
mendapati pemuda di dalam lukisan tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah Ariffin.
Jali telah menggelapkan wajah Ariffin. Satu perkara yang tidak mungkin dapat difahami
mengapa dan kenapa Jali telah melakukan ini semua oleh Zul.
"Jadi kau nak jual lukisan-lukisan ini kepada aku?" tanya Zul sambil memegang
dagunya "Ya..." Jawab Jali perlahan.
"Berapa kau nak jual?"
"Ikut suka hati abang..."
"Buat masa ini aku nak beli keempat-empat gambar dalam siri Puisi." Ujar Zul.
"Siri lukisan Pogo itu baik... Tapi aku lebih berkenan dengan siri Puisi ini lagi."
"Baguslah macam itu. Memang saya tak nak simpan lukisan-lukisan dari siri Puisi
ini lama-lama dalam studio."
"Kenapa?"

Cinta Nasi Lemak Karya Nizam Zakaria di http://cerita-silat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

"Sakit jiwa saya kalau tengok lukisan-lukisan ini tersimpan di sini." Beritahu Jali.
"Jadi kenapa kau melukisnya?"
"Kerana kalau saya tak melukisnya... Gambaran-gambaran dalam lukisan-lukisan
ini akan terus terlekat di dalam kepala saya dan kalau dibiarkan, satu hari nanti mungkin
saya boleh jadi gila." Kata Jali langsung mempercayai kata-katanya sendiri.
Zul membuka tali lehernya. Walaupun kipas di atas meja berpusing ligat, bilik itu
tetap terasa panas. Jali tidak suka membuka tingkap di dalam biliknya itu yang
menghadap kepada sebuah lorong yang sering dihinggapi pelacur tak kira waktu.
http://www.nizamzakaria.com 123
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Kau terima cek?" tanya Zul mengeluarkan buku cek dari beg pejabatnya yang
diisi penuh dengan kertas-kertas kerja dan laptopnya.
"Ya." Angguk Jali.
Zul mengisi ceknya dengan sejumlah wang yang dirasakan memadai untuk
dibayar kepada Jali untuk keempat-empat lukisannya. Lukisan-lukisan yang mahu
dijadikan koleksi peribadinya.
"4000 Ringgit?" tanya Jali sebaik sahaja dia menerima cek tersebut dari Zul.
"Tak cukup ke?" tanya Zul ingin tahu sambil memandang tepat ke wajah Jali. Dia
masih ingat lagi keadaan Jali ketika mula-mula bertemu dengannya dahulu, comot. Kini
Jali telah banyak berubah. Pakaian yang dipakainya lebih kemas dan rambutnya pula
semakin panjang. Jali juga sudah pandai membela misai dan janggut. Malahan, tunggultunggul
janggut yang dibiarkan tumbuh tanpa dicukur antara dagu dan sisi pipinya itu
membuatkan dia kelihatan lebih dewasa. Transformasi ini menyebabkan Jali kelihatan
semakin menarik dipandang mata, ditambah lagi dengan wajahnya yang manis itu...
"Lebih dari cukup ni, bang!" Jali masih tidak percaya kepada jumlah yang
diterimanya dari Zul. Dia sendiri tak tahu apa yang akan dilakukan dengan jumlah wang
sebanyak ini selain dari menambah stok bahan-bahan melukisnya dan selebihnya
disimpannya sahaja... Ataupun memberi sebahagian dari duitnya ini kepada Ariffin yang
sentiasa sahaja menagih wang darinya sehingga kini.
"Sebenarnya aku mahu simpan lukisan-lukisan ini untuk kau. Bila sampai
masanya nanti dan bila kau mahu buat pameran kau yang pertama, kita sertakan lukisanlukisan
ini bersama lukisan-lukisan kau yang lain." Beritahu Zul. "Kita akan dapatkan
seorang kurator seperti Valentine Willie untuk menjadi kurator kepada lukisan-lukisan
kau nanti." "Lama lagi tu bang... Lagipun saya baru jer nak berjinak-jinak dengan dunia seni,
ni." Jali mengakui. Dia juga akur bahawa Zul banyak membantunya untuk menjadi
seorang pelukis. Tanpa bantuan Zul, dia tidak mungkin akan menjadi seorang pelukis
seperti yang berlaku kepadanya hari ini.
Jali kini mengambil lukisan-lukisan dari siri "Puisi" lalu diletakkan di atas meja.
Dia mengambil seutas tali lalu mengikat kepingan-kepingan lukisan ini untuk diberikan
kepada Zul. "Art macam mana sekarang?" tanya Jali dengan perlahan. Sudah hampir tiga
minggu Ariffin tidak datang untuk menemuinya. Kali terakhir Ariffin datang ke studio
kecilnya, dia datang dengan tubuhnya dilukis lagi. Kemudian, dia meminta sedikit wang
dari Jali. Seperti biasa, Jali akan akur lalu memberikan wang di dalam simpanannya
kepada Ariffin. Dia tidak sampai hati untuk melupakan Ariffin begitu sahaja walaupun
telah dicubanya berkali-kali. Ariffin terus mengganggu jiwanya dengan terus muncul di
dalam hidupnya. http://www.nizamzakaria.com 124
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Entahlah... Aku pun tak tahu nak kata apa." Keluh Zul. Dia terus memeluk
tubuhnya sendiri. "Kenapa?" "Kalau dulu dia selalu duduk berbual dengan aku, sekarang tak lagi. Sekarang dia
lebih suka bermain dengan Playstation 2 yang aku belikan untuk dia?"
"Dia main game apa?"
"Grand Theft Auto... Kadangkala sampai ke pagi."
Jali menggelengkan kepalanya. Kemudian katanya:
"Bang... Abang tak perasan ke perubahan dalam diri Art sekarang ni?"
"Perubahan macam mana?"
"Entahlah bang... Saya pun tak tahu macam mana saya nak explain."
"Cuba jelaskan... Mungkin aku boleh faham."
"Saya lihat dia macam... Semakin kehilangan arah." Jelas Jali serba alah. "Apaapapun...
Abang jaga lah dia betul-betul."
"Kenapa kau cakap macam ni?" Zul masih kurang faham dengan apa yang cuba
dimaksudkan oleh Jali. "Abang tak rasa perangai dia semakin hari semakin pelik ke?"
"Ada jugak." Zul akhirnya mengakui. "Sejak kebelakangan ini, banyak kali dia
akan masuk ke dalam bilik aku lepas tu dia akan tidur di sebelah aku--"
"Kemudian?" "Bila aku kejutkan dia dan suruh dia tidur di biliknya, dia tak mahu. Katanya dia
mahu aku temankan dia tidur..." Zul berhenti sebentar untuk berfikir sebelum dia
menambah lagi: "Kadang-kala aku rasa aku boleh dengar dia menangis seorang diri di
dalam gelap ketika dia tidur di sebelah aku. Tapi entahlah. Mungkin aku salah dengar."
Jali mengeluh. Dia termenung seketika sebelum dia menyoal Zul soalan ini:
"Abang akan berkahwin enam minggu lagi... Jadi apa yang akan berlaku kepada
Art nanti bila abang berkahwin nanti?"
"Maksud kau?" http://www.nizamzakaria.com 125
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Art akan tinggal di mana?"
"Dia akan kembali tinggal di hostelnya. Aku akan bayar segala-gala perbelanjaan
belajarnya nanti." Jali mengeluh panjang. Dia duduk di atas sebuah bangku kayu di hadapan sebuah
lukisan yang tak tersiap olehnya.
"Kenapa?" tanya Zul setelah melihat wajah sayu Jali.
"Apa motif abang bila abang mula-mula bawa dia tinggal bersama abang dahulu?"
Sedikit penyesalan terselit di dalam kata-katanya. Mungkin bukan tempatnya untuk
mempersoalkan motif Zul mahu membantu Ariffin, fikir Jali.
"Aku mahu bantu dia."
"Bantu dia" Abang fikir abang dah bantu dia, ke?" tanya Jali dengan sinis.
"Dia tidak pergi menjual maruahnya lagi?"
"Itu saya tahu... Tapi bang. Abang sebenarnya tak faham dengan situasi dia
sekarang." "Aku tak faham?"
"Kalau abang nak bantu dia bukan begini caranya."
"Maksud kau?" "Bang, kalau abang betul-betul nak tolong dia, selidik betul-betul tentang siapa
dia sebenarnya. Kenapa dia jadi begini. Mungkin dengan cara ini abang baru betul-betul
boleh tolong dia." Jali meniti bicara dengan cermat sebelum dia terus membisu.
Zul menggosok-gosok kening kanannya. Dia membuka tingkap di dalam bilik
kecil Jali untuk membiarkan angin dan cahaya masuk ke dalam bilik Jali yang malap itu.
Di luar, dia dapat melihat beberapa orang pelacur sedang memandang ke arahnya dari
arah sebuah pintu belakang sebuah hotel murah di sebuah lorong di belakang bilik Jali.
Dia kembali menutup tingkap bilik Jali. Kini dia tahu mengapa Jali mahu menutup
tingkapnya itu rapat-rapat.
* Wati membuka bilik air yang pintunya sedikit terbuka itu. Dia mendapati Ariffin telah
berada di dalam bilik air yang tersambung dengan kamar tidurnya itu lebih setengah jam.
Dia mahu tahu apa yang dilakukan oleh Ariffin di sana. Dia memanggil namanya berkalikali.
Ariffin tidak menjawab. http://www.nizamzakaria.com 126
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Wati mendapati Ariffin sedang duduk di tandasnya sambil menoreh bahagian lengannya
dengan menggunakan bahagian hujung gunting kecil yang tajam kepunyaan Wati.
"Art... What are you doing?" tanya Wati merampas gunting tajam itu dari tangan
Ariffin. Titik-titik darah membasahi lantai tandasnya.
"Ambiklah gunting tu..." Dengus Ariffin. Dia menunjukkan apa yang telah
dilakukan kepada dirinya kepada Wati. Ariffin tersenyum bangga
Wati dapat melihat Ariffin telah menoreh nama Julia di lengannya. Wati
menggelengkan kepalanya sambil menarik tangan Ariffin supaya keluar dari bilik
mandinya. "Art... Apa yang you buat sekarang, semua Wati pernah buat. Jadi Wati faham apa
yang Art lalui sekarang. Cuma Wati tak nak Art keterlaluan sangat macam ni. At least not
in my house!" Wati bersuara lembut walaupun dia jelas marah kepada Ariffin. Dia
mengambil beberapa keping kertas tandas, lalu cuba membalut bekas luka di lengan
Ariffin. "Saya sayang dengan Julia." Kata Ariffin perlahan ke telinga Wati. Wati dapat
mencium bau manis, hampir-hampir kepada bau buah badam yang dipanggang apabila
Ariffin dekat kepadanya. Wati masuk kembali ke dalam tandasnya. Dia dapat melihat
sekeping kertas aluminium yang terbakar di tepi tub mandinya. Wati mengeluh. Dia
membuang kertas aluminium itu ke dalam lubang tandanya.
Ariffin membuka bajunya lalu membaringkan dirinya di atas katil. Dia memujuk
Wati supaya tidur bersamanya.
"Art... Wati tahu Art ambil ubat-ubat lama Wati. Wati biarkan saja. Tapi jangan
sampai ambil benda bukan-bukan dalam rumah ni." Kata Wati sambil mengusap-usap
kepada Ariffin. "Wati... Kenapa Wati tak masukkan duit yang saya minta tu ke akaun bank saya"
Jadi mana duitnya sekarang" Hari tu kata nak bagi!" sela Ariffin marah-marah.
"Wati tak boleh beri duit kepada Art lagi... Wati tahu apa yang Art akan gunakan
dengan duit yang Wati bagi tu nanti. Wati tak nak bersubahat?"
Ariffin menepis tangan Wati yang sedang mengusap rambutnya itu. Dia
mendengus, lalu mengambil baju-Tnya di tepi katil. Dia berdiri lantas memakai bajunya
itu kembali. "Kalau kau tak nak bagi... Cakap lah siang-siang. Tak payah aku susah-susah ke
sini." Bentak Ariffin betul-betul ke muka Wati.
http://www.nizamzakaria.com 127
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Wati terkejut dibuatnya. Dia tidak pernah melihat Ariffin marah-marah begitu
kepadanya, walaupun Ariffin sememangnya pernah sekali dua bersikap biadap kepadanya
" apabila dia tidak memberi sejumlah wang yang mencukupi kepadanya seperti yang telah
diminta. Atau mungkin Ariffin sudah dapat mencium niatnya yang bertekad mahu
memutuskan hubungan mereka berdua. Wati menyayangi Ariffin, cuma dia merasakan
dia harus memutuskan hubungannya dengannya setelah dia mengetahui Ariffin
menggunakan wang yang diberikan kepadanya untuk membeli dadah. Seboleh-bolehnya
dia tidak mahu Ariffin terlibat dengan dadah lagi. Lebih-lebih lagi dia sedia maklum
bahawa Ariffin mempunyai hubungan yang intim dengan Julia...
Wati mengeluarkan sekeping sampul surat dari dalam laci soleknya. Di dalam
sampul surat itu dia telah memasukkan sejumlah wang sebanyak RM 5000. Dia
menyerahkan sampul surat itu kepada Ariffin.
"Art... You have to meet Dr. Khoo. Alamatnya ada di dalam sampul surat ini. Dia
banyak membantu Wati... Dia pasti boleh bantu Art. He"s probably the best psychiatrist
who specializes in substance abuse in this country. Go and talk to him." Wati menasihati,
sebelum menambah lagi: "Art guna duit yang Wati berikan ini dengan sebaiknya.
Gunakan wang ini untuk rawatan Art dengan Dr. Khoo tu nanti. Kalau tak cukup, Wati
sedia membantu." Ariffin tersengih seolah-olah dia mahu mentertawakan Wati. Dia mengeluarkan
kertas yang terkandung alamat Dr. Khoo. Dia merenyukkan kertas tersebut seterusnya
dibuangnya ke tepi. Dia mengambil jaket denimnya yang dari atas kerusi di hadapan meja
solek Wati, lalu memakainya sebelum dia keluar dari kamar Wati.
"Art... Wati tak mahu Art berjumpa dengan Julia lagi." Ujar Wati dengan tegas
sebaik sahaja Ariffin memakai kasutnya di luar pintu rumahnya.
"Apa?" "Wati mahu Art putuskan hubungan Art dengan Julia?"
Ariffin tidak menjawab. Dia mengambil topi keledarnya lalu memakainya. Dia
hanya tersenyum melihat Wati seolah-olah dia sengaja mahu memperkecilkan niatnya
mahu membantunya dan memintanya memutuskan hubungannya dengan Julia. Selepas
dia menghidupkan enjin motornya, dia terus meninggalkan banglo Wati dengan
membawa motornya laju-laju meninggalkan kawasan Taman Bukit Pantai pada malam
yang gelap dan mendung itu...
http://www.nizamzakaria.com 128
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
BAB 16 Zul berpaling ke arah Ariffin yang sedang memandang ke arah pemandangan panorama
kota Kuala Lumpur dari arah Lapangan Terbang Sungai Besi. Ariffin membisu di
sepanjang perjalanan mereka ke pusat bandar raya. Matanya terus ke luar terpaku
memandang kepada bangunan-bangunan pencakar langit yang dikelilingi oleh banjaran
gunung yang seolah-olah menjadi kubu yang kuat kepada kota ini lantas
mempertahankannya dari anasir-anasir dari luar.
Zul bersungguh-sungguh ingin mengetahui tentang kehidupan Ariffin yang samar-samar
baginya. Jadi pada malam itu, apabila Ariffin memberitahunya dia mahu keluar berjumpa
dengan Daniel, Kumar dan rakan-rakannya yang lain. Zul kemudian memberitahunya dia
juga mahu keluar bersamanya. Pastinya permintaan ini telah mengejutkan Ariffin, kerana
Zul tidak pernah mahu ambil tahu tentang apa yang dilakukannya ketika dia keluar
berhibur dengan kawan-kawannya.
"Saya nak pergi ke BB, malam ni bang." Beritahu Ariffin kepada Zul selepas
mereka makan malam bersama di rumah.
"BB?" "Blue Boy." "Buat apa Art nak ke sana?"
"Jumpa Daniel dan kawan-kawan saya yang lain."
"Untuk apa, Art?"
"Bosanlah bang duduk kat rumah ni malam-malam minggu macam ni."
"Kalau macam tu... Boleh abang ikut sekali?"
"Abang ni biar betul!" Ariffin menggigit bibirnya sambil tersenyum nakal.
"Selama ni kan abang cover giler?"
Zul tidak menjawab. Sememangnya dia tidak pernah ke Blue Boy dan kelab-kelab
malam yang seumpamanya. "Kalau abang nak ikut... Ikutlah." Akhirnya Ariffin bersuara. Dia mengambil
pinggannya dan pinggan Zul ke dapur untuk dicucinya. "Lagipun kan, abang nak kahwin.
Lepas kahwin tak kan lah nak pergi tempat-tempat macam tu. Ya tak?"
Kereta Zul kini melalui Jalan Bukit Bintang. Ariffin memberitahu Zul agar membelokkan
keretanya ke Jalan Sultan Ismail, kemudian keretanya di bawa masuk ke sebuah lorong di
sebelah restoran Pizza Hut.
http://www.nizamzakaria.com 129
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Park kat sini." Arah Ariffin sambil menudingkan jarinya ke arah sebuah kelab
malam yang bertentangan dengan Blue Boy. Di sana, seorang atendan berbangsa India
menunggu untuk menerima bayaran dari Zul sebaik sahaja dia selesai meletakkan
keretanya dan keluar dari keretanya.
Ariffin menelefon Daniel. Beberapa detik kemudian, Daniel datang menemuinya
setelah lama dia duduk melepak di warung Kak Ara untuk menunggu ketibaannya. Dia
datang bersama Kumar. Ariffin terus memperkenalkan Daniel dan Kumar kepada Zul
sebaik sahaja mereka berdua datang menemuinya.
"Haiyoh, abangs!" bisik Daniel kepada Kumar sejurus selepas dia bersalaman
dengan Zul. "Very der taste mak, okays!"
"Very der very! Mereciks mak tengok, y"oll!" Kumar berbisik kepada Daniel
apabila mereka berjalan di belakang Zul dan Ariffin. "Kalau muka mak hensem macam
Ariffin kan bagus... Senang-senang jer carik cik tan macam ni jadi laki mak."
Zul rasa takut-takut untuk berlegar di luar kelab malam Blue Boy. Ketika di luar
kawasan kelab malam itu, dia dapat melihat beberapa pasang mata sedang
memerhatikannya dan terutamanya kepada Ariffin. Zul berkali-kali mengingatkan dirinya
bahawa dia tidak perlu takut ke tempat-tempat seperti ini. Lagipun, dia yakin tidak ada
seorang pun kenalannya yang akan ditemuinya di sini, kerana kata Ariffin, kebanyakan
pengunjung Blue Boy ini rata-ratanya budak-budak muda sepertinya.
Seorang anak muda berbangsa India memberanikan dirinya untuk menegur
Ariffin. "Eh, you look like that cute guy from Linkin Park!"
"Fuck you!" balas Ariffin dengan bongkak tanpa memandang ke arahnya. Zul
sesungguhnya terkejut melihat keangkuhan yang ada di dalam diri Ariffin.
Ariffin membuka pintu kaca di kelab malam Blue Boy. Zul menjengah ke dalam. Dia
dapat melihat terlalu ramai pengunjung yang datang ke kelab malam ini. Sesak.
"Ramainya ahli-ahli nurakka malam nih. Depa ni mai dari mana ni?" ucap Ariffin
kepada Kumar dan Daniel. Zul tertawa mendengar kalimah-kalimah yang diucapkan
Ariffin tadi. Zul mengeluarkan wangnya untuk membayar harga 'cover charge' untuk Ariffin
dan rakan-rakannya. Walaupun dia sudah pun masuk ke dalam kelab malam ini, perasaan
ragu-ragu terus melekat ke dalam dirinya. Dia masih bimbang kalau-kalau ada sesiapa
yang dikenalinya ditemuinya di sini. Satu kemungkinan yang menakutkannya.
Di dalam keadaan dirinya yang penuh dengan rasa ragu dan keliru, tangannya


Cinta Nasi Lemak Karya Nizam Zakaria di http://cerita-silat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

telah dipegang oleh Ariffin, lalu dia menarik Zul supaya masuk ke bahagian hujung Blue
Boy. Zul membiarkan sahaja. Dia menurut sahaja kehendak Ariffin tanpa banyak soal.
http://www.nizamzakaria.com 130
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Keadaan di dalam Blue Boy sesak. Terlalu ramai pengunjung yang datang ke
kelab malam yang bersaiz kecil itu. Zul mula sedar akan kebenaran kata-kata Ariffin tadi
bahawa ramai dari pengunjung-pengunjung yang datang seusia dengannya dan rakanrakannya.
Usia mereka muda, ada juga yang terlalu muda rasanya. Tiba-tiba Zul merasa
dirinya terlalu tua untuk berada di dalam kelab malam tersebut.
Mereka kini berdiri di bahagian tepi dewan menari sambil memerhatikan anakanak
muda yang sedang menari mengikut irama rancak yang sedang dimainkan. Zul
memandang ke belakang. Terdapat tempat duduk kosong di belakangnya. Dia terus duduk
di atas sebuah bangku tinggi yang terdapat di situ.
Ariffin berpaling ke arah Zul sambil tersenyum. Kemudian dengan manja dia
membaringkan tubuhnya ke tubuh Zul. Zul tidak tahu apa reaksi yang perlu dilakukannya
selepas itu. Dia kaku. "Abang nak menari tak?" Ariffin menoleh ke arahnya lalu bertanyakan soalan ini
ke telinga Zul. "Tak. Kau pergi menarilah dengan kawan-kawan kau tu. Aku tunggu di sini." Ujar
Zul sambil memandang ke arah Daniel yang sedang seronok menari dengan Kumar.
Zul melepaskan nafasnya. Kini Ariffin memusingkan dirinya untuk bertentang
wajah dengan Zul. Dia sedar terdapat beberapa orang pengunjung yang memandang ke
arahnya apabila Ariffin sedang berbual dengannya rapat-rapat seperti itu.
"Are you sure?" tanya Ariffin sekali lagi kepada Zul sambil memegang bahagian
dagu Zul. Zul memegang tangan Ariffin lalu melepaskannya. Dia mengangguk cepat.
Ariffin tersenyum nakal. Selama setengah jam Zul memerhatikan Ariffin menari di atas sebuah pangkin di
bahagian tepi Blue Boy yang berdindingkan cermin. Ketika menari di situ, Zul cukup
sedar ramai dari pengunjung yang ada akan memerhatikannya dari jauh. Ariffin pandai
menari tetapi Zul dapat melihat bahawa Ariffin berada di dalam dunianya sendiri. Dia
seolah-olah tidak menghiraukan kewujudan pengunjung-pengunjung lain yang bersesaksesak-
sesak menari di dalam Blue Boy.
Beberapa minit kemudian, muzik dihentikan, diikuti oleh pengumuman yang dilakukan
oleh seorang lelaki berbangsa Cina yang mempunyai tubuh yang berisi yang mengatakan
bahawa pertunjukan ala "paperdoll" oleh beberapa orang penghibur mak nyah akan
diadakan sebentar lagi. "Jom ah, keluar sat!" saran Ariffin kepada Zul apabila dia mendapatkannya. Zul
mengangguk. Dia mengekori Ariffin keluar dari dalam perut Blue Boy. Daniel dan
Kumar juga mahu keluar dari Blue Boy. Mereka sudah muak dengan pertunjukan
"paperdoll" yang dipersembahkan, memandangkan mereka ke kelab malam ini hampir
setiap minggu. http://www.nizamzakaria.com 131
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Ketika di luar, Ariffin terus menghidupkan puntung rokoknya. Dia kemudian
berbual sakan dengan Daniel dan Kumar. Kemudian dia akan ketawa terdekah-dekah. Zul
hanya memerhatikan gelagatnya dalam diam.
Setelah bosan melepak di luar, Ariffin mengajak Zul dan kedua rakannya masuk
ke dalam bahagian kelab malam Blue Boy yang baru sahaja di buka bersebelahan dengan
kelab malam induk. Bahagian dalam kelab malam ini lebih tenang dan lengang. Mereka
berempat mencari tempat duduk lalu terus duduk di situ. Seorang pelayan datang lalu
mengambil pesanan minuman dari mereka.
"Eh Art, apa Art buat kat sini?" tanya seorang nyah yang mempunyai wajah persis
Mas Idayu kepada Ariffin. Setahunya Art lebih suka menghabiskan masa malamnya di
kelab-kelab malam seperti di Zouk atau di Liquid. Tapi malam ini dia mahu berubah
angin agaknya. "Eh, Kak Leez. Lama tak nampak. Papa mana?" tanya Ariffin, terus tanpa merasa
segan, dia memeluk tubuh Leez yang montok itu dengan erat.
"Papa ada kat warung belakang tu dengan kawan-kawan dia." Leez memberitahu.
"Oh ya... Leez. Ini abang Zul." Kata Ariffin sambil mengalihkan tubuh Leez ke
arah Zul. "Haiyoh askar ke?" bisik Leez kepada Ariffin. Leez kemudian bersalaman tangan
dengan Zul. Dia tersenyum malu-malu.
"Takdelah... Lawyer." Bisik Ariffin ke telinga Leez sambil memeluk
pinggangnya. "Aiyohh, ramainya lawyer kat BB malam ni." Balas Leez ke telinga Ariffin.
"Seteret macam ko ke, Art?"
Ariffin menggelengkan kepalanya.
Zul tak tahu apa yang dibualkan di antara Leez dan Ariffin. Tapi nampaknya
Ariffin terus berbisik-bisik dengan Leez sambil terus memeluk tubuhnya. Zul hanya
mampu tersenyum melihat gelagat Ariffin. Kemudian dia mendapati wajah Ariffin
berubah. Dia memandang kaku ke arah muka pintu.
"Haiyoh Sidie dan Esem datang dengan Jali." Ujar Leez kepada dirinya sediri. Dia
melulu mendapatkan Sidie dan Esem . Mereka bersalaman.
Sidie ini kecil sahaja orangnya, dengan wajah yang boleh dikatakan manis dengan
tahi lalat di bahagian hidungnya. Esem pula rendah sedikit sahaja dari Jali dan bertubuh
kurus. Orangnya kacak, ada orang kata wajahnya menyerupai Yusri KRU. Kedua-duanya
http://www.nizamzakaria.com 132
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
mempunyai pekerjaan di dalam bidang IT di Kuala Lumpur. Kedua-duanya berusia di
sekitar lewat 20-an. Jali menjeling sekali ke arah Ariffin. Kemudian ke arah Zul. Dia terus pergi
mendapatkan Zul. Mereka bersalaman.
"Korang berdua ni bawak Jali ke sini buat apa?" tanya Leez kepada Sidie dan
Esem. "Ish! Tak boleh ke y"oll!" tanya Sidie cepat-cepat. "Jeles ke?"
"Art ada kat sini, y"oll! Lepas ni akan ada drama lah tu!" Leez mengingatkan.
Bukan dia tak tahu yang Ariffin suka sangat mencari gaduh dengan Jali, walaupun di
hadapan orang lain. "Eh, tak perlu nya!" Esem mencelah. "Kitaorang bawak Jali suka-suka jer.
Bukannya plan pun. Tadi kitaorang baru balik dari tengok wayang?"
"Eleh, mak tahu y"oll dah lama taste kat dia." Jeling Leez. Dia tahu benar Sidie
dan Esem telah lama memerhatikan gerak-geri Jali sejak pertama kali dia menampakkan
wajahnya di Blue Boy. Kini, setelah Jali kelihatan lebih segak, dia pasti Sidie dan Esem
ada menaruh minat yang lebih mendalam terhadap dirinya. Bukan sahaja untuk dijadikan
sebagai kawan, gamaknya. "Dia sayangkan budak Art tu lah Leez." Esem menjeling ke arah Jali yang sedang
bertanya khabar kepada Zul.
"Sidie tak main celah-celah bedah ni. Lainlah kalau Sidie ni ala-ala kau, kan?" dia
memerli Leez. Esem ketawa sendiri.
"Sudehhh!" Leez menjeling sambil tersenyum. Dia tahu Sidie sekadar cuba
berjenaka dengannya. Ariffin menyuak rambutnya. Wajahnya cukup angkuh ketika dia memberi isyarat
dengan menggerakkan kepalanya kepada Jali untuk menunjukkan bahawa dia mahu
bercakap dengannya. Jali mengeluh lalu berjalan ke arah Ariffin yang membawanya ke
sebuah sudut yang gelap. Di sana mereka berbual buat beberapa saat sebelum suara
Ariffin semakin kuat kedengarannya marah-marah kepada Jali.
"Apa kau ingat kau dah bagus sangat ke?" Ariffin membentak sambil menolak
Jali ke dinding. Jali membiarkan sahaja Ariffin melakukannya begitu tanpa bertindak
balas. Suasana menjadi tegang. Ramai pengunjung yang datang ke kelab malam itu
memandang ke arah mereka.
Ariffin mendengus lalu terus meluru keluar. Zul mahu mendapatkan Ariffin tetapi
dia telah ditahan oleh Daniel. "Biarkan dia pergi... Dia tengah naik angin tu...Sekejap
lagi, okay lah tu." http://www.nizamzakaria.com 133
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Zul mengeluh. Dia memandang ke arah Jali yang kini berjalan perlahan ke
arahnya. Wajahnya nampak sugul.
"Kenapa kau gaduh dengan dia?" tanya Zul ingin tahu.
"Tak ada apa-apa, bang." Jelas Jali sambil mengeluh panjang. "Dia memang
begitu. Dia mana boleh nampak saya senang, mulalah dia nak buat hal."
"Tak boleh nampak kau senang?"
"Dia tak suka saya berkawan rapat dengan abang sangat... Entah lah dia tu. Pelik
sangat perangai dia. Saya pun tak faham."
Zul termenung seketika mendengar penjelasan dari Jali tadi. Dia sendiri tidak
faham dengan tindak tanduk Ariffin kepada dirinya dan terutamanya kepada Jali...
* Setelah setengah jam mereka berbual, Jali menjemput Zul supaya masuk ke dalam kelab
malam di sebelah. Zul bersetuju memandangkan Daniel dan Kumar telah lama lesap
entah ke mana. Kini hanya tinggal Dia, Jali, Esem dan Sidie sahaja yang berbual kosong
sesama mereka di sini. Lebih baik mereka ke sebelah sahaja, kerana Zul sudah mula
risaukan tentang diri Ariffin yang tidak diketahui di mana dirinya sekarang.
Di sebelah, keadaan semakin sesak. Zul terpaksa berasak-asak sebelum dia dapat berdiri
di tempatnya tadi di samping Jali, Sidie dan Esem. Tatkala di sana, dia dapat melihat
Ariffin sedang menari dengan dirinya sendiri di atas pangkin yang berdindingkan cermin
itu. Zul kemudian berpaling memandang ke arah Jali yang sedang memeluk tubuhnya
sambil memandang ke arah Ariffin. Wajahnya jelas lesu.
Sebaik sahaja Ariffin kepenatan dan mengambil keputusan untuk berhenti menari, dia
terus berjalan ke arah Zul. Dia langsung tidak memandang ke arah Jali yang sedang
berdiri di sebelah Zul. Dia berdiri di hadapan Zul sambil merangkul lehernya. Zul
memegang tangan Ariffin lalu meletakkannya ke bawah. Dia tidak suka dilakukan begitu
oleh Ariffin. Lebih-lebih lagi apabila terdapat beberapa orang pengunjung yang mula
memandang ke arah mereka - yang pastinya mahukan perkara yang sama dilakukan oleh
Ariffin kepada diri mereka.
Ariffin nampak puas lebih-lebih lagi apabila dia dapat melihat gelagatnya diperhatikan
oleh Jali. Di dalam rasa puasnya, dia duduk di sebelah Zul sambil mengerak-gerakkan
kepalanya mengikut irama muzik.
Jali menggelengkan kepalanya sambil mengeluh. Dia terus mengambil keputusan untuk
keluar sahaja dari dalam kelab ini yang mula menyesakkan nafasnya. Dia membisikkan
sesuatu kepada Sidie dan kemudian dia memegang bahu Esem lalu dia berjalan bersama
http://www.nizamzakaria.com 134
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
mereka ke arah luar kelab sebelum kelibat mereka menghilang di kalangan beratus-ratus
pengunjung yang bersesak-sesak-sesak di dalam kelab itu.
Seminit kemudian, seorang lelaki yang sedang duduk di sebelah Ariffin (yang telah
memerhatikannya dari jauh sejak tadi), memberanikan dirinya untuk memulakan
perbualannya dengan Ariffin dengan membisikkan sesuatu ke dalam telinganya. Belum
sempat lelaki itu dapat berbual lama, dengan biadab Ariffin terus berdiri dari tempat
duduknya lalu pergi mendapatkan Daniel dan Kumar yang sedang ligat menari. Lelaki
tersebut ternganga dibuatnya, kemudian dia memandang ke arah Zul.
Lelaki tersebut mendiamkan dirinya dengan agak lama sebelum dia
memberanikan dirinya untuk berbual dengan Zul.
"Aku rasa aku perlu beritahu kepada kau tentang sesuatu." Ujar lelaki itu ke
telinga Zul. "Tentang apa?" tanya Zul kembali ke telinga lelaki tersebut.
"Sini bising lah... Kita ke luar sekejap?" pinta lelaku tersebut. Zul mengangguk
setuju. Zul kemudian mengekori lelaki tersebut dari belakang. Sebaik sahaja mereka tiba
di luar Blue Boy, lelaki yang berkaca mata itu terus memperkenalkan dirinya kepada Zul.
"Nama aku Basri," dia mengeluarkan kad perniagaannya dari dalam dompet
wangnya, lalu diberikan kepada Zul. Zul kini mendapat tahu lelaki tersebut merupakan
seorang arkitek dari sebuah firma tempatan yang beribu pejabat di Taman Tun Dr. Ismail.
"Apa hubungan kau dengan Ariffin?" tanya Basri kemudian.
"Aku abang angkat dia..." Beritahu Zul dengan jujur.
"Jadi kau orangnya yang bawa dia tinggal bersama kau sekarang?"
"Ya, tapi mana kau tahu?" tanya Zul kehairanan.
"Dunia kita ni kecil... Nama kau Zul, bukan?"
"Ya." Jawab Zul ragu-ragu.
"Aku sebenarnya kawan baik Chef Zainal." Jelas Basri. "Sebenarnya Chef Zainal
dan aku banyak tahu tentang hal dia dari kawan-kawannya yang lain."
"Jadi kenapa?" tanya Zul dengan suara yang lebih keras. "Apa yang kau beritahu
kepadanya tadi?" "Aku meninggalkan pesanan dari Chef Zainal..."
http://www.nizamzakaria.com 135
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Pesanan apa?" "Chef Zainal mahu dia berjumpa dengannya."
"Untuk apa?" "Jadi kau tak tahu?" Basri menyoalnya kembali.
"Tak tahu apa?"
"Hubungan Chef Zainal dengannya?"
"Tidak." Zul berterus terang.
"Kalau macam tu, kau tanya sendiri kepada Chef Zainal." Ujar Basri. "You have
my number and my e-mail, right" Just give me a buzz. Nanti aku akan uruskan agar kau
dapat berjumpa dengannya." Dia meninggalkan Zul begitu sahaja ke arah tempat dia
meletakkan keretanya. Zul menarik nafasnya dalam-dalam. Dia menyimpan kad perniagaan Basri lalu
dimasukkan kad tersebut ke dalam dompet wangnya. Dia memandang ke arah
hadapannya. Dia dapat melihat kelibat Jali berada di dalam kereta kembara kepunyaan
Esem. Jali mengangkat tangannya ke arah Zul. Zul membalas dengan mengangkat
tangannya sambil cuba mengukir senyuman walaupun dia berada di dalam keadaan penuh
kebingungan pada waktu itu.
http://www.nizamzakaria.com 136
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
BAB 17 Wajahnya kaku memandang ke arah kelibat Jali yang baru sahaja melangkah masuk ke
dalam bahagian baru kelab malam Blue Boy. Dia dapat melihat Jali masuk bersama Sidie
dan Esem. Ariffin tidak begitu mengenali Sidie, tapi dia cukup-cukup mengenali Esem.
Apa tidaknya, Esem merupakan rakan serumah Chef Zainal dan Ariffin pernah tinggal
dengan Chef Zainal selama lebih dua tahun sebelum dia dihalau keluar olehnya.
Ariffin pergi mendapatkan Jali yang sedang berbual kosong dengan Zul. Dia memanggil
Jali supaya dia dapat bercakap dengannya. Jali akur lalu dia membawa Jali ke sebuah
sudut yang gelap yang jauh dari pengunjung-pengunjung lain.
"Apa yang kau buat dengan Esem?" tanya Ariffin marah-marah.
"Dia mahu berjumpa dengan aku." Jali menjelaskan tanpa memandang ke arah
Ariffin. Dia berpaling ke arah Esem dan Sidie yang kini sedang berbual dengan Leez.
"Untuk apa?" "Dia mahu aku sampaikan pesan untuk kau..."
"Pesan apa ni?"
"Dia suruh aku beritahu kau yang Ah Keong pergi ke rumahnya untuk mencari
Chef Zainal?" "Jadi kenapa?" "Kau beritahu kepada Ah Keong Chef Zainal boleh bayar balik hutang kau
kepadanya." Ariffin tersengih buat beberapa ketika sebelum Jali bergerak semakin dekat
kepadanya dengan wajah yang lebih serius. Katanya:
"Chef Zainal mahu jumpa kau. Aku mahu kau jumpa dia... Aku mahu kau minta
maaf kepadanya sebab kau dah susahkan dia?"
"Apa kau pedulik?"
"Art... Aku harap lepas ni kau jangan ada apa-apa hubungan lagi dengan Ah
Keong! Aku tak nak apa yang dia lakukan kepada kawan kau Boris tu akan dia lakukan
kepada kau pula nanti!"
"Dah lah!" Dengus Ariffin sambil mendongak. "Apa yang kau dah cakap kat
abang Zul fasal aku?"
"Cakap apa ni?"
http://www.nizamzakaria.com 137
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Aku tengok dia dah lain macam jer sekarang... Semua pasal diri aku dia nak tahu.
Ke mana aku pergi pun dia nak ikut! Perangai dia berubah bila dia pergi beli lukisan dari
kau... Aku tahu kau yang buat dia jadi macam ni!"
"Itu semua kau tak perlu tahu. Lagipun, kau tak ada hak nak halang aku berkawan
dengan dia atau sesiapapun!"
"Apa kau ingat kau dah bagus sangat ke?" bentak Ariffin terus dia menolak tubuh
Jali ke dinding. Jali tidak mahu melawan. Tidak ada gunanya untuk dia melawan, kerana
dia tahu itu yang Ariffin mahukan darinya.
* Ariffin mengambil menelan pil yang baru dibelinya dari Ah Keong petang semalam. Dan
bahan kimia yang berinteraksi dengan tubuhnya kini mula menguasai mindanya lalu
membuat dia langsung khayal dan alpa. Dia mahu mengambil dadah lagi dan lagi dan lagi
kerana dia mahu rasa keasyikan ini berkekalan di dalam dirinya. Di dalam masa yang
sama, dia sedar bahawa dia boleh menagih bukan sahaja kepada dadah yang diambilnya,


Cinta Nasi Lemak Karya Nizam Zakaria di http://cerita-silat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

tetapi juga kepada rasa sedih, rasa bersalah, rasa benci, rasa takut, rasa cinta dan rasa
mahu dirinya dicintai. Dia menagih apa sahaja perasaan yang tercetus di dalam jiwanya.
Dia menagih kepada apa sahaja perasaan yang mungkin timbul di dalam dirinya, dari
terpaksa menghadapi perasaan kosong yang kadang-kala wujud di sana - apabila dia
terasa mati seperti sekujur mayat hidup di dalam keadaan kemurungannya. Rasa cemburu
tanpa sebab adalah perasan baru yang mula muncul di dalam dirinya. Rasa cemburu
sekurang-kurangnya mampu membuat dia merasa hidup.
Baru sebentar tadi dia dapat melihat wajah Jali yang penuh dengan rasa cemburu dan
kecewa apabila dia secara dengan sengaja menggoda Zul dengan gerak-gerinya yang
bersahaja tetapi cukup memikat, depan mata kepala Jali sendiri. Dia tersenyum puas.
Lebih-lebih lagi apabila selepas itu dilihatnya Jali terus meluru keluar dari dalam perut
Blue Boy, dengan muka masam mencuka.
Di dalam keadaan khayalnya menari, dia mula sedar Zul tidak ada lagi di dalam
pandangan matanya. Dia tidak ada di dalam Blue Boy. Ariffin menggaru-garu kepalanya.
Dia berjalan ke luar Blue Boy. Di luar dia dapat melihat Zul sedang menunggunya di
hadapan sebuah kiosk menjual rokok. Dia sedang berpeluk tubuh seorang diri. Ariffin
pergi mendapatkannya. "Jom balik." Kata Zul.
"Tak nak." Ariffin menggeleng cepat.
"Balik Art!" Zul bersuara tegas. Ariffin merenung ke dalam matanya. Jika orang
lain berani berkata seperti ini kepadanya, dia pasti akan naik marah dan akan berakhir
dengan pergaduhan dan bertumbuk. Tetapi Zul merupakan satu-satunya manusia yang
http://www.nizamzakaria.com 138
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
dihormatinya. Jadi dia akhirnya menurut kehendak Zul itu. Dia menganggukkan
kepalanya, lalu mengikut Zul masuk ke dalam keretanya.
* Zul dapat melihat Ariffin tidak henti-henti bercakap. Kemudian dia akan ketawa seorang
diri. Dia memberitahu kepada Zul dia cukup sedar ramai yang melihatnya menari, tetapi
dia buat-buat tak tahu. Dia mengingatkan Zul bahawa dia telah menumpukan
perhatiannya kepada Zul sahaja pada malam itu dan dia pasti ramai pengunjung Blue Boy
akan mengatakan betapa untungnya Zul kerana dilayan olehnya sebegitu rupa. Zul hanya
mendiamkan dirinya mendengar gelagat Ariffin yang memperbesarkan harga dirinya yang
mungkin merupakan satu delusinya sahaja. Zul tidak dapat memahami apa yang sedang
berlaku ke atas diri Ariffin.
Sebaik sahaja Zul tiba ke rumahnya, dia dapat melihat Ariffin terus ruang tamu untuk
menonton TV. Zul mengucapkan selamat malam kepadanya. Dia mahu masuk tidur.
Selepas Zul mandi, dia memakai baju tidurnya. Dia naik ke atas katilnya. Dia menutup
lampu. Dia melelapkan matanya.
Beberapa detik selepas dia masuk tidur, pintu kamarnya di buka. Ariffin masuk ke dalam
kamarnya lalu membaringkan dirinya di sebelahnya. Ariffin tiba-tiba memeluknya dari
belakang. Zul mengeluh lalu menepis tangannya.
"Dah, tidur Art..." Perintah Zul sambil menguap. Ariffin tidak mengendahkan.
Dia melakukan sesuatu yang memeranjatkannya. Ariffin mendakap tubuhnya dengan kuat
lalu mengucup bahagian belakang lehernya.
Kini Ariffin memusingkan tubuhnya agar tubuh mereka bertentangan. Di dalam
samar-samar, Zul mula sedar tidak terdapat seutas benang pun di atas tubuh Ariffin.
Kedua belah tangan Zul digenggam kuat oleh Ariffin. Zul tidak faham dari mana
datangnya tenaga luar biasa di dalam diri Ariffin. Dia cuba melawan, tetapi dia tidak
mampu melakukan apa-apa kecuali membiarkan Ariffin merapatkan bibirnya ke bahagian
lehernya. "Bukan inikah yang abang mahukan dari saya selama ini?" bisik Ariffin kepada
Zul. Zul tidak menjawab. Nafasnya turun naik. Fikirannya terlalu bercelaru. Dia tidak
pernah diperlakukan oleh mana-mana lelaki seperti ini sebelum ini...
* Zul bangun dari tidurnya. Dia mendapati Ariffin sedang tidur nyenyak di sebelahnya. Zul
menyelimutkan tubuh Ariffin terutamanya pada bahagian punggungnya yang terdedah itu.
Wajah Ariffin kelihatan tenang. Zul masih tidak percaya kepada apa yang telah berlaku
kepadanya semalam. Rasa bersalah yang amat sangat masih belum pudar dari fikirannya.
http://www.nizamzakaria.com 139
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Apa-apa pun, Zul tetap menyalahkan dirinya kepada segala apa yang berlaku di antara
dirinya dan Ariffin pada awal pagi tadi. Dia boleh melawan jika dia cuba, tetapi tidak.
Buat pertama kali di dalam hidupnya dia membiarkan kemahuan semula jadinya
mengawal dirinya. Satu kemahuan yang telah diperam dan ditidakkannya selama ini...
Zul mengejutkan Ariffin. Rasa sayang yang amat sangat terhadap Ariffin mula menjenguk
ke dalam dirinya. Sedaya mungkin dia cuba memendamkan perasaan ini dari cuba
muncul untuk mengganggu jiwanya. Dengan penuh berhati-hati dia menepuk-nepuk bahu
Ariffin. Dia mahu Ariffin bangun. Ariffin membuka matanya dengan perlahan. Dia
menggosok-gosokkan matanya.
"Art... Apa yang berlaku semalam, tak sepatutnya berlaku." Kata Zul dengan suara
perlahan penuh penyesalan kepada satu kesilapan besar yang difikirkannya telah
dilakukannya bersama Ariffin.
"Apa abang cerita ni?" tanya Ariffin sambil menguap. Dia menggosok-gosok
matanya. "Semalam... Pagi tadi. Di sini."
"Bang, saya tak faham apa abang cakapkan ni." Kata Ariffin dengan matanya yang
masih kuyu dan dengan suara mengantuknya.
"Kau dan aku?" "Bang... Apa yang abang menceceh tak tentu pasal ni" Tak ada apa-apa yang
berlaku semalam." Ariffin menutup matanya rapat-rapat. Dia kembali tidur tanpa
menghiraukan Zul. Zul mengeluh. Dia tidak faham mengapa dia diperlakukan begini oleh Ariffin. Dia
berjalan ke arah tempat di mana dia meletakkan pakaian yang dipakainya semalam. Dia
mengeluarkan kad perniagaan Basri yang disimpannya di kocek bajunya. Dia mengambil
telefon bimbitnya lalu keluar dari kamarnya untuk menelefon Basri...
* Ariffin memegang tangan Julia sepanjang masa mereka berjalan di Jalan Bukit Bintang.
Sekali dua dia akan mengusik rambut Julia yang panjang itu. Julia hanya tersenyum.
Matanya kadangkala akan singgah di bahagian lengan Ariffin yang tertulis namanya itu.
Dia perlu bertanyakan Ariffin mengenai hal itu sebentar lagi.
"Kenapa kita ke sini, Art?" tanya Julia kepadanya sewaktu mereka berjalan di
Bintang Walk. "Art ada surprise untuk Julia."
"Apa dia?" http://www.nizamzakaria.com 140
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Ariffin menudingkan jarinya ke arah seorang pelukis jalanan. Julia cuba mengukir
senyuman di wajahnya yang sedikit muram itu. Sejak tadi, Ariffin sedar Julia tidak
banyak bercakap dengannya seperti biasa. Mungkin ada sesuatu perkara yang
mengganggu fikiran Julia pada petang itu.
Ariffin memperkenalkan Julia kepada Jali, lalu memintanya duduk di hadapan Jali
dia atas sebuah bangku kecil yang diletakkan di situ. Mata Julia kini mengimbas lukisanlukisan
potret yang pernah dilukis jali dan di pamerkan di tempatnya melukis.
"Cantik awek kau tu." Bisik Jali kepada Ariffin.
"Memang dia cantik..." Ariffin mengakui dengan bangga. "Sebab itu aku sayang
dengannya." "Aku tahu kau sayang dengan awek kau tu..." Kata Jali sambil mengeluh. Dia
menolak tubuh Ariffin ke hadapan dengan lembut untuk memintanya duduk di sebelah
Julia. "Jangan bergerak, okay?" pintanya kemudian kepada mereka berdua sebelum dia
duduk untuk melukis. "Art dah lama kenal dengan Jali?" tanya Julia dengan perlahan selepas beberapa
minit dia duduk diam di sebelahnya.
"Dah lama." Jawab Ariffin dengan jujur. Beberapa orang pengunjung Bukit
Bintang berkumpul untuk memerhatikan lukisan mereka dilukis Jali. Mereka tidak dapat
menafikan bahawa Ariffin dan Julia merupakan pasangan yang mempunyai wajah yang
menarik. "Why did you carved my name onto your arm?" tanya Julia sambil menudingkan
jarinya ke arah lengan Ariffin.
"Suka-suka jer..."
"Lain kali jangan buat lagi ya, Art?"
Ariffin tidak menjawab. Dia diam sahaja.
"Please Art... You have to promise me not to do this kind of thing again to
yourself." "Ya... Art janji." Ariffin mengangkat tangan kanannya seolah berikrar.
"Art. Semalam Julia bertengkar dengan mama..." kata Julia dengan suara sedih.
"Kenapa?" tanya Ariffin dengan wajah berubah risau.
"Pasal Art lah." Suara Julia semakin sedih.
http://www.nizamzakaria.com 141
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Ye ke?" "Dia tak mahu Julia berkawan dengan Art lagi... She said I should stop meeting
you like this." "Tapi kenapa?" "She said you"ve been a bad influence on me! Dia kata Art ambil dadah..."
"Mana dia tahu ni?"
"Entahlah." Julia memandang ke arah seorang anak kecil yang sedang dipimpin
oleh ibunya. Dia telah meminta ibunya membelikan sejenis alat permainan yang kelihatan
seperti seekor tikus putih yang berlari-lari dan dikawal oleh sebatang kayu.
"Julia percaya cakap mama Julia tu?"
"Tak..." "Kenapa?" "I don"t know." Ujar Julia walaupun dia berkali-kali bertanyakan dirinya mengapa
Ariffin sering memintanya membawa pulang beberapa jenis ubat dari klinik bapanya lalu
diberikan kepadanya ubat-ubat tersebut. Dia masih percayakan kepada kata-kata Ariffin
yang memberitahunya dia memerlukan ubatan-ubatan tersebut untuk mengubati sakit
kepalanya. Dia masih menaruh segala kepercayaannya kepada Ariffin.
"Jadi apa sebenarnya berlaku semalam?" Ariffin meminta penjelasan. Wajahnya
jelas serius. "Julia bertengkar di rumahnya semalam.... Dia betul-betul berkeras tak mahu Julia
berkawan dengan Art. Jadi bila Julia malas nak gaduh tak tentu pasal dengan dia, Julia
keluar dari rumahnya..."
Ariffin mengeluh. Wajahnya masam. Dia kemudian memegang tangan Julia
dengan erat. Katanya dengan perlahan:
"Julia... Memang betul Art ni jahat. Agaknya memang betul cakap mama Julia
tu... Art tak sesuai berkawan dengan Julia. Tapi Art tak boleh hidup kalau Julia tak ada di
dalam hidup Art." "Art... Percayalah. I can"t live without you too. That"s why I was so rude to mama
last night. I shouldn"t have screamed at her!" ujar Julia dengan penuh sesal.
"Minta maaf kepadanya nanti, ya Julia" Katakan saja kepadanya kita tak
berkawan lagi." http://www.nizamzakaria.com 142
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Julia mengangguk perlahan. Kemudian dia bertanya dengan perlahan:
"But why should I lie to her, Art?"
"Kadangkala kita perlu berbohong untuk memuaskan hati orang lain." Jelas
Ariffin dengan matanya memandang penuh ke arah Julia. "Selagi mama Julia tidak tahu
kita terus bersama... Dia tidak akan bising-bising lagi. Lagipun Art tak nak lihat Julia
bergaduh dengan mama Julia pasal Art."
"Jadi betul ke Art ambil dadah?" tanya Julia selepas dia diam buat beberapa
ketika. "Tak." Ariffin menggelengkan kepalanya dengan bersungguh-sungguh.
Julia membaringkan kepalanya ke bahu Ariffin. Katanya:
"I really love my mother, Art."
"Art tahu..." Katanya dengan suara memujuk sebelum dia bertanya: "Julia sayang
Art, tak?" "Ya... More than anything in the world." Kata Julia dengan air matanya mula
meleleh membasahi pipinya.
Ariffin mengusap-usap rambut Julia untuk memujuknya agar jangan menangis.
Dia langsung tidak menghiraukan apa kata orang lain yang sedang memandang mereka
pada ketika itu. Jali memandang tepat ke arah Julia dan Ariffin. Kini dia percaya apa yang
dilihatnya sekarang akan memberikannya ilham untuk melukis karyanya yang terbaik
sehingga kini. Dia perlu melukis saat yang istimewa ini ke atas sekeping kanvas, bukan
sahaja ke atas kertas seperti yang dilakukannya sekarang...
http://www.nizamzakaria.com 143
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
BAB 18 Zul memandang ke arah jam tangannya. Dia mengeluh lesu. Dia berdiri di hadapan pintu
Chef Zainal di Kondominum Kelana Orkid yang terletak di Kelana Jaya itu. Dia kurang
pasti jika alamat yang diberikan Basri itu betul ataupun Basri telah pun memberitahu
kepada Chef Zainal bahawa dia mahu bertemu dengannya pada petang itu.
Zul memberanikan dirinya lalu menekan loceng pintu rumah Chef Zainal. Beberapa saat
kemudian, muncul kelibat seorang lelaki dengan tubuh berisi dan berkulit cerah.
"Zul ke ni?" dia bertanya dengan sopan. Wajah Chef Zainal jelas tenang.
"Ya." Jawab Zul pendek kepada personaliti TV terkenal yang sedang berdiri
membuka pintu pagarnya. "Saya Zed." Chef Zainal memperkenalkan dirinya. Dia bersalaman dengan Zul.
"Maaf kalau saya mengganggu. Basri kata encik Zed hendak ke Kuching petang
ini?" "Tak apa... Flight saya pun lambat lagi." Chef Zainal menjemput agar Zul masuk
ke dalam rumahnya yang telah dihias dengan cantik itu. "Saya ada shooting di sana.
Rancangan memasak?" "Saya datang ke sini sebab... Saya nak tahu tentang Art." Zul cepat-cepat
memintas. Chef Zainal mengeluh. Dia termenung seketika sebelum dia memandang kembali
ke arah Zul. "Apa yang dia beritahu kepada Zul tentang saya?" tanya Chef Zainal yang sudah
boleh mengagak apa yang telah diperkatakan oleh Ariffin kepada orang lain mengenai
dirinya. "Tak ada apa-apa." Zul berbohong. "Dia cuma beritahu saya dia pernah tinggal di
sini." "Dia tak beritahu kepada Zul saya ini Pak Su dia?"
"Apa?" tanya Zul kehairanan. Wajahnya berubah pucat. "Jadi encik Zed dengan
Art ada pertalian darah?"
"Ya." Angguk Chef Zainal. "Dia tidak pernah beritahu?"
"Tidak." Zul meraba-raba bibirnya yang semakin kering itu. Kemudian dia
bertanya setelah dia mendiamkan dirinya buat beberapa saat lamanya: "Saya nak tahu
tentang keluarganya di Kedah... Betul ke dia anak yatim?"
http://www.nizamzakaria.com 144
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Ya." Jawab Chef Zainal dengan ringkas. Dia meminta agar Zul tunggu di ruang
tamu rumahnya. Dia ingin mengambil air di dapur dan katanya dia mempunyai sesuatu
yang ingin ditunjukkan kepadanya.
Zul memerhatikan beberapa buah gambar berbingkai yang terdapat di sebuah meja
bercermin di ruang tahu rumah Chef Zainal. Dia juga dapat melihat gambar Chef Zainal,
gambar Esem dan gambar mereka berdua bersama Ariffin yang telah diambil ketika
mereka bercuti di Langkawi.
Chef Zainal kemudian keluar dengan membawa sekeping dulang yang terkandung
segelas minuman dan sepinggan kuih yang telah dibuatnya sendiri. Zul kembali duduk di
kerusi sofa. "Ini gambar-gambar lama keluarga Ariffin di Kedah." Chef Zainal menyerahkan
kepada Zul sebuah album kecil kepunyaannya. Zul memerhatikan isi album tersebut. Di
dalam album tersebut dia dapat melihat terdapatnya beberapa keping gambar yang telah
diambil bersama Chef Zainal dengan anggota keluarga Ariffin.
"Saya adik kepada arwah ibunya." Beritahu Chef Zainal dengan suara yang
semakin surut kedengarannya.
"Bila ibunya meninggal dunia?"
"Ketika dia berusia 16 tahun... Sebenarnya seluruh keluarganya meninggal dunia
di masa yang sama kecuali dia."
"Apa yang telah berlaku?" tanya Zul dengan wajah yang terkerut.
"Kemalangan jalan raya..."
"Oh... Maaf." Ujar Zul serba salah. Dia tidak tahu jika dia harus bertanyakan lagi
soalan-soalan peribadi kepada Chef Zainal.
"Seluruh anggota keluarganya terkorban, kecuali dia..." Chef Zainal menarik
nafasnya panjang-panjang. "Selepas keluarganya meninggal dunia, dia dibawa berpindah
dari Yan ke Alor Star. Dia dijaga oleh abang saya di sana. Tiga empat bulan selepas
kemalangan ini berlaku, perangai dia mula berubah. Dia tidak boleh dikawal lagi. Dia
mula berkawan dengan budak-budak nakal di sana. Dia dah pandai untuk ambil ganja...


Cinta Nasi Lemak Karya Nizam Zakaria di http://cerita-silat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

"Saya kemudian diminta oleh abang saya untuk menolongnya. Kata mereka, Art
tidak boleh dikawal lagi. Dia terlalu liar... Mereka tidak mahu Art terus berkawan dengan
budak-budak yang ambil dadah, tapi Art degil. Mereka dah tidak boleh buat lagi untuk
menasihatinya. Keluarga mereka besar... Art pula selalu bergaduh dengan sepupusepupunya.
Mereka tak sanggup lagi untuk menjaga budak Art tu. Mereka ingin lepas
tangan... Saya tak salahkan mereka. Saya tahu mereka orang susah. Nak jaga anak-anak
mereka yang ramai tu pun satu hal. Jadi mereka minta saya bawanya ke KL.
http://www.nizamzakaria.com 145
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Memang pada mulanya memang saya tak mahu. Ye lah, saya sibuk dengan
rakaman rancangan masakan yang saya ada dan kerja-kerja menguruskan restoran saya,
tapi saya kesian tengok keadaannya. Saya mahu menolongnya kerana saya rasa
bertanggungjawab ke atas dirinya.
"Saya sayang kepada arwah ibunya. Jika bukan kerana arwah ibunya yang
sanggup bekerja di kilang kerana mahu menampung perbelanjaan saya di Switzerland
dahulu, tak akan ke mana saya sekarang."
"Jadi encik Zed bawanya ke KL?"
"Ya... Sebulan selepas dia selesai mengambil peperiksaan SPMnya. Saya bawa dia
tinggal bersama saya di sini dengan harapan dia tak akan ambil dadah lagi dan bercampur
gaul dengan budak-budak nakal yang mengajarnya mengambil dadah...
"Sebaik sahaja dia di sini, saya terus membawanya untuk berjumpa dengan
seorang doktor pakar psikiatri di Subang Jaya Medical Centre...
"Kenapa?" "Sebab saya mahu dirinya dibantu. Saya tahu dia mengalami tekanan perasaan
selepas menghadapi peristiwa kematian keluarganya..."
"Apa kata doktor pakar tu?"
"Art menghadapi kemurungan yang agak kronik. Sebab itu dia melakukan ini
semua kepada dirinya... Ambil dadah dan sebagainya untuk merosakkan dirinya sendiri...
Doktor pakar psikiatri itu ada memberinya ubat... Litium karbonat. Tetapi Art tidak
pernah mahu meneruskan rawatannya. Dia tak suka dengan kesan-kesan sampingan
Litium Karbonat. Dia tidak suka bila dia mendapati pemandangannya mula kabur... Bila
dia berbual sebutannya tersekat-sekat. Rambutnya mula gugur?"
"Kemudian apa yang berlaku?"
"Pada mulanya bila dia di sini, dia okay sahaja. Tapi lama-kelamaan, dia dapat
juga jumpa dengan budak-budak yang sekepala dengannya di Sunway College. Di sanalah
dia kembali dengan perangai lamanya.
"Kenapa Encik Zed halau dia dari rumah Encik Zed... Boleh saya tahu kenapa?"
"Saya banyak bersabar dengan dia. Banyak kali saya bersabar dengan dia... Tuhan
sahaja yang tahu, Zul..." Kata Chef Zainal dengan suara lesu. "Dia pernah saya suruh
bekerja di restoran saya... tetapi banyak duit saya yang dicurinya. Bila saya dapat tahu
tentang hal ini saya biarkan sahaja. Tapi saya tak boleh biarkan dia lagi apabila saya
menjumpainya mengambil dadah dengan kawan-kawannya di rumah ini. Sabar-sabar saya
ini pun ada hadnya... http://www.nizamzakaria.com 146
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Bila saya halau dia keluar... Dia mengamuk. Banyak barang-barang dalam rumah
ini dipecahkannya. Bukan itu sahaja. Duit yang saya simpan juga dicurinya. 10,000
ringgit dia curi dari saya. Komputer si Esem kawan serumah saya diambilnya sekali."
Zul termenung seketika untuk mencerna cerita yang baru didengarinya ini. Kini
terdapat seribu satu soalan yang mula timbul di dalam fikirannya tentang diri Ariffin. Dia
kemudian memberanikan dirinya untuk bertanya.
"Encik Zed pasti perubahan sikapnya ini hanya berlaku selepas kematian
keluarganya?" "Ya... Sebelum itu dia memang budak yang baik. Dia pelajar cemerlang di
sekolahnya. Pemain ragbi, ketua pengawas... Tapi hidup dia terus hancur selepas
peristiwa kemalangan itu. Dia seperti kehilangan arah bila semua yang disayanginya mati
di hadapannya?" "Maksud Encik Zed?"
"Van yang dibawa bapanya remuk. Tapi dia hanya cedera di bahagian kening dan
bahagian kakinya yang tersepit. Kecederaannya tak teruk sangat. Kalau Zul nak tahu...
Sehingga kini dia menyalahkan dirinya kerana dia masih hidup sedangkan keluarganya
mati dalam keadaan dahsyat di hadapannya.
"Pada mulanya, saya fikir dia okay... Ye lah, dia nampak tenang bila dia solatkan
jenazah keluarganya dan bila dia mengebumikan keluarganya... Dia tak sedikit pun
menangis. Tiga hari selepas kejadian, dia terus ke sekolah seperti tidak ada apa-apa yang
berlaku. Tapi fikirannya kacau. Dia pandai berlakon, Zul. Dia terus berlakon walaupun
jiwanya tak tenteram. Dia masih boleh senyum bila hatinya sedih...
"Jadi dia ambil dadah untuk hilangkan kesedihannya?"
"Dia mahu melupakan segala-galanya yang telah berlaku kepada dirinya, Zul.
Mungkin sebab itulah dia ambil dadah. Entahlah. Saya pun tak tahu..."
"Jika kemalangan ini tidak berlaku... Encik Zed fikir hidupnya lebih baik dari
sekarang?" "Ya... Seperti yang saya katakan tadi, sebelum kemalangan ini berlaku, dia
memang budak yang baik. Terlalu baik rasanya... Bapaknya imam masjid di kampungnya
di Yan. Ibunya ustazah?"
"Jadi sekarang encik Zed rasa dia dah rosak?"
"Entahlah Zul... Saya harap dia boleh diselamatkan. Saya tak tahu apa yang saya
boleh lakukan lagi." Chef Zainal mengeluh panjang. "Baru minggu lepas Ah Keong
datang ke rumah saya ni tuntut hutang dari saya."
http://www.nizamzakaria.com 147
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Siapa Ah Keong?"
"Budak Cina yang jual dadah kepadanya... Art beritahu kepadanya dia boleh
tuntut hutangnya di sini. Dia tahu saya akan bayar."
"Berapa encik Zed perlu bayar kepadanya?"
"5,000 ringgit..."
"Mengapa encik Zed bayar hutangnya itu?"
"Apa-apa pun dia tetap darah daging saya, Zul!" Chef Zainal menegaskan.
"Encik Zed tahu apa yang dilakukannya selepas dia dihalau dari rumah ini?" tanya
Zul kemudian sambil menggigit bibirnya.
"Tahu..." Ujar Chef Zainal dengan penuh penyesalan. "Saya tahu apa yang telah
dilakukannya untuk mendapatkan wang untuk beli dadah. Mungkin encik Zul tak tahu,
dari dahulu sampai sekarang, tiap-tiap bulan saya tidak pernah tinggal untuk masukkan
wang ke dalam akaun banknya. Wang yang saya berikan kepadanya cukup untuk
perbelanjaan sekolahnya dan lebih dari cukup untuk perbelanjaan sehariannya.
"Tapi tu lah... Duit yang diperlukannya untuk beli bekalan dadahnya tak pernah
cukup. Jadi dia sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan wang untuk beli bekalan
dadahnya. Saya tahu apa yang telah dilakukannya selama ini. Saya tahu, Zul... Saya tahu
dia buat cerita yang bukan-bukan tentang diri saya. Saya tahu untuk mendapatkan
simpati, dia kata dia perlukan wang untuk bayar duit sewa hostelnya dan perbelanjaan
makan minumnya. "Dia cerdik, Zul... Dia tahu dengan berbohong, macam-macam yang boleh dia
dapat. Dia cukup cerdik untuk mengetahui yang dia telah dilahirkan dengan wajah dan
tubuh yang elok untuk membolehkannya untuk mendapatkan apa yang dia mahu dari
lelaki-lelaki yang tergoda dek ketampanannya."
Zul memegang kepalanya yang mula terasa berdenyut-denyut. Dia mula sedar
bahawa dirinya telah ditipu oleh Ariffin. Dia merasa kecewa. Mungkin terlalu kecewa,
gamaknya. Kini mula terlintas di dalam dirinya bahawa dia adalah salah satu dari lelakilelaki
yang telah ditipu bulat-bulat oleh Ariffin.
"Saya mendapat tahu dari Jali, Zul akan berkahwin tidak lama lagi..."
"Ya," ujar Zul perlahan sambil tertunduk. Tiba-tiba dia terfikir tentang segala apa
yang telah dilakukannya awal pagi semalam bersama Ariffin. Satu perkara yang telah
dilakukannya yang entah mengapa menyebabkan sebahagian dari jiwanya terasa bebas
dan tenteram buat seketika di dalam perasaan bersalahnya " yang akhirnya ditidakkan
oleh Ariffin sendiri seolah-olah ia tidak pernah berlaku.
http://www.nizamzakaria.com 148
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Saya dapat tahu dari Jali lagi, tidak lama lagi dia terpaksa keluar dari rumah Zul.
Jadi beritahu kepadanya saya sanggup ambilnya tinggal di sini... Tetapi dia perlu berhenti
ambil dadah tu semua. Saya mahu dia berhenti. Itu sahaja syarat saya."
Zul mengangguk perlahan. Kemudian katanya sambil berdiri:
"Saya perlu pergi... Saya tak mahu ambil lebih banyak lagi dari masa encik Zed."
"Tunggu," pinta Chef Zainal kepadanya. Zul mengangguk perlahan. Dia cepatcepat
masuk ke dalam biliknya untuk mengambil satu barang yang dipunyai Ariffin yang
masih ada di dalam simpanannya.
"Art pernah tertinggal rantainya ini di sini. Dia banyak kali meminta rantai ini dari
saya tapi... Saya sengaja tak mahu beri kepadanya."
"Kenapa?" tanya Zul melihat kepada genggaman tangan Chef Zainal.
"Kerana dia anggap rantai ini berharga kepadanya. Saya pun tak tahu kenapa. Dia
tidak pernah beritahu kenapa... Apa-apa pun, serahkan rantai ini kepadanya." Chef Zainal
membuka tangannya lalu menyerahkan seutas rantai dengan sebiji loket yang diperbuat
daripada batu jed berbentuk tanduk ke tangan Zul.
Wajah Zul berubah pucat seolah dia baru sahaja melihat hantu yang menakutkan.
Mulutnya ternganga. Buat beberapa ketika dia tidak dapat bernafas.
"Kenapa Zul?" tanya Chef Zainal kehairanan. Dia dapat melihat Zul memicit
dahinya yang luas itu. "Tak ada apa-apa." Ujar Zul teragak-agak. "Saya perlu pergi."
Zul cepat-cepat keluar dari rumah Chef Zainal. Fikirannya berkecamuk. Tubuhnya
terasa lemah seolah-olah tenaganya telah diserap dan kini hilang entah ke mana.
Kepalanya kini berdenyut-denyut pening. Lehernya terasa keras dan tegang. Tekaknya
terasa loya. Fikirannya kini melayang entah ke mana.
Zul pergi mendapatkan keretanya. Dia memandu keretanya laju-laju dari arah
Kelana Jaya ke arah utara. Setelah lebih sepuluh minit dia memandu, dia memberhentikan
keretanya di tepi jalan. Dia keluar dari keretanya lalu dia tertunduk buat seketika sebelum
dia memuntahkan isi perutnya di sana.
Zul masuk semula ke dalam keretanya. Dia mengelap mulutnya yang dibasahi
lendir muntahnya. Dia terasa seperti mahu pitam. Tubuhnya menggigil. Dia memandang
ke arah rantai yang telah diserahkan oleh Chef Zainal kepadanya tadi yang terus
mengikatnya kepada satu peristiwa yang telah menghantui perasaannya sehingga kini...
http://www.nizamzakaria.com 149
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
BAB 19 Zul memerhatikan kulitnya yang semakin gelap. Kulitnya itu gelap akibat terlalu lama
bermain di bawah cahaya matahari tengah hari tadi bersama Aida di Mutiara Beach
Resort yang terletak di Batu Feringgi itu.
Zul memandang kepada wajahnya di muka cermin di bilik mandi di kamar hotelnya lamalama.
Dia menarik nafasnya panjang-panjang. Kemudian dia menggosok giginya. Dia
berkumur. Dia meludah ke dalam singki putih di hadapannya.
Zul keluar dari bilik mandi. Dia memandang ke arah Aida yang sedang duduk sambil
membaca di atas katil sambil membaca sebuah buku hasil tulisan Arundhati Roy. Mata
Aida terus tertumpu ke arah buku tersebut sehinggalah Zul datang menghampirinya. Zul
naik ke atas katil lalu membaringkan dirinya di sebelah Aida.
"Are you sure this is what you want?" tanya Zul dengan perlahan. Aida
meletakkan buku yang bertajuk "God of Small Things" ke atas meja di tepinya. Dia
mematikan lampu di tepi katil. Suasana di dalam kamar hotel terus malap.
"Yes," jawab Aida perlahan. Kemudian dengan manja dia memeluk lengan Zul
lalu meletakkan kepalanya ke dadanya. Aida mengusap-usap dada Zul yang padat dan
bidang itu. Aida kemudian mendekatkan dirinya kepada Zul untuk mengucupnya. Zul
membalas kecupannya. Tetapi dia berhenti apabila tangan Aida perlahan-lahan merayap
ke bahagian bawah pusatnya.
"I"m sorry, I think I have to check my SMS!" ujar Zul tiba-tiba. Wajahnya jelas
kerisauan. "What?" tanya Aida seperti tidak percaya. Dia melihat Zul cepat-cepat
mendapatkan telefon bimbitnya di atas meja. Dia menekan beberapa biji butang sebelum
dia mengeluh seorang diri.
"I really have to go." Katanya kemudian.
"But why?" "I kena balik KL. Esok ada urgent meeting first thing in the morning."
"But it"s already late. Dah pukul 12.20 malam!" Aida membantah. Wajahnya jelas
kecewa. "I know." Zul pergi mendapatkan begnya. Dia mula memasukkan barangbarangnya
ke dalam beg dan mengeluarkan sehelai baju yang mahu dipakainya. Baju itu
terus dipakainya. http://www.nizamzakaria.com 150
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Dah tu... You nak tinggalkan I di sini?" tanya Aida marah-marah. "Just like
that?" "Aida... Just take your time here, okay" Enjoy the scenery. Go sight seeing. Kalau
you tak nak, take a flight back to KL. I"m really sorry that things didn"t work out the way
we had planned it to be." Zul mengucup dahi Aida. Aida memeluk tubuhnya. Wajahnya
masam. "Zul... Do you really have to go?" tanya Aida dengan wajah yang semakin
mencuka. "I thought you dah ambil cuti" We still have another day to spend in Penang!"
"Work is work, Aida." Tegas Zul. Dia memakai seluar jeansnya cepat-cepat.
"Lagipun... I don"t think we are ready for all these."
"What do you mean we"re not ready" How long have we been together" Kalau
orang lain dah kahwin dan anak dua agaknya. Tapi you dengan I..."
"Aida... The thing is, kita belum berkahwin lagi."
"That"s the thing! Bila I ajak you kahwin, ada jer alasan you beri!"
"Tapi kita kan dah bertunang?"
"Okay... You"re my fiance! So why can"t we just sleep together and get on with
our lives?" Zul tersenyum sambil menggaru-garu kepalanya. Katanya dengan lembut kepada
Aida: "It doesn"t work that way, Aida. You pun tahu, kan" Kita orang Islam..."
"I know, but?" "Why don"t we make it special. Why don"t we save it till we finally get married?"
"Are you kidding me?" tanya Aida dengan wajah serius. "In this day and age?"
"No, I"m not." Kata Zul dengan serius. Dia duduk di sebelah Aida. Dia memegang
tangan Aida dengan erat. "I love you Aida... And you know that. Apa salahnya jika kita
tunggu sehingga masanya tiba nanti" We shall make it special!"
"Like how?" "Kita honeymoon ke Paris. We"ll stay at the best hotel there?"
"We"ll stay at The Ritz?"
http://www.nizamzakaria.com 151
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Of course we will!" Zul mengambil tangan Aida lalu mengucupnya. "I really
have to go." Aida mengangguk lesu. Dia hanya dapat membiarkan Zul mengambil begnya lalu
berjalan keluar dari bilik hotelnya itu. Aida kembali mendapatkan buku yang telah
dibacanya tadi. Dia menggigit bibirnya lalu menyambung bacaannya sambil membiarkan
Zul keluar meninggalkannya seorang diri di dalam bilik hotelnya.
* Zul memandu laju meninggalkan Pulang Pinang untuk ke Butterworth. Dia memandu
sambil menggigit buku jarinya. Dia merasa bersalah meninggalkan Aida begitu sahaja di
dalam bilik hotelnya di Baru Feringgi. Dia mula merasa dirinya dayus. Tetapi dia sedar
dia tidak dapat melakukan apa sahaja yang dimahukan Aida pada malam itu.
Kerana dia tak mampu. Zul cukup sedar dia tidak menyimpan apa-apa perasaan berahi terhadap diri Aida,
walaupun dia cukup pasti dia menyayangi dirinya, atau sekurang-kurangnya itulah yang
telah diberitahunya kepada dirinya selama ini. Ketika mengucupnya tadi, Zul mengerti
dengan sendirinya bahawa dia tidak mungkin mampu untuk melayarkan bahteranya
dengan Aida pada malam itu. Jadi, satu-satunya cara untuk dia mengelak dari berhadapan
dengan masalahnya ini adalah untuk melarikan dirinya. Jadi pada malam itu dia
berbohong kepada Aida bahawa dia terpaksa pulang ke KL untuk melaksanakan
tugasannya di pejabat... Zul terus memandu walaupun dia mengantuk. Kepenatan. Sehari suntuk siang tadi telah
mereka habiskan dengan berjalan-jalan di sekitar Pulau Pinang dan kemudian bermandi
manda di tepi pantai. Ini bukan kali pertama Zul pergi bercuti dengannya. Sebelum ini,
pernah mereka merentasi benua Eropah bersama-sama beberapa orang rakan mereka yang
lain. Sememangnya Zul suka menghabiskan masanya bersama Aida. Tetapi mungkin
sebagai kawan rapatnya dan tidak lebih dari itu. Dia suka pergi bercuti dengan Aida. Dia
suka menemani Aida pergi membeli-belah. Dia suka keluar makan malam bersamanya
lalu menceritakan tentang segala tugasannya di pejabat. Tetapi sehingga kini dia masih
tidak dapat membayangkan dirinya bertarung kasih di atas ranjang bersamanya. Satu
perkara yang cuba dijauhinya sejak mereka mula-mula berkenalan dahulu.
Kerana dia tak mampu. Zul cukup sedar bahawa dia bukanlah jenis lelaki yang akan dapat memuaskan diri Aida,
seperti mana yang dimahukannya kelak sekiranya mereka bergelar suami isteri. Dia cukup


Cinta Nasi Lemak Karya Nizam Zakaria di http://cerita-silat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

sedar dia mungkin perlu berlakon demi untuk memberikan segala kepuasan batin kepada
Aida nanti. Dia pasti jika dia berlakon, dia boleh melakonkan wataknya dengan baik.
Lagipun, dia seorang peguam. Di dalam pekerjaannya, hampir setiap hari dia perlu
berlakon dan bermuka-muka. Tetapi hal ini melibatkan hati seorang manusia yang
menyayanginya. Sampai bila agaknya dia mampu menipu Aida" Sampai bila"
http://www.nizamzakaria.com 152
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Zul mendapati kepalanya begitu berserabut sehingga dia terlupa untuk membelok ke arah
Lebuh raya PLUS. Dia memarahi dirinya kerana kini dia terpaksa menggunakan jalan
raya biasa yang menghala ke arah selatan. Perasaannya yang semakin bercelaru
menyebabkan dia tersalah jalan sekali lagi lalu kini dia sedang memandu di sebatang
jalan sunyi di daerah Bagan Serai...
* Zul tiba-tiba dapat mendengar bunyi dentuman yang kuat. Dia cepat-cepat menoleh ke
belakang. Dia dapat melihat sebuah van melanggar sebuah pokok yang besar di tepi jalan.
Dia cepat-cepat memberhentikan keretanya. Nafasnya turun naik dengan cepat. Zul
mengundurkan keretanya buat beberapa meter sebelum dia meletakkan keretanya di tepi
jalan. Zul keluar dari keretanya dengan perasaan ragu-ragu. Dia mendapati dia sedang berada di
sebuah jalan di pinggir sebuah hutan yang gelap. Hanya lampu keretanya yang menerangi
jalan. Di dalam keadaan terkejutnya dia cepat-cepat berjalan ke arah van putih yang
kemalangan tadi. Zul dapat melihat bahawa kepala pemandu van tersebut berlumuran darah. Darah merah
pekat keluar dengan laju dari bahagian kepalanya yang terhentak ke bahagian batang
pokok yang dilanggarnya. Seorang wanita yang bertudung yang sedang duduk di
sebelahnya pula berada di dalam keadaan ngeri. Anak mata sebelah kirinya terkeluar dari
lubang matanya. Lidahnya terjelir dengan titik-titik darah menitik jatuh dari lidahnya.
Di belakang, dia dapat melihat dua tubuh anak-anak kecil yang kelihatan seperti anak
patung yang rosak. Tubuh mereka yang kecil bergelimpangan di dalam van. Tubuh
mereka yang kecil itu kaku. Keras. Tidak bernyawa. Mati.
"Mak... Ayah!" Zul dikejutkan oleh suara yang datangnya sayup-sayup dari dalam
van. Zul cuba membuka pintu van tetapi pintu van tersengkang. Dia kemudian
memasukkan kepalanya ke bahagian pintu tingkap belakang yang pecah. Dia dapat
melihat sekujur tubuh seorang anak muda dengan seluruh bahagian wajahnya merah
berlumuran darah. Kakinya tersepit di antara bahagian tepi tempat duduk dan bahagian
dinding van yang remuk. Dia mengerang kesakitan setiap kali dia cuba menggerakkan
kakinya. "Apa yang telah berlaku?" tanya anak muda itu dengan suara terketar. Dia berada
di antara keadaan sedar dan tidak sedar. Dia cuba membuka matanya. Tetapi anak
matanya pedih terkena darah yang bercucuran keluar dari bahagian kening kirinya dan
kepalanya yang terluka. Zul tidak menjawab. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan sekarang.
Kepalanya kosong, seolah-olah dia telah hilang fikiran. Apa yang sedang diperhatikannya
sekarang terlalu mengerikan. Dia tidak tahu jika dia sedang mengalami mimpi ngeri
ataupun perkara ini betul-betul berlaku di hadapannya.
http://www.nizamzakaria.com 153
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Anak muda itu menghulurkan tangannya agar dirinya dapat dibantu. Dia mahu
memastikan anggota keluarganya berada dalam keadaan selamat. Zul cuba membantu
dengan berpaut kepada cermin yang pecah itu lalu masuk semakin dalam ke dalam perut
van. Sebaik sahaja dia berada semakin dekat kepada anak muda itu, dia mendapati
lehernya dirangkul oleh pemuda itu. Anak muda itu beria-ia mahu melepaskan keadaan
dirinya yang tersepit. Tetapi apabila dia cuba menarik dirinya, dia dapat merasakan
terdapat besi yang tajam yang menusuk ke bahagian betisnya sehingga ke tulang. Dia
menjerit kesakitan. Dia merasa begitu sakit sehingga dia dapat merasakan dia akan pitam
pada bila-bila masa sahaja sekarang.
Di dalam keadaan panik, Zul menarik dirinya keluar dari perut van. Rantainya
tersentap lalu tercabut ikatannya apabila ia telah digenggam kuat oleh anak muda itu. Zul
dapat melihat bahagian lehernya merah dilumuri darah anak muda tadi.
"Tolong saya, bang... Tolong keluarga saya." Katanya sebelum dia menutup
matanya dengan rapat kerana menahan sakit.
"Abang perlu pergi untuk dapatkan bantuan." Zul memberanikan dirinya untuk
bersuara. Anak muda itu mengangkat tangannya dengan lesu. Dia cuba menghulurkan
tangannya untuk menyerahkan rantai itu kembali kepada Zul.
"Simpan rantai itu baik-baik... Kau perlu terus hidup." Tanpa disedarinya, kata ini
terpacul dengan sendirinya dari mulutnya.
Zul dapat melihat anak muda di hadapannya itu kini pengsan. Tangannya terus
menggenggam seutas rantai pemberian Aida yang telah diberikan kepadanya di hari
pertunangannya dahulu. Rantai itu kepunyaan bapa Aida dan telah diturunkan kepada
keluarganya sejak beberapa generasi yang lalu. Mungkin dia perlu mengambil rantai itu
kembali dari tangan anak muda itu...
Sememangnya Zul ingin mengambil rantai tersebut kembali dari tangan anak
muda itu, tetapi dia cepat-cepat mengubah fikirannya.
Zul berlari-lari anak untuk mendapatkan keretanya. Dia perlu melakukan sesuatu.
Cepat... Zul tiba-tiba memikirkan tentang dirinya. Tentang kerjayanya. Tentang
keluarganya di kampung. Tentang perasaan cinta yang tidak ikhlasnya terhadap diri Aida.
Tentang dirinya yang mempunyai masa depan yang cerah di dalam bidang kerjaya yang
diambilnya. Tentang kemalangan yang dahsyat ini yang pastinya akan mengganggu
jiwanya sampai bila-bila.
Zul termenung buat seketika sebelum dia menghidupkan enjin keretanya lalu
membawa keretanya laju-laju meninggalkan kawasan pinggir hutan yang letaknya
berdekatan dengan Kampung Matang Gerdu itu...
http://www.nizamzakaria.com 154
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
BAB 20 Sudah tiga hari Zul tidak menghidupkan telefon bimbitnya. Dia perlu merehatkan
fikirannya. Langsung dia tidak mahu apa-apa gangguan luar dari merasuk jiwanya. Tidak
ada sesiapapun yang tahu dia telah membawa dirinya ke Genting Highlands. Termasuklah
Aida. Zul memandang ke arah bukit bukau yang menghijau di hadapannya. Kabus tebal
menyapu tubuhnya. Dia berpeluk tubuh. Rasa dingin angin gunung menyebabkan dia
menggigil kesejukan. Hari ini dia perlu pulang ke Kuala Lumpur walaupun fikirannya masih kacau. Dia sedar
dia tidak mungkin mampu hidup seperti sedia kala lagi. Dia mula sedar dia telah
menjalani hidupnya ini dengan penipuan demi penipuan yang telah dilakukannya demi
kepentingan dirinya. Dia tahu dia terlalu pentingkan dirinya. Dia hanya memikirkan tentang dirinya dan bukan
perasaan orang lain. Jadi jalan yang diambilnya adalah dengan menipu. Dia tidak tahu
sampai bila dia harus menipu lagi. Sampai bila pun dia tak tahu lagi.
Zul mengeluh. Dia akhirnya mengambil keputusan untuk menghidupkan telefon
bimbitnya. Seperti yang dijangkakannya, dia kini memuat turun berpuluh-puluh mesej
SMS dari Aida. Zul menggelengkan kepalanya. Dia membuka pesanan SMS terakhir dari Aida. Wajahnya
berubah terkejut. Kata Aida dalam pesanan SMSnya:
"Sekarang baru I tahu mengapa perangai you pelik sejak akhir-akhir ini... Ruparupanya
you ada perempuan lain! How could you do this to me!"
Zul tidak tahu sama ada dia perlu ketawa ataupun dia perlu risau setelah
menerima pesanan SMS ini. Apa yang penting sekarang, dia perlu pulang. Orang pertama
Macan Tutul Di Salju 3 Can You See Me Karya Sonya Michibata Bayang Bayang Gaib 1
^