Pencarian

Cinta Nasi Lemak 4

Cinta Nasi Lemak Karya Nizam Zakaria Bagian 4


yang ingin ditemuinya adalah Ariffin. Dia perlu menyerahkan rantai kepunyaannya ini
kepadanya. * Aida kerisauan. Malam semalam dia langsung tidak dapat melelapkan matanya.
Fikirannya berkecamuk memikirkan tentang perubahan ketara yang berlaku kepada
hubungannya dengan Zul. Semakin dekat tarikh perkahwinannya dengan Zul, semakin renggang hubungan
Zul dengannya. Jika dahulu Zul sering menelefonnya dari pejabat, kini dia tidak
melakukan perkara yang sama lagi. Sejak akhir-akhir ini, Zul terlalu sering memberi
alasan untuk tidak keluar makan dan membeli-belah dengannya. Malah, dia seolah mahu
menjauhkan dirinya darinya. Jadi kenapa tiba-tiba sahaja perangainya berubah seperti ini"
http://www.nizamzakaria.com 155
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Aida semakin risau setelah dia menerima pesanan SMS dari Zul yang mengatakan
dia perlu bercuti berehat buat beberapa hari. Apabila Aida cuba menghubunginya, dia
mendapati Zul telah mematikan telefon bimbitnya.
Pada malam itu, di dalam keadaan fikirannya yang berkecamuk, Aida mengambil
keputusan untuk pergi ke rumah Zul. Dia berfikir, mungkin Zul ada di sana. Fikir Aida,
jika dia tidak ada di sana sekalipun, mungkin dia tetap boleh mendapatkan jawapan dari
Ariffin, sepupu Zul yang tinggal serumah dengannya.
Aida menekan loceng di sebelah pintu pagar rumah Zul. Dia terpaksa menekan sebanyak
dua tiga kali sebelum pintu pagar dibuka. Dia tahu ada orang di rumah Zul walaupun
kereta Zul tidak kelihatan di situ. Rumah Zul terang benderang. Lagipun, Aida dapat
melihat sebuah motor berwarna merah ada di letakkan di hadapan pintu rumahnya itu.
"You must be Art." Ujar Aida sebaik sahaja Ariffin muncul mendapatkan Aida.
"Ya." Ariffin mengangguk cepat. "Kak Aida cari abang Zul ke?" Tanya Ariffin
kemudian yang kenal benar dengan Aida walaupun mereka tidak pernah bersemuka
sebelum ini. "Ya. Dia tak ada di dalam?"
"Tak..." Aida menggigit bibirnya. Wajahnya jelas kecewa. Marah. Risau.
"Maaflah kalau kakak datang lewat malam macam ni."
"Tak apa, saya tak tidur lagi. Esok saya ada finals."
"Oh," Aida memegang sikunya. Matanya tertunduk memandang ke arah kasut
Manolo Blahniknya. "Dah dua hari dia tak balik..." Beritahu Ariffin kemudian sambil menggosok
hidungnya. "Art tahu di mana dia sekarang?"
"Tak. Dia beritahu melalui SMS dia perlu bercuti. Tu jer." Jawab Ariffin sambil
meramas-ramas rambutnya. "Kak Aida nak masuk dalam tak?"
Aida termenung memandang ke arah keretanya sebelum dia mengangguk lemah.
Ariffin membawa Aida masuk ke dalam rumah. Dia menyuruh Aida duduk di
ruang tamu. Aida menurut sahaja.
http://www.nizamzakaria.com 156
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Saya sediakan minuman... Kak Aida tunggu di sini, ya?" pinta Ariffin. Aida
mengangguk setuju. Seekor kucing hitam menyapa Aida. Aida tersenyum lalu membiarkan kucing
tersebut mencium kakinya sebelum ia naik ke atas sofa lalu duduk sopan di sebelahnya.
Beberapa minit kemudian Ariffin keluar membawa minuman air teh yang telah
disediakan di dalam sebuah teko porselin berwarna putih. Dia menuangkan isi teko ke
dalam sebiji cawan lalu diserahkan kepada Aida. Aida mengambil sedikit masa untuk
meletakkan gula dan krim ke dalam cawan sebelum dia meletakkan kembali cawannya ke
atas meja kaca di hadapannya.
Wajah Aida penuh kerisauan. Dia duduk diam dengan agak lama sebelum dia
memberanikan dirinya untuk bersuara:
"Abang Zul selalu ceritakan tentang diri Art kepada kakak. Dia bangga dengan
Art kerana Art selalu dapat markah yang tinggi dalam peperiksaan... Dia kata Art pandai
memasak?" "Dia jarang nak cerita kepada saya tentang kak Aida." Pintas Ariffin. JP sekarang
menumpukan perhatiannya kepada Ariffin. JP naik ke atas pangkunya. Ariffin terus
mengusap-usap bulu JP yang berkilat itu.
"Oh," Aida menelan air liurnya untuk membasahkan tekaknya yang terasa kering
tiba-tiba. Dia mengambil cawan tehnya lalu diteguknya air teh yang telah disediakan oleh
Ariffin kepadanya tadi. "Dah banyak kali saya tanya abang Zul tentang kak Aida, tapi dia tak suka kalau
saya tanya..." Aida mengeluh lesu. Dia meletakkan cawan tehnya kembali ke atas meja. Dia
memerhatikan bahagian dalaman rumah Zul. Dia mula sedar dia hanya pernah ke rumah
ini dua atau tiga kali sebelum ini. Zul jarang menjemputnya ke sini. Ke dalam rumahnya
yang akan bakal didiaminya apabila dia berkahwin dengan Zul kelak.
"Hubungan Art dengan abang Zul tentunya rapat..." Aida kembali bersuara,
membuka lembaran bicara setelah lama dia mendiamkan dirinya.
"Ya, jadi kenapa kak?"
"Tak ada apa-apa." Aida cepat-cepat menggeleng kepalanya. Matanya berkacakaca.
Dia menutup bahagian matanya dengan tangan kirinya yang putih dan halus itu.
"Kak... Kalau Kakak ada apa-apa yang mahu kakak luahkan kepada saya...
Luahkan sahaja. Saya sedia mendengar."
http://www.nizamzakaria.com 157
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Aida mengeluarkan kertas tisunya dari dalam beg tangannya. Dia mengelap air
matanya. Katanya kemudian:
"Abang Zul... He"s perfect as a friend, as a fiance?"
"Baguslah macam tu."
"Masalahnya he"s too perfect!" Di dalam renungannya terkandung maksud yang
kabur. "Art, bila kami keluar bersama, matanya tidak pernah berpindah ke perempuan
lain, no matter how attractive they are. What more can you ask from a boyfriend?"
"Sebab kak Aida cantik. Lagipun dia sayang dengan kak Aida."
"It"s not like that. Ye lah, lelaki kalau dah baik sangat, mesti ada sesuatu yang
mereka ingin sembunyikan dari kita."
"Entahlah. Saya pun tak tahu pasal hal ni semua?"
"It's like... Everything about him has been carefully orchestrated. Cara dia
bercakap. Cara dia melayan kakak. Everything!" Aida bersungut melulu. "He tries so
damn hard, sometimes he looks like he"s faking it!"
Ariffin menggerak-gerakkan kedua-dua belah bahunya, seolah-olah dia tidak tahu
apa yang dikatakan oleh Aida kepadanya, walaupun dia cukup cerdik untuk mengetahui
perkara yang sebenar. Dia sudah masak benar dengan lakonan-lakonan bertaraf dunia
yang selalu dilakonkan oleh lelaki-lelaki seperti Zul di hadapan kekasih-kekasih wanita
dan isteri-isteri mereka...
"Abang Zul dah banyak berubah..." Aida menyuarakan keraguan yang telah lama
berbuah di dalam hatinya.
"Saya tak faham..."
"Dia tak macam dulu lagi."
"Apa maksud kakak?"
"It"s like... He"s trying to avoid me this past couple of weeks."
"Dia sibuk, kot."
"Bukan fasal tu, Art. Sebelum ini pun dia sibuk jugak."
"Jadi kenapa kak Aida fikir dia jadi macam ni?"
"I think he"s seeing someone else."
http://www.nizamzakaria.com 158
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Hah?" "You know what" For a few months now I could see that he"s in love."
"Jadi apa masalahnya?"
"He"s in love... But the problem is, it"s not with me!"
Ariffin menggosok-gosok hidungnya. Kemudian dia menggosok matanya pula.
Dia tidak dapat menumpukan perhatiannya kepada Aida tetapi dicubanya juga. Fikirannya
pada masa itu di tempat lain...
"Macam mana kak Aida tahu dia sedang jatuh cinta?" matanya kecil meniti titian
pertanyaannya. "I can see it in his eyes..."
"Jadi kalau dia tak cintakan kakak... Siapa lagi?"
"I think there"s another woman in his life." Buat sejurus, Aida termenung
menatang nasib. "Apa?" Ariffin mahu tergelak dibuatnya, tetapi dia menahan ketawanya.
Wajahnya tetap nampak serius.
"Dia ada perempuan lain... Kalau tidak tak kan dia jadi macam ni!" Aida
mengetap bibirnya tanda marah dan kecewa.
"Sabar kak..." Ariffin mendekatkan dirinya kepada Aida.
"Art... Boleh Art jujur kepada kakak?" pinta Aida dengan suara penuh harapan.
Perhatiannya kini tertambat kepada Ariffin.
"Kenapa kakak tanya saya soalan ni?"
"Sebab kakak rasa Art orang yang paling rapat dengan abang Zul selain kakak...
Jadi kakak rasa tentu Art tahu hal yang sebenarnya berlaku sekarang ni."
Ariffin mendiamkan dirinya. Dia termenung memandang ke arah lantai.
"Kakak cuma nak tahu jika abang Zul mempunyai hubungan dengan perempuan
lain. I just want to know if it"s true." Tanya Aida dengan wajah suram. Suaranya berat
dan rendah. Dia merenung penuh ke wajah Ariffin untuk menunggu jawapan yang jujur
darinya. "Ya." Jawab Ariffin dengan yakin tanpa sedikit pun matanya berkelip.
http://www.nizamzakaria.com 159
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Kali ini Aida tidak lagi menangis seperti tadi. Perasaannya terlalu marah untuk
menangis. Kini bibirnya bergerak-gerak, tetapi tidak ada bunyi yang keluar. Lidahnya
seperti telah ditelannya sendiri...
http://www.nizamzakaria.com 160
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
BAB 21 Zul akhirnya pulang ke rumahnya pada lewat senja itu. Sebaik sahaja dia pulang ke
rumahnya, dia mendapati Ariffin sedang tekun bermain dengan alat permainan video
Playstation 2. Matanya tepat kepada kaca TV plasmanya ketika sedang bermain dengan
permainan Grand Theft Auto: San Andreas. Dia sedikit pun tidak menoleh ke arah Zul.
Seolah-olah dia masih berada seorang diri di dalam rumah itu ditemani JP.
JP mengiau-ngiau ke arah Zul. Dia ingin mendapatkan perhatian Zul, tetapi Zul
tidak melayannya. Zul duduk di kerusi sofanya. Dia memandang ke arah Ariffin. JP mengiau sekali
lagi sebelum duduk di kaki Zul.
"Exams Art semuanya dah selesai?" tanya Zul kepada Ariffin. Tangannya merabaraba
janggutnya yang dipotong pendek itu. Wajahnya nampak lesu. Rambutnya kusut tak
terurus. "Dah." Jawab Ariffin ringkas dengan matanya masih terpaku ke hadapan. Kedua
belah tangannya sibuk menekan-nekan butang konsol.
"Bila mulanya cuti semester Art tu?"
"Hari ini lah kot... Lepas ni dah tak ada apa lagi sehinggalah semester baru naik
nanti." "Art cadang-cadang nak ke mana?"
"Duduk rumah jer." Ariffin menyorong tubuhnya ke hadapan. "Kenapa?"
"Jom kita pergi bercuti..."
"Bercuti?" "Ya. Kita bawa Jali sekali."
"Untuk apa?" "Rehatkan fikiran..."
"Bercuti ke mana?"
"Kita ke Bali." Wajahnya terlukis harapan agar Ariffin bersetuju dengan
cadangannya ini. "Abang tahu Jali ada simpan cita-cita untuk ke Ubud untuk melihat
lukisan-lukisan di sana. Dia pernah beritahu abang salah satu cita-citanya adalah untuk ke
sana bersama Art?" http://www.nizamzakaria.com 161
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Jangan main-main lah bang!" Ariffin menekan butang "pause" untuk
memberhentikan permainannya. Dia menoleh ke arah Zul.
"Abang tak main-main." Kata Zul walaupun fikirannya mengerawang memikirkan
beberapa hal yang lain. "Saya takde duit nak ke Bali. Jali lagilah tak ada duit. Dia tu berangan jer lebih...
Nak pergi Bali lah... Nak pergi Paris lah?"
"Tak apa. Korang berdua tak perlu fikirkan tentang itu semua."
"Saya tak ada pasport antarabangsa. Saya rasa Jali pun sama macam saya."
"Buat pasport sekejap jer... Tak lama." Sahutnya dengan bersungguh-sungguh.
"Entahlah... Nanti saya fikirkan."
"Kenapa Art perlu fikirkan?" suaranya tajam bertanya. Dia sedar Ariffin mungkin
tidak boleh berenggang lama dengan dadah sebab itu dia perlu mengambil masa untuk
mengambil keputusan ini. Tapi dia tidak mahu bertanyakan Ariffin tentang hal ini.
"Takdelah... Saya tak nak abang berhabis duit macam ni," Ariffin memberi alasan.
"Abang bawak jer lah si Jali tu sorang."
Zul menggigit hujung jarinya. Lidahnya terkunci. Tubuhnya bergerak ke depan
dan ke belakang. Sedetik kemudian dia memberanikan dirinya untuk mengeluarkan seutas
rantai dari dalam kocek bajunya.
"Ini untuk Art." Zul menyerahkan rantai tersebut kepada Ariffin.
Rasa terperanjat mengukir garis di wajah Ariffin. Dengan ragu-ragu dia mencapai
rantai tersebut dari tangan Zul.
"Kenapa ni, bang?" tegurnya perlahan. Dia masih tersentak dengan tindakan Zul
menyerahkan rantai itu kepadanya. Matanya terus meleret ke wajah Zul.
"Jadi selama ini Art tahu siapa abang sebenarnya?" suaranya tebal dengan
keinginan untuk mendapatkan jawapan yang jujur dari Ariffin.
"Ya." Katanya dengan suara yang keras. "Saya masih boleh ingat lagi kepada
wajah abang dan kereta abang yang berhenti dekat dengan van yang dibawa arwah bapa
saya dulu." "Apa yang boleh Art ingat?"
http://www.nizamzakaria.com 162
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Abang datang untuk tolong kami sekeluarga. Abang cuba keluarkan saya dari
keadaan saya tersepit, tapi gagal. Rantai abang ini tercabut dalam genggaman saya.
Kemudian, abang kata saya perlu hidup... Saya tak tahu apa yang berlaku selepas itu."
Zul termenung dengan rasa penuh bersalah. Dia meraba-raba bahagian belakang
tengkuknya. "Art tahu apa yang telah menyebabkan kemalangan itu?"
"Saya tak tahu bang... waktu kejadian tu berlaku saya sedang tidur. Kami
sekeluarga dalam perjalanan pulang dari kenduri kahwin sepupu sebelah bapa saya di
Kuala Sepetang. Waktu tu, hari dah lewat malam, tapi bapa saya tetap berdegil nak balik
ke Yan. Entahlah... Saya rasa kemalangan tu berlaku sebab dia terlalu penat... Semuanya
berpunca dari kecuaian dia!" Rasa dendam kemudian mula meresap ke dalam dirinya.
"Saya benci dia kerana dia cuai!"
"Jangan benci kepadanya, Art!" Zul membalas dengan menasihati.
"Bang... Kalau dia tak cuai, saya tak akan berada di sini. Duduk merempat dari
satu tempat ke satu tempat macam ni!" sela Ariffin marah-marah. Dia menghempas
konsol permainannya ke lantai sehingga pecah.
"Sabar Art!" Zul cuba memujuk. Dia dapat melihat api kemarahan semakin
menyala membakar jiwa Ariffin.
"Abang dapatkan rantai ini dari mana?" Ariffin menengking kuat seraya
menunjukkan rantai itu kepada Zul sebelum dia menyimpannya ke dalam kocek bajunya.
"Chef Zainal?" "Kenapa?" "Abang nak tahu kenapa Art jadi macam ni..."
"Jadi apa yang dia beritahu?"
"Segala-galanya." ucap Zul dengan perlahan. "Tentang keluarga Art... Tentang
kemurungan yang terpaksa Art tempuhi... Tentang masalah pengambilan dadah yang Art
hadapi?" "Jadi abang dah puas sekarang" Hah" Dah puas?" Ariffin menengking kuat
dengan sangkaan-sangkaan liar tak berasas.
Zul memerhatikan JP yang berlari ketakutan masuk ke dapur. Zul hanya mampu
menggelengkan kepalanya. http://www.nizamzakaria.com 163
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Kenapa abang suruh saya terus hidup malam tu?" tanya Ariffin dengan
kemarahan yang ditahan-tahan. Sudah lama dia mahu menujukan soalan ini kepada Zul.
"Kerana kau sahaja yang aku lihat masih hidup pada malam tu... Sekurangkurangnya?"
"Sekurang-kurangnya apa?"
"Sekurang-kurangnya yang mati pada hari itu hanya empat orang." Keheningan
tiba-tiba mengurung bicara antara mereka.


Cinta Nasi Lemak Karya Nizam Zakaria di http://cerita-silat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

"Apa yang sebenarnya berlaku pada malam tu, bang?" tanya Ariffin dengan suara
yang terketar-ketar. Dia terduduk di atas kerusi sofa.
Zul menarik nafasnya panjang-panjang sebelum dia mendekatkan dirinya kepada
Ariffin lalu dia memulakan ceritanya...
* Rasa mengantuk yang amat sangat mula menyapa diri Zul. Dia menguap beberapa kali
ketika memandu ke arah selatan.
Jalan yang dilaluinya gelap. Dalam waktu-waktu yang lewat sebegini, tidak terdapat
banyak kenderaan yang melalui jalan yang digunakan ini.
Zul membuka tingkap keretanya untuk mengelak dari dirinya menjadi lebih mengantuk.
Kemudian dia memainkan koleksi lagu-lagu Jazz di alat pemain cereka padatnya kuatkuat.
Zul masih ingat lagi kepada lagu yang sedang didengarnya pada waktu itu. Lagu Jazz dari
era Big Band - lagu Boogie Woogie Bugle Boy oleh The Andrews Sisters. Lagu itu pada
mulanya kuat didengarinya. Kemudian sayup-sayup. Buat beberapa detik kemudian, dia
hilang ingatan. Dia hanya tersedar apabila dia dapat mendengar bunyi dentuman yang
kuat di belakangnya. Dia menoleh ke belakang. Dia dapat melihat sebuah van berwarna
putih yang telah melanggar sebatang pokok besar yang tumbuh rendang.
Kepalanya buntu ketika dia sedang berjalan ke arah van putih yang telah terlanggar
dengan pokok di hadapannya. Jelas di dalam fikirannya bahawa kemalangan ini telah
berlaku di atas kesilapannya tertidur buat beberapa detik di dalam kereta ketika sedang
memandu tadi. Dia tidak pasti berapa lama dia telah terlena ketika dia sedang memandu
tadi... 6 saat" 12 saat"
Zul menoleh sekali ke belakang. Ke arah kereta BMW hitamnya. Lampu keretanya masih
terbuka lalu menyinari ke bahagian van. Lelehan darah dapat dilihat pada bahagian tepi
van. Zul merasa seperti mahu muntah. Tekaknya loya. Dari arah keretanya dia dapat
mendengar lagu Sing, sing, sing yang dibawakan oleh Benny Goodman. Suasana pada
ketika itu terlalu surreal baginya.
http://www.nizamzakaria.com 164
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Zul mendekati van putih yang remuk itu, lalu terus dia memeriksa bahagian dalam van
Zul mendapati dia telah menyebabkan kematian empat orang penumpang di dalam van
ini. Seorang lagi penumpang masih hidup, tetapi Zul tidak dapat menolongnya. Wajah
anak muda yang masih hidup itu dipenuhi darah. Dalam samar-samar kegelapan malam,
Zul sememangnya tidak dapat melihat wajahnya itu dengan jelas, tetapi apa yang pasti,
anak muda yang berada di dalam usia belasan tahun itu masih hidup dan sedang berada di
dalam keadaan kesakitan yang amat sangat.
Zul tidak dapat menolongnya. Lebih-lebih lagi apabila dia mula mendapati kesan darah
anak muda itu terlekat ke bajunya apabila dia cuba keluar dari keadaan tersepitnya dengan
merangkul lehernya. Zul mahu pergi jauh dari situ. Bau hamis darah anak muda dan
keluarganya membuat tekaknya terasa semakin loya.
Ya, dia perlu pergi dari sini. Cepat. Dia tidak mahu dirinya terlibat dengan kemalangan
ini, walaupun dia tahu kemalangan ini telah berlaku akibat kecuaiannya. Dia tidak mahu
kehidupannya nanti terhambat dek peristiwa hitam ini. Dia tidak mahu dirinya nanti
diingati sebagai seorang pembunuh, walaupun kematian keluarga yang tidak dikenalinya
ini telah berlaku secara tidak sengaja...
Zul meninggalkan kawasan kemalangan lalu dia terus menaiki keretanya. Dia membawa
keretanya laju-laju ke arah selatan. Fikirannya kosong. Dia tidak mengantuk lagi.
* Zul menceritakan segala-galanya kepada Ariffin. Dia tidak mampu berbohong lagi
dengan memendam rahsia hitamnya dari orang lain. Terutamanya kepada Ariffin.
Ariffin perlu tahu bahawa bukan bapanya yang menyebabkan kemalangan ini,
tetapi dia. "Abang ini manusia bacul, Art... Pengecut! Selama abang hidup, abang tidak
pernah mahu berhadapan dengan diri abang sendiri, tentang siapakah diri abang ini yang
sebenarnya. Selama ini abang hidup bermuka-muka dengan menipu orang lain dan
menipu diri. Jadi bila kemalangan itu berlaku, abang rasakan... Tak ada salahnya jika
abang menidakkan peristiwa ini, seolah-olah ianya tidak pernah berlaku." Katanya dalam
kemuraman hati. Dia tidak berani memandang ke arah Ariffin yang hanya mendiamkan
dirinya sejak tadi. Ariffin terus duduk di sofa. Kaku. Dingin dengan kebisuan yang muncul di dalam
hati. Matanya kelihatan merah kerana menahan rasa marah yang amat sangat. Kulit
kepalanya terasa tegang dan cuping telinganya terasa panas menggelegak. Sepanjang
hayatnya, dia belum pernah lagi merasa marah sebegini.
Ariffin merasakan bahawa kini dia sedang duduk bertentangan dengan pembunuh
keluarganya " orang yang telah menyebabkan manusia-manusia yang paling disayanginya
http://www.nizamzakaria.com 165
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
mati. Yang membuatnya lebih marah, si pembunuh kejam ini kemudiannya lari
melepaskan dirinya begitu sahaja.
"Binatang!!!" Ariffin meluahkan kata-kata itu dalam suasana ketandusan bicara.
"Maafkan abang, Art. Abang tahu abang bersalah." Suaranya tebal dengan
kesungguhan. Matanya redup memandang ke bawah.
Di dalam keadaan marahnya, Ariffin mencekak kolar baju Zul lalu dihumbannya
tubuh Zul sehingga terjatuh ke atas meja kaca di belakangnya. Meja kaca tersebut pecah
berderai. Dada Ariffin berombak kencang, nafasnya turun naik dengan cepat. Dia dapat
melihat darah Zul yang mula membasahi karpet. Sekeping serpihan kaca tajam yang besar
terbenam di bahagian pehanya.
Zul masih tidak sedar tentang darah merah pekat yang mengalir laju keluar dari
pehanya. Matanya terus memandang ke arah Ariffin, yang dilihatnya sedang mengutip
sekeping serpihan kaca yang tajam. Kemudian Ariffin terus melangkah menghampirinya
dengan kaca tajam di genggamannya, lalu dia menekan hujung kaca yang tajam itu ke
leher Zul sehingga berdarah.
Zul tercengang melihat tindak-tanduk Ariffin yang mula menggila. Wajahnya
persis seorang pembunuh apabila kaca yang tajam itu semakin dalam menghiris lehernya.
"Art... Berhenti Art. Abang tahu Art marah, tapi bukan begini caranya..." Matanya
tercermin kebimbangan. "Apa kau ingat aku akan bunuh kau macam tu jer" Aku bukan binatang macam
kau!" Ariffin ketawa dengan gelakkan yang dibuat-buat. "Aku mahu kau hidup... Aku
mahu kau tahu apa yang telah lakukan kepada aku selama ini sampai aku jadi begini!"
Ariffin mencampakkan cebisan kaca yang telah digenggam buat itu ke tepi. Kaca itu
dilitupi kesan darah yang datangnya dari tangan Ariffin yang terluka itu. Ariffin
kemudian mengeluarkan rantai kepunyaan Zul dari dalam kocek bajunya. Dia
mencampakkan rantai itu ke muka Zul sebelum dia meludah ke arahnya dengan rasa
penuh benci. Ariffin berjalan ke arah biliknya. Titik-titik darah dari tangannya jatuh ke lantai.
Sebaik sahaja dia masuk ke dalam biliknya, terus pintu biliknya dihempas kuat sehingga
berdentum bunyinya. Zul melihat ke arah pehanya yang berdarah itu. Semakin banyak darah yang
mengalir keluar. Dia cuba mengesot ke arah sofanya lalu dia cuba berdiri dengan berhatihati.
Bukan satu perkara yang mudah yang dapat dilakukan olehnya kerana masih terdapat
sekeping kaca tajam yang terbenam di pehanya itu.
Zul menoleh ke belakang. Beberapa detik kemudian dia dapat melihat Ariffin
keluar dari bilik bersama dengan begnya, dia bergegas keluar dan terus mendapatkan
motornya. Enjin motornya dihidupkan, lalu dia terus keluar dari kawasan rumahnya.
http://www.nizamzakaria.com 166
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Zul mengeluh lesu. Dia mengelap kesan darah pada lehernya yang tercalar.
Tangannya menggeletar. Sejuk. Dia memikirkan tentang kata-kata terakhir Ariffin tadi
yang kini berdengung di dalam kepalanya. Memang betul kata-katanya tadi, fikir Zul di
dalam hati. Sampai bila-bila pun dia akan dibebani dengan rasa bersalah setelah
mengetahui bahawa dialah punca yang menyebabkan kehidupan Ariffin tidak tentu arah
sehingga kini... http://www.nizamzakaria.com 167
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
BAB 22 Jali dapat mendengar pintu belakang studionya diketuk berkali-kali. Tidak ada orang lain
yang akan datang ke studionya itu pada malam-malam seperti ini dan mahu masuk
menggunakan pintu belakang studionya jika bukan Ariffin. Apabila Jali memandang ke
arah jam dindingnya, dia melihat jam menunjukkan pukul 9.30 malam. Dia mengeluh
sendiri. Dia dapat mendengar suara Ariffin memintanya agar membuka pintunya itu
cepat-cepat. Katanya: "Aku tahu kau di dalam... Bukaklah wei! Kalau tidak aku pecahkan pintu ni
nanti!" Jali terus meletakkan berus lukisannya ke tepi. Dia pergi ke pintu belakang, lalu
membuka pintunya itu. Ketika dia membuka pintu, dia mendapati wajah Ariffin
kemerahan. Tangan kanannya memegang sebotol minuman keras. Dia sedang berada di
dalam keadaan mabuk. Mata Jali meleret melihat beberapa orang pelacur yang sedang
memandang ke arahnya dari bawah.
"Aku tak suka kau minum vodka murah tu lepas tu datang ke sini dalam keadaan
mabuk. Dah berapa kali aku cakap jangan minum lagi?" Jali bersuara tegas. Matanya kini
tepat kepada botol minuman keras yang digenggam Ariffin yang mempunyai kesan darah.
"Kenapa dengan kau ni" Apa dah jadi?"
Jali memegang tangan kanan Ariffin. Dia mendapati di atas tangan Ariffin
terdapat kesan luka yang dalam. Dia meminta Ariffin masuk. Ariffin terus meluru masuk
ke dalam studio kecil Jali. Ariffin mencampakkan begnya ke tepi. Dia duduk di atas
bangku yang selalu Jali gunakan ketika hendak melukis. Jali pula terus bergegas masuk
ke dalam studio Wong untuk mencari kotak "first-aid" untuk mengambil kapas, krim
antiseptik dan kain pembalut luka.
Jali membersihkan luka Ariffin. Kemudian dia meletakkan krim antiseptik ke
lukanya sebelum dia membalutnya dengan cermat.
"Binatang tu pembunuh keluarga aku!" Ariffin menjerit marah setelah lama
suasana disulami dengan keadaan sunyi. Botol arak yang dipegang sejak tadi dibaling ke
dinding sehingga pecah. Jali masih boleh bersabar. Dia dah masak dengan lagak gila
Ariffin seperti ini ketika dia sedang marah dan mabuk.
"Siapa" Siapa yang bunuh keluarga kau?" tanya Jali dengan sinis. Matanya masih
kepada pecahan-pecahan kecil kaca di atas lantai.
"Zul! Dia bunuh keluarga aku!" mata Ariffin dilimpahi perasaan dendam.
"Dalam kemalangan yang kau ceritakan dulu?" Suara Jali berubah serius.
"Ya... Dia tertidur. Selama ini aku salahkan bapak aku. Aku fikir dialah yang leka,
tapi dia tak bersalah! Binatang haram jadah tu yang bersalah!"
http://www.nizamzakaria.com 168
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Dari mana kau tahu ini semua?"
"Dia sendiri yang akhirnya mengaku!"
"Dah tu apa yang berlaku selepas itu?"
"Aku humban dia sampai dia terjatuh di atas meja kacanya."
"Ya Allah! Apa dah kau buat ni, Art?" Jali nampak risau. Dia berjalan ke kiri dan
ke kanan seperti orang tak tentu arah.
"Aku nyaris-nyaris nak bunuh dia tadi..." Ariffin tersengih sendiri.
"Art... Mana dia sekarang?"
"Apa aku pedulik dengan dia" Kau ingat aku ni barua dia?"
"Kau jangan apa-apakan dia lagi!"
"Kau tak perlu risau... Aku tak akan apa-apakan binatang tu!" Dengus Ariffin dia
berjalan terhoyong-hayang ke arah tilam Jali. "Sekurang-kurangnya sekarang aku puas
aku dapat main dengan tunang dia malam semalam. Aku puas! Aida tunang dia puas. Zul
pun puas. Semua puas!"
"Subhanallah! Mengucap Art! Mengucap!" Jali hanya mampu menggelengkan
kepalanya. Dia benar-benar berharap Ariffin hanya berbohong kepadanya seperti mana
yang selalu dilakukannya.
"Kau sendiri tahu Zul tidak mungkin dapat menyayangi Aida seperti mana aku
tidak mungkin boleh menyayangi kau!" katanya, kemudian dia termuntah ke lantai. Jali
cepat-cepat membawa Ariffin ke bilik air berdekatan lalu membiarkan Ariffin muntah ke
dalam lubang tandas. Dia mengurut-urut leher Ariffin.
"Dah Art... Kau boleh bertenang tak, hah! Ingat sikit kepada tuhan bila kau nak
cakap benda-benda ni semua kepada aku. Kau tu dah lah mabuk!"
"Aku benci kepada semua orang! Aku benci kepada Zul. Aku benci kepada
Wati... Aku benci kepada budak-budak kat universiti aku... Aku benci kepada semua
orang yang pernah main dengan aku... Aku benci! Semuanya berpura-pura! Perlu ke
semua ni orang hidup dalam kepura-puraan?"
"Dah lah... Kau ni tak habis-habis merepek yang bukan-bukan. Boleh berhenti tak
dari merepek macam ni" Aku tak nak dengar kau tau tak!"
"Kau tak faham Jali... Semua orang dalam hidup aku hanya tahu berbohong... Tak
seorang pun yang ikhlas. Tak seorang pun yang jujur kepada aku, kecuali Julia... Dan kau
http://www.nizamzakaria.com 169
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Jali!" Ariffin tiba-tiba menangis teresak-esak. "Selama ini kau jujur kepada aku, tapi lihat
cara aku layan kau" Kenapa selama ini kau benarkan aku layan kau macam sampah, Jali"
Kenapa?" "Dah... Kau perlu berehat." Perintah Jali. Dia mengambil kain tualanya lalu
mengelap mulut Ariffin. Dia membuka baju Ariffin, kemudian dia membaringkan Ariffin
ke atas tilamnya. Dia menyelimutkan Ariffin.
"Dia bunuh keluarga aku, Jali! Kalau mereka tak mati, aku tak akan jadi begini!"
"Segala apa yang berlaku kepada kita ada sebabnya, Art." Beritahu Jali sambil
mengusap-usap rambut Ariffin. Dia tahu Ariffin cepat terlena jika dia melakukan perkara
ini kepadanya. "Aku benci kepada Zul!"
"Ya aku tahu... Tapi kita akan bincangkan tentang hal ini, esok ya" Sekarang kau
perlu berehat." Ujar Jali dengan perlahan. Dia dapat melihat mata Ariffin semakin kuyu.
Beberapa minit kemudian dia tertidur dengan sendirinya.
Jali mengambil telefon bimbitnya untuk menelefon Zul. Dia mendapati Zul sedang berada
di hospital. Dia sedang dirawat pada ketika itu. Bahagian pehanya yang tercedera perlu
dijahit. Khabarnya, dia terpaksa berehat di hospital selama sehari sebelum dibenarkan
keluar. Kerana menurut pihak doktor yang merawatnya, darahnya banyak yang hilang....
Jali berdegil mahu pergi melawat Zul walaupun Zul telah menegahnya. Kata Jali,
dia perlu berjumpa dengannya malam ini juga. Zul akhirnya bersetuju dan
membenarkan... * Jali masuk ke dalam wad yang didiami oleh Zul di Pusat Perubatan Subang Jaya seperti
seekor kucing yang curi-curi masuk ke bilik tuannya. Jali mendapati wad kelas satu itu
hanya terdapat sebuah katil di dalamnya. Suasana dalam wad itu tenang dan dilengkapi
dengan bilik airnya sendiri.
Pada waktu itu Jali dapat melihat Zul sedang tekun menonton TV dengan sepasang
headphone terlekap di telinganya. Dia khayal di dalam dunianya sendiri ketika dia sedang
menonton rancangan berita BBC di kaca TV.
Sebaik sahaja Zul menyedari Jali berada di dalam wadnya, dia terus meletakkan
headphonenya ke tepi. Bebola matanya mengekori kelibat Jali yang kini sedang berdiri di
sebelahnya. Mereka bersalaman setelah memberi salam.
"Apa doktor cakap kepada abang?" tanya Jali ingin tahu.
"Doktor kata aku perlu berehat. Itu saja."
http://www.nizamzakaria.com 170
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Boleh saya tengok bekas lukanya?" pinta Jali. Zul menyelak kain selimut yang
melitupi pehanya. Dia menunjukkan kepada Jali bahagian peha kirinya yang dibalut.
"Berapa jahitan kesemuanya?"
"Dua belas." Beritahu Zul dengan bersahaja. Jali memerhatikan balutan di
pehanya sekali lagi. Dia menggeleng sambil mengeluh lesu. Kemudian Jali memerhatikan
bahagian leher Zul yang berbalut.
"Doktor tak tanya kepada abang apa yang telah berlaku?"
"Ada... Aku kata aku terjatuh sendiri."
"Art tak patut lakukan semua ini kepada abang." Jali menyuarakan pendapatnya.
"Semuanya salah aku?"
"Apa pulak salah abang?"
"Panjang ceritanya, Jali!" Zul cuba mengukir senyuman di wajahnya. "Jadi
bagaimana dengan keadaan Art sekarang?"
"Tangannya luka bila dia datang berjumpa dengan saya tadi... Tapi dah okay. Dia
tidur di bilik saya." Jali meringkaskan ceritanya.
"Dia ada ceritakan apa-apa kepada kau tentang apa sebenarnya yang telah berlaku
antara dia dan aku?"
"Ada... Tapi saya nak tahu sendiri dari mulut abang jika apa yang dia ceritakan tu
betul." "Kalau dia kata aku ni binatang, betul lah tu." Zul bernada pasrah. Wajahnya jelas
kecewa. Dia menarik nafasnya dalam-dalam.
Jali hanya mampu menggeleng lemah sebelum dia berkata:
"Tadi dia datang ke tempat saya dengan keadaan mabuk. Saya memang tak suka
dia berkeadaan begitu... Ye lah, dengan tangannya berdarah, kemudian dia membebel
yang bukan-bukan. Lepas saya balut tangan dia, saya ingatkan nak hantar dia kembali ke
rumah abang, tapi dia berkeras tak mahu. Kemudian dia menangis."
Zul memandang ke arah siling dengan raut wajah penuh kesal. Kemudian dia
berpaling ke arah Jali. Tanya Zul kepada Jali:
"Kenapa kau berkeras mahu ke sini, tadi?"


Cinta Nasi Lemak Karya Nizam Zakaria di http://cerita-silat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

http://www.nizamzakaria.com 171
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Saya nak pastikan abang okay. Saya risau bila abang beritahu kepada saya abang
berada di hospital... Bila Art cerita dia bergaduh dengan abang, saya tak sangka sampai
begini jadinya. Saya risau jadinya, bang?"
"Kau risau tentang aku?"
"Sudah tentunya saya risau."
"Kau masih risau tentang aku walaupun kau tahu apa yang telah aku lakukan
kepada keluarga Art?"
"Bang... Apa yang abang lakukan kepada keluarganya itu salah... Satu perkara
yang kita semua tidak boleh nafikan. Tapi saya yakin kemalangan ini telah berlaku secara
tidak sengaja." "Dia tidak mungkin akan maafkan aku sampai bila-bila." Suara Zul perlahan
kedengarannya, seolah dia sedang berbisik kepada dirinya sendiri.
"Perkara ini selalunya ambil masa bang. Dia tengah marah tu. Abang tidak boleh
harapkan rasa marah dia tu akan hilang begitu sahaja." Jali mengingatkan.
"Aku harapkan satu hari nanti dia akan maafkan aku..." Ujar Zul dengan perlahan.
Dia berpaling memandang ke arah tingkap di dalam wadnya.
"Bang... Kehidupan ini penuh dengan keindahan. Di dalam sekecil-kecil hama
pun ada keindahannya jika kita pandai mencarinya. Kadangkala saya dapat melihat terlalu
banyak keindahan di depan saya sehinggakan saya rasa saya tak mampu menerima
kesemuanya di dalam kepala saya... Boleh pecah kepala saya dibuatnya. Mungkin sebab
itulah saya mahu jadi pelukis. Saya mahu membekukan keindahan yang saya lihat dalam
bentuk lukisan... Tapi saya hairan mengapa terlalu ramai orang yang saya jumpa tak dapat
melihat keindahan yang saya lihat?"
"What are you getting at?" tanya Zul berpaling ke arah Jali.
"Bang... Abang tidak boleh habiskan masa abang fikir tentang kisah lampau
abang. Abang tidak boleh selama-lamanya hidup dengan bebanan memikirkan sama ada
Art akan maafkan abang atau tidak. Kehidupan ini terlalu indah untuk itu semua, bang."
Jawab Jali. Dia memegang tangan Zul dengan erat.
* Ariffin memandang ke arah kedua orang adiknya-adiknya, Sarimah 8 tahun dan Anisah 6
tahun yang sedang tidur di pangkuannya. Dia mengusap-usap rambut Anisah yang
panjang itu dengan rasa penuh kasih sayang.
http://www.nizamzakaria.com 172
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Sejak pagi tadi Anisah dan kakaknya Sarimah telah bermain-main di perkarangan
rumah Pak Long mereka yang sedang meraikan hari perkahwinan anak sulungnya. Anisah
dan Sarimah seronok kerana dapat berjumpa dengan sepupu-sepupu yang seusia dengan
mereka. Ketika mereka sibuk bermain, Ariffin pula sibuk dengan kerja-kerja merewang "
membawa makanan ke meja makan.
Sesekali Nordin akan memandang ke arah anak sulungnya. Dia bangga melihat
kerajinan Ariffin membantu dalam majlis perkahwinan anak saudaranya. Sememangnya
selama ini dia berbangga dengan pencapaian akademik Ariffin, juga penglibatannya di
dalam bidang sukan. Dia bangga kepada Ariffin kerana Ariffin mampu melakukan segalagalanya
yang dia sendiri tidak dapat lakukan ketika di sekolah dahulu.
Ariffin yang telah diasuhnya sejak kecil bersama isterinya Rogayah tidak pernah
meninggalkan solatnya tanpa sebab-sebab yang munasabah sejak dia akil baligh di usia
11 tahun. Sejak beberapa tahun selepas itu, Ariffinlah yang menjadi imam kepada ibu dan
adiknya Sarimah jika dia tidak ada di rumah untuk menghadiri kursus dan sebagainya.
Hubungan Nordin dengan Ariffin sangat rapat. Jika diikutkan, Ariffin adalah anak
yang paling disayanginya, walaupun dia sering mengatakan kepada Rogayah bahawa dia
menyayangi anak-anaknya dengan saksama. Sejak kecil lagi dia telah membawa Ariffin
ke mana-mana sahaja dia pergi. Dia suka melihat Ariffin membesar dari hari ke sehari
dari seorang bayi yang comel kepada seorang anak muda yang kacak dengan tubuh yang
agam. Nordin dan Rogayah cukup sedar bagaimana anak-anak gadis seusia dengan anak
sulungnya itu akan menjeling ke arahnya setiap kali mereka ke pekan Yan bersama.
Mereka berdua juga cukup yakin setelah melihatkan pencapaian akademik Ariffin yang
cemerlang bahawa dia mempunyai masa depan yang cerah. Tetapi buat masa ini mereka
tidak mahu memikirkan terlalu jauh tentang itu semua. Yang penting bagi mereka
sekarang, Ariffin adalah seorang anak yang baik dan sopan yang menjadi contoh yang
baik kepada kedua orang adik-adiknya.
"Kejutkan si Sarimah dan si Anisah tu, Art." Ujar Nordin kepada Ariffin, ketika
Ariffin sedang sibuk berbual dengan seorang sepupunya tentang pengalamannya sebagai
seorang pemain ragbi mewakili Kedah dalam sebuah perlawanan melawan pasukan
Selangor di padang ragbi UPM sebulan yang lalu. Di dalam perbualannya tadi, Ariffin
beria-ia memberitahu kepada sepupunya bahawa dia mahu belajar di UPM dan mewakili
UPM dalam pasukkan ragbinya satu hari nanti.
"Kita nak balik malam ini juga?" tanya Ariffin kepada bapanya.
"Ya." Jawab Nordin dengan tegas tanpa memberitahu kepada Ariffin bahawa dia
terpaksa menjalankan tugasnya sebagai imam masjid di kampungnya subuh nanti.
"Ayah tak penat ke" Tadi sehari suntuk saya lihat ayah sibuk melayan tetamu..."
"Tak." Nordin menjawab ringkas sambil tersenyum.
http://www.nizamzakaria.com 173
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Ariffin mengejutkan Sarimah dan Anisah ketika Nordin ke dapur untuk
mendapatkan isterinya dan memberitahu kepada anggota keluarganya bahawa dia mahu
pulang ke Yan. Anisah tidak mahu bangun. Wajahnya monyok apabila dia dikejutkan
Ariffin. Ariffin masak benar dengan perangai adik bongsunya itu. Dia memang tidak suka
dikejutkan begitu setelah dia terlena tidur.
Ariffin mengangkat adiknya Anisah lalu meminta Sarimah yang sedang
menggosok-gosok matanya itu berjalan dengannya ke arah van putih kepunyaan bapa
mereka. Sarimah memegang bahagian hujung baju Melayu yang dipakai Ariffin ketika
berjalan ke luar. Sarimah suka memandang ke arah bintang-bintang di langit tiap-tiap malam
sebelum dia masuk tidur. Selalunya dia akan membawa abangnya Ariffin bersama untuk
melihat bintang. Minatnya itu tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan bidang astronomi
ataupun makhluk asing yang mungkin wujud di cakerawala ini, tetapi lebih kepada titiktitik
bintang yang nampak begitu indah baginya. Kadangkala Ariffin akan dapat
mendengar Sarimah mengeluh ketika dia melihat bintang-bintang tersebut dan selepas dia
puas, barulah dia akan masuk tidur. Pada malam itu, Sarimah melakukan perkara yang
sama, dan buat sekian kali bertanyakan soalan ini kepada abangnya:
"Kenapa titik-titik bintang-bintang ini tidak pernah berubah" Ke mana-mana Mah
pergi bentuknya sama jer!" Sarimah menudingkan jarinya ke arah buruj Biduk yang
menjadi buruj kegemarannya sejak akhir-akhir ini.
"Sebab sejak azali lagi... Bintang-bintang ini tidak berubah kedudukannya." Dia
meletakkan Anisah ke bahagian belakang Van dan membaringkan Anisah di situ.
"Hanya kita jer yang berubah, kan?"
"Ya kot... Kedudukan bintang tak akan berubah. Manusia jer yang sentiasa
berubah sifat dan perangainya. Sebab itulah kita istimewa."
"Abang sayang mah tak?" tanya Sarimah tiba-tiba.
"Kenapa pulak Mah tanya soalan ni tiba-tiba" Mah mengigau?" tanya Ariffin
dengan membongkok untuk merapatkan dirinya kepada Sarimah dan memandang tepat ke
wajah adik perempuannya itu.
"Mah mimpi abang tinggalkan Mah..." Sarimah bersuara sedih mengingatkan
mimpinya tadi. "Eh, mana pulak Mah! Abang tak akan tinggalkan Mah. Abang tak ke manamana."
Ucap Ariffin dengan bersungguh-sungguh. "Dua kali abang dapat tawaran untuk
belajar ke asrama tapi, abang tak ambil tawaran tu. Mah pun tahu kenapa kan" Sebab
abang tak mahu tinggalkan Mah, Anisah, mak dan ayah."
http://www.nizamzakaria.com 174
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Alah, mak kata abang ni manja sangat."
"Ya, abang manja... Tak boleh ke?" Ariffin menggeletek tubuh Sarimah. Sarimah
ketawa terkekek-kekek sambil mengelak dari terus digeletek Ariffin.
"Jadi abang sayang Mah, tak?" Sarimah mengulangi soalannya itu sekali lagi.
Matanya kini bulat memandang ke arah Ariffin.
"Ya... Abang sayang dengan Mah!" Ujar Ariffin dengan jujur. "Sayang abang
kepada Mah tak akan berubah sampai bila-bila." Dia kemudian membongkokkan dirinya
agar Sarimah dapat mengucup pipinya. Dia membalas dengan mengucup dahi Sarimah.
Sarimah tersenyum puas. Dia naik ke atas van lalu dia terus duduk sambil memeluk
bantal busuknya. Ariffin kembali ke anjung rumah Pak Longnya. Dia mengambil beberapa buah
beg kepunyaan keluarganya yang telah dibawa keluar oleh bapanya dan ibunya. Dia
memasukkan beg-beg tersebut ke dalam van. Beberapa detik kemudian, Ariffin bersama
kedua orang tuanya mengucapkan selamat malam kepada keluarga Pak Longnya serta
beberapa anggota keluarga di sebelah bapanya yang masih berada di dalam rumah
tersebut. Dua minit kemudian, tanpa berlengah-lengah lagi, bapanya terus memulakan
perjalanannya ke arah utara. Kembali ke rumahnya di Yan, Kedah.
Tidak banyak yang dapat Ariffin ingati selepas itu. Matanya terlelap dengan Anisah tidur
nyenyak di pangkunya. Ketika dia tersedar, dia dapat mendengar cerita ibunya yang
mengatakan ia mendengar cerita beberapa orang anak gadis di kampung Pak Longnya
yang menaruh minat terhadap dirinya. Ibu dan bapanya ketawa sambil mengatakan
mungkin bila dia dewasa kelak, mereka tidak perlu risau untuk mencari anak menantu
yang sesuai untuk dirinya. Kemudian matanya terlelap lagi.
Dia tersedar sekali lagi apabila dia mendengar jeritan kuat yang datangnya dari ibunya.
Kemudian dia memandang ke hadapan. Dia dapat melihat sebuah kereta sedang bergerak
laju dari arah bertentangan. Selang beberapa detik kemudian, van yang dipandu bapanya
melanggar sebatang pokok besar yang tumbuh di tepi jalan.
Segala-galanya yang berlaku kepadanya selepas itu terlalu kabur untuk diingatinya. Dia
tidak dapat mengingati dirinya dibawa ke hospital Taiping. Dia tidak dapat mengingati
dirinya dengan wajah yang tenang menguruskan jenazah keluarganya. Malah segalagalanya
yang telah berlaku di dalam peristiwa yang menjadi titik hitam hidupnya ini cuba
dinyahkan terus dari ingatannya. Dia mahu melupakannya seolah-olah peristiwa ngeri ini
tidak pernah berlaku. Malah, dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan dia dapat
melupakan segala-galanya...
http://www.nizamzakaria.com 175
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
BAB 23 Aida menarik nafasnya panjang-panjang sebelum dia membuka pintu wad yang didiami
Zul semalaman. Dia membuka pintu dengan perlahan. Di dalam wad, dia dapat melihat
seorang pemuda sedang berdiri di sebelah Zul. Pemuda itu dilihatnya cepat-cepat menarik
tangannya yang tadi diletakkan di bahu Zul.
Aida kemudian dapat mendengar apa yang dikatakan Zul kepada pemuda di
sebelahnya: "Kau tunggu di luar, ya?"
"Baik, bang." Kata pemuda tersebut dengan perlahan.
"Oh, ya Aida... Ini Jali." Ujar Zul memperkenalkan Aida kepada Jali sebelum Jali
bergegas keluar. Aida terus bersalaman dengan Jali. Jali meminta dirinya, kemudian dia
berjalan keluar dari dalam wad Zul.
"Siapa Jali tu?" tanya Aida ingin tahu.
"Kawan baik Art." Jawab Zul sambil membetulkan keadaan baringnya. "Mana
you tahu I di sini?" tanya Zul kemudian dengan keningnya terkerut.
"I called your secretary this morning..."
"But why?" "You didn"t answer your phone... So I was worried. I terkejut bila dia cakap you
kat hospital ni." "Sorry for not informing you about this sooner. I tahu you marah kat I... I just
don"t want to make this matter worst than it is."
"You are making it worst by not informing me about this!" Aida mengetap
bibirnya. Dia jelas marah, walaupun raut wajahnya tetap menunjukkan dia risau.
"Maaf Aida... I just need some time out."
"Time out from what?"
"From everything."
"You want to get away from me because you are in love with another woman,
isn"t it" Just spill it out Zul! Tak payah nak berdalih!"
"Listen, Aida. It"s not what you think it is."
http://www.nizamzakaria.com 176
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Dah tu apa" You think I"m stupid?" Aida menaikkan suaranya.
"Listen Aida... I'm an unspeakable, of the Oscar Wilde variety!" Ujar Zul,
meluahkan kembali kalimah-kalimah yang diingatinya dari filem Maurice.
"What?" tanya Aida walaupun dia tahu apa yang dinyatakan oleh Zul kepadanya
tadi. "You heard me!" Anak tekak Zul bergerak-gerak ketika dia menelan air liurnya.
Wajah Aida pucat. Dia terus menghempaskan punggungnya di atas kerusi di
sebelah katil Zul. Terdiam dia dibuatnya mendengar pengakuan Zul tentang dirinya.
"What did you lie to me all these while?" tanya Aida marah-marah setelah begitu
lama dia mendiamkan dirinya. Terkedu. Terkejut.
"I have to, Aida."
"But why?" "Aida... Listen. We live in a society that favours me being a hypocrite than being
truthful to myself. "At whose expense?" Aida mula menangis. Dia mengeluarkan kertas tisu dari beg
tangannya. "There are people out there who would rather see me rot in my own private hell
than seeing be coming out to you like this!"
"And what make you think I"m like those people" How can you be so
contemptuous!" Zul tidak menjawab soalan Aida tadi. Dia termenung ke luar tingkap.
"Aida... I just cannot take this anymore. I cannot take the guilt of having to lie to
someone I care about like you. I know some people can. But I can"t. I just can"t...
"You just cannot imagine how difficult it is for me to finally have the guts to tell
you the truth about myself..." Kata Zul dengan suara yang tersekat-sekat. Matanya basah
berkaca-kaca. Dia mengesat air matanya cepat-cepat. Selama ini Aida tidak pernah
melihat Zul menangis di hadapannya. Perkara ini membuatkan Aida langsung terkejut.
"Like I said... I just can"t take it any longer. I think I"ll burst if I keep on lying to you like
this." "Zul... This is so unexpected. Tapi I sepatutnya sedar tentang hal ini dari mula. I
mean, just look at you! You"re good looking, witty, intelligent, you don"t mind going
http://www.nizamzakaria.com 177
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
shopping with me and you have a whole collection of Dee Dee Bridgewater"s CD! How
could I be so blind?"
"Bukan salah you Aida."
"Of course it"s not my fault!"
"I"m so sorry, Aida." Pinta Zul dengan matanya kini tepat kepada Aida. Dia dapat
melihat wajah Aida yang sedih, bingung, marah dan kecewa.
"I marah dengan you sebab selama ini you berbohong dengan I!" Aida mengesat
air matanya. Dia mula sedar hubungannya dengan Zul sudah sampai di hujung jalan.
"I minta maaf, Aida." Zul merayu sekali lagi, kali ini dengan suara yang lebih
perlahan. "Listen Zul... Why can"t you just tell me the truth from the beginning?"
"To be honest with you... I thought I could change."
"Come on Zul! You were born this way! For goodness sakes, you should know
this better than I do!"
"So I guess... It"s over between the both of us?"
Aida berdiri lalu memegang tangan Zul dengan erat. Aida sekali lagi mengesat air
matanya yang turun mencurah-curah sambil menganggukkan kepalanya dengan lemah.
Suasana ketandusan bicara kembali memuramkan suasana.
"Zul... You just cannot imagine how much I love you?"
"I tahu you sayangkan I, Aida..."
"I"m very angry with you right now, not because of who you are, but because you
had lied to me all these while. I am so disappointed with you! But at the same time I"m so
relieve that you have decided to tell me the truth about yourself"
"If you had told me earlier the truth about yourself... We could have been good
friends and who knows, I could have found me a man who could love me the way I
wanted him to love me!" perasaan sebak yang ada di dalam dirinya semakin menjadi-jadi
apabila dia mengingati kembali saat-saat bahagia mereka bersama.
"Sekali lagi, I mintak maaf Aida." Zul mengucup tangan Aida dengan lembut. "I
faham you marah dengan I. Aida..."
"Well at least you tak gunakan SMS untuk batalkan perkahwinan kita dan
tinggalkan I keseorangan di atas pelamin." Aida ketawa seorang diri dalam seduhttp://
www.nizamzakaria.com 178 Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
sedannya. "Or worst still... You continue lying to me as we become husband and wife. It
isn"t fair for you to keep on living this charade with me not knowing the truth."
"I know... Memang tak adil buat you. Sebab itu kita perlu batalkan perkahwinan
kita nanti demi kebaikan kita berdua." Sedikit keyakinan mula meresap semula ke


Cinta Nasi Lemak Karya Nizam Zakaria di http://cerita-silat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

suaranya. Apabila Zul mendongak melihat wajah sayu Aida, dia dapat melihatnya
mengangguk lemah. "I know I will be crying for days to come for making this decision. But this is
something that I have to do for my own good. And I want you to know that I"m letting
you go because I love you, Zul. I mahu you bahagia..."
"You cantik, Aida... You will find your Mr. Right in no time!"
"You don"t have to worry about that. Trust me!" kata Aida dengan senyuman di
wajahnya yang muram itu. "Let me break this news to your parents?"
"Tak apa, biar I yang uruskan kesemuanya. You"ve suffered enough." Aida
memberi kata muktamad. Kata-kata dari Aida telah mengingatkan Zul mengapa dia
begitu sayang kepada Aida " seorang wanita yang mempunyai daya keyakinan yang tinggi
dan mampu berdikari. "Apa yang you akan beritahu kepada mereka?"
"I akan beritahu kepada mereka, you kena buatan orang. You tahu lah orang
Melayu... You can get away with anything if you tell them you kena buatan orang."
"Are you sure you want to do this all by yourself?"
"Yes, I do Zul. I will even tell them you sekarang dah tergila-gila dengan
perempuan lain." Kata Aida dengan matanya bersinar-sinar. Zul tergelak sekali. Suasana
yang tadi tegang, kini berubah tenang.
"Thank you, Aida." Zul tertunduk sambil melepaskan nafasnya. Lega.
"You welcome." Aida mengusap-usap rambut Zul. "Zul, you have to promise me
one thing..." "Apa dia, Aida?"
"Promise to me that you will never compromise your happiness. Don"t let other
people determine what's best for you... Don"t let other people dictate how you should live.
Don"t let other people"s opinion of you become your reality.
http://www.nizamzakaria.com 179
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"And always remember this Zul... Deep inside you... You have a good heart. You
have a beautiful soul. You"re the nicest person I"ve ever met. Sebab itulah I sayang
dengan you dan I akan sayang you sampai bila-bila. Always remember that!"
"Of course I will. I promise..."
"And we should always remain as good friends."
"Of course we will, Aida." Kata Zul bersungguh-sungguh. "Kalau you nak I
temankan you shopping, you can always count one me!"
Aida terus mendakap tubuh Zul. Kali ini, ketika Aida mendakapnya, dia dapat
merasakan seolah-olah tubuh Zul ringan rasanya. Tidak lagi terasa berat seperti dahulu.
"Aida... What make you think that I"m in love with another woman?" Tanya Zul
kepada Aida sebaik sahaja mereka melepaskan dakapan masing-masing.
"I could see it in your eyes that you"re in love, Zul." Aida cuba mengukir
senyuman di wajahnya. "It"s Jali, isn"t it?"
Zul mengangguk perlahan tanpa menjelaskan lagi jawapan yang diberikan kepada
Aida tadi. * Jali masuk ke dalam wad Zul. Dia mendapati Aida sedang mengesat air matanya.
Kemudian Aida tersenyum kepadanya. Wajahnya nampak tenang walaupun dia dapat
merasakan kesedihan yang amat sangat yang sedang ditanggung di dalam jiwanya pada
ketika itu. "I think I have to go." Ujar Aida kepada Zul. Dia mengepit beg tangannya dengan
erat di sisi lengannya. Zul mengangguk perlahan.
"I will call you tonight." Ujar Zul kepada Aida. Aida mengangguk kepalanya
dengan lemah sebelum dia berjalan keluar dari wadnya.
"Tadi saya berjumpa dengan Doktor Lim di luar... Dia kata abang boleh balik bilabila
masa sahaja." Jali memberitahu.
"Aku tahu." Kata Zul, dia cuba keluar dari katilnya untuk menukar pakaian. Jali
membantunya dengan mengeluarkan pakaian yang telah diambilnya pagi tadi di rumah
Zul dari dalam sebuah beg kecil berwarna hitam.
"Abang mahu saya hantar abang pulang?" tanya Jali ketika Zul sedang menukar
pakaiannya di dalam bilik air.
"Tidak... Tapi aku mahu kau bawa aku ke rumah kau."
http://www.nizamzakaria.com 180
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Kenapa?" "Aku mahu berjumpa dengan Art."
"Untuk apa?" "Aku mahu pujuk dia pulang... Aku mahu beritahu dia yang dia boleh terus
tinggal dengan aku."
"Tapi abang dengan Aida?"
"Kami membatalkan niat kami untuk berkahwin." Beritahu Zul tanpa mahu
menghuraikan lagi keputusannya ini kepada Jali. Perkara ini membuatkan Jali kelu seribu
bahasa. Zul keluar dari bilik air. Di luar, dia dapat melihat Jali berdiri di sisi sebuah kerusi
roda. Dia terus menyuruh Zul duduk di atas kerusi roda itu. Zul menurut sahaja
perintahnya itu tanpa banyak soal. Ketika Jali sedang menolak kerusi roda Zul keluar dari
wadnya, Jali memberitahu kepada Zul bahawa dia boleh mendapatkan sebatang tongkat
yang boleh digunakannya untuk membantunya berjalan di sebuah farmasi yang terdapat di
tingkat bawah... * Julia meletakkan keretanya di tepi panggung lama Capitol. Daniel menatap alamat Jali
yang telah diserahkan kepadanya oleh Julia. Katanya dia tidak biasa dengan kawasan ini,
tetapi dia mungkin tidak akan mengalami apa-apa masalah untuk mencari studio Jali.
Setelah sepuluh minit berjalan, mereka akhirnya tiba di hadapan sebuah kedai
runcit. Mereka berdua memandang ke tingkat dua rumah kedai tersebut. Alamatnya betul,
jadi Daniel terus mengajak Julia naik ke tingkat dua. Julia bersetuju di dalam keadaan
ragu-ragu. Walaupun Julia telah menetap di KL seumur hidupnya, dia belum pernah
singgah ke Chow Kit. Inilah kali pertamanya untuk ke kawasan ini.
Daniel mengetuk pintu. Beberapa detik kemudian dia mendapati Ariffin membuka
pintu. Lagu klasikal Prokofiev, Montagues and Capulets dari Romeo and Juliet
dimainkan kuat-kuat oleh Ariffin sehingga memenuhi ruang studio.
"Masuklah," ujar Ariffin. Matanya terus kepada Julia yang sedang memakai
kebaya nyonya berwarna biru pada tengah hari itu. Dia senyum sambil memandang
kepada Julia. Julia membalas senyumannya dengan mesra. Daniel pula berpeluk tubuh
sambil memerhatikan bahagian dalam studio lukisan kepunyaan Wong.
Daniel mendapati studio Wong kelihatan kemas. Beberapa buah lukisan bersaiz
besar dan sederhana diletakkan di atas dinding. Beberapa buah lukisan lain diletakkan di
tepi dinding dengan teratur.
http://www.nizamzakaria.com 181
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Tuan punya studio tak ada di sini... Dia di Prague dan akan berada di sana selama
sebulan." Jelas Ariffin kenapa Daniel tanpa ditanya soalan ini olehnya.
"So where"s Jali?" tanya Daniel sambil menjeling. Dia memang tidak selesa
berada di samping Jali. Sehingga kini dia masih takutkan kepada Jali setelah dia dapat
melihat sendiri Jali memukul Ariffin di hadapan mata kepalanya sendiri.
"Dia keluar sekejap." Ujar Ariffin sambil menggaru kepalanya. Dia membawa
Julia dan Daniel ke bahagian belakang di ruang rehat di mana terdapat sebuah televisyen
di sana. Ariffin meminta Daniel dan Julia duduk di situ sementara dia menyediakan
minuman untuk mereka. Seminit kemudian, Ariffin keluar dari arah dapur kecil di belakang studio lalu
membawa tiga gelas berisi ais dengan sebotol air Coke. Dia menjemput tetamutetamunya
minum. "Art ingatkan Julia nak datang petang nanti." Kata Ariffin sambil menggosok
hidungnya berkali-kali. Wajahnya nampak kacau.
"Julia datang ke sini secepat mungkin bila Art kata Art nak ubat yang Art minta
tu," kata Julia sambil memandang ke arah tangan kanan Ariffin yang berbalut. "Apa yang
dah jadi ni Art?" tanya Julia kemudian dengan wajah risau.
"Tak ada apa-apalah... Terjatuh dari motor." Jawabnya. Daniel mengambil
sekeping majalah di atas meja di sisinya lalu dia terus membaca majalah tersebut.
"Ada benda yang Art nak tunjukkan kepada Julia!" ujar Ariffin dengan
bersungguh-sungguh. Dia memegang tangan Julia lalu dia membawa Julia masuk ke
dalam studio kecil Jali. Ketika di dalam studio Jali, dia membawa Julia melihat sebuah lukisan di atas
kuda-kuda yang telah ditutupi dengan sehelai kain putih. Ariffin menyelak kain tersebut,
lalu menunjukkan kepada Julia lukisan yang hampir-hampir disiapkan oleh Jali.
"You must be kidding me!" Julia ternganga ketika memandang kepada lukisan di
hadapannya. "Cantik tak?" "Cantik!" Kata Julia sambil memandang ke arah lukisan di hadapannya.
Lukisan ini menunjukkan keadaan Julia sedang menangis di sebelah Ariffin.
Ariffin kelihatan seperti sedang memujuknya lalu cuba mengesat air matanya yang
mengalir jatuh membasahi pipinya. Julia sedar lukisan ini telah dilukis Jali ketika dia
sedang menangis di sebelah Ariffin ketika berada di Bintang Walk beberapa ketika
dahulu. Jali telah melukis gambar Ariffin dengan memakai baju Melayu lengkap
http://www.nizamzakaria.com 182
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
bertanjak dan Julia pula dilukisnya memakai baju kebaya dengan sehelai selendang
melitupi rambutnya. Lukisan ini kelihatan seperti poster lama filem Melayu dengan warna
yang terang digunakan Jali. Satu stail lukisan yang jarang-jarang dicuba Jali sebelum ini.
"Lukisan ini hampir selesai... Bila dia dah siap nanti, saya nak awak simpan
lukisan ini." "Lukisan ini untuk saya?"
"Ya." Sukar untuk Julia mempercayai kata-kata Ariffin tadi. Dia merasa teruja dan
terharu. Lidahnya kelu sehingga dia tidak mampu lagi untuk berkata-kata. Lukisan ini
dirasakan Julia sebuah hadiah yang paling berharga buat dirinya.
"Ini ubat yang awak minta dari saya..." Ujar Julia mengeluarkan sepaket 3 x 10 1
miligram tablet alprazolam dari dalam beg tangannya, setelah dia mengambil masa yang
lama meneliti lukisan yang bakal menjadi miliknya itu. Ariffin menerima pemberian Julia
sambil mengucapkan terima kasih.
"Julia pergi ke luar temankan Daniel di luar, ya" Art nak makan ubat ni. Sekejap
lagi Art keluar." Ariffin menutup kembali lukisan Jali. Dia melihat Julia menganggukkan
kepalanya sambil melangkah keluar dari bilik Jali yang dilihatnya kemas dan bersih.
Sebaik sahaja Julia keluar dari bilik Jali, Ariffin terus ke dapur lalu mengeluarkan
10 butir pil dari paket alprazolam yang diberikan Julia tadi. Dia mengeluarkan sebotol
minuman whisky kepunyaan Wong yang dijumpainya di dalam kabinet dapur. Dia
meneguk kandungan botol itu sehingga setengah dari isinya hilang. Dia masuk ke dalam
tandas, berkumuh dengan cecair Listerine, kemudian dengan selamba dia keluar dari
dalam tandas, lalu pergi mendapatkan Julia dan Daniel di ruang tamu...
* Jali memberhentikan kereta BMW yang dipandunya di bahagian belakang studio. Dia
keluar dari keretanya lalu terus mendapatkan Zul untuk membantunya berdiri. Jali
membuka pintu belakang lalu mengeluarkan tongkat yang baru dibeli Zul. Jali memegang
tongkat tersebut dan dia membiarkan Zul memaut kepada bahunya agar dia dapat berjalan
dengan betul. Jali mendongak memandang ke atas. Dia tidak tahu jika Zul akan dapat menaiki
tangga pilin untuk ke studionya.
Zul hanya tersenyum dan menggelengkan kepalanya apabila seorang pelacur
bertanya kepadanya jika dia memerlukan pertolongannya untuk naik ke tingkat atas.
Walaupun sukar, akhirnya Zul naik ke tingkat dua dengan bantuan Jali. Jali
mengeluarkan kunci rumahnya lalu membuka pintu belakang. Apabila dia masuk, dia
http://www.nizamzakaria.com 183
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
dapat mendengar suara Daniel dan Julia memekik-mekik memanggil nama Ariffin. Jali
dan Zul saling berpandangan. Jali terus menyerahkan tongkat kepada Zul lalu dia
bergegas ke arah Daniel dan Julia.
Wajah Jali berubah pucat apabila dia dapat melihat tubuh Ariffin yang
menggeletar dengan kesukarannya untuk bernafas.
"Apa dah jadi?" tanya Jali kepada Daniel.
"Baru tadi dia muntah-muntah. Lepas tu dia jadi begini." Daniel memberitahu
sambil menggigit kuku. Wajahnya jelas risau.
Jali membuka mata Ariffin. Dia dapat melihat anak matanya mengembang besar.
Apabila dia memegang leher untuk merasa nadi Ariffin, dia mendapati nadinya berdetik
perlahan. Ariffin meracau dalam keadaan sedar tak sedarnya itu.
"Kenapa dengan Art. Apa yang telah berlaku?" tanya Julia tersedu-sedu. Pipinya
dibasahi air matanya yang turun mencurah-curah. Matanya jelas nampak takut dan risau.
"Kita perlu bawa dia ke hospital." Kata Jali memandang ke arah Zul dan Julia.
Jali seterusnya mengangkat tubuh Ariffin dengan sekuat tenaganya. Jali dan Daniel
merangkul tubuh Ariffin lalu membawanya turun ke bawah dengan menggunakan tangga
pilin. Julia dan Zul mengekori mereka belakang dengan Julia membantu Zul turun
menggunakan tangga. Setibanya mereka berempat di bawah, Julia membantu dengan
membuka pintu bahagian penumpang kereta Zul. Beberapa orang pelacur mula
berkumpul di hadapan mereka untuk melihat apa yang sedang berlaku.
Setelah Jali meletakkan Ariffin ke belakang, dia terus masuk ke dalam kereta. Zul
masuk ke dalam kereta lalu duduk di sebelahnya, diikuti oleh Daniel yang duduk di
sebelah Julia yang sedang memegang tangan Ariffin yang semakin sejuk itu...
http://www.nizamzakaria.com 184
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
BAB 24 Dr. Shahri bergegas ke Hospital Besar Kuala Lumpur. Dia terus berjumpa dengan Dr.
Raduan yang telah menelefon kliniknya tadi. Kata Dr. Raduan, dia sedang merawat
seorang pesakitnya yang telah mengambil ubatnya yang diberikannya mengikut sukatan
yang berlebihan. Dr. Shahri terus berjalan dengan pantas ke pusat rawatan kecemasan. Ketika di
sana dia dapat melihat anaknya Julia. Dia terkejut melihat Julia berada di situ. Dr. Shahri
pergi mendapatkan Julia untuk meminta penjelasan darinya:
"What in the world are you doing here, Julia?" tanya Dr. Shahri kepada Julia. Dia
melihat mata Julia bengkak. Dalam keadaan sedihnya dia terus memeluk bapanya. "Apa
yang telah terjadi Julia?" tanya Dr. Shahri ke dalam telinga anaknya. Dia dapat melihat
suasana di dalam pusat kecemasan hingar bingar dengan pesakit dan pelawat keluar
masuk. Di luar, sebuah ambulans membawa keluar seorang pesakit tua yang terkena
serangan sakit jantung. "Art..." Balas Julia dengan sedih. Dia tidak dapat menambah lagi. Perasaannya
terlalu sebak. "Baba perlu jumpa dengan Dr. Raduan. Julia tunggu di sini, ya?" jelas Dr. Shahri.
Dia melihat Julia mengangguk perlahan lalu duduk di sebelah Daniel di bahagian
menunggu pesakit. Dr. Shahri masuk ke dalam pusat rawatan kecemasan. Dia bertanyakan seorang
jururawat bertugas di mana dia boleh mencari Dr. Raduan. Jururawat tersebut nampaknya
masih mengenali Dr. Shahri yang pernah bekerja di hospital ini sebelum dia membuka
kliniknya sendiri. Dia menyuruh Dr. Shahri ke bilik rawatan paling belakang.
Dr. Shahri mengikut arahan yang diberikan oleh jururawat tersebut. Dr. Shahri
masuk ke dalam bilik rawatan yang dinyatakan oleh jururawat tadi. Sememangnya dia
dapat melihat kelibat Dr. Raduan di situ. Dia bersalaman dengan Dr. Raduan.
"Jadi apa yang telah berlaku?" tanya Dr. Shahri melulu. Dia dapat melihat Dr.
Raduan merawat seorang pesakit yang baru sahaja jatuh dari motor.
"One of your patients overdosed on the pills that you have prescribed to him."
Kata Dr. Raduan lalu mengambil sekeping plastik yang tertulis alamat dan nombor
telefon klinik Dr. Shahri dari kocek kot putih yang sedang dipakainya. Dr. Raduan telah
menjumpai plastik tersebut dengan beberapa biji pil yang masih belum ditelan Ariffin di
dalam kocek seluarnya. "Siapa?" Dr. Shahri memeriksa pil-pil tersebut. Seingatnya dia tidak mengarahkan
agar ubat alprazolam ini diberikan kepada sesiapapun di kliniknya.
"Ariffin bin Nordin."
http://www.nizamzakaria.com 185
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Oh..." Dr. Shahri terus menyedari situasi yang sedang dihadapinya sekarang.
"You tak sepatutnya bagi dia anti-depressants bila you tahu dia ambil dadah. You
tentu tahu dia akan salah gunakan ubat yang you beri kepadanya."
Dr. Shahri tidak menjawab. Dia hanya mendiamkan dirinya.
"Kalau bukan kerana you jadi supervisor I dulu. I would have reported you to the
authority." Dr. Raduan menegur. "You know how much I respect you and your work?"
"I"m sorry... This was all a mistake."
"Please don"t make a mistake like this again, Dr. Shahri... You have a successful
career in medicine. Jangan jadikan perkara-perkara macam ini merosakkan karier dan
kredibiliti you!" dia menasihati. Dr. Shahri hanya mampu mengangguk dan mengeluh
panjang. "I need to see him." Pinta Dr. Shahri. Wajahnya jelas nampak tenang, tetapi di
dalam hati, ditelannya perasaan marah yang amat sangat yang mula menggelegak di
dalamnya. "Dia ada di wad kecemasan nombor 5. He"s okay now... I dah mulakan prosedur


Cinta Nasi Lemak Karya Nizam Zakaria di http://cerita-silat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

gastrointestinal decontamination dengan activated charcoal untuk serap segala toksik di
dalam tubuhnya. Bila dia sedar nanti, kawan-kawannya boleh bawa dia pulang. And for
your sake, I will skip the police report." Ujar Dr. Raduan dengan selamba tanpa
memandang ke arah Dr. Sahri.
"Thank you... I will never forget this." Beritahu Dr. Shahri sambil tertunduk. Dia
melihat Dr. Raduan hanya menjeling kepadanya sekali lalu meneruskan tugasnya
menjahit luka pada bahagian bahu pesakitnya.
Dr. Shahri pergi ke arah wad kecemasan yang dinyatakan oleh Dr. Raduan tadi.
Dia dapat melihat Ariffin masih di dalam keadaan tidak sedarkan diri, tetapi
pernafasannya kembali normal - tidak lagi secetek tadi.
Dr. Shahri memandang ke arah nama Julia yang telah ditoreh di atas lengan
Ariffin. Kemudian di situ dia dapat melihat tiga bekas suntikan. Dr. Shahri menarik
nafasnya dalam-dalam. Dr. Shahri berjalan keluar untuk mendapatkan Julia. Di ruang menunggu, dia
dapat melihat Wati sedang memujuk Julia yang sedang menangis teresak-esak di
sebelahnya. "Julia... Baba perlu bercakap dengan Julia di luar." Kata Dr. Shahri dengan suara
yang rendah. Wajahnya nampak keras.
http://www.nizamzakaria.com 186
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Julia mengangguk perlahan lalu mengikut bapanya keluar dari wad kecemasan.
Wati mengekori Julia dari belakang.
"Baba nak tahu kalau Julia ada beri apa-apa ubat kepada kawan Julia tu tanpa
pengetahuan baba..." Dr. Sahri meminta penjelasan dengan sesekali matanya akan
menjeling ke arah Wati. Julia mengangguk lemah. Wati memegang tangan Julia dengan erat.
"Julia tahu dia ambil dadah?" tanya Dr. Shahri dengan suara yang tegas.
"Tak baba... Sumpah Julia tak tahu!" Julia menangis lagi. Lebih-lebih lagi apabila
dia dapat melihat wajah bapanya berubah marah dan kecewa.
"He"s a drug addict, Julia!" Dr. Shahri menengking, satu perkara yang jarang
dilakukannya kepada sesiapapun, lebih-lebih lagi kepada Julia. "Baba tak faham mengapa
Julia boleh berkawan dengan orang macam ni!"
"Baru jer tadi Julia dapat tahu dari Daniel tentang hal ni, ba!" seboleh-boleh Julia
cuba menerangkan hal yang sebenar kepada bapanya. "Art tu baik orangnya, ba! Please
believe me!" "They can revoke my license to practice medicine because of this!" suara Dr.
Shahri semakin meninggi. "How could you do this to me?"
"I"m sorry, ba! Memang Julia tak tahu!" Air mata Julia turun mencurah-curah. Dia
menoleh ke belakang. Dia dapat melihat Jali, Zul dan Daniel sedang memerhatikannya
dari dalam wad kecemasan. "Ba... Art tak bersalah?"
"Julia!" Dr. Sahri membeliakkan matanya. "Enough of this nonsense!"
"Dah, Shahri... Cukup!" kata Wati dengan tegas. Dr. Shahri cuba menahan rasa
marahnya. Dia memicit kepalanya yang mula terasa berdenyut-denyut itu.
"I need to talk to you, Wati." Ujar Dr. Shahri terus memicit kepalanya. Wati
menyuruh Julia kembali mendapatkan Daniel. Julia hanya menundukkan kepalanya
sambil mengelap air matanya dengan kertas tisunya yang lembap itu.
Wati kini berhadapan dengan bekas suaminya. Wati berpeluk tubuh. Dia
mendengar sahaja apa yang perlu dinyatakan oleh suaminya itu kepadanya. Dia
mengangguk beberapa kali sambil memerhatikan Daniel yang sedang memujuk Julia agar
jangan menangis lagi. * Pada malam itu Jali memandu kereta Zul lalu membawa Zul serta Ariffin pulang ke
Subang Jaya. Di dalam kereta, Ariffin hanya diam membisu. Dia tersandar dengan
http://www.nizamzakaria.com 187
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
matanya kaku memandang ke arah luar. Dia terlalu lesu untuk mengeluarkan kata-kata
ataupun untuk berfikir. "Kalau kau nak mampus, jangan buat kat tempat aku!" jerkah Jali dengan tiba-tiba
ketika dia sedang memandu sehingga tersentak Zul dibuatnya.
Zul menoleh ke belakang. Ariffin tidak menjawab. Dia dapat melihat air mata
Ariffin mengalir membasahi wajahnya yang pucat dan kaku itu. Zul memegang peha Jali.
Apabila Jali menoleh, dia memberi isyarat kepada Jali supaya diam. Jali akur, dengan
menganggukkan kepalanya. Ariffin tidak pernah berniat untuk membunuh diri. Apa yang telah berlaku
kepadanya tadi berlaku di luar jangkaannya. Dia telah menelan pil-pil yang telah
diberikan oleh Julia kepadanya dengan tujuan agar dia dapat tidur dan berkhayal. Dia
tidak sedar dengan menelan lebihan pil dan ditambah lagi dengan kombinasi minuman
alkohol, segala-galanya yang diambil berubah toksik. Fikirnya, jika dia jelaskan perkara
ini kepada sesiapapun, mereka mungkin tidak akan mempercayainya. Jadi, dia mengambil
keputusan untuk terus berdiam. Dia terus mendiamkan dirinya tatkala kepalanya masih
berada di awang-awangan...
Zul membuka pintu keretanya sejurus selepas dia tiba di rumahnya. Dia
menggunakan tongkatnya untuk berjalan lalu membuka pintu rumahnya. Dia menoleh ke
belakang. Dia dapat melihat Ariffin masih duduk di dalam kereta sambil termenung. Jali
merungut memarahi Ariffin sebelum dia menarik tangan Ariffin untuk memintanya
keluar dari perut kereta.
Apabila Zul masuk ke dalam rumahnya, dia dapat melihat kaca-kaca pecah di
bahagian ruang tamunya telah dibersihkan Jali. Karpetnya yang sebelum ini berendam
dengan darahnya juga telah digulung lalu diletakkan ke tepi.
JP terus mengiau di muka pintu untuk menyapa Zul. Kemudian dia terus
mendapatkan Ariffin. Dia mengiau di hadapan Ariffin mahu dirinya di manja olehnya.
Ariffin mengangkat JP lalu mengusap tubuhnya. Dia membisikkan sesuatu kepada JP
seolah ingin mengadu domba kepadanya.
Ariffin melangkah dengan perlahan lalu masuk ke dalam biliknya. Dia mengunci
pintu biliknya itu dari dalam. Jali berdecit.
"Saya tidur sini malam ni, boleh?" tanya Jali kepada Zul.
"Boleh. Apa salahnya." Jawab Zul. "Memang aku nak kau tidur di sini buat sehari
dua ni." "Abang dan Art perlu dijaga... Lebih-lebih lagi si Art tu. Saya risau dengan
keadaan dia yang tak tentu arah tu."
"Kau rasa dia marah dengan aku?"
http://www.nizamzakaria.com 188
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Bang... Buat masa ini hal abang dia adalah perkara terakhir yang dia mahu
fikirkan." "Dia risaukan tentang Julia."
"Ya, bang... Dia lebih risaukan tentang Julia." Jali membiarkan kata-katanya
berakhir begitu sahaja. Di dalam bilik, Ariffin hanya mampu termenung. Dia membaringkan dirinya di atas katil.
Dia termenung memandang ke arah silingnya. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari
dalam kocek seluarnya. Dia cuba menelefon Julia, tetapi tak dapat. Setiap kali dia
menelefonnya, pasti panggilannya itu disambungkan kepada "mailbox". Dia cuba
menelefon ke rumah Wati. Panggilannya di jawab Wati:
- Hello. Saya nak bercakap dengan Julia.
+ Art... Julia tak ada di sini.
- Come on, lah Wati! Dia ada di situ. Bagi saya bercakap dengan dia.
+ Art, mulai hari ini jangan hubungi Julia lagi.
- Apahal ni pulak! + Art... Please! Kalau Art sayang kepada Julia, jangan ganggu dia lagi.
Wati meletakkan ganggang telefonnya. Dia memandang ke belakang. Dia dapat melihat
Julia sedang memerhatikannya. Wajahnya cukup resah dan kecewa.
"Ma... Julia perlu bercakap dengan Art." Julia merayu sambil menggigit bibirnya.
"Please ma. I"m begging you!"
"Julia... I thought we"ve discussed about this with baba just now" Julia tak boleh
berjumpa dengannya lagi."
"Tapi ma!" "Julia... Listen to me!" Kata Wati dengan nada serius. "He"s not worth it. Baba
dan mama hanya mahu yang terbaik untuk Julia." Wati masuk ke dapur untuk
menyediakan segelas air untuk Julia. Dia kemudian berjalan untuk berhadapan dengan
Julia. "Jadi mama dan baba nak Julia lupakan Art macam tu jer?" bantah Julia dengan
berang. "Ya." Sambut Wati dengan tegas. "And there shall be no further discussion about
this!" "Ma!" Julia ketandusan kata-kata. Kecewa dengan sikap ibunya ini. "Ini bukannya
cara yang terbaik untuk kita hadapi masalah Art!"
http://www.nizamzakaria.com 189
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Now take this... You baba said it will calm you down!" perintah Wati dengan
memberi Julia sebutir pil berwarna biru.
Julia menurut perintah ibunya lalu menelan pil yang telah diberikannya tanpa
banyak soal. Kemudian katanya:
"Mama dan baba tak ada hak nak pisahkan Julia dari Art!" tempik Julia.
"Go to your room, Julia!" perintah ibunya dengan menudingkan jarinya ke arah
bilik anak perempuannya itu. Dalam keadaan pasrah, Julia menurut sahaja.
Julia masuk ke dalam biliknya. Dia terus mengunci pintunya. Kepalanya buntu.
Dia perlu bercakap dengan Ariffin. Dia perlu mendapatkan penjelasan dari Ariffin tentang
segala-galanya... * Julia menangis di sebelah Daniel. Ariffin baru sahaja hilang dari pandangannya lalu
dibawa ke dalam wad kecemasan. Zul berdiri kebingungan. Jali pula mengikut Dr.
Raduan yang datang untuk merawat Ariffin.
Daniel meminta Julia bertenang lalu duduk di ruang menunggu. Beberapa orang pelawat
dan pesakit sedang duduk di situ. Mereka memandang ke arah Julia yang sedang
menangis, lalu membawa hal masing-masing.
"Apa kena dengan Art, Daniel?" tanya Julia kepada kawan baiknya itu. Daniel
mengesat air mata Julia yang turun mencurah-curah.
"Drug overdose..." Daniel memberitahu tanpa ragu-ragu. "You know what" I dah
agak dah benda macam ni pasti akan berlaku kepadanya. Tunggu masa jer!"
"How can you say that! He"s your friend!"
"Sebab dia kawan I lah I cakap macam ni, Julia." Daniel menegaskan. Dia sedang
memerhatikan beberapa orang yang sedang lalu lalang di hadapannya. Kemudian dia
berpaling ke arah Zul yang sedang duduk berdekatan dengannya. Zul sedang termenung
sambil memegang tongkatnya. "He"s a loose cannon, Julia. Bila-bila masa jer boleh
meletup!" "Dah tu... you tahu fasal dia ambil dadah sejak dulu lagi?" tanya Julia tersekatsekat.
"Ya," jawab Daniel serba salah. "Julia... I know you love him, but he"s not what
you think he is..." "Apa you cakap ni?"
http://www.nizamzakaria.com 190
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Julia... You tahu tak... Dia sebenarnya dah lama nak kenal dengan you. He kept
on pestering me about this. Tapi I tak bagi sehinggalah you suruh I contact dia dan minta
dia tolong you dengan bagi you tiru jawapan dia?"
"I know. Dia pun pernah cakap kat I pasal ni..."
"The truth is... Dia nak kawan dengan you fasal you anak doktor. He told me,
although I think he"s joking at that point of time... Dia nak jadikan you girlfriend dia dan
nak suruh you kerja kat farmasi bapak you. So, senang lah dia nak dapatkan supply dia
nanti." Daniel meluahkan sesuatu yang telah disimpannya selama ini. "You know what,
bila dia cakap macam ni, I terus tried my best to keep both of you apart. I mean, God
knows how much I"ve tried.
"Tapi tengok apa dah jadi" You dengan dia berkawan and then one thing leads to
another. And you actually listened to his advice and worked in your father"s pharmacy."
"I can't believe this!" Julia menggelengkan kepalanya.
"Julia... All I know right now is that he really loves you and you love him too. But
shit happens. And look at him! What are the chances he is going to come out of this and
be able to live a straight life?"
"I sayang dia, Daniel!"
"I tahu, Julia!" Daniel memandang penuh ke wajah Julia. "You boleh beritahu
kepadanya yang you sayang kepadanya dan akan melakukan apa sahaja untuk pastikan dia
tak akan ambil dadah lagi. But that you need to protect yourself... Ariffin ni degil
orangnya. Kalau dia degil, drop him and find a guy who is not a drug addict."
Julia termenung seketika. Dia mula merasakan dia tidak mungkin mampu untuk
meninggalkan Ariffin begitu sahaja, kerana dia benar-benar menyayanginya...
* Jali mengetuk pintu Ariffin berkali-kali. Jali mahu Ariffin keluar dari biliknya itu. Dia
menjemput agar Ariffin makan malam dengannya. Tetapi Ariffin berdegil. Sehari suntuk
dia berkurung di dalam biliknya seorang diri. Entah apa sahaja yang dilakukannya di
dalam biliknya itu, fikir Jali.
"Art, makan lah Art!" pujuk Jali sambil mengetuk daun pintunya berkali-kali.
"Jangan kacau aku!" getus Ariffin di dalam bilik. Jali hanya mampu mengeluh.
Dia memandang ke arah Zul yang sedang duduk di meja makan.
"Kita tinggalkan sedikit makanan untuknya nanti. Malam karang bila dia lapar,
pandailah dia cari makan." Zul meluahkan saranan.
http://www.nizamzakaria.com 191
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Jali hanya mampu mengangguk. Dia risau memikirkan tentang Ariffin. Tetapi di
dalam hatinya, dia berfikir Ariffin perlu diberikan masa untuk bersendirian. Lagipun,
sampai bila dia akan mengurungkan dirinya di dalam bilik seperti ini"
Di dalam biliknya, Ariffin menghabiskan masanya dengan termenung. Sesekali dia akan
menghidupkan komputernya lalu menggunakan Internet. Dia berkali-kali memeriksa emelnya
untuk menerima apa-apa berita dari Julia. Tetapi dia langsung tidak menerima
apa-apa berita dari Julia. Apabila dia menelefon Daniel dan bertanyakan kepadanya
tentang Julia, Daniel memberitahunya dia tidak tahu.
JP masuk ke dalam bilik Ariffin melalui tingkapnya yang terbuka. JP nampaknya
mahu pergi menemui tuannya yang nampak muram dan resah. JP mengiau beberapa kali
lalu menyondol paha Ariffin.
"Mana Julia, JP?" tanya Ariffin ketika dia mengangkat tubuh kucing hitam yang
semakin hari semakin gemuk itu dengan merenung ke dalam matanya.
JP hanya mengiau sekali. Ariffin melepaskan nafasnya lalu terus mengusap bulu
JP. Dia putus akal. http://www.nizamzakaria.com 192
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
BAB 25 Zul memandang ke arah bumbungnya. Wajahnya penuh kebimbangan. Dia dapat melihat
Ariffin duduk di situ sambil mengusap-usap JP. Memang dia tidak menyangka perkara ini
akan berlaku, tetapi ia telah pun berlaku. Dia menyalahkan dirinya kerana tidak
melakukan apa-apa apabila dia melihat Ariffin keluar dari rumahnya tadi. Apabila dia
melihat Ariffin sedang duduk di atas bumbungnya begitu, terlintas di dalam fikirannya
bahawa Ariffin baru sahaja mengambil dadah untuk menghilangkan giannya...
Zul menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Jali menoleh ke arahnya lalu
memberitahu bahawa dia mahu memujuk Ariffin supaya turun dari terus duduk di atas
bumbung. Zul menasihati Jali agar jangan berkasar kepadanya. Katanya:
"Pujuk dia betul-betul, Jali. Dia tengah khayal agaknya tu."
Jali sekadar mengangguk. Dia berjalan ke arah tangga aluminium yang diletakkan
di tepi dinding mengarah ke bumbung. Dia menaiki anak tangga tersebut dengan penuh
berhati-hati, kerana tangga tersebut diletakkan menegak ke atas. Bergoyang. Dia tidak
faham bagaimana Ariffin dapat naik ke bumbung tanpa menghadapi apa-apa masalah
dalam keadaannya yang difikirkan sedang khayal itu.
Sebaik sahaja Jali berjaya memanjat ke bumbung, dia dapat melihat Ariffin
termenung memandang ke arah langit malam. Dia berpaling lalu tersenyum ke arahnya.
Jali mengeluh. Dia berjalan dengan berhati-hati di atas bumbung untuk
mendapatkan Ariffin. Dia duduk di sebelahnya.
"Art tengah stone ke?" tanya Jali perlahan. Di dalam kepalanya sejak tadi, dia
memikirkan yang bukan-bukan tentang diri Ariffin. Fikirnya, mungkin Ariffin sedang
khayal setelah mengambil dadah, atau lebih buruk lagi, dia cuba untuk membunuh diri.
"Tak... Aku cuba berhenti. Susah. Badan aku menggigil." Beritahu Ariffin. "Susah
nak berhenti kau tahu tak?"
"Dah tu, kenapa Art ke sini?"
"Aku cari JP. Aku jumpa dia di sini..." Ariffin menjelaskan dengan ringkas.
"Kita turun, Art... Dah lewat ni." Rayu Jali. Dia dapat melihat Ariffin
mengangguk perlahan. "Aku nak mintak maaf dengan kau..." Kata Ariffin kepada Jali tiba-tiba dengan
wajah yang jernih. "Apa?" Jali fikir mungkin dia tersalah dengar. Dia meminta Ariffin mengulangi
kata-katanya tadi. http://www.nizamzakaria.com 193
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Aku nak mintak maaf, Jali."
"Untuk apa?"

Cinta Nasi Lemak Karya Nizam Zakaria di http://cerita-silat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

"Untuk apa sahaja yang telah aku lakukan kepada kau untuk sakitkan hati kau
selama ini." "Apa yang Art ambil ni?" tanya Jali penuh prasangka.
"Aku tak ambik apa-apalah. Aku serius ni." Kata Ariffin. Matanya bulat dengan
kesungguhan. "Maafkan aku Jali!"
"Selama ini memang Jali maafkan Art... Lagipun Jali tak rasa pun Art melakukan
apa-apa kesalahan besar kepada Jali. Jangan fikir-fikirkan sangat pasal hal ni lah, Art!"
"Aku selalu saja susahkan hidup kau."
"Dah lah, Art. Lupakan tu semua!"
Ariffin mendekatkan dirinya untuk mendakap tubuh Jali. Jali terkejut dibuat
begitu oleh Ariffin. Tubuhnya mula-mula kaku, tetapi setelah dia rasa lebih selesa,
barulah dia terus mendakap tubuh Ariffin dengan lebih erat lagi.
"Aku mahu berhenti ambil dadah... Aku mahu memaafkan abang Zul." Bisik
Ariffin kepada Jali. Suaranya penuh dengan rasa keinsafan. "Manusia boleh berubah
Jali... Hanya bintang-bintang di langit sahaja yang tak berubah."
"Okay... kita turun, ya Art?" pinta Jali setelah selesai Ariffin meluahkan kalimahkalimahnya.
Dia benar-benar bersyukur mendengar hasrat yang diluahkan Ariffin tadi.
Ariffin mengangguk. Jali mengambil JP dari tangannya lalu melihatnya menuruni
anak tangga. Di tengah-tengah anak tangga, Jali menyerahkan JP kepada Ariffin. "Turun
baik-baik, Art." Katanya kemudian.
Setelah Ariffin turun dari tangga, Jali memandang ke arah bintang-bintang di
langit. Entah mengapa, dia mula dapat melihat keindahan bintang-bintang yang
berkerdipan di langit dalam keheningan malam itu. Perasaannya tenang. Cukup tenang...
* Ariffin dapat mendengar suara JP mengiau dan mencakar-cakar daun pintunya. Pada
mulanya Ariffin membiarkan sahaja. Tetapi dia akhirnya membuka pintu setelah JP
mengiau dengan kuat. Mungkin JP kelaparan. Selalunya JP akan meminta Ariffin
membuka pintunya pada setiap pagi supaya mangkuk makanannya dipenuhi dengan
makanan kucing. Apabila Ariffin memandang ke arah jam dindingnya, dia mendapati jam
menunjukkan pukul 12.30 malam.
http://www.nizamzakaria.com 194
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Sebaik sahaja Ariffin membuka pintunya, dia dapat melihat JP berlari meluru ke
dapur. Ariffin menoleh sekali ke ruang tamu. Didapatinya Jali dan Zul sedang menonton
TV. Di dapur, Ariffin mendapati JP sedang berdiri di muka pintu belakang. Dia mahu
keluar dengan mengais-ngais pintu dapur. Ariffin membuka pintu untuk membenarkan JP
keluar. Kemudian JP meluru ke luar sambil mengiau kuat seolah mahu Ariffin
mengikutnya ke mana sahaja dia pergi.
Ariffin mengekori JP dari belakang. Kemudian dia dapat melihat JP memanjat
sebatang pohon mangga yang tumbuh merendang di belakang rumah Zul, lalu ia
melompat ke bahagian bumbung rumahnya. JP mengiau megah di situ.
JP terus mengiau kepadanya. Ariffin memanggilnya supaya turun ke bawah, tetapi
JP berdegil. Ariffin mengeluh. Dia pergi ke satu sudut di mana Zul ada menyimpan
beberapa perkakas yang digunakan untuk berkebun termasuk sebatang tangga aluminium
yang panjang. Ariffin mengambil tangga tersebut lalu menyandarkannya ke bahagian
dinding. Ariffin naik ke atas bumbung dengan menggunakan tangga tersebut.
Di atas bumbung JP mengiau berkali-kali dengan manja. Dia agaknya puas setelah
berjaya membawa Ariffin ke sana. Ariffin mengambil JP lalu duduk di atas bumbung. Dia
memerhatikan bintang-bintang di langit yang bergemerlapan indah pada malam itu.
Kemudian dalam keasyikannya dia melepaskan JP. JP turun dari pangkuannya
lalu berjalan di sisinya. Mata Ariffin mengekori JP. Dia terkejut. Dia dapat melihat satu
lembaga yang dikenalinya sedang memandang ke langit. JP menggesel-geselkan dirinya
kepada lembaga tersebut. "Mah... Apa Mah buat di sini?" tanya Ariffin kepada lembaga yang menyerupai
adiknya. Entah mengapa, Ariffin tidak merasa takut pada ketika itu, tetapi dia merasakan
seperti mahu memeluk lembaga itu untuk memberitahu kepadanya betapa dia
merindukannya. "Mah tengok bintang lah bang!" jawab Sarimah sambil menoleh kepada Ariffin.
Sarimah kemudian membaringkan dirinya ke atas pangkuan Ariffin. Ariffin mengusap
rambut Sarimah yang lembut dan ikal itu dengan penuh rasa sayang, seperti yang pernah
dilakukannya satu ketika dahulu.
"Abang rindu sangat dengan Mah." Kata Ariffin dengan suaranya menahan sedu.
"Mah tahu, bang." Jawab Sarimah sambil tersenyum manis. "Sebab itulah Mah
nak berjumpa dengan abang."
"Kenapa, Mah?" http://www.nizamzakaria.com 195
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
"Mah nak abang jangan fikirkan sangat tentang Mah, tentang Anisah, tentang mak
dan abah. Mah tahu abang rindukan kepada kami, tapi abang tak boleh fikirkan sangat
tentang kami. Kami dah tak ada lagi, bang.
"Sekarang abang pula ada kehidupan abang sendiri. Abang tak boleh jadikan
pemergian kami sebagai sebab mengapa abang perlu bersedih sehingga sekarang. Abang
perlu meneruskan kehidupan abang tanpa kami?"
"Mah tak faham... Abang selalu rasa kesunyian. Abang tak ada tempat untuk
mengadu kalau abang kesunyian dan sedih!"
"Bang... Abang tahu tak ramai orang yang sayang dengan abang" Tapi kenapa
abang tutup hati abang kepada mereka?"
"Abang takut kalau abang akan kehilangan mereka seperti abang kehilangan
Mah..." "Bang, semua manusia yang dilahirkan ke dunia ini akan mati... Jadi, kita perlu
menggunakan masa hidup kita dengan sebaiknya, seperti merasa bersyukur bahawa ada
orang yang sayang kepada kita dan berterima kasih kepada mereka."
Ariffin termenung memikirkan kata-kata Sarimah tadi. Dia reda. Dia
menganggukkan kepalanya dengan perlahan.
"Satu lagi, bang... Jiwa abang terlalu kacau. Abang terlalu marah, terlalu
membenci. Abang tak boleh jadi macam ni selamanya."
"Abang tahu Mah... Abang tahu."
"Mah tak nak abang jadi macam ni lagi. Mah nak abang bahagia... Kebahagiaan
abang berada di tangan abang sendiri... Bukan di tangan Mah, Anisah, mak dan abah.
Abang sahaja yang mampu memastikan hidup abang bahagia, bukan orang lain."
"Jadi apa yang perlu abang lakukan, mah?"
"Abang tahu jawapannya sendiri... Jawapannya ada dalam diri abang." Sarimah
menudingkan jarinya yang kecil ke dada Ariffin.
"Terima kasih, Mah..." ucap Ariffin dengan perlahan.
"Mah perlu pergi."
"Bila abang boleh jumpa Mah lagi?"
"Bang... Diri Mah sentiasa ada di dalam diri abang. Di dalam hati abang."
beritahu Sarimah sambil tersenyum. Dia mencium pipi abangnya itu sebelum dia berdiri
http://www.nizamzakaria.com 196
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
lalu berjalan di atas bumbung sambil melambaikan tangannya kepada Ariffin. Beberapa
detik kemudian, kelibatnya terus hilang di telan kegelapan malam.
Ariffin menarik nafasnya dalam-dalam. Dia menangis seorang diri. Dia
memikirkan tentang kata-kata adiknya tadi. Mungkin ada betulnya kata-katanya itu.
Mungkin dia perlu berubah. Dia perlu memikirkan tentang orang-orang yang
menyayanginya sekarang dan berhenti memikirkan tentang detik hitam di dalam hidupnya
dari terus membelenggu dirinya sampai bila-bila.
Kemudian dia menoleh ke bawah. Dia dapat mendengar suara Jali memanggilnya.
Ariffin hanya menjeling. Dia mendongakkan kepalanya terus memandang ke langit
malam. Mungkin dia telah berhalusinasi tadi. Mungkin dia telah bermimpi. Dia sendiri
kurang pasti. Apa yang pasti sekarang, dia bertekad untuk mengubah jalan hidupnya ke
jalan yang lebih baik dan bererti buat dirinya dan buat orang-orang yang menyayanginya.
* Jali menarik nafasnya dalam-dalam sebaik sahaja Ariffin selamat turun ke bawah. Dia
juga dapat melihat Zul sedang memandangnya dari sana. Zul tersenyum ke arahnya. Inilah
keindahan yang pernah diberitahunya kepada Zul satu ketika dahulu. Satu keindahan yang
mampu membawa rasa gembira dan bahagia. Satu keindahan yang menyedarkannya
bahawa hidup ini tetap cantik walaupun kita semua hidup dalam satu yang masa yang
terlalu singkat dan dalam satu kehidupan yang tidak bermakna. Di dalam rasa puas, dia
menarik nafasnya panjang-panjang.
Jali melangkah turun dari tangga. Tangga tersebut bergoyang. Di dalam beberapa detik
yang cemas itu dia dapat mendengar suara Zul menjerit sesuatu kepadanya, tetapi dia
tidak tahu apa. Jali tidak dapat mengawal dirinya. Jali dapat merasakan dirinya terlepas ke
belakang. Tangannya masih berpaut kuat pada tangga. Semuanya berlaku terlalu pantas.
Tanpa disedarinya kini, beberapa ceracak pagar besi sudah pun menembusi dada Jali.
Jali tiada upaya untuk menggerakkan tubuhnya. Bajunya merah dengan darah. Matanya
memandang jauh ke langit. Tangannya lesu melepaskan tangga yang tadi erat
dipegangnya. Dia mendengar tangga yang jatuh ke tanah. Sayup, dia mendengar suara Zul
menjerit memanggil namanya. Dia dapat merasakan kehadiran Ariffin di sisinya, tanpa
sebarang kata-kata. Semua itu tidak mampu mengalih pandangannya dari langit yang
sejak tadi ditatapnya. Matanya tidak berkelip walau sekalipun. Jali mula mengimbas
kembali setiap detik kehidupan yang pernah dilaluinya. Dia tersenyum. Jali dapat
merasakan kehidupan yang dilaluinya penuh dengan keindahan, penuh makna tanpa
sebarang sesalan. Akhirnya, dia mengecapi keindahan dan ketenangan mutlak buatnya.
Matanya yang tadi berkaca disirami cahaya bintang kini semakin kuyu, lantas tertutup
rapat. Laungan Zul, sudah pun lenyap dari pendengarannya.
* http://www.nizamzakaria.com 197
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Wong membuka pintu studionya. Dia menjemput Zul, Aida dan Ariffin masuk ke
dalam studionya. Wajahnya suram.
"I have put aside some of his things. You can get them later." Katanya ketika dia
membawa mereka ke studio kecil Jali.
Ariffin berdiri di hadapan lukisannya bersama Julia. Dia menyelak kain putih
yang melitupi lukisan tersebut.
"That"s the last painting by him... It"s unfinished, but beautiful nevertheless."
Beritahu Wong kepada tetamu-tetamunya.
"Can I have this?" tanya Ariffin kepada Wong.
"Of course you can have it. He painted this particular painting especially for you."
Kemudian Wong memandang ke arah Zul. "In fact, please take all of his paintings with
you. I"m quite sure he had wanted you guys to have it anyway..."
Wong meminta dirinya untuk ke dapur untuk menyediakan minuman. Dia
meminta tetamu-tetamunya supaya duduk di ruang tamunya. Walau bagaimanapun,
Ariffin masih belum mahu berganjak dari bilik Jali. Matanya terus kepada lukisan
terakhir yang dilukis Jali.
"Did you ever tell him that you loved him?" bisik Aida kepada Zul sambil
memegang lengannya dengan erat di ruang tamu.
"No..." Bisik Zul dengan suara yang sedih. "I think he died not knowing about
this." Air mata Zul turun membasahi pipinya. Aida cuba memujuk dengan menyapu air
mata Zul dengan tangannya yang lembut.
"I want to show you guys something." Beritahu Wong apabila dia selesai
meletakkan beberapa gelas minuman di atas meja kecil di ruang tamu studionya. Dia
meminta agar Zul dan Aida masuk ke dalam bilik stornya.
Aida dan Zul di bawa masuk ke dalam sebuah bilik stor yang agak besar saiznya.
Bilik stor itu gelap. Wong membuka lampu, lantas cahaya menyinari bilik stor tersebut
lalu terserlah kini segala khazanah lukisan yang tersimpan di sana.
"He was a prolific painter as you can see here." Wong menunjukkan kepada Zul
beberapa koleksi lukisan Jali yang tersimpan di dalam bilik stor tersebut.
Air mata Zul menitis lagi pada hari itu sewaktu dia meneliti lukisan-lukisan Jali
yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Kini Zul dapat memahami keindahan dunia
yang dilihat oleh Jali. Dalam salah satu siri lukisan Jali, Zul dapat melihat lukisan potret beberapa orang
pelacur di lorong belakang yang menyerlahkan cebisan-cebisan keindahan yang wujud di
http://www.nizamzakaria.com 198
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
dalam diri mereka. Dengan setiap satu potret yang dilukis Jali, dia seolah mengerti akan
kebaikan dan kemurahan jiwa manusia yang tidak pernah mengenal batas. Dia mengerti
akan kemampuan setiap manusia untuk mengasihani dan manyayangi yang ada di dalam
diri setiap manusia. Semakin banyak dia melukis, semakin bertambahlah kebolehannya
untuk menyelami segala keindahan yang terwujud di dalam jiwa manusia.
"You just cannot imagine how talented he was." Wong menggelengkan
kepalanya. "I know, Wong. He was talented." Sambut Zul dengan jujur.
"Jali often told me how much he loved you." Beritahu Wong kemudian dengan
suara perlahan. "What?" "He did." Ujar Wong. "He told me once that he had fallen in love with you the
first time he saw you at the National Art Gallery... He didn"t tell you about that?"
"He didn"t..."
"He said... You made him feel special. He then wanted to paint so badly because
of you." "I swear I didn"t know about this, Wong..."
"He painted this especially for you..." Wong mengeluarkan sebuah lukisan yang
telah disimpannya di bahagian belakang stornya. Dia menunjukkan lukisan itu kepada
Zul. Zul tidak dapat menahan rasa sebak yang mula memamah hatinya sebaik sahaja
matanya terpandang kepada lukisan tersebut.
Aida memerhatikan lukisan tersebut yang menunjukkan gambar Zul sedang
memerhatikan Jali dari belakang ketika dia sedang melukis di hadapan lukisan
Pertarongan III oleh Amron Omar. Zul mendakap tubuh Aida lalu menangis dengan
teresak-esak. Aida menyuruhnya agar bersabar.
"At least I can sleep well from now on knowing that he loved me, Aida." Bisik
Zul kepadanya. Aida memahami. Dia mengangguk kepalanya dengan perlahan sambil
mengusap-usap belakang Zul.
Hati Zul terasa tenang sekarang. Keindahan yang dapat dilihat oleh Jali selama ini
dapat difahaminya melalui lukisan-lukisannya. Zul dapat melihat keindahan kehidupan
yang dilaluinya di dalam hidupnya yang pendek itu. Satu keindahan yang mungkin tidak
mampu difahami oleh sesetengah orang walaupun mereka telah melalui hidup ini
sehingga ke penghujung hayat mereka di masa tua...
http://www.nizamzakaria.com 199
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
* Sebaik sahaja Julia masuk ke dalam bilik hostelnya, dia dapat melihat sebuah kotak yang
telah dialamatkan kepadanya di letakkan di atas meja.
"So who is it from?" tanya Angela Clayton, rakan sebiliknya.
"I don"t know." Jawab Julia. Dia mengambil kotak tersebut lalu berjalan ke arah
tingkapnya yang menghadap kepada Taman Buchanan. Sebuah taman yang terletak
bersebelahan dengan kampus universiti Monash di Berwick di pinggir kota Melbourne,
Australia. "Maybe it"s from my dad..."
Julia seterusnya masuk ke dalam biliknya. Dia duduk di atas katil untuk membuka
kotak tersebut kerana mahu melihat apa yang telah dihantar kepadanya. Sebaik sahaja dia
dapat melihat apa yang telah dihantar kepadanya, wajahnya terus berubah. Pucat.
Julia dapat melihat bahawa dia telah diberikan sebuah lukisan yang pernah
dilihatnya hampir enam bulan yang lepas. Lukisan ini telah dilukis Jali. Sebuah lukisan
yang tidak dapat disiapkannya...
Bersama lukisan ini disertakan bersama sepucuk surat. Tangan Julia menggeletar
apabila dia membuka surat tersebut. Dia kenal benar dengan tulisan yang tertulis di luar
surat di tangannya. Julia, Lama kita tak bertemu. Terlalu lama rasanya. Art harap surat dan lukisan ini akan
sampai ke tangan Julia dengan selamat. Untuk pengetahuan Julia, Art telah meminta
baba Julia supaya menghantar surat ini dan lukisan ini kepada Julia.
Art juga telah pergi menemui baba Julia untuk memberitahunya bahawa Art telah pun
berhenti dari mengambil dadah. Art juga mahu memberitahu kepadanya bahawa Art tak
akan berhenti dari cuba mencari Julia walaupun sehingga kini dia tak mahu
memberitahu kepada Art di mana Julia berada. Mungkin dia masih marah lagi kepada
Art. Entahlah. Apa-apa pun, Art tak kecil hati. Art cuma berharap Julia tidak akan
melupakan Art sampai bila-bila.
Art tahu baba dan mama Julia tidak membenarkan Julia menghubungi Art lagi. Art tahu
mereka telah memberitahu kepada Julia, Art telah banyak menipu dan menyakiti hati
Julia. Art akur tentang ini semua dan Art meminta maaf. Art betul-betul berharap
mereka akan maafkan Art dan Julia juga akan maafkan segala kesilapan yang Art telah
lakukan kepada Julia selama ini.
Daniel telah memberitahu kepada Art, Julia tahu tentang pemergian Jali. Melaluinya
juga Art tahu bahawa Julia sedaya mungkin cuba mendapatkan Art pada waktu itu tetapi
dihalang oleh baba dan mama Julia.
http://www.nizamzakaria.com 200
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria


Cinta Nasi Lemak Karya Nizam Zakaria di http://cerita-silat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

Pemergian Jali telah mengajar Art supaya menghargai kehidupan ini. Kehidupan ini
terlalu pendek dan indah rasanya untuk kita mensia-siakannya dengan rasa benci, takut
dan jemu. Art masih lagi tinggal di rumah abang Zul. Pada bulan hadapan, kami berdua akan ke
Bali. Kami perlu ke sana untuk mengingati memori Jali yang pernah memberitahu
kepada kami berdua bahawa dia bercita-cita untuk melihat keindahan Ubud yang telah
memberi inspirasi kepada pelukis kesayangannya, Walter Spies melukis. Di sana nanti,
Art akan cuba melawat ke tempat-tempat yang pernah dilawati Julia agar Art dapat
memahami lagi keindahan yang dilihat oleh Julia pada waktu Julia ke sana dahulu...
Julia, Art benar-benar berharap satu hari nanti kita akan diketemukan kembali. Art
sayangkan Julia, percayalah. Art akan terus menunggu sehingga Julia kembali ke
Malaysia kelak. Art Cuma harapkan, Julia akan terus menyayangi Art... Itu sahaja yang
mampu Art minta buat masa ini.
Jadi terimalah lukisan ini dari Art. Lukisan ini tidak tersiap lagi, seperti diri kita
semua... Warna-warna kehidupan kita perlu kita lukiskan bersama agar satu hari nanti
lengkaplah lukisan ini di mata kita.
Yang Benar, Art Julia menatap lukisan di hadapannya lama-lama. Dia menangis tersedu-sedu. Rasa
rindunya terhadap Ariffin semakin menebal. Dia masih sayangkan Ariffin. Masakan dia
boleh melupakan Ariffin yang telah disayanginya setengah mati itu.
Hati Julia terasa tenang. Dia baring di atas katilnya. Dia menutup matanya. Buat pertama
kali dalam masa berbulan-bulan, dia dapat tidur dengan nyenyak setelah mendapat tahu
bahawa Ariffin masih memikirkan tentang dirinya dan masih menyayanginya dan terus
mahu menyayanginya... http://www.nizamzakaria.com 201
Kamar Rahasia 3 Cintaku Selalu Padamu Karya Motinggo Busye Tengkorak Maut 13
^