Pencarian

Cinta Aishah 1

Cinta Aishah Karya Mohd Faizul Bin Ali Bagian 1


Cinta Aishah MINI NOVEL Mohd Faizul bin Ali http://www.mohdfaizul.com
"Tak apalah, biar sakit mata aku memandang tapi tidak sakit aku menghadapinya"
E-BOOK MINI NOVEL INI ADALAH
PERCUMA!!! Anda boleh mengedarkan kepada sesiapa mengikut cita-rasa anda dengan syarat tidak mengubah isi kandungan pada ebook ini.
Tidak boleh dijual ISI KANDUNGAN Isi kandungan Sekapur sireh Bab 1 Bab 2 Bab 3 Bab 4 Bab 5 Bab 6 Bab 7 Bab 8 Bab 9 Bab 10 Bab 11 Bab 12 Bab 13 Bab 14 Sekapur sireh... Karya ini adalah karya sulong saya.Ianya adalah sebuah karya yang tidaklah dianggap sempurna kerana banyak lagi yang saya perlu perbaiki dari segi bahasa dan sebagainya. Untuk menyiapkannya adalah suatu pengalaman yang indah kerana ia memakan masa yang lama untuk menyiapkannya. Segala halangan, kesulitan, masa dan sebagainya dihabiskan bagi menyiapkannya maka terhasillah novel ini yang boleh dikirakan novel pendek jika ia diukur oleh
bilangan muka suratnya. Walau apapun, impian saya selama ini dapat juga saya tunaikan.Ia akan menjadi sebagaipembakaar semangat saya untuk masa hadapan saya.Dalam kehidupan ini, macam-macam perkara yang kita harungi namun untuk memiliki sesuatu itu amatlah sukar tetapi dengan mengsyukuri dengan apa yang kita perolehi dan juga usaha yang tidak pernah kenal putus asa, apa-apa pun boleh jadi.
Saya harap sesiapa yang meluangkan masa untuk membaca karya saya yang tidak seberapa ini, saya ucapkan selamat membaca dan juga terima kasih kerana sudi membacanya.
Sekian, terima kasih Mohd Faizul bin Ali [cerita ini adalah rekaan semata-mata.Tiada kena mengena dengan orang yang hidup atau pun yang meninggal dunia.Jika ada pun ianya hanyalah kebetulan.Jika anda perasan nama watak adalah sama dengan saya ianya tidak bermakna ianya ada kaitan dengan saya]
Bab 1 Pada petang itu, saya duduk mengadap laptop saya.Apa yang dilakukan oleh saya pada masa itu adalah melayari dunia internet.Dunia tanpa sempadan.Seperti biasa rutin saya adalah memuat turun lagu-lagu kegemaran, mencari handbook-handbook yang ada kaitan dengan subjek saya pada semester ini.Hanya satu semester lagi untuk mengabiskan sisa-sisa perjuangan saya menuntut ilmu. Sambil saya khayal dengan skrin laptop itu, tiba-tiba sahaja telefon bimbit saya berbunyi. Lantas saya mencapainya dan membaca esemes tersebut.
'malam ni kita jumpa di tempat biasa-Aishah'
Esemes dari Aisyah.Lalu saya membalasnya.
'Ok bos' Saya berhenti sekejap.Tiba-tiba fikiran saya diasak dengan pelbagai tentang Aishah ini. Saya teringat kembali bagaimana saya boleh bertemu dengannya. Saya mengenalinya melalui dunia internet. Pertama kali saya berkenalan berkenalan dengannya melalui ruang chatting yahoo messenger.Dari hari ke hari saya semakin mengenalinya.Kami saling bertukar-tukar foto masing-masing.Pada mulanya saya tidak percaya hubungan kami boleh berlanjutan sehingga sekarang kerana anggapan saya pada ianya adalah biasa sahaja. Kerana bagi saya ianya adalah mainan semata-mata. Mana mungkin saya hendak mempercayai semuanya bulat-bulat.Bagi saya untuk menilai seseorang itu, bukan dengan berhubung melalui internet, telefon sahaja. Kita kena berjumpa bertentang mata dengan empunya badan.Baru kita tahu keikhlasan seseorang itu.
Namun perkenalan saya dengan Aishah, ianya adalah lain.Dia baik orangnya. Pertama kali kami chat, dia sering mengeluh dengan masalah-masalahnya.Antaranya masalahnya ialah masalah pelajaran, dengan kawan-kawan yang tidak memahami dan paling selalu menjadi topik adalah masalah berat badannya.Dia kurang keyakinan. Dia menganggap bentuk badannya berisi. Saya seperti biasa menasihatinya supaya bersyukur dengan apa yang ada. Perkara yang paling ditakutinya adalah soal jodoh.Dia seakan tidak yakin suatu hari nanti ada orang yang akan minat dengannya.
Akhirnya kami bersetuju untuk berjumpa. Sebenarnya dia mencabar saya untuk berjumpa.Pada mulanya saya menolak tapi apabila saya berfikir balik, apa salahnya bukannya saya hendak berkasih pun dengan dia.Atas dasar kawan, saya bersetuju.
Restorant Indah adalah tempat pertama kali kami bertemu.Satu pertemuan yang tidak disangka-sangka menjadi
satu pertalian persahabatan.Kali pertama saya bertemu dengan Aishah, memang benar berat badannya tinggi.Seperti mana yang saya sangkakan.Memang besar.Dia datang kepada saya dengan langkah yang lesu langsung tidak ada semangat langsung.Semakin dia hampir kepada saya, semakin kuat bau minyak wanginya.Satu bauan yang tidak dapat saya lupai.
Walaupun Aishah sedikit gemuk, tapi masih lagi cute wajahnya.Sampai sahaja dia dihadapan saya jelas senyumannya.Betul-betul membuatkan saya tertawan.Dia duduk dihadapan saya.Dia tahu saya orangnya yang selalu chat dengannya.
"Assalammualaikum," Saya hanya dia memerhatikan wajahnya yang suram itu.Dari jauh bau wangi minyak wanginya menusuk kedalam hidung saya. Melihat dirinya menghampiri saya, semakin jelas wajahnya dan bentuk badannya.Saling tidak tumpah dengan gambar fotonya tetapi melihatkan wajahnya itu dia memang comel.Datang kearah saya dengan senyuman.
"Kenapa diam, kan dah saya katakan saya ni memang gemuk.Awak dah tak mahu berkawan dengan saya"" sambung Aishah yang mengenali saya melalui gambar foto saya. "Waalaikumussalam," jawab saya tenang.
"So macam mana menyesal ke kawan dengan saya"" kata Aishah sambil membetulkan kerusinya.
"Tidaklah, cantik apa awak ni.Walaupun awak berisi tapi saya tengok awak ni cute lah," puji saya.Aishah hanya diam sahaja.Pasti dia ingat saya tidak ikhlas dengan pujian saya itu.
"Suka hati awaklah nak cakap apa.So selamat berkenalan," kata Aishah.
"Selamat berkenalan," kata saya tersenyum.Pada pertemuan itu,bermacam-macam kami bualkan dan mulai daripada hari itu, hubungan itu menyusul dengan beberapa kali pertemuan dan menjadi persahabatan kamisemakin rapat dan pada masa yang sama saya mencabar Aishah untuk menguruskan bandannya.Pada mulanya saya anggap ianya sebagai gurauan sahaja kerana saya ingin melihat Aishah ceria.Bersyukur dengan apa yang dia ada tetapi Aishah menganggap ianya serius.Setelah beberapa kali pertemuan saya dapat melihat perubahan darinya.Semakin hari berat badannya semakin berkurangan.Oleh itu, saya memberinya sokongan yang penuh.Semuanya kerana sahabat saya, Aishah.
Bab 2 Pada petang itu, saya datang ke tempat yang dijanjikan.Seperti biasa saya yang menunggu kerana Aishah memberitahu saya dia terlambat sedikit kerana ada hal yang perlu diselesaikan.Saya memandang keseluruh ruang restorant itu melihat gelagat pengunjungnya.
"Assalammualaikum," saya disapa oleh seseorang.
"Waalaikumussalam," saya membalas salam itu. Aishah datang dengan senyumannya. Senyuman itu menampakkan sedikit lesung pipit dipipinya. Walaupun di pipinya itu sedikit tembam tapi gebu. Manis sekali senyumannya.Saya membalas senyuman itu.
"Duduklah," Pelawa saya.Aishah duduk dihadapan saya.Saya memerhati gelagatnya.
"Ish..Kenapa pandang saya macam tu," Tanya Aishah.
"Eh, tak ada apa.Sekarang awak dah lainlah Aishah.Semakin cute," Jawab
saya. "sudahlah Zul, jangan tipulah.Asal tak cakap je Aishah ni gemuk," kata Aishah merajuk.
"Mana ada" Saya ikhlas ni.Berbandingkan dengan pertama kali kita jumpa, hari ni Aishah memang nampak cantik, berkeyakinan, penuh dengan senyuman dan tidak lupa juga sudah semakin kurus.Emm ni mesti ada apa-apa ni kan""
"Tak ada apa-apalah. Aishah tetap Aishah yang dulu cuma..." Tiba-tiba Aishah berhenti berkata-kata.
"Cuma apa"" Tanya saya.
"Aishah dah turun 5 kilo.Sekarang berat badan Aishah 56kg," kata Aishah sambil membelek-belek menu. " bila nak belanja""
"Haha! Ikut perjanjian adalah berat 50kg kan.So ada 5kg lagi untuk dibereskan. Usaha lagi," kata saya.Aishah sudah beberapa bulan berdiet.Itu pun menyahut cabaran dari saya. Saya saja mencabarnya untuk meningkatkan semangatnya kerana sebelum ini dia tiada kenyakinan.
"Okey. 5kg tu apalah sangat.seminggu dua settle lah tu. Ehm.. macam mana dengan awek zul sekarang""
"Macam biasa tapi ada krisis sedikit. Biasalah bab-bab cinta ni kan emosi sedikit," kata saya sambil memandang sekeliling mencari pelayan.
"Krisis" Cuba bagi tahu kepada aku krisis apa"" Tanya Aishah ingin tahu. Saya tidak mengendahkannya lalu memanggil pelayan.
"Kalau ya pun order dulu," jawab saya cuba mengubah topik perb
ualan kami. "Bagi saya kopi panas sahaja," pesan Aishah.
"Hai kopi ajer.Tak makan ke"" Saya mengusik.
"Kan sekarang aku diet," kata Aishah.Pelayan itu beredar."Hah! ceritalah apa yang berlaku""
Terasa berat saya hendak memceritakan kepada Aishah tentang masalah saya.Dia mendesak saya lagi.
Baru sahaja saya memulakan bicara saya satu tepikan datang kearah kami.
"Oh di sini rupanya awak!" satu jeritan datang dari arah belakang," Saya menoleh kebelakang.Ika datang dengan wajah yang bengis sekali.Saya menjadi tidak tentu arah.
Wajahnya merah padam.Ika datang menghampiri saya.
"Patutlah awak sibuk.Sibuk dengan perempuan gemuk ni!" jerit Ika .Aishah hanya diam. Orang disekeliling memandang ke arah kami.Tapi itu tidak diperduli oleh Ika.Dia semakin menyinga.Saya cuba tenangkan dia.
"Sudahlah Ika. Kita bincang dulu.Duduklah," Kata saya menarik tangan Ika.Tapi Ika menyentap tangannya lalu ia hinggap ke pipi Aishah. "Pang!"
Semua orang dalam restorant itu terdiam.Semua mata terarah ke arah pertengkaran kami.Saya berasa serba salah.Di depan saya, Aishah seorang kawan manakala yang berdiri itu, teman wanita saya,Ika. Aishah menangis sambil memegang pipinya.
"Padan muka kau, rasakan," Kata Ika puas.
"Pang!" Satu lagi penampar.Tapi kali ini ianya dari saya.Ia hinggap di muka Ika pula.Dia jatuh ke lantai.Tapi saya tidak mengendahkannya.Saya melihat keadaan Aishah.Aishah lantas pergi meninggalkan restaurant itu.
"Sampai hati awak buat saya macam ni"" Ika turut menangis.
Bab 3 Peristiwa itu betul-betul menjejaskan hubungan saya dengan Ika dan begitu juga dengan Aishah. Aishah tidak bersalah. Dia tidak ada kena mengena dengan hal kami. Semuanya berpunca dengan kemarahan Ika yang tidak usul periksa itu. Saya betul-betul marah kepadanya dan juga malu dengan Aishah.Sudah beberapa hari Ika tidak berhubung dengan saya. Biarlah dengan dia. Dia perlu masa untuk menenangkan perasaan marahnya itu.
Apa yang membimbangkan saya adalah Aishah. Sejak dari peristiwa itu, dia sentiasa mengelak dari saya. Sudah banyak esemes saya hantar, panggilan entah berapa kali saya buat dan apabila terserempak cepat-cepat dia larikan diri.Mungkin dia marah dengan tidakan daripada Ika dan juga saya yang menyebabkan dia dihina seperti itu. Kalau saya dibuat begitu saya juga terasa.Saya amat bimbang jika dia membenci kepada saya.Persahabatan kami pasti akan terjejas.Apa lagi yang perlu buat.Ianya adalah salah faham.Saya memang sayangkan Ika.Saya harus mempertahankannya tetapi Aishah adalah sahabat saya yang baik.Saya tersepit.
***** Tugas yang diberikan oleh pensyarah saya semakin bertambah.Projek akhir masih lagi banyak yang belum dibuat dan ini memeningkan saya ditambah pula peperiksaan akhir yang semakin tiba.
"Weh, apa cerita kau dengan Ika. Berjalan dengan lancar ke"" Tanya Zahar rakan saya.
"Sudahlah, jangan kau sebut nama dia lagi.Lebih baik aku siapkan assignment aku yang melambak ni," kata saya sambil mencari bahan di internet.
"Ha! Ha! Ha! Macam tu lah orang yang sedang angau.Kau gaduh ke dengan dia.Itulah kau, orang nak bercinta, kau nak bercinta.Tengok sekarang apa yang dah jadi," peril Zahar.
"Kau tak payahlah nak ajar aku ni. Kau tu pun bukannya pernah bercinta pun," kata saya yang terasa dengan apa yang dikatakan oleh Zahar itu.
"Perempuan ni semuanya sama jer.Tak payahlah susah-susah kepala nak fikir sangat.Bagi aku perempuan ni dia hanya fikir fasal diri dia ajer.Bila kita senang, dia datang kat kita, bila dia senang dia datang kat kita tapi bila kita susah macam-macam alasan dia bagi.Aku dah masak dah dengan perempuan ni,"
"Ye ke" Aku tak setuju,"
"kenapa"" "Sebab tak semua perempuan macam tu.Ada yang baik hati.Bagi aku, ada permpuan yang baik hati.Biasa lah dalam dunia ni mana ada yang sempurna.Pasti ada yang kurang dan ada yang lebih dan yang paling penting adalah hati.Aku melihat pada hatinya.Tak kiralah kalau dia berisi ke, cantik ke dan macam-macam lagilah.Kalau hati yang baik aku terima jer.Tak apalah, biar sakit mata aku memandang tapi tidak sakit hati aku menghadapinya,"
"Eh kau maksudkan budak Aishah gemuk tu ke""
"Eh, mulut kau tu jaga sik
it ok.Sekarang berat dia dah 55kg tau. Dah kurus
dah," "belum lagi.Berat macam tu kira montok la. Standard perempuan 50kg. Perempuan ni kalau berat 1 kg pun dah besar semacam.Aku nak tanya kau ni. Kau serius ke dengan budak Aishah tu"Bukan main baik dan mesra ajer kau dengan dia.Okey gak kalau kau couple dengan Aishah tu.Tapi Ika kau nak letak mana""
"Ah kau ni.Gila ke aku boleh jatuh cinta dengan Aishah tu.Aku dengan dia kawan hanya kawan. Ala macam kau tak faham je taste aku macam mana," jelas saya kepada Zahar.Saya pun beredar dari situ bagi mengelak dari pertanyaan yang bukan-bukan dari Zahar.Lalu saya masuk ke bilik.
"Masyaallah, kenapa aku cakap macam tu. Aishah tu bukan taste aku," bisik saya. Kalau Aishah mendengarnya pasti dia akan sedih.Saya tidak bermaksud untuk berkata itu.Tentang Aishah itu, ada keistimewaannya.Kecantikannya bukanlah pada fizikalnya tetapi pada hatinya.Saya sejak akhir-akhir ini terasa rindu pula kepadanya.Sudah lama kami tidak berjumpa.
Bab 4 Saya duduk di meja belajar di kaki lima berhampiran dengan perpustakaan menunggu kelas yang seterusnya. Kelas yang akan bermula sepuluh minit lagi tapi saya rasa amat berat sekali menghadiri kelas tersebut.Saya rasa amat letih kerana kekurangan tidur.Dari semalam assignment saya masih belum siap lagi.Mungkin malam ini semuanya akan siap.Insyaallah.Masa yang terluang itu saya membelek-belek buku yang baru saya pinjam dari perpustakaan sambil mencari bahan-bahan untuk assignment saya nanti.
Sedang saya khusuk membelek buku itu, saya terbau satu wangian.Lalu saya teringat seseorang tentang wangian ini.Aishah.Setiap kali bertemu dengannya, memang bau inilah datang daripadanya.Tidak syak lagi.Memang dia.Saya memerhatikan sekeliling mencari dari mana datang wangian itu.Rupa-rupanya Aishah sudah tercegat didepan saya.
"Aishah," kata saya memandangnya.Aishah hanya diam sahaja.
"Duduklah dulu Aishah," pelawa saya.
"tak apalah.Sekejap sahaja.Selepas ini saya ada kelas.Saya hendak beritahu awak sesuatu," kata Aishah.
"Apa dia"" Tanya saya.
"Mulai hari ini kita tidak payah berjumpa lagi.Saya tak mahu kita behubung lagi.Tolong jangan ganggu saya lagi okey," Jawab Aishah.
"tapi kenapa"" Tanya saya lagi.
"Awak sudah tahu sebabnya," jawab Aishah sambil beredar dari situ.
"Tapi Aishah..." Aishah terus masuk ke kelas.
Di dalam kelas, aku tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran.Saya berasa amat bersalah sekali.Sekarang Aishah sudah memutuskan persahabatan antara kami.Berakhirlah perhubungan kami.Saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana keputusan itu adalah dari Aishah.
Apa pun saya perlu bersemuka dengan Aishah menjelaskan kepadanya, memohon maaf dengan apa yang berlaku.Dia tidak bersalah.Segalanya berpunca dari saya.Saya yang patut meleraikan segalanya.
***** Pada hari itu saya menanti kelibat Ika yang masih tidak muncul-muncul dari tadi.Saya perlu bersemuka dengannya.Saya perlu menjelaskan segalanya tentang hubungan kami.Segala keputusan hari ini pasti melibatkan masa depan kami.Sudah lama saya cuba menghubunginya tapi tidak Berjaya.
Dari jauh Ika datang menghampiri saya.Mukanya tidak menunjukkan perasaannya.Dia hanya diam sahaja.
"Assalammualaikum," Sapanya.
"Walaikumussalam," jawab saya.
"Ada apa sebenarnya yang awak nak sangat nak jumpa saya"" Tanya Ika acuh tidak acuh.
"Perkara penting.Tentang hubungan kita ini," Jawab saya tenang. "Apa lagi yang awak nak"" Tanya Ika.
"Saya nak awak minta maaf dengan apa yang awak katakan pada Aishah tempoh hari," jelas saya.
"Ah! Buat apa saya nak minta maaf.Memang patut pun saya buat begitu, biar padan dengan muka dia.Perempuan tidak sedar diri.Dahlah gemuk.Ada hati pulak hendak menjadi perampas kekasih orang," Kata Ika.
"Diam Ika.Sampai hati awak kutuk dia macam tu," jerit saya marah dengan kata-kata dari Ika itu. "Kan saya sudah beritahu kepada awak yang saya dengan dia tidak ada apa-apa.Kami berkawan sahaja,"
"Kawan, macam itu kawan.Asyik keluar bersama tu masih lagi anggap macam kawan.Tolonglah Zul.Janganlah nak menafikan lagi.Saya tak mahu lagi nak dengar sandiwara awak tu,"
"Kalau awak tak mahu jugak minta maaf k
ita putus sahaja hubungan kita ini," kata saya kepada Ika.Tersentak Ika mendengar kata saya itu.
"Apa dia" Tidak Zul, saya masih sayang kat awak.Tak kan kerana budak gemuk tu awak sanggup nak berpisah dengan saya.Apa kelebihan budak tu" " Rayu
Ika. "Sudah ika.Sebenarnya dari dulu lagi saya memang tak suka dengan perangai awak ni," Jelas saya kepada Ika yang mula menangis.Apa lagi senjata terakhir perempuan menangis.Dia tidak mahu memutuskan hubungan kami. "Cukuplah sampai disini sahaja hubungan kita.Semuanya sudah berakhir diantara
kita," Akhirnya hubungan saya dan juga Ika berakhir.Awal-awal lagi saya dapat mengagak ia pasti akan berlaku.Saya terimanya dengan tangan terbuka.Mungkin ia adalah keputusan yang terbaik bagi kami berdua.Kini saya dan Ika tiada ikatan apa-apa yang ada adalah cuma sahabat.Setelah apa yang berlaku, ia mengajar saya apa itu cinta.Saya akui hubungan ini adalah semata-mata ingin merasai perasaan itu.Dan bagi saya perasaan cinta itu hanya hadir dengan sendirinya bukan dengan perasaan yang terburu-buru.Saya terburu-buru untuk menerima cinta.Perasaan yang pada mulanya hanyalah seperti permukaan telah saya anggap sebagai seperti cinta yang sejati.Perasaan yang terburu-buru ini membuatkan saya kelam dengan hanyalan saya.
Bab 5 Peperiksaan sudah berakhir.Perasaan lega jelas ternyata kerana segala penat lelah saya satu semester sudah berakhir. Dan sekarang masanya untuk berehat.Cuti kali ini sepanjang sebulan. Segala perancangan masa cuti sudah pun saya susun.Saya mahu merehatkan diri dan juga melakukan perkara-perkara yang boleh diisi semasa cuti nanti.
Tiba-tiba saya teringat akan Aishah.Bagaimana dengan dia sekarang ini, adakah dia masih lagi marah kepada saya" Macam mana saya hendak bersemuka dengannya.Saya betul-betul buntu.Saya mengapai telefon bimbit saya dan kemudian cuba menghubungi Aishah.Namun gagal.Dia sudah tidak lagi memakai nombor tersebut.Mamang kesedihannya tidak kepalang.Saya berasa amat risau sekali jika dia benar-benar menbenci saya.
Saya menarik nafas beberapa kali, mencuba untuk menenangkan hati saya.Kepala saya sudah mulai pening kerana penat menjawab soalan peperiksaan petang tadi.
"Insyaallah, Tuhan akan melembutkan Aishah suatu hari nanti," bisik saya dalam hati mengharap segalanya akan selesai antara saya dan juga Aishah.Kini Ika tiada lagi dihati saya.Hubungi kami memang tidak akan kekal.Itulah yang saya dapat agak dari mula lagi.Memang hati saya tidak berkenan dengan kelibat Ika itu.Dia bukan cinta yang saya cari selama ini.Perasaan itu memang tidak ada sepanjang kami bersama.Tetapi Aishah"
Semua barang-barang saya dibungkus didalam kotak dan sudah diposkan ke kampung.Segalanya sudah selesai.Saya terpaksa berpisah dengan rakan-rakan persejuangan.Memang sedih ketika berpisah.Namun ia adalah suratan yang perlu kita terima kerana setiap yang bermula itu pasti akan berakhir.Itulah hukum alam yang kita tidak dapat elakkan.
Saya menhidupkan enjin motorsikal saya.Hari ini saya akan menuju ke selatan.Kembali ke kampung saya.Saya tidak sabar untuk berjumpa dengan ibu saya.Saya amat merinduinya.Sudah beberapa bulan saya tidak menemuinya semenjak cuti pertengahan semester tempoh hari.
Awal-awal lagi saya merancang untuk singgah ke pantai Port Dickson.Menikmati keindahan pantai di Telok Kemang.Inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh saya.Melepaskan segala penat lelah sepanjang satu semester dengan menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.
Saya menyusuri lebuhraya Elite dan lebuhraya utara selatan dan seterusnya ke arah Port Dickson.Lebih sejam setengah saya perjalanan, akhirnya sampai saya ditempat yang dituju.
Pantai Port Dickson menyambut kedatangan saya dengann tiupan angin yang betul-betul menyegarkan saya.Saya melihat kearah laut dengan ombak yang menyapu pantai itu.Dengan pelahan saya berjalan-jalan di persisiran pantai sambil menikmati keindahan panorama yang berada disitu.
Sedang saya menikmati keindahan itu, saya terbau satu wangiaan yang betul-betul saya kenal. Sama seperti bau Aishah.Saya memandang kesekeliling mencari punca bauan itu.Saya memandang kearah kiri saya, kanan dan be
lakang.Saya membuka langkah saya dan akhirnya saya terpandang seseorang yang saya amat kenali, Aishah.
"Aishah!" Teriak saya kepadanya yang sedang memandang kearah laut itu.Dia memandang sekeliling mencari kelibat yang memanggilnya sehinggalah memandang kearah saya.Dia betul-betul berdiri di depan saya.
"Faizul," Aishah terkedu melihat saya yang terpacak didepannya. "Kenapa awak berada disini""
Saya melangkah kearahnya sambil tersenyum.Setelah lama saya mencuba untuk bertemu dengannya akhirnya dapat juga.Aishah masih lagi tergamam.
"Aishah maafkan saya dengan apa yang berlaku tempoh hari," kata saya kepada Aishah.Dia menundukkan kepalanya.Dia cuba mengelak dari berbual tentang pertengkaran dengan Ika dahulu.
"Aishah, saya dan Ika sudah berpisah," Terang saya.Barulah Aishah memandang kearah saya.Saya lihat air matanya sudah bergenang.
"Awak sudah berpisah" Awak berpisah kerana Aishah"" Tanya Aishah ingin tahu punca perpisahan saya dan Ika.
"Tentang itu, awak tak ada kena mengena Aishah.Saya sendiri yang hendak berpisah dengannya.Memang saya dan dia tidak ada jodoh untuk bersama.Aishah sekali lagi saya nak minta maaf atas kejadian tempoh hari," saya merayu kepada Aishah memaafkan saya tentang kejadian tempoh hari.Aishah hanya diam.Saya tahu kejadiaan itu memang betul-betul memalukannya.
"Sudahlah Faizul, benda sudah jadi. Saya dah lama melupakan perkara itu," kata Aishah tersenyum. Lega saya mendengarnya. "Macam mana awak ada kat sini""
Saya tersenyum apabila Aishah bertanya.
"Sebenarnya saya nak menenangkan diri saya.Macam-macam berlaku dan inilah peluang saya merehatkan diri sebelum melangkah kea lam perkejaan," terang saya.Aishah mengangguk sahaja.
"Dan awak pulak macam mana awak ada disini"" Tanya saya pula.
"Saya datang bercuti dengan mak dan ayah saya," terang Aishah.
"Habis tu mana mereka"" kata saya sambil melihat sekeliling.
"Mereka ada di hotel, berehat," kata Aishah.
Bab 6 Kini hubungan kami sudah kembali pulih seperti biasa.Tiada lagi perselisihan faham diantara kami dan segalanya sudah selesai.Sekarang terpulanglah kepada Ika ingin menyesali dan meminta maaf dari Aishah di atas perbuatannya.
Hari itu saya akan bertemu dengan Aishah bagi meraikan sempena 50kg beratnya. Itulah janji kami setelah saya mencabarnya berdiet menguruskan badan.Sekarang berat badannya sudah mencapai berat 50kg.Terpaksalah saya membelanja Aishah.Awal-awal lagi saya merancang untuk bertemu dengan Aishah.wajah Aishah ceria sekali pada hari itu.Dia bukan lagi Aishah yang berisi seperti dahulu.Dia adalah Aishah yang mempunyai keyakinan.Saya amat bersyukur kerana kini Aishah sudah berubah menjadi lebih gembira.Apa lagi yang dihendaki kecuali kegembiraan dan juga kebahagian hidup.Dari sinar matanya saya tahu dia amat bahagia sekarang.
"Assalammualaikum," Aishah datang kepada saya.Wajahnya berseri-seri.Dengan sedikit solekan sudah cukup menyerlakan kecantikan Aishah pada hari itu.Tiba-tiba saya berasa berdebar apabila dia tiba dihadapan saya.
"Waalaikumusalam," Jawab saya.Aishah hanya senyum.
"So hari ini kita hendak ke mana" Zul kena ingat perjanjian kita," kata Aishah mengingatkan saya.
"Eleh...saya ingatlah jangan risau.Tapi kan apa macam mana Aishah nak pastikan badan ini beratnya 50kg ek," kata saya.
"Tak nak caya kita timbanglah," kata Aishah sedikit merajuk.
"Hehe! Janganlah merajuk.Jom ikut saya," kata saya.Aishah mengekori saya.Saya peergi menuju ke satu ruang sudut pasaraya itu.
"Hendak kemana ni"" Tanya Aishah hairan kerana saya menuju ke sudut itu.
"Hah! Ini dia.Apa lagi timbanglah," kata saya sambil menunjukkan alat penimbang yang berada dihadapan saya.Aishah tersenyum.Saya menhulurkan duit syiling dua puluh sen kepadanya.
Aishah pun mula menimbang beratnya.Jarum penimbang itu menunjukkan berat badannya adalah tepat 50kg.
"Hah puas hati sekarang," kata Aishah tersenyum sambil memandang kepada saya.Saya mengangguk tanda berpuas hati.
"Nanti dulu Aishah," Saya cuba menghalang Aishah turun dari penimbang itu.
"Kenapa"" Tanya Aishah hairan.Saya pun menghampiri Aishah dan meletakkan kati saya diatas penimbang itu.Semakin dekat kepada
nya semakin kuat bau minyak wangi yang dipakainya.Bauan yang sama sejak pertama kali saya bertemu dengannya.Aishah hanya membatukan diri.Dari riak wajahnya dia mulai malu lebih-lebih lagi saya begitu rapat dengannya.Betul-betul berada dibelakangnya.
"So sekarang awak boleh turun," bisik saya ke telinga Aishah.Dia diam sahaja mengikut kata-kata saya.Mukanya sudah berubah menjadi merah. "Inilah caranya untuk jimat sikit,"
Aishah pun turun tinggal saya diatas penimbang itu.Matanya tertumpu kearah bacaan penimbang itu.Jarum penimbang itu menunjukkan 66kg.Aishah ketawa kecil.
"Haha.sekarang siapa yang berat.Ehm semakin berisi rupanya abang kita ni ek," kata Aishah setelah mengetahui berat badan saya.
"Ye la tu.Tak apa berat badan saya ni sudah ideal dengan tinggi saya.Tak perlu saya nak diet-diet pun," kata saya turun dari penimbang itu.
"Ehm..apa lagi jom kita pergi makan.Janji nak belanja"" kata Aishah.
"Okey jom," Ajak saya beredar dari situ..
Pada hari itu kami mengabiskan masa bersama.Selesai sahaja makan. terus kami pergi menonton wayang yang sedang hangat di tayangkan sekarang.Riak wajah Aishah begitu gembira sekali.Saya rasakan pada hari itu, dialah orang yang paling gembira dan bahagia sekali.Saya berasa senang sekali melihat gelagat Aishah itu.Begitu jauh dari wajahnya yang suram pada kali pertama saya bertemu dengannya.
"Huh..penatnya saya hari ini," kata saya sambil mengesat peluh saya.Sudah puas saya mengelilingi pasaraya itu.Saya memandang Aishah.Lama juga saya memandangnya.Dia mulai malu.
"Eh kenapa ni pandang orang macam nak makan orang jer"" Kata Aishah yang tidak selesa saya memandang dia.
"Awak gembira tak hari ini"" Tanya saya.Aishah diam seketika seperti megumpul idea bagi jawapan kepada soalan saya itu.Dia memandang kearah saya.
"Zul, saya rasa hari inilah hari pertama kali saya berasa amat gembira sekali.Terima kasih kerana sudi berkawan dengan saya," jawab Aishah lantas dia menunduk kebawah.
"Kenapa Aishah cakap macam tu.Kitakan kawan.Walau apa pun saya akan tolong kawan saya walau apa sekali pun," kata saya.
"Saya tidak tahu kenapa Zul masih sudi nak berkawan saya yang gemuk ni,"
"Aishah selama ini saya tidak pernah pun nak membeza-beza kawan saya.Bagi saya semuanya sama.Yang penting adalah hati kita.Bagi saya hati lebih penting dari kecantikan fizikal itu,"Jelas saya kepada Aishah apabila dia membangkitkan masalah kegemukannya. Apa yang penting sekarang Aishah bukan Aishah yang dahulu.Aishah sekarang adalah Aishah yang penuh dengan keyakinan.Apa yang penting Aishah gembira sekarang.Masalah kegemukan Aishah pun sudah tiada lagi sekarang,"
Aishah tersenyum tawar dengan pejelasan saya itu.Dia sedar selama ini hanya saya sahaja yang menjadi teman rapatnya.Dengan apa yang telah berlaku lebih-lebih lagi dengan penghinaan dari Ika tempoh hari, saya menjadi semakin mengambil berat tentang dirinya.
"Zul, awak tidak marah kepada Aishah kerana Aishah Zul dan Ika berpisah," Aishah kembali mengungkit peristiwa lama.
"Aishah, kenapa ni" Jangan mengungkit perkara yang dah berlaku.Sebenarnya dari dulu lagi saya memang tidak mencintai Ika.Memang hubungan kami rapat tapi dia bukanlah orang yang saya cintai.Saya masih lagi mencari cinta yang sejati.Insyaallah," kata saya kepada Aishah.
***** Hari demi hari saya lalui.Sekarang saya sudah mempunyai kerja yang tetap.Dengan gaji yang saya perolehi sudah cukup bagi saya untuk menampung kehidupan daya saya dan Emak.Emak sekarang tidak lagi bekerja.Saya melarangnya bersusah lagi bekerja.Sekarang, tanggungjawab saya pula membalas segala budi baiknya membesarkan saya sehingga saya berjaya.
Saya dan Aishah sudah semakin rapat.Memang setiap masa terluang saya habisi bersama dengannya.Dialah teman saya ketika saya suka dan sedih.Segala masalah kami akan kongsi bersama.Dari situlah timbul satu perasaan yang baru yang tidak dapat saya ungkapkan.Satu perasaan dimana saya betul-betul ingin mengambil berat tentangnya.
***** Saya memandang ke kalender di dinding.Sudah hampir dua bulan saya tidak pulang ke kampung.Kesibukan dengan kerja yang bernimbun-nimbun itu membuatkan saya tiada mas
a untuk pulang ke kampung menjenguk emak saya.Saya teringat akan pesan emak supaya menguruskan kehidupan dengan betul.Walau sesibuk mana pun kita dengan kerja, kita kena fikirkan juga dengan hal-hal kehidupan saya.Apa yang dimintanya sekarang adalah mencari teman hidup saya.Berulang-ulang kali dia bertanya kepada saya tentang teman hidup saya.Pada saya ianya masih begitu awal kerana saya baru sahaja bekerja.Dahulu emak berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh agar saya akan dapat pekerjaan yang baik.Sekarang pesannya bertukar pula kepada cepat-cepat berumah tangga.Saya tersenyum keseorangan mengenangkan pesannya kepada saya itu.
Siapakah calon yang betul-betul sesuai dengan saya" Mengenangkan kembali peristiwa yang lepas, saya berasa sudah serik untuk mencari cinta.Biarlah ia datang dengan sendirinya.Hanya masa yang menentukannya bila saya akan berumah tangga.
Tiba-tiba fikiran saya terkenang pula akan Aishah.Saya mengambil telefon bimbit saya lalu menbuat panggilan kepada Aishah.
"Hello, kenapa tiba-tiba awak telefon saya malam-malam ni," Tanya Aishah dihujung talian.
"Ehm...tiba-tiba saya teringat akan awak, tak boleh ke"" Jawab saya.
"Boleh, awak tahu tak penat betul kan bila dah kerja ni.Dahulu ingatkan masa kerja ni suatu perkara yang menyeronokkan, ialah dapat duit tapi berbeza," kata Aishah.
"Nak buat macam mana, kita bekerja ni untuk mencari rezeki yang halal.Kita terima ajer lah,"
"Macam mana dengan kerja awak""
"Okey, walaupun banyak kerja tapi semuanya dapat dilakukan mengikut apa yang disuruh.Walaupun kadang-kadang tertekanlah jugak kan tapi Berjaya jugak saya menyerap tekanan,"
"baguslah tu," "Sibuk dengan kerja, tiba-tiba saya terasa rindu pulak kat kampung,"
"Ye ke, so apa lagi baliklah ke kampung jumpa dengan emak awak tu"" cadang Aishah. "Best tak kampung awak""
"Kenapa tanya ni, nak ikut saya ke balik kampung"" jawab saya.Aishah diam sahaja dihujung talian seolah-olah memikirkan sesuatu.
Seketika kemudian Aishah mula berkata "Zul, saya nak ikut awak balik kampung awak boleh tak""
Tiba-tiba Aishah ingin mengikut saya balik ke kampung saya.Saya seolah-olah tidak percaya dengan kata-kata Aishah itu.
"Kenapa tiba-tiba sahaja nak ikut saya balik kampung ni"" tanya saya mendapat kepastian atas kehendaknya itu.
"Sebab saya nak rasa suasana kampung Zul," jawab Aishah.
"Okey, nanti saya beritahu awak bila kita akan balik kampung," kata saya
setuju. Bab 7 Kira-kira dua jam perjalanan, kami sampai ke susur keluar ke Tangkak.Saya melihat Aishah sedang enak tidur dibuai mimpi.Dia letih kerana dia baru sahaja balik dari kerja petang tadi dan bergegas bersiap-siap untuk mengikut saya pulang ke kampung.
Saya menekan pedal minyak itu ke arah Segamat, menuju ke kampung saya.Jalan yang bersimpang-siur seperti ular kena palu.Jalan dari Tangkak ke Jementah,iaitu kampung saya memang banyak selekoh dan ini menbuatkan perjalanan menjadi lambat.Jalan yang sesuai untuk menguji kehandalan memandu drift.Hari sudah gelap.Kiri dan kanan gelap gelita dan yang ada adalah cahaya lampu kenderaan dari arah bertentangan.Saya menekan pedal kuat, kereta menyusur dengan laju.Aishah yang sedang nyenyak tidur terjaga kerana saya menekan brek dengan tiba-tiba setelah sampai ke satu selekoh tajam.
"Abang,kita dah sampai ke ni," Kata Aishah perlahan membetulkan kedudukannya.
"kejap lagi sampailah," kata saya kepada Aishah.Sekilas saya memandangnya sepintas lalu.
"Abang kita kat mana ni"" Tanya Aishah sambil memandang kanan kiri yang gelap.Yang ada adalah cuma pokok kelapa sawit yang samar-samar.
"kata sekarang dah sampai kat Gunung Ledang.Tu simpang ke Gunung Ledang," Saya menunjukkan kepada Aishah simpang ke Gunung Ledang yang berada di kiri jalan.Aishah menoleh ke kiri dan berkata "Esok kita ke sana nak tak.Terasa nak mandi pulak kat sana,"
"Tengoklah macam mana nanti.Kalau sempat kita pergilah," Janji saya kepada Aishah.
"Alah..," Aishah mengeluh sendirian.
"Kenapa Aishah," Tanya saya mendengar Aishah mengeluh.
"Tak adalah terlupa pulak, tadi Aishah nak singgah kat Tangkak sebab nak beli kain untuk mak cikit," kata Aishah.
"Alah, ke napa tak cakap awal-awal tadi.Tak apalah nanti balik nanti kita belilah okey," Aishah mengangguk.
Sepuluh mnit kemudian kami pun sampai ke Jementah.Saya menyusuri jalan kampung saya dan akhirnya ke halaman rumah saya.Sampai sahaja kami disana Emak menyambut kami dengan perasaan gembira.Saya terus mendapatkan emak saya lalu bersalaman dengannya sambil mencium tangannya dan terus mencium pipinya.
Aishah keluar dari kereta memerhatikan kami anak-beranak bersalaman.Aishah pun kearah kami.
"Eh, kita ada tetamu rupanya hari ini"" kata emak menyedari kelibat Aishah
kesitu. Aishah bersalaman dengan emak sambil mencium tangannya.Saya hanya memandang mereka.
"Aishahkan namanya"" Tanya emak kepada saya.Saya senyum mengiakan
ajer. "Ya mak cik," jawab Aishah lembut sambil tersenyum.
"Eh, jom kita kedalam.Kat luar ni banyak nyamuk, kampung katakan," Emak mengajak kami masuk.
"Emak dan Aishah masuk dulu, Zul nak punggah beg dulu," kata saya menuju ke bonet kereta.
Saya lihat pada malam itu emak saya seronok berbual-bual dengan Aishah.Macam-macam dibualnya.Kisah silam saya diungkitnya.Kadang kala saya terasa malu kerana banyak perkara saya diceritakan semasa kecil oleh emak.Aishah mendengar dengan khusuk pula ingin tahu tentang kenakalan saya masa kecil dulu.
"Aishah, kau nak tahu nak Zul ni masa kecil kuat merajuk tau," kata emak.
"Ye ke"" Tanya Aishah tersenyum sambil memandang kepada saya.Saya membuat muka kepada emak melarang dia mencerita perangai saya.
"Ya, betul, dulu ada sekali dia merajuk lepas bergaduh dengan abang dia, dia lari dari rumah.Sampai malam dia tak balik.Rupa-rupanya dia duduk sorang-sorang kat bawah rumah," Aishah ketawa kecil mendengar cerita dari emak.
"Tu belum lagi dia mengigau malam-malam buta.Ada ke dia ada semut banyak
Selesai sahaja saya makan saya dan Aishah duduk didepan beranda mendongak sambil melihat keindahan malam itu.Dilangit bulan tidak kelihatan cuma cahayanya ditutupi dengan awan-awan.Saya melihat Aishah sedang khayal mengelamun melihat awan-awan hitam berarak.
"Nakal juga awak masa kecil dulu," kata Aishah lalu dia memandang saya.
Saya senyum lalu berkata "biasalah Aishah, budak-budak macam-macam nak
buat,"

Cinta Aishah Karya Mohd Faizul Bin Ali di http://cerita-silat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

"bertuah abang dapat membesar dikampung," kata Aishah perlahan.Dia memeluk tubuhnya apabila sekali-sekala angin bertiupan menyapu tubuhnya.
"Awak sejuk ke"" Saya merapati Aishah dengan harapan saya dia berasa panas.Bau minyak wanginya yang tidak lekang dari hidung saya menyerap ke dalam hidung saya.Terasa kehangatan badannya.
"Tak adalah," jawab Aishah.
"Cuba awak tengok tangan saya ni"" saya menunjukkan jari-jari saya kepada Aishah.Aishah melihatnya hairan.
"kenapa"" Tanya Aishah.
"Awak tengok jari telunjuk saya ni ," saya menunjukkan kepada Aishah jari telunjuk kiri saya. "Awak tengok betul-betul ada parut dihujung jari saya"
Aishah mengangguk kepalanya lalu bertanya "kenapa tangan awak, mesti ada apa-apa ni""
Saya tersenyum lalu berkata "sebenarnya menurut al kisah raja-raja dari kayangan."
"betul-betullah cerita," kata Aishah sedikit merajuk mencucuk pinggang saya.Serta-merta badan saya terangkat terkejut.Dia ketawa kecil.
"Dulu masa saya kecil saya tolong atuk saya belah buah koko.Kat belakang rumah saya dulu ada kebun koko tapi sekarang sudah ditaman getah," kata saya membuka cerita.
"kalau nak belah buah koko tu kena belah dari tengah atau belah dari hujung kehujung.Atuk saya belah dari hujung ke hujung sebab senang ambil biji koko tu.Tapi saya suka belah dari tengah," kata saya sambil melakonkan semula cara-cara membelah buah koko.
"Masa saya tengah syok-syok belah koko tu tiba-tiba saya terpotong jari saya.Berlarilah saya balik kerumah dengan tangan yang berdarah,stop.Begitulah gamaknya," kata saya.Aishah mengangguk sahaja.
Ada satu lagi cerita, awak tengok baik-baik kat sini muka saya ni.Ada parut kat sini," saya menunjukkan parut berhampiran dengan atas hudung saya betul-betul disebelah alis kiri saya.Aishah melihatnya dengan bersungguh.
"So ni kenapa pulak," Tanya Aishah.
Saya tersenyum sambil mengumpul kembali memori tentang parut itu.
"masa saya sepuluh tahun dulu, saya pernah
kacau abang saya bermain.Dia bengang kat saya terus dia kejar saya.Entah macam mana ada kawat karat terikat kat pokok lalu saya terjatuh.Banyak darah yang keluar.Takut betul saya masa tu.Kalau awak nak tengok kat kelopak mata kiri saya ni pun ada parut sikit," terang saya sambil menunjukkan parut tersebut.Aishah merapatkan dirinya kepada saya dan cuba melihat kesan parut tersebut.Saya mencuri kesempatan merenung mata Aishah dalam-dalam.Dia masih lagi melihat parut itu.
Setelah kemudian dia sedar saya melihatnya.Kami bertentang mata-Lama juga saya merenungnya.Aishah malu lantas mengalihkan pandangannya.Kami diam seketika.Bunyi cengkerih memecah sunyi itu.
"Sebenarnya saya suka dengan awak," kata saya sambil memandang kelangit.Tiba-tiba ayat itu terpancul dari mulut saya.Aishah hanya diam sahaja disebelah saya kerana terkejut dengan tiba-tiba sahaja saya meluahkan isi hati saya kepadanya.Lama kami mendiamkan diri.Keadaan bertukar menjadi sepi.Saya masih menanti kata-kata dari Aishah.Saya hanya memerhati awan-awan dilangit.Tidak berani saya menjeling kepada Aishah takut melihat reaksi Aishah ketika itu.
Setelah seketika Aishah mula membuka bicaranya.
"Tidak Zul, Aishah tahu Zul hanya main-main sahaja kan," kata Aishah seolah-olah tidak percaya dengan pengakuan saya itu.
"Betul Aishah saya sukakan Aishah.Izinkan saya menyayangi Aishah, mengambil berat tentang Aishah," Kata saya bersungguh mengiakan perasaan saya
itu. "Tidak.Ini tidak mungkin.Aishah tahu kenapa Zul jadi macam ni.Sebab Aishah tidak seperti dahulu kan.Aishah yang sekarang bukan gemuk seperti dahulu," Air mata Aishah mula berderai.Dia seolah-olah tidak percaya.
"Saya ikhlas Aishah.Sebenarnya dari dulu lagi saya sudah tertarik dengan Aishah tapi keadaan yang menjadi penghalang," kata saya hampa.
Aishah memandang mata saya dalam-dalam.Dia tahu apa yang saya katakan adalah benar kerana dia sedar yang saya bukanlah orang yang jenis yang mudah jatuh cinta.
"Zul, Aishah pun sukakan Zul.Zul adalah orang yang pertama yang membuatkan Aishah gembira," jelas Aishah tentang isi hatinya selama ini.Air matanya tidak putus-putus jatuh dari matanya.Saya menyekanya.
Pada malam itu, saya begitu gembira kerana saya dapat meluahkan isi hati saya yang telah lama saya pendam.Saat itu telah lama saya tunggu.Aishahlah buah hati saya.
***** Keesokan harinya Pada hari itu, awal-awal lagi saya sudah bangun dari tidur.Pada pagi itu saya mengambil kesempatan untuk membersihkan halaman rumah manakala Aishah menyediakan sarapan pagi.Emak pula awal-awal pagi dia telah pergi menoreh.Sudah beberapa kali saya memberitahu dia supaya berhenti bekerja menoreh.Biarlah upah orang lain menoreh, tapi emak berdegil.Katanya baik dia menoreh dari tak buat kerja.Saya terpaksa menurut sahaja kehendaknya.
Sesudah saya membersihkan halaman rumah, saya pun pergi masuk kedalam.Saya pergi kedapur menjenguk Aishah.Bau nasi gorengnya menusuk kedalam hidung saya.Bau wangi bawang yang ditumisnya betul-betul meningkat selera saya.
"Hai dah letih ke"" tanya Aishah melihat gelagat saya mimun air kopi yang sedia terhidang.Aishah datang membawa nasi gorengnya.Saya pun menjamahnya.
"Wah. Sedapnya nasi goreng awak.Kalau awak masak untuk saya hari-hari boleh jadi gemuk saya tau," gurau saya.Aishah tersenyum.
"Ye la tu.Orang nak kuruskan badan dia nak gemuk pulak.Kalau awak nak saya hidangkan awak tiap-tiap hari, apa lagi masuklah meminang supaya saya jadi orang umah awak," kata Aishah sambil duduk dimeja makan itu.
"Ehm...awak tak menyesal ke nanti dapat suami macam saya ni"" tanya saya mengusik.Aishah menjungkit bahunya sahaja.Tapi dari riak wajahnya dia amat gembira pada pagi itu.
"Hari ini awak bawa saya jalan-jalan kat kampung awak ni, boleh tak"" pinta Aishah.Saya mengangguk setuju.Saya terus makan nasi goreng itu sampai habis.
Suasana di kampung amat bebeza dengan dengan dibandar.Jika dibandar sibuk dengan kenderaan, suasana tekanan kerja dan sebagainya tetapi di kampung tenang sekali.Segala kesibukan di bandar saya lupakan.Apa yang penting masa ini dihabiskan dengan sebaik mungkin.Pada petang itu kami keluar berjalan
-jalan dikampung melihat keindahan dan juga perubahan kampung.
"Aishah cuba awak tengok tu, Gunung Ledang," kata saya sambil menunjukkan kepadanya Gunung Ledang tersegam indah.Aishah mendongak kepala kearahnya.
"Awak nak tahu tak, dulu masa kecil saya ada cita-cita hendak menawan Gunung Ledang tu.Saya nak sangat nak daki gunung tu dengan masuk dari dalam hutan hujung kampung dan tembus ke gunung ledang," kata saya.
"Habis tu macam mana"" tanya Aishah ingin tahu.
"saya tidak pernah pun dapat peluang.Cita-cita hanya tinggal harapan.Tapi saya ada cara mudah nak pergi ke puncak tu,"
"cara apa"" tanya Aishah.
"naik bus lah.Sampai sana panjatlah," jawab saya.Aishah ketawa kecil.
"Apalah awak ni, so selama ini tak pernah ke sampai ke puncak"" tanya Aishah.Saya menggeleng kepala sahaja.Aishah mengerti.
"Dari situ saya sedar dalam hidup ni bukan semua perkara yang kita impikan kita akan dapat.Kadang-kadang perkara yang kita nak itu paling susah kita nak dapat tetapi Tuhan bagi kita dengan bentuk yang lain,"
"Maknanya""
"Apa yang kita impikan itu bukan semuanya kita dapat tapi Tuhan itu maha Adil.Dia akan beri kita dengan pelbagai cara," Aishah hanya mendengar kata-kata saya itu.
"Aishah, mulai hari ini awak panggil saya abang boleh tak"" tanya saya.
"Abang" Tapi kenapa ek" Sepatutnya saya panggil awak sayangkan.Lagi manis" tanya Aishah.
"Tak mahulah saya.Panggil abang dah cukup sebab ehmm," saya berfikir sejenak "Nantilah saya beritahu,"
"Apalah tak romantiklah kalau macam tu," kata Aishah.
"Haha! Saya nak jadi insan yang paling tak romantik bila bercinta," saya ketawa kecil.
"Kenapa pulak macam tu"" tanya Aishah lagi.
"Nantilah saya bagi tahu,okey" kata saya.
Pada malam itu saya terdengar perbualan emak dan juga Aishah.Saya memasang telinga mendengar apa yang mereka bualkan
Kata emak:macam mana hubungan Aishah dan zul"
Jawab Aishah:Okey tapi saya tahu dia sukakan saya.
Kata emak:Aishah sukakan Zul ke tak"
Jawab Aishah:Diam[Cuma mengangguk kepala]
Kata emak:Mak cik tengok dia tu suka kat Aishah.Aishah nak tahu tak inilah kali pertama dia bawa balik kawan perempuannya ke kampung.Besar maknanya.
Kata Aishah:maknanya apa"
Jawab mak:maknanya dia memang serius.So, pandai-pandailah jaga Zul tu.Dia kalau dah suka kat seseorang tu, dia akan suka sampai bila-bila. Kata Aishah.
Pada keesokkan harinya kami berkemas untuk pulang ke kota.Berat hati saya hendak meninggalkan emak dikampung.Sudah beberapa kali saya memujuk emak supaya mengikut saya ke bandar tapi dia berkeras juga tidak mahu kerana jiwanya sudah sebati dengan kampung.Aishah begitu gembira ketika dia bersalaman dengan emak.Dia semakin rapat dengan emak.
Bab 8 Aishah mundar-mandir mencari saya yang tercegat menantinya di tepi kedai butik itu.Saya melihat gelagatnya.Dia mencari saya sambil melihat-lihat jamnya.Matanya masih lagi meliar mencari kelibat saya disitu.Dari riak wajahnya, jelas dia marah kepada saya.
Saya menghampiri untuk mendapatkannya.Sekilas dia menoleh kearah saya.Mukanya yang sedikit geram tadi bertukar.Lega dia memandang saya sudah berada di depannya.Mengeluh kecil dia.
"Hai, kenapa lambat ni.Dah lama tau saya tunggu abang"" Tanya Aishah geram.Saya tersenyum sendirian.
"Sorry, saya dah sampai lama dah cuma saya seronok tengok gelagat orang yang sedang mencari seseorang," kata saya.
"Alah awak ni saje jer kan," Aishah menarik mukanya.
"Eh,apa ni monyok-monyok ni.Jom kita pergi," Ajak saya.
"Ehm, hari ini kita nak pergi kemana"" Tanya Aishah.
"Suatu tempat yang best," jawab saya ringkas.
"Okey," Saya menekan minyak menyusur jalan raya.
Ditaman itu suasananya amat tenang sekali.Kicauan burung-burung membuatkan siapa yang berada disitu berasa amat selesa sekali.Ketenangan yang amat diperlukan oleh penduduk kota yang sibuk itu.Saya melihat Aishah menarik nafas panjang menhirup udara yang amat segar itu sambil menikmati keindahan tasik dihadapannya.
"Abang, Aishah merasakan amat bahagia apabila abang sudi mencintai Aishah," kata Aishah.Saya mendiamkan diri sahaja merenung ke permukaan tasik
itu. "Aishah berasa betul-betul bertuah kerana abang menjadi teman wanita ab
ang," tambahnya lagi.
"Abang dengar ke tak ni"" tanya Aishah keras apabila saya tidak mengendahkannya.Dia memandang saya yang sedang khayal merenung tasik itu.
"Abang!" Aishah menarik baju saya.Baru saya sedar dari lamunan itu.
"Ya saya, kenapa Aishah"" tanya saya.
"La..abang tak dengar ke Aishah cakap apa tadi""Saya menggelengkan kepala saya sambil tersenyum kucing.
"Apalah abang ni, merajuk lah macam ni," kata Aishah memaling kepalanya sambil memuncungkan mulutnya.
"Kalau awak merajuk saya tak nak pujuk," kata saya.
"Okey tak apa," Aishah menganggukkan kepalanya tidak mengendahkan saya.Keadaan sunyi seketika dan saya lihat Aishah menundukkan kepalanya sahaja tanpa mahu berbicara dengan saya.Saya membiarkannya sahaja.Pada masa itu hanya bunyi bising dari kanak-kanak yang bermain disitu dan juga orang ramai yang lain yang mengunjungi tempat itu kedengaran.
Saya memandang kearah sekeliling dan terlihat orang sedang menjual aiskrim.Saya berlari mendapatkannya.Aishah tidak mengendahkan saya.Dia masih lagi merajuk.Saya membeli dua calong aiskrim dan kembali kepada Aishah.Dia hanya diam sahaja.Saya menhulurkan aiskrim kepadanya.Tetapi tidak diendahkan.Saya menhulurkan buat kali kedua dan duduk disebelahnya.
"Kalau awak nak, ambil lah.Ni aiskrim perisa vanilla.Best tau," kata saya sambil membukanya bungkusan aiskrim itu.
"Saya tak suka perisa vanilla," jawab Aishah ringkas.Saya tersenyum sendirian sambil memakan aiskrim itu.
"Saya tahu awak tak suka perisa vanilla.Awak suka perisa cokelat kan," kata saya sambil menhulurkan aiskrim cokelat kepadanya.Aishah memandang aiskrim itu.Dia kembali senyum.Diambilnya Aiskrim itu.
"Macam mana awak tahu saya suka perisa cokelat"" tanya Aishah yang kembali ceria.Dia membukanya lalu menjilatnya sikit demi sedikit.
"Saya teka ajer.Selalunya perempuan suka makan cokelat kan," jawab saya. "Awak nak tahu tak cara nak menikmati aiskrim."
"Macam mana"" Tanya Aishah ingin tahu.
"Macam ni hah," kata saya sambil menolak tangan Aishah yang memegang aiskrim itu.Lantas ia menena mukanya.
"Abang!!!" jerit Aishah sambil mengesat mukanya lalu dia mengejar saya.Saya pun berlari melepaskan diri daripada Aishah.Aishah mengejar saya semakin juah saya tinggalkan dan suaranya semakin samar, semakin perlahan dan hilang.Saya memandang kebelakang dan memandang Aishah sudah terbaring.Aishah pengsan.
***** Saya melihat wajah Aishah pucat sekali.Badannya lemah.Hendak mengangkat badannya pun dia tidak berdaya.Keadaannya pada masa itu semakin baik.Cuma kata doktar dia sudah pulih Cuma dia perlukan sedikit masa untuk berehat.Saya duduk diatas kerusi menunggu Aishah sehingga dia sedar kembali.
"Abang.," suara itu datang dari Aishah.Perlahan sekali.Saya mengangkat kepala saya dan memerhatikannya yang mencuba beberapa kali untuk bangkit.Saya cepat-cepat membantunya dengan membetulkan bantalnya supaya dia selesa.
"Jangan banyak bergerak Aishah awak masih lemah lagi," kata saya.
"Di manakan saya," Tanya Aishah.Matanya meliar melihat sekeliling.
"Aishah sekarang di hospital sekarang.Sudah dua hari Aishah tidak sedarkan diri," Jelas saya. "Aishah jangan bergerak sangat.Berehat sahaja.
"Mana mak dan ayah"" Tanya Aishah.
"Dia orang akan sampai nanti.Aishah jangan risau," Jawab saya.Aishah mengangguk kepalanya tanda mengerti.
"Apa dah jadi dengan Aishah bang.Adakah penyakit Aishah""
"Bertenang Aishah.Aishah pasti akan sembuh.Penyakit Aishah sikit ajer.Doktor kata Aishah penat," pujuk saya.
Sedang kami berbual, emak dan ayah Aishah datang terus menghampiri kearah Aishah yang terbaring di atas katil itu.
"Aishah macam mana"" Tanya mak cik.
"Aishah okey mak," jawab Aishah.Pak cik hanya melihatnya.
"Aishah dah dua hari kau terlantar di sini.Zul lah orang yang paling risau sekali.Dari hari pertama sampai sekarang masih setia tunggu Aishah sedar," jelas pakcik.Aishah memandang kepada saya.
"Terima kasih Zul," kata Aishah.
"Sama-sama.So janji dengan Zul, Aishah kena berehat dan sembuh dengan
cepat," "Baiklah," Janji Aishah sambil tersenyum.
"Kalau macam tu saya balik dulu, makcik, pakcik.Aishah saya balik dulu," saya meminta diri untuk
pulang. Saya membawa sedikit buah tangan kepada Aishah.Saya masuk ke dalam wad dimana dia ditempatkan.Sejurus saya masuk dia tersenyum melihat saya jalan menghampirinya.Dari riak wajahnya dia sudah berangsur pulih.
"Macam mana Aishah, awak dah okey ke"" tanya saya tentang keadaannya yang masih lagi terlantar di dalam wad itu.
"Baik sikit dari semalam," jawab Aishah mengangguk kepalannya.Saya mengeluarkan buah yang dibawa saya lalu mengupas kulitnya.Aishah hanya memerhati sahaja.Selepas itu, saya memhulurkan kepadanya buah yang baru saya kupas itu.
"Aishah, abang nak tanya ni""
"Apa dia""
"Aishah ada penyakit apa sebenarnya"" tanya saya sejelasnya kepada Aishah.Dia hanya diam seketika seperti ingin berfikir jawapan yang akan diberikan.Setelah kemudian dia mula berbicara.
"Aishah Cuma letih sahaja.Abang jangan risaulah Aishah tidak ada apa-apa.Sekarang pun dah semakin sihat dah," jelas Aishah sambil mendepakan tangannya.Saya berasa tidak berpuas hati dengan jawapannya lalu hanya diam sahaja.Aishah mengabiskan buah itu.
"abang," "ya saya," sahut saya.
"Abang kalau abang kehilangan Aishah, abang sanggup menghadapinya"" tiba-tiba dia bertanya saya sebegitu.Saya terdiam seketika.Jawapan apa yang saya akan berikan.
Dengan perlahan saya berkata "Saya tak tahulah Aishah nak cakap macam mana.Cuma pada masa ni yang abang tahu abang tak mahu kehilangan Aishah," jelas saya kepada Aishah.Aishah mengangguk kepalanya mengerti.Tiba-tiba air jernih keluar dari kelopak matanya.
"Terima kasih,abang," kata Aishah.
"kenapa Aishah"" tanya saya terkejut tiba-tiba dia mengalir air matanya.Saya menghulurkan cebisan tisu kepadanya.
"Kerana mengambil berat tentang Aishah,"
"Aishah, mana-mana orang pun akan mengambil berat kepada orang yang dia suka.Apa yang penting dalam hati abang sekarang ada Aishah.Aishahlah orang yang Berjaya menambat hati abang dan hati ini adalah untuk Aishah buat selamanya," kata saya.Aishah mengesat kembali air matanya yang mengalir.
"Aishah, abang balik dulu.Aishah jaga diri ya.Rehat cukup-cukup dan juga makan ubat," saya meminta diri.
"Baiklah bang," kata Aishah faham.Saya pergi meninggalkan Aishah.Saya meninggalkannya dengan perasaan tertanya-tanya akan penyakitnya itu.Adakah dia mengidap penyakit yang serius.
***** Aishah sudah sepenuhnya dan dibenarkan untuk keluar dari hospital.Hati saya memang amat bimbang selagi Aishah masih belum sembuh.Kini saya boleh menarik nafas lega.Keadaan Aishah kembali normal sedia kala.awal-awal lagi saya sudah bertandang ke hospital menjemput Aishah kembali ke rumah.Mak dan ayah Aishah tidak dapat hadir kerana sibuk dengan kerja mereka.Jadi saya terpaksa meluangkan masa saya menjemput Aishah.
"Terima kasih bang kerana membantu saya," kata Aishah.
"Eh tak payahlah berterima kasih.Untuk orang yang tersayang, apa pun saya sanggup," kata saya.Aishah tersenyum.
"okeylah Aishah masuk dulu.Rehat bebanyak.Jangan fikir-fikir sangat benda-benda lain.habiskan cuti sakit yang doktor bagi tu," Nasihat saya kepada Aishah.
"Okey sayang.Ops! Abang," kata Aishah sambil tersenyum.
"Hah satu lagi jangan lupa makan ubat tau," ujur saya lagi.
"Okey doktor Faizul," jawab Aishah bergurau.
Bab 9 Riuh sekali keadaan di taman itu, tapi ia tidak diendahkan oleh kami.Saya dan Aishah saling pandang-memandang antara satu sama lain.Senyuman Aishah, bauan minyak wangi yang tidak lari dari hidung saya, membuatkan saya berasa amat bahagia.Dialah insan kecintaan saya.Dialah penawar suka dan duka saya.
Sampai kini saya masih tidak menyangka hubungan saya dan Aishah boleh pergi jauh seperti sekarang.
Saya memandangnya yang sedikit berisi kerana kesan ubat yang diambilnya.
"Kenapa pandang saya macam tu"" Tanya Aishah mengangkat alis keningnya itu.
"Saje je nak melihat kecantikan awak.Tak boleh ke"" jelas saya.Aishah tersipu-sipu malu saya berkata begitu.
"Macam-macamlah awak ni," kata Aishah sambil mencuba mencubit peha saya tapi ia ditepis oleh tangan saya.
Asap rokok dari seorang lelaki bersama pasangannya yang lalu dihadapan kami menusuk ke dalam hidung saya.Cepat-cepat saya menutup hidung saya.Aishah memerhati reaksi s
aya itu lalu bertanya kepada saya.
"Kenapa abang""
"Abang tak suka bau rokok ni.Sebenarnya hidung abang ni sensitif sikit.Kalau bau benda-benda busuk ke sengit sangat ke mulalah kepala abang pening, sakit kepala kalau tersalah bau," jelas saya kepada Aishah.
"Termasuk bau badan awak tu," bisik saya dalam hati.
"lah macam tu pulak," ujur Aishah.
"So kalau macam tu, bermacam-macam baulah yang abang dapat bau ek.Macam mana dengan bau badan Aishah ni," tanya Aishah lagi.Saya hanya tersenyum sahaja.
"bau awak ni tak pernah lekang dari hidung saya, wangi sangat," bisik saya.
"Apa dia bang," tanya Aishah seolah-olah tahu apa yang saya bisikkan.
"Bau Aishah lainlah dari orang lain, wangi sangat," kata saya.Aishah ketawa kecil, gembira.
"Aishah, abang ada sesuatu nak beritahu Aishah," kata saya.Aishah memasang telinga.
"Nanti abang akan melamar Aishah," kata saya sambil memandang kearah matanya.Dia membuka mata-matanya besar-besar seperti tidak percaya kata-kata saya itu.Jelas kegembiraan dari riak wajahnya itu.
Aishah, jangan kau bimbang.Suatu hari nanti kau akan jadi milikku buat selamanya.Itulah janji saya pada masa itu.
****** Saya memandang kearah ibu dan ayah Aishah yang berada disudut kiri restaurant itu.Dari jauh, emak Aishah memberi isyarat tangannya memanggil setelah melihat kelibat saya yang baru muncul di pintu restaurant itu.Saya melangkah mendapatkan mereka yang sudah lama menunggu saya.
"Duduklah Zul," pelawa ibu Aishah.Saya duduk dihadapan mereka.
"Ada apa makcik dan pakcik panggil saya hari ini"" tanya saya. Ibu Aishah hanya diam sahaja.Saya memandang kepada ayah Aishah.Diam mula berbicara.
"Sebenarnya kami hendak cakap tentang Aishah," jelas Ayah Aishah perlahan.Reaksi saya mula berubah apabila dia menyebut nama Aishah.
"Kenapa dengan Aishah, pakcik"" tanya saya ingin tahu.Ayah Aishah memandang kearah ibu Aishah.Ibu Aishah pula mengangguk kepalanya barulah ayah Aishah kembali berbicara.
"Sebenarnya Aishah itu ada penyakit barah otak yang serius.Pakcik harap Zul berpisah dengan Aishah," jelas Ayah Aishah.Bagai dipanah petir saya betul-betul terkejut mendengar kata-kata Ayah Aishah itu.Saya tidak percaya dengan apa yang dikatakannya.Saya tergamam.
"Tidak pakcik, tidak," kata saya masih lagi tidak percaya.
"Saya tidak akan berpisah dengan Aishah.Saya dah berjanji dengan Aishah untuk melamarnya.Pakcik dan makcik tahu yang saya cintakan Aishah.
Ibu Aishah mulai menangis.Air matanya keluar.Ayah Aishah cuba menenangkannya.
"Mak cik tak sanggup lihat engkau kecewa nak.Aishah tak akan hidup lama," kata mak Aishah sambil menahan sebaknya.
"Tapi saya betul-betul cintakan Aishah.saya sanggup sehidup semati dengannya," kata saya bersungguh.Ayah Aishah mengeluh sendirian.
"Macam nilah Zul, pakcik nak kau fikirkan masak-masak sebelum kau membuat apa-apa keputusan.Ini untuk kebahagiaan Aishah dan juga kau.Nasihat pakcik baik kau berpisah sahaja dengannya sebab dia tidak dapat membahagiakan kau untuk jangka masa yang lama," kata pakcik menasihatkan saya.Saya tidak mengendahkannya.Saya tidak boleh berbuat demikian.Ini soal hati saya.Aishah adalah kebahagian saya.Kalau saya kehilangannya, saya tidak tahu apa yang akan terjadi kepada saya.
***** Saya keluar dari kereta saya dan berlari-lari dengan sekuat-kuatnya kearah bukit itu.Permandangan yang indah dibawah bukit itu tidak dapat mengubati kesedihan yang bersarang dihati saya ketika itu.
Setelah mengetahui akan penyakit Aishah dan juga mengenangkan kata-kata dari emak dan ayah Aishah itu, kesedihan saya semakin tidak dapat dibendung.Kenapa semua ini menimpa kepada saya,
"Kenapa!!!!!!!!!!!!!!!!" teriak saya memecah kesunyian diatas bukit itu.Kaki saya lemah lalu melutut dan saya menundukkan kepala saya.Air mata saya mengalir tidak henti-henti.
Kenapa ia terjadi kepada kami.Saya tidak mahu kehilangan Aishah.Tidak mahu kehilangannya.Tidak mahu kehilangannya.
Kata-kata ayah Aishah meminta saya melupakan Aishah masih lagi segar dari telinga saya.Saya tidak dapat menerimanya.Saya sayangkan Aishahnya.Saya sudah berikan hati saya sepenuhnya kepada Aishah.Jika saya kehilangannya, ianya se
perti kehilangan jiwa saya.Macam mana saya hendak menghadapinya.Mungkin dengan meluahkan perasaan hati saya dengan menjerit di atas bukit itu dapat meringankan keperitan yang sedang ditanggung oleh saya.
"Arghhhhhh......"
Bab 10 "Aku kena melamarnya," bisik saya bersungguh.Sudah lama saya menantikan saat ini.Aishah adalah orangnya yang bertahta di dalam hati saya.dialah sinar hidup saya.Dia adalah masa depan saya.Hari demi hari, ingatan saya, diri saya dan segalanya, semuanya adalah kerana Aishah.Dia lah satu-satunya gasdis yang betul-betul berjaya menakluki hati saya.
Naluri di hati saya ini, semakin hari semakin meronta-ronta.Talkala bertemu, ia berdegup kencang, seolah-olah Aishah telah menguasai saya.Betapa hebatnya penangan cinta dari Aishah.Sejak kali pertama saya meluahkan rasa hatinya, saya telah membuat satu niat kepada Tuhan yang saya ingin mencari halal bersama.Apa lagi ikatan suci diantara seorang wanita dan juga lelaki melainkan ianya adalah ikatan perkahwinan.Kata orang cinta itu suci.Ya, saya mengakuinya tapi bagi saya cinta yang suci itu adalah ketika setelah menjadi halal iaitu ikatan pekahwinan.
Selama ini saya menahan rasa cinta saya kerana saya lebih mementingkan ikatan perkahwinan.Aishah tidak tahu akan harapan saya ini.Sejak dari pertama hingga ke hari ini saya tidak pernah sekali pun mengeluarkan kata-kata cinta saya.Pengakuan cinta.Kerana saya ingin mengucapkan pada hari pertama perkahwinan nanti.
Dengan penyakit yang menimpa Aishah itu meguatkan hati saya untuk melamarnya.Saya bulatkan tekad, saya mesti berkahwin dengannya.Saya ingin hidup bersamanya buat selamanya.
Hujan masih lagi jatuh mencurahi bumi.Suasana amat suram sekali dan sejuk hingga ke sumsum tulang.Masa itu kepala saya bertubi-tubi dengan pelbagi perkara.Dan yang paling banyak sekali adalah tentang apa yang telah di beritahu oleh emak dan ayah Aishah kepada saya pada petang tadi.
Masih lagi terngiang-ngiang akan kata-kata dari ibu dan ayah Aishah.
""Sebenarnya Aishah itu ada penyakit barah otak yang serius.Pakcik harap Zul berpisah dengan Aishah," jelas Ayah Aishah.kata-kata dari ayah Aishah itu betul-betul membuatkan jantung satu seolah-olah berhenti.Berderau darah saya ketika mendengar kata-kata dari Ayah Aishah itu.
Apa lagi yang merunsingkan saya pada ketika ini.Saya amat mencintai Aishah.Saya ingin mencintainya dengan sepenuh hati saya.Saya akan menerima Aishah seadanya.Keadaannya, penyakitnya, saya perlu berada disisinya kerana dia perlukan saya.Saya mesti bersama dengannya walau dalam apa jua sekalipun, sudah dan senang saya ingin bersama dengannya.Saya nekad saya ingin mengambilnya sebagai isteri saya, menjadi permaisuri hati saya.
"Zul! Zul," satu pekikan memanggil saya yang memutuskan khayalan saya.
"Ya mak," sahut saya.Emak yang baru datang dari kampung memanggil saya.
"Ni hah, ada pangilan dari Aishah ni!" teriak mak kepada saya.Cepat-cepat saya pergi mencapatkannya.
"Hello Aishah,"
"Hello," jawab Aishah perlahan.Dari hujung talian itu saya mendengar esakan dari Aishah.
"Aishah, kenapa ni"" Tanya saya ingin mengetahui.
"Zul, saya perlukan awak," Jawab Aishah teresak-esak.
"Ya saya ada kat sini.So sekarang cuba awak ceritakan kepada saya apa masalah awak kepada saya.
"Saya tak tahu macam mana nak mulakan, kita jumpa," kata Aishah lalu memutuskan talian seraya kemudian.
***** Pada malam itu kami berjumpa.Saya melihat wajah Aishah muram sekali.Matanya sedikit bengkak.Mungkin telah banyak air mata yang tertumpah dari anak matanya.Seperti hujan yang sedang turun mencurah.
"Kenapa Aishah, kenapa awak jadi macam ni"" Tanya saya kerana banyak sekali persoalan yang berasa di dalam fikiran saya.
"Abang,saya akan mati.Saya akan mati," pekik Aishah.Saya tergamam apabila dia berkata sedemikian.Aishah berlari kearah jalan.Saya melihat Aishah yang telah basah kuyup itu.Saya berlari mendapatkannya.
"Aishah dengar cakap saya ni.Awak tak akan mati.Percayalah," kata saya cuba meredakan hati Aishah.
"Tapi Zul, saya tidak dapat hidup lama.Aishah tak dapat nak bahagiakan abang," jelas Aishah.
"Aishah, percayalah.Walau apapun yang terjadi,
abang akan berada disisi Aishah.Abang cintakan Aishah," Jelas saya.Aishah diam seketika.Hiba hatinya mendengar apa yang saya katakan itu.
"Aishah, saya ingin melamar awak.Saya ingin mengabiskan seumur hidup saya kepada bersama dengan awak.Sudikah awak menjadi isteri saya,"
"Abang...."Aishah memandang kepada saya.Saya merenung matanya dalam-dalam.Saya memegang pipinya dengan kedua belah tangan saya.
"Aishah, kita bekahwin saja.Abang sanggup hadapi segalanya bersama dengan Aishah,"
"Walaupun abang akan kehilangan Aishah"" tanya Aishah.
"Percayalah," Aishah mengangguk kepalanya.
Selepas ini,walau apapun yang bakal berlaku,saya ingin bersama dengannya.Saya sudah bulatkan tekad saya.Saya akan menjaga Aishah buat selamanya.
Bab 11 Pada hari itu, ia merupakan hari yang paling bahagia di dalam hidup saya.Dengan satu lafaz akad nikah, akhirnya saya dan juga Aishah sah menjadi suami isteri.Saya berasa amat bahagia pada masa itu kerana ianya adalah saat-saat yang saya tunggu selama ini.Perhubungan kami sudah mempunyai ikatan iaitu ikatan perkahwinan, suami isteri.Aishah menjadi orang yang paling gembira sekali kerana inilah hari bahagia kami menjadi raja sehari.
Saya melihat wajah Aishah, dia amat lesu sekali apabila melalui hari bahagia kami.Jelas dia amat letih melayan tetamu yang bertandang kemajlis perkahwinan kami.Saya sudah berulang kali supaya majlis bersanding tidak dijalankan tetapi Aishah hendak juga meraikannya kerana ia adalah sekali dalam hidup.Saya terpaksa menurutkan sahaja walaupun bimbang dengan kesihatannya.
Malam itu merupakan malam pertama kami.Malam yang dinanti-nantikan bagi pasangan yang baru berkahwin.Begitu juga saya.Aishah kini adalah isteri saya.Dia seperti ladang dan saya akan mendatanginya.Ianya adalah detik-detik indah bagi kami.Malam itu dihabiskan dengan cinta.
"Aishah, duduk disini, ada perkara yang hendak saya katakan pada awak," saya memanggil Aishah yang sedang mengemaskan dirinya.Dia datang dan duduk diatas katil disebelah saya.Saya memalingkan badan saya dan mengadapkan padanya.
"Ada apa, abang"" Tanya Aishah.Saya diam sahaja cuma tersenyum.
"Mulai hari ini Aishah panggil abang dengan panggilan sayang, boleh tak"" Tanya saya sambil mengangkat kening saya.Aishah mengangguk kepalanya faham.
"Hari ini Aishah baru tahu kenapa sayang suruh Aishah memanggil sayang abang," kata Aishah.
"Kenapa"" tanya saya.
"Aishah tahu sebab sayang nak jadi orang yang romantik selepas kahwin kan," Saya mengangguk kepala saya mengiakan apa yang dikatakan oleh Aishah.
"Sebenarnya Sayang mahu menjadi lain.Sayang nak Aishah menjadi orang yang paling bahagia sekali.Sayang nak kita hubungan kita kekal hingga ke akhir hayat.Sayang nak cinta kita setiasa kekal sehingga akhir hayat nanti," jelas saya.
"Okey, tapikan kalau Aishah panggil sayang sebagai sayang, sayang nak panggil Aishah apa ek"" kata Aishah kepada saya.Saya memikir seketika.
"Abang panggil Aishah sebagai Suri, macam mana"" cadang saya.
"Kenapa pulak nak panggil Suri""
"Sebab sekarang Aishah adalah permasuri hati abang dan juga suri rumah tangga abang," jawab saya.Aishah terdiam seketika.Tiba-tiba titisan air matanya turun dari matanya.Saya merapatkan diri kepada Aishah.Kini wajahnya betul-betul dihadapat saya.Matanya bertentangan dengan saya.
"Kenapa Aishah"" Tanya saya kepadanya sambil mengesat air mata yang jatuh berjurai.
"Terima kasih sayang kerana memilih saya menjadi isteri sayang," kata Aishah dengan senyuman tawar.
"Jangan begitu Suriku, sayang menyayangi Suri.Suri, sebenarnya dari dulu lagi sayang menantikan saat ini.Sayang cintakan Aishah.I love you," Aishah menganguk.Air matanya masih lagi tidak kering.
"Aishah pun, Aishah cinta kan sayang juga," Aishah merapatkan badannya kepada saya.Saya merangkul badan dan memeluk Aishah.Bibir kami bertautan.Kami bersatu melayari bahtera.
***** Kehidupan saya setelah berumah-tangga berubah amat ketara sekali.Saya merasakan bahagia yang amat.Aishah, Suri hati saya semakin hari semakin manja.Semakin hari semakin menghauskan belaian dari saya.Saya amat gembira melihat gerak manja Aishah.
Semakin hari badan Aishah s
emakin bertambah kerana kesan daripada ubat yang perlu diambilnya.Dia sedikit berisi tetapi saya tidak mengendanhkannya.Apa yang penting dia sihat.Semakin hari saya semakin suka dengan keadaannya itu.Setiap malam dia tidak terlepas dari pelukan saya.
Saya betul-betul bersyukur kerana dapat bersama dengannya. Hubungan kami setiap hari seboleh-bolehnya tidak mahu berpisah dengannya.Inilah rasanya kemanisan setelah bergelar suami isteri.Segalanya halal.Semoga ianya kekal buat selamanya.
"Sayang! Marilah sarapan dulu," teriak Aishah memanggil saya yang sedang sibuk menyiapkan diri untuk bekerja.Cepat-cepat saya menuju ke meja makan.
Aishah menyambut saya dengan senyuman.Saya mendapatkan Aishah.
"Ya Suriku, ada apa"" Tanya saya.
"Santapan pagi sudah disiapkan, marilah rajaku sayang," Aishah tersenyum sambil menarik kerusi.Saya terus duduk.
"Suri, marilah duduk makan sekali," Ajak saya.
"Ya sayang tunggu kejap," Sahut Aishah yang masih sibuk di dapur.
Saya menjamu selera sarapan yang Aishah sediakan pagi itu.Selang beberapa saat Aishah duduk bersama saya.Saya memandang Aishah yang meneguk sedang membasah tekaknya dengan air kopi.
"Kenapa sayang" Nak air lagi ke"" Tanya Aishah. Saya mengangguk. Lantas Aishah menuang air ke dalam cawan saya.
"Kenapa sayang, minum lah.Air Suri ni tak sedap ke," Aishah merajuk.
"Ehm.," lama saya berfikir. "memang tak sedap,"
Muka Aishah mencuka. "Kalau macam tu Aishah bancuhkan yang baru,"


Cinta Aishah Karya Mohd Faizul Bin Ali di http://cerita-silat-novel.blogspot.com by Saiful Bahri Situbondo

"Nanti dulu," saya menhalangnya. "Sebenarnya kopi ni manis tapi tak cukup uhmmm.Kalau nak sedap kena ada pemanisnya"
Saya mengambil cawan Aishah yang masih lagi ada separuh kopi dan membelek-belek cawannya lalu saya minum air melalui bekas gincu Aishah yang masih bersisa di cawan itu.Aishah kembali tersenyum melihat kelakuan saya itu.
Ehm, ni baru manis, ada bekas minuman dari orang yang tersayang," kata saya sekilas memandang kearah Aishah.
"Eh, kenapa tiba-tiba senyum ni," Tanya saya melihat perubahan Aishah.Jelas dia gembira.
***** Malam itu saya memandang Aishah yang sedang khusuk membaca buku.Saya memerhatinya yang sedang baring di atas katil saya merapatinya dan baring disisinya.
"Kenapa sayang memandang Suri ni"" Sekilas pandang Aishah menoleh kepada saya.
"Aishah makin cantik lah," puji saya kepadanya.
"Ehmm," Aishah meletak buku yang dibacanya.
"Ni puji-puji ni mesti ada apa-apa nih"" kata Aishah memandang kearah saya.Nafasnya menyapu seluruh muka saya.Kami bertentang mata.
"Aishah nak tahu tak kenapa sayang cinta kat Suri"" Aishah menggelengkan kepalanya.
"Apa dia"" Aishah ingin mengetahuinya.Saya menyisir rambutnya sambil berkata.
"Aishah nak tahu sampai sekarang sayang masih tak tahu lagi kenapa sayang cinta kat Suri.Apa yang sayang tahu, hanya Aishah sahaja yang berada didalam hati abang ini,"
"Sayang janji dengan Suri boleh tak"" kata Aishah. "Apa dia Suri"" tanya saya ingin mengetahui.
"Aishah nak sayang cari pengganti Suri jika Suri tidak ada lagi, boleh"" kata Aishah perlahan kepada saya. Saya terdiam. Cepat-cepat saya menutup bibir Aishah.
" Suri, jangan cakap macam tu. Sayang sayang sangat Suri. Abang akan jaga
"Tapi suri tahu yang Suri ni tak akan hidup lama," kata-kata dari Aishah itu betul-betul membuat saya sedih mendengarnya.
"Selagi sayang bernafas, selagi itu sayang tidak akan sia-siakan Suri. Sayang akan bersama dengan Suri selamanya," Aishah mengangguk.
Bab 12 "Aishah pengsan," Itulah kata-kata dari Mak.
Saya terkejut.Apakah ia tanda-tanda pengakhiran kehidupan Aishah" Saya menjadi takut.Saya meninggalkan kerja saya terus ke hospital.Di dalam hati saya betul-betul cemas.Saya tidak mahu kehilangan Aishah.Baru saja dua bulan kami bersama.Sampai sahaja disana saya lihat Mak saya dan juga mak dan ayah mentua saya sedar menunggu.
"Macam mana dengan Aishah, mak"" Tanya saya cemas.
"Sabar nak dia masih kat dalam.Doktor tengah merawat dia.Saya memandang kepada mak dan ayah mertua saya.Saya bersalaman dengan mereka.
"Minta maaf mak, ayah saya tidak jaga Aishah dengan baik," kata saya kepada mereka.
"Jangan cakap macam tu Zul, kita doa kan saja Aishah selamat,"kata Ayah mertua saya.Saya tahu
mereka sedih.Mak mertua saya teresak-esak sedih bimbang sesuatu terjadi pada Aishah.
Selang beberapa minit kami menunggu, akhirnya dr Farid keluar dari bilik.Saya terus mendapatkannya.
"Dr macam mana dengan keadaan isteri saya"" Tanya saya mendesak.
"Jangan bimbang En Faizul, dia okey.Dia perlu banyak berehat.Tapi apapun saya hendak ucapkan taniah kepada awak," kata-kata dari Dr Farid itu membuatkan saya lega sekali.
"Taniah kenapa pula Dr," Tanya saya hairan.
"Awak akan menjadi ayah.Isteri awak sudah mengandung dua bulan," kata Dr Farid lalu meninggalkan bilik itu.
Aishah sudah mengandung.Saya amat gembira sekali tapi satu kebimbangan mula muncul di benak kepala saya.Adakah dengan penyakit dihidap oleh Aishah itu akan memberi kesan pada kesihatan Aishah.
"Ya Allah kau berkatilah hidup kami.Kau hindarilah kami dari segala keburukan,"
Saya masuk ke dalam bilik.Saya lihat sekujur tubuh sedang baring diatas katil itu.Aishah melemparkan senyumannya kepada saya.Saya duduk disisinya.Tangan saya menyentuh tangannya.Aishah mengengam erat tangan saya.Saya membalas dengan membelai-belai rambutnya.Perkara yang rutin bagi saya.
"Sayang.. " kata Aishah yang masih lemah.
"Suri tidak apa-apa ke"" Tanya saya.Aishah mengangguk sahaja.Emak dan mentua saya masuk berada di sisi katil.
"Anak mak macam mana"" Tanya mak mertua saya bertanya tentang kaadaan Aishah.Aishah memaling kepalanya kepada ibunya.
"Aisha okey ibu.Tak apa-apa," Aishah tersenyum pahit.
"Alhamdulillah, bersyukur Aishah tidak apa-apa,"
Dua hari kemudian Aishah sudah kembali normal.Sayalah orang yang paling gembira kerana tidak ada lagi yang perlu dibimbang lagi.Apa yang penting saya perlu menjaga Aishah agar dia sentiasa sihat.Kesihatannya amat penting sekali.Kini dia sudah berdua.Di dalam perutnya terisi dengan zuriat saya bersama Aishah.Tanda cinta kami.
Dalam hati saya masih lagi berasa bimbang kerana kesihatannya tidak mugkin kekal selamanya.Dengan penyakitnya itu, saya berasa takut akan kehilangannya.Hanya Doa sahaja yang mampu saya lakukan dan sentiasa membuat Aishah gembira.
Tiga bulan kemudian. Sudah lama kami merancang percutian ini.Percutian merangkap bulan madu.Inilah saat-saat yang kami tunggu-tunggu setelah sibuk dengan komitment kerja.Awal-awal lagi kami mencari tempat yang sesuai untuk kami berbulan madu dan Cherating menjadi tempat penginapan kami menjadi distinasi pilihan kami.
"Aishah cepatlah dah lambat dah ni," Teriak saya menunggu Aishah yang masih sibuk menghiaskan diri.Barang-barang yang perlu dibawa sudah pun dikemas dimasukan dibalam but kereta.
"Ya sayang, Suri datang ni," Aishah datang kearah saya dengan langkah yang perlahan.Perutnya sudah membesar.Ianya sama besar dengan badannya ketika pertama kali saya bertemu dengannya.Semakin dekat semakin wangi baunya.Bau yang tidak pernah lekang dari deria bau saya.Bau yang sentiasa membuatkan jantung saya berdebar-debar.
"Silakan wahai permaisuri hatiku," Saya membuka pintu kereta.
"hati-hati sikit, Suri tu berbadan dua," kata saya sambil tersenyum.
Aishah masuk ke dalam kereta saya.Sekilas pandang dia memandang wajah saya dengan senyuman manisnya itu.
Pedal minyak saya tekan dan kami terus meninggalkan rumah kami dan ke destinasi cinta menyemarakkan cinta kami.
"Suri, kata saya sambil memagang stering kereta itu.
"Ya bang," Aishah menoleh kearah saya.
"Suri nak tahu tak Suri yang sekarang ni sama dengan Suri yang pertama kali kita berjumpa," kata saya.Aishah hanya mendiamkan diri.
"Kenapa Suri diam," Tanya saya.Setelah seketika barulah Aishah bersuara.
"Ehmm Aishah yang gemuk kan.Yang tidak cantik," kata Aishah.Saya tahu dia tersentuh hati apabila saya berkata begitu.
"Suri, pertama kali sayang bertemu dengan Suri, hati sayang berdebar-debar.Sayang memang tertarik dengan Suri pada masa tu.Hari ini sayang nak beritahu Suri yang sayang suka tengok perempuan mengandung macam Suri ni," Jelas saya.
"Kenapa"" Tanya Aishah ingin tahu.
"Sebab bagi Abang, seksi.Sebab tu abang mula terpikat kat Suri pada masa pertama kali bertemu," kata saya sambil memandang sekilas kearah Suri.
"Gatal betul sayang ni," Kata Aisha
h sambil mencuba mencubit tangan saya yang sedang memegang stering itu.Mukanya mulai merah.
"Habis tu kenapa masa tu sayang tak halang Aishah nak kuruskan badan," Tanya Aishah pula.Saya tersenyum sahaja.
"Ehmm, sebab masa tu sayang tengok Suri memang tiada semangat, keyakinan dan Suri tak suka dengan bentuk badan Suri masa tu," saya menjelaskan kepada Aishah.Aishah mendiamkan diri.Saya menoleh kearah Aishah sepintas lalu.Air mata Aishah mengalir.Saya memberhentikan kereta saya.
"Kenapa Aishah menangis ni," Tanya saya sambil mengesat air mata yang tidak henti-henti keluar.
"Terima kasih, sayang untuk segalanya.Kerana sanggup menerima Aishah yang gemuk ini, yang sakit ni," jawab Aishah.Saya merapatkan diri saya kepada Aishah.Dia merebahkan kepalanya dibahu saya.Saya menggeleng kepala kerana Aishah kata-kata itu yang terpancul dari bibirnya.
"Aishah, Suriku jangan cakap macam tu.Sayang memang sayang kepada Aishah.Sayang mencintai Aishah sepenuh jiwa sayang.Suri jangan ungkit lagi.Aishah sudah bertahta dihati sayang buat selamanya," kata saya.Sebak hati saya mendengar kata-kata Aishah itu.Aishah mengangguk.
Kami meneruskan perjalanan kami.Selama dua jam lebih perjalanan akhirnya kami tiba di tempat dituju.Deruan ombak Pantai Cherating semakin kedengaran.
"Suri, bangun sayang.Suri..," saya memanggil Aishah yang enak dalam lenanya.Berulang kali saya memanggilnya tapi diam masih lagi lena.Saya merenung wajahnya.Saling tidak tumpah pada kali pertama kali saya berjumpa dengannya.Dalam fikiran saya terkenang kembali saat-saat kali pertama saya bertemu, memori kami bersama sehingga sekarang.Saya tersenyum sendirian.Saya menghampirinya ingin mencium dahinya.
"Ehm..sayang," Aishah menggeliat terjaga dari tidurnya "kita dah sampai ke""
Saya membetulkan kembali duduk saya."Sudah Suri, lihat tu pantai," kata saya sambil memnunjukkan isyarat muka kearah pantai Cherating itu.
"Suri, rehat dulu.Sayang nak punggahkan barang-barang,okey," kata saya.Aishah menurutkan sahaja.Dia masih lagi letih kerana perjalanan kami ke situ.
***** Saya menhirup udara segar dari tiupan angin di persisiran pantai itu.Suasananya amat nyaman sekali.Aishah leka bermain-main dengan air laut itu.Pantai yang mendatar itu membuatkan saya berasa teruja.Saya mendapatkan Aishah.Saya menghampiri Aishah dan terus memeluknya dari belakang.Dia cuba meronta-ronta tetapi sekilas dia memandang kebelakang dia membiarkan sahaja.
Terasa sejuk tiupan bayu yang bertiup kencang.Sekilas saya memandang kearah laut,muka saya disapu oleh angin laut yang dingin itu.Saya memandang wajah Aishah.Saya mendapat ketengan disitu.Bila dia berada disisi saya, saya berasa amat bahagia.Sekilas Aishah mengalihkan pandangannya kepada saya setelah menyedari saya merenungnya.
"Kenapa Sayang pandang Aishah macam tu"" tanya Aishah melirik senyumannya.
"Sayang suka tengok muka suri.So sweet," kata saya.Aishah tersipu-sipu
malu. "Sayang, Aishah tak tahu sampai bila akan hidup di dunia ni.Kalau saya dapat bersama dengan sayang disisi, saya rasa amat bahagia sekali," jelas Aishah.Saya terharu mendengar kata-kata dari Aishah itu.
"Suri percayalah,kita akan mendapat kebahagian.Walaupun apa-apa pun masalah yang menimpa kita,kita tetap akan bersama," saya megenggam erat tangan Aishah yang sedikit berisi itu.Cinta akan mengatasi segalanya.
"Abang tidak menyesal berkahwin dengan Suri"" tanya Aishah sambil memandang dalam mata saya.
"sekali pun sayang tidak berasa kesal.Sayang bahagia dengan Suri.Malah sayang amat sayangkan Suri.Suri janganlah cakap macam itu lagi.Dalam hati sayang ni hanya ada Suri seorang sahaja.Dan ia akan kekal selamanya.Insyaallah," jelas saya.Aishah mengangguk percaya.
Saya mengusap-usap perut Aishah yang sarat mengandung itu.
Bab 13 Hari untuk Aishah melahirkan anak sulong kami semakin hampir.keadaan badannya semakin lemah.Perutnya pula semakin besar dan sedang menunggu masa untuk melahirkan anak kami.Kadang-kadang saya amat kesal dan sedih kerana Aishah terpaksa menanggung segalanya kerana kelahiran anak ini.Dengan penyakit barah yang dihadapi olehnya saya berasa amat risau jika saya aka
n kehilangan Aishah buat selamanya.Setiap kalinya saya berdoa agar sesuatu yang buruk tidak akan berlaku.
Aishah dibawa ke dalam wad bagi menunggu kelahiran bayi kami.
***** "macam mana dengan keadaan isteri saya, Doktor"" tanya saya kepada Dr
Farid. "Setelah saya meneliti keadaan Aishah, saya dapati peluang hanya 50-50 sahaja. Salah seorang daripada mereka mungkin akan..." hiba saya mendengar kata-kata dari Dr Farid itu.
"Tapi apa Dr"" Tanya saya ingin mengetahui.
"Macam ni, semuanya bergantung semasa hendak melahirkan anak itu nanti.Jika berlaku komplikasi semasa kelahiran itu nanti, kita harus terima takdirnya nanti. Tapi saya akan cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan kedua-duanya sekali. Awak kena berdoa agar semuanya akan selamat," Jelas Dr Farid.Saya hanya berserah sahaja. Apa yang akan berlaku nanti saya akan terima dengan hati yang redha.
Saya cemas menantikan saat ini.Menantikan zuriat yang dikandung oleh Aishah telah tiba untuk lahir kedunia ini.Saya bimbang dengan kedua-duanya sekali.Bimbang apa yang akan terjadi kepada Aishah dan juga dengan bayi yang akan dilahirkan.Dengan permintaan dari Aishah saya bersetuju untuk berada disisinya di saat melahirkan bayi itu.Pada mulanya saya tidak berani berada di dalam suasana itu kerana saya amat takutkan darah tapi demi cinta saya kepadanya, saya sanggup menghadapinya.
"Sayang, Suri nak sayang yang menyambut anak kita," Pinta Aishah.Berkerut dahi saya mendengar permintaan Aishah itu.
"Tapi Suri abang kan takut dengan darah.Abang tak sanggup menghadapinya," saya cuba mengelak.Air muka Aishah berubah.Saya merenung matanya dalam-dalam.Saya dapat rasakan ada sedikit kehampaan diwajahnya itu.
"Tapi sayang, Suri memang nak sangat abang yang sambut anak kita," pinta Aishah lagi. Saya menjadi serba-salah. Hendak atau tidak saya terpaksa penuhi permintaan Aishah itu.
***** Aishah menjerit kesakitan menahan kesakitan melahirkan anak. Saya bersiap sedia menyambut kelahiran bayi saya itu. Saya melihat wajah Aishah sudah mula pucat sekali. Saya bimbang dia tidak dapat bertahan. Darah mula membuak keluar.Saya mula menggigil tapi saya gagahi juga. Saya menyambut bayi. Beberapa minit kemudian seorang bayi perempuan keluar dari rahim Aishah.Tangisan bayi itu memecah suasana di dalam bilik itu. Jeritan Aishah tiada kedengaran lagi.Saya berdiri lalu mengazankan dan Qamat bayi tersebut sambil air mata saya berderai membasahi pipi saya. Dr Farid sibuk memeriksa keadaan Aishah yang kaku itu. Saya tahu sudah tiba masanya Aishah pergi.Tuhan lebih menyanyangi dia. Pada hari kelahiran bayi saya, Aishah menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Bab 14 Begitulah cerita saya. Cerita cinta yang biasa.Sudah dua tahun Aishah telah pergi meninggalkan saya dan sofea.Sofea, anak saya semakin membesar.Dialah permata hati saya.Sofea ialah kenangan cinta saya dengan Aishah.
Kini hidup saya adalah kerananya.Saya ingin membesarkan Sofea sebaik mungkin.Emak dan keluarga mertua saya pernah menasihatkan saya untuk mencari pengganti supaya anak saya mendapat kasih sayang seorang ibu tapi saya sering mengelak kerana saya masih lagi tidak berjumpa dengan calon yang sesuai dan mungkin kerana cinta saya kepada Aishah masih lagi subur dan segar dihati saya.
Cinta saya kepadanya masih lagi kekal dihati saya.
Mungkin suatu hari nanti saya akan bertemu dengan si dia, teman hidup
saya. TAMAT Anda boleh komen, memberi buah fikiran dan juga semangat kepada saya untuk terus menulis dan juga apa-apa sahaja pasal ebook ini di blog saya di
http://www.mohdfaizul.com
Atau Email kepada saya mohdfaizulali@yahoo.com
BIODATA PENULIS Mohd Faizul bin Ali boleh dikenali sebagai Ajoi adalah seorang fresh graduate dari UiTM dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal. Beliau masih lagi mencari peluang untuk memulakan career beliau dalam bidang kejuruteraan. Begitu meminati dunia internet, muzik, fotografi, menulis, kejuruteraan dan mengintai peluang didalam perniagaan online dan offline.
Jika anda ingin mengenali lebih dekat tentang beliau, sila layari
tamat Topi Topi Centil 2 Tamu Aneh Bingkisan Unik Karya Qing Hong Naga Pembunuh 2
^